tag:blogger.com,1999:blog-59404439578845290672024-02-08T09:22:10.527+08:00]3 | |\| /= | |_ [- |\/|Taking the serious humorously, and their humor seriously.Bin Filemhttp://www.blogger.com/profile/01070099078525468889noreply@blogger.comBlogger518125tag:blogger.com,1999:blog-5940443957884529067.post-9817689191206783942023-12-25T20:58:00.012+08:002023-12-26T12:50:29.973+08:00Performans yang saya tonton 2023
Meneruskan amalan mengulas teater-teater yang ditonton sepanjang tahun (‘Sembilan performans yang saya tonton pasca pandemik 2021-2022’, ‘Lapan performans yang saya tonton dan rasa terkesan untuk tahun 2019’, ‘Tiga performans yang saya tonton dan rasa terkesan untuk tahun 2018’, ‘10 Teater Terbaik kami tonton 2017’ ), berikut merupakan catitan saya tentang persembahan yang saya tonton untuk tahun 2023.

1. Mixtape for Maz, a memory play by Adiwijaya Iskandar, directed by Tung Jit Yang. 27 May 2023, KongsiKL—Perasaan sewaktu menonton terasa jumpy dan terasa seperti ada scene yang skip tapi bila saya balik rumah dan baca balik skripnya, semua dialognya kekal. Ia aneh, sebab pengalaman menontonnya terasa seperti ada sesuatu yang tak cukup dan hilang. Ia kemudian saya dapati perasaan tak cukup itu disebabkan direction Jit Yang override stage direction yang tertulis di dalam skrip. Stage direction ini menghalimunankan objek-objek penting yang boleh membantu audiens untuk membayangkan sesuatu scene. Misalnya ada waktu watak adik beradik ini berebut komik Alam Perwira dan majalah Galaxie (atau sesuatu). Jika kita nampak secara literal komik dan majalah spesifik ini, ia berpotensi mengaktifkan memori audiens (buat mereka yang pernah baca komik/majalah ini) selain ia ketara apa yang mereka pegang dan rebutkan. Tetapi di dalam play ini, majalah dan komik ini dihalimunankan, komputer dihalimunankan, dan radio serta kaset iaitu objek terpenting juga dihalimunankan. Dengan approach ini, ia buat apa yang kita nampak di depan mata sebagai present dan tiada ilusi. Ia sesuai kalau ia nak bercakap tentang masa kini, tetapi oleh sebab play ini berlatar tahun 1999 di Penang, approach ini kontradik dengan teksnya. Audiens tak ada sesuatu untuk di-grab sebelum mengaktifkan imaginasi masing-masing.

Selain itu muzik-muzik dari play ini juga dinyanyikan live secara a cappella (jika ada bunyi ketukan ia dari objek sekitar, tanpa sebarang instrumen muzik). Tindakan ini juga sebenarnya menjarakkan dan melambatkan penghadaman audiens. Saya boleh cam Bitter Sweet Symphony dan Tubthumping di awalnya tetapi semakin lama ia jadi semakin kabur. Kekaburan ini tak hanya disebabkan teknik tadi, tapi juga disebabkan ruang KongsiKL yang bergema. Lagu yang familiar boleh jadi tak familiar bila perkataan yang disebut kabur.

Dalam play ini, kaca yang digenggam watak Edi di dalam seluar merupakan detail yang penting, dan hilang (bukan bererti nampak, tapi rasa kewujudannya tak ada) dalam play ini. Kecelaruan bertambah apabila objek-objek penting yang tertulis di dalam skrip setelah dihilangkan, elemen-elemen yang tak bersangkut-paut dengan play pula ditampilkan. Misalnya, elemen foley (teknik dubbing bunyi untuk filem), uniform sekolah yang pelbagai, open wardrobe dengan pakaian yang banyak di mana aktor salin pakaian secara terbuka (ia mungkin sesuai jika ia berkisar tentang fashion show, atau tentang isu aurat atau sesuatu, tetapi dalam kes ini ia kisah remaja bawah umur dengan banyak latar sekolah).

Stage direction yang bukan dari skrip ini defy semangat memori yang nak disampaikan. Memory play biasanya di-frame oleh satu watak yang menceritakan balik pengalaman masa lalunya. Dalam play ini, tiada sesiapa menceritakan kisah lalu ini, ia terus lompat ke masa lalu itu. Tapi bila teknik-teknik dan explorasi pembikin menghalang/interrupt audiens untuk lompat masuk ke dunia itu, ia sans memori. Saya rasa amat berjarak, ada distancing effect terhadap persembahan yang sepatutnya mendekatkan.

Persembahan ini bertenaga jika ia sebuah devised play yang menjadikan para performer sebagai sumber teks/cerita. Para pelakonnya syok bermain dengan meja beroda, bertukar-tukar pakaian sambil menyanyi, tetapi oleh kerana ia berasaskan naskhah play, saya rasa direction, permainan dan segala explorasi patut menyokong dan menguatkan play, dan bukan override dan melemahkan play tersebut. Ini merupakan pementasan debut play ini.

2. Switchblade Operation: The Longing, a visual and dance spectacle reimagining ’94 by choreographer Loke Soh Kim. 8 Jul 2023, KongsiKL—Terdiri daripada dua bahagian, koreografi pertama Gui Qu Lai Xi secara duet manakala koreografi kedua A World in the City secara ensembel 13 orang. Dalam koreografi pertama ia rasa intim, mengingatkan saya kepada filem-filem awal Zhang Yi-Mou, sebab lelaki itu ada rambut panjang yang ditocang seperti Fong Sai-yuk, memberikan kita impresi bahawa ia suatu adegan dari masa lalu. Saya suka persembahan duet ini, ia perlahan tetapi memendam intensiti. Platform yang dipijak lelaki membuatkan gravitinya menjurus ke penari perempuan. Mereka tak bersentuhan (pada awalnya) tetapi terhubung secara visual—sensual.

Dalam koreografi kedua pula ia tentang kesibukan kota. Kota yang digambarkan (pada awalnya) terasa seperti di Jepun dengan pakaian dan beg bimbit mereka. Ia sukar untuk saya situated-kan ia di Penang atau Kuala Lumpur, sebab meskipun ia bandar, tetapi masih ada momen santai. Pekerja kerajaan misalnya jam 10 pagi masih sedang minum pagi. Pekerja swasta pulak kebanyakan waktu buat-buat sibuk main media sosial. Maka gambaran bandar dalam persembahan ini membuatkan saya membayangkan bandar-bandar yang lebih laju dan kaotik seperti di Tokyo atau New York misalnya. Atau ia kota-kota hibrid yang pernah dialami Loke Soh Kim?

Selain itu penggunaan black out di antara adegan membuatkan ia terasa seperti dipentaskan di panggung konvensional yang mempunyai backstage sedangkan ia sedang diaksikan di gudang. Pilihan ini buat saya terfikir kenapa black out digunakan kerana ia beri feel old school. Bila ditanya jawapan yang saya terima berbentuk praktikal iaitu black out ini momen untuk para penari ambil nafas dan berehat selain menukar kostum. Meski saya rasa jika black out ini diganti dengan permainan lampu, atau ada seorang dua dancer kekal kelihatan, atau buat tukar kostum dan ambil nafas as part of performance, atau apa-apa option yang ada yang boleh mengelakkan penggunaan black out itu.

Black out ini jadi isu untuk saya sebab black out akan beri dua jenis efek, yang pertama ia sebagai scene break, dan yang kedua ia black out penamat. Dalam kes ini, ada momen di mana kita rasa black out itu black out penamat, audiens tepuk tangan (ingat show dah habis), dan kemudian performer sambung perform balik. Yang ini mungkin okay dan ada silap faham, tetapi kemudian di hujung persembahan apabila ia ditamatkan secara black out, kita rasa macam akan ada lagi (show belum habis), tapi rupanya ia dah habis! Kekeliruan dari segi flow ini sedikit mengganggu pengalaman saya. Dan bila ditanya ke teman-teman lain yang menonton, mereka juga ada perasaan yang sama.

Energi para performer tak dinafikan tinggi dan sepenuh hati. Dari segi gerakan kekaguman terakhirnya berbentuk akrobatik, pantas dan amat performatif. Setiap segmen in between black outs terasa seperti vignet, tapi secara keseluruhan, saya kurang tangkap apa perasaan saya sebagai audiens. Saya sentiasa lebih ingat sesuatu yang ada feel dalaman berbanding gerakan luaran. Saya gemar Gui Qu Lai Xi atas simplicity dan ketepatannya, tetapi untuk A World in the City saya fikir ia perlu ada konteks yang lebih kuat, ia perlu ada suatu perasaan yang dalam. Adakah ia tentang Penang atau Taiwan, atau hibrid di antaranya? Yang pasti ia sedikit gila-gila dan liar. Adakah kelajuan yang saya lihat ini kelajuan minda Loke Soh Kim sewaktu 1994? Mungkin kelajuan ini di tahun 1994 menarik tetapi dewasa ini di mana dunia sudah menjadi terlalu laju, untuk alami sesuatu yang lebih perlahan lebih menarik untuk saya. Saya menggemari video Memori Seketul Jasad yang memaparkan Soh Kim buat roti sewaktu pandemik yang merupakan koreografi sehari-harian.

3. Anak Raja Gondang, directed by Kamrul Hussin & Arifwaran Shahadruddin, music by Kamrul Hussin, choreography by Arifwaran Shaharuddin. 30 July 2023, Stage 1 theatre, PJPAC—Anak Raja Gondang merupakan salah satu cerita dalam korpus Mak Yong yang mengisahkan pasal puteri raja yang telah melahirkan anak berbentuk siput gondang. Rajanya murka lalu buang isteri dan anaknya. Siput itu sewaktu terbuang akan pecah dan menetas seorang anak lelaki remaja. Anak ini akan minta izin ibunya untuk mengembara dan berlakulah acara-acara seterusnya.

Versi yang ditonton ini lebih experimental sifatnya kerana ia fragmen dan tinggalan daripada produksi penuh yang terbatal. Tanpa linear comprehension, ia raw atas dasar urgency untuk ‘the show must go on’. Boleh kita anggap juga persembahan ini terbuang sepertimana anak raja gondang terbuang.

Kita dengar suara temubual Chandralekha, kemudian pengarah/performer keluar menceritakan hubungannya dengan Chandralekha sebelum satu anekdot di Pulau Pinang tentang ruang performance yang diugut dengan bom. Persembahan mereka dibatalkan, tetapi mereka tetap mempersembahkan ia kawasan di luar. Kisah-kisah ini mengikat kembali kenapa persembahan serba tak lengkap ini diaksikan.

Setiap adegan cuma seorang performer beraksi (jika ada yang berkongsi pentas, ia cuma dengan live musician di sudut kanan). Oleh sebab ia tarian solo atau lakonan solo, maka kita selaku audiens perlu isi ruang-ruang kosong ini dengan watak-watak lain (naga yang asalnya lima kini tinggal satu misalnya). Saya boleh appreciate ini sebab teater tradisional bila ramai performer kadang-kadang boleh terasa seperti sitcom. Dengan menafikan keramaian di atas pentas, ia rasa lebih berfokus. Kita masuk ke dalam fikiran satu-satu karakter.

Dalam rawness dan bareness pementasan ini kebanyakan waktu, keramaian cuma terjadi di waktu penutup bersama audiens di samping lipatan kostum. Ia closure dengan suatu sikap/statement yang ketara, juga barangkali sebentuk katarsis untuk tak buat kerja separuh jalan, selain ia secara visually cantik—jasad yang hilang diisi jasad audiens.

4. Malam Takdir, an opera in Bahasa Melayu by Johan Othman, director Chee Sek Thim, music director Johan Othman. 5 Aug 2023, Nero Event Space, PJPAC—Ia berfokus ke adegan Dhritarashtra si raja buta bersama penasihatnya Sanjaya yang boleh melihat masa depan dan ada kebolehan divya drishti (live-telecasts) peperangan Kurukshetra. Watak raja dipegang satu orang tetapi watak Sanjaya menjadi ensembel lima orang. Dengan tindakan ini, kita akan lebih berpaut ke watak raja. Untuk Sanjaya pula, buat yang tak familiar dengan Mahabharata akan anggap ensembel ini sekumpulan pembesar-pembesar dan bukannya satu watak. Ia mengelirukan.

Sanjaya punya mukjizat dan boleh digambarkan secara ensembel di atas pentas, cuma sejak dari awal kita sudah nampak keenam-enam ensembel ini. Ia boleh dimulakan dengan dua sosok tubuh, agar audiens jelas sebenarnya cuma dua watak sedang berdialog iaitu Dhritarashtra dan Sanjaya, hubungan antara raja dan penasihatnya (perbualan dua orang teman seperti yang dinyatakan penulis sewaktu sesi q&a). Kuasa istimewa Sanjaya via tubuh-tubuh lain boleh terzahir kemudian.

Raja sedang diceritakan apa yang bakal (dalam Mahabharata ia sedang) berlaku oleh Sanjaya dan tak berupaya untuk buat apa-apa. Kita tidak jelas untuk root kepada siapa? Ia tiada dramatic arc. Patutkah kita sedih bila seratus anak lelaki Dhritarashtra mati satu persatu? One hundred sons and none shall inherit the throne! merupakan tagline persembahan ini. Ia sekadar perihal menurunkan harta pusaka dan takhta? Kenapa perlu kita peduli dengan proses penurunan takhta diraja ini?

Perasaan yang saya dapat rasa daripada performance ini ialah grief (melalui teknik garapan opera yang minimal dan unconventional), cuma saya rasa kalau kita lebih jelas dengan situasi Raja, mungkin kita boleh berempati lebih.

Dalam Mahabharata selain 100 anak lelaki, Dhritarashtra turut mempunyai anak perempuan yang selamat bernama Dushala (ada versi yang mana seorang anak lelaki bernama Yuyutsu selamat dari peperangan). Watak perempuan dengan kisah-kisah yang kuat dan menarik dihalimunankan dalam versi Malam Takdir ini. Tiada Gandhari, tiada Dushala. Adegan dadu ada digambarkan tetapi tiada Draupadi? Ia seolah ceritanya telah di-simplified dengan setting perbualan dua manusia, tetapi teknik dan gerakan tubuh serta permainan suara dan bunyi a cappella yang beri ia dinamik naik turun.

Tidak dinafikan suara soprano (Tan Jin Yin) di pembukaan boleh buat bulu roma kita meremang, di kalangan ensembel juga ada yang perform dengan baik (kelancaran suara dan kestabilan tubuh Hilyati Ramli dan Kabilan), tetapi tanpa cerita/drama untuk escalate, perasaan audiens tak boleh meluncur pergi.

5. True Love Waits: Tribute to Radiohead, led by directors and music directors Ian Chow and Mak Chi Hoe, co-director and choreographer Kenny Shim. 20 Aug 2023, Pentas 2, KLPAC—Ada momen di dalam persembahan ini, rendisi lagu Radiohead terasa seperti untuk filem Disney, yang bawa maksud ia sudah jinak dan bernuansa kekeluargaan. Ia selari dengan 30 orang The Young KL Singers yang menyanyikan lagu secara koir dengan suara yang jelas dan merdu (jika bukan secara solo di lagu-lagu tertentu). Saya okay dengan rendisi ini, cuma dua penari yang memberi impresi seksi terasa janggal buat saya. Kedua penari ini berada di depan musician (kesemuanya lelaki) membingkaikan mereka, sementara 30 orang koir yang lebih diverse dengan pelbagai saiz tubuh dan pakaian berada di seberang. Ia ada rasa tak balance. Impresi kedua penari ini persis Bond girls atau penari untuk kugiran Aerosmith atau sesuatu. Rasanya tak pernah dalam videoklip atau secara live, sewaktu Radiohead perform, ada penari perempuan seksi mengapit mereka (jika ada silap saya, tapi yang pasti bukan tak boleh, tapi ada rasa tak kena—sebab liriknya tentang keterasingan, kemurungan dan rasa terperangkap).

Kontradiksi antara sound yang tame, clean dan family friendly ini dengan visual skrin, lampu led dan penari persis dari kelab malam buat saya rasa tersepit. Ia ada melodi, ada bunyi, permainannya bersih, malah saya hati saya bergetar ketika lagu pertama muncul (untuk biasakan diri dengan sistem bunyi dan bass yang mantap di dalam ruang itu), tapi lama-kelamaan perasaannya jadi terbiasa dan tak terasa.

6. Le Jeu La Julia written by Hariry Jalil, directed by Azizi Nazril. 2 September, Dramatis Studio—Ia sebuah persembahan yang cute, dan bila saya sebut cute ia bermaksud saya tak nak kata ia mudah dan ringan dan selamat, sebab semua orang perlu mula dengan sesuatu, jadi saya kata ia cute.

7. Sisyphus No. 9 conceived and directed by Tung Jit Yang. 5 September, Rooftop Theatre, Sunway College—Melalui judul dan sinopsis ia tentang Sisyphus dan Beethoven tetapi berakhir dengan sebiji epal, yang mengingatkan saya kepada Isaac Newton (tetapi apabila ditanya Chee Heai, katanya ia dari painting René Magritte—epal di hadapan wajah lelaki bertopi).

Sebelum datang saksikan saya buat bacaan sikit tentang Sisyphus dan mendapati kisah hidupnya menarik. Sisyphus rupanya seorang raja yang zalim, dan merupakan seorang ‘escape artist’ di mana dia dua kali telah berjaya cheat death (hukuman dewa-dewi Yunani) dengan meloloskan diri dari kematian untuk kembali hidup. Ia buat kali ketiga, Zeus dan konco-konconya keluar dengan idea untuk Sisyphus tolak batu naik bukit, dan ulang selama-lamanya untuk perangkap dia agar dia tak lagi dapat menipu kematian. Kisah ini menarik dan tiada di dalam persembahan ini.

Persembahan ini terlalu random untuk saya. Satu adegan yang menarik pada saya, setelah seluruh isi black box itu diteroka dan tiada jalan keluar, tanpa rehat atau momen termenung, apabila Chee Heai buka pintu mengadap loteng hanya dengan berseluar dalam (ini momen dia paling terdedah), diiringi muzik dengan bunyi-bunyian alam (burung tak silap saya) seolah beri allusion kepada Ode To Joy. Ia beri sedikit hope kerana kita tahu watak Chee Heai sedang confront dengan kuasa Tuhan/Kehidupan, sebelum pintu itu ditutup menjadikan ia bleak, dan lalu house light terbuka. Saya fikir jika ia tamat di sini, ia boleh jadi persembahan yang baik, kerana ia merupakan momen di mana satu-satunya perasaan Sisyphus dan Beethoven bertemu, tetapi rupanya ini merupakan titik tengah persembahan.

Boleh disimpulkan apa yang berlaku di separuh masa kedua terasa redundant kerana segala ruang, scafolding dan dinding sudah diteroka Chee Heai. Motif kepada bahagian kedua ini adalah untuk Chee Heai ulang kembali semua perkara (dengan sedikit variasi berbeza) yang sudah dilakukan di bahagian pertama. Tindakan ini pada saya redundant, kerana saya tahu play ini tentang Sisyphus, dan ia tak perlu elemen repetition kerana imaginasi saya boleh isi repetition itu sewaktu pulang ke rumah.

Chee Heai kembali memakai pakaian, dan kemudian membuka bajunya kembali, yang kini tak beri apa-apa makna baru. Seksaan-seksaan terhadap dirinya juga tiada apa yang istimewa dan tidak transgress dari separuh bahagian pertama.

Yang paling melemahkan bahagian separuh masa kedua ini adalah apabila watak Chee Heai ada momen berehat dan termenung. Ia mungkin berkesan jika ada kata-kata atau monolog yang menyimpulkan perasaannya, tetapi tanpa kata-kata (malah diiringi dengan muzik ala post-rock yang mellow), ia melawan segala struggle-nya untuk keluar. Ia seperti dia sudah redha neraka itu rumahnya, dan batu itu akan ditolak sebagai rutin seksaan esok hari. Dan lalu sebiji epal jatuh berguling.

8. Anggota 2: Re-Member, director & choreographer Lee Ren Xin. 22 Sept 2023, Five Arts Centre, GMBB, KL—Sewaktu mengalami persembahan ini, power dynamic jadi ketara ke saya. Di separuh bahagian pertama, ia rasa balance dan simetri di mana, kita lihat dua tubuh performer (Lee Ren Xin dan Tan Bee Hung) memakai baju sekolah dari belakang. Dari identiti nasional dan apa yang diajar secara seragam di sekolah buat kedua-dua performer ini, kemudian akan beransur menjadi interviu yang peribadi berbentuk video oleh Chloe Yap Mun Ee. Dalam video temubual ini kedua-dua performer ini diberi ruang yang seimbang untuk menyatakan pengalaman dan perasaan masing-masing. Ia tiba pada satu momen di mana mereka ditanya tentang mimpi (tak silap saya), dan Ren Xin kata dia tak bermimpi dan sentiasa berada dalam keadaaan sekarang (present), manakala Bee Hung kerap bermimpi. Ia lebih kurang begitu. Di momen ini kita sedar individualiti dan perbezaan antara dua orang ini (yang pada awalnya kita lihat mereka seolah sama dan seragam).

Tapi perbezaan ini tak diteroka lebih jauh selepas kita masuk ke separuh bahagian kedua, di mana video works Chloe menjadi lebih abstrak tanpa suara interviu, berbentuk closeup tubuh. Kini dua tubuh ini lebih mengambil dan bermain dengan ruang yang turut dikongsi audiens.

Ren Xin ada satu solo piece di hadapan dinding, dengan lampu seperti di kelab malam, kalau ia teater boleh diandaikan ia seperti sebuah monolog, tentang seni tari yang dipelajarinya ketika di New York. Seperkara yang saya ingat, di dalam solo piece ini ada dinyatakan dia menggemari ‘Western music’. Western music ini terlalu umum dan generic, dan saya fikir jika ia spesifik, tentu lebih mudah untuk kita relate muzik kegemarannya dengan bunyi-bunyi yang keluar dari perut dan mulut yang dibuat mereka. Saya kurang ingat jika Bee Hung ada momen solo piece yang sama, yang bikin saya rasa ia sudah ada tanda-tanda tak seimbang.

Ia menjadi paling tak seimbang apabila Ren Xin dapat memanjat seluruh dinding black box dengan limpahan lampu yang terang, sementara Bee Hung terbaring di dalam gelap tak bergerak. Bee Hung seolah tiada suara di separuh bahagian kedua ini.

9. Cerita Cinta written by Noor Effendy Ibrahim, artistic director Christopher Ling, directed by Aish Mirza & Gloria Mujan. 24 Sept 2023, Lot’ng—Saya rasa persembahan ini kemas, cuma watak atuk jika dapat aktor orang tua sebenar ia tentu lebih disturbing dan menakutkan, kerana gambaran atuk itu, dengan uban palsu, mengingatkan saya kepada watak dari cerita komedi. Tiada masalah untuk guna approach ini, cuma dalam kes ini, watak ini terasa sedikit offbeat. Dalam fikiran saya, lebih besar watak atuk ini, lebih fizikal dan berat tubuh yang perlu ditanggung watak ayah (yang abusive) lakonan Akmal Asyraf.

Pilihan momen pengakhiran boleh lebih padu, misalnya teman pengarah dari Singapura, Fared Jainal mengatakan, untuk dia, dia prefer untuk ia habis sewaktu semua performer berdiri mengadap televisyen (dengan muzik Terang Bulan). Saya juga rasa ia boleh tamat di situ, dan andai ia perlu tamat dengan penamat sedia ada, saya rasa lontarannya perlu berbeza.

Penamat persembahan ini berbentuk, watak ayah (yang abusive tadi) tanya kepada isterinya, “Awak sihat?” yang bermaksud dia mahukan seks, dan isterinya biasanya akan mengelak dan beri suaminya makan nasi dan lauk rendang. Ini diaksikan tak silap lebih kurang tiga kali ia diulang di sepanjang persembahan. Jadi saya fikir untuk kali terakhir, selepas watak ayah ini mengalirkan air mata menguburkan saka atuk yang dipikulnya, yang selalu bermain atas meja makan, ia sebentuk release untuk watak ayah yang abusive. Kita tak tau apa sejarahnya, tapi kita tau dia sayangkan ayahnya (yang mungkin abusive kepada dirinya). Apabila watak atuk ini hilang, watak ayah sepatutnya sedikit berubah. Ayat “Awak sihat?” mungkin boleh ditanya secara sincere, tentang kesihatan umum isterinya memberi sedikit harapan.

Tindakan untuk tamatkan dengan kitaran yang sama ini saya faham, cuma saya tidak nampak watak yang sudah lalui perubahan itu untuk ulang hal yang sama.

Overall ini merupakan antara persembahan teater terbaik yang saya tonton untuk tahun ini. Ia boleh jadi lebih gelap dan horrifiying, tetapi dengan apa yang ada, ia memadai.

10. Muzikal Lantai T. Pinkie sebuah karya A. Samad Said, olahan skrip & arahan Rosminah Tahir. 6 Okt 2023, Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP, KL—Selepas persembahan saya dapatkan buku naskah Lantai T. Pinkie, dan selepas membacanya, saya dapati versi muzikal potong banyak dialog (terutama bahagian monolog) daripada naskah asal demi menggantikan ia dengan adegan muzikal. Ia tindakan praktikal, cuma apa yang bikin ia kurang adalah kerana watak-wataknya semakin hilang sifat. Kedalaman karakter naik ke permukaan sebab ia tak dapat melafazkan dialog masing-masing, dan sebaliknya ia digantikan dengan lirik muzikal yang mudah, menggembirakan, dan menghiburkan.

Saya amat jelas versi muzikal ini merupakan versi komersial untuk Istana Budaya yang membuatkan ia shallow dengan cerita yang simplistik (meski pada saya muzikal tak sepatutnya shallow dan simplistik).

Ia bertambah janggal kerana T. Pinkie watak yang dimangsai, dan apabila dia tiba-tiba turut menyanyi dan bergembira secara muzikal, kita terasa ia bipolar sebab pertukaran emosinya mendadak. Ia tak in sync dengan situasi dirinya (sebelum adegan menyanyi itu). Dia sedang mengeluh tentang kesusahan hidup, kemudian tiba-tiba menyanyi dan mengoda (audiens), ia aneh.

Cuma watak Nyai Suryati lakonan Nabila Huda paling selamat dalam versi muzikal ini, kerana ceritanya konsisten, kita mengerti kerinduan dan kegilaannya terhadap tuan kolonialnya. Ada kompleksiti meski ia tidak dileraikan. Kerinduannya itu merupakan suatu racun pada saya (saya tak pasti apa yang ingin dinyatakan di dalam teks asal). Watak Nyai tiba-tiba jadi kosong bersama ensembel lain di diakhir persembahan ini, yang membuatkan sekali lagi ada potensi terlepas.

Lantai T. Pinkie merupakan sebuah memory play di mana ia dibingkai Jongkidin yang diinterviu Loiran untuk gali kisah neneknya. Dua watak penting ini juga sudah dipendekkan kisah mereka, kerana di dalam naskah asal, Loiran ambil masa untuk persuade Jongkidin untuk buka kisah lamanya. Ia tak mudah untuk buka kisah lama.

11. The Amok of Mat Solo written by Salleh Ben Joned, directed by Syafiq Syazim. 22 Okt 2023, Experimental Theatre, Aswara, KL—Selepas persembahan, saya menyimpulkannya sebagai ‘The Bebel of Mat Solo’ sebab apa yang saya dapat dari persembahan itu merupakan bebelan Mat Solo. Tapi selepas saya baca naskahnya, saya terkejut sebab dapati bahagian akhir play ini tidak diaksikan.

Play ini menggambarkan Mat Solo yang akan menemukannya dengan orang-orang kampung, isterinya, kekasih lamanya, kekasih barunya, pelajar-pelajarnya, antaranya. Di bahagian kedua ini, di dalam teks asal, Mat Solo akan tikam isterinya sebelum amok bermula dengan dia menyerang meeting orang-orang kampung bersama orang-orang kenamaan. Dia akhirnya akan panjat tiang letrik di mana dia pada awal cerita nampak tiang letrik ini sebelum polis tiba, ada bunyi tembakan, azan dan lagu Janis Joplin tak silap, sesuatu seperti itu.

Tapi apa yang saya saksikan di dalam persembahan di Aswara ini terhenti dan malah berubah di penghujungnya. Mat Solo akan bertemu dengan isterinya (di dalam teks asal, Mat Solo akan tikam dan mulakan amoknya di sini) menghunuskan kerisnya. Isterinya takut. Mat Solo kemudian pandang ke arah salah seorang audiens, berjalan ke arah audiens itu dan lalu menghunus kerisnya sekali lagi. Isterinya datang dari belakang dan menarik Mat Solo ke belakang pentas, dan persembahan tamat.

Jika tak silap saya ia berakhir macam ini, yang pasti ia tak sama macam apa yang saya baca dalam teks asal. Aksi amok itu tidak terjadi dan kerana itu saya simpulkan ia sebagai bebelen Mat Solo. Dalam naskah asal bebelan merupakan bahagian pertama, dan aksi/tindakan merupakan bahagian kedua. Kedua-dua elemen ini saling berpaut macam pembayang dan maksud, yang terletak duduk di dalam kepala seorang Mat Solo. Ini merupakan pementasan debut play ini.

12. Itself Terjadi stories written and delivered by Marion D’Cruz. 8 Dec 2023, Five Arts Centre, GMBB, KL—Ia nota-nota personal yang ditulis Marion sewaktu pandemik dan dibaca semula untuk menjadi sebuah persembahan. Nota-notanya pendek (ada 30 lebih tak silap) membuatkan setiap adegan kebanyakan pendek-pendek. Hubungan antara Marion dan ibunya, Marion buka laci meja dan keluarkan minyak wangi dan lalu menari bersama suami imaginari yang telah tiada, serta kisah menghalau katak (atau kodok) keluar dari rumah sewaktu berseorangan merupakan adegan-adegan yang paling beri kesan mendalam ke saya.

Secara teknik, saya kurang gemar penggunaan multimedia dan sinografi dalam persembahan ini. Teks yang bergerak-gerak itu… Ia terasa seperti kebudak-budakan atau remaja, dan lukisan-lukisannya terlalu bright dan childlike (seolah masih ada jalan yang panjang di depan). Saya boleh appreciate jika Marion sendiri lukis dan lakar buah dada, berbanding guna imej-imej buah dada yang dikutip dari internet. Atau jika ia dikutip dari internet, ia lebih menarik untuk lihat aksi carian itu secara langsung.

Ada chapters bernombor yang muncul sekali imbas. Misalnya ada satu adegan Marion duduk dan lihat teks yang seperti sudah di-censor atau black out, seolah untuk persembahan ini ia tak boleh dicakap. Dan ada satu chapter di mana Marion kongsikan kegembiraannya untuk sambut hari jadi bersama anak buahnya di luar negara. Ia random dan sekali imbas membuatkan saya terfikir antara cara untuk mengikat keragaman ini adalah dengan konsistenkan proses bercerita.

Sewaktu Marion kongsikan video bersama ibunya, Marion ada beri komentari selingan, misalnya ibunya memanggilnya dengan satu nama, dan Marion beritahu audiens bahawa itu nama yang dipanggil ibunya. Komentari ini menarik pada saya sebab ia Marion yang sekarang (present). Teks yang dibaca Marion merupakan Marion dari masa lalu (past). Permainan past dan present ini menarik, cuma ia tak ketara dan dijadikan metod penceritaan di sepanjang perkongsian. Tiga adegan yang saya gemar tadi benar-benar engage dengan dualiti ini. Saya dapat rasa Marion yang present sewaktu dia menari diringi bau minyak wangi. Saya juga dapat rasa Marion yang present sewaktu dia mengaksikan semula tindakan menghalau katak/kodok itu (yang merupakan sebentuk koreografi pada saya).

Jika ia sebuah persembahan saya fikir ia boleh lebih koheren, tetapi pada saya Itself Terjadi lebih berupa sebuah perkongsian, maka saya rasa penting untuk saya berada di dalam ruang yang sama mengalaminya.

Ridhwan Saidi

Bin Filemhttp://www.blogger.com/profile/01070099078525468889noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5940443957884529067.post-8316540586149157102023-09-17T13:29:00.006+08:002023-09-17T14:59:44.274+08:00Me no speak Bahasa
I

Ia red flag untuk saya bila terlihat orang menulis bahasa Melayu sebagai Bahasa Melayu, iaitu dengan huruf ‘B’ besar. Ia serupa juga buat yang tulis bahasa Malaysia sebagai Bahasa Malaysia. Huruf B besar ini saya syak datang dari nama subjek mata pelajaran di sekolah: Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab… Semua ini nama subjek maka sebab itu ia kata nama khas, tapi dalam konteks nama bahasa, ia cuma kata nama sepertimana language ialah kata nama. Kita tak cakap Language, kita cakap English, sepertimana we don’t speak Bahasa, we speak Malay.

Dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia: “Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu…hendaklah dalam bahasa Inggeris…”, iaitu huruf B kecil. Bahasa kebangsaan guna huruf B besar sebab ia permulaan ayat. Ini menguatkan syak saya yang huruf B besar ini datang dari nama subjek mata pelajaran sekolah, dan bukannya dari perlembagaan atau mana-mana sumber lain.

Bila B itu besar (tak kira ia Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia) kita tahu ia merujuk kepada bahasa baku iaitu sebentuk status quo (kelongsong propaganda). Ini yang menjadi masalah buat saya, sebab bahasa Melayu sendiri diverse, dan sebagai penutur dan penulis saya rasa ia penting untuk meraikan kepelbagaian loghat, warna dan muzikaliti bahasa dari daerah yang berbeza.

Jika subjek ‘Bahasa Cina’ di sekolah merujuk kepada bahasa Mandarin yang formal, tetapi di luar kerangka itu kita tahu ada dialek-dialek yang lain seperti Kantonis, Hakka, Teochew, Hokkien… Dan untuk setiap dialek ini, ada sentuhan dan variasi lokalnya pula, misalnya Hokkien di Penang lain bunyinya jika dibandingkan dengan Hokkien di Klang. Diversity ini juga ada dalam bahasa Melayu tetapi ia kurang ketara kerana kita selalu membayangkan bahasa Melayu itu monolitik dan satu jenis, walhal ia pelbagai. Cakap utagha dan kecek Klate amat berbeza dan ini baru di utara Semenanjung, belum ke selatan atau melintas laut atau malah melintas sempadan negara.

Saya merasakan untuk menggunakan B besar adalah untuk berpihak dan mempromosi hegemoni secara bawah sedar. Untuk menggunakan B besar adalah untuk tersekat di takuk sistem buku teks sekolah. Bahasa dan lidah lebih bebas daripada apa yang diajar di sekolah. Kita bukan lagi budak sekolah yang perlu disuap tapi orang dewasa yang merdeka.

II

Dalam berteater bila bertemu dengan aktor, saya biasanya ingin tahu sedikit latarnya sebab latar hidup seorang aktor akan beri warna kepada lafaz kata-katanya. Sama ada dia membesar di Ipoh (Perak), Pekan (Pahang), Kuala Krai (Kelantan), Sungai Petani (Kedah), Kuala Pilah (Negeri Sembilan) atau Subang Jaya (Selangor) ia akan beri kesan ke pengucapan bahasanya. Ia bertambah kompleks apabila ia turut dicampur dengan pergaulan, gaya hidup, upbringing, jiran-jiran, kawan-kawan, serta keturunan. Keaslian ada dalam kerencaman.

Ridhwan Saidi

Bin Filemhttp://www.blogger.com/profile/01070099078525468889noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5940443957884529067.post-8000810809098662352023-05-11T21:20:00.007+08:002023-05-11T21:42:03.478+08:00Catatan tentang filem Cinta Kita (1995)
Saya suka filem Cinta Kita (1995) sepertimana saya suka filem Dara-Kula (1972), Anita Dunia Ajaib (1981), Bujang Selamat (1985) dan yang seumpamanya. Ia bukan filem yang hebat untuk masuk ranking terbaik sepanjang zaman, atau filem yang ada appeal kepada orang yang berfikiran akademik untuk dikupas dan dikaji. Saya suka sebab ia tak sempurna dan ada charm yang tersendiri.

Dalam kes Cinta Kita ia personal kerana sudah lama saya mencari filem tempatan dengan watak penulis yang meyakinkan. Dalam banyak-banyak filem yang ditonton, saya rasa watak penulis dalam filem Cinta Kita ini yang paling berkesan setakat ini. Kebanyakan waktu, gambaran watak penulis kerap digambarkan secara pretentious, atau naratifnya tak menyokong kemenjadian watak itu.

Sebelum itu perlu kita jelas penulis ada banyak jenis, wartawan pun penulis, dan malah ada banyak juga watak wartawan dalam filem-filem tempatan kita antaranya Langit Petang (1982) dan Mat Som (1990) antaranya. Tapi dalam Cinta Kita, penulisnya seorang penulis novel cinta lakonan Aman Graseka. Konteks ‘novel cinta’ di sini penting sebab ia menangkap suatu fantasi spesifik.

Meski saya tak baca novel-novel popular di era 90an dan malah 2000an (saya cuma belek-belek untuk study gaya bahasa), sebelum saya sendiri ingin mula menulis novel, tapi saya tahu dan dapat rasa ada suatu nuansa spesifik atau vibe tentang novel-novel cinta di tahun 90an (yang amat berbeza dengan novel-novel cinta pasca 2000an), dan ciri-ciri ini juga ada di dalam filem Cinta Kita arahan Kamal Ishak.

Novel Bunga Jantan oleh Ahadiat Akashah yang terbit pada tahun 1989 menemukan watak tomboy dan playboy. Dalam filem Cinta Kita tak ada watak playboy, tapi ada watak tomboy lakonan Sofia Jane. Saya tak tahu kenapa, tapi gerak hati saya merasakan akan ada watak yang anti-perempuan atau anti-lelaki dalam novel-novel cinta di era 90an ini, sebelum akhirnya mereka kembali bercinta dan menerima jantina yang mereka anti itu. Ini barangkali dekat dengan perasaan remaja yang mudah putus cinta dan dikecewakan buat kali pertama. Malah jika dikaitkan dengan watak Latifah dalam filem Cinta Kita ini, perwatakannya agak naif dan keremajaan.

Sebelum masuk ke dalam cerita, ingin saya sentuh tentang hal teknikal yang mana saya menyukai kerja kamera di dalam filem ini, visualnya bergaya, selain pilihan lagu-lagunya yang baik (ada Maman dengan lagu Cinta Kita, serta Amigos dengan lagu Cinta Tak Karuan antaranya), tapi dalam masa sama, potensi kedua elemen ini dilemahkan suntingan filem dan adunan bunyi yang menjadi masalah tipikal kebanyakan filem-filem tempatan kita ketika itu di era 90an.

Cinta Kita menemukan watak Latifah yang putus cinta dan lalu ambil keputusan untuk berhenti mempercayai lelaki dan menjadi tomboy dengan nama Dino. Dia melarikan diri dari rumah dan tinggal di sebuah pusat peranginan. Di pusat peranginan itu seorang novelis bernama Arman sedang menjadi beach guard dalam proses menyiapkan novel barunya. Kebetulan, Latifah sedang baca novel berjudul ‘Cinta Kita’ yang ditulis Arman. Mereka berkenalan dan di sini satu hubungan terbentuk.

Arman merasakan Dino terpengaruh dengan novel yang sedang dibacanya (dan lalu dia suruh novel itu dibaca sampai habis kerana watak tomboy di dalam novel itu menyesali tindakannya, atau sesuatu seperti itu). Dino menafikan ini, tetapi di akhir kisah apabila novel selesai dibaca, kita terpaksa akur yang memang novel itu memberi inspirasi kepada Latifah untuk jadi Dino.

Power relation ini amat tidak seimbang, dan buat ia jadi menarik, cuma saya rasa ia pasti akan jadi lebih baik jika watak Arman yang terlalu betul ini digoyahkan.

Dalam filem ini watak Arman cuma mencari ruang tenang untuk menulis novel terbarunya. Di pusat peranginan dia berhenti kerja sebagai beach guard sebab terlalu ramai orang lemas. Dia tak dapat fokus menulis. Kemudian dia balik ke kampungnya di Pahang, sebelum ke teratak rahsianya di pedalaman hutan.

Bayangkan, Arman hafal muka surat yang sedang dibaca Dino, yang membuatkan Arman sentiasa di hadapan Dino, malah boleh kita kata, Arman sudah tahu takdir Dino. Melalui filem ini Arman secara halus membawa savior complex di mana dia ingin kembalikan Dino ke fitrah kewanitaannya melalui baju kurung dan baju dalam yang dihadiahkannya, selain berkongsi sarang/habitat penulisannya sewaktu di pusat peranginan, di kampungnya dan di air terjun melepasi perkampungan orang asli, yang menurutnya ada ‘damai’ dan ‘laut bukan disko’.

Untuk keluar dari keadaan yang serba mencengkam ini saya fikir ada dua cara, yang pertama Dino perlu yakin dengan pilihan dirinya dan tak terpengaruh dengan novel dan novelis. Dino ada taekwondo untuk melawan pengaruh-pengaruh ini. Watak Dino perlu jadi agency dan tak dinaungi persekitarannya, terutama oleh tulisan dan sosok lelaki. Tetapi ini akan jadi cerita lain, dan saya menyenangi situasi sedia ada, dengan syarat ia memenuhi fantasi ‘novel cinta’ yang kita bincang tadi. Mungkin ada kesedaran di sebalik proses coming of age ini.

Cara kedua pula, adalah dengan memaparkan sisi-sisi gelap watak Arman, yang bermaksud dia tak perlu sentasa betul, baik dan benar. Ada satu momen watak Arman dengan rambut panjang ini sedang syok menaip dengan rambut menutup mata sambil menggigit pensel umpama makhluk gasar beast (dalam Beauty and the Beast). Andai ciri-ciri kebinatangan Arman ini terpancar keluar, ia boleh bikin kisah ini jadi lebih kompleks.

Kebinatangan ini bukan bermaksud jadi jahat belaka, sebaliknya apa-apa masalah dalaman yang boleh sedikit mengganggu keteguhan watak Arman ini. Watak Arman terlalu stabil jika dibanding dengan watak Dino/Latifah yang lebih terperangkap. Watak Arman turut perlu diperangkap sesuatu, barangkali mendepani sifat seksisnya atau sesuatu. Watak protaganis tak semestinya sentiasa baik dan sempurna, perlu ada kegoyahan dan vulnerable terutama apabila watak ini bertindak ingin membetulkan orang lain.

Cinta Kita personal untuk saya sebab saya sendiri ada menulis novel dengan watak novelis sebagai protagonis. Dalam novel Stereo Genmai saya jungkir balik kuasa dan power relation yang ada pada seorang pengarang terhadap karakter ciptaannya. Dan ini juga yang membuatkan kenapa saya suka dengan filem Cinta Kita. Ia somehow menyeimbangkan apa yang telah saya tulis, kenapa saya goyahkan karakter K.M. Raslan adalah kerana adanya watak Arman. Maka dengan itu, apabila saya kongsikan apa yang lebih wajar bagi filem Cinta Kita ini, ia gerak hati saya sebagai pembikin dan penulis.

Potensi-potensi yang saya kongsikan ini akan menjadikan filem ini menjadi sinema yang lebih baik. Walau bagaimanapun, saya hargai ia seadanya kerana ia menangkap perasaan novel-novel cinta di era 90an (sesuatu yang langka dalam konteks filem tempatan kita, malah setakat ini saya yakin tidak ada filem lain yang sebegini rupa. Jika ada sila rekomen).

Bila kita tonton filem David Lynch kita akur dengan dream logic, dalam filem Cinta Kita ini saya akur dengan logik ‘novel cinta’. Susah untuk saya percaya seseorang berupa Aman Graseka menjadi novelis di dunia nyata (tapi ia tak mustahil), tapi dengan logik dan fantasi ‘novel cinta’ ia make sense. Dengan kesedaran ini, fantasi ini bukan untuk didiami tetapi di-observe dan diteropong dari jauh. Ia sebuah filem yang fun.

Watak Arman sentiasa cuba dipeluk dari belakang. Dia akan berdiri setempat, dan seseorang akan bertindak mendekatinya. Watak Azimah lakonan Sharifah Shahirah cuba memeluk Arman dari belakang tetapi Arman tidak merelakannya. Watak Latifah berjaya memeluk Arman akhirnya berlatar air terjun. Awal sebelum itu Arman sudah dipeluk dari belakang oleh watak maknyah sewaktu sedang makan malam di pusat peranginan. Apa maksud semua ini, saya tak tahu. Tapi ia subversion yang bikin saya suka dengan filem ini. Arman cuba memfalsafahkan cinta, tapi tindak cinta digerakkan Latifah dan Azimah.

Bak kata Elizabeth Fraser dalam lagu Teardrop, “Love, love is a verb / Love is a doing word”

Ridhwan Saidi
Bin Filemhttp://www.blogger.com/profile/01070099078525468889noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5940443957884529067.post-26416848001197933312022-12-28T11:46:00.003+08:002022-12-28T11:50:25.117+08:00Sembilan performans yang saya tonton pasca pandemik 2021-2022
Meneruskan amalan ‘Lapan performans yang saya tonton dan rasa terkesan untuk tahun 2019’, ‘Tiga performans yang saya tonton dan rasa terkesan untuk tahun 2018’ serta ‘10 Teater Terbaik kami tonton 2017’ cuma pada tahun 2021-2022 ini, turut saya kongsikan perasaan terhadap persembahan yang kurang berkesan dan underwhelm (sebab kalau saya tulis tentang yang berkesan saya cuma akan tulis tentang dua performance saja). Mungkin hari yang saya tonton tak menjadi dan ia menjadi di hari lain, atau mungkin saya seorang saja yang rasa tak terkesan tetapi ia berkesan untuk orang lain. Yang pasti saya perlu telus dengan perasaan saya pada ketika saya berhadapan dengan setiap persembahan dan sesi staged reading ini.

1. Ridzwan Othman's ‘Nudity & Mortality Report: Mount Kinabalu’. 13 Nov 2021, DPAC—Stage reading ini berdurasi 3 jam, yang menurut saya patut ada internal reading dulu untuk edit dan buang apa yang patut sebelum ia dipersembahkan kepada umum. Durasi 3 jam tak menjadi hal kalau ia perlu tapi dalam kes ini ia terasa meleret dan melewah. Yang paling melemahkan play ini pada saya world building-nya di awal kisah. Ia sukar untuk saya percaya bahawa mitologi Sisyphus (secara literal) boleh diimport ke Gunung Kinabalu. Nada komedi yang nonsensical ini perlu di-establish terlebih dulu. Ia mesti ada unsur kelakar terlebih dulu (dalam kes play ini saya tahu ia ingin buat kelakar, tapi pelaksanaannya tak menjadi).

Seperkara yang turut mengganggu fikiran saya bila Sisyphus digunakan, ia sewajarnya perlu bereaksi dengan The Myth of Sisyphus oleh Albert Camus. Ia elok untuk libatkan pertanyaan tentang kegembiraan, meski dalam naskah ini Sisyphus tak sempat diimport kerana mati mengejut, cuma batunya saja yang diimport (yang bikin saya makin kurang faham dengan cara kerja dan alam import-export budaya dan mitos dalam play ini).

Bahagian kedua play ini melibatkan seorang ibu (yang saya rasa diaksikan dengan baik, cuma karakter ini di atas kertas tak cukup kompleks) yang mana anaknya menjadi mangsa kemalangan ditimpa bebola batu Sisyphus yang diimport tadi. Saya ingin bersimpati dengan watak ini tetapi gabungan komedi dan tragedi di dalam play reading ini rasa tak seimbang, dan watak ibu ini seingat saya ingin cari kebenaran tentang apa yang menyebabkan kematian anaknya, dan setelah ia diberitahu kisah sebenar, watak ibu ini saya tidak pasti apa perasaannya sebab cerita berpindah ke watak-watak lain sebelum ditamatkan. Saya rasa play ini mahu gabungkan nada komedi dengan tragedi yakni sesuatu yang bukan senang. Bahagian ibu yang tragik itu hampir ada feel, tetapi nada komedi dalam play ini bikin kecamuk dan perlu diperhalusi lagi.

2. Mortal Man: Two Monologues, playwright Leow Puay Tin, facilitated by Tung Jit Yang. 18 June 2022, Five Arts Centre, GMBB—Satu lagi stage reading work in progress, dengan sinografi dan penyampaian yang baik. Saya sentiasa rasa watak protagonis tulisan Puay Tin ditulis untuk dimainkan oleh Puay Tin sendiri dan dalam kes ini, watak Puay Tin dimainkan oleh Puay Tin sendiri yang membuatkan ia berkesan. Kisah play ini tentang monolog hubungan antara Puay Tin dan Krishen Jit. Kita akan dengar cerita yang sama dua kali, yang pertama diceritakan dari sudut pandang ketiga Puay Tin, dan di separuh masa kedua, kita akan dengar watak Krishen Jit pula menceritakan apa yang telah diberitahu Puay Tin tadi melalui sudut pandang pertama.

Teks bahagian kedua ini saya rasa tak cukup mendalam untuk hidupkan karakter Krishen Jit. Kata-kata yang keluar umpama petikan bahan kajian bagi sebuah penulisan tesis. Watak ini tak hidup pendek kata. Ia jadi repetitif kerana apa dicakap Puay Tin, diulang sekali lagi oleh watak Krishen Jit tanpa ada tambahan atau kedalaman. Sebagai contoh, watak Puay Tin ini ada beritahu bahawa dia tahu satu anekdot (atau rahsia) tentang isteri pertama Krishen Jit. Ia bikin intrig dan kita fikir sebab pembayang sudah diberi, ia akan didedahkan oleh watak Krishen Jit di bahagian kedua, tetapi ia tiada. Apa yang Krishen Jit cakap cuma apa yang dah dicakap Puay Tin sebagai storyteller di awal kisah. Watak Krishen Jit ini cuma baca petikan surat atau teks yang ditulis oleh arwah Krishen Jit sebenar.

Bahagian pertama naskah ini sudah elok, cuma sekarang bagaimana untuk beri kedalaman terhadap bahagian kedua. Watak Krishen Jit yang dihidupkan kembali ini perlu dihidupkan oleh imaginasi Puay Tin tanpa kompromi, dengan kata-kata dan cerita-cerita yang telus. Dalam seni kebenaran saintifik tak boleh lawan kebenaran emosi. Watak ini perlu keluar dari kerangka bukti-bukti kajian. Watak Krishen Jit ini perlu berubah daripada subjek menjadi manusia.

3. Ghaib karya Faisal Tehrani, arahan Fasyali Fadzly. 10 Sept 2022, Panggung Eksperimen, ASWARA—Sebelum kita ke play ini, ingin saya sentuh baris-baris ulasan play ini oleh orang lain yang bikin saya jadi tak senang duduk. “Mengkritik karya Faisal Tehrani ibarat meletakkan leher untuk dipancung.” – Roslan Madun via Ghaib: Karya Faisal Tehrani perlu dilihat dengan mata hati. Ayat pembukaan ini pada saya bertentangan dengan apa yang play ini nak sampaikan. Ia seolah menjadikan Faisal Tehrani persis Prof Saudade yang disanjung atas dasar ketokohannya—sebentuk fatwa pemujaan tokoh. “Mereka memanfaatkan seluruh ruang permainan dengan gerak (bloking) yang jujur.” Kenyataan ini juga bikin runsing, sebab ‘lakonan yang jujur’ kita boleh faham, tetapi gerak bloking yang jujur? Bagaimana bloking sesebuah teater itu menjadi jujur?

“Sure, this plot twist is an efficient and evergreen storytelling device.” – Rahmah Pauzi via Ghaib: Can the Unheard Speak? Dalam ulasan dengan judul ala Gayatri Spivak ini, ia ingin menyatakan plot twist yang berlaku di akhir kisah (yang akan kita sentuh kemudian), tapi dalam kes play ini plot twist-nya tak efficient. Twist di hujung kisah perlu di-earned, dan bukan tiba-tiba terjadi. Untuk kata ia evergreen juga tak pasti, sebab story yang ada plot twist secara semberono ini bukan sesuatu yang senonoh.

‘Plot twist’ ini jika kita boleh panggil ia, sewaktu selesai penontonan saya merasakan ia tindakan yang amat old school. Untuk watak tiba-tiba ada penyakit, bayangkan Qayyimah ini merahsiakan penyakit barah. Tetapi dalam kes ini, ia Alzheimer (yang sewaktu penontonan saya sangkakan ia masuk pusat sakit jiwa). Apa pun ia sejenis penyakit yang dirahsiakan, jika dulu watak dalam filem Jins Shamsuddin merahsiakan penyakit daripada anak-anak dan keluarga, dalam kes play ini, penyakit ini dirahsiakan daripada audiens. Dan oleh sebab penyakit yang dipilih Alzheimer, seluruh play yang kita tonton awalnya merupakan fikiran dalaman watak Mama atau Qayyimah ini yang sudah hilang ingatannya (anaknya datang melawat, tapi yang disebut nama Saudade).

Secara strukturnya, plot twist pertama terjadi apabila Qayyimah mendedahkan bahawa dialah penulis 30 lebih buku-buku Prof Saudade (Saudade cuma tulis satu). Dengan pendedahan kebenaran ini, ia bikin intrig sebab saya ingin tahu apa jenis gaslighting atau pukau jenis apa yang dibuat Prof Saudade sehingga Qayyimah boleh menulis 30+ buku-buku “critical analysis on postmodern feudalism, social justice, and political-religions dynamics in society.” Untuk paksa orang tulis satu buku bukan mudah, inikan pula 30 buah buku yang heavy-heavy belaka. Selain itu saya juga ingin tahu, apa reaksi anak-anak dan menantunya dengan kenyataan ini, adakah mereka percaya? Ini poin penting untuk setiap karakter berubah.

Selepas Qayyimah menyatakan kebenaran, bahawa dialah ghost writer buku-buku Prof Saudade, plot twist kedua berlaku on the spot dan potong segala perasaan dramatik dan ingin tahu tadi—Qayyimah ini rupanya pesakit Alzheimer yang tak bernama iaitu Mama. Tindakan ini pada saya aneh, ia seolah beri impresi bahawa selepas kita nyatakan kebenaran, kita jadi sakit dan hilang ingat. Yang merunsingkan, saya fikir ia masih okay kalau anak-anaknya yang jatuhkan hukum ke atas ibu mereka dengan tidak mempercayai ibu mereka, tetapi di sini yang menghukum watak Qayyimah/Mama ini dramatisnya. Sakit ini tak dibuat oleh masyarakat dan ahli keluarganya (Qayyimah berkonflik dengan mereka sepanjang play), tetapi akhirnya Qayyimah dihukum penulis/penciptanya. Meski play ini ingin menuju ke sesuatu yang pesimistik dan tiada harapan, ia tiba-tiba.

Saya fikir potret Prof Saudade yang tergantung itu perlu dibakar, disengetkan atau sesuatu. Sesuatu patut terjadi kepada ikon/berhala ini sebab ia apa yang ditentang dalam play ini, iaitu ketokohan yang berpijak atas usaha orang lain. Itu apa yang saya rasa play ini ingin sampaikan, tetapi dengan watak protagonis yang disakiti oleh semua watak lain, dan lalu diberi penyakit oleh dramatisnya pula, manakala potret antagonis pula tersergam di atas dari mula sampai akhir, dan malah kata-kata terakhir yang keluar dari mulut protagonis merupakan ‘Saudade’. Ia jadi double edged sword di sini, sebab di sisi literal ya kita tahu kita patut berpihak dengan Qayyimah yang tertindas (ini cerita orang tertindas), tetapi secara spiritualnya juga play ini dengan sinografi dan bahasa, meletakkan Prof Saudade di atas altar.

4. Kubah Panggung, idea-konsep Sarina Aziz, arahan Afiza Asram, skrip Azwan Azhari. 2 Okt 2022, MaTIC, KL—Play ini tentang sekumpulan penggiat teater yang mana tempat latihan mereka (iaitu JKKN, KL) mahu dirobohkan. Untuk menghalang tindakan ini, ia bermula dengan protes dan sepanduk, tapi kemudian mereka dapat idea untuk buat kertas kerja tentang sejarah bangunan yang penuh sejarah itu dalam menghalang ia dari dirobohkan (untuk apply sebagai bangunan warisan barangkali). Bermula dari sini, play ini mengaksikan semula memori-memori di bangunan ini.

Secara ideanya play ini menarik, tetapi apa yang kurang pada saya bagaimana ia disampaikan. Ia tidak jelas untuk sebuah play yang ingin sampaikan fakta sejarah. Ia mulanya terasa metafiksyen, kerana pada awalnya saya sangkakan mereka sedang bercakap tentang bangunan MaTIC (di mana persembahan ini berlangsung), tetapi rupanya ia merujuk kepada bangunan lain di KL (selepas setengah jalan ditonton). Rekaan pentasnya minimal dengan prop bongkah-bongkah putih dan kain putih sebagai latar. Tetapi minimalism ini jadi excessive, dalam erti kata ia jadi serabut bila digabungkan dengan pencahayaan dan pancaran projektor yang berwarna-warni.

Play ini merentas waktu (sepertimana play Opium selepas ini), dan secara kronologi. Tetapi ironinya, oleh kerana penyampaiannya tidak jelas dan tiada clarity, ia terasa kabur. Penyampaian di sini bukan oleh para aktor, kerana lakonan mereka jelas saja (malah ia meyakinkan untuk sebuah grup teater amatur yang mana cuma ketuanya saja yang paling into lakonan). Yang tak jelas adalah bagaimana bangunan JKKN, KL itu yang juga merupakan watak penting, tetapi tidak diberikan imej yang kuat. Saya ada rasa pancaran projektornya lumens rendah, membuatkan saya sebagai penonton tak rasa kewujudan bangunan itu. Fakta-fakta tentang bangunan juga tidak cukup kuat untuk kita membayangkan kewujudan bangunan itu (saya masih terpesong memikirkan ia tentang panggung MaTIC itu sendiri).

Ada satu momen yang mengesankan apabila ensembel pelakon memainkan semula watak tokoh-tokoh teater dari masa lalu yang bikin lucu dan nostalgik. Malah nama grup teater mereka juga sempena nama yang serupa dengan nama grup teater Mustafa Noor (yang saya sudah lupa). Dengan premis ini, saya fikir penting untuk grup ini dalam masa sama mencari identiti sendiri selari dengan usaha mengkaji sejarah bangunan JKKN, KL, tetapi ini tidak diteroka di dalam play ini. Saya malah lupa bagaimana play ini berakhir. Ia tiba-tiba menjadi gembira. Play ini terasa simplistik dan moralistik dengan idea bahawa jangan protes ikut emosi via demonstrasi jalanan, sebaliknya buat kertas kerja untuk establish bangunan (yang bakal dirobohkan) dengan sokongan sejarah, sebagai bangunan warisan.

5. Opium at Closing Time, written and directed by Tarrant Kwok. 26 Oct 2022, Black Box, DPAC—Satu lagi play tentang Alzheimer tetapi secara strukturnya ia lebih baik dan jelas jika dibandingkan dengan Ghaib. Play ini menampilkan memori-memori lama seorang ibu bernama Yen yang lahir dalam keluarga yang buka kedai runcit, melalui zaman perang, darurat, Hartal Pulau Pinang 1967 antaranya. Yen dijaga oleh anak lelakinya bernama Chai yang saya rasa watak ini boleh diperkukuhkan, kerana setakat ini watak ini monotonous dan tak ada arc, dan cuma dipaparkan perlu bersabar dan suruh ibunya Yen kembali duduk di kerusi, selepas Yen selesai menceritakan memorinya kepada audiens.

Ia tiba-tiba berubah apabila dua kali adegan Chai menjadi muzikal yang pada saya janggal sebab ia muzikal dari perspektif Chai: untuk beri idea bahawa meskipun Chai ini sewaktu jaga Yen tak berperasaan sangat, lebih kepada menahan sabar dan menahan marah bila ibunya cakap hal lepas (seperti ingin bersiap-siap untuk ke konsert Sudirman misalnya), tetapi sebenarnya dia sayangkan ibunya (ini dinyanyikan secara muzikal). Untuk shift perspektif ini daripada watak Yen kepada Chai mungkin berkesan andai ia sebuah komedi light-hearted, cuma dalam kes play ini ia turut melibatkan trauma-trauma negara di masa lalu yang berlaku di Penang.

Naskah play ini ada potensi (untuk alami peristiwa-peristiwa gelap negara yang banyak dan tak berfokus kepada satu ini menarik), tetapi pelaksanaannya boleh lebih diperhalusi. Sebagai contoh oleh kerana play ini berdepan dengan unsur sejarah yang dark dan ganas, adegan askar Komunis (atau Jepun?) ambil beras dan nyawa dari kedai runcit mereka ini boleh diberi sentuhan muzikal agar ia lebih intens dan harrowing. Maksudnya daripada gunakan muzik gembira untuk situasi gembira, ia akan lebih menakutkan jika muzik gembira digunakan di situasi yang tak sepatutnya. Jika Nudity & Mortality Report: Mount Kinabalu cuba menyeimbangkan antara komedi dan tragedi, dalam Opium at Clossing Time ia sedang menyeimbangkan sesuatu yang light-hearted dengan historical trauma, memang bukan mudah. Range antara ringan dan berat ini kalau tak jauh, membuatkan perasaannya tersekat di tengah dan ia bahaya kerana di tengah ini terletaknya mediocrity.

6. Two Lines in a Square devised by Ora, Seng Soo Meng and Li-Chuan Lin (Aki), 5 Nov 2022, Now Theatre—Emosi yang dibawa tidak jauh daripada play Opium sebelum ini tetapi dengan pelaksanaan yang berkesan. Ada satu kesedihan terpendam, dan ia turut berdepan dengan trauma masa lalu. Secara sinopsisnya ia berkisar sekitar tiga generasi di dalam satu keluarga: Watak Atuk lakonan Seng Soo Meng telah kehilangan anak lelakinya di dalam satu rusuhan (kaum), diikuti oleh watak cucunya lakonan Ora yang ingin mengkaji dan menyiasat tentang kehilangan bapanya. Watak ibu lakonan Li-Chuan Lin muncul sebagai hantu memori dan dokumentasi rakaman audio. Dari segi geografi, feel-nya terasa lebih memberat ke Taiwan (ada ikan paus disebut), dan kurang rasa hangat khatulistiwa.

Meski play ini dilaksanakan oleh tiga orang dari tiga negara iaitu Malaysia, Singapore dan Taiwan, tetapi oleh kerana pementasan ini terjadi di Malaysia, saya rasa alangkah baik jika ia spiritually lebih grounded dengan atmosfera di Malaysia/Singapore. Barangkali perasaan membaca sari kata Inggeris ini yang buat saya terbayangkan ia memberat ke Taiwan. Boleh jadi buat mereka yang menonton dan memahami bahasa Mandarin, lenggok bahasanya buat ia rasa lebih setempat.

Saat yang paling menangkap untuk saya terjadi apabila watak Ora berbual dalam bahasa Inggeris dengan AI jam tangan pintarnya. Ia momen yang membolehkan saya terhubung dengan kata-kata yang diucap (ia difahami), tapi dalam waktu yang sama perasaan loneliness dan sedih pula yang menyusup tiba. Selain itu fizikaliti Soo Meng yang berlakon dengan prop bangkunya membolehkan kita membayangkan adanya basikal dan titi. Kedua-dua aktor yang berada secara langsung ini beraksi dengan baik, cuma yang kurang berkesan pada saya adalah keberadaan pancaran video Li-Chuan Lin yang dirakam dengan efek glitch/jump cut? Kesan ini entah kenapa bikin saya sedikit detached dengan persembahan, untuk memikirkan kenapa ia sebegitu rupa pada ketika itu. Saya rasa keberadaan watak Li-Chuan Lin ini tentu lebih baik jika ia dizahirkan secara lebih berhantu (projection life size?/tanpa jump cut?). Kerana ia bukan tubuh fizikal dan bukan juga memori dari komputer, ia memori yang datang secara ingatan manusia (selain itu ada memori berbentuk rakaman audio yang disimpan anaknya). Ini walau bagaimanapun cuma satu hal kecil, tetapi secara umumnya emosinya stabil dari awal hingga hujung dengan direction yang jelas. Satu daripada dua performans yang elok buatannya yang saya tonton untuk tahun 2021-2022.

7. 14 Februari, tulisan dan arahan Walid Ali, Black Box, DPAC—Jenaka offbeat Walid ini membuatkan saya terumbang-ambing antara perasaan mahu cringe, rasa hambar, dan lucu dalam waktu yang sama (perasaan ini tak tetap di satu pola sebaliknya ia sentiasa berubah-ubah arah sepanjang play). Jika saya boleh gambarkan bagaimana rupa jenaka ini, ia naif, shallow, ada waktu anti-jokes, ada waktu slapstick, dan ada waktu mendekati lawak-lawak meme di internet. Tapi, di bawah lapisan komedi ini sensibility-nya masih berlegar-legar di sekitar stereotaip yang membuatkan lawaknya rasa dari masa lampau (dari tahun hujung 90an dan awal 2000an, sekitar terbitnya filem Titanic barangkali). Ia ada potensi untuk jadi dark comedy dengan menyentuh hal-hal sensitif dan taboo, tapi oleh kerana cara ia di-handle ringan dan naif, sukar untuk kita fahami sifat karakter yang tiba-tiba mahu selfie dan buat IG story sebelum terjun KLCC misalnya, tanpa kita faham perangai dan situasinya terlebih dulu. Adegan yang paling berkesan untuk saya apabila Nadia meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap lelaki (dalam mencari pasangan), meski baris ayatnya biasa, tapi terasa benar (bila dikontras dengan hal-hal lain).

Di atas kertas, kedua karakter lelaki (Sadiq) dan perempuan (Nadia) ini terasa karikatur, dan sifat mereka juvenil dan kebudak-budakan dari sekolah (awal) hingga dewasa (akhir). Tiada proses pembelajaran dan kematangan berlaku setelah mereka menempuh penolakan dan perpisahan sebanyak 100 kali (atau adakah ia 1,000 kali?). Sebagai penonton yang memerhati, tak dinafikan watak lelaki lebih banyak ditolak, manakala watak perempuan pula lebih banyak menolak. Ia tentu lebih baik jika dinamik setiap perhubungan mereka ini jadi lebih luar duga, rencam dan mencabar.

8. khakkhakkhak performance by Liew Chee Heai (creative director), Loke Xiaoyun, Sandee Chew, Tung Jit Yang (26 Sept, part 1?), KongsiKL—Perfomans ini lebih berupa instalasi dengan manusia di dalamnya yang melakukan aksi yang berulang-ulang, sebentuk endurance art. Telah dijelaskan lebih awal bahawa ia berdurasi 4 jam (meski performance ini bertahan selama 3 jam setengah), jadi saya sebagai audiens sudah persiapkan diri untuk turut endure durasi ini. Cuma pengalaman saya bersama performans ini adalah seperti berikut:

Dalam sejam pertama saya duduk paling hadapan (tapi kerap berjalan ke belakang sebab repetition yang berlaku meresahkan), kemudian sejam kedua saya duduk paling belakang, agar bayang-bayang audiens beri satu layer foreground kepada performans tersebut (entah kenapa bayang dan gerakan tubuh audiens bikin saya jadi tenang), selain itu, saya turut keluar untuk berbual kerana saya seakan sudah tahu struktur performans ini iaitu ia perlu endure gerakan-gerakan tertentu dalam tempoh tertentu, sebelum ada reset point, untuk gerakan dan posisi performer berubah. Sejam ketiga saya makan dan minum di gerai mamak. Sekembalinya untuk saksikan sejam terakhir (yang akan berakhir dalam 30 minit), visualnya kembali memukau untuk beberapa ketika, dan pada ketika ini, para performers (termasuk improvisasi suara) sudah rabak dan sudah blend in dengan rekaan set tersebut yang membuatkan perasaannya lebih baik. Aksi yang dibuat juga lebih kuat, dengan Chee Heai terbalik dengan kaki seperti dahan pokok (sama dengan posisi pembukaan), Jit Yang dengan botol-botol plastik di dalam baju sebagai pelapik sebelum dia berlari melanggar dinding bangunan, manakala Sandee pula mandi dengan cawan kecil yang diceduk dari gayung yang berisi air (mungkin objek yang saya sebut silap, tapi performans ini memang perlukan audiens untuk lihat dari jarak jauh).

Ia ada imej yang menarik dengan sebuah pulau di tengah, ada pintu di kiri, dan tangga merah di kanan. Takungan air (rekaan set ini membanjirkan ruang penformans dengan air) membuatkan kilauan beralun pada dinding, selain ia beri sedikit pantulan apabila kita melihatnya. Ia kelihatan cantik visually di dalam foto dengan variasi permainan cahaya ini, tetapi aksi-aksi yang terisi... ada sesuatu yang buat saya susah untuk endure sekali.

Secara umumnya saya merasakan satu jam setengah terakhir performans ini baik, tetapi dimulakan dengan dua jam awal yang longgar. Oleh kerana rekaan set tidak berubah di separuh masa pertama (di separuh masa kedua pokok akan diganti, dan botol-botol plastik muncul terapung) saya rasa ia boleh ambil lebih masa dalam mendedahkan karakter-karakter ini, satu persatu instead of ketiga-tiga mereka muncul serentak dan buat aksi berulang yang sama. Ia terlalu cepat. Dan saya selaku audiens juga amat cepat untuk tangkap loop yang dibuat. Sebagai contoh Sandee masuk dan pusing di pintu yang sama secara berulang kali. Sandee cuma pusing di sebelah bingkai pintu tersebut, membuatkan aksi pusing pintu ini ambil masa dalam 5 saat. Untuk Sandee buat kitaran ini tiga kali, ia cuma ambil 15 saat (sekadar anggaran). Dan bila perbuatan ini diulang tiga kali, secara automatik kita tahu ini repetition yang akan dibuat oleh Sandee, dan perulangan ini akan dibuat selama 40 minit (anggaran saya). Jit Yang pula meloncat-loncat dalam lopak air, sambil berkata sesuatu yang inaudible, selain mengetuk kepalanya untuk keluarkan air yang masuk telinga. Aksi ini juga diulang selama 40 minit tadi. Chee Heai paling tenang dengan menterbalikkan tubuhnya, kita cuma nampak kakinya ke atas, sedang mengimbangkan diri. Dan kaki ke atas ini seperti sebatang pokok yang ada di atas pulau kecil itu. Selepas 40 minit, cahaya menjadi terang dan semua performers berdiri di hadapan mengadap audiens, untuk beri idea bahawa ia reset point, sebelum ketiga-tiga performers berubah posisi (Chee Heai ke pintu pula, Sandee ke area tangga merah, manakala Jit Yang ke pulau di tengah). Apabila ini berlaku, secara cepat juga ia mendedahkan bahawa kitaran yang sama akan berulang kembali. Satu aksi baru di posisi baru yang berulang, sebelum ia di-reset kembali.

Apa yang ingin saya cakap kat sini adalah, bila struktur dan mekanisme performans ini terbongkar, ia tak lagi beri intrig, dan selain itu, oleh kerana rekaan pentas agak statik dan sudah didedahkan kesemuanya oleh lampu, maka tiada lagi misteri yang tinggal. Yang tinggal kini hanya rentak gerakan tubuh performers. Dan ia hanya boleh sustain minat audiens jika ia ada rentak yang tepat, atau gerakan itu amat bagus. Tetapi oleh kerana setiap gerakan ini berasaskan improvisasi dan repetitif, ia jadi longgar. Dan kerana itu, ia hanya selepas 2 jam, baru bibit-bibit kesatuan/chemistry muncul di kalangan performers tetapi ini sudah terlewat buat audiens yang secara perlahan-lahan meninggalkan lokasi.

Menyentuh tentang rentak: rekaan set ini beri hawa stillness (yang bergerak hanya air dan pantulan bayang-bayang dari air), dan kerana itu apabila Chee Heai mengimbangkan diri dan terbalikkan dirinya ia paling mendekati semangat set ini. Malah rekaan set yang surreal ini buat saya membayangkan bahawa ia dunia dalam kepala Chee Heai (yang juga merangkap pereka set). Sandee di kiri dan Jit Yang di kanan, membuat gerakan yang pada saya terlebih dari yang sewajarnya (excessive). Ia terlalu awal, dan saya fikir Sandee dan Jit Yang patut tumbuh, lahir dan muncul perlahan-lahan dari semangat ruang ini. Ia ingin tarik perhatian, tapi dalam masa sama sebab ia laju, abstrak, repetitif dan serentak, susah untuk kita kekalkan perhatian. Jika performans ini embrace stillness dan slowness di bahagian awal, ia tentu akan jadi lebih baik.

9. Schism oleh Arifwaran, black box Aswara—Performans ini seri dengan Two Lines in a Square di mana ia dua persembahan paling mengesankan yang saya tonton di tahun 2021-2022. Persembahan seni sentiasa tentang getaran dan perasaan yang disampaikan dengan direction yang jelas. Schism tentang aspek kekaguman/spectacle/tasmat dan ia dibuka dengan tarian berkostum suatu makhluk, disinari pancaran laser yang hi-tech (dalam konteks performans ini). Semakin performans ini berjalan, semakin ia menuju ke teknologi low-tech, efek praktikal lampu-lampu, dua projektor serta boneka gergasi dengan etos DIY. Ideanya adalah untuk teknologi low-tech ini lebih mengkagumkan daripada sinar laser yang canggih. Tak hanya kekaguman, semakin kita menuju ke penghujung, ada emosi yang ditanggung dan diheret membuatkan aksi di hujung kisah semakin memberat.

Selain secara visual, dari aspek rekaan bunyi beberapa babak awal menggunakan muzik yang rancak dan bingit (muzik kelab, rave atau sesuatu), kemudian di tengah kita ada puisi Sebatang Lisong oleh Rendra, audio pidato Sukarno?, audio temubual bersama Arifwaran sendiri, sebelum berakhir dengan lagu That Wonderful Sound nyanyian Shagul Hamid. Ia ada energy yang sangat raw, hingga satu takah ia membuatkan ruang black box Aswara itu terasa seperti KongsiKL, lalu sekilas ia buat saya merasakan kerja-kerja SeniTiga/etc. di KongsiKL secara umumnya (yang saya suka dan rasa paling kontemporari berbanding persembahan-persembahan lain di ibukota) kini terasa tak cukup sesuatu... tak cukup kedalaman, barangkali kerana ia terpisah dari derita lingkungan dan masalah kehidupan? Tak juga, sebab saya fikir semua orang akan pancarkan masalah dalaman diri mereka melalui karya sama ada dia sedar atau tak, cuma bagaimana ia disampaikan itu yang menjadi soal.

Jika ada sesuatu yang boleh diperhalusi, saya fikir cerita tentang lapar via rakaman audio itu boleh dianjak ke takah fiksyen—agar kelaparan yang digambarkan menjadi semakin tak masuk akal, tapi kita tahu perasaannya benar. Anjakan fiksyen ini saya fikir akan lebih membantu menghidupkan boneka gergasi itu kerana kedua-duanya memerlukan audiens untuk berimaginasi.

KESIMPULAN

Dalam kes dua performans yang mengesankan saya untuk 2021-2022 iaitu Two Lines in a Square dan Schism ini, apa yang tiada pada werk-werk teater dan performans lain ialah penguasaan cara menterjemahkan emosi yang terpendam. Teater, filem, seni performans atau malah apa-apa seni kontemporari hari ini sentiasa bersifat eclectic, jadi nak tak nak penguasaan tubuh, penguasaan bahasa, penguasaan visual, penguasaan bunyi, dan macam-macam penguasaan tambahan lain perlu ada di dada. Bagaimana sesuatu emosi itu di-articulate melalui gerakan tubuh, melalui pengucapan bahasa, melalui imej visual, melalui susunan peristiwa, melalui rekaan bunyi, dan semua ini perlu koheren dan serentak sebagai ensembel. Koreografi cahaya dan ruang sepenting koreografi kata-kata dan gerakan tubuh. Bila perlu tak bergerak? Bila perlu diam? Bila perlu gelap? Bila perlu senyap? Semua ini perlukan sensitivity dan penguasaan dalam menuju suatu direction yang jelas.

Ridhwan Saidi
Bin Filemhttp://www.blogger.com/profile/01070099078525468889noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5940443957884529067.post-47828707274912889492022-12-26T14:57:00.003+08:002023-04-10T21:42:28.754+08:00Apa yang dibuat untuk tahun 2022
Menyambung siri Apa yang dibuat untuk tahun 2019, 10 aktiviti teater Ridhwan Saidi 2018 dan Apa buat 2017? yang menyenaraikan kegiatan saya di tahun-tahun tersebut, di sini disenaraikan apa yang saya buat di tahun 2022. Ia tahun panas badan di mana kita perlu membiasakan diri untuk kembali berteater dan membuat tayangan fizikal selepas tahun 2020-2021 (yang memerlukan kita lebih bergiat secara introspektif dan dalam talian). Secara uniknya karya-karya 2022 ini kebanyakannya melibatkan introspection yang terbentang di atas pentas/layar.

JATUH SAKIT, JATUH CINTA: TWO TYPES OF FALLING
7-9 Januari 2022 // Damansara Performing Arts Centre (DPAC)

foto: Moka Mocha Ink

Pertama kali berpeluang untuk buat teater dalam setting teater yang proper, dengan bingkai proscenium (sebelum ni semua site specific dan terlalu kecil untuk dapat feel procesnium hall sebenar). Meski cuma untuk 20 minit, bila dapat peluang kita buat betul-betul. Persembahan pertama pasca pandemik, selepas dekat 2 tahun tak berteater. Daripada 3 malam persembahan, dari mana saya duduk (iaitu konsol teknikal): malam kedua merupakan yang paling tight dan intens.

Saya suka panggung ini, ia rasa intim dan selesa. Semoga ada projek teater berkala penuh yang dapat kita pentaskan di sini pada suatu masa nanti.

Bacaan lanjut sila ke pautan ini.

Mereka yang terlibat: Roshafiq Roslee, Lim Paik Yin & Nurul Aizam.

BANGSAWAN GEMALA MALAM
2-4 Jun 2022 // Victoria Theatre, Singapore

foto: Teater Ekamatra

Saya puas hati menterjemah A Midsummer Night’s Dream ke dalam bahasa Melayu selama setahun sewaktu pandemik. Saya datang sebagai pelancong/audiens pada malam pembukaan dengan skrip yang dah dikosongkan dari kepala. Mengejutkan kerana meski setiap kata-kata diberi warna oleh para performers, tetapi internal rhythm yang tertanam dalam teks tumbuh keluar pada malam persembahan. Internal rhythm ini keluar sebab kata-kata yang dah tertulis tak diubah. Ia normal bagi produksi di Singapura dan sebahagian etika profesional yang dah terdidik dan jadi asam garam mereka, tapi berbeza halnya di Malaysia kerana kita terlalu loose jangankan naskah drama, dengan undang-undang dan waktu makan pun kita loose. Meski jadi loose ni ada situasi bagus dalam hidup, tapi dalam seni, perlu ada suatu disiplin, parameter atau framework terlebih dulu sebelum ia dilonggarkan. Tak dinafikan ini produksi teater dengan skala paling gah dan berwarna-warni yang pernah saya terlibat. Gema gembira dalam panggung tak akan dilupakan. Magik! Syukur!

Bacaan lanjut dan mereka yang terlibat (ramai!) sila ke pautan ini.

TAYANGAN FILEM TIADA CINTA SELAMA MUDA
27 Ogos 2022 // PaPan Haus, PJ

poster: Moka Mocha Ink

Sesi tayangan intim di sebuah lokasi rumah seni yang baru di Petaling Jaya. Saya sentiasa tertarik dengan ruang seni yang bersikap, dan ada falsafah perkongsian yang mencapah antara bidang. Buat yang tak tahu, PaPan Haus ini terjadi apabila ada 8 orang sekawan yang tiba-tiba buat keputusan untuk beli tanah rumah di PJ ini, kemudian sama-sama renovate, dan jadi retreat house mereka setiap hujung minggu. Di kala itu, mereka sentiasa terbuka untuk jadikan rumah ini hub kepada aktiviti-aktiviti kesenian dan perbincangan. Lokasinya yang terletak walking distance dari LRT juga memudahkan.

BENGKEL NORMCORE: KARAOKE MEDEA
23-24 September 2022 // KongsiKL

foto: Moka Mocha Ink

Dengan bengkel ini, ideanya simple iaitu untuk belajar teater, satu-satunya cara adalah untuk mengalaminya dengan membuat teater. Ia mustahil untuk replicate atau buat simulasi bagi seseorang untuk mengalami teater. Tak ada software untuk kita cuba rasa kita berada di bawah suluhan lampu sedang dipandang oleh orang-orang yang kita kenal dan tak kenal. Dan menariknya dengan teater, sewaktu proses kemenjadian dan rehearsal, kita dapat uji hal-hal yang menggagalkan. Maksudnya apa yang ingin dicuba sudah dicuba sewaktu proses penyiapan/preparation (bukan gagal di malam persembahan, kegagalan dah ditemui sebelum itu).

Sebagai pembikin yang biasa bergelumang dengan teater-teater site-specific, projek ini juga akan di-custom-made-kan ikut siapa yang join. Theatremaking melibatkan aksi di depan pentas dan aksi di belakang pentas. Dalam projek ini, hubungan di antara aksi-aksi ini diteroka dengan tubuh dan kata. Dua malam persembahan kedua-duanya menjadi. Di malam pertama performance individu lebih menyerlah, tetapi pada malam kedua seluruh performance sebati menjadi satu (termasuk ruang dan audiens).

Bacaan lanjut di pautan ini.

Mereka yang terlibat: Archana Pillai, Daphne Lee, Sandee Chew, Rashid Akhmal, Mah Jun Yi, Nurul Aizam, Lim Paik Yin, Ani Aziz, Liew Chee Heai, Leong Yiew Weng & Mooza Mohd.

TAYANGAN FILEM ESEI TENTANG MEMORI
15 Oktober 2022 // Five Arts Centre, GMBB

poster: Moka Mocha Ink

Tayangan filem ini menemukan saya dengan individu-individu curiga. Ia malah bikin saya gusar sebab sesi bual santainya berlangsung dengan amat panjang (sejam lebih!), dan fokus audiens bertumpu hingga ke saat-saat akhir, mereka yang mendengar mula menyuarakan pendapat mereka. Rahsianya terletak dalam moderation, lagi banyak kita kongsi dan selesakan situasi, lagi selesa audiens kongsikan apa yang terbuku di hati (kebanyakan waktu bila moderator/panelis buka soalan dan situasi jadi senyap dan janggal, sebab moderator/panelis itu create situasi yang intimidating buat audiens). Ia situasi yang menyegarkan untuk bercakap dengan orang tak kenal di dalam ruang yang selamat dengan filem sebagai subjek berbual. Dua anak muda (di sesi berbeza—deja vu) tanya ke saya macam mana nak ikuti hal-hal seni ni lagi. Saya rasa senang hati kerana filem-filem yang ditayangkan mencambah minat orang terhadap seni.

Majalah Filem Melayu Lama telah ditayangkan terlebih dulu di SeaShorts tapi saya tak pergi sebab show Karaoke Medea sedang berlaku di waktu yang sama. Selain itu Revisiting Hankyu Jaya pada awalnya merupakan sebahagian Kaleidoscope Japan: Online Exhibition yang dipamerkan awal tahun.

BEYOND MOVING WITH ARTISANS, PERFORMANCE DESIGN EXCHANGE, ASWARA
4 Disember 2022 // Aswara

foto: Nurul Aizam

Ini projek pertama saya selaku dramaturg, di mana saya boleh pisahkan diri saya daripada kerja-kerja direction, dengan orang lain (Beh Chin) sebagai choreographer. Pertama kali diajak untuk showcase di PJPAC (yang itu cuma dua kali jumpa, tapi saya anggap ia sebagai contact pertama perkenalan). Untuk sesi kedua ini ia lebih bertumpu, dan lebih banyak pertemuan. Meski saya selaku dramaturg, saya cuba bentukkan bahagian pertama via live typing untuk beri konteks dan clarity kepada projek dengan latar yang amat kompleks ini (projek ini telah berjalan sejak 2020). Saya cuba cari bibit-bibit permulaan penting bagaimana projek ini terjadi sebelum ia beranjak ke tarian. Daripada kata-kata yang ditaip (tentang petition writer bernama Uncle Lingam) kepada gerakan tubuh dan koreografi. Persembahan sekali ini menjadi.

Mereka yang terlibat: Lau Beh Chin (creator/choreographer), Wong Chi Ying (dancer), Ridhwan Saidi (dramaturg), Bilqis Hijjas (panelis), Jo Kukathas (panelis), Dhinesha Karthigesu (panelis).

TEATER NORMCORE: TAHUN-TAHUN SEORANG NOVELIS

23 Disember 2022 // Black box, DPAC, Damansara

foto: Moka Mocha Ink

Selepas terlibat dengan empat performans untuk 2022 dengan direction/performance yang tight belaka (Jatuh Sakit, Jatuh Cinta, Bangsawan Gemala Malam, Karaoke Medea, Beyond Moving With Artisans at PDE), kini ia hujung tahun dan saya aspire untuk hasilkan sesuatu yang urgent dan dalam masa sama berkecenderungan untuk jadi disaster (kenyataan ini bukan sebab nak rendahkan diri, tapi lebih kepada bersikap realistik.)

Bila novel Cekik diharamkan tindakan paling literal untuk bertindakbalas adalah untuk tulis dan terbitkan satu novel baru. Cuma novel bukan sesuatu yang semberono untuk terbitkan. Novel bila dah terbit akan kekal, tapi dengan teater kalau ia teruk, ia boleh dilupakan. Dengan kesedaran ini, kita mula berlatih (dan memikirkan apa yang nak dibuat) dalam tempoh 5 minggu sebelum hari persembahan (biasanya paling minima 4 bulan sebelum saya gerakkan apa-apa projek teater).

Ia happening satu hari. Ia bukan tentang tightness direction atau performance (meski saya cuba juga tapi nampak gaya 5 minggu memang tak akan cukup; serik dah!), tapi tentang urgency untuk bertindak terhadap isu pengharaman itu. 5 minggu pun sebenarnya topik dah tak panas, tapi sekurang-kurangnya ia beri jarak untuk kita persembahkan sesuatu yang dah dilatih dan diperhalusi. Apa nak jadi, jadi, biarpun rabak, saya harap ia dapat diaksikan dengan telus. Jika Karaoke Medea berunsur tragik, dengan Tahun-Tahun Seorang Novelis perasaannya menjurus uplifting.

Mereka yang terlibat: Roshafiq Roslee, Sadiq M. Jamil, Meier Wee, Adena Sams, Archana Pillai, Nurul Aizam, Lee Qi, Rashid Akhmal, Sandee Chew, Lim Paik Yin, Daphne Lee, Tan Cher Kian & Ani Aziz.

Ridhwan Saidi

p/s: Menuju ke tahun 2023, akan saya dedikasikan diri kepada penghasilan feature film, kembali kepada kenapa blog ini dimulakan. Jom!

Bin Filemhttp://www.blogger.com/profile/01070099078525468889noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5940443957884529067.post-58301501147371967162022-11-07T02:50:00.005+08:002022-11-07T10:59:39.459+08:00Berahi Dalam Teater Lokal

Berahi boleh datang dalam dua bentuk: 1. ia terbenam di dalam play itu sendiri, di dalam naratif, dan 2. ia datang sebagai daya, oleh pelakon/penari/performer, sebagai satu bentuk sexual drive. Saya akan berikan tiga/empat contoh play yang saya tonton dalam menjelaskan dua unsur berahi yang boleh muncul di atas pentas.

Saya tonton THE LOVER tulisan Harold Pinter, arahan Shahrul Mizad sewaktu penilaian Fatimah Zahari (aktor yang kemudian saya kenal via Jejak Tabi, apabila Fatimah membaca skrip Kurator Dapur, Teater Modular.) Ia jelas kepada saya bahawa seluruh play ini ialah satu bentuk sexual power play, di mana role-playing diperlukan dalam menghangatkan kembali hubungan suami isteri yang dingin. Ia tidak literal, tetapi terbenam di dalam.

THE LOVER dalam bahasa Melayu yang saya tonton ini contoh play di mana berahi itu hadir dalam naratif (sebagai subteks), tetapi tiada sexual drive dimunculkan oleh aktor, sebab ia akan jadi redundant, sebaliknya mereka bermain mata dan berguling-guling ala filem Hindustan untuk larikan titik fokus terhadap elemen berahi ini kepada sesuatu yang lebih fantastik dalam skala domestik. Ini apa yang saya tangkap dari apa yang dipentaskan, saya belum pernah baca naskhah asal.

Untuk contoh bentuk kedua pula akan saya pilih SKIN & FLOWERS: IN TEND(ER) oleh Veshalini Naidu, kolaborasi bersama beberapa orang, tetapi dua performer yang akan keluarkan sexual drive ini ialah Hannan Barakbah dan Theyvapaalan Jayaratnam. Keinginan dan desire ini ketara (buat mereka yang menonton), meski teks persembahannya (barangkali) lebih berfokus kepada seksualiti. Ada garis di sini. Seksualiti lebih political in nature, manakala berahi yang ingin saya sentuh pula lebih kepada primordial instinct. Oleh sebab seksualiti ini politikal, maka ia guna fakulti intelek, manakala dengan berahi pula kita tidak perlu terlalu berfikir. Jadi perlu jelas di sini bila saya guna berahi, yang saya maksudkan ialah fakulti yang bukan fikiran/akal/intelek dan bukan juga hati/jiwa/perasaan, tetapi naluri kebinatangan yang terletak pada alat kelamin kita. Politik identiti, seksualiti, semua ini terletak di aras fikiran/akal/intelek. Begitu juga dengan sexual harassment, domestic abuse, dan isu-isu sosial yang lebih politikal sifatnya, maka paling mudah bila saya guna berahi, saya memaksudkan seks sebagai nikmat hidup (joy of life), sebelum ia jadi problematik.

Lagi satu play di mana berahi hadir sebagai daya ialah piece Nana dalam THE HUMAN EXHIBIT: MENTAL HEALTH, di mana kain pelikat, batik, kamera dan dildo strap bagai muncul dalam persembahan, tetapi kali ini ia puitis dan politikal. Posisi seksual antara suami dan isteri dijungkir balik seraya Nana bermonolog tentang Tun Fatimah dan srikandi Melayu (antaranya seingat saya). Biarpun sekejap, ia beri kesan mendalam. Ruang performans dalam stor bawah tangga (3 kaki lebar) ini kecil dan sempit tapi besar rengkuhannya.

Ini akan membawa kita kepada contoh play terakhir iaitu A TALE OF STAR-CROSSED LOVERS arahan Lee Swee Keong dengan lima aktor Lim Soon Heng, Lim Kien Lee, Hana Nadira, Zul Zamir, Sandee Chew dan dua penari Cahyo Sandhidea dan Selvia Arbella.

A TALE OF STAR-CROSSED LOVERS pamerkan kedua-dua bentuk: berahi terbenam dalam play dan juga diberikan daya oleh para aktor. Play ini diinspirasi teks Romeo and Juliet oleh William Shakespeare, tetapi dipaparkan persis scene study. Adegan-adegannya tidak dijalin secara koheren. Ia ambil bentuk dream logic, atau bak bahasa pasar: ia abstrak.

Play ini tidak propel ke depan secara naratif, kita disoriented dan disengaged, tidak tahu kita di scene apa, dan apatah lagi kita tidak tahu siapa Romeo dan siapa Juliet (kerana ia berubah dari satu aktor ke satu aktor.) Kata-kata Shakespeare hilang makna, dan tinggal bunyi, walau bagaimanapun, lebih lanjut saya dapati kata-kata sendiri tenggelam dan tidak membantu naratif (ia barangkali membantu aktor, tetapi bukan naratif). Malah muzik lebih digunakan dalam menguatkan scene, cuma pada telinga saya pilihan muziknya tidak kena. Ia terlalu Eurocentric dan melodik dengan muzik rakaman orkestra (salah satunya oleh Claude Debussy), ia terlalu Barat dan berat (untuk adegan dengan emosi yang ringan). KeBaratan ini aneh, ditambah dengan kata-kata Shakespeare era Elizabethan dalam loghat Malaysian-English, ditambah dengan bahasa dan tarian Jawa, ia penuh dengan keasingan dan suatu pertembungan yang membingungkan.

Ia bermula dengan banyak kata-kata Shakespeare di awal kisah, dan semakin lama semakin kurang, dan kita ditinggalkan dengan elemen visual. Tidak dinafikan secara visual ia kuat dan ada sesuatu berlaku, cuma apabila ia tidak disokong oleh elemen lain, seperti muzik (yang pada saya tidak cocok), dan naratif yang koheren, maka yang tinggal cuma lakonan. Dan aksi terkuat biasanya berlaku bila para pelakon berada dalam posisi kaku atau sedang berjalan (tanpa bercakap).

Kendatipun play ini tidak koheren, tetapi jika kita lihat secara jauh, play ini sebenarnya sedang berusaha mengabaikan kata-kata. Kata-kata ialah antagonis dalam play ini. Kata-kata dilafazkan secara banyak, dan tidak dimainkan, malah ia sukar untuk kita faham apa yang dicakap. Ia hanya dirasai bila kata-kata itu tinggal bunyi seperti wailing dan moaning (dalam konteks kesengsaran mental dan juga nikmat berahi).

Saya akan kongsikan beberapa adegan yang bawa semangat berahi. Di awal kisah ada adegan Sandee jatuh dan terbaring di lantai dikepung oleh Kien Lee, Zul Zamir dan Hana Nadira. Mulanya saya rasa ia tentang power, tapi selepas didedahkan dengan adegan-adegan lain selepas itu yang ketara berbaur seksual, pemahaman saya terhadap scene awal berubah dan kini saya lihat ada gaze dan daya masochism tertanam. Antaranya ada aksi dressing dan undressing, foot & stocking fetish, blindfolded, bondage dan onani yoni dengan kepala sebagai linggam (seraya melafazkan ayat-ayat Shakespeare umpama mantera).

Sama ada sedar atau tidak, performer sedang memberikan sexual drive kepada play yang asalnya tragedi cinta remaja ini. Play ini lebih bermain dengan intuisi, imej visual (imaginasi) dan naluri primordial berbanding mendalami kata-kata dan naratif. Kata-kata Shakespeare dan naratif Romeo and Juliet sekadar menjadi pakej luaran. Pisau Juliet di Verona dihulur Rama dari Jawa... geram je kita!

Ridhwan Saidi

p/s: Tulisan ini telah ditulis pada November 2018 dan hanya diterbitkan kini empat tahun kemudiannya.

Bin Filemhttp://www.blogger.com/profile/01070099078525468889noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5940443957884529067.post-18051020263238291082022-11-02T11:49:00.004+08:002022-11-02T12:10:49.401+08:00Tentang ‘Bangsawan Gemala Malam’

Saya terdedah lewat dengan karya-karya Shakespeare, dalam erti kata selepas menceburi teater baru saya mula merajinkan diri baca beberapa play beliau dan pergi menonton teater lokal yang terkait dengan nama Shakespeare (selain produksi online yang ditayangkan sewaktu pandemik itu hari). Yang bawa maksud, sewaktu sekolah saya tak ada pendedahan langsung (selain apa yang sudah terserap ke budaya popular).

Sebelum Bangsawan Gemala Malam ini saya sudah terjemah dan direct Hamlet Fansuri iaitu adaptasi naskah Hamlet ke dunia nusantara dengan selingan puisi Hamzah Fansuri di dalamnya (kedua-dua orang ini hidup sezaman, tapi di tempat berbeza). Dalam kes ini, selaku pengarah saya ada potong dan ubah sekuens adegan untuk kasi ia lebih mengalir seperti membuang kemunculan watak Rosencrantz dan Guildenstern antaranya. Adegan dipotong sebab ia jadi tak seimbang bila ditambah sesi buka panggung yang diberi nama Ophelia Maldoror.

Segmen buka panggung ini merupakan alam selepas mati dan memori Ophelia yang diterjemah dan diolah daripada puisi Comte de Lautréamont. Ia segmen yang dark dan ganas bagi suara wanita yang tertindas di dalam play asal.

Saya sedar bahawa sewaktu di zaman Shakespeare setiap watak perempuan dimainkan oleh laki-laki. Ophelia dimainkan oleh lelaki. Di dalam Bangsawan Gemala Malam kita gelak bila watak Thisbe dimainkan oleh lelaki, tetapi sewaktu di zaman Shakespeare dulu, yang main watak Hermia, Helena, Hippolyta dan Titania semua lelaki. Ia ada vibe yang berbeza, dan oleh kerana situasi hari ini semua orang boleh perform dalam teater, maka sebab itu saya ubah Hamlet saya agar ada suara lebih buat Ophelia sebab ia antara watak yang paling kompleks dalam Hamlet tapi tak bersuara.

Pendek kata saya gunakan lesen kreatif dengan mengubah bentuk naskah asal kepada sesuatu yang lebih dekat dengan diri saya. Tapi ini berbeza dengan Bangsawan Gemala Malam di mana saya ambil keputusan untuk tak olah apa-apa sangat. Kalau ada tukar pun ia di dalam baris ayat secara halus, dan bukan form-nya.

Sewaktu mula-mula di-approach SIFA (sesi perkenalan online bersama Natalie Hennedige oleh Fezhah Maznan), dan lalu untuk mengerjakannya bersama Teater Ekamatra, saya ada terfikir untuk bikin ia ada error atas error. Yang bawa maksud watak Puck/Kelembai ini akan tersilap bubuh madu sakti. Misal kata sepatutnya Lisander, tapi dia terbubuh ke Hermia, dan lalu Helena atau Lisander yang jadi orang pertama dilihat Hermia. Ia akan jadi jenaka dalaman buat mereka yang familiar dengan A Midsummer Night’s Dream. Cuma masalahnya saya tak familiar dengan play ini untuk bertindak sebegitu rupa, malah Bangsawan Gemala Malam merupakan pengalaman teater berasaskan A Midsummer Night‘s Dream pertama yang saya tonton.

Dengan konteks ini, saya cuba ikut form asal Shakespeare ini. Meski untuk cakap ‘ikut’ ia sesuatu yang komplikated. Bahasa umpama makhluk hidup dengan sejarah dan keindahannya yang tersendiri. Bahasa Inggeris stress-timed tapi bahasa Melayu syllable-timed misalnya. Untuk terjemah adalah untuk transpose.

Saya juga guna istilah form dan bukan plot, sebab plot boleh dipinjam-pinjam. Shakepeare pun ambil plot dari orang atau cerita terdahulu, cuma dia sesuaikan ke dalam konteks budaya dengan penguasaan bahasanya. Macbeth dan Oresteia plot lebih kurang sama, tapi dengan bahasa yang berbeza. Medea cerita rakyat, tapi Euripides ambil dan olah ikut sensibility-nya.

Untuk intepret adalah untuk impose power.

Form tak boleh terpisah dari bahasa. Dan melalui form juga, saya percaya kita boleh dapat internal rhythm sesuatu karya itu. Dari rentak yang tersembunyi ini dapat saya terjemahkan ia ke dalam bahasa saya yang lebih berasaskan prosa. Saya tak rasa ia perlu berima, sebab dalam bahasa Melayu kalau nak main rima, ia kena betul-betul jadi. Kalau tak jadi ia akan jadi mengada-ngada.

Form yang saya maksudkan overall layout naskah, yang mana kalau sesuatu perkataan disebut misalnya ‘anjing‘ atau ’bulan’, ia akan muncul di beberapa tempat lain. Ia macam kabel mesin sintesis yang bertaut dari satu adegan ke satu adegan. Saya perlu aware dengan rangkaian permainan kata-kata yang berselerak tapi teratur ini oleh pengarang asal, dan dari situ saya akan buat pilihan sejauh mana saya mahu tawarkan intepretasi saya.

DEMETRIUS

I love thee not; therefore pursue me not.

Where is Lysander and fair Hermia?

The one I’ll stay; the other stayeth me.

Thou told’st me they were stol’n unto this wood,

And here am I, and wood within this wood

Because I cannot meet my Hermia.

Hence, get thee gone, and follow me no more.

HELENA

You draw me, you hard-hearted adamant!

But yet you draw not iron, for my heart Is true as steel.

Leave you your power to draw,

And I shall have no power to follow you.

DEMETRIUS

Do I entice you? Do I speak you fair?

Or rather do I not in plainest truth

Tell you I do not, nor I cannot love you?

DEMETRIUS

Lihat, aku tak sukakan kau, jadi jangan ikut aku lagi. Di manakah Lisander dan Hermia? Kau cakap mereka ke hutan ni. Dan di sini aku, tak menemui kekasihku Hermia. Pergi, berambus dari sini, dan berhenti ikut aku.

HELENA

You yang tarik diri I, magnet kejam! Berhenti guna daya tarikanmu dan I akan berhenti ikut you.

DEMETRIUS

Ada aku suruh kau ikut aku? Bukan ke aku dah cakap baik-baik? Aku tak mencintai diri kau?

Dalam contoh di bawah watak Helena menyamakan situasi martabat dirinya umpama anjing peliharaan Demetrius. Bahagian ini nak push betapa submisif dan terpaksanya Helena, dan saya rasa ia okay kalau yang main watak ni lelaki macam zaman Shakespeare dulu. Tapi dalam konteks Bangsawan Gemala Malam, saya ubah penggunaan kata ‘anjing’ kepada ‘kucing’. Saya rasa Helena dah cukup merendahkan martabatnya di dalam adegan yang lebih awal: Untuk menyukai seseorang yang tak menyukainya.

HELENA

And even for that do I love you the more.

I am your spaniel, and, Demetrius,

The more you beat me I will fawn on you.

Use me but as your spaniel: spurn me, strike me,

Neglect me, lose me; only give me leave

(Unworthy as I am) to follow you.

What worser place can I beg in your love

(And yet a place of high respect with me)

Than to be usèd as you use your dog?

HELENA

Ya, tapi itu buat I lagi sayangkan you. You kucing peliharaan I, Demetrius. Bila I usap you, you cakar, gigit dan tendang tangan I yang beri you makan, sampai luka-luka. Apa yang lebih teruk dari dilayan seperti hamba, tetapi masih aku berbangga untuk jadi hamba you.

Sewaktu memilih nama untuk rude mechanicals, saya nak pastikan yang Nick Bottom ni lain sikit daripada yang lain. Nama ikut hari ini mungkin bagi sesetengah orang cuma jenaka, tapi nama-nama berasaskan hari ini betul-betul wujud dari Khamis hingga ke Selasa. Ada orang nama Khamis, ada orang nama Sabtu, ada orang nama Ahad, ada orang nama Isnin dan ada orang nama Selasa. Oleh sebab rude mechanicals ini ada enam orang, satu hari saya tak pilih iaitu Jumaat (Jumaat pun ada nama orang dalam dunia sebenar, dan dalam kes play ini, saya bayangkan dia wujud tapi di kedai kopi atau pelabuhan atau sesuatu.)

Jarang untuk ada orang nama Rabu. Saya speculate ia bukan dari bahasa Arab macam nama hari lain. Hari Rabu dalam bahasa Arab (الأربعاء) jauh bunyinya dengan Rabu (berbanding hari-hari lain). Rabu dalam bahasa Melayu bermaksud paru-paru. Kembang rabu = keseronokan dan kegembiraan.

Ia hanya selepas saya tonton dua persembahan baru saya dapati antara kata-kata yang paling waras dan rasional dalam seluruh play ini, diucap sewaktu Rabu menjadi keldai.

BOTTOM

A very good piece of work, I assure you, and a

merry. Now, good Peter Quince, call forth your

actors by the scroll. Masters, spread yourselves.

RABU

Karya yang bagus, aku percaya, dan juga lucu. Sekarang, Isnin, sebut nama-nama pelakon yang dah tertulis. Aktor-aktor, rapatkan saf.

Sewaktu ayat ‘Aktor-aktor, rapatkan saf’ diucapkan saya nampak dua kelompok audiens. Yang gelak dan yang tak gelak. Yang gelak saya pasti kerana mereka faham bahasa Melayu. Tiada apa yang kelakar dengan ayat ini, cuma ia bikin orang geli hati sebab ia diucapkan di situasi yang barangkali mereka tak jangka. Buat mereka yang tak faham bahasa Melayu pula, sukar untuk mereka tangkap kenapa ia kelakar. Apa yang lawaknya untuk mereka beratur dalam satu barisan? Kata-kata bukan hanya apa yang tampak, tapi yang terselindung dan halimunan juga beri kesan. Susah untuk kita jelaskan apa yang lucunya dengan ayat ‘rapatkan saf’ ini buat mereka yang tak faham bahasa Melayu. Kelucuan bila dijelaskan, hilang lucunya.

Ridhwan Saidi

p/s: Bacaan lanjut dari perspektif penonton: Dreaming in Malay: Bangsawan Gemala Malam and Shakespeare’s Tropical Encounters oleh Faris Joraimi. Saya diberitahu ini merupakan tulisan tentang teater pertama beliau yang amat saya hargai, mengingatkan saya kepada tulisan Terperangkap Dalam Kontinuum Idea-Mimpi oleh Karim Mohd yang juga merupakan tulisan tentang teater pertama beliau (kalau tak silap). Dalam konteks negara Malaysia, tulisan tentang teater (dan persembahan teater!) yang baik tak cukup berleluasa.

p/p/s: Koreografi pembukaan kunang-kunang yang memulakan persembahan ini sudah set perasaan untuk kita masuk ke dunia Bangsawan Gemala Malam, kemudian di satu adegan, muzik lullaby ‘kunang-kunang’ oleh Safuan Johari tak hanya upacara menidurkan permaisuri bunian Titania, tetapi juga buat seluruh audiens yang menonton waktu itu untuk lebih tenggelam ke dalam dunia play ini. Lagu ini walaupun sekejap, masih terngiang-ngiang sampai sekarang. Turut bersyukur play ini diarahkan oleh Aidli Mosbit, sebab untuk adun Shakespeare dan Bangsawan, yang mengadunnya perlu ada pengalaman dan sensibility yang jelas tentang kedua-dua elemen Timur dan Barat ini. Kalau pengarahnya lebih Shakespeare-oriented dan sekadar tau Bangsawan secara permukaan, hasilnya akan jadi tak seimbang (begitu juga sebaliknya). Saya diceritakan Aidli Mosbit mengutip pengalaman Bangsawan dengan berlakon di bawah pimpinan Shariff Medan, selain pernah berlakon play A Midsummer Night’s Dream beberapa kali (salah satunya sebagai Titania).

Bin Filemhttp://www.blogger.com/profile/01070099078525468889noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5940443957884529067.post-84890643290967171412022-11-01T21:37:00.010+08:002022-11-01T21:55:11.629+08:00Tentang 'Ridhwan Saidi Dalam Lima Bentuk Seni'
Video-video perkongsian ini saya propose pada awal/pertengahan tahun 2021 dan ia dijangka untuk disiapkan pada tahun itu juga. Dengan situasi lockdown yang tak menentu saya propose suatu idea yang mudah untuk dihasilkan dalam skala mandiri, iaitu untuk saya berkongsi pandangan saya tentang lima bentuk seni yang terpilih.

Idea kasarnya seperti siri video Mukadimah Sinema di mana saya bercakap terus ke kamera dan berkongsi apa yang terlintas di fikiran. Ia boleh dibuat di dalam rumah seorang diri dengan kamera di atas tripod. Sewaktu menghasilkan video-video Mukadimah Sinema ia bikin gementar kerana kita tak biasa vlogging atau bercakap dengan kamera seolah ada orang yang akan menontonnya. Saya masih rasa kamera di depan saya itu cuma kamera.

Apa pun projek 'Ridhwan Saidi Dalam Lima Bentuk Seni' (RSDLBS) ini diaksikan pada awal 2022 di mana situasi semakin membolehkan kita untuk keluar. Maka saya olah idea untuk saya cakap berseorangan ke arah kamera yang statik, kepada saya cakap bersama seseorang ke arah kamera yang bergerak.

Dana Create Now 2.0 Funding Programme ini unik di mana ia membolehkan kita untuk beli equipment bagi tujuan kelangsungan seni mendatang, dan dalam projek ini, kita mendapatkan shotgun mic yang diperlukan bagi tujuan pembikinan video-video dan filem-filem mendatang.

Kini saya sudah punya kamera dan peralatan audio yang cukup bagi skala gerila untuk bikin filem, tetapi kebiasaannya bila kita sudah ada equipment, kita perlukan kesungguhan untuk terus membikin. Biasanya bila kita tiada equipment kita beriya-iya guna apa yang ada, tetapi bila barang cukup, ia jarang-jarang digunakan. Jadi jika ada peluang, saya akan guna ia sebelum teknologi sedia ada ini menjadi usang.

Sewaktu membikin filem Tiada Cinta Selama Muda, kita menggunakan kamera digital yang berusia 9-10 tahun. Di kala semua orang sudah 4k dan 8k uncompressed, kita masih shoot HD yang compressed. Saya meletakkan had untuk saya guna peralatan yang baru dibeli ini, untuk bikin filem seterusnya sebelum 5 atau 10 tahun mendatang. Ideanya adalah untuk elak dari peralatan itu sendiri yang akan mengalami kerosakan, selain teknologi akan semakin maju dan paparan visual kita tertinggal. Dengan teknologi digital, ia cepat untuk kita rasa tertinggal, tetapi sebaliknya amat berbeza jika kita guna filem (analog) yang sentiasa indah dan semakin mahal saban hari.

Asalnya video-video ini seperti video biasa, tetapi sewaktu menyunting, saya ternampak butang yang akan render ia jadi seperti animasi, maka saya pun cuba. Setiap episod ambil 8-10 jam untuk di-render komputer, dan ada waktu ia tersekat sebab komputer ke sleep mode, jadi kita kena mula balik. Awalnya saya tak tahu kita boleh tutup sleep mode itu, jadi selama seminggu saya berjaga siang malam di depan komputer untuk pastikan bila ia lock screen, saya gerak-gerakkan balik mouse. Ada waktu bila komputer panas, saya rehatkan kejap dengan tutup dan keluar rumah.

Lima tetamu yang dijemput: Ani Aziz, Mah Jun Yi, Ali Aiman Mazwin, Archana Pillai dan Meier Wee. Pemilihan tetamu ini sengaja saya pilih mereka yang kurang arif secara spesifik terhadap medium yang dikendali. Misalnya Ani Aziz lebih familiar dengan novel dan kerja teater saya tapi kita berborak tentang photobook. Tujuannya adalah untuk saya terima soalan yang umum, selain sedikit sebanyak ia menjadi semakin spesifik. Ini kerana video perkongsian ini cuma 5-10 minit (dalam proposal), maka saya tak mahu kita pergi terlalu mendalam dan fokus ke satu-satu work spesifik seperti teater Stereo Genmai misalnya, atau filem Tiada Cinta Selama Muda, atau novel Mautopia. Untuk setiap judul atau hasil kerja saya, saya boleh cakap berjam-jam untuk kongsi prosesnya. Maka di dalam projek ini, kita cenderung untuk bermula dengan sesuatu yang umum (kenapa saya pilih medium tersebut dan bagaimana saya bekerja), dan kemudian baru sedikit sebanyak sentuh hasil kerja yang spesifik (kerana setiap karya ada memori dan cara kerja yang berbeza).

Untuk setiap tetamu direction saya adalah untuk kita bercakap, dan terus bercakap sehingga akhirnya kita lupakan kewujudan kamera. Saya dapat rasa ada di antara teman-teman ini yang sedikit gugup dan rasa janggal awalnya (sebab kita di tempat terbuka, dengan kamera bagai, ia jarang-jarang dibuat), jadi tugas saya juga selain ingin berkongsi, cuba untuk mewujudkan perasaan selesa.

Untuk dirakam video perlukan keberanian kerana kita mungkin boleh tersilap cakap, tapi saya sentiasa sedar, video cuma merakam diri kita di momen itu sahaja. Andai anda tanya soalan yang sama kepada saya sekarang, responsnya boleh jadi berbeza. Tetapi untuk ada kesedaran dirakam, kita perlu fokus dan minum kopi (espresso-based) sebelum setiap kali sesi agar minda jadi terang.

Saya ada terfikir untuk gabungkan kesemua video-video ini menjadi satu video penuh berdurasi 50 minit, tetapi ia berselang-selang di antara satu sama lain, menjadi satu pengalaman perbualan yang jitu dengan rekaan audio dan muzik berbeza. Mungkin ia futej asal non-animasi, tetapi ini cuma bayangan yang memerlukan kerajinan. Mungkin juga ini cuma dahan kepada lima seni terawal yang dikongsi, kerana ada ranting-ranting medium yang lain seperti sinografi, rekaan bunyi, dramaturgi, koreografi yang ingin saya teroka... yang mungkin akan ada videonya pula satu hari nanti.

Dari Shah Alam, ke Old Klang Road, ke Bandar Sunway, ke Klang, ke Kuala Lumpur. Hanya episod bersama Ali Aiman kita buat di dalam kereta sebab hari hujan. Yang saya rasa, bila kita cakap duduk, ia tak selancar bila kita cakap sambil berjalan. Bercakap fasal seni sambil berjalan kaki memang syok dan rasanya tak pernah saya buat dalam hidup!

Ridhwan Saidi

p/s: Ridhwan Saidi Dalam Lima Bentuk Seni ialah siri video lima episod perkongsian tentang seni teater, filem, puisi, novel dan photobook oleh Ridhwan Saidi bersama teman-teman. Dengan sokongan CENDANA Malaysia #CENDANACreateNow
Bin Filemhttp://www.blogger.com/profile/01070099078525468889noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5940443957884529067.post-12942797437490614832022-10-31T11:14:00.007+08:002022-10-31T11:56:31.114+08:00Tentang ‘Jatuh Sakit, Jatuh Cinta: Two Types of Falling’
Proses menulis setiap individu berbeza dan dalam konteks hidup saya sendiri ia berubah dari satu projek ke satu projek. Sewaktu saya tulis 13 skrip playlet Teater Modular, rata-rata ia draf pertama dan diturunkan terus sewaktu ia pertama kali ditaip. Tiada suntingan drastik dibuat. Ini hanya boleh terjadi bila sesuatu karya itu telah saya fikir dan siap-siap sunting di dalam kepala. Yang bawa maksud sebelum ia ditaip di komputer, telah saya peram dan fikirkan satu-satu naskah skrip playlet ini. Walau bagaimanapun saya cuma mampu fikirkan keseluruhan idea ini dalam skala playlet. Jika lebih panjang seperti teater penuh, atau novel, ia belum pernah dicuba. Saya tak ada ingatan yang cukup kuat untuk susun keseluruhan cerita di dalam kepala.

Pabila idea ini diperam dan disusun di dalam kepala, ia bermaksud saya juga turut menceritakan ia kepada mereka yang di sekitar saya, untuk lihat dan rasa reaksi mereka. Dan dari situ saya akan sunting idea ini lagi di dalam kepala. Bermakna bila saya kata ia diperam dalam kepala, ia tak sekadar di dalam kepala tetapi turut dikongsikan dan diceritakan kepada orang lain, sebelum diproses kembali di dalam kepala. Proses ini berlanjutan sehinggalah saya rasa ia sudah cukup masak, dan apa yang saya perlukan ialah momen yang paling selesa untuk duduk dan taip ditemani secawan kopi.

Tapi kini dengan naskah Jatuh Sakit, Jatuh Cinta: Two Types of Falling ia proses yang agak berbeza. Projek ini lebih berasaskan urgency, yang bawa maksud saya perlu menulis sewaktu saya tak patut menulis. Tanpa inspirasi, atau kerja-kerja berfikir di dalam kepala, tapi terpaksa menulis atas dasar deadline. Asalnya ia bermula sebagai proposal, dan saya taip di hari terakhir setelah beberapa hari cuba memikirkan apa yang ingin dibuat tetapi masih tiada idea.

Sebulan kemudian proposal saya diterima, lalu saya sedar bahawa saya perlu kerjakan idea kasar yang telah ditaip secara semberono tadi.

Hari pertama latihan bersama Roshafiq memerlukan saya tulis sesuatu, maka beberapa jam sebelum Roshafiq tiba, saya tulis suatu monolog. Sekali lagi atas dasar deadline, dan tak difikirkan secara mendalam. Pabila Roshafiq tiba, kita buat sesi bacaan dan antara perasaan yang kita dapat: ia hampir bikin cringe. Saya sentiasa appreciate sesi bacaan skrip sebab untuk penulis ia mendedahkan sama ada ayat-ayat yang kita tulis tu berkesan atau tak, dan dalam kes ni ia belum menjadi.

Saya sentiasa percaya semua orang boleh menulis, dan tulisan yang teruk boleh di-refine untuk jadi lebih baik. Bukan buang dan tulis baru, sebaliknya potensi tulisan yang teruk tadi dicari. Saya potong beberapa ayat yang tak enak, terjemah perkataan Inggeris yang menggangu, dan ubah susunan perenggan untuk dapatkan flow dan emosi yang berbeza.

Minggu seterusnya skrip yang telah dibaikpulih ini dibaca, dan Archana di sebelah dapat dengar dan relate dengan emosi yang muncul. Saya jadi senang hati, sebab kini monolog itu sudah menjadi dan boleh mula dihafal Roshafiq sebab proses seterusnya adalah untuk cari gerakan di atas pentas bersama Lim Paik Yin dan Nurul Aizam.

Ia ambil dua sesi latihan (selang seminggu) untuk saya detect apa yang jadi dan apa yang tak dalam gerakan yang bakal dilakukan mereka. Dari sini saya tambahbaik naskah teater pendek ini dengan stage direction. Biasanya saya tak tulis stage direction yang khusus dalam naskah-naskah teater terdahulu (kecuali aksi penting dalam naratif) sebab saya fikir setiap director patut ada usaha keras dalam menterjemahkan situasi-situasi yang ada. Tapi dalam kes ni, ia ditulis untuk saya sendiri ingat (serta para performer).

Bukan siap-siap dari kepala turun ke kertas, kali ini ia terbentuk dari lantai latihan sebelum terungkap di atas kertas. Fikiran tak terjadi dalam kepala sebaliknya ia berlaku di luar kepala secara berjemaah.

PASCA PEMENTASAN

‘Jatuh Sakit, Jatuh Cinta: Two Types of Falling’ di DPAC merupakan live theatre performance yang dibikin selepas hampir 2 tahun. Kali terakhir saya bikin teater merupakan ‘Teater Normcore: Masam Manis’ di KongsiKL pada bulan Mac 2020. Sebelum itu ia banyak ambil bentuk filem dan video.

Walaupun saya rasa format yang saya gunakan sepanjang pandemik lebih kurang sama, iaitu apa yang dipanggil ‘devising’ (jika di Singapura ia sudah outdated, dan di Malaysia ia ada konotasi negatif di mana karya-karya yang terhasil selalunya tak masak dan main lepas tangan, kerana tiada satu sosok yang mahu ambil tanggungjawab selepas sesuatu karya yang hancur dipersembahkan. Ia ibarat jenayah yang dilakukan secara majoriti, dan lalu dilupakan—amnesia berjemaah), saya dapati ia lebih intens dalam bentuk teater berbanding filem atau video. Mungkin saya turut berada di dalam ruang yang sama bersama audiens untuk mengalaminya. Untuk lihat dan dengar sesuatu yang hidup di depan mata dan telinga kita.

Saya ambil serius dengan perkataan ‘devising’ ini sepertimana saya ambil serius dengan perkataan ‘cinta’. Ia cenderung disalaherti dan disalahguna, dan di-simplified ke takah dungu oleh budaya popular dan kefahaman umum, tapi tak bermakna saya tak patut menceburkan diri ke dalam kancah yang penuh pancaroba ini. “Aku tak minat benda cintan-cintun ni,” kata seseorang. Bagi saya angau atau mabuk asmara masih suatu perasaan yang profound jika ditekuni dan digarap dengan betul.

Empat elemen yang bergerak selari dalam karya 20 minit ini merupakan lakonan/monolog dan kata-kata oleh Roshafiq Roslee sebagai ‘Rahim Mustafa’ (nama yang kita beri sebagai suatu karakter fiksyen), gerakan tubuh dan aksi fizikal oleh Lim Paik Yin, rekaan bunyi secara langsung oleh Nurul Aizam dan projection teks/video non-fiksyen oleh saya.

Macam struktur muzik, sebagai director saya suka compose alunan empat elemen ini untuk ada pasang surutnya. Ibarat kugiran muzik, Roshafiq bertindak sebagai frontman (yang secara literal mendapat spotlight), tapi kita tak boleh nafikan kepentingan rentak drum (jatuh tubuh Paik Yin), bass (bunyi mesin sintesis dan field recording Aizam) serta gitar (pancaran visual dan teks karangan saya) terhadap penghasilan muzik yang berpadu untuk sampaikan suatu perasaan yang diingini. Meski ini cuma analogi, ideanya adalah untuk elak dari diri masing-masing melakukan monolog berasingan dengan segmen terpecah-pecah (seperti kebanyakan devise/experimental play yang saya tonton di negara ini).

Dua maklumbalas yang saya terima dari pementasan ini merupakan rasa tersentuh, dan penggunaan pentas yang berlapis. Kedua-duanya menarik pada saya sebab sewaktu menggarap ia tak difikirkan sangat. Saya tahu karya seni yang baik akan buat orang rasa tersentuh, dan dengan kesedaran ini biasanya saya tak nak letak harapan yang tinggi. Buat piece ini saya sekadar berharap ada orang akan rasa ia sedikit lucu di awal separuh masa pertama (yang lebih presentation-mode dan rasional), sebelum ia menjurus ke emosi yang lebih peribadi dengan nostagia dalam perhubungan. Jika ada yang tersentuh saya bersyukur, jika tak pun tak apa.

Pentas yang berlapis ini kerap dikomen sepanjang saya bikin teater dan tak sangka ia masih ada. Saya fikir ia menjadi ketara mungkin sebab play/piece lain kurang lapisan pentas (jika ada ia terlalu literal?) lalu membuatkan kerja-kerja pentas saya lebih ketara depth of field-nya. Bila difikirkan sekarang, mungkin dengan asas fotografi ia buat audiens perlu shift perspektif mata (dengan aperture besar, dengan bokeh) untuk lihat elemen-elemen yang ada di atas pentas. Dalam rakaman video kita boleh nampak semua lapis, tapi mata audiens ketika ia sedang berlangsung perlu pilih elemen yang mau difokus—meski tubuh audiens duduk pasif, tapi mata perlu aktif.

Ini pengalaman dewan proscenium konvensional pertama saya.

Dua quote di awal pementasan oleh bell hooks dan Maya Angelou, saya ambil inspirasi daripada hujung filem Do The Right Thing (1989) oleh Spike Lee (yang menemukan quote Martin Luther King Jr. dan Malcom X). Awalnya saya cuma bubuh quote bell hooks, dan saya dapati ia menjadi suatu statement, dan apa yang berlaku di atas pentas akan menjurus ke perbuatan abuse itu (kita rasa sedih dengan watak Paik Yin). Lalu saya fikir kita perlu ada dua quote dengan essense yang berlawanan dan contradict (sebab cinta memang kompleks!), dan di sini datang quote Maya Angelou tentang cinta. Saya puas hati dengan tindakan tambah quote ini sebab ia bikin graviti dalam piece ini kembali tak stabil sepertimana Cinta boleh buat orang tak stabil.

Ridhwan Saidi
Bin Filemhttp://www.blogger.com/profile/01070099078525468889noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5940443957884529067.post-90994900017867785032022-10-30T12:43:00.001+08:002022-10-30T12:43:53.083+08:00Tentang playlet ‘Nadi’ sempena Teater Runcit 2021

I

Playlet ‘Nadi’ ini dihasilkan sempena #pestateaterruncit iaitu satu pertandingan yang memerlukan kita hantar skrip pendek bawah 10 minit, sebelum ia perlu dibikin dan dihantar dalam masa seminggu! Ia tiba-tiba sebab saya tak jangka untuk buat teater dalam masa-masa pandemik sebegini. Malah saya kini lebih menumpukan untuk bikin filem. Tapi ia suatu perubahan perasaan yang menarik, sebab untuk hasilkan teater yang dirakam, cara kita approach dah tentu tak serupa ketika membikin filem.

Idea asalnya saya ingin buat ia di kawasan terbuka di belakang rumah, ada tanah lapang. Tapi memandangkan projek ini memerlukan setup kamera yang komplikated, dan dalam situasi sekarang masih belum sesuai untuk shoot di luar, saya alihkan latarnya ke dalam konteks rumah. Dengan team yang kecil, kita cuba jaga dan bermain dengan jarak. Ada satu momen akhir dalam playlet ini yang ditulis sebagai pelukan, tapi melalui pengarahan kita menggantikan pelukan itu dengan suatu aksi lain tapi dengan kesan yang dirasakan wajar.

Playlet ini berbentuk perbahasan seperti yang pernah ditulis sebelum ini antaranya ‘Erti Mati‘, ‘Pengantin, Freestyle!’ dan ‘Melihat Setan Bekerja’, tetapi kali ini menemukan watak doktor dan pujangga yang membincangkan perihal sains dan seni. Dilakonkan Hannan Barakbah dan Meier Wee.

II

Saya prolifik membikin filem pendek sejak kebelakangan ini, dan dalam usaha membikin Nadi sebagai teater virtual, saya cuba sedaya upaya untuk tak buat ia seperti filem pendek, meski ia berbentuk rakaman.

Seperkara yang saya sedari membezakan teater dengan filem ialah: filem medium untuk pengarah, manakala teater medium untuk pelakon. Jadi dalam kes Nadi ini, saya mengelak dari menggunakan satu kamera dan sebaliknya buat multi-camera setup (tiga kamera). Bila ia cuma satu kamera, saya sebagai pengarah akan cenderung mahukan sesuatu yang lebih terperinci, akan ada direction lebih terhadap aktor di dalam bingkai yang dirakam (seperti angle wajah misalnya). Sebaliknya di sini, saya mahu aktor lebih banyak ruang untuk bermain, tiada arahan spesifik kecuali posisi di mana mereka perlu berada, di mana piring kek patut diletak, di mana patut jatuh, bila patut pandang kamera, tapi selebihnya aktor bebas untuk bergerak dan melontarkan dialog.

Kita maklum dengan teater virtual bahawa audiens akan terpisah dan hanya akan tonton versi skrin. Jadi untuk aktor turut sama terpisah (dan bertemu secara online) akan menjarakkan lagi idea pertemuan fizikal itu. Ia mungkin berkesan jika ceritanya memerlukan ia sebegitu tapi dalam kes Nadi, saya rasa ia penting untuk kedua watak doktor (lakonan Hannan Barakbah) dan pujangga (lakonan Meier Wee) ini berkongsi ruang yang sama, untuk bertindakbalas secara berdepan. Ada suatu energi atau feeling lain bagi seorang aktor untuk bertindak dengan rakan aktor mereka secara fizikal, ia tak boleh diganti dengan pertemuan online. Lebih-lebih lagi skrip naskah ini berbentuk konfrontasi, lebih intens untuk dua watak ini di dalam satu ruang sama, berbanding untuk mereka sekadar bergaduh di alam maya umpama keyboard warrior. Ada unsur bahaya untuk bertingkah lidah secara berdepan, berbanding konfrontasi secara online (yang meletakkan mereka di ruang selamat masing-masing).

Selain itu, POV tiga kamera ini juga seakan replicate pengalaman menonton teater Hamlet Fansuri saya dulu di mana audiens boleh berada rapat, dan berkongsi ruang pentas dengan aktor. Tiada garis pemisah antara ruang lakon dan ruang duduk audiens (audiens malah ada waktu kena berdiri). Jadi tiga POV kamera ini umpama letak duduk audiens di tiga posisi berbeza. Kita dapat rasa perspektif audiens yang duduk/berdiri di posisi berbeza. Malah bila difikirkan, ini yang bikin teater istimewa, betapa di mana audiens duduk, sebenarnya akan memberi impak terhadap pengalamannya. Ada audiens suka duduk depan, maka dia dapat lihat ekspresi wajah dengan lebih terperinci, ada audiens suka duduk belakang, maka dia dapat lihat tubuh-tubuh aktor bergerak di dalam set, dan ada audiens yang tak memilih tempat duduk sebaliknya tempat duduk itu yang memilihnya.

Untuk proses rakaman Nadi kita buat tiga take. Yang pertama oleh kerana ia segar, perasaan teaternya secara langsung memang ada feel, cuma dari segi teknikal ia masih kasar. Saya amat clear kat sini, perasaannya sewaktu berada di set boleh jadi intens, tapi intensiti ini belum tentu sampai apabila ia dirakam. Dan dalam hal ini, rakaman pusingan pertama ini tak berjaya transmit perasaan teater itu ke dalam bentuk video.

Pusingan kedua seperti biasa, apabila kita ada dua contoh, kita sudah berupaya membanding. Kami sepakat yang ia tak sebaik pusingan pertama, dan kurang feel, meski dari segi rakaman ia semakin lancar.

Rakaman pusingan ketiga menemukan kelancaran teknikal, dan feel lakonan secara langsung yang agak seimbang. Rakaman video berjaya transmit perasaan hibrid antara live dan tak live. Untuk projek yang ambil masa lebih kurang seminggu untuk dibikin, ia memuaskan pada saya untuk skala ini. Sesetengah orang mungkin tak boleh function untuk tulis dan direct play baru dalam masa kurang dua minggu, tapi pada saya kita kena kenal skop waktu yang diberikan, dan berusaha dan berdoa agar ia tak jadi disaster.

Ridhwan Saidi

p/s: Nadi mendapat tempat kedua Pesta Teater Runcit, syukur!

p/p/s: Tulisan ini ditulis di Buymeacoffee pada 13 dan 24 Ogos 2021 sebelum berpindah ke sini.

Bin Filemhttp://www.blogger.com/profile/01070099078525468889noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5940443957884529067.post-74604842889546983282022-10-29T11:31:00.011+08:002022-10-29T12:28:54.488+08:00Tentang ‘Menjadi Laila dan Sairah’ dan hal-hal yang sewaktu dengannya
Projek ini bermula apabila kami sepakat untuk bertemu setiap pagi Ahad, di Klang, selama 4 minggu berturut-turut. Biasanya bila saya mulakan satu-satu projek, ia sukar untuk saya jejak kembali bagaimana ia bermula. Tahu-tahu ia dah nak siap. Archana, Paik Yin dan Aizam tentu lebih ingat bagaimana ia bermula.

Seingat saya, projek ini bermula dengan niat untuk bikin filem pendek tapi dengan proses teater. Biasanya bila saya bikin filem pendek kita shoot ‘run and gun’ dalam sehari, manakala untuk teater pula kita rehearsal dalam 2-3 bulan. Saya ingin filem pendek saya tak dibikin terlalu cepat, ada proses latihan (tapi tak selama dan seintens teater), dan lalu MENJADI LAILA DAN SAIRAH terbentuk. Kita bertemu, saya tulis skrip, kita berlatih dan bersembang, makan, suntingan memecahkan kembali apa yang dirakam, rekaan bunyi dibikin, sesuatu terjadi.

Ketika menaip tulisan ini, filem ini sedang dimasukkan sari kata Inggeris. Selain itu, kita turut akan adakan tayangan internal preview untuk merasai perasaan filem berdurasi 25 minit ini bila ia dipancarkan melalui projektor. Ia sentiasa pengalaman yang syok untuk saya sebab, sejujurnya ia tak sama menonton di skrin (sepanjang proses menyunting ini), tambahan bila ia dipancarkan secara lebih besar, lebih-lebih lagi bila ada teman-teman yang tak terlibat dengan projek ini tonton sekali, orang luar dan asing dengan mata yang segar. Ia buat kita pembikin rasa berdebar sebab sedang mempersembahkan kerja kita kepada orang, ibarat menjamu tetamu selepas memasak sesuatu di dapur.

PASCA PREVIU ‘MENJADI LAILA DAN SAIRAH’

Sebelum TIADA CINTA SELAMA MUDA (84 min, 2020) saya tak pernah tunjuk atau buat internal preview filem-filem pendek saya kepada orang lain. Bila saya rasa ia sudah siap, saya tahu ia sudah siap. Tetapi selepas pengalaman TCSM yang mana memerlukan saya sunting dan tunjuk progress video ke para performer setiap kali kita bertemu, saya mendapati ada manfaatnya untuk dengar pandangan orang lain yakni mata ketiga. Kita cuma ada dua mata, dan kadang-kala ada hal yang kita terlepas pandang. Maka filem-filem pendek selepas itu seperti TENTANG CINTA (11 min, 2021), CAHAYA PUSARA (13 min, 2021) dan PENYIASAT MALAM (7 min, 2021) semuanya ada dilakukan tayangan previu demi sesuap maklum balas.

Dalam kes filem MENJADI LAILA DAN SAIRAH (25 min, 2021) antara hal yang menarik dikenalpasti merujuk kepada satu adegan di mana beberapa penonton mendapati dua imej yang berbalas ini buat seolah mereka saling memandang di antara satu sama lain, persis montaj (efek Kuleshov), yang mana sewaktu saya sunting saya tak perasan atau terbayangkan hal ini. Secara tak langsung ia bikin filem ini lebih mendekati perasaan yang saya inginkan, meski saya tidak terlalu mengawal filem ini.

Kawalan biasanya disinonimkan dengan peranan director tetapi dalam projek ini saya cuba mengawal dengan tanpa mengawal. Maksud saya, saya tak akan order ‘buat macam ni, atau buat macam tu’ secara spesifik sangat, sebaliknya saya lebih ingin memerhati (observe) dan merakam. Oleh kerana kita shoot outdoor, dan alam (nature) di luar kawalan saya, misalnya saya tak boleh kawal cahaya matahari, atau angin, atau bunyi bising, maka apa yang perlu saya buat adalah untuk embrace hal-hal ni, dan seterusnya embrace kesemulajadian gerakan tubuh dan percakapan performer/karakter.

Satu kata kunci dari salah seorang penonton menyatakan bahawa filem ini rasa ‘personal’ dan di sini, kenyataan itu menarik kerana ia bukan personal semata-mata merujuk kepada seorang individu (kebiasaannya penulis/pengarah), tetapi ia ‘collectively personal’ di mana sudah tentu Paik Yin dan Archana ada memberikan sebahagian diri mereka ke dalam filem ini, selain melalui skrip, saya turut ada kongsikan pengalaman diri saya untuk dilafazkan. Pengalaman-pengalaman peribadi ini bertemu, bertembung dan berkecamuk agar suatu perasaan spesifik dituju—suatu perasaan yang bermula dengan huruf ‘R’.

Menariknya bagaimana filem ini diberi identiti/posisi/label, sama ada dokumentari, fiksyen, eksperimental etsetera, ia akan beri satu cara fikir kepada audiens bagaimana untuk menanggapinya. Dalam konteks previu itu hari, saya yakin majoriti penonton menganggap filem ini sebagai fiksyen, barangkali sebab saya lebih prolifik menghasilkan filpen berbanding dokumentari. Malah saya sendiri merasakan filem ini fiksyen, sehinggalah sewaktu tayangan yang mana saya tiba-tiba merasakan ia juga sebentuk dokumentari.

TRAILER ‘MENJADI LAILA DAN SAIRAH’

Tak seperti teater di mana selepas penat berlatih dan melakukan rehearsal, malam pertunjukan menjadi medan untuk segala usaha kita dipentaskan. Ini berbeza dengan filem di mana setelah ia siap dirakam dan disunting, hasilnya terbeku, dan sama ada ia ditonton sekarang, bulan depan atau 10 tahun akan datang, ia tetap hasil yang sama. Yang berubah cuma mereka yang menonton, serta bagaimana ia ditanggapi.

Filem yang sama boleh beri perasaan yang berbeza kepada orang yang sama, bukan sebab filem tu yang berubah, tapi cara orang tu melihat dan mendengar yang berubah. Maka dengan terhasilnya filem ini, saya tiada urgency untuk ia ditayangkan. Jika ia dirasakan sesuai dan keadaan dirasakan selamat, maka kita buat tayangannya. Jika tidak ia boleh ditayangkan di satu waktu yang lain.

Sebagai orang yang terlibat dan membikin, lagi lama kita dipisahkan oleh waktu, lagi jauh kita akan rasa ada jarak dengan filem ni. Dengan itu tanggapan kita tak terlalu dekat, yang saya fikir molek andai kita nak reflect balik dengan apa yang kita dah buat. Untuk melihat dari luar dan tak berada di dalam. Tapi dalam masa sama juga, filem yang lama dibuat umpama album gambar (cuma ia bergerak dan berbentuk video), dan berpotensi untuk mendekatkan kita dengan pengalaman di waktu yang lalu—untuk membayangkan suatu masa lampau.

JOGJA-NETPAC DAN KINOSAURUS

Filem pendek ini telah ditayangkan di Jogja-NETPAC Asian Film Festival di dalam kategori Asian Perspective pada tahun 2021.

Ia kemudian turut ditayangkan Kinosaurus Jakarta dengan sinopsis yang telah dialih ke bahasa Indonesia yang berbunyi:

Dua wanita yang tertarik pada seni akting bertemu selama empat akhir pekan untuk merancang pertunjukan untuk menjadi karakter fiksi. Bersama dengan sutradara dan produser, mereka memulai perjalanan untuk memproduksi film yang digerakkan oleh proses. Dalam prosesnya, kisah-kisah pribadi hidup berdampingan dengan teks tertulis, yang membahas isu-isu yang berkaitan dengan identitas, dan kenangan yang mengarah pada perasaan nostalgia dan kerinduan.

Ridhwan Saidi

p/s: Sebahagian tulisan ini pertama kali muncul di Buymeacoffee, lalu dipindah ke sini.

Bin Filemhttp://www.blogger.com/profile/01070099078525468889noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5940443957884529067.post-73043380171113497592021-03-16T13:58:00.001+08:002021-03-16T14:09:35.582+08:00Mukadimah Sinema: P. Ramlee, Hussain Haniff dan M. Amin
Untuk bercakap terus ke arah kamera, ia suatu perasaan janggal. Ia malah lebih janggal berbanding untuk berlakon di depan kamera, atau ditemubual oleh seseorang di depan kamera. Pokoknya yang buat saya rasa kekok adalah, kerana kita sorang-sorang bercakap ke arah kamera. Tak dinafikan saya ada kenalan vlogger yang tanpa segan bercakap kepada kamera fonnya seolah ada orang di dalamnya, dan ia diyakini sebab saya tahu dia ada ramai followers yang bakal mendengar apa yang sedang dipercakapkan. Mungkin sebab ia dirakam, satu lagi faktor, maksud saya ia bukan live. Bila kita buat video live dan bercakap ke arah kamera, di mana ada audiens yang mendengar, ia sama macam kalau kita berinteraksi dengan orang lain secara langsung. Kejanggalan yang saya maksudkan di sini, adalah untuk cakap ke kamera tapi kita tak tahu dengan siapa kita bercakap. Pendek kata kita bercakap sorang-sorang dan kecenderungan untuk membebel atau merapu itu tinggi.

Maka pada suatu hari di kala pandemik, oleh kerana terlalu lama terperap di rumah, saya cuba memberanikan diri untuk merakam diri saya bercakap berkenaan tiga pembikin filem Melayu era studio iaitu P. Ramlee, Hussain Haniff dan M. Amin. Oleh kerana saya tidak tahu dengan siapa saya bercakap, maka saya assume saya bikin video ini untuk buka jendela buat mereka di luar sana untuk teroka filem-filem yang mungkin buat mereka curiga. Saya sendiri tertarik untuk buat video ini kerana ia membolehkan kita mengumpulkan body of work pengarah-pengarah prolifik ini dalam satu medium. Disebabkan ia video, saya boleh skip filem yang belum saya tonton. Bayangkan kalau ia berbentuk tulisan, dah tentu ia tak senonoh kalau saya himpunkan body of work seorang pengarah tapi tak complete sebab saya tak tengok. Entah kenapa kalau bila kita tulis sesuatu yang non-fiksyen, ia ada nuansa ilmiah (tak semestinya akademik) yang bawa maksud penulis tu kena ada tanggungjawab lebih untuk buat research dulu sebelum tulis. Tapi ini berbeza dengan video youtube, di mana ia lebih santai, dan kita cuma cakap apa yang kita tahu. Bila kita tak tahu kita cakap kita tak tahu.

Tiga pengarah ini dipilih pun secara spontan, sebab awalnya saya mula dengan P. Ramlee, tapi saya tak mahu stuck dengan P. Ramlee sebab ia terlalu popular. Saya ingin beri cahaya juga kepada pengarah lain yang sama hebat dan berbakat (dengan cara mereka tersendiri) tetapi underrated dan kurang dikenali umum iaitu Hussain Haniff dan M. Amin. Malah andai kita cakap P. Ramlee popular pun, sebenarnya selain sosok P. Ramlee itu yang amat popular, filem-filem popular beliau juga tak mewakili kesemua perjalanan seni filem-filem bikinan beliau. Saya sedari ada orang tak suka P. Ramlee sebab filem-filemnya kerap diulang tayang dan dimainkan di tivi. Di sini perlu kita jelas dan berhati-hati di mana filem-filem yang kerap diulang tayang ini bukan tindakan arwah P. Ramlee tapi tindakan stesen tivi yang selesa bermain di zon selamat. Kenapa perlu kita membenci sosok yang telah tiada oleh sebab tindakan mereka yang masih hidup? Stesen tivi yang bertanggungjawab dan ada daya mendidik, pasti akan mendedahkan penontonnya dengan kesemua khazanah negara yang kita ada (terutama filem-filem bikinan P. Ramlee sewaktu di Studio Merdeka).

Seperkara tentang filem-filem popular bikinan P. Ramlee ialah, kita cenderung untuk bernostalgia dengan filem-filem yang telah kita tonton terutama sewaktu kita kecil. Ini malah apa yang saya buat dalam video P. Ramlee, tapi satu aspek penontonan yang saya kira penting adalah, ya selain bernostalgia, kita juga perlu ada kebolehan untuk buka diri kita terhadap benda baru. Dan benda baru di sini tak hanya benda baru yang segar keluar setiap hari, teknologi terkini, fesyen terkini, berita terkini etsetera, tetapi juga hal-hal lama yang belum kita alami. Sebab secara teknikal, benda lama yang baru kita nikmati, merupakan pengalaman baru untuk kita.

Dalam kes ni filem, tapi ia juga boleh jadi muzik, puisi dan hal-hal lain. Ia malah normal dalam proses pembacaan. Bila kita baca buku, sebenarnya kita baca aja semua buku baik ia baru keluar di pasaran mahupun buku-buku lama yang tersimpan di perpustakaan. Saya sentiasa seimbangkan bacaan saya untuk sedar apa yang kontemporari dan apa yang sudah terlipat dalam sejarah. Sama macam filem, bila saya rekomen filem-filem lama ni, bukan sebab saya ni peminat filem lama semata-mata. Saya sentiasa follow update terkini filem-filem semasa dalam dan luar negara. Cuma sebagai pembikin filem, saya rasa penting untuk teroka apa yang pembikin terdahulu dari rantau ini telah buat. Ia sama macam waktu saya menulis. Sebagai penulis dah tentu kita nak baca bagaimana bahasa Melayu evolve dan digunakan oleh penulis-penulis terdahulu seperti Hamzah Fansuri, Ahmad Kotot, penulis Hikayat Hang Tuah dan sihir catitan William Skeat misalnya.

Ridhwan Saidi

p/s: Ketika pandemik jarang-jarang sekali saya keluar dan andai saya keluar bertemu orang, saya ada kecenderungan untuk lepak lama dan bercakap panjang (malah sampai ke subuh). Tetapi selepas saya bikin video-video bercakap ke kamera ini, bila saya bertemu sekumpulan kawan di luar, saya entah kenapa jadi pendiam dan pendengar (kini kawan-kawan itu pula yang banyak cakap kerana perasaan itu sudah ditahan terlalu lama sewaktu terkurung di rumah). Kuota bercakap saya telah habis digunakan dalam video ini dan sebab itu ia terhenti seketika, sebab saya sepatutnya orang yang tak banyak cakap.

Bin Filemhttp://www.blogger.com/profile/01070099078525468889noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5940443957884529067.post-86107660722162215012020-12-24T00:52:00.007+08:002020-12-24T11:22:19.361+08:002020, Ridhwan Saidi

6 & 12 Januari 2020 – Proses rakaman filpen Kognisi arahan Amirul Rahman, untuk Pesta Filem Kita. Bertindak selaku director of photography dan film editor.

21 Januari 2020 – Hasrat untuk hasilkan zine perihal teater dan seni persembahan berjudul Reaktor; hiatus.

1 Februari 2020 – Buku Gambar Melayu Era Studio terbitan Pusat Kajian & Apresiasi Filem dilancarkan U-Wei Haji Saari sewaktu di Temasya Wayang Budiman. Moka Mocha Ink bertindak selaku penyelaras (tataletak dan rekabentuk).

16 Februari 2020 – Pertemuan pertama bagi membincangkan hasrat dan keinginan untuk bikin filem feature length Tiada Cinta Selama Muda.

12-15 Mac 2020 – Teater Normcore: Masam Manis dipentaskan di KongsiKL, dengan penjarakan fizikal semakin ketara diamalkan oleh audiens, dari hari ke hari. Lakonan Sadiq M. Jamil, Mia Sabrina Mahadir dan Lew Shu Ni. Info lanjut di sini.

14 Mac 2020 – Membaca My Life in Art oleh Constantin Stanislavski.

17 Mac 2020 – Nenek yang menghantar dan ambil saya sewaktu di tadika dan darjah satu ketika di Sentul meninggal dunia; Hospital Selayang – Saujana Utama. Al-fatihah.

18 Mac 2020 – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula. Cuma boleh keluar seorang diri beli barang keperluan dalam radius 10km dari rumah. Ke klinik kesihatan sebab gigi bongsu buat hal. Tak boleh tidur. Tapi terpaksa pandu keluar juga ke Meru. Beberapa hari selepas itu Jalan Paip ditutup sebab ia merentas sempadan berbeza selain kes di Klang lebih memuncak.

24 Mac - 9 April 2020 – Siri Drama Radio episod 1 hingga 13. Menemukan suara-suara di alam virtual bagi menggantikan kerinduan fizikal. Dengarkan di sini.

13-16 April 2020 – Radio Ridhwan 1 hingga 3 iaitu mixtape muzik-muzik yang disatukan untuk beri satu pengalaman yang koheren. Dengarkan di sini.

16 April 2020 – Filpen Seram untuk #kumanpictureschallenge.

4 Mei 2020 – Temubual Arts Beyond Distance dikendali Tan E-Jan, sebuah siri program yang digerakkan INXO.

8-22 Mei 2020 – Buka Arkib rakaman teater-teater full length Teater Normcore iaitu Stereo Genmai (2018), Hamlet Fansuri (2019) dan Masam Manis (2020) bagi menghiburkan jiwa-jiwa yang terkurung di rumah.

13 Mei - 12 Jun 2020 – Lima siri Sesi Fikirasa yang membincangkan perihal teater, video dan filpen. Tonton dan dengarkan di sini.

10 Jun – Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula. Kembali boleh keluar dan maka kerinduan diluahkan dalam bentuk pertemuan-pertemuan kecil di kawasan terbuka dan peribadi. Rakaman filem dibenarkan menurut prosedur yang ditetapkan. Tidak boleh melintas negeri.

27 Jun - 10 Ogos 2020 – Proses rakaman filem Tiada Cinta Selama Muda di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Maklumat lanjut boleh dibaca di sini.

2 September - 2 Oktober 2020 – Tiga episod Teater Atas Meja: Teater Modular iaitu ‘Berat Dosa Siapa Yang Tahu?’ diaksikan oleh Theyvapaalan S Jayaratnam dan Aiman Aiman, ‘Kurator Dapur’ diaksikan Nyna Roslan dan Rashid Akhmal, serta ‘Erti Mati’ diaksikan Sandee Chew dan Syaza Ramli. Tulisan dan arahan Ridhwan Saidi. Dengan sokongan CENDANA Malaysia. Boleh ditonton di sini.

26 September 2020 – Proses rakaman adegan rockers bagi dokumentari ‘Nasir Jani Melawan Lembaga Puaka’ arahan Arian Md Zahari, dengan sokongan Freedom Film Fest. Bertindak sebagai art director, melibatkan Roshafiq Roslee, Sadiq M. Jamil, Ani Aziz, Hannan Barakbah, Md. Fariq Khir, Hazel Khairuddin dan Shamnirul.

3 Oktober 2020 – Buku States of Crisis: Collection from Asian Playwrights Meeting 2019‘ terbitan Kalabuku yang mengandungi play berjudul ‘Necrotropia’ iaitu terjemahan Inggeris (oleh Alfian Sa’at) play Mautopia yang telah diadaptasi dari novel dengan judul serupa.

14 Oktober – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor dan Kuala Lumpur bermula. Tidak boleh melintas antara daerah.

18 Oktober 2020 – Proses rakaman filpen ‘Tentang Cinta’ lakonan Hannan Barakbah dan Roshafiq Roslee, director of photography Amirul Rahman.

26 Oktober 2020 – Proses rakaman filpen ‘Cahaya Pusara’ lakonan Lew Shu Ni, Sadiq M. Jamil dan Hazel Khairuddin, director of photography Mark Lee Soon Aun.

1 November 2020 – Moka Mocha Ink bertindak menyelaras acara Sambutan Hari Warisan Audiovisual Sedunia oleh World Heritage Moving Image Centre.

28 November 2020 – Aktiviti sehari Sesi Fikirasa: Tiada Cinta Selama Muda yang melibatkan perbualan, forum dan persembahan video Deconstructing: Tiada Cinta Selama Muda (tonton di sini), disokong oleh CENDANA Malaysia, di bawah program Capacity Building.

30 November 2020 – Tayangan perdana dunia filem Tiada Cinta Selama Muda di Singapore International Film Festival (SGIFF) dengan rating NC16, diikuti sesi Q&A secara online (boleh ditonton di sini).

2-18 Disember 2020 – Proses rakaman filpen ‘Penyiasat Malam’ selari dengan sesi uji kamera, lakonan dan director of photography Ridhwan Saidi.

Hujung Disember – Membincangkan filpen ‘Rindu Elektro’ lakonan Ani Aziz dan Mia Sabrina Mahadir.

Ridhwan Saidi
Bin Filemhttp://www.blogger.com/profile/01070099078525468889noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5940443957884529067.post-52360577944166775592020-05-20T12:32:00.001+08:002022-11-02T12:11:50.856+08:00Video Teater Yang Ditonton Sepanjang PKPAntaranya:

—Uncanny Valley (2018) by Rimini Protokoll and Thomas Melle, dir. Stefan Kaegi

—Situation With Outstretch Arm (2016) dir. Oliver Zahn

—Hamlet (2020) dir. Christopher Ruping

—Palermo Palermo (1989) dir. Pina Baush

—Rosnah (2016) by The Necessary Stage

—Trommeln in der Nacht (2017) (Drums in the Night, based on the text by Bertolt Brecht) dir. Christopher Ruping

—Romeo and Juliet (2009) by Shakespeare’s Globe

—Super Premium Soft Double Vanilla Rich (2014) dir. Toshiki Okada

—Anatomie eines Suizids (2019) (Anatomy of a Suicide, by Alice Birch) dir. Katie Mitchell

—As The Flames Rose We Danced To The Sirens, The Sirens (2015) by Sleepwalk Collective

—Supervision (2019) by WILD RICE

—King Lear (2020) Stratford Festival, dir. Antoni Cimolino (Colm Feore as Lear)

—You’re Not Alone (2015) by Kim Noble

—Non Coloring Lanscapes (2018) by La Re-Sentida

—Pichet Klunchun and myself (Brussels, 2011) concept Jérôme Bel

Ridhwan SaidiBin Filemhttp://www.blogger.com/profile/01070099078525468889noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5940443957884529067.post-78391037821821887642020-04-14T22:57:00.000+08:002020-04-15T01:14:50.431+08:00Tentang Merakam Teater

“Rakaman teater tidak akan dapat merakam sensasi menonton teater secara langsung.” – Fasyali Fadzly

Esei ini respon saya terhadap tulisan Fasyali, ‘Gelarlah saya seorang purist, saya tak kisah.’ Ada beberapa hal yang disentuh dalam tulisan ini tetapi yang ingin saya respon cuma bahagian dokumentasi dan rakaman teater, di mana Fasyali ‘tidak percaya kepada teater yang ditonton di skrin’ dan ‘menghilangkan ciri unik teater.’ Ini sudah umum ketahui sejak dulu lagi, melalui beberapa coretan dan kenyataan beliau. Usaha saya untuk balas kenyataan ini sentiasa terbantut dengan kerja-kerja lain, tetapi kali ini oleh kerana kenyataan ini segar dan bertulis, dan saya juga kebetulan tiada buat apa-apa di rumah, ia beri saya peluang untuk huraikan situasi teater rakaman tadi.

Saya sentiasa bersetuju dengan poin betapa teater yang diaksikan secara langsung di dalam dunia fizikal lebih teater (sensasinya langsung, hidup dan depan dua biji mata), berbanding apabila ia dirakam. Memetik tulisan tersebut:

“Teater adalah tentang kebersamaan di ruang dan masa yang sama. Aksi, penonton, ruang dan masa perlu wujud dalam satu dimensi yang sama untuk teater berlaku.”

Saya juga sependapat dengan hal ini:

“Selain itu, terdapat beberapa rakaman teater yang saya tonton yang jarang sekali saya dapat tonton sehingga habis. Untuk naskhah teater yang diadaptasi menjadi karya filem atau TV, saya masih boleh tonton kerana bentuknya yang sudah beradaptasi ke format skrin.”

Cuma di sini dari pengalaman menonton saya, terdapat kecairan* bentuk rakaman di antara teater yang kita kenal dengan filem yang kita kenal. Teater yang dirakam sebagai dokumentasi memang tiada appeal dan gaya untuk ditonton dan dinikmati dalam skrin. Ia biasanya kamera video yang dipacak di belakang audiens. Dokumentasi sebegini saya fikir sesuai ditonton apabila ia berusia 20 tahun ke atas apabila ia sudah jadi bahan sejarah. Bahan dokumentasi sebagai jendela terhadap masa lalu. Kita bukan tonton bahan dokumentasi ini untuk rasa dan alami teater sebaliknya kita tonton bahan dokumentasi ini untuk perhati dan belajar dari masa lalu. Sudah tentu sebagai pembikin teater kita kadang-kadang tak sedar bahawa kita sedang ulang hal yang sudah dilakukan oleh generasi terdahulu, tetapi dengan adanya bahan dokumentasi, tidak kira video, tulisan atau foto, sekurang-kurangnya kita boleh tangkap apa yang menjadi dan apa yang sudah dibuat tapi belum menjadi dari masa lalu, dalam menuju ke depan dengan kerja-kerja teater baru.

*Kecairan bentuk yang saya sebut dalam erti kata ia ada gradien sebelum suatu teater itu beradaptasi penuh menjadi filem konvensional. Ini akan saya gambarkan sebagai diagram sebentar lagi, tetapi sebelum itu saya akan petik beberapa contoh filem dan teater.

Semalam saya tonton filem AMADEUS (1984) arahan Milos Forman, ia merupakan adaptasi dari naskhah teater Peter Shaffer. Ini contoh filem yang sudah menjadi filem konvensional. Filem sebagai filem. Ia mengisahkan tentang hubungan dua komposer, yang seorang komposer diraja Antoni Salieri manakala seorang lagi komposer free-spirit Wolfgang Amadeus Mozart. Salieri di posisi kuasa nan Machiavellian ini iri dan cemburu bak Iago, memanipulasi kenaifan si genius Mozart hingga ke takah madness.

Salieri dalam AMADEUS (1984)

Marquis dalam MARAT/SADE (1967)

Selepas tonton filem ini ia entah kenapa mengingatkan saya kepada filem MARAT/SADE (1967) arahan Peter Brook dari naskhah teater Peter Weiss. Renungan gelap F. Murray Abraham selaku Salieri mengingatkan saya kepada renungan cerah Patrick Magee selaku Marquis de Sade. Filem ini tak seperti filem pertama, di mana ia merupakan teater yang dirakam dengan gaya dan teknik filem. Jika dalam AMADEUS segalanya dibikin semula, dengan aktor berbeza dari yang versi pentas (seperti adaptasi konvensional), untuk MARAT/SADE pula ia merupakan satu sesi istimewa yang dirakam oleh aktor-aktor pentas yang sama (dengan sedikit rakaman sewaktu hari pementasan juga). MARAT/SADE menjadi begitu kerana Peter Brook mengarah kedua-dua versi pentas dan filem, manakala bagi AMADEUS pula Milos Forman cuma arah filem tetapi versi pentasnya diarahkan Peter Hall beberapa tahun sebelum itu.

Selain dua filem tersebut, saya juga ingin sentuh sebuah drama-televisyen berjudul AFTER THE REHEARSAL (1984) arahan Ingmar Bergman. Lokasinya cuma di atas pentas, di mana seorang pengarah stay back untuk siapkan skrip, dan lalu seorang aktor kembali kerana tertinggal seutas rantai. Di dalam pertemuan ini drama berlaku. Kita sedia maklum bahawa sinema ada beberapa kelahiran dan bentuk, kerana sifatnya yang sinkretik, ada yang menjauhi teater dan ada yang mendekati teater. Ingmar Bergman antara pengarah yang sentiasa dekat dengan teater, dan kerana itu rata-rata filem-filemnya berupa chamber drama, iaitu filem yang cuma berlaku di satu lokasi, termasuk AFTER THE REHEARSAL ini.

Meski nama Ingmar Bergman lebih popular dengan dunia sinema, tetapi beliau amat prolifik dengan teater. Dikhabarkan setiap tahun di Sweden, rutinnya adalah untuk bikin filem di musim panas dan bikin teater di musim sejuk.

“When it comes to the theatre, it's been much worse. I'm far more attached to the theatre than to film. I'd absolutely love to continue with the theatre. But I know that I'm not going to.” – Ingmar Bergman, via ingmarbergman.se

Untuk kata filem Ingmar Bergman tidak sinematik atas faktor ia terlalu teatrikal tidak berasas kerana alami sifat sinema itu sendiri seperti yang sudah saya sebutkan di atas: sinkretik, iaitu gabungan beberapa elemen seni yang lain. Malah bukan saja sinema itu sinkretik, teater juga seni yang sinkretik dalam erti kata ia sentiasa menerapkan aspek-aspek seni lain tanpa sedar. Tugas purist dalam kedua medium ini adalah untuk cari dan kenalpasti apa yang bikin medium yang mereka tekuni itu unik dan istimewa; dalam konteks filem, Sergei Eisenstein mendapati bahawa ia mekanik suntingan (yang beri makna intelek), manakala dalam konteks teater pula Jerzy Grotowski mendapati ia kewujudan aktor (yang disaksikan). Tetapi ini tidak bermakna setelah keunikan ini dikenalpasti, aspek dan elemen seni lain tadi dibuang sepenuhnya. Sebagai contoh aspek fotografi dan senilukis sentiasa ada di dalam medium filem, biarpun skrin cuma warna biru seperti filem BLUE (1993) oleh Derek Jarman. Begitu juga senibina sentiasa ada di dalam medium teater, kerana ia melibatkan ruang fizikal, biarpun ia tak pernah diambil peduli.

Jadi di sini jika boleh saya susun gradien secara kasar dari teater konvensional ke filem konvensional, perubahannya cair dan bertakah, ia bukan binari antara dua konvensi. Malah boleh jadi ia bukan dalam bentuk gradien, tetapi boleh dikelompokkan kepada grup-grup yang berbeza juga. Oleh kerana anda sedang skrol ke bawah jadi saya aturkan ia dari atas ke bawah, bermula dari teater hingga menjadi filem. Bila saya guna konvensional ia bererti bentuk teater atau filem seperti yang kebanyakan kita faham, iaitu teater disaksikan secara langsung manakala filem pancaran bayang pada skrin, dan bukan sifat persembahan itu sebab kalau diikutkan teater MARAT/SADE experimental untuk zamannya.

TEATER KONVENSIONAL

[teater yang disaksikan secara langsung.]

teater AMADEUS (1979) Peter Hall

teater MARAT/SADE (1964) Peter Brook

DOKUMENTASI TEATER

[teater yang dirakam tanpa niat untuk ia ada appeal secara skrin, dirakam dengan satu kamera, lebih berupa dokumen yang barangkali berguna buat masa depan, sebagai bahan sejarah.]

TEATER-VIDEO

[teater yang dirakam dengan niat ia ada appeal secara skrin, boleh dinikmati secara visual, ada lebih dari satu sudut kamera barangkali, seperti close up dan master shot, untuk beri dinamik visual]

TEATER-FILEM

[aksi teater yang digarap dengan bahasa filem, mekanik suntingan dan aspek sinematografi terserlah.]

filem MARAT/SADE (1967) Peter Brook

FILEM-TEATER

[filem dengan latar dan emosi teater yang menggunakan bahasa filem.]

filem AFTER THE REHEARSAL (1984) Ingmar Bergman

FILEM KONVENSIONAL

[filem iaitu komposisi imej yang dirakam kamera.]

filem AMADEUS (1984) Milos Forman

Gradien dan pengrupan ini saya bikin secara semberono untuk esei ini, tetapi poinnya adalah betapa ia bukan terlalu rigid, sebaliknya ia mengalir dari teater ke video ke filem dan filem ke video ke teater secara lembut, halus dan cair. Malah jika saya boleh tambah satu lagi bentuk yang saya sendiri tidak tahu mahu letak di mana, iaitu sesi shooting filem Lav Diaz yang boleh ditonton audiens langsung. Saya terbaca hal ini beberapa tahun lalu di mana Lav Diaz ingin bikin filem, dan kita sedia maklum adegan dalam filem Lav Diaz panjang-panjang belaka. Filem-filemnya yang sudah saya tonton berdurasi 4-5 jam. Jadi dikisahkan sewaktu ingin shoot filem terbarunya, produksinya buka ruang untuk audiens datang (beli tiket seingat saya) untuk lihat Lav Diaz mengarah filem di adegan-adegan tertentu. Kita tahu hasil akhirnya filem tetapi proses yang dibenarkan terjadi itu merupakan suatu teater. Tetapi ia bukan teater konvensional, tetapi shooting filem yang disaksikan prosesnya. Dan ia bukan jenis kita jadi bystander rambang dan lihat shooting berlaku di tempat awam, sebaliknya ia bertiket dan terkawal.

“Saya rasa tiada engagement – tiada hubungan dengan persembahan tersebut. Apa yang saya tonton hanyalah bahan dokumentasi. Mungkin inilah magis seni persembahan – ia bukan setakat berkongsi ruang dan masa dalam dimensi fizikal tetapi kesalingfahaman (mutual understanding) bahawa kita yang berkongsi ruang ini saling berhubung dan berkait. Tindak balas rasa itu berlaku serentak antara si pelaku dan penonton.”

“Kebersamaan fizikal ini lenyap seketika apabila kita semua duduk di rumah. Teater hilang magisnya.”

Saya sependapat dengan Fasyali tentang apa itu teater dan magisnya di alam fizikal yang non-virtual serta semangat berjemaah. Cuma di sini saya tidak fikir kita wajar pertahankan apa itu teater setelah ia ambil bentuk lain. Tak terlintas di fikiran saya bahawa rakaman teater itu ‘teater’. Ini kerana di dalam fikiran saya, dokumentasi teater itu mediumnya ‘video’. Saya tak pernah rasa pengalaman menonton dokumentasi teater dalam bentuk video itu sebagai teater. Teater ada tempatnya dan video ada tempatnya.

Teater dan filem serupa dalam erti kata kedua-duanya menyampaikan cerita, tetapi bukan video. Fungsi video cuma merakam, dan kerana itu video menjadi filem atau sinema apabila ia transcends ke domain cerita sepertimana video-video peribadi rakaman Jonas Mekas dan Stan Brakhage via WINDOW WATER BABY MOVING (1959) misalnya. Filem EXIT THROUGH THE GIFT SHOP (2010) merupakan contoh popular di mana Banksy menggunakan video-video yang dirakam Thierry Guetta secara obsesif mengenai kerja-kerja artis grafiti bermula dengan sepupunya Invader. Video-video ini disusun dan disunting, maka lalu ia menjadi cerita, menjadi filem.

Kekeliruan yang berlaku apabila kita tonton video rakaman teater ialah, kita sangka video itu sedang bercerita walhal tak, tetapi kita sedar bahawa teater yang sedang dirakam itu sedang menyampaikan cerita. Tetapi cerita yang sedang disampaikan teater itu, komunikasinya hanya sampai kepada audiens yang hadir di hari pementasan. Setelah ia dirakam secara video, meski apa yang dirakam itu ada elemen cerita, tetapi tak bermakna cerita itu dikomunikasikan. Sebab itu apabila kita tonton video dokumentasi teater, ia tiada appeal secara visual, kerana visualnya tidak bercerita. Ini berbeza apabila medium video itu semakin peka dalam menyampaikan cerita melalui medium barunya. Apabila ada dua kamera seperti contoh Teater-Video di atas, ia sudah berjinak-jinak dengan bahasa filem meski belum sepenuhnya. Ia sudah ada daya untuk bercerita dengan medium video. Kita boleh lebih layan dokumentasi sebegini berbanding contoh sebelumnya yang berupa rakaman semata. Dan ia akan makin engaging apabila ia semakin fasih menggunakan bahasa filem.

Cerita bukan sekadar ‘apa’ yang diceritakan tetapi juga ‘bagaimana’ ia diceritakan. Jadi dalam konteks Dokumentasi Teater, ia cuma rakam apa yang diceritakan teater, tetapi bukan bagaimana cerita itu disampaikan. Untuk cerita itu disampaikan, ia perlu diadaptasi ke dalam bentuk baru iaitu dengan memahami bahasa filem. Dan apabila ia sudah fasih bahasa filem, cerita yang disampaikan itu bukan lagi teater tetapi filem, kerana ia menggunakan cara komunikasi filem.

Di sini selaku pembikin teater, izinkan saya untuk kongsikan pengalaman saya dalam mendokumentasi setiap pementasan Teater Normcore yang kami Kaos Nol-Moka Mocha Ink bikin. Di dalam pasukan dokumentasi ini ia biasanya terdiri daripada tiga orang iaitu Amirul Rahman selaku jurukamera, saya selaku penyunting dan seorang lagi selaku perakam audio (ada kala saya, ada kala Aizam, dan ada kala orang lain, siapa-siapa yang free).

Bila membincangkan rakaman dokumentasi, saya akan berbincang dengan Amirul Rahman dengan bahasa dan teknik filem, kerana Amirul Rahman memang berasal dari dunia filem, peka visual dan sinematografi, dan terjebak dengan teater secara tak sengaja.

Taktik yang kami guna dua alam dalam erti kata saya tidak pasti jika ia filem atau ia teater, ia cair di tengah (seperti gradien yang saya gambarkan di atas). Ini kerana ketika saya sunting rakaman dokumentasi teater kami, ia adalah video yang dicantum dari hari-hari yang berlainan. Ini kerana kami cuma terhad kepada Amirul Rahman yang merakam seorang diri. Dengan perlunya menukar bateri dan kamera panas untuk direhatkan, futej setiap hari terputus-putus. Persis Frankenstein, video-video ini dicantum dan dijahit ikut futej hari-hari berbeza yang ada. Misal kata ada hari saya terima rakaman master shot statik di atas tripod dengan siluet audiens, ada hari handheld dan dekat ke aktor, ada waktu float dengan tripod ala filem-filem Hou Hsiao-hsien, dan seumpamanya. Futej full dress juga digunakan jika terdesak. Ideanya adalah untuk beri flow yang lancar ketika suntingan, dan mengejutkan ada satu waktu ni, Amirul merasakan hasil output video dokumentasi terasa seperti multiple-camera setup walhal beliau yang merakam sorang-sorang. Tetapi di sini saya tahu bahawa suntingan saya berkesan. Untuk sampaikan satu cerita, dari rakaman teater dengan aksi yang berbeza setiap hari, yang mendekati proses membikin filem itu sendiri. Di posisi penyunting juga saya boleh pilih aksi apa yang paling cocok, misalnya ketika Roshafiq Roslee bermonolog dalam Hamlet Fansuri, saya ada dua tiga futej dengan sudut kamera berbeza, jadi saya perlu buat keputusan atas dasar performance aktor (keberkesanannya secara visual), dan framing kamera yang menyokong adegan tersebut, adakah perasaannya dalam format rakaman ini sampai?

Pendek kata, apabila saya bergelumang dengan bahan dokumentasi teater, saya memang sedar bahawa ia video pada awalnya, dan lalu apabila ia masuk mesin suntingan, saya cuba menyampaikan suatu perasaan yang hanya boleh dinikmati sensasinya secara filem. Berikut merupakan video-video teaser yang saya bikin, yang boleh beri sedikit impresi tentang apa yang baru saya tulis. Apabila sudut kamera bertukar, perlu jelas bahawa hari pementasan turut berubah. Tetapi niat saya bukan untuk ganggu dan bikin intervensi, tetapi menyatukan perasaan dari futej-futej yang sedia terpecah. Ada play di mana kedudukan audiens dan performer berjarak seperti Teater Normcore: Masam Manis, maka videonya tiada kesan jump cut ketara dari segi bilangan dan kedudukan audiens jika dibandingkan dengan Teater Normcore: Hamlet Fansuri, yang mana audiens dan performer berkongsi ruang yang sama. Bagi saya apabila kesan jump cut ini berlaku, ia menyedarkan kita bahawa ia bukan lagi space-time realiti sepertimana kita nikmati pementasan teater. Ia sudah ambil bentuk baru.

Ridhwan Saidi

P/s: Dalam esei ini saya sedang huraikan perihal dokumentasi teater yang dianggap tidak teatrikal (tidak memberi sensasi teater), kerana pada saya ia memang bukan teater pun, tetapi sudah masuk ke daerah medium lain iaitu video dan filem. Tetapi dalam masa sama, oleh kerana kefasihan dan minat saya terhadap filem, teater-teater bikinan saya adakala secara semberono dilabel dan diasosiasikan sebagai sinematik, dan bukan teatrikal. Meski pada saya apabila saya bikin teater, ia teater. Ini hanya akan saya kupas dan pertahankan jika tohmahan ini diberi hujah bertulis, agar dialog terbentuk. Jika secara verbal ia hilang atas angin dan sukar untuk saya respons.

Bin Filemhttp://www.blogger.com/profile/01070099078525468889noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5940443957884529067.post-41382748169963253432020-04-10T01:16:00.004+08:002022-10-30T21:26:46.428+08:00Mempertahankan kedalaman dan kesukaran Seni

Di sini saya terpanggil untuk mempertahankan kedalaman dan kesukaran dalam seni, sesuatu yang dipanggil deep atau payah, atau susah faham dan seumpamanya, anda tahu ia apa. Biasanya pendapat ini akan dipertahankan buat mereka yang paling lemah atau tertindas, dalam konteks ini mereka yang paling normal, atau tak tahu apa-apa fasal seni, atau orang kebiasaan. Ada kala yang mempertahankan mengakui dirinyalah orang yang normal, tak tahu seni dan biasa-biasa itu, dan ada kala si polan ini dapat dan faham apa yang disampaikan karya seni yang deep, sukar dan payah tadi, tapi sebab dia memikirkan golongan yang tiada kefahaman tadi, lalu menyimpulkan bahawa seni perlu boleh difahami semua.

Daripada dua jenis orang ini saya fikir yang kedua lebih teruk, kerana dirinya boleh jadi agen pencerahan kepada mereka yang kurang cerah, dengan menyampaikan dan memberi artikulasi jelas agar seni yang sukar dan deep tadi boleh ditangkap rakyat jelata atau rakan terdekat, tetapi sebaliknya memilih untuk menyamakan dirinya bersama posisi yang paling jahil. Dia diberi kebolehan tetapi mengabaikan kebolehan itu.

Seni seperti ilmu memang alaminya bertangga, atau ia boleh juga jauh ke dalam, di mana kita perlu ada usaha menggali. Jika ia tangga tadi, kita perlu ada usaha untuk mendakinya. Pendek kata, untuk dapat seni ia perlu datang dengan usaha, dan usaha ini serupa sepertimana kita mendapatkan ilmu. Sijil ilmu itu bertangga dari diploma ke PhD, sekolah kita setiap darjah dan tingkatan, semakin meningkat kesukaran dan kepayahannya, ia naik ke atas, tetapi untuk setiap kenaikan ini ilmu itu semakin kita gali ke dalam. Misalnya kita belajar algebra di sekolah menengah, tetapi kita tak boleh terus ke level itu kalau kita tak belajar hal yang paling asas iaitu tambah-tolak-darab-bahagi nombor ketika di sekolah rendah.

Ia nampak ekstrim untuk bandingkan matematik sekolah rendah dengan sekolah menengah tetapi itu ibarat jurangnya. Dan tak sekadar subjek Matematik, ilmu ini sifatnya berangkai di mana apa yang kita fahami melalui matematik, akan dipakai dalam subjek Matematik Tambahan, dan seterusnya di dalam subjek Fizik etc. (andai anda ambil subjek-subjek ini.) Dan jika anda ambil jurusan arsitektur sewaktu diploma, anda ada subjek Structure pula yang secara asasnya merupakan gabungan Matematik Tambahan dan Fizik.

Poligon dan trigonometri (Matematik), indeks dan logaritma (Matematik Tambahan), daya dan tekanan (Fizik) ini semuanya kompleks belaka dan malah saya sendiri sudah lupa apa yang saya pelajari dulu waktu sekolah, tapi itu bukan poinnya, poinnya adalah saya sebagai remaja mendedahkan diri saya kepada ilmu yang sentiasa menguji kebolehan berfikir kita selaku manusia. Begitu juga sikap saya terhadap seni.

Sekarang kita kaitkan hal ini dengan seni. Apa itu seni? Pada saya ia suatu sentuhan yang buat kita rasa. Ia menggerakkan kita. Atau bak kata Franz Kafka, ia mencairkan sesuatu yang keras di dalam diri kita. Dan perasaan ini bertangga dan mendalam seperti ilmu tadi. Jika ilmu melibatkan intelek, seni melibatkan hati, jiwa, detak, kalbu dan sanubari kita. Kita boleh bincangkan dan wacanakan seni, sepertimana kita boleh bincangkan dan wacanakan lawak jenaka. Tetapi untuk rasa seni itu, sepertimana lawak jenaka, kita kena rasa lawak jenaka itu. Kita rasa lucu atau ketawa bila suatu jenaka itu sampai dan buat kita geli hati. Tetapi jika kita bincangkan dan teorikan jenaka tadi, perasaan yang buat kita gelak dan lucu itu tiada. Sama seperti seni, kita rasa secara langsung biar apapun medium seni itu baik lukisan, muzik, filem, senibina, teater dan seumpamanya. Kita rasa suatu perasaan yang mendalam. Kita mulai sedar ada suatu daya yang bergerak-gerak di dalam diri kita, suatu sentuhan ghaib.

Ia sentiasa berjarak dan kita sentiasa cuba mendekatinya. Seni, berani saya kata mendekatkan kita dengan sesuatu yang bersifat kerohanian, atau spiritual atau metafizikal, sakral, ikut apa yang anda mahu panggil, tapi poinnya ia sesuatu yang kita tak mampu kesan dengan pancaindera kita (tolak tepi deria yang bersifat dalaman seperti intuisi). Amat sukar untuk menjelaskan perasaan yang di luar kerangka alam fizikal ini kepada umat yang hanya tertakluk dalam alam fizikal. Sebagai contoh perkataan ‘geli hati’, siapa yang menggelikan hati kita? Mencuit hati.

Dalam matematik yang lebih mengancam (yang tak diajar di sekolah) ada konsep dimensi. Bayang-bayang kita berupa dua dimensi dari tubuh kita yang tiga dimensi. Bagaimana jika tubuh kita merupakan bayang-bayang kepada suatu tenaga empat dimensi, dan seterusnya…? Atau selepas memerhatikan bayang-bayang dua dimensi kita, tidakkah kita tertanya apa yang ada di dalam alam satu dimensi dan alam sifar dimensi? Tidak bermanfaat bukan persoalan ini? Tapi ia bermanfaat buat mereka yang curiga. Suatu ketika dulu manusia hidup tanpa nombor sifar.

Salah satu kesan langsung seni adalah untuk bikin manusia curiga. Curiga dengan hal ehwal sosial, ekonomi, psikologi, di luar dirinya, di dalam dirinya dan seumpamanya. Ia membuatkan mereka yang menekuninya mempertanyakan diri, apa yang baru didepaninya. Tidak dinafikan ada seni yang teruk, tetapi ini kes lain. Dalam hal ini apabila saya sebut seni, yang dimaksudkan memang seni yang betul-betul menggugah dan menggoncang fikirasa.

Dalam The Theater and Its Double tulisan Antonin Artaud, esei pertamanya berjudul The Theatre and the Plague berbunyi,

“The theater like the plague is a crisis which is resolved by death or cure. And the plague is a superior disease because it is a total crisis after which nothing remains except death or an extreme purification. Similarly the theater is a disease because it is the supreme equilibrium which cannot be achieved without destruction. It invites the mind to share a delirium which exalts its energies; and we can see, to conclude, that from the human point of view, the action of theater, like that of plague, is beneficial, for, impelling men to see themselves as they are, it causes the mask to fall, reveals the lie, the slackness, baseness, and hypocrisy of our world; it shakes off the asphyxiating inertia of matter which invades even the clearest testimony of the senses; and in revealing to collectivities of men their dark power, their hidden force, it invites them to take, in the face of destiny, a superior and heroic attitude they would never have assumed without it.”

Dalam esei ini Artaud menyamakan teater dengan wabak. Katanya apabila wabak berlaku, topeng-topeng kita akan tertanggal kerana kita amat terdesak cuma berdepan dengan dua kemungkinan iaitu mati atau menjadi celik dan cerah. Maka dalam situasi ini hal-hal tak terjangka berlaku (dalam konteks ini terutama hal-hal yang gelap) di mana segala hipokrasi dunia gugur, manakala sikap heroik dan keperwiraan muncul secara semulajadi tanpa diduga oleh mereka yang melawan. Meski esei ini lebih menjurus kepada sesuatu yang perverse dan ekstrim (contoh yang diberi merupakan hubungan inses), tapi poinnya adalah untuk melawan norma dan konvensi teater di Barat yang menurut Artaud sudah dikorupkan elemen ‘psikologi’ dan dinaungi ‘teks’. Artaud menuntut agar teater di Barat mencontohi seni persembahan di Timur seperti seni Bali yang ditontonnya di suatu expo di Paris, yang mana ia lebih bersifat metafizikal dan tidak berlandaskan teks.

Imej pegun dari Trance and Dance in Bali, Library of Congress

Apa yang menarik tentang kenyataan ini adalah, ketika kita sekarang yang betul-betul sedang dilanda wabak Covid-19, kita secara jamak mulai sedar kapitalisme, konsumerisme dan ketamakan yang kita rai dan dendangkan sebelum ini ternyata mengarut. Dalam situasi ini kita kembali kepada hal-hal asas, kembali kepada roti dan nasi, tolong-menolong di kalangan mereka yang terdekat dan memerlukan, dan dalam masa sama negara diberi mandat kuasa luar biasa, garis sempadan menjadi semakin nyata, malah setiap negara semakin tertutup bagi menumpukan pada permasalahan dalaman sebaran wabak masing-masing, doktor dan tenaga kerja perubatan perlu beri khidmat setempat. Teater tak lagi diperlukan dalam kadar segera, kerana jika kita seperti Artaud anggap teater sebagai wabak yang menanggalkan topeng-topeng hipokrasi kita, kini kita memang sudah perlahan-lahan sedar dan tanggalkan topeng-topeng itu, sebelum situasi yang lebih buruk dan haru berlaku, segala kerja jahat, kegelapan dan ‘cruelty’ muncul, malam berselimut embun, siang bertudung awan; meski ada yang kekal bertopeng, untuk terus selesa, untuk normalkan situasi. Yang kaya dan pentingkan diri sedang selamatkan diri di rumah agam persis Giovanni Boccaccio barangkali, bersama dua teman dan tujuh gundik bernafsu tapi alim.

“That is why I propose a theater of cruelty.—With this mania we all have for depreciating everything, as soon as I have said ‘cruelty,’ everybody will at once take it to mean ‘blood.’ But ‘theater of cruelty’ means a theater difficult and cruel for myself first of all. And, on the level of performance, it is not the cruelty we can exercise upon each other by hacking at each other's bodies, carving up our personal anatomies, or, like Assyrian emperors, sending parcels of human ears, noses, or neatly detached nostrils through the mail, but the much more terrible and necessary cruelty which things can exercise against us. We are not free. And the sky can still fall on our heads. And the theater has been created to teach us that first of all.” – Antonin Artaud, The Theater and Its Double

Kembali kepada seni yang perlu didaki dan digali ini, ke atas dan ke bawah sekali gus, perasaan yang mendalam memang terletak di daerah yang paling dalam. Kita tak boleh dapat perasaan yang mendalam ini tanpa masuk ke dalam. Ia redundant untuk sebut dalam ini banyak kali tapi itulah maksud perkataan deep. Kedalaman ini punya kesukarannya (jika cetek itu mudah), persis ilmu matematik yang kita belajar sewaktu di sekolah dulu, semakin lama semakin bertingkat kompleksitinya. Perasaan yang besar, hebat dan mendalam memang kompleks. Ia tak boleh dinyatakan secara terus, kerana itu ia memerlukan seni dan puisi.

Puisi contoh yang baik di mana ia ada jarak lingkung yang pelbagai. Kita ada puisi yang pop yang ringkas dan senang faham, yang biasanya menyentuh emosi asas alam emo remaja seperti loneliness, infatuation etc. dan ia selesai dengan satu coret. Ini kita faham, tetapi dalam masa sama kita tidak boleh nafikan kewujudan puisi-puisi yang sudah tertulis dan ambil bentuk yang lebih kompleks seperti pantun misalnya. Mungkin untuk orang sekarang agak renyah untuk cari rima, tapi itulah permainan bentuk puisi ini. Luahan yang dibendung bentuk, itulah puisi tradisional, ideanya bagaimana untuk sampaikan suatu perasaan dengan limitasi yang ada. Sudah tentu pemuisi tulen ada waktu langgar saja limitasi ini demi makna. Tetapi oleh kerana kita kini hidup bersama puisi moden yang tak lagi dibendung bentuk, lalu apa yang tinggal itu perasaannya perlu telus, menjadi dan berhasil. Kita dengar dulu sebelum dibaca. Puisi asalnya dilafaz sebelum dunia percetakan muncul.

Bak kata Artaud, puisi ialah kaos terancang. Ia huru-hara dan dalam masa sama ia ada order. Ia sebentuk sintesis, pertemuan tesis dan antitesis, dan lalu apa yang muncul kita panggil paradoks. Di dalam paradoks ini perasaan yang profound dan mendalam muncul. Seni yang hanya tawarkan tesis tak cukup kompleks. Sepertimana tindakbalas kimia, atau jika boleh kita kata jiwa kita dalam keadaan inertia, kita perlukan suatu daya untuk usik posisi tersebut. Semua ini berlaku dengan seni, tetapi kita tak nampak secara kasat mata. Apa hubungan baris pembayang dengan baris maksud?

Kembali kepada hujah saya dalam mempertahankan kedalaman dan kesukaran seni. Kita sudah tentu lebih mudah faham untuk mempertahankan betapa poligon dan trigonometri, indeks dan logaritma, daya dan tekanan ini semua lebih kompleks berbanding tambah-tolak-darab-bahagi nombor. Kita boleh andaikan bahawa seni yang mudah faham ini umpama tambah-tolak-darab-bahagi nombor, ini kerana paling asas, semua orang boleh buat kira-kira dan congakan asas ini. Tetapi jika seni itu level trigonometri misalnya ia mula jadi susah dan tak ramai faham, meski kita tahu melalui matematik, kita semua perlu ada usaha untuk belajar sampai faham. Ini telah kita alami sewaktu sekolah dulu. Tetapi perumpaan ini tidak tepat sebab seni tak berfungsi macam matematik. Seni yang menjadi, terus di takah advanced, kerana sifatnya kompleks. Seni tambah-tolak-darab-bahagi ini boleh kita umpamakan seperti langkah pengenalan.

Seni perlukan kedalaman kerana yang ada di permukaan ialah klise, dalam erti kata emosi yang digarap sudah menjadi konvensi/kebiasaan hingga ia hilang kesegarannya. Seni tadi boleh di-approach dengan formula. Formula, rumusan atau teori ini berkesan dalam matematik, tetapi dengan seni ia bukan begitu.

Jika kita berbalik kepada poin seni adalah untuk goncang jiwa kita, jika kita sudah terbiasa, ia sudah tiada lagi kesan yang sama. Misalnya sewaktu tayangan filem terawal berjudul Arrival of a Train at La Ciotat oleh Lumière-brothers pada tahun 1895 dulu, ada orang panik dan lari dari tempat duduk sebab sangkakan imej keretapi yang datang ke mereka itu betul-betul datang. Perasaan intens ini tak lagi boleh kita rasai sekarang andai kita lihat video keretapi di dalam skrin komputer kita. Kita sudah sedar bahawa ia cuma imej, tetapi tidak buat orang di awal kemunculan imej bergerak dulu. Orang di zaman itu benar-benar takut. Mereka sedang berdepan dengan teknologi baru. Apa yang baru pada mereka lama pada kita, sepertimana apa yang baru pada kita lama pada mereka yang dari masa depan. Seni seperti sains sentiasa menginginkan pembaharuan.

Seni bukan untuk dijangka. Jika suatu perasaan itu sudah boleh diacu dan dijangka, itu bermakna ia sudah masuk ke dalam domain stereotaip. Sentiasa perlu ada subversion, transgression dan perversion dalam seni, dalam menongkah dan memecahkan acuan seni sezamannya. Jika stereotaip digunakan, ia perlu bawa makna baru, diberi nafas baru.

Seni suatu proses yang berlarutan. Ketika saya tulis esei ini, ada tujuh soalan matematik yang jika terjawab membolehkan penjawabnya menerima sejuta dollar Amerika iaitu P vs. NP Problem, Riemann Hypothesis, Yang–Mills and Mass Gap, Navier–Stokes Equation, Hodge Conjecture, Poincaré Conjecture dan Birch and Swinnerton-Dyer Conjecture. Jika kefahaman kita terhadap matematik paling asas cuma bernaung dalam nombor yang boleh dikira, di luar sana matematik turut bermain dengan imaginary numbers dan complex numbers. Nombor dipetakan seperti diagram yang saya temui di internet seperti berikut:

Jika matematik boleh sekompleks ini, kenapa tidak seni, jiwa dan perasaan?

Satu lagi permasalahan seni untuk kefahaman ramai orang adalah, selain ia akan menjurus terhadap klise, stereotaip, sekadar tesis (tanpa antitesis dalam menemukan sintesis), ia juga cenderung untuk ambil bentuk propaganda atau iklan. Ini kerana propaganda dan iklan tak memerlukan emosi yang kompleks. Yang ia perlukan cuma menjentik sentimen, untuk kita jadi patriotik, untuk kita jadi konsumer. Oleh kerana ia tidak sukar, mendalam, abstrak, payah dan kompleks, hasilnya adalah sesuatu yang senang, yang hanya mengulang makna-makna lama.

Seni yang sukar dan mendalam ini juga kerap diasosiasikan sebagai elitis, seolah lagi ia mudah faham, lagi ia berpihak dengan mereka yang marhaen, jelata, murbawan. Tidak dinafikan memang ada seni yang elitis, ini kerana sejarah seni itu sendiri merupakan amalan golongan aristrokrat. Tetapi kita hari ini yang hidup lebih bebas dengan akses Internet, kita patut bersyukur ia tidak seelitis seperti zaman dulu. Kita orang biasa pun boleh ada akses terhadap seni, malah jika dihalang, kita boleh bertindak dengan bikin seni sendiri. Ini berbeza kalau kita petani atau nelayan di kurun ke 15 dulu, kita tiada akses terhadap seni istana kecuali kalau kita kerabat diraja. Kita ada seni rakyat berbentuk permainan seperti main wau dan gasing (yang sudah wujud di muka bumi ribuan tahun dahulu), jika ia bukan seni yang jenis berubat dan lebih yang anda tahu apa. Jika kita tekuni permainan wau dan gasing ini, selain ia boleh dipertandingkan yang bikin hormon kita dirembes kelenjar adrenal (adrenaline rush) seperti laga ayam atau laga lembu, kedua-dua wau dan gasing ini juga jika kita tolak tepi elemen bertanding tadi, ia juga sebenarnya terapeutik. Kita terpaku lihat wau itu terapung-apung di udara, dan kita tenang melihat gasing berputar di atas tanah.

Selain itu ada seni rakyat yang lahir dari saduran atau parodi kepada budaya istana, dalam erti kata seseorang pernah melihat atau mengintai kehidupan istana, lalu ia dipindahkan menjadi seni rakyat. Sebagai contoh tari puteri mabuk dalam Mek Mulong, yang saya percaya, ajukan dan mimikan ini, dilakukan oleh mereka yang first hand melihat puteri mereka mabuk menari. Ia suatu perasaan yang benar, sepertimana benarnya deskripsi mulut mak inang digocoh dengan tempurung berbulu atas arahan Tun Teja sehingga ‘bengkak mulutnya, darahnya bercucuran’ atas sebab menyampaikan hasrat Tuah. Jika kita tekuni situasi ini, perbuatan Tuah di Pahang ini sebenarnya perbuatan yang sama yang dilakukan Jebat ketika di Melaka. Mak inang yang menjaga Tuah di Pahang sudah terlebih dulu berpesan kepada Tuah:

“Pada bicara bonda jika tuan hendak bermain muda, ini suka bonda katakan: yang bonda pinta pada tuan itu, jangan bermukah dengan gundik raja dan jangan bermukah dengan tunangan orang.”

Nah! Di sini bezanya, elitis yang dimaksudkan ini perihal kuasa, di mana seni itu digunakan oleh pihak tertentu untuk mengasingkan diri mereka, atau membuatkan mereka yang tidak dipunyai oleh dunia seni itu, rasa terasing. Seni yang sukar dan mendalam yang saya pertahankan ini, bukan secara sedar nak menjarakkan dirinya dari masyarakat, sebaliknya ia tuntutan seni itu sendiri untuk transcends ke alam yang lebih halus. Manusia perlu berusaha untuk mendekatkan diri dengan seni, kerana jika seni didekatkan dengan manusia, kesannya sudah dikompromi. Sekali lagi saya guna contoh matematik, di mana segala kesukaran dan kedalaman yang ditekuni dalam matematik, menjadi berguna dalam hal-hal yang kita tak sedar (seperti teknologi yang ada di dalam skrin yang kita tatap sekarang). Seni juga begitu dalam mengawalatur mental dan spiritual well-being kita. Kita jumpa doktor bila tubuh fizikal kita sakit. Seni yang bermakna beri kita katarsis, suatu bentuk kelegaan, penyembuhan, lapang jiwa, dan ini semua berlaku tanpa kita sedar. Ia ketara dalam seni persembahan tradisional kita, begitu juga tragedi Yunani dulu kala. Seni menyembuhkan umatnya mengikut setiap zamannya. Orang kampung berubat dengan permainan Mek Mulong (yang sewaktu saya tulis ini sedang pupus, kerana seni ini datang sekali dengan senibina dan upacaranya; versi pop yang ada sekarang cuma saduran teknikal, sekular sans melupa, berkostum persis Bangsawan walhal yang Wang Tepus lebih santai dan rock n roll) misalnya, tetapi buat mereka yang di bandar, mungkin mereka perlu saksikan seni performans atau teater avant-garde, etc.

Foto Mek Mulong dari laman web Memori Kedah.

Buat yang curiga dengan Mek Mulong boleh rujuk dokumentari ini bagi mendapatkan sedikit impresi kasar: (https://www.youtube.com/embed/lkCEvHkztbw). Ini kerana jika anda google ‘mek mulong’ atau ‘mek mulung’ rata-rata imej yang muncul adalah versi moden, yang mana ia sudah dikostum dan dikomersialkan. Dalam erti kata ia cuma re-enact struktur dan teknik tetapi bukan niat dan makna. Setiap seni wujud dan bertindakbalas dengan konteks dan masyarakat setempat. Apabila ia dialihkan, atau bila anasir lain menyusup, ia akan berubah. Mek Mulong dalam dokumentari ini sudah sedia sinkretik jika diperhatikan. Apabila seni tradisional dipersembahkan di negara asing atau di hadapan pelancong, situasinya seperti kita sedang eksport budaya untuk diperhati. Apabila seni tradisional dibawa ke bandar, elemen komersial menyusup masuk kerana di bandar unsur materialistik lebih dominan untuk menggugat seni persembahan yang asalnya ratusan tahun dahulu spiritual. Tiada bangsal didirikan dan tiada korban dibuat.

Mungkin kita boleh bersimpati iaitu untuk memikirkan seni demi mereka yang paling tiada akses terhadap seni, yang paling tertindas dan terbawah, seni untuk masyarakat setempat misalnya. Seni yang didaktik dan bersifat pedagogi, seni yang mengajar dan utilitarian. Ya, sudah tentu ia boleh saja, dan lagi lokal dan terus aksi seni-seni yang menggerakkan masyarakat sekitar ini, lebih bagus dan romantis. Ia mengingatkan saya kepada tindak penjajah kolonial kita dahulu kala, di mana diri kita yang lebih cerah dan terpelajar menjadi jurucakap, gatekeeper, wakil dan pelaksana bagi sebuah komuniti melalui teknologi dan kepakaran moden yang kita kuasai. Sejauh mana intrusion ini berlaku, dinamik kuasa, hubungan master-slave, dan sejauh mana komuniti itu menjadi agensi yang bakal bergerak sendiri; ada kebaikan dan kegelapannya. Yang tekun dan telus menjalankan tanggungjawab diberi tabik hormat, agar tidak korup dimamah waktu.

Walau bagaimanapun, seni tak patut dihadkan menjadi mudah dan senang faham hanya untuk mereka yang paling normal dan buta seni. Tahap dan jarak lingkung seni perlu pelbagai, ada variasi, diverse. Andai kita sudah celikkan beberapa kerat masyarakat dengan seni yang mudah dan senang faham tadi, apakah langkah seterusnya untuk individu itu teruskan penerokaannya? Takkan sampai bila-bila kita cuma sediakan seni darjah satu? Mereka yang sudah kuasai seni darjah satu mahu melangkah maju ke destinasi seterusnya, nikmat perasaan yang lebih besar, maha dan luas.

Kerana itu seni perlu sedalam dan sekompleks boleh, kerana untuk menghasilkan ia sendiri suatu kesukaran kerana bukan sebarang orang boleh menghasilkannya. Maka buat mereka yang sudah dianugerahkan kebolehan ini, dia perlu mengusahakannya. Jika tidak kita perlu tunggu kelahiran-kelahiran seterusnya bagi mencapai kedekatan terhadap suatu perasaan seni yang menggenggam ini. Dan bila kita sudah ada karya yang kompleks, ideanya adalah, masyarakat turut sama menjadi dinamik, cerah dan berfikir jauh dan dalam sebelum buat sebarang kesimpulan.

Jika dalam bahasa Inggeris ada drama-drama Shakespeare seperti King Lear dan Hamlet sebagai puncaknya, sebagai pengguna bahasa Melayu kita ada Hikayat Hang Tuah. Hikayat Hang Tuah rumit dan sekompleks tulisan Shakespeare dengan pelbagai pantulan cerita dan motif. Jika kesihatan mental Hamlet selari dengan situasi sosial Denmark, psyche Hang Tuah adalah situasi sosial Melaka. Malah saya syak, hikayat yang dirumikan Kassim Ahmad yang saya baca ini telah disentuh dan ditulis oleh beberapa cara fikir berbeza. Paling ketara adalah, unsur Islam yang muncul di separuh masa kedua, ketika Hang Tuah mula menjadi diplomat yang mana ia tidak seketara sewaktu di separuh masa pertama. Malah Hang Tuah buat pertama kali solat di bahagian kedua ini sebelum ke benua Keling, dan bertemu Nabi Khidir di sebuah pulau.

Dunia kritikan kita telah hadkan perasaan membaca yang intens dan profound ini dengan polemik sempit Tuah vs Jebat. Polemik ini terlalu hitam putih, kita perlu pilih antara kesetiaan Tuah terhadap raja atau penderhakaan Jebat atas nama kesetiaan terhadap saudaranya. Di antara dua pilihan ini ada watak Bendahara yang juga menderhaka dengan menyelamatkan Tuah (di awal kisah saudara kandung raja Melaka diselamatkan, yang kemudian akan menjadi raja di benua Keling; ia motif yang berulang), tetapi atas dasar fikir panjang dan masa depan Melaka, watak Bendahara ini melawan titah raja. Tetapi penderhakaannya tak dianggap penderhakaan, meski ia masih sebentuk penderhakaan. Poinnya adalah untuk tidak ikut emosi dan semberono meski oleh watak raja sekalipun. Ini merupakan usikan halus oleh penulis yang menulis dalam konteks istana (jika ia ditulis dalam istana). Yang sempurna dalam Hikayat Hang Tuah bukan raja tetapi Hang Tuah. Malah posisi Tuah dalam hikayat ini umpama sintesis antara hamba dan raja sekali gus. Sudah tentu bila dibaca Tuah sentiasa memposisikan dirinya sebagai hamba, tetapi perasaan membacanya seolah dia titik tumpu.

Tidak seperti Sejarah Melayu yang lebih disunting dan terjaga, Hikayat Hang Tuah lebih longgar dan berangin. Jika dalam Sejarah Melayu saya gemar babak-babak awal yang mistikal, selain deskripsi istana terbakar yang mana prosanya terasa benar dan hidup. Dalam Hikayat Hang Tuah saya kagum dengan aspek simbol dan metafora yang digunakan dan perletakannya di sepanjang naratif. Melaka bermula dengan kelibat pelanduk putih dan berakhir dengan kelibat buaya putih. Seteru Melaka waktu Jebat ada ialah Majapahit, seteru Melaka waktu Jebat tiada ialah Feringgi (Portugis). Ada simetri dan desain yang canggih dalam reka bentuk Hikayat Hang Tuah ini.

“Maka Laksamana pun dibungkus oranglah, seperti adat mengapan orang mati sungguh rupanya. Setelah sudah maka dimasukkan oranglah tubuh Laksamana ke dalam keranda lalu diturunkan ke dalam liang.” – Hikayat Hang Tuah

Sukar untuk jelaskan kekaguman saya sebagai pembaca terhadap Hikayat Hang Tuah buat mereka yang tidak membacanya. Sastera, seperti seni (terutama teater), perlu dialami secara langsung. Kekaguman ini perlu saya ulang dan jelaskan, bahawa ia bukan kekaguman saya terhadap watak Hang Tuah dengan membayangkan kapal layar yang gah dan besar atau arca gangsa sosok Tuah yang heroik. Kekaguman saya sebaliknya terhadap teks Hikayat Hang Tuah yang saya baca, ia menyentuh dan menggerakkan perasaan saya, sepertimana saya baca Hamlet. Saya tak kagum dengan watak Hamlet, tapi perasaan membacanya yang bikin saya kagum, “Oh kita boleh tulis sebegini rupa untuk dapat kesan yang mendalam sebegini?” Meski tidak dinafikan Hikayat Hang Tuah ini secara semberono boleh dilabel sebagai bahan bertulis oleh pihak istana yang menjadi kemegahan kuasa feudal, selain menjadi alat propaganda nasional negara moden kita, tetapi ini boleh saya tapis dan tekuni melalui naluri kepengarangan saya. Yang mengkagumkan saya cuma nilai bacanya. Kemegahan feudal dan propaganda nasional cuma kesan atau intepretasi singkat terhadap karya ini oleh orang lain yang menjadi popular. Hamlet boleh jadi kisah budak emo yang spoilt kalau diambil secara lewa. Tapi sebagai pembaca yang tekun kita perlu terus menggali dan mendalami teks yang ada. Hikayat Hang Tuah beruntung kerana penulisnya misteri, jika tidak posisinya akan dipolitikkan dan lalu terpalit pada teksnya. Saya secara peribadi merasakan bahagian pertama dan kedua digarap dan disusun oleh dua pengarang dominan berbeza, kerana lenggok bahasa dan advencer watak Tuah ini berbeza. Meski dua bahagian ini dipisahkan Kassim Ahmad, tetapi sepertimana cetakan folio Shakespeare, pembahagian lima babak drama Shakespeare dibuat pertama kali dalam versi cetak 1709 oleh editor Nicholas Rowe. Kita tak tahu apa jenis pembahagian yang dibuat Shakespeare, sepertimana kita tidak tahu berapa ramai pencerita, pengarang dan berapa lapis salinan yang dilalui Hikayat Hang Tuah.

Sebagai penulis saya boleh teka melalui naluri, intuisi dan gerak hati di mana penambahan atau penukaran dibuat. Sebagai contoh ada satu waktu, ketika di benua Keling, Hang Tuah kata nak melawat kuil dan masjid, tetapi selepas itu dia cuma melawat kuil. Ia bikin saya skeptik dan menyangka perkataan ‘dan masjid’ itu ditambah. Ini kerana tak pernah di sepanjang naratif Hang Tuah sebelum adegan itu (terutama di bahagian pertama sebelum Jebat dibunuh) ada konsep masjid, jadi bagaimana perkataan ‘masjid’ boleh ada kat situ? Adakah ia petanda awal kepada masjid Baitu’l-rahim Ratna Kemala yang menjadi puncak kekaguman bahagian kedua di mana Tuah solat Jumaat sewaktu di Rom? Ini walau bagaimanapun contoh yang saya ingat (dan perlu diulangbaca untuk diperiksa semula), ada beberapa ayat lagi yang bikin saya risau dan curiga jika ia sudah diusik dan disunting terutama di bahagian akhir.

Adakah nuansa propaganda dan kehebatan Melaka ditanam oleh penulis yang terkemudian, penulis yang menulis penutup? Kerana dari segi struktur, Melaka menjadi pusat semesta Tuah cuma di bahagian pertama, segalanya adalah demi Melaka. Tuah di bahagian pertama ini Tuah pendekar yang banyak bunuh orang, kill count-nya berjumlah ____ (isikan tempat kosong), penuh aksi. Selepas Jebat tiada, bahagian kedua memposisikan Tuah sebagai duta pula yang melawat ke negeri-negeri orang hingga ke benua Rom. Dan di akhir bahagian ini, Tuah sedar bahawa Melaka itu kerdil saja jika dibandingkan dengan ‘negeri Rom bernama Setambul’ (Istanbul). Tiada lagi aksi sebaliknya di bahagian ini Tuah lebih banyak melakukan pemerhatian (observation) terutama tentang budaya orang lain. Nuansa bahagian kedua ini umpama proto-Hikayat Abdullah yang berbentuk laporan berasaskan pengalaman meski masih ada unsur keajaiban:

“Maka Laksamana pun mengambil rial dalam bajunya dua tiga rial diberikan orang tua itu. Maka diambilnya perak itu sa-rial juga sahaja oleh orang tua itu. Setelah sudah maka ia pun memeluk mencium kepala Laksamana, seraya katanya, ‘Hai anakku Laksamana, ambillah cembul ini. Apabila engkau tiada tahu berkata-kata dengan bahasa orang itu maka engkau keluarkan airnya dalam cembul ini, sapukan pada mulutmu dan telingamu, maka tahulah kamu serba bahasa orang itu. Akulah Nabi Hidhir.’”

Ia sentiasa jelas dan nyata di bahagian awal dan pembukaan… Hikayat Hang Tuah, Sejarah Melayu, Hikayat Si Miskin semua adegan awalnya saya suka. Sesungguhnya usaha penulis adalah untuk meneruskan cerita yang dah dimulakan.

Ada pendapat yang mengatakan Hikayat Hang Tuah ini ambil semangat Pandawa lima bersaudara dari Mahabharata sebab Tuah pun lima bersaudara juga. Tetapi ia cuma di permulaan, dan andai kata pengarangnya merujuk Pandawa dengan memilih lima orang saudara, ia terhenti di takah bilangan sebab lepas itu ia digarap ikut suka dia. Mungkin Lekir dan Leqiu ini rujukan awalnya Nakula dan Sadewa, kedua-duanya paling tak diceritakan sangat, tapi Tuah, Jebat dan Kasturi, agak jauh dari sifat Yudistira, Bumi dan Arjuna. Tak ada Korawa dan Dropadi dalam hikayat ini. Perjalanannya pun berbeza.

Malah kalau ikut dari segi perjalanan, jika Hikayat Abdullah dianggap sebagai bentuk penulisan moden di mana ia diceritakan secara terus dan realistik tanpa elemen fantastik dan fiksyen, terdapat keselarian di antara Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Abdullah (serta Kisah Pelayaran Abdullah dari Singapura sampai ke Mekah) yang saya perasan. Pekerjaan awal dan akhirnya lebih kurang serupa dalam erti kata Hang Tuah belajar 12 bahasa sebelum belajar seni bela diri, manakala Abdullah Munshi juga menceritakan dengan lebih terperinci prosesnya sewaktu belajar dan mengaji ketika kecil. Naratif dibuka dengan membikin protagonis ada penguasaan bahasa yang pelbagai. Untuk belajar pelbagai bahasa ini sesuatu yang cuma diamalkan di kawasan perdagangan dan kosmopolitan, dan dalam kes ini ia Melaka. Kita maklum bahawa Abdullah Munshi meninggal dunia sewaktu di Jeddah dalam perjalanan ke Mekah. Dalam Hikayat Hang Tuah, Laksamana (Tuah) dan Maharaja Setia (Kasturi) bersama-sama menunaikan haji.

Ridhwan Saidi

Bin Filemhttp://www.blogger.com/profile/01070099078525468889noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5940443957884529067.post-1093300387646259942020-02-22T15:24:00.002+08:002020-02-22T15:24:43.472+08:00Filem-filem kegemaran Ridhwan Saidi

Berikut merupakan 20 filem kegemaran yang digrupkan kepada skala nusantara dan skala dunia. Untuk pilih filem-filem dalam skala dunia saya rasa semua orang boleh buat, tetapi untuk pilih dalam skala nusantara yang ini sukar kerana filem-filemnya lebih langka dan sukar didapati, lebih-lebih lagi jika ia tiada sari kata kita barangkali saling tidak begitu memahami. Senarai ini sudah tentu boleh berubah kerana pilihan ini tiba sekarang, di waktu lain ia boleh jadi lain kerana filem-filem yang berkuasa sentiasa ada di luar sana untuk dicari, ditonton dan diulangtonton. Saya boleh petik seratus atau seribu filem yang saya gemar tetapi dengan had yang ada, ia membuka sedikit situasi dan perasaan saya hari ini. Kenapa filem-filem ini menjadi pilihan saya sekarang? Adakah saya semakin sentimental dan mellow? Tidak dinafikan jika ada di antara filem-filem ini ditayangkan di layar lebar, saya tanpa sangsi mahu ulangtonton ia kembali secara beramai-ramai.

Saya yakin ada di antara pembaca yang boleh jadi tidak pernah tonton beberapa filem-filem yang disenaraikan (jika pernah syukur!), maka dengan itu saya kepilkan sekali satu imej buat setiap filem untuk beri sedikit dimensi.

SKALA NUSANTARA

Batch ’81 (1982) Mike De Leon, 100 minit

Lingkaran fasisme dalam skala frateniti universiti.

Scorpio Nights (1985) Peque Gallaga, 126 minit

Melangkaui porno, sebuah kisah tragik di sebuah kediaman tertutup dan terpendam.

Insiang (1976) Lino Brocka, 95 minit

Hubungan dendam sayang di antara seorang ibu dan anak.

Chuchu Datok Merah (1963) M. Amin, 98 minit

Tragedi yang menjerumus ke dalam lubuk puaka.

Manila in the Claws of Light (1975) Lino Brocka, 125 minit

Liku-liku kehidupan seorang pencinta di tengah kota Manila yang keras dan menekan.

Himala (1982) Ishmael Bernal, 124 minit

Syurga neraka sebuah perkampungan yang direstui dan dilaknat.

Chinta Kaseh Sayang (1965) Hussain Haniff, 106 minit

Advencer seorang isteri dalam mencari erti cinta, kasih dan sayang.

Sister Stella L. (1984) Mike De Leon, 104 minit

Gerak tindak politikal seorang biarawati yang melawan.

Lewat Djam Malam (1954) Usmar Ismail, 101 minit

Trauma sesudah perang disela malam-malam perintah berkurung.

Bunga Tanjong (1963) Ramon A. Estella, 100 minit

Kegelapan sebuah rumah, takdir dan kota Singapura.

SKALA DUNIA

A Man Escaped (1956) Robert Bresson, 101 minit

Spring in a Small Town (1948) Fei Mu, 98 minit

The Battle of Algiers (1966) Gillo Pontecorvo, 121 minit

Black Girl (1966) Ousmane Sembène, 65 minit

A Whole Night (1982) Chantal Akerman, 90 minit

Casablanca (1942) Michael Curtiz, 102 minit

Katzelmacher (1969) Rainer Werner Fassbinder, 88 minit

They Live By Night (1948) Nicholas Ray, 95 minit

Ugetsu (1953) Kenji Mizoguchi, 96 minit

Where Is the Friend's House? (1987) Abbas Kiarostami, 83 minit

Ridhwan SaidiBin Filemhttp://www.blogger.com/profile/01070099078525468889noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5940443957884529067.post-24665464188745645692020-01-11T12:07:00.000+08:002020-01-11T12:08:53.007+08:00Matinya Seorang Birokrat death scene comparison

Video kiri dari pementasan Teater Normcore: Double Bill (2018) di RAW Art Space lakonan Amirul Syakir, Roshafiq Roslee dan Mia Sabrina Mahadir manakala video kanan dari pementasan Teater Normcore: Double Bill at George Town Festival (2019) di Bangunan U.A.B. lakonan Mia Sabrina Mahadir, Ani Aziz dan Tasha K. serta Rashid Akhmal. Dua naskah serupa, dua direction berbeza tapi dari satu consciousness yang sama.

Ridhwan Saidi

Bin Filemhttp://www.blogger.com/profile/01070099078525468889noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5940443957884529067.post-75508976875401554102020-01-10T12:46:00.000+08:002020-01-10T18:36:12.510+08:00Salah Faham Antara Bidang

Sewaktu bikin teater HAMLET FANSURI, musik yang dimainkan Kicau Bilau berbeza untuk setiap show, dengan kata kunci yang berbeza. Ada satu malam saya sebut ‘seram dan suram’. Apa itu seram, apa itu suram, itu terpulang pada intepretasi Kicau Bilau. Yang pasti kita ada perkataan yang boleh buat kita menuju ke arah yang sama, direction yang sama.

Di salah satu show matinee, saya minta agar ia ada feel sawai macam orang bersawah bawah terik matari atau nelayan di tengah laut yang juga terjemur di bawah panas. Biasanya saya cuba untuk tak sebut rujukan terus sebab tak nak ia jadi sekadar satu saduran. Misalnya kepada pemuzik saya tak akan cakap saya nak muzik macam lagu… atau kepada aktor saya cuba elak dari cakap saya nak dia berlakon macam… Sebaliknya saya guna suatu perkataan yang am (macam ‘seram’ dan ‘suram’ tadi), atau rujukan seni dalam bidang atau cabang berbeza. Selalunya saya akan guna filem. Mungkin saya akan cakap ke seorang pelakon teater, saya suka cara lakon macam dalam filem-filem Wes Anderson (contohnya), tapi tak adalah sampai saya nak suruh pelakon berlakon macam Bill Murray (contohnya).

Nak dijadikan cerita, selepas saya sebut sawai ini, ia menjurus kepada perkataan ‘psikedelik’ dan dari sini, Irfan Kicau Bilau sebut Pink Floyd. Saya kata ya, macam Pink Floyd, cuma Pink Floyd dari negara sejuk, tak sama macam kita kat sini yang panas. Jadi psikedelik untuk HAMLET FANSURI ni kita nak ia rasa setempat dan ada panas hujan. Dari sini, saya perlu fikirkan satu rujukan agar ia berjejak dengan cuaca perasaan orang kita, dan lalu saya sebut SEMERAH PADI (1956). Dalam kepala saya terbayang wajah Nordin Ahmad, Saadiah dan P. Ramlee.

Di sini salah faham berlaku yang mulanya saya tak sedar. Ia hanya ketika play berlangsung, di satu takah, saya terdengar sedikit bibit Mentera Semerah Padi, M. Nasir. Dalam kepala saya yang menjadi rujukan ialah filem bikinan P. Ramlee, tapi saya lupa saya bercakap dengan pemuzik, dan bila disebut ‘semerah padi’, sudah tentu lagu M. Nasir yang menjadi rujukan.
Secara umumnya permainan muzik amat nusantara psikedelik petang itu, cuma ia sedikit lucu bila mengenangkan salah faham rujukan tadi.

Ridhwan Saidi

p/s: Kenapa muzik Kicau Bilau sentiasa berubah sepanjang 5 show HAMLET FANSURI? Selain ia sebentuk improvisasi, pertama sekali kerana feel show matinee di waktu petang dan malam amat berbeza nuansanya, kerana play ini play bergerak yang menuju outdoor, jadi kita kena pastikan kedua-duanya berkesan, dan yang akan menyokong perasaan ini sebenarnya muzik. Kerana itu untuk show petang, saya mahu ada rasa keterikan dalam muzik kerana di waktu malam kita akan pergi all out kegelapan.

Bin Filemhttp://www.blogger.com/profile/01070099078525468889noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5940443957884529067.post-72933885645693927752020-01-08T11:22:00.001+08:002020-01-08T11:22:30.911+08:00Untuk Establish Hubungan Sebelum Ulasan

Seperkara yang saya temui menarik dalam ulasan teater yang jarang saya temui dalam ulasan filem atau sastera, adalah bagaimana hubungan di antara penulis dan pembikin di-establish dalam perenggan-perenggan terawal.

Sebagai contoh:

Aku kenal X dulu masa kita sama-sama belajar kat uni, ponteng kelas naik cab pergi Boom Boom Room, dan entah kenapa satu detik ni, kitorang sama-sama terbuka pintu hati untuk jadi vegetarian. Dua tahun lepas tu kitorang tak lagi bertemu, ya benar ini kisah sedih dariku… aku sambung belajar kat States, dia ke Melbourne. Aku dengar dia banyak libatkan diri dalam produksi teater kat sana, buat lighting. Hinggalah semalam, aku yang tak pernah-pernah tengok teater jumpa balik kawan aku yang sorang ni hah, lama gila tak jumpa, macam kembar yang terpisah dari kecik. Tengok gambar ni, serupa kan muka kitorang?

Teater Z memang best giler. Lighting dia cantik.

Atau:

Bila dapat tau kawan ofis aku X berlakon teater, aku pun apa lagi, hebohkan lah dalam grup whatsapp. Kita kasi penuh itu dewan. Kata support! Nak juga aku tengok member aku si X ni berlakon. Kat ofis dia ni pendiam aja aku tengok orangnya. Geram aja. Rasa nak cubit aja pipi dia waktu dia sedut boba tea tu.

Kitorang apa lagi konvoi le ramai-ramai dari ofis. Setibanya di lokasi ia tak seperti yang kusangka. Aduh! Ingatkan dewan teater macam Istana Budaya, atau paling kurang dalam auditorium, tapi teater diorang buat macam kat kedai tom yam aja doh. Kat shoplot. Takpe… indie katanya. Walaupun air-cond kurang kuat, nasib baik aku bawak kipas tangan. Lawak juga aku tengok X berlakon. Nak kata berlakon pun aku tak pasti sebab dia tak banyak cakap. X cuma keluar kejap pegang tombak… kemudian dia pergi belakang. Sekali tu aja. Dia cuma keluar balik waktu kat hujung. Apa lagi kitorang tepuk tanganlah kasi gamat itu ruang! Tersenyum kawan aku sorang nih. Apa pun aku kira mesejnya sampai pada aku. Okaylah… memuaskan cerita dia. Tak begitu berat nak hadam. Besok kat ofis aku nak usik si X nih, “Aik takkan keluar pegang tombak aja? Kalau macam tu aku pun boleh buat.”

Atau:

Adapun adindaku X pulang dari menuntut ilmu perguruannya sepanjang sedekad bersama Jacques Lecoq dan Agusto Boal kembali menghirup udara nusantara ini menaiki pesawat Boeing 747 yang mendarat di Subang Airport.

Dengan kesempatan yang dapat kakanda coretkan di sini, kakanda akui bahawa kakanda insan papa, bahawa kakanda tidak berkesempatan untuk ke pementasan teater sulung adindaku X di tanah air tercinta ini. Tetapi dari kiriman telegram yang kuterima dari bonda dan khabar berita yang kudengar dari ayahanda, persembahanmu adindaku ternyata sebuah kebijaksanaan!

Ridhwan Saidi

Bin Filemhttp://www.blogger.com/profile/01070099078525468889noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5940443957884529067.post-34307802995955055582020-01-08T09:40:00.000+08:002020-01-08T10:04:44.746+08:00Untuk Name Drop Nama Pengkarya Tanpa Karyanya

Setiap kali saya baca artikel atau dengar podcast tentang apresiasi teater dan sastera di surat khabar atau arus perdana, jika polemik tentang karya terkini dan kontemporari ada, yang biasa dibuat ialah nama-nama pengkarya di-name drop tersusun begitu saja, sebelum karya kesemua mereka ini digeneralisasi secara berjemaah (dan selalunya secara cetek). Sebagai contoh: “Kita di dekad 2010-2019 ada ramai pengkarya dan penulis muda yang bagus-bagus seperti X, Y, dan Z. Sesungguhnya mereka inilah penyambung tradisi kesusasteraan kita!”

Nampak tak? Mula-mula nama orang ditabur, kemudian pendapat umum disamaratakan sesama mereka. Klise ini kerap ditemui, dan saya harap kita lekas bertaubat.

Satu cara untuk apresiasi karya (dan secara tak langsung pengkarya!) sebenarnya amat mudah dan simple, iaitu setiap karya secara spesifik disentuh biarpun dengan dua tiga baris ayat. Daripada name drop nama orang/pengkarya/penulis, lebih afdal untuk petik judul karya itu terus (karya yang benar-benar dipilih dan prominent), sebelum ia dikupas biar secara ringkas sekali pun (paling malas pun sinopsis). Dan perlu saya tekankan di sini, ia mesti karya spesifik, dan bukan karya yang digeneralisasikan atas nama pengkarya/penulis tadi. Contohnya: “Karya-karya penulis Z realistik,” atau, “Teater-teater bikinan X erotik.”

Realistik yang bagaimana? Dan karya penulis Z yang mana satu? Erotik yang macam mana pula? Dan karya X yang mana satu yang erotik?

Kerawakan ini semakin jelas apabila kita makin berfokus. Sebagai contoh: “Di dekad 2010-2019 muncul novel-novel bernuansa kota dan urban yang menggigit seperti JUDUL A, JUDUL B dan JUDUL C yang bebas daripada ikatan agama dan dogma. JUDUL A oleh penulis Z mengisahkan tentang hubungan sebuah kren dengan barang angkutannya. Sensualiti di lokasi pembinaan tinggalan yang kian mereput, cinta terlarang di atas tapak pengebumian imigran tak bernisan… Manakala JUDUL B oleh penulis X pula…”

Ia hanya dengan menghargai karya itu sendiri secara direct, apresiasi sebenar muncul, dan bukan sekadar petik nama orang. Kita boleh petik 1,000 nama tapi yang ditawarkan cuma kulit. Isinya terdapat pada setiap karya yang perlu ditekuni kualitinya tiap satu.

Pengkarya boleh berubah tapi karyanya kekal. Sentiasa stay dengan karya. (Kecuali... dan kecuali di sini... jika pengkarya itu sudah tiada. Dalam kes kita ini, kita sedang beri fokus terhadap pengkarya dan penulis muda masa kini yang masih bernafas.)

Andai pengkarya itu pula yang menjadi fokus, ia patut disokong oleh gerombolan body of work-nya. Yang menjadi isu buat saya, apabila cuma nama pengkarya saja disebut, tapi karya-karyanya tak nampak kelibat. Yang paling tragik, entah-entah penulis/pengulas itu tidak membaca atau menekuni pun karya-karya subjek yang disentuhnya. Dia cuma kutip nama-nama itu dari mulut orang. Ini walau bagaimanapun tanggapan terburuk yang boleh saya fikirkan. Kita cuma boleh berdoa dan berharap agar penulis/pengulas ini benar-benar berjejak dengan seni dan sastera semasa, walaupun daripada tulisan/suara nampak macam tak berjejak...

Ridhwan Saidi

p/s: Pemerhatian ini saya dapati kerap terjadi dalam konteks sastera dan teater, tapi amat kurang berlaku dalam konteks filem dan seni halus, meski ia tak mustahil terjadi di mana-mana bidang. Dan sudah tentu ia dalam konteks lokal.

Bin Filemhttp://www.blogger.com/profile/01070099078525468889noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5940443957884529067.post-9000839957795681652019-12-24T18:03:00.001+08:002019-12-24T18:23:07.603+08:00Sedekad Buku/Teater/Filpen Ridhwan Saidi

Waktu tatal fon saya temui banyak senarai sepanjang dekad di laman-laman web tak kira dari segi buku, teater, muzik mahupun filem dari negara luar. Ini mengingatkan saya betapa saya sebagai penulis dan pembikin muncul secara formatif dalam dekad 2010-2019.

Disenaraikan kerja-kerja tulisan dan bikinan saya secara stand alone dan singular, tidak temasuk antologi buku yang melibatkan orang lain, werk dalam skala zine, mahupun pementasan playlet/monolog yang melibatkan ramai pembikin lain seperti Teater Modular/Projek Suitcase, atau play double bill yang mana saya cuma bikin satu daripadanya seperti Stereo Genmai di Urbanscapes tempoh hari, dan malah juga hal yang saya co-curate seperti Pesta Playlet dan LiteraTur, dan juga filpen yang saya sunting dari found image di internet seperti Z, dan saya juga tak masukkan kerja-kerja muzik bikinan Joni Atari kerana ia bakal jadi lebih kompleks. Kenapa saya asingkan? Mungkin sebab kalau saya senaraikan semua ia akan jadi macam CV. Lagi pula tak pernah saya asingkan karya saya sebegini rupa, jadi saya mahu tengok apa yang tinggal. Selain itu filpen Sesuap Kaseh walaupun dibikin tahun ini, ia akan ditayang awal tahun depan sempena ulangtahun kelima Wayang Budiman, jadi saya kira filpen ini bertemu dengan audiens pada tahun 2020.

Adakala ia disusun, adakala ia didesain, dan adakala ia digubah. Saya kepilkan sedikit imejan bagi setiap hasil kerja/projek agar ia menerbitkan sedikit bayangan buat para pembaca. Jika ada cover buku yang anda berminat nak beli, jangan segan jangan silu untuk hubungi Moka Mocha Ink.

2010

filpen Perempuan, Hantu dan Skandal | filpen Cinta Cokelat

Rata-rata kerja yang saya bikin, posternya saya yang desain, dan dalam contoh di atas, ketara bahawa saya gemarkan sesuatu yang simple dan minimal. Ini akan terpancar terutama pada kerja-kerja teater saya di mana setiap gerakan dan kata-kata amat jernih dan tepat, dan di-compose untuk dapatkan suatu harmoni dengan void dan ruang kosong dan kesunyian—bila untuk berbunyi, dan bila untuk tiada bunyi. Foto kanan ialah Mama Afzan, dan asalnya beliau production manager untuk projek filpen Cinta Cokelat, tapi kita devised kembali kerana salah seorang aktor tak dapat join. Task-nya adalah untuk jadi pelayan di sebuah restoran koboi, dan akan main mata dengan salah seorang pelanggan.

2011

novel Cekik | novel Amerika | filpen Broga Rendezvous

Cekik novel pertama saya diterbitkan Buku Fixi. Dikisahkan ada 10 orang diajak untuk tulis novel dan saya salah seorang daripada tiga orang yang siap untuk pelancaran pertama. Amerika novel kedua saya dan secara langsung membentuk Moka Mocha Ink. Dari sini kita melawat ke kilang dan pelajari proses kemenjadian sebuah buku. Kita mula guna bulky paper yang lebih ada feel dan ringan (ketika itu kertas simile putih lebih popular). Ingat lagi saya sewaktu memberikan senaskah novel Amerika ke Pak Agi (Abdul Ghafar Ibrahim) dan beliau katakan, desain buku ini seperti paperback yang dicetak di Amerika. Saya tak pasti mahu rasa apa, tapi saya bangga untuk cetak ‘dicetak di Malaysia’ di belakang buku Amerika ini agar semua orang tahu ia dibikin di mana :-) Filpen Broga Rendezvous dibikin seminggu selepas kita shoot filpen Kasturi di mana ia merupakan satu tindakbalas di mana Kasturi filpen yang didana dan berbajet tinggi, manakala Broga Rendezvous digerakkan secara sifar dana. Kedua-duanya penting dan saya tiada prejudis terhadap karya berdana atau tidak berdana, kedua-duanya karya yang perlu diambil serius dan dibikin betul-betul.

2012

filpen Kasturi | novel Mautopia | novel Stereo Genmai

Seperkara yang menarik tentang Kasturi ialah ia melibatkan sekumpulan penari istana, dan kita rehearse di DBP, sebelum rakaman dibikin di dalam Stor DBP. Saya beberapa kali tonton teater di sini, dan tidak pernah bikin teater, tetapi pengalaman untuk shoot Kasturi di Stor DBP (desain lama) membekas. Antara yang saya ingat ialah, mereka menari tarian tradisional, diimprovisasi dari Tari Tualang Tiga tapi dipasangkan dengan rentak muzik New Order, Bizarre Love Triangle. Mautopia novel pertama saya dengan protagonis perempuan, kerana saya lenguh dan penat juga asyik tulis novel dengan protagonis lelaki, dan ini diikuti dengan Stereo Genmai kembali dengan protagonis lelaki. Saya tidak pasti jika saya berjaya atau tidak (menulis watak perempuan), dan ini akan saya ulangi lagi sewaktu menulis novel Babyrina.

2013

filpen Sesudah Suboh

Saya tidak prolifik tahun ini kerana saya sedang bekerja, dan ia ambil masa 2 tahun untuk saya siapkan novel Babyrina. Saya sempat bikin filpen Sesudah Suboh, dan Fasyali terlibat sebagai casting director, dan task-nya adalah untuk cari watak pelakon dengan wajah yang diyakini vampire. Untuk projek ni kita shoot pakai filem 16mm dan 35mm still. Saya yang meminati fotografi sejak universiti atau dari kecil, hanya sempat belajar cuci filem ketika ini. Saya belajar dari internet dan pesan filem dan chemical dari Amerika.

2014

novel Babyrina | terjemahan novel Konsum

Novel Babyrina terbit, dengan protagonis perempuan, tentang murder mystery yang sudah pun saya beberapa kali bikin via filpen. Nuansa noir dan pembunuhan gelap ini akan terserap ke dalam teater saya seperti Hotel Berdarah dan Matinya Seorang Birokrat beberapa tahun kemudian, barangkali kerana negara kita masih dibelenggu dengan kes-kes yang tergendala dan penuh misteri. Dalam waktu sama saya terjemah novel David Cronenberg dalam mendalami pemikirannya, paranoia siber, 3D printing body horror dan konspirasi politik antarabangsa yang menggerunkan. Kebetulan Konsum dan Babyrina dalam satu jenis tenaga perversion yang sama. Ketika ini KLAB berlangsung di The Annexe Gallery, lokasi di tengah kota yang menarik untuk melakukan aktiviti selain Stor DBP tadi.

2015

novel Brazil | filpen The Harlot, The Client, His Wife and Her Lover | filpen Lunch Time

Brazil novel kedua saya terbitan Fixi, dan seperti filem Once Upon A Time in Hollywood oleh Tarantino atau The Irishmen oleh Scorsese, ia umpama sebentuk surat cinta, cuma ia surat cinta terhadap perasaan balik kampung, saudade, melankoli seorang perantau. Dan seperti dinamik Kasturi-Broga Rendezvous, filpen Lunch Time dibikin seminggu selepas The Harlot, The Client, His Wife and Her Lover, kerana ada urgency yang saya sendiri tidak pasti apa, malah sehingga hari ini tiap kali saya berkarya, tidak pasti apa daya yang mengerah saya untuk melakukannya. Jika The Harlot lebih terancang dan kolaboratif, malah ini pertama kali sesi bikin filpen yang ada katering, dibekalkan oleh Nazim Masnawi dengan masakan nasi ayam, kontras dengan filpen yang lebih bebas dan penuh improvisasi lakonan Nazim pula di sekitar taman di mana saya diam.

2016

koleksi puisi Holokos | filpen Roti Tisu: Atau Sebuah Filem Tentang Kiamat

Pada saya puisi adalah sesuatu yang kita baca (dan dengar dalam kepala) lalu entah mengapa ia trigger suatu perasaan yang profound. Untuk ia berlaku, ia mesti diberi peluang dan terjadi di waktu yang paling kita tak jangka. Puisi mesti datang secara berkumpulan sebab pasti cuma beberapa yang menjadi dalam satu sesi bacaan yang kita buat. Semua puisi tak boleh berkesan serentak sepanjang buku, kerana ia perlu ada rongga-rongga yang boleh beri kita sedikit ruang untuk termenung atau bernafas. Untuk sebuah puisi menjadi amat sukar, tetapi untuk ia ketara tidak jadi amat mudah jika mata dan pendengaran kita sudah terlatih dengan bacaan luas tentang semua bentuk puisi dari seluruh pelusuk dunia. Saya tiada niat untuk ada buku puisi, dan dalam kes Holokos ini ia merupakan koleksi yang terkumpul dari 7 zine yang pernah diterbitkan dan dijual sebelum ini, termasuk satu isi set zine yang terus ke buku. Filem Roti Tisu: Atau Sebuah Filem Tentang Kiamat merupakan salah satu filpen bagi tayangan sempena ulangtahun Temasya Wayang Budiman pertama.

2017

koleksi cerpen Pengembaraan Shell-Searching Seekor Umang-Umang Rock n’ Roll dan lain-lain cerita | koleksi esei Stereograf: 33 Esei | filpen Empu

Cerpen-cerpen saya yang berterabur di dalam antologi dan internet ditemukan di dalam buku Pengembaraan Shell-Searching Seekor Umang-Umang Rock n’ Roll dan lain-lain cerita. Ia lucu kerana bila berhadapan dengan cerpen saya gemar gunakan judul panjang, inspirasi Sufian Abas dan Etger Keret, dan ini akan berlanjutan ke judul monolog pertama saya berdurasi 20 minit iaitu Kisah Lelaki Yang Dapat Pencerahan Setelah Kasutnya Dicuri Di Masjid Pada Suatu Petang. Saya ada cita-cita untuk teruskan siri monolog dengan judul panjang ini, dan suatu masa kesemuanya akan dibukukan dengan judul Monolog Dengan Judul Panjang. Stereograf: 33 Esei menghimpunkan teks non-fiksyen yang saya garap khas. Saya dengan mudah boleh kompilasikan semua entri dari blog ini, tetapi saya tidak semalas itu. Ada hal lain yang ingin saya teroka melalui 33 esei yang ditulis dan dibukukan ini. Malah boleh saya katakan, esei-esei dalam buku ini tidak sesuai untuk saya post-kan ia di sini sebagai entri blog. Tempatnya di dalam buku, dan di situ anda baca. Empu filpen yang nampak kaos, tapi ada order, tentang siapa yang memimpikan siapa lakonan Mia Sabrina Mahadir dan Fara Kafli.

2018

teater normcore: Double Bill [Tiada Cinta Selama Muda x Matinya Seorang Birokrat] | teater normcore: Stereo Genmai | filpen Misteri Atas Meja

Ini tahun pertama saya bikin teater dan saya tiba dengan dua naskhah teater sebabak; satu puitis dan melankolik, manakala satu lagi lebih realistik dan lucu. Ini diikuti dengan naskhah full length iaitu Stereo Genmai. Buat mereka yang sudah baca novel Stereo Genmai, mereka akan tahu bahawa world building-nya complex dan ia perlu diselesaikan sebelum kita dapat masuk ke karakter. Dalam versi teater, ini sekolah adaptasi kedua saya (yang pertama Mautopia) kerana saya kena pandai-pandai sendiri untuk pastikan audiens dapat tangkap dunianya dahulu, sebelum kita masuk ke karakter dan drama. Ia hanya apabila dunia Stereo Genmai ini diyakini dan dipercayai audiens, baru kita dapat rasa tragis yang melanda si protagonisnya K. M. Raslan. Antara hal menarik tentang Stereo Genmai ini ialah, saya dapat bikin teater dengan watak novelis, yang mana selalunya saya dapati bila watak novelis dipaparkan orang lain, ia akan dipaparkan secara stereotaip dan klise, iaitu novelis ini akan pakai spek bulat dan taip guna typewriter. Telah dua kali saya garap play Stereo Genmai ini secara berbeza (satu lagi sewaktu Urbanscapes) dan kedua-duanya tak memerlukan saya ada prop mesin taip atau spek bulat. Kadang-kadang saya ada terfikir, andai ada pengarah lain ambil skrip saya ini, hal pertama yang akan dibikin barangkali si novelis ini perlu pakai spek bulat atau menaip dengan typewriter. Jika ini berlaku, jauhi play ini dengan segera. Filpen Misteri Atas Meja dibikin sempena ulangtahun ketiga Wayang Budiman. Sebentuk table top theatre, ia merupakan satu statement bahawa diri saya sudah terserap masuk ke dalam teater, hinggakan filpen saya pun digarap seperti teater.

2019

teater normcore: Double Bill at George Town Festival 2019 [Retak Menanti Belah x Matinya Seorang Birokrat] | koleksi playlet Teater Modular Box Set | filpen Sisa Binasa | teater normcore: Hamlet Fansuri

Sudah saya ceritakan kerja-kerja tahun ini di entri Apa Yang Dibuat Untuk Tahun 2019 termasuk nikmat membikin Hamlet Fansuri, iaitu teater dengan kolektif teramai iaitu sebanyak 10 orang. Asalnya saya banyak tulis skrip 2-3 hander sebab saya fikir saya tak boleh handle ramai aktor dan performer, tapi rupanya saya boleh, syukur! Dan secara retrospek baru saya sedar Teater Modular fasa pertama telah selamat difizikalkan via Teater Modular Box Set. Fasa kedua di dekad seterusnya akan membolehkan saya lebih teroka dan experimentasikan garapan-garapan performans bagi setiap playlet Teater Modular. Meski Teater Modular bermula di tahun 2017, dan ketika itu saya masih di takah playwright dan tak tahu apa tentang teater, serta baru berjinak-jinak direct playlet. Kita boleh anggap 2018 tahun freshman saya, dan 2019 tahun sophomore, dan 2020 tahun junior, dan 2021 tahun senior. Masih ada dua tahun di hadapan sebelum saya peroleh ijazah dalam performance/theatre-making menerusi universiti kehidupan ini. Blog ini muncul di tahun 2008 iaitu di awal permulaan saya berjinak-jinak dengan filpen. Ia kombo menulis dan membikin di mana saya mula belajar dan bekerja. Menuju ke dekad seterusnya demi sesuap sastera, kehidupan dan memori.

Ridhwan Saidi

Bin Filemhttp://www.blogger.com/profile/01070099078525468889noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5940443957884529067.post-50269393266495710772019-12-09T14:16:00.000+08:002019-12-09T14:48:35.740+08:00Tindakan Performatif Yang Diaksikan Setakat Ini

Lucu, antara respon spontan orang apabila saya cakap ‘saya buat teater’ ialah, mereka fikir saya pelakon. Ia stereotaip umum untuk nampak imej orang sedang berlakon di dalam teater, ia terlalu ketara. Tapi saya sedar, bukan sebab saya tak boleh hafal skrip atau paling kurang tak boleh berlakon pun, alasan terkuat kenapa saya tak nak berlakon adalah sebab di Malaysia kita sudah ada ramai pelakon (serta mereka yang ada daya dan keinginan berlakon), tidak kurang yang berbakat dan berpotensi. Saya fikir, dari saya develop diri saya jadi pelakon dan mengganggu periuk nasi orang yang lebih berbakat, lebih baik saya raikan pelakon-pelakon di sekitar saya. Ada kala jika seseorang itu tidak berbakat berlakon, dia sentiasa boleh perform. Menjadi performer tak semestinya kena ada kebolehan berlakon. Semua orang boleh perform ikut kemampuan masing-masing selagi mereka ada jati diri yang real. Ada kala, pelakon sendiri tiada kebolehan untuk perform di luar kerangka lakonan. Jadi dalam play-play saya sentiasa ada kombinasi para aktor/pelakon dan performer ini, dan mereka yang cair di antaranya. Saya akan sentiasa terjerumus ke dalam mereka yang boleh perform ini (hanya apabila terpaksa). Apabila saya handle muzik atau lampu ketika persembahan, itu juga boleh dianggap sebagai tindakan performatif (kerana ia terzahir pada play), lebih-lebih lagi dalam teater saya seorang kru teknikal boleh saja menjadi sebahagian daripada korus, atau beri sebarang efek langsung terhadap performans, atau memang masuk ke dalam play secara literal.

Berikut merupakan tindakan performatif yang telah saya aksikan dan saya akan kupas satu-satu peristiwa dan sebab musabab di sebaliknya jika ada. Setiap tindakan ini cuma specific terhadap play-play tertentu kerana ia nature saya untuk tidak ulang hal yang sama secara ketara. Malah setiap tindakan ini juga menurut gerak hati, improvisasi dan situasi semasa kerana untuk setiap play, sesungguhnya perasaannya dan audiensnya berbeza.

MENDIAMKAN DIRI SEWAKTU BUAL SANTAI (Stereo Genmai, Oktober 2018)

Foto menunjukkan penulis dan ensembel performer-nya sedang berbalas senyuman dengan audiens yang senyum.

Selepas mengharungi Stereo Genmai yang tragik, saya fikir kita perlu rehat seketika, dan intervensi terbaik dan luar duga yang boleh kita lakukan (tindakan ini dibincangkan bersama para aktor) adalah untuk mendiamkan diri buat seketika. Ada hari kita tunggu hingga audiens yang mula bersuara, dan ada hari saya beralah dan menjelaskan konteks tindakan mendiamkan diri ini. Sudah tentu dalam keadaan diam ini, provokasi-provokasi halus berlaku, dari mata ke mata, senyuman ke senyuman, apa kejadah yang sedang berlaku? Dalam situasi ini audiens bukan lagi penonton/konsumer yang pasif tetapi sebuah komuniti ephemeral yang aktif. Jika ia mahu keluar, ia keluar, jika ia mahu duduk ia duduk, jika ia mahu cakap ia cakap, jika ia tak mahu cakap ia tak cakap. Seluruh persembahan Stereo Genmai ambil semangat teater yang melarutkan, teater seperti yang kita kenal, dan situasi diam bersama ensembel aktor dan penulis/pengarah pasca persembahan ini, apa yang sesimpel-simpel gesture apa itu ‘performance’ yang lebih semasa. Pada saya performance art di dalam galeri sesuatu yang mudah dijangka, dan kerana itu performance art hari ini akan merebak ke tempat lain, di luar, di jalanan atau sesuatu, yang pasti ia teraksi di luar kerangka galeri, cuma dalam kes ini saya letak dudukkan ia betul-betul selepas persembahan teater, agar dialog berlaku di antara teater dan seni performans ini. Saya masih memikirkan dialog ini hingga ke hari ini. Kerana itu play saya yang seterusnya akan sentiasa berlegar-legar di antara kedua disiplin seni ini.

LECTURE-PERFORMANCE LAUT API (Pesta Playlet, Mei 2019)

Foto menunjukkan penulis sedang menceritakan sesuatu ditemani Mucky yang akan bermain synth serta ketiga-tiga pembaca yang sedang bersedia di luar ruang performans.

Jika tindakan performatif di atas amat halus melangkaui kepekaan kontemporari komuniti teater pada ketika itu (dan dalam konteks Malaysia mungkin sampai sekarang), lecture-performance ini pula lebih literal. Dalam lecture-performance biasanya lebih banyak syarahan, tapi dalam konteks ini saya lebihkan adegan performans. Saya sedang jungkir balik naratif Hang Tuah dengan mengupas hal paling trivial iaitu perkataan ‘laut api’ yang muncul sebanyak 5 kali dalam Hikayat Hang Tuah. Menariknya perkataan ini tersebar sama banyak dari awal, beberapa sekitar tengah, dan akhir teks, jadi kita dapat rasa secara fast forward snippet adegan yang akan dilakonkan. Oleh kerana Hikayat Hang Tuah teks yang begitu kelelakian, saya pilih tiga pembaca perempuan iaitu Nyna Roslan, Mia Sabrina Mahadir dan Nurul Aizam untuk baca dari fon (agar cahaya fon beri fill light pada wajah mereka, selain ia objek masa kini yang kontras dengan situasi yang sedang mereka aksikan). Rashid Akhmal dan Sadiq M. Jamil jadi hamba raja, dan di sini saya cuba bikin secara minimal bagaimana untuk elevate atau beri aspek kekaguman terhadap karakter raja yang akan dimainkan oleh Nyna, iaitu dengan memastikan tapak kaki raja tidak bersentuh dengan lantai—dengan memijak tubuh hambanya sebagai pedestal. Bersama Mucky, kita main synth untuk beri nuansa elektronik purba. Takkanlah tiap kali play bernuansa purba kena main gamelan dan instrumen tradisional, ye dok?

PASANG KERTAS PADA DINDING YANG BERKATA-KATA (Double Bill at GTF, Julai 2019)

Foto menunjukan penulis sedang menggunting kertas bagi membuka ruang pada wajah aktor sebelum bergerak ke dinding seterusnya.

Sewaktu previu Retak Menanti Belah, kita letak projektor atas lantai dan ini buat pancaran projektor selari dengan sudut pandang audiens, membolehkan kita boleh nampak projection di atas permukaan tray telur yang berlekuk. Hal ini kami terlepas pandang, sebab sewaktu di George Town, projector digantung pada siling, menjadikan sudutnya tak sama dengan sudut pandang audiens yang pandang dari bawah ke atas. Ini bikin projection tadi tenggelam ke dalam lekuk-lekuk tray telur membuatkan ia tak kelihatan. Untuk selesaikan masalah ini, saya perlu masuk ke ruang pentas untuk pasang kertas tersebut. Dalam masa sama ia perlu terbenam ke dalam play, lalu kita telah bina mekanisma untuk kertas itu gugur di satu waktu kemudian. Kertas itu dipasang, kertas itu gugur. Cuma saya boleh masuk ke dalam play itu (saya boleh suruh kru tetapi ia tidak boleh), kerana play ini tentang dilema eksistensial sebuah dinding yang bakal retak menjadi dua, ia secara metafiksyen memikirkan dunia sebelum lakon dan hidup mereka sebagai dinding. Dinding ini akan seru nama saya yang cuma diingati sebagai R-N. Teks ini progresif dalam konteks Malaysia sebab biasanya hal pertama yang aktor/pelakon nak buat ialah bergerak, tetapi dalam naskhah play ini saya bikin kedua aktor perlu berdiri tegak, dan cuma berlakon dengan apa yang ada iaitu mimik muka mereka (ke atas junjungan Beckett!). Ia hanya kemudian ia menjadi surreal apabila kedua dinding ini melakukan apa yang mustahil terjadi, iaitu dinding-dinding yang terbelah ini menari sewaktu perpisahan berlaku. Perpisahan selalu disinonimkan dengan kesedihan, tapi dalam konteks dinding, ia sebentuk mitosis persis amoeba, di mana dinding yang satu, menjadi dua. Dalam kes ini, saya cuma masuk dan buat kerja buruh saya, memasang wallpaper ke dinding, agar projection menjadi jelas kemudian, sebentuk nesessity.

MEMBUKA RUANG/LALUAN PERFORMANS DI KAWASAN AUDIENS (Hamlet Fansuri, Ogos 2019)

Foto menunjukkan penulis sedang membuka ruang dan jalan bagi Claudius yang bakal menggunakan ruang yang sedang diduduki audiens.

Terinspirasi dari seni persembahan tradisional Mendu yang saya dengar, bahawa pengarahnya boleh memberikan arahan secara live/langsung terhadap persembahan yang sedang berlaku, saya mulai berani untuk bertindak ketika play sedang berlangsung. Tetapi ia bukan semberono, sebab apa yang saya lakukan ini tak akan berkesan dalam ruang konvensional yang tak memerlukan audiens bergerak. Dalam kes ini, Hamlet Fansuri sendiri secara naratif memerlukan audiens bergerak dari satu ruang ke satu ruang, dan apabila ia tiba di bilik belakang yang luas, performans akan berlangsung di kawasan audiens. Pendek kata, ruang audiens dan performer dah bercampur ketika ini. Ini poin seluruh naratif Hamlet Fansuri ini, iaitu agar ia bermula dengan pemisahan jelas melalui kaca antara performer dan audiens, kemudian ia semakin akrab dengan proscenium lorong kontena, dan seterusnya ke bilik luas yang menempatkan Kicau Bilau di mana audiens dan performer sudah pun berkongsi ruang ketika ini, sebelum akhirnya ke luar di mana segala-galanya telah cair, dan audiens patut pandai-pandai sendiri untuk cari view persis seni persembahan tradisional dulu kala.

Lain hari lain posisi kedudukan audiens, dan saya selaku penjaga lampu dan dramaturgi persembahan sudah tahu aktor mahu ke mana, jadi tugas saya adalah untuk buka jalan dan ruang bagi adegan yang bakal berlaku bila-bila masa selepas itu. Ada kala saya perlu tinggalkan stesen suis lampu saya, menggunakan tubuh dan gerakan tangan untuk berkomunikasi (saya tak gunakan kata-kata kerana performans sedang berlangsung!), dan ada kala stesen lampu saya diambil oleh audiens yang bergerak dan saya perlu reclaim ia walau macam mana pun. Dalam kes ini saya perlu berhubung dengan audiens secara halus dan bahasa isyarat, dan perlu subtle sebab tak mahu ia jadi intervensi ketara. Ia memang campuran intervensi, necessity (kalau audiens tak sediakan ruang, aktor berpotensi rempuh dan langgar audiens), dan komunikasi bawah tanah. Perasaan saya seperti konduktor muzik yang sedang orkestrakan kedudukan dan gerakan audiens dalam menyumbang kembali terhadap kelancaran play dan dramaturgi.

SEBAGAI PENGARANG KEPADA PENGARANG, NOVELIS KEPADA NOVELIS (Stereo Genmai at Urbanscapes, November 2019)

Foto menunjukkan para aktor sedang baca soalan yang sedang ditaip, sementara aksi menulis secara langsung oleh penulis sedang berlangsung di tepian.

Dalam Stereo Genmai at Urbanscapes, seperti yang sudah saya ceritakan sebelum ini, oleh kerana slotnya lebih pendek dari durasi sebenar Stereo Genmai, saya perlu ringkas dan abridged-kan teks dan dalam masa sama saya perlu gel dan gabungkan balik adegan-adegan yang mulai melompat-lompat ini. Oleh kerana kefahaman audiens penting dalam menyampaikan cerita yang sedia senggama minda ini, saya tak berniat untuk bikin audiens semakin keliru. Dengan itu, saya telah selitkan sesi soal jawab bersama saya (sekali lagi ia perlu saya dan tidak boleh orang lain) kerana sayalah ‘pengarang kepada pengarang, novelis kepada novelis’ yang disebut dalam play ini, dan intervensi ini secara tak langsung mengaburkan jurang antara adegan (biasanya teknik blackout digunakan di sini dalam teater konvensional). Ideanya adalah untuk susun rentak agar audiens dapat cam kitaran lakonan-soalan-lakonan ini sewaktu ia berlangsung. Bila menjawab soalan, sudah tentu aktor tak perlu berlakon dan perlu jadi diri sendiri. Kontras lakon dan tak lakon ini akan bikin dinamik, dan menyerlahkan kebolehan disiplin lakon. Ada 9 pusingan soalan dalam play ini, di mana 8 pusingan pertama saya yang akan tanya para aktor manakala di pusingan akhir, giliran setiap aktor pula untuk tanya saya (setiap soalan berbeza dan dirahsiakan, agar kita spontan waktu menjawab, ideanya adalah untuk tidak berfikir terlalu lama untuk jawab soalan). Dalam hubungan ini, saya cuma menjawab dengan menaip ia secara langsung guna Pages/Word (software yang sama saya taip novel) yang terpancar di dinding. Suara saya dibaca oleh aktor-performer dan audiens dalam bentuk tulisan (secara tak langsung ia menampakkan kesan dan kelajuan saya menaip di hadapan umum), sepertimana dunia proses ciptaan novel yang tertanam dalam naratif Stereo Genmai.

Ridhwan Saidi

Bin Filemhttp://www.blogger.com/profile/01070099078525468889noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5940443957884529067.post-42124074728315890662019-12-07T11:00:00.001+08:002019-12-09T09:57:30.591+08:00Lapan performans yang saya tonton dan rasa terkesan untuk tahun 2019

Meneruskan amalan tahunan blog ini dengan senarai ‘Tiga performans yang saya tonton dan rasa terkesan untuk tahun 2018’ dan ‘10 Teater Terbaik Kami Tonton 2017’, berikut merupakan lapan performans yang saya tonton dan rasa terkesan untuk tahun 2019. Selain itu saya perlu pisahkan werk sendiri dengan orang lain, jadi di entri ini terkumpul kerja-kerja teater/play/performans saya: ‘Apa yang dibuat untuk tahun 2019’.

Terkesan di sini dalam erti kata saya dapat rasa sesuatu. Ada sesuatu yang bikin saya heightened, biar pun sekejap dan tidak menyeluruh, sebab perasaan ini amat langka lagi-lagi dalam seni persembahan (ia lebih mudah dialami via buku atau filem). Mungkin semuanya menjadi, atau mungkin ada bahagian-bahagian tertentu yang menjadi. Hati saya terbuka dan saya diserap/terserap masuk ke dalam dunia/karakter itu. Dan adakala pilihan ini secara tak langsung menjadi kuat apabila ada play/performans lain yang dibikin kemudian, dengan kepekaan atau isu yang sama, tetapi kurang kuat membuatkan kita teringatkan play/performans yang lebih kuat dan padu di awal tahun. Tanpa melengahkan masa, ini merupakan lapan pilihan performans/teater yang saya tonton dan alami di tahun 2019 yang mengesankan:

Orang Asing (2019) tulisan Hariry Jalil, arahan Afendy Shah (Asterik Anak Seni), Revolution Stage, Februari 2019

Apa yang saya gemar dari pementasan ini rekaan setnya dan nuansanya beri impresi ‘kemas’ hasil sentuhan Afendy Shah. Sebuah male melodrama, ia tulisan baru oleh Hariry Jalil. Ia play yang berkisar tentang situasi watak suami pertama yang dipenjara, seorang suami kedua serta hubungannya dengan seorang anak lelaki remaja yang bisu. Di tengah-tengahnya ada watak isteri dan anak perempuannya yang sedang sakit di dalam wad, tetapi fokusnya lebih kepada tiga lelaki tadi. Kita boleh kata bahawa ia sebuah cerita tentang kelelakian dan maskuliniti yang diuji takdir, dengan penuh ketegangan (ia turut menampilkan dua badut sans humor). Penulisannya berkisar kehidupan dewasa yang matang, dan ini buat ia menyerlah pada saya, kerana selalunya play baru yang ditulis atau di-devised lebih longgar bentuknya dan selalunya amat mudah dipengaruhi budaya popular dari segi garapan dan kata-kata menjadikannya keanak-anakan atau penuh sentimental, menjadikannya jengkel atau senang dijangka.

Meski play ini ada sikap drama tivi Melayu, tetapi keterbalikan watak (lelaki dimangsai dan berserah kepada takdir) tadi bikin ia unik, berbanding play (terutama dalam bahasa Melayu) lain yang ada waktu cenderung misoginistik dan disturbing (di mana watak perempuan dimangsai secara emosi dan fizikal dari mula sampai habis), atau masalah tipikal iaitu watak-wataknya cuma satu dimensi dan rata. Ada juga play-play yang lebih kontemporari dan rajin gerakan ensembelnya tetapi tidak cukup kuat dalam menyampaikan teks, lebih gaya dari makna/isi—kadang-kadang kita rasa ia macam koreografi Anugerah Juara Lagu. Orang Asing meski kelongsongnya realisme dan old skool, tetapi garapan dan sensibility-nya tak terjerat untuk embrace klise budaya popular yang tidak senonoh. Ini amat dihargai, kerana benda terakhir yang saya nak temui dalam teater ialah unsur bawaan tivi yang bukan-bukan (yang selalu saya temui!).

to which my brother laughed; (2019) arahan Tung Jit Yang, Pentas 2, KLPAC, Feb-Mac 2019

Dengan live performance dan score asal oleh kugiran Shh… Diam!, saya dapat rasakan tenderness dan dalam masa sama, suatu enclosure seperti bubble apabila ia tiba di penghujung. Ia rasa begitu middle-class, bandar, personal dan tulen, cuma oleh kerana ia kerap merujuk kembali kes sebatan yang berlaku di Terengganu, percanggahan kelas dan sensibility ini adakala buat ia rasa berjarak dengan kes sumbernya (bila saya bayangkan nuansa di Terengganu). Ia paling ketara apabila ensembel performer menjalankan kitaran fesyen show. Kontras antara kota yang ada KL Fashion Week dengan Dungun jauh, dan bagaimana ia boleh didekatkan?

Dalam melawan violence yang berlaku di Terengganu, play ini meraikan cinta di dalam ruang selamat Pentas 2 di Kuala Lumpur, didukung oleh majoriti audiens yang sedia menyokong, lagi pula sebelum intermission, para audiens dipinta untuk bersolidariti dengan performer tanpa kata-kata selama 20 minit. Saya cukup faham apa yang sedang berlaku, mekanismenya (John Cage) dan apa yang diingini, tetapi ia buat saya fikir kembali kenapa saya berada di ruang teater: buat sementara adakah ia okay untuk saya memilih menjadi (minoriti) antagonis di dalam panggung itu?

Meski saya sedar kes sumber cuma dicubit, dan empati lebih berfokus kepada setiap ahli ensembel yang mendedahkan diri masing-masing, saya boleh tangkap urgency yang diperlukan dalam meluahkan rencam perasaan masing-masing. Ada momen yang intens dan menyentuh. Ia boleh jadi sedikit privilege (kerana kita tak boleh elak dari bandingkan situasi di Terengganu yang jadi rujukan), tapi entah kenapa saya boleh appreciate ia sebagai naratif Kuala Lumpur, dan kerana itu ia kontemporari? Sastera dan teater di Malaysia rata-rata punya semangat, sentimen dan nuansa kampung, dan jarang sekali ia all out bandar. Jika ia berlatar bandar, kampung biasanya menjadi jalan keluar untuk capai kebahagiaan. Play ini terbalik. Buat jarang-jarang kali, kebahagiaan ada di bandar.

Void in Void (2019) arahan Liew Chee Heai, dalam siri SeniTiga, KongsiKL, April 2019

Segmen pembukaan oleh Lee Ren Xin amat kuat dan cukup solid di mana kita di dalam gelap, melihat beberapa lampu bergantungan di lehernya yang sedang berusaha mencari jalan keluar dari timbunan perabot lama dan rak yang melekat di dinding. Ia amat simple dan di sini saya akui bahawa yang buat ia mengikat dan intens adalah energi gerakan tubuh, yang berlaku di dalam gelap—bikin misteri. Ia mengingatkan saya kepada Plato’s Cave atau sesuatu. Jika TubuhDang TubuhDut oleh Ayu Permata Sari menjadi pilihan saya tahun lepas dalam mendepani bahasa tubuh, tahun ini ia segmen Ren Xin yang satu ini.

Segmen kedua lebih scenic dan fotografik yang turut menampilkan Liew Chee Heai. Kita nampak imej-imej tubuh dan pohon dalam cahaya low-key. Ia kemudian akan menampilkan projeksi tangan gergasi pada dinding Kongsi, lalu bertindih dengan permainan bayang-bayang tangan Ren Xin. Perlu saya puji di sini, dalam persembahan ini rekaan bunyi live-nya amat mengisi ruang dan connect dengan apa yang berlaku. Jarang saya suka rekaan muzik dalam play/performans yang ditonton. Majoriti semua performans lain yang saya hadiri, rekaan bunyinya seakan ditampal atau tidak sebati dengan performans, tetapi yang ini tidak. Ia atmosferik sehingga tiba di penghujung, seluruh peformans ini akan mengepung kita secara tiga dimensi. Banyak performans kontemporari cuba tamatkan performans mereka dengan muzik berintensiti tinggi sebelum lalu ia tiba-tiba sunyi (Violent Event turut melakukan hal yang sama), tapi yang ini menjadi untuk saya, kerana perasaannya via muzik terbawa dari mula.

Performans ini meyakinkan saya bahawa sesuatu yang abstrak boleh menjadi, setelah rata-rata bertembung dengan sesuatu yang abstrak dan tidak menjadi. Bagi saya sesuatu yang abstrak pasti menjadi, apabila ia datang dari diri yang berisi. Jika diri kosong, abstraksi itu biasanya cuma jadi permukaan dan stail yang kosong dan tidak bermakna. Dalam kes ini Liew Chee Heai merupakan seorang fotografer dan peladang, dan bagaimana perasaan fotografi dan berladang terpancar sebagai live performance. Adakala kita terasa seperti di dalam galeri, adakala kita terasa seperti di dalam kamera.

Plunge, play reading (2019) tulisan Jean Tay, bikinan Irfanuddien Ghozali and team, IFI-LIP Yogyakarta Auditorium, Julai 2019

Reading ini berbekas buat saya kerana performans para aktor-nya. Ia rasa kemas dan berlagu. Ia ada rentak yang tepat, ada kala saya rasa kebanyakan pementasan penuh yang saya tonton, tidak temui rentak ini. Ini membuktikan bahawa meski ia cuma bermain dalam bentuk play reading, ia sudah cukup untuk memberikan kesan. Dari segi naskhah, apresiasi saya datang dalam cara berbeza dalam erti kata, oleh kerana reading ini salah satu dari program bacaan Asian Playwrights Meeting, saya lebih terdedah dalam menekuni semua play dari setiap negara, untuk tangkap cara bercerita dari setiap sampel yang ada. Sejauh mana naratif diteroka, dari negara ke negara. Untuk Plunge ini, ia menarik kerana skopnya merentas seluruh Asia Tenggara, berlatar krisis ekonomi yang melanda kita pada tahun 1997. Bagaimana sesuatu yang makro dari sudut pandang seorang ekonomis, menjadi mikro via cerita yang disampaikan oleh seorang pembaca berita.

Damage Joy (2019) oleh B-Floor Theatre, arahan Nana Dakin, Bangkok Art and Culture Centre, Oktober 2019 dan Violent Event (2019) konsep dan koreografi oleh Billinger & Shulz (Jerman), Host BKK, Oktober 2019

Foto: The Momentum

foto: Alex Brenner via Billinger & Schulz FB page

Damage Joy dan Violent Event dua pementasan berbeza yang saya tonton di BIPAM 2019. Meski setiap satunya menarik dengan cara tersendiri, tetapi dalam reviu ini saya gabungkan sebab entah kenapa perasaan saya menjadi penuh apabila kedua-dua play yang bermain dengan pain dan keganasan ini bertemu. Satu dari Thailand dan satu dari Jerman. Dua-dua bermain dengan unsur humor, atau dark humor tapi dengan sensibility yang berbeza. Satu amat Asia dan Timur, ini malah termasuk bentuk tubuh, manakala satu lagi lebih Eropah dan Barat. Kontras ini bikin dialog di dalam kepala saya, dalam menggarap violence ke dalam kerja teater. Humor sudah awal-awal di-establish dalam Damage Joy kerana keempat-empat watak-wataknya berupa badut, yang akan saling menyeksa antara satu sama lain demi nikmat (joy) audiens. Audiens secara konsensus boleh menghentikan penyeksaan ini, tetapi ia tak berlaku dalam sesi saya. Manakala humor dalam Violence Event menyelinap perlahan-lahan. Ia bermula serius persis kanak-kanak bermain, dengan satu tumbukan ke perut dan genggam wajah untuk dicampak ke lantai, sebelum kita sedar bahawa tindakan-tindakan ini makin lama makin mengarut (dalam erti kata violence dipaparkan, tapi dalam masa sama tindakan ini bukan untuk diraikan tetapi dikritik) sehingga ia menjadi koregrafi tarian dengan gesture-gesture yang barangkali amat subversif di hadapan penonton Barat.

In Ter’s View x New Cambodian Artists (2019) arahan Wichaya Artamat dengan kolaborasi New Cambodian Artists Dance Company, Saeng Arun Art and Culture Center, Oktober 2019

Format temubual dan diseling dengan performans serta dokumentasi video ruang latihan ketiga-tiga mereka di Siem Reap memberi lapisan makna terhadap gerakan-gerakan yang mereka lakukan—ada sentuhan autobiografi mereka secara kolektif, sebagai penari kontemporari. Ini penting sebab rata-rata performans yang menggunakan gerakan dan tarian yang saya saksikan setakat ini di Malaysia, membawa naratif yang simplistik. Misalnya penari ini kelihatan dibelenggu dan terikat, dan akhirnya ia berjaya bebaskan diri. Aksi gerakan yang gunakan naratif ‘ingin bebas’, terlalu mudah pada saya, ia tiada lapisan lebih mendalam. Selain itu, meski New Cambodian Artists ini di pihak yang ditanya, dan penggerak siri In Ter’s View dari Thailand (dan lelaki) yang akan sentiasa bertanya, ia tidak membuatkan mereka yang cuma di pihak yang menjawab ini dimangsai, sebaliknya mereka stabil dan kuat sebagai perempuan. Ini saya kagumi, kerana dalam konteks kebiasaan di Malaysia, jika orang yang ditanya itu tiada kesedaran bahawa mereka agency, soal jawab ini akan jadi satu hala. Cuma pihak bertanya yang berkuasa persis interogasi.

Maafkan saya sebab asyik membanding performans ini dengan situasi di Malaysia, tetapi satu lagi yang bikin saya terfikir ialah, betapa mereka ini kontemporari kerana dari kecil sudah dibentuk dengan seni tarian tradisional yang lebih rigid dan mencengkam. Ini naratif paling basic, untuk menjadi kontemporari, iaitu untuk membebaskan diri dari naungan disiplin tarian yang sudah ada acuan. Kita manusia diacu untuk masuk ke dalam acuan itu. Untuk menjadi kontemporari adalah untuk keluar dari acuan itu. Ia dikotomi tradisional-moden yang straightforward. Cuma di Malaysia saya dapati ada juga para penari lepasan universiti yang selalunya serba boleh. Mereka boleh gerakkan pelbagai teknik dan jenis (jika bukan semua!) tarian tradisional dan moden. Jadi ia bikin saya tertanya, jika mereka melakukan sesuatu yang kontemporari, ia terbit dari kegelisahan, belenggu atau masa silam yang bagaimana, atau ia sekadar saduran teknik?

The Optic Trilogy, play reading (2019) tulisan Alfian Sa’at, arahan Bhanbhassa Dhubtien, Alliance Française auditorium, Oktober 2019

Sewaktu di BIPAM telah saya tonton deretan performans tanpa/kurang kata-kata dan lebih berasaskan gerakan yang mempesonakan, dan ini telah menginspirasikan saya untuk tinggalkan kata-kata... sehinggalah saya tonton play reading The Optic Trilogy ini di hari terakhir. Ia mengembalikan keimanan dan kepercayaan saya terhadap kata-kata. Bahawa kata-kata merupakan teknologi tercanggih teater. Seluruh direction play reading ini menghampiri apa yang saya bikin dengan Teater Normcore. Gerakan minimal dan cuma lafazan kata-kata yang tepat. Meski pun ia cuma play reading, dengan dua aktor duduk di kerusi tinggi, dengan helaian kertas A4 (serta seorang lagi pembaca stage direction di kerusi rendah), ia sebati dengan naratif. Pembaca lelaki dari Thailand manakala pembaca perempuan dari Filipina, dan cara mereka sebut kata-kata dalam bahasa Inggeris agak kontras. Ia memberikan lapisan tentang cara mereka berdua berhubung—seorang sedikit pelat, manakala seorang lebih bulat sebutannya—siapa yang lebih memendam rahsia?

Play yang terbahagi kepada tiga bahagian ini mengenai rasa keterasingan, keseorangan dan kerinduan dan ia diakhiri dengan satu gesture sentuhan yang sewajarnya membuatkan kita rasa hangat, setelah luahan kata-kata dingin, kejam dan brutal dihamburkan. Dengan sihir dan magik kata-kata, perasaan saya benar-benar ditusuk dan terbuka, untuk masuk ke dalam dunia kedua karakter yang sedang di dalam kesakitan ini. Ada poin mengingatkan saya waktu baca skrip Harold Pinter atau tonton The Bitter Tears of Petra von Kant, Rainer Werner Fassbinder (ini rujukan peribadi, dua bacaan dan tontonan ini membekas dalam diri saya) yang mana perasaannya intens walaupun secara visual tiada apa-apa pergerakan berlaku. Ia sesuatu yang saya sendiri ingin capai dalam teater saya dan tak saya sangka dapat saya saksikan ia di depan mata saya melalui play ini. Di era di mana manusia mulai sinikal dan tidak lagi mempercayai kata-kata, ia memberi saya semangat untuk terus meyakini kata-kata, dan drama, dan gerakan, dan sastra, dan sentuhan, dan karakter, dan puisi.

Ridhwan Saidi

P/s: Ada dua play reading dalam senarai ini, dan saya mulai sedar bahawa saya kini cukup pasti bahawa meski pun play reading bukan produksi teater penuh, tapi jika fikiran dan perasaannya terisi, alangkah ia lebih bermakna daripada produksi teater penuh sans fikirasa.

Bin Filemhttp://www.blogger.com/profile/01070099078525468889noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5940443957884529067.post-64360185268999359332019-12-02T20:44:00.000+08:002019-12-02T20:52:33.431+08:00Frequent Collaborator Setakat Ini

Frequent collaborator dalam konteks lakonan/performans (teater). Dalam kes ni kita tak ambil kira reading session Teater Modular. Nombor cuma menampakkan contact hubungan via bilangan kolaborasi, tetapi ia tidak mewakili kebesaran hubungan sebab setiap play dari normcore ke modular ke pesta playlet, berbeza-beza skalanya. Lagi pun hubungan kita di dunia nyata lebih berselirat dan kompleks. Ada yang berlakon ikut direction orang lain via tulisan saya, ada yang direct playlet tulisan saya, dan ada yang saya bikin filpen dan ia di luar kerangka seni persembahan langsung, jadi ia tak masuk ke dalam senarai ini. Mereka yang terlibat ini pernah perform bersama saya selaku pembikin teater runcit-runcitan. Saya cuma fikir nombor-nombor ini menarik untuk diperhati sebagai pattern, selain capahan hyperlink projek-projek terdahulu yang boleh kita teroka melaluinya. +1 merujuk kepada tentatif kolaborasi Teater Normcore yang bakal berlaku di tahun 2020.

Ani Aziz (5) +1 // Pengantin, Freestyle! at YSDAF (2018), Stereo Genmai (2018), Retak Menanti Belah at GTF (2019), Matinya Seorang Birokrat at GTF (2019), Stereo Genmai at Urbanscapes (2019)…

Hannan Barakbah (4) // Bengkel Modular: Neraka Blackout (2017), Stereo Genmai (2018), Touched With Fire at Pesta Playlet (2019), Stereo Genmai at Urbanscapes (2019)

Tasha K. (4) // Hotel Berdarah, Teater Modular [set 3] (2018), Matinya Seorang Birokrat at GTF (2019), Hamlet Fansuri (2019), Stereo Genmai at Urbanscapes (2019)

Mira Romanli (2) +1 // Hamlet Fansuri (2019), Stereo Genmai at Urbanscapes (2019)…

Amirul Syakir (3) // Tiada Cinta Selama Muda (2018), Matinya Seorang Birokrat (2018), Sesuap Kaseh, Teater Modular Redux (2019)

Lee Kylie (1) // Sesuap Kaseh, Teater Modular Redux (2019)

Shasha Fairus (2) // Hotel Berdarah, Teater Modular [set 3] (2018), Sesuap Kaseh, Teater Modular Redux (2019)

Roshafiq Roslee (5) +1 // Matinya Seorang Birokrat (2018), Pengantin, Freestyle! at YSDAF (2018), Kisah Lelaki Yang Dapat Pencerahan Setelah Kasutnya Dicuri Di Masjid Pada Suatu Petang at Projek Suitcase (2018), Kisah Lelaki Yang Dapat Pencerahan Setelah Kasutnya Dicuri Di Masjid Pada Suatu Petang at Pesta Playlet (2019), Hamlet Fansuri (2019)…

Shon Anwar (2) // Pengantin, Freestyle! at YSDAF (2018), Hamlet Fansuri (2019)

Nyna Roslan (4) // Pengantin, Freestyle! at YSDAF (2018), Stereo Genmai (2018), Laut Api: hikayat_hang_tuah.zip at Pesta Playlet (2019), Hamlet Fansuri (2019)

Rashid Akhmal (5) // Bengkel Modular: Neraka Blackout (2017), Hotel Berdarah, Teater Modular [set 3] (2018), Laut Api: hikayat_hang_tuah.zip at Pesta Playlet (2019), Retak Menanti Belah at GTF (2019), Hamlet Fansuri (2019)

Lew Shu Ni (1) +1 // Hamlet Fansuri (2019)…

Shamnirul (3) // Hotel Berdarah, Teater Modular [set 3] (2018), Touched With Fire at Pesta Playlet (2019), Hamlet Fansuri (2019)

Mia Sabrina Mahadir (3) +1 // Matinya Seorang Birokrat (2018), Laut Api: hikayat_hang_tuah.zip at Pesta Playlet (2019), Matinya Seorang Birokrat at GTF (2019)…

Sadiq M. Jamil (2) +1 // Laut Api: hikayat_hang_tuah.zip at Pesta Playlet (2019), Touched With Fire at Pesta Playlet (2019)…

Sandee Chew (1) // Stereo Genmai (2018)

Irfan ‘Kecik’ Aziz (2) // Melihat Setan Bekerja (2017), Hotel Berdarah, Teater Modular [set 3] (2018)

Azman Rashid (1) // Hotel Berdarah, Teater Modular [set 3] (2018)

Adena Sams (1) // Tiada Cinta Selama Muda (2018)

Fida Aziz (1) // Bengkel Modular: Neraka Blackout (2017)

Fahmi Harun (1) // Melihat Setan Bekerja (2017)

p/s: Klik pautan untuk info lanjut tentang persembahan yang dibuat.

Bin Filemhttp://www.blogger.com/profile/01070099078525468889noreply@blogger.com