Khamis, Mei 26, 2011

Pencetakan BinFilem


Sebelum KBFS atau ASCK yang dibuat sepanjang 3 tahun lepas, saya sudah lupa samada saya pernah menerbitkan apa-apa atau tidak. Yang saya ingat, Dewa sewaktu sekolahnya ada terbitkan zine. Saya tak baca, cuma yang saya baca reviu zine tersebut di dalam sebuah zine dari Brazil atau Amerika Syarikat entah saya dah tak ingat. Komen si bukan Malaysian itu kalau tak silap saya berbunyi: 'Tulisan yang baik tetapi kualiti produksinya boleh ditingkatkan lagi.'

Hal ini sama bunyinya lebih kurang dengan komen seorang Laqman yang mengatakan filpen-filpen saya perlu ditingkatkan lagi kualiti produksinya. Dengan pengalaman berbelas-belas filpen amatur spontan (hampir semua tanpa bajet dan produksi), kini saya ingin tolak kebolehan saya dalam menghasilkan sebuah filem ke takah seterusnya. Asalnya saya nak laksanakan projek zombie vegan saya, tapi beberapa hari lepas Fasyali ada menceritakan satu idea yang jauh lebih menawan. Pendek cerita saya mahu direct idea itu, cuma ia akan dilaksanakan lagi setahun dua – kasi idea itu ranum dulu bak kata hipster.

Kini saya serta beberapa orang rakan sedang menggerakkan novel masing-masing. Tak sanggup lagi menjahit dan gam satu-persatu, kini kami akan cetak pakai mesin kat kedai melalui seorang kabel LOL. Kami sedaya upaya akan menjaga kualiti dan status pencetakan mengatasi hal-hal keuntungan yang sementara. Pertama sekali kami akan guna selain kertas putih seperti kuning, kelabu, coklat, recycle paper atau apa-apa yang dirasakan lebih romantik semasa proses membaca. Dalam pencetakan bahasa Melayu, kertas selain putih ini merupakan sesuatu yang terlarang dalam konteks jualan. Bagi pembaca Melayu, kertas selain putih nampak lama dan kotor. Mereka rasa geli dengan kertas selain putih. Pernah satu ketika dulu sebuah publikasi tak jalan pasal kertas dia warna kuning. Bukan tak minat atau prejudis dengan kertas putih, cuma hawa kertas putih terlalu keras untuk penulisan kami. Nanti feel dia macam buku teks pula. Kami tak mahu itu. Biar tak bestseller asal kita yang sentimental dan bercitarasa tinggi ini puas hati ha ha ha.

Kalau ada keuntungan lebih daripada jualan ini, ia akan disalurkan kembali kepada pembikinan filem idea Fasyali itu. Dengan janaan duit yang serba ada, barulah mungkin dana-dana lain disedut masuk kalau ada rezeki. Dengan itu, saya akan dedikasikan sisa-sisa 2011 ini untuk menyiapkan novel 100,000 saya. CEKIK merupakan percubaan/eksperimentasi saya dalam mengenali 'novel' (yang telah saya tinggalkan waktu sekolah). Dengan pengalaman yang ciput itu, kini saya lebih selesa untuk mengeluarkan momen-momen best dalam hidup ha ha ha, kononnya.

Sewaktu menjual buku yang diusahakan mandiri ini, ramai yang tanya bagaimana ia dibuat. Saya selalunya tersentak tak tau nak jawab macam mana. Sebab waktu pertama kali nak buat, bukan nak mengaku punk ke, rock n' roll ke ape, tapi kita main belasah aja. Tapi sebelum tu kita belek-belek la buku-buku yang sedia ada. Basically bila kita dah tau structure, semua setel – balun aja pakai gam ke, stapler ke, benang ke, selotap ke, semua benda yang mengikat dan melekat kasi taruk. Agak-agak konfiden kita try jual test market. Dan lawaknya sewaktu batch pertama diedarkan, tiada siapa cakap kulit dia tertanggal. Semua senyap macam nak jaga hati. Saya secara peribadi rasa, kalau nak jaga hati pun berpada-pada la. Kita sedang menjaga kualiti, jadi kalau berlaku kegagalan, kita akan cuba lagi sampai jadi. Barulah satu macam punya kualiti pencetakan! ;-)


Ridhwan Saidi
P/s: Mungkin bila ada untung lebih atau ada permintaan, kami akan upah sesiapa menjadi penyunting kepada KBFS dan ASCK untuk dicetak cara kedai. Yang jahit tangan tu kira rare la, dalam 300 naskah gitu (dah habis stok) keh keh keh.

Ahad, Mei 22, 2011

Pengalaman Membaca Masing-Masing

Tidak kira samada membaca novel atau pun menonton filem, pengalaman yang kita alami itu tidak lagi terikat dengan si pembuat atau pengarang atau pengarah tersebut. Ini kerana menurut Foucault, intepretasi sesebuah teks atau karya atau werk itu akan terkongkong dengan intelektualiti, rasa, berahi dan aksi fizikal si pembuat/pengarang/pengarah. Walhal kesemua itu adalah milik mutlak si pembaca. Ia adalah pengalaman peribadi dan intepretasi si pembaca. Macam kata Gibran, guru yang baik tak akan bawa muridnya masuk ke dalam dirinya. Guru yang baik akan bawa murid itu masuk ke dalam diri mereka sendiri. Dalam kes Foucault tadi dia sedang mengkritik author (bagi novel) dan auteur (bagi filem). Secara amnya dia menolak satu jalur kepengarangan mutlak. Hegemoni kepengarangan harus dirobohkan demi sebuah intepretasi yang jauh lebih bebas (atau lebih hip dipanggil demokratik). Lebih ekstrim, 'pengarang sudah mati' ucap Barthes. Sewaktu ditemubual dengan Bissme, serta sesi minum kopi dengan Nazim selepas itu, saya cuba menerapkan hal ehwal pasca-moden ini. Malah saya juga membincangkan hal ini dengan semua orang yang saya jumpa – Dewa, Fasyali dll. Hal ini sama kesnya dengan proses adaptasi. Teks/karya/werk yang diadaptasi bernaung di bawah diri si pengadaptasi. Tetapi selepas itu apabila filem itu ditayang kepada umum, ia menjadi milik si penonton pula. Ia menjadi pengalaman menonton masing-masing. Dan paling penting di dalam pengalaman yang kita alami ini baik menonton mahu pun membaca; adalah momen-momen yang telah berjaya 'sentuh' diri kita (Bayangkan bagaimana suatu momen dalam beberapa saat boleh membuatkan kita ingat seumur hidup). Kadang-kala ia berkesan buat A, tetapi tidak pada B, tetapi momen lain pula yang berkesan pada C. Jadi di dalam kehidupan mahu pun kesenian, kita sedang meraikan momen-momen yang telah berjaya menyentuh dan menggerakkan kita supaya berubah dan berhijrah menjadi insan yang lebih baik. Jika sesebuah filem atau novel itu telah membuatkan kita buang sampah ke dalam tong sampah, itu sudah boleh dikira bagus (bagi kita yang hidup di kota yang serba kotor ini). Sebagai contoh, rasa hormat saya pada guru memuncak selepas saya menonton RED BEARD oleh Kurosawa. Mungkin orang lain tak dapat relate, sentiasa ada filem atau novel yang akan membuatkan kamu lebih menghormati guru (sebagai contoh LASKAR PELANGI misalnya). Memandangkan saya selaku pseudo-afisionado sinema entah bagaimana boleh terjerumus ke dalam lembah penulisan novel. Dan novel saya telah diterbitkan oleh Fixi. Dengan respon yang pelbagai di Goodreads dan internet dan buah mulut. Saya tak kesah samada orang suka atau pun tidak kerana ia adalah pengalaman membaca masing-masing. Boleh jadi saya tidak suka dengan novel sendiri, tetapi jika ada orang suka, saya perlu hormat kerana ia adalah pengalaman membaca mereka. Mungkin ada momen yang sangkut, kita tidak akan tahu. Menjawab pertanyaan Bissme mengenai harapan, saya tidak meletakkan apa-apa harapan terhadap pembaca/pembeli kerana ia sesuatu yang sia-sia. Saya telah putuskan hubungan saya dengan novel itu dari hari pertama ia dilancarkan. Macam seorang bapa yang memiliki seorang anak, apabila anak itu sudah cukup umur – sudah cukup pandai untuk melintas jalan, tak perlulah kita pimpin lagi tangan mereka. Kita biarkan novel itu hidup berdikari di atas rak sambil buat anak baru ha ha ha.


Ridhwan Saidi

Sabtu, Mei 14, 2011

They Must Eat

Mat is a 27 years old sawo matang skin coloured Malay zombie. A typical Romero zombie would walk the earth to feed on human brains. But Mat has a different purpose. He’s here to settle his student loan – PTPTN.

From his grave in Sungai Besi, Mat walk slowly with his rotten calf to the nearest local bank in Salak Selatan. He was laid to rest last week (hence the skin tone). It took him six days to mangle free from his kain kapan and another day to dig out of the grave. It rains heavily thus in a way helps Mat to reach the surface quicker.

As Mat walk along the highway, an empty cab passes by. Mat has no intention of getting the cab. It was around 7:20 PM (Mat knows this from the subdued Maghrib prayer call). Surely out front there will be a traffic jam.

Mat takes a left turn into an abandoned kaki lima. It looks as if it was burned down by some ah longs. There is a sense of coercion. Further up the stairs a local bank come into sight. Mat owed RM20,000. In his bank account there was RM5,000 as he remembered. It was Mat first royalty from his best selling novel entitled Cinta.
“Sorry sir, the bank is closed,” says a handsome Nepalese guard.
Mat tries to say something but his jaw won’t move.
“But you can use the ATM over there.”
Mat nod and walks towards the ATM.
“Thank you sir.”
But Mat did not have his ATM card. What should he do? As Mat tries to think with his decomposed brain, an Aston Martin DB9 appears. A well-dressed Tan Sri walks out from the bank. Tan Sri sees Mat and stops walking. He turns back and says something to the Nepalese guard. The Nepalese guard walks towards Mat. He pushes Mat away from the ATM. Mat tries to stand his ground but his weak calf does not permit him. Poor Mat falls into a drain. He almost passes out.
“What have you done?” Tan Sri says to the Nepalese guard.
“No!”
“No? I asked you to tell this young boy to come to me. Why on earth did you push him?”
“Why do you want to be near him? He’s a stranger.”
“I want to talk to him.”
“Talk? Huh…”
“Are you jealous?”
“What did you just say?”
“You are jealous aren’t you?”
“Say what you want, I’m outta here.”
“What about your OT? You need it.”
Somehow Mat was caught up in the middle of an inter-class, inter-national, same-sex relationship.
“Poor boy… let me help you.”
Tan Sri and his Malay driver help Mat out of the drain. His right calf is broken.
“This doesn’t look good. I’ll bring you to my house and we’ll get a private doctor.”
“But Tan Sri, this car only have two seats.”
“It’s okay, he can take the boot.”
“But Tan Sri, he’s our guest. Let me be in the boot.”
“Are you sure?”
“For you Tan Sri, I’ll do anything.”
“Okay then.”
With the driver locked in the boot, Mat drove Tan Sri to his house in Sri Hartamas. It is an automatic transmission car. Mat uses his healthy left foot to push the acceleration paddle. The Aston Martin moves swiftly in the emergency lane avoiding the law-abiding traffic jam. It took 20 minutes for Mat to reach Tan Sri’s house.

The façade of the house looks like a retaining wall in West Bank. It is artistically layed assymetrical so it has a post-modern sensibility. An Indonesian maid helps Mat enter the house. A red steel spiral staircase becomes the main attraction of the living hall. It has a semi-void quality as of those serambi in a traditional kampung houses.
“Don’t worry son, a doctor will help you in a minute,” said Tan Sri as he walk up the spiral staircase.
Mat was put on a steel table under a heavily ornate chandelier. It feels like a combination of a hospital and a hotel.

Mat feels grateful. He will ask Tan Sri to payoff his student loan with his savings. With Tan Sri’s kind generosity, Mat might as well settle his RM15,000 debt. Mat will do anything as the Malay driver in the boot did.

As Mat dreams on, Tan Sri and Datin sit next to him. On his right side, a young Eurasian couple in love (possibly brothers and sisters) sat. They say their prayer while the Indonesian maid stands in one corner. A grandfather clock chimes at 8 PM. Mat feels itchy.

The boy starts to slice Mat’s knee while Datin slices up his thigh; the girl slices Mat’s shoulder while Tan Sri works on his forehead. As Brahms fills the atmosphere, the Indonesian maid pours a glass of red wine for each of them. Tan Sri talks about his future plan as he slice open Mat’s skull. He uses a straw to suck all the juices from Mat’s brain (the action looks as one working on a ‘gearbox’ soup.) The girl chews Mat’s shoulder as Datin tries a whole piece of Mat’s undead penis. But then the boy stopped eating, as he was busy chatting through his iPad 2.


Ridhwan Saidi

Selasa, Mei 10, 2011

Satay Kuang Mahadi

Mat, Wak dan Minah duduk semeja. Di meja sebelah, satay aku tiba. Boy remaja berkacamata yang menghantar makanan mengucapkan, “Selamat makan bang!”

Aku pesan enam cucuk satay. Dua ayam, dua kambing, satu daging (lembu) dan satu perut (babat). Kuah kacangnya kelihatan cair. Aku cuba satay kambing memandang ia yang termahal (80 sen secucuk.) Sensasi dagingnya jelas berjus. Kuahnya walau tidak sepekat kuah kacang (dan sambal) satay Kajang (Samuri) tetapi masih ada rasa. Seterusnya satay ayam yang sedikit keras dan biasa, tiada apa yang istimewa (biasanya aku minat ayam.) Kemudian aku cuba perut/babat pula. Aku tiada idea apa rasanya, sengaja cuba. Teksturnya kenyal seperti mengunyah sotong, tetapi sensasinya hambar. Terakhir sekali daging (lembu) yang rasanya hampir menyerupai kambing. Ia berjus dan mengasyikkan jika kena pada yang lembut. Tapi kadang-kala ada bahagian yang liat – potong stim.

Kedai ini terletak di hadapan Lorong Manggis, bertentangan Lorong Kemuning. Rimbun Dahan terletak 2 minit dari sini. Atmosferanya tipikal tempat makan kampung di tepi jalan. Selain Melayu Jawa yang menduduki kawasan Kuang, terdapat juga keluarga India yang beli bungkus. Mereka tinggal di kawasan estet tidak jauh dari situ. Kelapa sawit merata-rata. Rumah estet mereka ini bukan calang-calang, ianya lapang dan lebih cantik daripada rumah-rumah semi-detached taman perumahan. Aku arkitek, aku tahu ini.

Selain keluarga Melayu dan India, belum nampak batang hidung yang lain. Terdapat sebuah perkampungan Orang Asli di pedalaman Kuang. Aku pernah mandi sungai di situ. Aku tidak pasti jika mereka juga akan makan satay di sini. Mungkin masih awal, jam menunjukkan pukul 6:30 PM. Selepas senja baru kedai ini hidup barangkali. Tidak jauh dari sini, terdapat sebuah lagi kedai satay yang lebih pop – Satay Sri Subang. Di situ mereka turut menjual nasi lemak bungkus daun pisang yang sedap dan comel serta jeli kelapa yang sejuk dan lazat. Walaupun rasa daging satay-nya kurang nyata berbanding di sini. Tetapi makanan sampingannya menarik.

Di meja sebelah, Minah membelanja Mat dan Wak makan. Wak saudara Minah dari Indonesia. Mereka sedang menunggu Wahyudi, anak sulung Minah. Seraya itu Boy menghidangkan mereka satay.

“Wahyudi kat bandar, sekarang ni yang menjadi kesayangan yang ni ha,” kata Minah.

Boy salam dan cium tangan Wak dan Mat. Mahadi bos kedai satay ini bersaudara dengan Minah. Aku tidak pasti apa hubungan mereka tetapi hampir semua yang keluar dari Lorong Manggis ditegur. Boleh jadi Lorong Manggis ini tanah pusaka milik generasi keluarga mereka. Kerana memang menjadi kebiasaan di lorong yang terdalam dibinakan rumah untuk mereka yang baru mendirikan rumahtangga.

Menurut Minah, hanya teman-teman sekolahnya sahaja yang tahu nama Wahyudi. Selepas ke bandar, dia dikenali dengan nama lain. Mat yang menemani Minah agar mereka tak dipandang serong diam hisap rokok. Mereka kemudian disertai seorang anak muda bernama Adik yang menaiki motosikal RX-Z. Minah menceritakan kepada Wak bahawa Adik juga nanti akan jadi seperti abangnya bekerja di bandar. Adik bangkit bermain dengan Boy.

Selesai makan dan minum segelas ais sejuk. Semuanya RM4.40. Azan Maghrib berkumandang terang. Langit gelap. Aku pulang. Mat, Wak dan Minah masih menunggu Wahyudi.


Ridhwan Saidi
P/s: Ditulis untuk Selangorlicious. Klik!
P/s/s: Terletak di daerah Gombak, bukan Selayang. 

Isnin, Mei 09, 2011

Asam Pedas Kafe Bawang Merah

Sementara menunggu ibu kami menjalani pembedahan kecil (pada jari) di Subang Jaya Medical Centre. Aku dan adik menapak keluar cari makan tengahari (di dalam, kami tiada selera makan berhawakan bau ubat-ubatan.) Tidak jauh dari situ kelihatan sederet barisan rumah kedai. Kami berjalan di kaki lima sambil telan air liur. Jam menunjukkan pukul 2 pm. Ruang di kawasan ini bersih. Ini tentu ada hubungan terus dengan keberadaan SJMC. Malah kedai mamak di sini amat bersih, ruang interior-nya tak ubah seperti sebuah klinik; sungguh! Kami menggelarnya 'mamak klinik'. Ingin saja kami cuba Maggi goreng di situ, tetapi memandangkan kami masih banyak masa, kami terus mencari.

Hampir di hujung bangunan, terdapat sebuah kafe bernama Bawang Merah. Ianya tersepit di antara sebuah kedai pizza dan farmasi (yang semangatnya seperti kedai runcit). Terdapat satu daya yang menarik kami ke situ - tempat ini ada class. Kesemua meja diduduki, tidak kurang ramai berkongsi meja. Tanpa membuang masa kami masuk ke dalam.

Ruangnya terbahagi sama rata al fresco dan indoor. Walaupun belum cedok lauk, kami suka ruang itu - ada warmth. Kami minta nasi putih, asam pedas (ikan tenggiri) kuah lebih, bok choy, tahu kicap dan segelas air suam. Sementara menunggu air, adik ke rak kuih-muih. Adik ambil tiga biji buah Melaka.

Susunatur ruang di Bawang Merah ini cukup organik - manusia berinteraksi (ingin berkongsi meja, di laluan yang sempit, di pintu yang satu - paling kurang kami bertukar-tukar senyuman.) Terdapat pelbagai lapisan spektrum masyarakat di dalam kafe kecil ini. Bukan kuantiti dan bilangan kepelbagaian kaum, gender, umur atau warna kulit yang menjadi kayu ukur; lebih penting, kami rasa selesa.

Selesa, selesa juga. Perut yang lapar perlu diisi. Dimulai dengan isi ikan tenggiri, jus laut yang meresap ke dalam lidah dan tekak membuatkan aku tersenyum seorang diri. Adik turut serta. Kini sensasi asam pedas itu menjadi nikmat masing-masing. Mungkin agak cheesy untuk claim itulah asam pedas terbaik di Lembah Klang, tetapi bagi aku itulah asam pedas terbaik dunia.

Walaupun aku anak kelahiran Selangor, aku gemar makan asam pedas. Jika turun ke Selatan, aku pasti singgah di mana-mana (terutama di Bukit Katil, Melaka) untuk makan asam pedas. Ibuku orang Muar juga kadang-kala masak asam pedas (ikan pari), tetapi selalunya sensasi kepedasannya yang menyerlah - rasa lautnya kurang (keluarga kami lebih agragrian daripada maritim). Di Bawang Merah, ianya enak sekali. Kami tidaklah kekenyangan, tidak juga kelaparan. Proporsinya cukup-cukup.

Dengan buah Melaka sebagai penutup sajian, sensasi gula Melaka meletus di dalam mulut seperti Choclairs. Kulitnya lembut dan nipis, kelapanya lemak, isinya generous. Oleh kerana terlalu seronok, aku hampir terlupa bayar ketika hendak keluar. Mujur adik ingatkan. Semuanya RM13.


Ridhwan Saidi
P/s: Ditulis untuk Selangorlicious: klik!

Khamis, Mei 05, 2011

(Th)eru Part Deux

"SERU memenuhi tuntutan sebuah filem slasher, so what?"
Saya tulis pasal SERU ni lagi, tanpa disedari mungkin akan membuatkan lagi ramai orang nak ke panggung. Tapi takpe, kena tulis juga pasal nak respon apa yang Fadz tulis.

Bila Fadz kata sistem bunyi panggung suck (tontonan kedua). Saya boleh relate dengan itu, sebab ya memang pengalaman menonton saya lebih kurang sama. Bunyinya 2 dimensi datang dari arah depan. Dan satu lagi hal yang membuatkan pengalaman menonton saya kurang kick, hampir semua penonton bersifat pesimis tak bertindakbalas. Malah mereka bersuara menyoal dan mengeluh, "Apa kebenda ni? Kenapa dia tak lari?" dan seumpamanya. Tapi saya tak ambil pot sangat apa reaksi orang ataupun kualiti sistem bunyi panggung yang kurang menyengat itu. Sebab sejujurnya ia boleh jadi best, kalau filem itu benar-benar best.

Fadz juga ada mengatakan bahawa filem ini menarik kerana menggunakan undang-undang filem seram – slasher yang betul. Memang betul kalau nak dibandingkan dengan filem-filem seram tempatan sebelum ini, memang bangang perlaksanaan dan kepatuhan ia pada nikmat seram itu sendiri. Filem SERU ini tentunya lebih baik dan ternyata merupakan antara filem seram terbaik tempatan. Tetapi kalau kita kembali kepada sense, cuba kita tanya diri kita kembali. Apalah sangat undang-undang filem slasher? Apa yang komplikatednya dengan subgenre slasher ini? Di tempat yang terasing, sekumpulan manusia cun dan jambu (rugi takde awek sweet bertudung,) gelabah – sorang mati, gelabah – sorang mati, gelabah – sorang mati dan seterusnya sampai tinggal sorang; akhir sekali ada twist sikit. Ianya bukan susah sampai perlu berfalsafah pun.

Maka dengan itu saya tak rasa kita patut jadikan filem-filem seram tempatan yang lemah sebagai kayu ukur. Kalau saya lihat begitu, sudah tentu saya akan puji filem ini lebih-lebih. Buat apa saya bandingkan filem ini dengan PENUNGGU ISTANA atau SENJAKALA atau DILARANG MASUK? Sewaktu saya tonton filem ini (dengan Fadz mengatakan ia true horror) heck, saya menjadikan CANNIBAL HOLOCAUST sebagai kayu ukur. Betapa malangnya nasib saya. Selepas menonton SERU semestinya saya perlu lupakan hal ini 'atas sebab-sebab tertentu.'

Saya juga turut bersetuju dengan TMBF di mana filem ini sedikit inovatif daripada kebanyakan filem tempatan. Tetapi inovasi itu saya lihat hanya pada permukaannya sahaja. (Di dunia serba konsumer kita ini, semestinya packaging-nya kena menarik, supaya orang tertarik lalu beli.) Ia menarik dengan teknik shaky-cam-nya. Tetapi serius di sebalik teknik shaky-cam ini, yang saya jumpa adalah elemen-elemen filem seram tipikal tempatan yang lain. Saya jumpa kebingitan dan kegelabahan I KNOW WHAT YOU DID LAST RAYA, atau sewaktu momen anak orang asli itu dibangkitkan, tak ubah macam babak filem-filem seram Ahmad Idham.

Tetapi yang lebih penting, ia bukan soal originality pun. Debaran takut-takut dan seram-seram dan bunuh-bunuh dan darah-darah dalam filem ini tak berkesan buat diri saya. Saya juga tak benci filem ini, ia lebih seperti menghirup sup yang tawar. Takde rasa. Nak kupas filem ini meraikan dan memenangkan semangat kesetanan pun takde mood. Atau orang asli sebagai semangat setempat yang jahat membunuh anak-anak muda glokal kita ini pun sama. Tiada daya yang merangsang untuk saya kerjakan filem ini cukup-cukup. Saya cuma larat menghuraikan kenapa saya rasa filem ini tak best buat saya atau filem ini sebenarnya 'biasa' secara jamaknya. Ianya filem yang bosan, membuatkan saya hampir tertidur.

40/100 adalah markah yang tepat bagi SERU. Saya hanya beri lima jenis markah bulat (walaupun per seratus; pasal malas nak bersemangat sangat dengan filem-filem ni) iaitu 10, 40, 60, 80 dan 90. Saya namakan ia sistem 5B.

10/100 untuk filem-filem Bangang.
40/100 untuk filem-filem Belia/Biasa.
60/100 untuk filem-filem Baik.
80/100 untuk filem-filem Bagus.
90/100 untuk filem-filem Binfilem.

Saya tak boleh beri 60/100 pasal GREAT DAY dan ANU DALAM BOTOL berada di situ. Kedua-dua filem ini berjaya menyentuh hati atau perasaan atau akal atau detak atau sanubari (tak kisah apa orang nak panggil) saya. Ia berjaya membuatkan saya sekurang-kurangnya ada usaha untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik. Debaran-debaran SERU tidak nyata, jadi ya, ia tak beri kesan apa-apa. Saya pun dah lupa filem tu pasal apa, hanya beberapa 'imej' yang melekat dalam kepala dan untuk ini saya berterima kasih.

Fadz juga ada mengatakan di ruangan komen TMBF bahawa 'poin filem ini dibuat khusus untuk peminatnya' menarik. Saya pula selaku seorang yang tak mengaku blogger, merasakan perkara ini tak menarik. Bagi mereka yang menulis di arus perdana macam surat khabar atau laman web popular, mungkin ya si pengulasnya perlu memikirkan hal ini. Cuma saya di sini menulis di blog. Blog adalah sebahagian daripada budaya open-source. Ianya adalah kolektif suara-suara peribadi yang terpinggir. Saya tak perlu menulis on behalf of these fans. Saya menulis untuk diri saya. Saya ada pendapat saya, Fadz ada pendapat dia, TMBF pun ada pendapat dia. Pendapat-pendapat ini kita gunakan sebagai input awal, lepas tu kita pergi tonton SERU – lepas tu kita sendiri keluarkan pendapat sendiri. Itu pentingnya budaya pasca-moden yang kita sedang alami sekarang. Pembaca blog tak sepatutnya subscribe pada pendapat para blogger. Jika ini berlaku ia tak ubah seperti kita membaca surat khabar parti-parti politik yang bias. Seorang blogger perlu telus. Seorang pembaca blog juga perlu telus.

Mengenai filem SERU ini yang pening rasa macam nak muntah. Serius, pembikin dan produser perlu fikirkan hal ini. Ini bukan masalah shaky-cam, atau genre found-footage. Malah garapan filem ini pun sebenarnya ok, bukannya seratus peratus bergegar, ada juga momen-momen yang statik. Masalahnya saya rasa berpunca dari permainan depth of field lensa, atau bokeh, atau circle of confusion, atau kekaburan itu yang begitu ketara tahap lensa d-slr. Teknik ini hanya berkesan kalau imej itu tidak bergegar, sebab bila ia bergegar kita mula rasa loya gila. Saya tonton ENTER THE VOID yang berdurasi dekat 3 jam itu tak pula rasa loya (tapi pening-pening lalat tu ada.)

Untuk menutup entri ini, saya sertakan sebuah iklan a la verite yang saya lebih gemar (walaupun iklan!) Manusia-manusia di sini lebih cool dan tak terlalu berusaha untuk berlakon. Suntingan awalnya tak mengada-ngada, gerakan kameranya tak mengada-ngada, budak di awal pembukaan pun tak mengada-ngada. Malah mereka hanya gelabah apabila alien itu menjerit memberikan tanda bahaya. Walaupun ia dilaksanakan secara komedi, ianya berkesan, ingat tu, berkesan!



Ridhwan Saidi

Selasa, Mei 03, 2011

Suara-suara mereka yang dah baca novel Cekik

"a tragic, i love the story. a real fiction. cekik atau leher" —Rina Jainal 
"Just finish reading cekik... it's out of this world... phenomenal..." - Razali Khamis, FB 
"Cekik is a postmodern, trippy kind of book totally unlike anything I have read by a Malaysian." - Amir Muhammad, via Good Books Guide
"Bacalah untuk tahu siapa tercekik dan siapa mencekik." - Bukan Blog Awek Kedai Buku
"Selepas baca novel ni baru aku tahu porno bukan sekadar romen-romen tapi lebih dari itu. Nampaknya selama ini aku sudah membaca novel-novel porno tanpa aku sedari dan aku sudah bersenggama dengan novel ini tanpa aku sedari juga! Ya, aku sudah menoceng pemikaran aku." - budaknie.blogspot
"Kau bayangkan kau tengok blue sensorang, pastu satu rumah blackout." – M. Faiz Syahmi, mizukiralabmalayversion.blogspot (spoiler)
"cekik mencekik, perlu dikunyah perlahan sebelum ditelan" – Nasyrun Nasyrun Nasyrun, Facebook
"Walau bagaimanapun novel ini sekurang-kurangnya bercerita tentang perkara yang selama ini wujud dalam persekitaran kita tetapi kita tidak sedar atau buat-buat tidak sedar." – Kamalia Ramlan 
"Kitaran semula trajedi Oedipus secara pascamoden ala Binfilem." – Shafiq Halim 
"melawaskan" – Zhafir, Goodreads
"Ia ibarat menonton Lucia y el sexo, dengan aksi seks tak tentu hala. Membazir masa saya." - Saidatul Madiha, Facebook
"Perghhh. Terbaik dari ladang. Tu je mampu komen." – Suria L'eiqa, Facebook
"surprising indeed. the content i mean." – SinumaMN, Goodreads

"Apabila mee maggi juga boleh dijadikan cerita untuk page yang pertama. apa lagi yang harus dikata: WAJIB BACA." – Sentap Hati Mak Su, Facebook

"just finished the first chapter of cekik, enjoyed it. can't wait to read the rest. its the writer's first novel? shockingly delicious read" – Joline Tang Imm Lee, Facebook

"Novel Cekik hasil karya Ridhwan Saidi pula lebih kepada cerita penyiasatan bagi mencari penyelesaian kes pembunuhan, namun turut diselitkan unsur seks dalam penulisannya." – Muhammad Fairoz Azizan, Hip, Berita Harian

"cekik is something else altogether..luckily I dtg launch party n beli haritu...heh" – Lyla Ibrahim, Facebook

"Very Murakami-esque. Very refreshing to read this style of writing in Malay. And I'll never look at a bowl of instant noodles the same way again. Ever." – Johnny B. Rempit, Goodreads

"saudara Amir, pemilihan cara penulisan sebegini dapat mempersembahkan persoalan kehidupan masyarakat yg secara konvensionalnya dipersembahkan menerusi penulisan berbentuk "literary" kepada pembaca -membuatkan ceritanya dan persoalan itu lebih mudah didekati, segar (tidak terlalu sarat dramanya) dan menarik jiwa pembaca golongan muda...syabas kpd Fixi dan penulis..kagum dan "inspired"..." – Jessie Richard, Facebook

"tahniahlah buat ridhwan, mmg, aku tak tau nak cakap.. speechless, ia terlalu ... ramai penulis aku rasa cuba menulis mcm ni, tapi gagal.. dan dia mencapainya..." – Fadli Al-Akiti, Facebook/Kububuku

"dah dapat tiga2 novel fixi. tengah menCEKIK. obsesi" – Ibn Bakr, Facebook 
"pulang dari solat jumaat, gua teringat watak syed warith yang solat jumaat dgn memakai gaun perempuan" – faridfadhly, Twitter
"dh beli buku kau. best." - Ryana AlBakri, Facebook 
"Watak Syed Warith yang berumur 16 tahun dan sudah menonton VHS filem lucah sejak usia 14 tahun, bercinta (baca: menjalin hubungan seksual luar tabii) dengan Suria Menado yang berumur 32 tahun dan bekerja sebagai pensyarah Falsafah Senibina di sebuah universiti swasta tempatan." – Uthaya Sankar, Malaysian Insider

"hari jumaat hari tuh i dah beli buku KOUGAR n CEKIK...nak xada rezeki kerta kerna pecah..ngan buku2 sekali dia angkut..huhu terpaksa la kerna beli balik..dah la i kat kb.." – Zul Ammr, Facebook

"What I like the most was the ethereal-like quality to the storytelling. You'll hear the story of Cekik from a bunch of unreliable narrators, so needless to say this might not be for everyone. You'll see how our protagonist jumps from one memory to another, making us wonder if the previous ones even took place to begin with." – Mamuvies.blogspot.com 
"spontaniti diraikan sekali lagi oleh Ridhwan Saidi" – Fasyali Fadzly, Facebook
"When asked about his hopes for his book, he says with a laugh: “As a writer I’ve done my job. I don’t know myself whether I’ll read the book or not. Whether the book sells is not the writer’s concern but the publisher’s job." – Bissme, The Sun

"Perkara yang memberi impak dan tersimpan dalam kepala otak aku sampai sekarang adalah; petua orang tua-tua bagaimana nak menghilangkan pedas. Dan aku akan praktikkan satu hari nanti. Pasti." – Tekukurjantan.blogspot.com
"Novel nih sememang 18sx...dari gaya bahasa yang santai, sehingga sekesat yang mungkin digunakan dalam novel CEKIK nih ( so, sapa2 yang ada anak2 tu, pastikan mereka membaca disertakan pengawasan yang secukupnya yer ;-) )" – Luvly-izza.blogspot.com

"Aku tengah baca novel ko ni. Best!" – amirhimself, Twitter
"Walaupun mesej-mesej yang disampaikan tersebut adalah sinis dan pedih, saya suka cara penulis menyampaikannya. CEKIK adalah satu buku yang perlu dibaca menggunakan 'mata hati' dan bukannya secara semberono." – Topek Ketopekan, Goodreads
"I decided to read Cekik first among the 3 Fixi novels. What attracted me was the fact that it takes place in the future, but it's not a science fiction; and its non-stereotypical synopsis. I have to say that the novel offers a good introduction to Fixi's efforts. Cekik is free from boundaries or rules. Its unusual structure (or is it the lack of a structure?) makes it a refreshing read. What seems like 'flaws' throughout actually make sense at the end. There are still some 'question marks' left unanswered though. The Maggi mee story is a bonus, LOL! To sum it up, it's a BEAUTIFULLY IMPERFECT piece of work (borrowing Yasmin Ahmad's TVC). Well done, Ridhwan! I want to read more of your work!" – Rumaizah Bakar, Goodreads

"Keseluruhannya, aku berasakan Cekik ada potensi kalau ia dihasilkan dengan lebih serius. Mana-mana perkataan bahasa asing seeloknya diitalickan (kadang-kadang, memang tidak boleh elak). Dan aku masih berasakan yang adegan di atas katil dan aksi-aksi fetisy perlu digunakan secara ekonomi." – Uculer.blogspot.com 
 "Ada kenal sesiapa macam Suria ni tak? keh keh keh" – Ayam Fared, sms
"Finish reading Cekik, buku by Ridhwan Saidi yang beri percuma ke aku Selasa lalu. Nice written about isu bahasa and good story fasal AKU aka Warith. But still, the ending bukanlah jenis yang digemari juri Academy :) Tahniah, moga berjaya lagi dengan buku2 seterusnya." – Abror Rivai, Facebook
"The term cekik (strangle) does not just involve the father's murder, but is also incorporated into the sexual activities happening in this book. Really, for a Malay book I am astounded to see such sexual references used, so much so I had to put down the book for a while to stop my head from spinning :)" – Readersravereviews.blogspot.com
"Ridhwan Saidi + FIXI + 'Cekik' = Antoni Gaudi + Sagrada Familia" – Raiha Bahaudin, Facebook
"I dah baca. Tak sangka pengarah short film I boleh tulis macam ni. :)" – Fazleena Hishamuddin, Facebook 
"Fixi ‎CEKIK - sebuah novel Ridhwan Saidi tidak akan distok di mana-mana MPH "atas sebab-sebab tertentu"." – Fixi, Facebook

"abis tu cam ner nak beli cekik" – Nurul Fasyeha, Facebook

"Cekik buku 'rare'. Kalau nak beli, kena usaha mencari lebih sikit. (Nasib baik i dah beli kat Pesta Buku haritu)." – Dayang Noor, Facebook

disusun (& akan ditambah)
Ridhwan Saidi 

Isnin, Mei 02, 2011

(Th)eru

'Th' ni takde kaitan dengan Thor, tapi lebih kepada cara pengucapan pelat generasi muda masakini. Filem yang dimaksudkan tidak lain tidak bukan – SERU, yea! Okay, saya tak pasti jika SERU ni filem seram terbaik Malaysia ke tidak; tetapi yang pasti, SERU sebagai filem (th)ucks!

Kita sedia maklum bahawa industri hiburan kita merayakan semangat kepura-puraan. Saya tiada masalah dengan ini, tetapi apabila ia cuba mengambil semangat realisme found footage dan menafikan kebenaran footage itu, ia lebih kepada satu bentuk penghinaan. Saya sebagai penonton terasa seperti dihina.

Saya bukanlah jenis yang keras gila hanya layan filem-filem seni nak mampus. Saya juga boleh layan BACK TO THE FUTURE, atau filem-filem Jim Carrey macam THE MASK, THE TRUMAN SHOW serta ETERNAL SUNSHINE OF THE SPOTLESS MIND. Saya sanggup suspend kepercayaan saya untuk berhibur. Saya rela ditakut-takutkan di dalam panggung. Tetapi malangnya kesemua elemen-elemen di dalam filem SERU membuatkan saya hilang percaya, malah sampai satu tahap ia menjengkelkan. Hey, HAQ pun menjengkelkan tetapi sekurang-kurangnya filem HAQ lawak. SERU ini menjengkelkan dalam ertikata sebenar.

Kerja kamera prententious. Suntingan pretentious. Rekaan bunyi pretentious. Lakonan pretentious. Ianya bloody kordial! Jadi bila elemen-elemen ini semua pretentious, mustahil kita dapat merasa true horror. Yang ada hanya rasa seram yang dibuat-buat, sampai satu tahap saya terkenangkan kembali pengalaman menonton filem I KNOW WHAT YOU DID LAST RAYA. Manusia terpekik-pekik, terlolong-lolong, gelabah tak tentu hala.

Seingat saya, tak pernah saya tonton filem-filem shaky-cam dengan shallow focus yang radikal tahap lensa D-SLR. Hampir semuanya deep focus dan auto-focus supaya segalanya jelas. Ini tidak, nak trendy tapi tak kena tempat – tak hip langsung. Efek suntingan 'konon-konon dah rosak'nya ish ish ish, dan bunyi-bunyi efek yang canggung. Tetapi mujur ada sesuatu yang menarik pada lakonan. Filem ini dimulakan dengan 'lakonan' Awal Ashaari, Pierre Andre dan Nora Danish macam filem-filem seram klise. Takde apa yang spesial pun, tetapi lepas tu dua orang kru kena rasuk memecahkan 'dunia lakonan' kepada 'dunia sebenar' – ini pun sebenarnya masih lagi biasa. Selepas itu apabila Awal Ashaari dan Nora Danish ingin pulang dari lokasi penggambaran, mereka mengada-ngada dan menyerlahkan kedivaan mereka dengan mengatakan:

"Lain kali jangan campur baju dengan pelakon extra ya."

Ini entah mengapa merupakan detik lakonan terbaik dalam filem ini. Malah serius saya merasakan Awal Ashaari telah overshadow Nora Danish dalam hal diva-mendiva ini. Awal sekadar menyuruh pekerja wardrobe, "Hah, letak sini!" (ke dalam kereta) tapi amat benar semangatnya. Lakonan Awal dalam masa beberapa saat itu mengatasi kualiti lakonan Arja Lee dalam filem ANU DALAM BOTOL, no kidding. Kemudian selepas bintang kita ini pulang, saya tertunggu-tunggu – bila la diorang (produksi filem Jangan Bernafas) ni semua nak berhenti 'berlakon'. Semuanya 'drama.' 

Mungkin ada yang punya potensi, tetapi seorang pelakon penting telah merosakkan segala-galanya. Pelakon itu tidak lain tidak bukan, si jurukameranya. Takde soul langsung (not to be confused with Syamsul Yusof.) Kita tak rasa si perakam ini sedang menggelabah atau berasa takut. Atau kalau tak takut pun, tiada juga sebarang tanda-tanda obsesi merakam macam filem DIARY OF THE DEAD. Yang kita rasa sialnya seperti seperti seorang d.o.p (director of photography) tengah buat kerja (silap-silap siap ada seorang focus puller sekali.)

Walau bagaimanapun, perjalanan cerita yang digerakkan oleh dua kamera di dua ruang berbeza bagi saya menarik. Saya suka momen kamera berjalan secara linear di dalam hutan (mencari perempuan yang kena rasuk dan lari.) Perasaannya menarik, tetapi garapannya gampang. Dua orang yang sedang berjalan itu belum apa-apa dah gelabah. Bukankah lebih terasa jika semua orang chillax, kemudian bila pembunuhan berlaku baru semua start gelabah? Come on la, nama Jeff, Tony, Sam, nama mat salleh, tapi tak rasional, takut bayang-bayang sendiri, apa ni?

Filem ini cuba membawa kita menaiki roller coaster – tapi tak berkesan. Ada potensi, cuma tak menyeronokkan. Dalam filem [REC] perasaan roller coaster-nya menjadi sebab ia bermain dengan ruang yang terkedap. Roller coaster ini ada track, ada sense of place. Tu yang diorang ni berlari naik turun naik turun tangga menyelesaikan teka-teki dalam masa sama mengelak daripada dimakan zombie. Kita tahu tingkat bawah ada apa, kat tengah ada apa, tingkat atas sekali ada apa. Kita kenal ruang di dalam filem itu. Berbeza dengan filem THE BLAIR WITCH PROJECT, ia lebih terbuka. Sesat di dalam hutan yang tak berpenghujung, jadi pace-nya lebih perlahan.

Ternyata SERU memilih jalan yang pertama iaitu yang macam roller coaster (walaupun di dalam hutan yang tak berpenghujung.) Kita juga sedar (mengabaikan kesemua unsur kepura-puraan di dalam filem ini) bahawa ada beberapa ruang yang kita kerap ulang-alik seperti di set penggambaran, ofis produksi, dan rumah orang asli (yang bercahaya.) Tetapi tidak kurang juga lokasi-lokasi yang 'asing' seperti tanah kubur, tempat anak orang asli dihidupkan dan anak sungai yang muncul secara tiba-tiba (malah ketika di sungai, kedua-dua watak lelaki itu seperti melakukan aksi seks – ini serius gimik murahan.) Perkara-perkara sebegini melemahkan.

Ada momen-momen lain yang okay macam semua kru nampak cahaya (rumah orang asli,) tangan putus tergantung pada rantai besi, gadis kena rasuk pegang sabit dan ya itu saja yang saya ingat. Jadi usah banyak songeh, saya berikan filem ini 40/100 markah sama macam KHURAFAT. Cuma satu perkara yang saya rasa kelakar, bukan pasal sumber cahaya di dalam hutan, tapi pasal dua kali watak Jeff memperkenalkan diri di depan kamera, "Nama aku Jeff." Dia ingat dia siapa? Ishmael?!


Ridhwan Saidi
P/s: Kita faham bahawa perjalanan kamera yang linear itu berakhir apabila chaos (pembunuhan) bermula, tetapi chaos yang dijalinkan dalam filem ini tidak indah.
P/s/s: Untuk saya filem ini bukannya sebuah joyride. Rasanya lagi enjoy kalau kayuh fixie di MRR2.