Isnin, September 16, 2013

Open call penyertaan cerpen Tandoori Naan Sekeping

Gambar sekadar hiasan

Selepas antologi cerpen Bila Larut Malam kini Moka Mocha Ink ingin terbitkan antologi cerpen kedua.

Pasca Kelapa Nan Sebatang, Rokok Nan Sebatang, Perempuan Nan Bercinta dan nan-nan lain, kini tiba giliran Tandoori Naan Sekeping. Ia asalnya judul cerpen Dewa bagi penyertaan Bila Larut Malam yang tak siap, kini jadi judul antologi cerpen.

Cerpen sebaiknya berkisar/berlatar kedai mamak atau berunsur mamakism(?) atau apa sahaja selagi nuansa tandoori naan masih terasa. Hmmm... sedap.

Rinci:
Bahasa Melayu
2000-7000 patah perkataan
Tarikh tutup 30 Oktober 2013
Hak cipta kekal bersama penulis
Cadang terbit hujung tahun 2013
Emel cerpen anda ke mokamochaink at gmail dot com dengan subjek: TANDOORI NAAN SEKEPING (Hanya penyertaan terpilih terima maklum balas kami.)

Penulis-penulis terpilih akan terima RM50 + 5 naskhah setiap seorang. Antologi ini akan di-ISBN dan dijual di toko-toko buku popular dan pinggiran, online dan terus.

Penulis atau non-penulis, selamat menulis!


Ridhwan