Khamis, Jun 20, 2013

Kisah Bom dan Jeneral


Suatu masa dulu terdapat
sebiji atom.

Dan suatu masa dulu terdapat
seorang jeneral jahat
yang memakai uniporem berbahu tocang berwarna emas.

Dunia ini penuh dengan atom.

Semua benda diperbuat daripada atom.
Atom sangat kecil,
dan bila mereka bercantum
mereka membentuk molekul
yang mana
membentuk semua benda yang kita tahu.

Emak diperbuat daripada atom.
Susu diperbuat daripada atom.
Perempuan diperbuat daripada atom.
Udara diperbuat daripada atom.
Api diperbuat daripada atom.
Kita diperbuat daripada atom.

Bila atom
bersepakat
semuanya berjalan lancar.
Hidup berasaskan keharmonian ini.

Tapi bila atom dihancurkan
bahagian yang pecah akan menyerang atom lain
dan akan menyerang lebih banyak atom lain,
dan seterusnya . . .

Sebuah letupan yang menakutkan berlaku!
Ini adalah kiamat atomik.

Jadi,
atom kita berasa sedih
kerana telah diletakkan
ke dalam bom atom.

Bersama atom lain
mereka menunggu
bila bom itu akan dijatuhkan
dan mereka semua akan dihancurkan,
memusnahkan segalanya.

Kini malah
dunia ini dipenuhi
jeneral-jeneral
yang menghabiskan hidup mereka mengumpul bom.

Dan jeneral kita
penuhkan lotengnya dengan bom.
“Bila saya ada banyak dan banyak,”
kata dia,
“Saya akan mulakan peperangan yang indah!”
Dan dia ketawa.

Bagaimana kamu mahu membantu tetapi menjadi jahat
bila kamu punya bom-bom itu di tangan?

Atom yang terperangkap di dalam bom
sedih.

Terima kasih kepada mereka
akan ada malapetaka besar.
Banyak kanak-kanak akan mati,
banyak Emak,
banyak anak kucing,
banyak anak lembu,
banyak burung—
semua orang.

Seluruh bandar akan musnah
di mana sebelum itu ada sebuah rumah putih
dengan bumbung merah
dan pokok hijau di sekeliling . . .

. . . tiada apa yang tinggal kecuali
lubang hitam yang hodoh.

Oleh itu
atom-atom itu menderhaka kepada jeneral.

Suatu malam,
tanpa membuat apa-apa bunyi,
mereka keluar senyap-senyap dari bom
dan bersembunyi di bilik bawah tanah.

Keesokan pagi
jeneral itu ke pejabat
dengan beberapa orang lelaki.

Lelaki-lelaki itu kata:
“Kita sudah banyak keluarkan wang
untuk buat semua bom-bom.
Kita nak biarkan mereka hingga tumbuh lumut?
Kenapa kita perlukan jeneral seperti kamu, lagipun?”

“Benar,”
balas jeneral.
“Kita mesti mulakan peperangan ini.
Kalau tidak kareer saya tidak akan ke mana.”

Dan dia isytiharkan perang.

Bila khabar tersebar
yang peperangan atom akan berlaku,
manusia jadi gila dan takut.
“Oh, kalau lah kita tak benarkan
jeneral untuk buat bom”
keluh mereka.

Tetapi ia telah terlewat.
Semua orang lari meninggalkan bandar.
Tetapi ke mana mereka nak bersembunyi?

Sementara itu jeneral
telah isi bom ke dalam kapal terbang
dan sedang jatuhkan ia satu persatu
ke atas semua bandar.

Tetapi apabila bom jatuh
(kosong sepertimana sepatutnya)
mereka tidak meletup pun!
Dan semua orang,
gembira kerana masih hidup
(mereka tidak percaya tuah menyebelahi mereka!),
menggunakan kelongsong bom sebagai pasu bunga.

Jadi mereka ketahui
bahawa kehidupan lebih cantik daripada bom . . .

. . . dan mengambil keputusan untuk tidak lagi berperang.
Emak gembira.
Juga Bapa.
Juga semua orang.

Dan bagaimana dengan jeneral?
Kini sebab tiada lagi peperangan,
dia telah dipecat.

Dan untuk menggunakan uniporem berbahu tocangnya,
dia menjadi pekerja hotel.
Sejak itu semua orang hidup aman damai,
ramai pelancong datang ke hotel.
Termasuk bekas musuh.
Malah askar-askar dari masa lampau
yang terima arahan daripada jeneral.

Bila mereka masuk dan tinggalkan hotel
jeneral itu bukakan pintu kaca besar
dan buat tundukan yang kekok
berkata, “Selamat pagi, tuan.”
Dan mereka
(yang mengenali dia)
berkata kepadanya dengan wajah suram:
“Servis hotel ini teruk!
Geramnya!”


Umberto Eco (1966) 
Terjemahan Ridhwan

Jumaat, Jun 14, 2013

Filpen Sesudah Suboh (2013)



Filpen Sesudah Suboh ini akan ditayang sempena pelancaran NOORZINE 001 dan Antologi Cerpen Bila Larut Malam, Ahad ini (16 Jun 2013) jam 4 petang, di Annexe, Central Market, Kuala Lumpur. Semua dijemput hadir!


Ridhwan