Memaparkan catatan dengan label KL 48 Hour Film Project. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KL 48 Hour Film Project. Papar semua catatan

Khamis, September 01, 2011

Pertandingan Filem Pendek Dalam Masa Terdekat

Ada tiga pertandingan filem pendek yang sedang/bakal berlangsung dengan hadiah-hadiah lumayan:

Berjaya Youth 2011
Umur 18-25 tahun sahaja. Hadiah tempat pertama RM40k dengan badan kamera Canon 5D Mark II. Tarikh tutup 29 September 2011 (28 hari dari entri ini ditulis).


KL48 Hour Film Project 2011
Tahun lepas geran tempat pertama bernilai RM30k, kamera-kamera Legria serta menyertai Filmapalooza di Amerika Syarikat (tahun depan di New Mexico). Tahun ini belum pasti apa hadiahnya; sebuah pertandingan dua hari.


BMW Shorties 2011
Tahun lepas geran tempat pertama bernilai RM70k serta hadiah-hadiah kategori. Tahun ini belum pasti apa hadiah dan temanya (pertandingan bermula 6 hari dari entri ini ditulis).

Kepada yang berminat dan memendam hasrat membikin filem pendek, selamat mencuba!


Ridhwan Saidi

Ahad, Mac 06, 2011

Skodeng ke Filmapalooza 2011

Sedang bersiap-siap untuk mewakili Produksi Enjitsemut di Miami International Film Festival. Kepada yang tidak tahu, 82 buah filem pendek juara peringkat daerah akan bertanding untuk menjadi juara kepada juara. Lebih penting, 10 buah filem pendek terbaik akan ditayangkan di Cannes Film Festival's Short Film Corner 2012. Klik untuk melihat senarai penuh filem pendek: Filmapalooza 2011


Detik kemenangan.


Filem pendek yang mewakili Malaysia, lol.


Ridhwan Saidi