Isnin, Mei 02, 2011

(Th)eru

'Th' ni takde kaitan dengan Thor, tapi lebih kepada cara pengucapan pelat generasi muda masakini. Filem yang dimaksudkan tidak lain tidak bukan – SERU, yea! Okay, saya tak pasti jika SERU ni filem seram terbaik Malaysia ke tidak; tetapi yang pasti, SERU sebagai filem (th)ucks!

Kita sedia maklum bahawa industri hiburan kita merayakan semangat kepura-puraan. Saya tiada masalah dengan ini, tetapi apabila ia cuba mengambil semangat realisme found footage dan menafikan kebenaran footage itu, ia lebih kepada satu bentuk penghinaan. Saya sebagai penonton terasa seperti dihina.

Saya bukanlah jenis yang keras gila hanya layan filem-filem seni nak mampus. Saya juga boleh layan BACK TO THE FUTURE, atau filem-filem Jim Carrey macam THE MASK, THE TRUMAN SHOW serta ETERNAL SUNSHINE OF THE SPOTLESS MIND. Saya sanggup suspend kepercayaan saya untuk berhibur. Saya rela ditakut-takutkan di dalam panggung. Tetapi malangnya kesemua elemen-elemen di dalam filem SERU membuatkan saya hilang percaya, malah sampai satu tahap ia menjengkelkan. Hey, HAQ pun menjengkelkan tetapi sekurang-kurangnya filem HAQ lawak. SERU ini menjengkelkan dalam ertikata sebenar.

Kerja kamera prententious. Suntingan pretentious. Rekaan bunyi pretentious. Lakonan pretentious. Ianya bloody kordial! Jadi bila elemen-elemen ini semua pretentious, mustahil kita dapat merasa true horror. Yang ada hanya rasa seram yang dibuat-buat, sampai satu tahap saya terkenangkan kembali pengalaman menonton filem I KNOW WHAT YOU DID LAST RAYA. Manusia terpekik-pekik, terlolong-lolong, gelabah tak tentu hala.

Seingat saya, tak pernah saya tonton filem-filem shaky-cam dengan shallow focus yang radikal tahap lensa D-SLR. Hampir semuanya deep focus dan auto-focus supaya segalanya jelas. Ini tidak, nak trendy tapi tak kena tempat – tak hip langsung. Efek suntingan 'konon-konon dah rosak'nya ish ish ish, dan bunyi-bunyi efek yang canggung. Tetapi mujur ada sesuatu yang menarik pada lakonan. Filem ini dimulakan dengan 'lakonan' Awal Ashaari, Pierre Andre dan Nora Danish macam filem-filem seram klise. Takde apa yang spesial pun, tetapi lepas tu dua orang kru kena rasuk memecahkan 'dunia lakonan' kepada 'dunia sebenar' – ini pun sebenarnya masih lagi biasa. Selepas itu apabila Awal Ashaari dan Nora Danish ingin pulang dari lokasi penggambaran, mereka mengada-ngada dan menyerlahkan kedivaan mereka dengan mengatakan:

"Lain kali jangan campur baju dengan pelakon extra ya."

Ini entah mengapa merupakan detik lakonan terbaik dalam filem ini. Malah serius saya merasakan Awal Ashaari telah overshadow Nora Danish dalam hal diva-mendiva ini. Awal sekadar menyuruh pekerja wardrobe, "Hah, letak sini!" (ke dalam kereta) tapi amat benar semangatnya. Lakonan Awal dalam masa beberapa saat itu mengatasi kualiti lakonan Arja Lee dalam filem ANU DALAM BOTOL, no kidding. Kemudian selepas bintang kita ini pulang, saya tertunggu-tunggu – bila la diorang (produksi filem Jangan Bernafas) ni semua nak berhenti 'berlakon'. Semuanya 'drama.' 

Mungkin ada yang punya potensi, tetapi seorang pelakon penting telah merosakkan segala-galanya. Pelakon itu tidak lain tidak bukan, si jurukameranya. Takde soul langsung (not to be confused with Syamsul Yusof.) Kita tak rasa si perakam ini sedang menggelabah atau berasa takut. Atau kalau tak takut pun, tiada juga sebarang tanda-tanda obsesi merakam macam filem DIARY OF THE DEAD. Yang kita rasa sialnya seperti seperti seorang d.o.p (director of photography) tengah buat kerja (silap-silap siap ada seorang focus puller sekali.)

Walau bagaimanapun, perjalanan cerita yang digerakkan oleh dua kamera di dua ruang berbeza bagi saya menarik. Saya suka momen kamera berjalan secara linear di dalam hutan (mencari perempuan yang kena rasuk dan lari.) Perasaannya menarik, tetapi garapannya gampang. Dua orang yang sedang berjalan itu belum apa-apa dah gelabah. Bukankah lebih terasa jika semua orang chillax, kemudian bila pembunuhan berlaku baru semua start gelabah? Come on la, nama Jeff, Tony, Sam, nama mat salleh, tapi tak rasional, takut bayang-bayang sendiri, apa ni?

Filem ini cuba membawa kita menaiki roller coaster – tapi tak berkesan. Ada potensi, cuma tak menyeronokkan. Dalam filem [REC] perasaan roller coaster-nya menjadi sebab ia bermain dengan ruang yang terkedap. Roller coaster ini ada track, ada sense of place. Tu yang diorang ni berlari naik turun naik turun tangga menyelesaikan teka-teki dalam masa sama mengelak daripada dimakan zombie. Kita tahu tingkat bawah ada apa, kat tengah ada apa, tingkat atas sekali ada apa. Kita kenal ruang di dalam filem itu. Berbeza dengan filem THE BLAIR WITCH PROJECT, ia lebih terbuka. Sesat di dalam hutan yang tak berpenghujung, jadi pace-nya lebih perlahan.

Ternyata SERU memilih jalan yang pertama iaitu yang macam roller coaster (walaupun di dalam hutan yang tak berpenghujung.) Kita juga sedar (mengabaikan kesemua unsur kepura-puraan di dalam filem ini) bahawa ada beberapa ruang yang kita kerap ulang-alik seperti di set penggambaran, ofis produksi, dan rumah orang asli (yang bercahaya.) Tetapi tidak kurang juga lokasi-lokasi yang 'asing' seperti tanah kubur, tempat anak orang asli dihidupkan dan anak sungai yang muncul secara tiba-tiba (malah ketika di sungai, kedua-dua watak lelaki itu seperti melakukan aksi seks – ini serius gimik murahan.) Perkara-perkara sebegini melemahkan.

Ada momen-momen lain yang okay macam semua kru nampak cahaya (rumah orang asli,) tangan putus tergantung pada rantai besi, gadis kena rasuk pegang sabit dan ya itu saja yang saya ingat. Jadi usah banyak songeh, saya berikan filem ini 40/100 markah sama macam KHURAFAT. Cuma satu perkara yang saya rasa kelakar, bukan pasal sumber cahaya di dalam hutan, tapi pasal dua kali watak Jeff memperkenalkan diri di depan kamera, "Nama aku Jeff." Dia ingat dia siapa? Ishmael?!


Ridhwan Saidi
P/s: Kita faham bahawa perjalanan kamera yang linear itu berakhir apabila chaos (pembunuhan) bermula, tetapi chaos yang dijalinkan dalam filem ini tidak indah.
P/s/s: Untuk saya filem ini bukannya sebuah joyride. Rasanya lagi enjoy kalau kayuh fixie di MRR2.