Selasa, September 24, 2013

Tempahan dibuka! Kemeja tee Stereo Genmai dan Mautopia


Rinci kemeja tee:

STEREO GENMAI (kiri):
Fruit of the Loom Heavy Cotton T (195gm/m²) hitam
atau
Fruit of the Loom Lady-Fit Valueweight T (165gm/m²) hitam
Cetakan: Silkscreen
RM35

MAUTOPIA (kanan):
Fruit of the Loom Heavy Cotton T (185gm/m²) putih
atau
Fruit of the Loom Lady-Fit Valueweight T (160gm/m²) putih
Cetakan: Silkscreen
RM35


Langkah memesan:

1. Periksa dan pilih saiz anda di sini:
Heavy Cotton T:
http://www.fruitoftheloom.co.uk/public/pdf/imprint2013/en/61-212-0.pdf

Lady-Fit Valueweight:
http://www.fruitoftheloom.eu/public/pdf/imprint2013/en/61-372-0.pdf

2. Emel mokamochaink[at]gmail[dot]com dengan judul: BELI TEE SG/MT
Sertakan:

Nama
Saiz
Alamat pos (jika perlu)

*Bayaran pos bagi setiap helai RM5 (dua helai maka RM10).

3. Kami akan beri samada nombor akaun CIMB, Maybank atau RHB untuk urusan perbankan. Masukkan duit dan tunggu kemeja tee super-langka anda siap!

Kami akan cetak 50 ke 100 helai sahaja bagi setiap rekaan. Rekaan yang sama tidak akan diulangcetak di atas warna kemeja tee yang sama, arakian edisi terhad gamaknya.

Tempahan akan ditutup Ahad ini (29 September ‘13) jam 11 pm.


Ridhwan
PS: Buat yang tunggu gaji atau pokai la ni boleh tempah dulu. Kami akan beri nombor akaun untuk dimasukkan duit lepas kami buat order atau bila kemeja tee siap. Kalau tak ambil kami jual di event-event indie gamaknya.

Isnin, September 16, 2013

Open call penyertaan cerpen Tandoori Naan Sekeping

Gambar sekadar hiasan

Selepas antologi cerpen Bila Larut Malam kini Moka Mocha Ink ingin terbitkan antologi cerpen kedua.

Pasca Kelapa Nan Sebatang, Rokok Nan Sebatang, Perempuan Nan Bercinta dan nan-nan lain, kini tiba giliran Tandoori Naan Sekeping. Ia asalnya judul cerpen Dewa bagi penyertaan Bila Larut Malam yang tak siap, kini jadi judul antologi cerpen.

Cerpen sebaiknya berkisar/berlatar kedai mamak atau berunsur mamakism(?) atau apa sahaja selagi nuansa tandoori naan masih terasa. Hmmm... sedap.

Rinci:
Bahasa Melayu
2000-7000 patah perkataan
Tarikh tutup 30 Oktober 2013
Hak cipta kekal bersama penulis
Cadang terbit hujung tahun 2013
Emel cerpen anda ke mokamochaink at gmail dot com dengan subjek: TANDOORI NAAN SEKEPING (Hanya penyertaan terpilih terima maklum balas kami.)

Penulis-penulis terpilih akan terima RM50 + 5 naskhah setiap seorang. Antologi ini akan di-ISBN dan dijual di toko-toko buku popular dan pinggiran, online dan terus.

Penulis atau non-penulis, selamat menulis!


Ridhwan