Memaparkan catatan dengan label Wan Nor Azriq. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wan Nor Azriq. Papar semua catatan
Jumaat, Januari 20, 2017
Jumaat, September 16, 2016
Rabu, Ogos 26, 2015
Siri Novela Moka Mocha Ink, Call For Entry
Jika ditanya novela bagaimana kami mahu, saya pantas menjawab, “Lebih peribadi lebih bagus.” Peribadi di sini bukan bermaksud autobiografi tetapi emosinya bila kita membaca terasa dekat dan benar. Dan dari segi bahasa, ya kita berkongsi bahasa Melayu tetapi yang membuatkan seorang pengarang itu lebih baik dari pengarang lain adalah apabila bahasanya sudah menjadi bahasanya.

Selain itu secara teknikalnya ia berada lebih kurang di antara 100 muka surat ke 200 muka surat. Melalui REBEL dan POLAROID, kami anggap novela sebuah prosa yang lebih pendek dari novel (atau dalam kes POLAROID, prosa yang lebih panjang dari cerpen) tapi lebih padu dan minimal penyampaiannya (tapi tak bermakna emosinya turut minimal), tetapi kemudian melalui 86, kami dapati novela juga boleh memegang bentuk yang lebih experimental dan dalam masa sama menjejakkan sebelah kaki ke daerah puisi. Pendek kata novela adalah sebuah medium yang bebas dalam meluah fikirasa anda dengan konvensi yang lebih semasa. Ia tidak tertakluk kepada novel sahaja, dalam erti kata ia novel yang pendek. Novela boleh jadi remix esei, twit, tumblr, gambarajah, foto, lakaran, sajak konkrit dan seumpamanya. Ia adalah mixed media, ia adalah kolaj, ia adalah montaj. Novela juga boleh jadi bahasa yang terapung di atas bahasa.
César Aira pernah kata di dalam satu temubual bahawa dia prefer setiap werk-nya yang nipis dijilid sebagai buku. Bila dikompilasikan saya syak werk-werk ini jadi tidak peribadi (dan terlalu dikomoditikan atas sentimen lagi tebal lagi berbaloi untuk dibeli). Dan werk-werk nipis Aira ini akan diterbitkan oleh penerbit indie di Argentina sebab penerbit-penerbit besar mahukan werk Aira yang tebal. Jadi skala dan strategi Aira ini cocok buat kami selaku penerbit kecil-kecilan.
Jika anda berminat tapi tidak tahu apa yang ingin ditulis, saya syorkan anda beli tiket bas sehala ke Lenggong dan tatap lukisan-lukisan gua dan fikir kenapa manusia purbakala dahulu melukis di dinding gua? Adakah kerana wang dan kemasyhuran? Adakah kerana untuk menggerakkan masyarakat? Kita tak akan tahu, tapi paling kurang kita boleh suspek yang lukisan-lukisan pada dinding gua ini, seperti novela, adalah sebuah expresi.
Ridhwan Saidi
P/S: Emel sinopsis/idea/struktur novela anda ke mokamochaink at gmail dot com dan kita boleh diskas hal selanjutnya.
Sabtu, Mei 16, 2015
Sepatah Dua Mengenai Novel BRAZIL
Di sini ingin saya kongsi suatu manual yang baru saya perasan bila BRAZIL siap dicetak, yang hanya saya sedar selepas Azriq petik novel HOPSCOTCH oleh Julio Cortazar dalam reviunya. Saya muat turun pdf dan temui sebuah table of instructions dan dapati BRAZIL juga boleh dialami dengan dua cara (atau pelbagai?) sepertimana HOPSCOTCH dan juga D.U.B.L.I.N.
Kaedah pertama dengan membaca macam biasa dari kulit ke kulit dan berakhir di bab 60. Kaedah kedua pula dibaca menurut bab nombor sahaja (1-60) iaitu naratif travelog atau bab abjad sahaja (A-Z) iaitu naratif Roy Osmera.
Meski sewaktu menulis saya tidak asingkan dua cerita ini. Saya taip ikut selera dalam satu fail. Bila saya bosan naratif nombor saya akan loncat ke naratif abjad. Jadi bila pertama kali saya dapat buku fizikal, saya terus baca A-Z (mengabaikan 1-60) dan dapati pengalamannya berbeza dari niat asal saya (bila dibaca secara konvensional). Perasaannya macam saya pertama kali baca karya yang ditulis oleh orang lain, oleh Kasma Booty misalnya.
Selain itu buat mereka yang dah baca BRAZIL, barangkali video lo-fi Ramadan in Rio ini boleh jadi lanjutan kepada pengalaman membaca anda. Terima kasih!
Ridhwan Saidi
Jumaat, Januari 23, 2015
Antologi Cerpen SUPERFIKSYEN
Tahun lepas Wan Nor Azriq ada cadang kepada saya untuk buat antologi cerpen bertema adiwira. Maka inilah antologi itu. Ia antologi ketiga dan terakhir yang akan saya sunting (sebelum ini BILA LARUT MALAM dan TANDOORI NAN SEKEPING). Macam biasa 10 cerpen akan dipilih, siapa terpilih dapat RM50 dan 5 naskhah buku.
Moka Mocha Ink sedang bejinak-jinak menerbitkan novella dan antara syarat am untuk tulis novella dengan kami, penulisnya mesti pernah tulis cerpen dengan kami. SUPERFIKSYEN adalah salah satu jalan. Judul inspirasi dari Super-Fiksyen oleh Ise, tapi bayangan SUPERFIKSYEN saya sudah pasti berbeza.
Kisah hero, anti-hero, semanusia-manusia hero, sesemesta-semesta hero, dinantikan.
Jemput tulis.
Ridhwan Saidi
Isnin, Mac 03, 2014
Ampang Park dan projek zine foto
Ampang Park
oleh T. Alias Taib
ketika kami menyeret langkah
ke kota kaca di sudut sebuah butik
kubayangkan patung berpakaian pengantin di situ
adalah pengantinku yang putih dan cantik

oleh T. Alias Taib
ketika kami menyeret langkah
ke kota kaca di sudut sebuah butik
kubayangkan patung berpakaian pengantin di situ
adalah pengantinku yang putih dan cantik


Sajak Ampang Park dimesej Wan Nor Azriq via FB untuk saya rakam selepas saya kongsi idea projek zine foto saya, iaitu untuk merakam foto di sekitar Kuala Lumpur berpandukan route-route seni / literatur Melayu, dan siri pertama yang sedang saya usahakan adalah perjalanan Latiff Mohidin dari Batu Road ke Kota Raya berasaskan catatannya di dalam Catatan yang dihadiahkan oleh Nazim Masnawi.
Terima kasih buat mereka semua, la ni usai setel novel Babyrina saya cadang untuk siapkan zine fotografi ini sebelum Jun, sebelum kembali menulis novel bersama Fixi.
Setakat ini tinggal 22 ketul Tri X dan dijangka itulah peluru yang saya ada bagi projek ini meski kebiasaannya saya rakam seminggu satu roll. Jika anda ada terbaca prosa atau puisi oleh penulis Malaysia yang merewang di sekitar Kuala Lumpur, punya route, jangan segan jangan silu untuk mesej atau emel ya? Ia sebuah projek jangka panjang maka tiada tarikh luput. Terima kasih!

Ridhwan
Langgan:
Catatan (Atom)