Memaparkan catatan dengan label Fadli Al-Akiti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fadli Al-Akiti. Papar semua catatan

Rabu, Julai 15, 2015

Pemitosan El Ghazal

Ini respons saya mengenai karakter El Ghazal dari novela Stereo Genmai oleh Fadz:
“Saya agak terganggu dengan suatu percubaan Ridhwan dalam menghidupkan el-Ghazal (Imam Al-Ghazali), dengan pendirian yang menyerupai tetapi mungkin tidak sesadis Rushdie buat The Satanic Verses. Suatu perbincangan berlaku, yang saya sudah lupa, tetapi sedikit terasa Ridhwan "cuba" melakukan syarah intelektual idea Hujjatul Islam itu, tetapi tidak sampai, ini bukan mainannya (setakat ini).” – Fadz, KubuBuku
Yang saya percaya merujuk kepada reviu Ida di Goodreads:
“Nota tambahan; Aku rasa El-Ghazel itu adalah Imam al-Ghazali. Dan aku tak maafkan dia diperwatakkan dengan timbang kecil! Kerana itu aku buangkan honorifik sosial dan aku markahkan 2. Haha!” – Ida, Goodreads
Perhatikan yang Ida mulanya rasa El Ghazal = Al-Ghazali dan kemudian di dalam reviu Fadz, ia meyakini bahawa El Ghazal = Al-Ghazali. Sebagai penulis izinkan saya jelaskan dari mana saya dapat nama El Ghazal, ia adalah gabungan El Topo dan ghazal (Ghazal Untuk Rabiah).

Saya cuba memahami situasi ini sebab tak terlintas di dalam fikiran saya bahawa El Ghazal itu Al-Ghazali. Tapi saya faham bahawa bunyi El Ghazal ni dah dekat-dekat macam Al-Ghazali, cuma persoalannya jika saya bubuh nama karakter El Ghazal ini sebagai Ghazali sekali pun, cukupkah sekadar nama untuk ia merujuk kepada Imam Al-Ghazali? Jawapannya tidak. Lagi pula Ghazali adalah nama biasa yang boleh kita temui seharian dan pelbagai sifat baik dan jahat seorang Ghazali boleh kita temui di media, sekolah, laman sosial dan hidup. Agak semberono untuk kaitkan nama dengan nama. (Intepretasi semberono sebegini ironisnya ada dibincangkan di dalam The Incoherence of the Critics oleh KM Raslan.)

Satu-satunya cara untuk pastikan (jika benar) saya merujuk Al-Ghazali adalah dengan melihat teks Stereo Genmai itu sendiri dan konteks karakter El Ghazal. Dunia Stereo Genmai tak pergi sejauh sejarah Islam, ia cuma berlegar di sekitar Pavi, Bukit Bintang. Dan jika El Ghazal ini Al-Ghazali, bagaimana pula karakter-karakter lain? Siapa Ibnu Rusyd misalnya? Takkan Al-Ghazali ini muncul tiba-tiba? Lagi pula El-Ghazal ini berkawan dengan Saadah Laiho, geng Anak Argot, yang saya secara halus terapkan nuansa Children of Bodom kepada geng ini, dan saya yakin ia jelas dan boleh ditangkap oleh pembaca yang tahu, meski ia trivial dan tak mengurangkan pengalaman pembacaan. Tapi kalau sedar ia mungkin buat Anak Argot ini comel sikit.

Apa pun saya terbuka jika diberi dalil yang lebih kuat berkenaan apa pun. Moral dari intepretasi ini sekurang-kurangnya buat saya google dan lebih ingin mengenali Al-Ghazali.

Ridhwan Saidi

Selasa, Februari 10, 2015

Novela STEREO GENMAI edisi underground


Saya akan cetak 10-20 naskhah versi kaver baru ini sempena KLAB 2015. Kedua foto saya rakam di Kuala Lumpur, dan kulit depan itu benar di hadapan Pavi. Ada figura wanita, dan lelaki atau mungkin manikin? yang berkait dengan novela ini. Ia masih kekal dengan warna hitam, putih dan merah. Warna-warna ini cocok kerana STEREO GENMAI merupakan karya saya yang paling gelap. Ia juga antara yang paling sinematik.

Pada 2012 saya ada hantar STEREO GENMAI dan MAUTOPIA ke Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2012. Saya hantar sebab Fadz ada iklankan di blog dan kalau tak silap, suruh saya join. Dan saya memang nak join, bukan sebab nak test market, tapi barangkali, nak test competition. Antara isi laporan seperti berikut:

Panel Penilai pada peringkat saringan telah membaca 43 buah novel terbitan pelbagai penerbit  pada tahun 2012. Panel Penilai mendapati sebahagian besar novel ini bersifat ringan atau bercorak novel popular. Persoalan yang tergarap adalah biasa, yang menyentuh subjek percintaan,  kekeluargaan,  pendidikan,  dan keagamaan. Walaupun bernilai moral dan bermakna, kebanyakannya terungkap dalam gaya persembahan atau teknik penulisan yang biasa, tiada percubaan memperagakan teknik baharu yang lebih menarik.

Kedua novel saya tidak terpilih untuk shortlisted. Saya suspek kedua novel saya tewas sebab ringan dan bercorak novel popular meski ia adalah sebaliknya. Malah STEREO GENMAI antara karya paling teknikal yang pernah saya hasilkan (setakat ini?) Saya tertanya jika ada karya fiksyen Malaysia persis STEREO GENMAI sebelum ini?

Semasa mereka kaver baru ini, saya belek STEREO G. untuk ingat kembali ia tentang apa. Dalam keadaan sekarang, saya syak ia sebuah karya gothik pascamoden. Jika dulu kala kita ada watak utama yang ke istana atau rumah agam terpinggir dan usang, di sini saya buat watak utama ke pusat beli-belah Pavillion. Pavi sekilas pandang bukan Transylvania atau Baskerville Hall, tetapi ia masih berhantu (dari segi arsitektur dan sejarah) kerana bertapak di atas Bukit Bintang Girl’s School (sekurangnya dalam dunia saya).

STEREO GENMAI bunyinya enigmatik kata Nazim, dan pada saya pula (semasa saya menulisnya) ia bermaksud ‘bunyi hujan.’ Saya tak akan bubuh judul novela ini BUNYI HUJAN sebab ia kedengaran old-fashioned, atau SEMALAM DI PAVI atau MENCARI D. Mungkin old-fashioned bukan masalah, yang lebih berat kerana sebagai judul ia tidak stylo. Saya juga ada gatal nak tukar judul bagi cetakan ini supaya orang mudah faham tetapi ia mustahil, sebab STEREO G. wujud dalam novela ini.

Novela ini ditulis pada tahun 2012, dan mungkin pembaca bahasa Melayu kurang jelas bagaimana cerita sebegini berfungsi ketika itu, tapi sekarang saya syak ia bukan lagi senggama minda atau apa, ia cuma cerita yang straightfoward—satu kitaran.

Ridhwan Saidi
P/S: Oleh kerana KLAB bakal berlangsung di Dataran Underground maka dengan itu saya namakan edisi ini edisi underground. 

Khamis, November 25, 2010

Plot Idea Rasa

Pada ketika ini, saya sudah tidak lagi bernafsu bersembang mengenai film studies atau film criticism atau gosip-gosip akademia yang berada di luar konteks pembikinan filem. Kini saya lebih syok berceloteh mengenai hal-hal pendekatan atau proses pembikinan sesebuah filem itu sendiri (malah menyentuh juga bagaimana seseorang blogger atau pengulas itu mengulas sesebuah filem – tetapi ini saya tidak kesahkan sangat kerana saya percaya kita sudah mempunyai beberapa orang pengulas yang baik; akan tetapi hal ini bertentangan bagi mereka yang membikin).

Essentially, bagaimana seseorang pembikin, pengarah, sutradara, filmmaker, realisateur, metteur en scene, atau apa-apa yang kamu mahu guna, bermain dengan 3 hierarki domain:
1. Plot
2. Idea
3. Rasa
Plot adalah domain pertama dimana hampir kesemua daripada kamu tersekat lalu tinggal selesa di dalamnya. Apa yang dulu dan apa yang kemudian disusun secara sistematik (kalau anti-sistem pun harus berteraskan sistem bukan?). Fungsi penyusunan plot ini bagi saya tidak lain dan tidak bukan adalah teknik dalam menyampaikan sesebuah cerita. Selain itu plot ini juga digunakan untuk pembikin bermain dengan 'jangkaan' penonton berlandaskan durasi (3 act structure adalah sistem yang paling harmoni tetapi masih lagi terkial-kial disempurnakan oleh kebanyakan pembikin filem kita). Antara kata kunci yang digunakan oleh pembikin/pengulas yang bermain di dalam domain plot ini adalah seperti predictable, klise, efektif, logik, flat, unrealistic, pacing, original bla bla bla.

Idea pula letaknya lebih dalam daripada plot. Domain idea ini bagi saya bermain dengan sisi-sisi intelek dan rasional—berfikir dengan akal; yang plot tadi pun kena fikir juga, tetapi bila beridea kamu perlu lebih kritikal bermain dengan makna, erti dan maksud. Ini secara tidak langsung akan memberikan nilai kepada werk kamu yang pada mulanya lompong hanya sekadar bermain dengan permukaan plot tadi. Tidak lagi bermain dengan persoalan ‘bagaimana’ kini seseorang pembikin/pengulas itu bermain dengan persoalan ‘apa’. Jika di domain plot tadi seseorang pembikin/pengulas itu mahu menggunakan teknik bokeh dengan wajah hero dalam fokus di depan tetapi latarnya kabur dengan menggunakan lensa 50mm; bagi seorang pembikin yang bermain dengan domain idea pula, teknik bokeh ini digunakan kerana hal ini menggambarkan perasaan dalaman watak hero itu yang (kononnya) sedang berada di dalam kekaburan. Setiap tindakan diberikan makna, setiap objek dan subjek yang wujud di dalam bingkai diberikan makna, segalanya diberikan makna.

Rasa pula letaknya lebih dalam daripada idea. Domain rasa ini bagi saya bukan sekadar emosi – emosi ini perasaan yang dizahirkan – tetapi lebih bersifat intuisi. Hal ini boleh berlaku pada kedua-dua praxis pembikin dan penonton. Untuk mencapai rasa ini, ia sesuatu yang tidak boleh difikirkan dengan rasional dan logik akal. Boleh digambarkan, jika sebuah prosa (sebenar) itu bermain dengan domain idea, sebuah puisi (sebenar) pula bermain dengan domain rasa; (prosa dan puisi olok-olok bermain di dalam domain plot kerana ia sekadar permainan teknik semata-mata). Jika akal itu menyerap, rasa ini mengalir – berfundamentalkan tauhid, pasti. Pabila saya menyatakan bahawa domain rasa ini berada pada tahap tertinggi, jangan pula kamu (terutama yang menulis sajak atau puisi pantas pendek) perasan. Kebolehan untuk rasa ini perlu ditelusuri secara berperingkat disertai usaha; jika adapun yang istimewa diberkati laduni, itu lain cerita.

Tidak mustahil juga bagi sesebuah filem itu menguasai ketiga-tiga domain plot, idea dan rasa. Sebagai contoh, All About My Mother (1999) oleh Pedro Almodovar bagi saya plotnya A+, ideanya A dan rasanya A+.

*****

Di sini ingin saya ‘ulas’ dua blog yang bermain dengan ketiga-tiga domain ini iaitu That Movie Blogger Fella (TMBF) dan Tonton Filem. (Asalnya saya berniat ingin mengulas kesemua blog filem yang ada di alam blogosfera ini, tetapi well—malas).

TMBF bermain diantara plot dan idea disertai humor Melayu Muslim-nya. Ini penting kerana jika kamu perasan, hampir kesemua pengulas filem tidak kira samada di blog mahupun di surat khabar yang berceloteh mengenai plot hanya tersekat pada tahap itu sahaja. TMBF melangkaui sempadan itu dengan mewacanakan idea serta dalam masa yang sama berkongsi teknik-teknik membikin filem seperti suntingan Gilligan, lol. Stay true kepada genre, TMBF melayan hampir kesemua filem-filem yang masuk panggung. Secara peribadi, saya seronok membaca ulasan-ulasan filem (terutamanya Melayu) dengan rating 2 bintang ke bawah. Kalau 3 bintang ke atas saya lebih seronok membaca kupasan blog seterusnya, Tonton Filem.

Tonton Filem bermain diantara idea dan rasa. Jika pengulas lain sekadar filmster, mamat ini cineaste. Ini bukan puji suka-suka kerana kami pernah makan KFC bersama, tetapi seorang cineaste mamahami apa itu ‘sinema’ dan Tonton Filem tahu. Ulasannya kencang kritikal menelusuri daerah-daerah terpendam malah paling menarik, Tonton Filem juga mempunyai kebolehan merenung potensi seseorang pembikin/sesebuah filem itu. Walaupun gaya penulisannya kadang-kala kering, well yang basah-basah itu saya sentiasa ada Roman Kodian ataupun Bin Filem.


Ridhwan Saidi

Selasa, Julai 06, 2010

Dialektik Industri Perfileman Tempatan di Laman Sosial Facebook

Ridhwan Saidi Tak setuju dengan Fadli Al-Akiti, kita perlu kembali kepada common sense, filem sampah jika disokong lagi ligat la ia berkembang. Jika industri perfileman di M'sia runtuh sekalipun, so what?

Sunday at 13:35 · Comment · Like · Share
Rozinor Razali, Fazleena Hishamuddin and Fyra Hider like this.


Nazim Masnawi Am with you here, tapi akan talk with Fadz about this later.
Sunday at 14:00 · Like ·

Cik Lyn I just read it..agak keliru disitu..dia kata kita kena tgk filem melayu x kiralah teruk or not but in the same time fadz xnak tgk kapoww just bcuz he read a bad review bout it? Oh come on fadz like he said teruk mcmana pun kita kena tonton and support filem melayu right? *wink
Sunday at 15:30 · Like ·

Nazim Masnawi No, Lyn. He said he disliked the title.
Sunday at 17:30 · Like ·

Cik Lyn hahaha ok got it ;)
Sunday at 17:47 · Like ·

Fadli Al-Akiti Not really, the real point is, for ur voice to be heard, if u dont want to watch a bad movie, tell why u dont want to watch a bad movie.. problem dia sekarang, seperti yang ditonjolkan pada hari DBP tu, ramai yang TAK MENONTON apa2 filem Melayu (walaupun yang baik), jadi masalahnya, mereka mengeneralisasi benda yang salah (contoh: Semua filem P. Ramlee bagus dan ikut semangat kebangsaan).. mereka tak FAHAM apa itu filem Melayu.. Untuk Ridhwan bereaksi sebegini, bagus, sebab ini memaparkan tanggapan dia berkenaan "filem Melayu" sebab dia memahaminya.

Ini sebenarnya untuk kumpulan "penonton kedua" yang tak pernah mahu mengenali filem Melayu. Apa yang dibuat, contohnya oleh TMBF amat2 menolong (cth: kita tahu sekarang ada kebangkitan filem Cina-Malaysia komersial yang bagus).. tapi yeap, pemahaman berkenaan Dean Sham itu mmg benar, dan masalahnya, mmg kita org Melayu agak pesimis terhadap bahan produk sendiri, tapi Ridhwan it is wrong for u to dislike, becoz in the 1st place, u have watch those films, then, u "tell" about it.. jadi samalah, tapi tapak dia lain..

Contoh terbesar ialah, kenapa tidak ada kumpulan penonton Malaysia (maksudnya, termasuk bukan Melayu) yang tidak cuba menonton Kaki Bakar semasa ia keluar. Filem itu antara filem terbaik Melayu yang keluar pada tahun itu, tetapi kenapa dengan "ignorance" yang melampau? Aku ingat lagi era itu, bagaimana U-Wei dan kompradornya pusing Uptown, menjaja poster dan makluman tentang tayangan filem ni, yg buat aku, impresif (ini mendahului apa yg David Lynch lakukan dgn lembu utk promo Inland empire).

Tetapi apa yg berlaku? hanya aku dan siap 2 org sahaja yang menonton. Ketidakpedulinya msykt terhadap Kaki Bakar waktu itu menjengkelkan (semacam menyatakan, kita ada filem bagus, tpai kita TAK NAK filem bagus).. aku salahkan "penonton kedua" ini kerana tidak "memberi jalan" untuk majoriti Malaysia mengenal U-Wei.. rujuk sinema Jerman, Jepun dan Peranchis, sekurang2nya mereka "menyokong" (biasalah, filem mereka yang ala Hollywood lebih menampung penonton, tapi ini bukan poinnya) filem2 berat/art house, di sini bagaimana kita mengenali Francois Ozon. INI TAK BERLAKU DI MALAYSIA: berapa ramai kalian korang menonton Punggok Rindukan Bulan Azharr bila keluar? JANGAN NAK TIPU AKU!

Yang Ridhwan silap di sini ialah, Ridhwan tak nampak "kuasa" penonton kedua.. Cthnya, macam TMBF, bila ia menonton Kapoww, dan mendapatinya bangang, aku yang pernah menonton filem Azizi (yang aku benci dan letak pada diri aku tak mau menonton) rasa musykhil pada awlanya kerana Ajami mengatakan ia BAGUS. Tapi bila TMBF sudah menyatakan, aku AKUR. INI PENTING sebab dalam dunia media sekarang, wartawan perdana TIDAK DIBENARKAN mengutuk filem Melayu, jadilah ulasan2 yang tidak jujur, separa benar dan tipikal ulasan Huzz (semuanya bagus dan perlu tonton).. malah Pak wahab juga sudah "dipaksa" tone down kepedasannya (kalian sedar atau tak taringnya sudah hilang?)

Baru2 ini, malah, dalam pratonton Mantra, ada seorang sang pengarah dgn seloroh menyatakan, "Ha, aku ada di sini, jaga2 korang, tulis yang baik2 aja." JADI, inilah kitaran celaka yang sedang kita lalui, wartawan menulis "pembohongan" dan penonton kedua "tak peduli" pun dgn filem Melayu. Ia tak pernah berubah. Bagi aku, apa yg TMBF dan beberapa kawan "cuba" lakukan (menonton) itu sangat penting. Ya, kadang2 kita akan temui sesuatu dalam sampah (pernah tonton Pink Flamingo?) yang dahulu, aku paksa diri aku menonton filem Prof Razak dulu, dan aku MENYATAKAN apa yang salah/betul ttg filem Prof Razak (ini utk penonton juga, mengasah sendiri mata mereka bila menonton).. tapi ya, aku sampai sudah naik muak, aku berhenti terus menonton filemnya (2 tahun lepas).. Ridhwan kena faham, masalah kita sekarang bukan mentaliti penonton, tetapi sikap kita yang meletakkan apa2 yg kita buat "bodoh" (cth: aku boleh kira berapa org kawan aku yg baca sastera melayu), jadi mereka lebih SENANG menonton filem Hollywood, walaupun ianya bodoh. Ini lebih mensesalkan (kerana menafikan filem kita sendiri) daripada melihatnya sebagai "common sense". dan ya, tulisan aku sebenarnya berbau "retorik" daripada "a matter of fact".

Poin aku di sini ialah, majoriti masyarakat kita TAK PEDULI pun dengan filem Malaysia (takkanlah kita nak berharap dengan segelintir penonton norma Melayu itu sahaja, yg menonton filem kita hanya utk hiburan?)

Sekarang, kalian faham tak kenapa Suhaimi Baba tiba2 mensengajakan dirinya jatuh dari tempat kehormatnya dengan mengarah filem seperti PHSM?

Jadi, jaga2lah Ridhwan, hal ini juga akan berlaku pada anda, dan sebab itu anda memerlukan sokongan "penonton kedua" ini..
Yesterday at 08:58 · Like · 1 person ·

Nazim Masnawi But no one wants to our hear it, Fadz. Even the filmmakers. You know why? Because films don't matter to them (yes, bagi penonton dan pembikinnya).

See, as much as we loved reviewing films, kita kena akui usaha kita ni sebesar mana sangat. The reason aku ulas filem lagi di Skrin adalah untuk berhubung dengan orang yang sudah tersedia tahu filem - to communicate with 'em; bukan nak ajar a total idiot apa yang membuatkan this particular film work for them or not. Sebab this idiot tak nak baca ulasan to begin with. You know why orang dekat Jerman, Jepun, Perancis, dan sebagainya sokong filem diorang no matter what? Sebab bagi diorang film mattered, bahawasanya di sebalik karya hiburan juga ia boleh berada at the center of the culture and could say things about people. Tapi di Malaysia ni lain, cinema menjadi a major economic force dalam hiburan semata-mata, sejak berakhirnya zaman Cathay Keris it feels more and more menjauh dalam heart of the culture tu. Instead of directing the culture, cinema seems to reflect it.

Apa yang bestnya tentang Jerman, Jepun, dan sebagainya adalah masyarakat diorang realised that all movie had VALUE, dan pengulasnya tidak dipandang sebagai wartawan konsumer saja, tapi sarjana dan sejarahwan. Paling best adalah diorang boleh buat filem-filem bergenre yang bijak, dengan pengarah yang membuat mainstream, populist films getting recognised as masters of the art. Tapi di Malaysia tidak, oh, tidak sama sekali. When it comes to filem komersial, ada semacam backlash bahawasanya kau tak boleh jadi bijak dalam membuatnya, dan inilah yang membuatkan orang macam aku or Ridhwan fell out of favour. Para pembikinnya sendiri cakap, "Oh, tak payah fikir, enjoy saja." Inilah benda yang aku paling benci sekali, dan aku banyak kali gaduh besar pasal ni. Lagi celaka, some good filmmakes like Mamat Khalid atau arwah Yasmin Ahmad pun fikir begini. "Tak payah fikir, rasa je." Fuck!

Lagi sial tentang pembikin filem Malaysia ni adalah kebanyakannya tak tahu apa itu fungsi filem dan cinema. Kebanyakan diorang sekadar gembira untuk bekerja and gembira buat filem that hit all the quadrants on the demographics sheet (hei, satu famili, atuk, nenek semua boleh enjoy. wohoo!). Bayangkan kalau diorang sendiri tak peduli dengan kesenian dalam karya diorang, tell me Fadz, why should I give a fuck about it?

Kalau nak bercakap tentang filem berseni, okey fine, tapi Yasmin Ahmad sendiri banyak kali tolak pendapat pengkritik dengan mengatakan biar peminat sendiri yang judge. Woo Min Jing pun pernah cakap begitu. Suhami Baba pun sama. It's sad to see, ya know, these filmmakes stand so adamantly on the side of the stupid - diorang totally bought into the myth bahawasanya amatur itu sama je dengan professional. Terus terang cakap, kita-kita pengkritik ni bukannya pro sangat pun, atau pun berpengetahuan sangat, tapi plenty are. An understanding of filmmaking and of critical thought is what makes a film critic more qualified to judge movies than a random gay guy from Yasmin's Blogspot comment section. Aku tak kisah kalau arwah Kak Min was decrying the debasement of film criticism through an inundation of morons at Facebook status. But she's painting almost everybody in film criticsm with the worst possible brush.

Peminat dia pun sama. Aku ingat lagi aku pernah tulis some esei about Sepet and then ada peminat Yasmin cakap "you're thinking too much." Wow! Peminat filem Yasmin ni, yang from the beginning kutuk filem Prof. Razak sebab bodoh sangat.

The thing is, Fadz, aku bukannya disliked filem tempatan; aku simply dismissing them. Aku tak tahu Ridhwan berdiri dekat mana about this tapi aku syak he's with me. Peminat filem dan pembikin filem sendiri bagi kitorang lampu hijau. Aku still tengok filem Melayu - aku tonton Elephant and the Sea dan Punggok Rindukan Bulan (kedua-duanya aku pilih sebagai the worst films of 2008), Pensil; fuck, even Toger Wohoo pun aku tengok. Tapi seriously, I'm not gonna talk about them because nobody cares unless it's a good review. So all and all, fuck it. Unless there's a Godsend came along, aku takkan bercakap mengenainya. Ever.
Yesterday at 10:38 · Like ·

Fadli Al-Akiti Nazim, i like ur 1st point..

"Rasa" is bad word eh? hahah, no, itu strategi mereka.. hal itu aku biarkan "to each to their own".. mereka tahu jika mereka gunakan perkataan "pikir" sepertimana yg Mansur Puteh lakukan terhadap Leman, "they gonna get it" oleh para penonton, tapi KENAPA mentaliti ini? Hang dah nyatakan pada poin pertama, yang aku doakan ia bukan "kitaran" yang akan terus berlaku.

Sori, SEMAN oleh Mansur Puteh, haha

Ur 3rd and 4th point pun aku setuju, the reason is, kau ada "suara" dan meletakkan nilai (walaupun "peminat melihatnya secara negatif), jadi KENAPA kau perlu merasa "rimas" dengan hanya komen2 "peminat" (melainkan niat hati kau lain, iaitu untuk memberontak atau sengaja cari fasal). Yah, aku pun tahu dan merasakan "who the fuck cares", kerana itu aku memilih untuk banyak meninggalkan beberapa filem komersial Melayu di pawagam (Zoo dan Andartu Terlampau contohnya). Hal ini, hal menarik berkenaan yang kau nyatakan "perlu letak nilai" ini yang aku terbangun sewaktu mendengar penjelasan Dr. Mahadi masa DBP tempoh hari.. sebab majoriti daripada audiens melihat SEBALIKNYA (masih melihat benda2 enteng seperti dialog watak, jenggel bukan?).. serius, aku hormat kau anti filem2 suara baru (kau dah tgk Mautopia, aku rasa filpen ini pun kau akan bantai kaw kaw, tapi aku suka.. tapi itu "to each to his/her own".

Jadi, aku nak gali balik perasaan aku untuk letak persoalan yg sudah lama terkubu ini, kepada luar sana. Maybe tat entry in my blog, def was not meant for u or Ridhwan, but for the typical audience yg masih kata "kita nak hiburan", kepada penonton Melayu yg bawa anak-beranak menonton filem, yang bercakap2 dalam wayang dan kata betapa cantiknya fesyen Fazura atau tebalnya makeup Umi Aida kat katil. Bagi aku, aku tak boleh pesimis dalam hal ini, kalau ia tidak diperkatakan (seperti bagusnya, kau londehkan kelemahan filem arwah yasmin), ia akan menjadi satu hal yang tidak diendahkan. SUARA ini penting, jika kita pesimis dalam hal ini, aku rasa, masa depan macam Ridhwan hanya berlegar dalam kitarannya sahaja, seperti mana yang berlaku dengan pengarah Tropicla Malady itu yang perlu menagih dana daripada org luar unutk membikin filemnya, kerana tak ada masyarakatnya pun yang peduli dengan filemnya, walaupun ia memenangi Palme D'Or di Cannes (ini satu fakta, dan aku sudah lihat ia berlaku di Thailand).
Yesterday at 11:35 · Like ·

Nazim Masnawi Actually, this last point aku bersetuju dengan kau. Dan aku rasa pasal entri dekat blog kau tu, let's just say that aku dan Ridhwan sudah termakan cili rather than faham keseluruhan konteks. Dan ya, suara itu penting, tapi only kalau orang faham apa poin suara tu.

Terdapat ramai pengarah, even yang indie-indie pun, doesn't seem to geddit. Bila kita talk about their works negatively, diorang akan nampak this as a hate spread. Macam Dean Sham cakaplah, "Bila kita asyik bercakap mengenainya (like aku dengan filem arwah Yasmin) itu maknanya kita sukalah tu, but in a whole different way."

Tapi pembikin dan peminat filem ni tak faham. It's either kau suka or tak, and that's about it. Nice, judge benda seni as a consumer product through and through. Fenomena Seni dengan bangkainya pun boleh bincang medium seni dengan rupa gini. Serious, Fadz, aku sokong perjuangan kau - go for it! Memang penting ada fahaman gini, tapi I'm not gonna tag along. I'm just tired. Setiap kali aku nak ulas filem ke apa, aku kena justified sekali again and again apa poin ulasan secara umumnya sebab ada je reactors celaka yang terdiri daripada golongan bijak pandai sendiri that say, "Eww, you think too much."

Serious, people, pick up a film book and read about it!
Yesterday at 11:54 · Like ·

Fadli Al-Akiti Bro, serius, poin kau ni aku sokong 100%.. serius, org kita mmg kena tgk, tak salah untuk korang menilai malahpun mengutuk sesebuah filem Melayu, be it mainstream or indie. Aku setuju hal ni, sebab inilah sebenarnya "menghargai" filem tu, dan kalau pihak pembikin mahupun penonton tak nampak (seperti yg ko nyatakan), entahlah, mungkin, dalam masa 5 thn, aku juga akan jadi macam Ridhwan nyatakan: "so what?" dan terus tak menonton lagi filem Malaysia, baik perdana mahupun indie (setakat ni, aku masih berharap lah, fasal tu aku tgk..)
Yesterday at 12:20 · Like ·

Nazim Masnawi Keep on berharap, Fadz. Paradoxically, I think it's gonna get better. Look at Adnan Semp-it and its box-office take. Aku percaya orang kita kadang kala subconsciously tau apa itu kualiti after all. Aku cuma nak tidur buat masa ni.
Yesterday at 13:47 · Like ·

Ridhwan Saidi Kita pernah tengok Antoo Fighter pastu mengharapkan Azizi Chunk hasilkan Pink Flamingo, ini ajaib Fadz. Ianya ok untuk tak tengok filem-filem tempatan daripada pembikin yang sama. Sebab kat negara ni, ianya ok untuk judge a book by it's cover. individualiti, perangai & fiil itu terserlah secara harfiah, ianya terlampau boleh dijangka (daripada tajuk, poster, make up, pakaian dll.). Cuma harapan itu boleh kita sandarkan kepada first time filmmaker (dan pembikin yang boleh kita percaya, macam Uwei.) Bila kita rasa ada potensi, kita aware, sampailah bila pembikin tu mengecewakan kita diakhirnya haha.

Bagi mereka yang main bedal tonton semua filem yang diorang tahu tak best, seolah seperti ada unsur masokis bawah sedar, dera diri sendiri, ish ish ish tak senonoh betul.

Macam kata Nazim, majoriti penonton kita ni konsumer. Jadi siapa yang feed konsumer ni? Semestinya 'industri perfileman tempatan' itu sendiri, yg terdiri daripada para penerbit dan cukong sinepleks: kolektif oligarki, geng jahat.

Tak semestinya kita perlu tengok sesebuah filem tu kat panggung Fadz, ini zaman moden, kita ada TV, komputer, DVD player, Youtube, set home theatre. Kita tak sekadar membatu dan pasif dalam gelap, itu old-fashioned cinema, kini kita boleh pause, zoom in, rewind, fast foward, upload ke Youtube part kita suka, participate, interact dll. Tak ke panggung tak bermakna kita tak 'menyokong' filem tersebut.

Kalau betul pembikin ini membikin atas nama 'seni' - wang kutipan jualan tiket dan keuntungan tak menjadi hal. Sebab in the first place, masyarakat kita yang meletakkan NILAI pada sehelai kertas yang bernama duit (kalau pembikin pun sama meletakkan nilai pada kertas bernama duit ini, 2x5-lah). Selagi masyakarat kita tak sedar yang nilai duit itu sebenarnya hutang, yang sistem 12 jam 12 bulan ini terpesong daripada waktu sebenar, yang bangunan dengan sistem tertutup memutuskan hubungan mereka dengan alam fizikal, selagi itu mereka mahukan 'hiburan'.

Oh ya, masyarakat Jerman, Jepun, Perancis, dan sebagainya secara kolektif sedar akan hal fundamental ini. Daripada kesedaran ini barulah kita bertoleransi (supaya tak dianggap gila). Inilah yang membezakan orang berbudaya yang faham seni dengan orang yang gila kertas (konsumeris). Masalahnya, kedua-dua golongan ini pakai SUARA yang berbeza Fadz, macam itik bercakap dengan ayam. Ini bukan lagi soal endah tak endah, ini masalah komunikasi, macam kabel Mac nak cucuk kat PC, tak work. Ini bukan pendapat seorang pessimis, tapi pendapat seorang realis.
21 hours ago · Like ·

Zara نور زاهرا سورياني nice arguments, people... seronok membaca... =)
14 hours ago · Like ·

Fadli Al-Akiti Aku suka poin Ridhwan, rasionalnya menyerlah, dan aku hormati cara dia mahu menonton (di sini, dinyatakan YouTube) sepertimana seseorang tu (TMBF) menonton di pawagam dengan tiket. Aku suka dua2 walaupun kaedahnya berbeza. Bagi aku, cara TMBF lakukan itu ADALAH menyampaikan "compatible" Mac dengan PC tadi, ya, ia mengganggunya, tapi untuk MENYEDARKAN pihak "komersial" itu, dia harus bertindak sesuatu. Aku tahu, hal yg dia lakukan itu pun amat kecil (malah takkan merubah apa2), tapi apa yg ia lakukan pun bukannya lama, tapi baru. Tapi aku masih berharap bukan apa bro, jika Pauline Keel pun mengambil masa untuk dikenali suaranya, apatah lagi TMBF. Lagipun, setakat ini, tak ada data yang MUNASABAH untuk menunjukkan filem2 Melayu yg di-download, atau ditonton di Youtube (kalau rujuk, tak ramai sgt berbanding penonton norma, penonton pertama) itu sekurang2nya menyamai atau melebihi penonton biasa. Kalau kau ada kerajinan, mohon diselidik hal ini (ini termasuk road show yg dilakukan terhadap universiti) dan paparkan data ini.. Dengan itu, barulah aku boleh pegang dengan kata2 kau bro.
8 hours ago · Like ·




p/s: Suka makan cili.

Rabu, Jun 02, 2010

Melupakan Amber dan Tong Sampah

Pada suatu hari, sedang saya makan ayam goreng black pepper di KFC KL Sentral bersama Fadli Al-Akiti—berdepan dengan orang yang layan filem. Berbelas bulan (lebih kurang) sebelum itu, saya makan Prosperity Burger McD di KL bersama Azharr Rudin—serupa, saya sedang berdepan dengan orang yang layan filem. Tapi yang membuatkan ianya unik adalah reaksi bagaimana mereka memperlawa saya untuk makan di toko fast food tersebut (mereka fikir saya anti-fast food,) yang entah bagaimana membuatkan saya tiba-tiba teringat filem pendek atau bahagian pertama daripada siri The Amber Sexalogy ini.
Secara peribadi saya menggemari slow food berbanding fast food. Tapi saya lebih rela makan fast food daripada makan pseudo-slow food (seperti Laksa Shack). Secara purata boleh dikatakan saya makan fast food sekali dalam sebulan. Kalau tidak di luar, yang sejuk beku di dalam peti ais pun jadi. Cuma komedi gelapnya, setiap kali saya makan KFC atau McD ini, kadang-kadang saya akan teringat imej-imej ayam yang dipaksa makan dedak sampai mati dalam emel.
Mengingatkan imej-imej brutal ini, tiba-tiba Fadz bertanya, "kenapa, tak sedap ke?"

"Err... sedap," jawab saya sambil tersenyum.

Saya tidaklah begitu lama mengikuti perkembangan filem pendek pelajar di institusi tempat saya belajar. Tetapi daripada gosip-gosip yang berjaya saya kumpul, dahulu filem-filem pendek di sini lebih production-oriented. Sejak beberapa tahun baru-baru ini, baru bibit-bibit seni itu mula muncul. Jadi jika ini benar, bermakna saya telah melihat filem-filem pendek yang lebih art-oriented tadi. Walaupun ia cuba layan seni, tapi ia masih belum sampai ke takat yang mengesankan bagi saya.

Ini berkesan di dalam Forgetting Amber. Ia cuba memadam kerinduan dengan imej-imej mudah tapi berkuasa dan penuh makna seperti langsir, railing, matahari terbenam dll. Saya syak kuasa sebegini ada dibawa di dalam Punggok Rindukan Bulan yang masih belum saya tonton. Sedihnya benda sebegini tiada di dalam filem-filem pelajar, ini menyesakkan. Jika adapun ianya masih belum konsisten.

Konsistensi ini saya dapati jelas keliru di dalam Aku, Dia dan Tong Sampah. Azri Abu Hassan ada berpesan kepada saya bahawa ADTS ini filem komersial. Macam fast food tadi saya bukanlah anti filem-filem komersial, saya tengok filem komersial sekali sebulan gitu.

Kita perlu faham bahawa filem komersial itu tak ubah seperti fast food. Ianya perlu cepat, ringkas dan kenyang sekejap. Restoran-restoran fast food ini selalunya berwarna terang, ada feel pop, dan melalaikan. Terapkan unsur-unsur ini ke dalam sinematografi dan suntingan, sapukan make up dengan bunyi, muzik, lakonan dll. Siap, jual.

Cuma dalam ADTS keadaannya kadang-kadang komersial, kadang-kadang ber'seni' sangat, seolah ada perselisihan dan kecelaruan pendapat di dalam jiwa pengarahnya. Ini tidak salah jika ia digarap secara berkesan seperti filem Ada Apa Dengan Cinta. Apa yang saya lihat: pelakon 'drama' dirakam dengan teknik long take dan kamera statik—mungkin sesetengah bahagian ok, tapi babak dialog jiwang tipikal? Saya tak mampu bertahan... rasanya tengok kucing bergaduh kat belakang rumah lagi engaging.

Berbeza dengan filem-filem 'slow food' seperti Punggok Rindukan Bulan misalnya (anehnya saya belum tengok, tapi konfiden tulis). Ianya seperti masakan ibu/nenek di mana setiap hirisan itu detail. Kalau masak laksa tulang-tulang itu dibuang secara teliti kerana tak mahu si suami atau anak atau cucu tercekik gitu. Malah orang-orang yang pandai memasak ini, kuah laksa mereka tidak berbau hanyir. Ini saya syak daripada proses pembuatannya yang perlahan.

Seperkara yang saya sedari, dalam The Amber Sexalogy, tekniknya berbeza (filem pendek adalah latihan/senaman teknikal) tetapi temanya tetap sama dibawa oleh individu bernama Azharr Rudin iaitu perasaan rindu lagi leleh itu. Ini berbeza dengan mereka yang masih hijau di mana secara teknikal sama saja tetapi membawa tema yang berubah-ubah dari satu projek ke projek lain. Ini tak ubah seperti sekejap pakai tudung, kemudian buka, kemudian duduk di atas kerusi roda, kemudian pakai tudung balik, sekejap Islam, sekejap agnostik dll. Tidak ada keperibadian dan individualiti yang utuh—mangsa fesyen huh. 

Jika perubahan berlaku pun, ia selalunya mengambil tempoh masa yang lama, perlu melalui fasa-fasa transisi tertentu/penting di dalam kehidupan mereka. WR. Fassbinder ada 3 fasa, JL. Godard ada 2, Yusof Haslam ada 1 contohnya. Ini terpancar pada filem-filem mereka, tak tipu. 


Ridhwan Saidi