Selasa, Februari 24, 2009

Sinema Pak Cik Tora

Apabila menonton filem-filem Mat Sentol, saya seakan dibawa ke dalam naratif separuh sedar, khayal dalam dunia surreal ciptaan beliau. Hampir kesemua siri filem-filem Mat Sentol, yang bermula dengan kata panggilan ‘Mat’, yang tujuh itu, kalau tak silap, berlegar di luar lunas-lunas konvensional filem Studio Jalan Ampas. Malah rasanya kita semua tahu, dalam banyak segi, filem-filem beliau sudah bergerak jauh mendahului zaman.

Imej-imej tak logik yang terdapat dalam filem Mat Magic misalnya, secara teknikal memang macam haram bagi saya, macam main tampal saja. Bayangkan, dalam Mat Lanun pula pokok pisang boleh berbuahkan nenas! Tapi anehnya, saya boleh pula syok melayan kerja-kerja gila sebegini.

Namun, selain dari teknik penceritaan yang berjaya lari dari klise, yakni tampalan-tampalan montaj yang kelihatan sangat kartun, saya mengesan satu lagi kelainan yang dicipta dalam filem-filem Mat Sentol iaitu dari segi gaya penyampaian dialog. Saya rasa ini sangat jelas, terutama bagi watak utama yang dipikul oleh Mat Sentol sendiri.

Sambil tak mengabaikan beberapa filem komedi P. Ramlee, filem garapan Mat Sentol juga membawa gaya pertuturan yang memang langsung lari jauh dari klise filem-filem Melayu Jalan Ampas. Begitu selamba, secara terus, raw, tidak seperti gaya kelaziman filem Melayu iaitu pengucapan yang syahdu-mahdu, terkadang berlebih-lebih dan tak realistik. Pengucapan kata bual filem Mat Sentol terlalu spontan, menghidupkan unsur realisma secara tak sedar di sebalik ironinya paparan adegan surrealis. Beliau seolah-olah menolak idea pengucapan dialog ala teater Bangsawan yang mempelopori seni perfileman Melayu suatu ketika dahulu. Terater Bangsawan ini antara seni teater masayarakat Melayu selain dari Ghazal, Mak Yong dan Dikir Barat. Teater ini juga sememangnya dibuat sebagai bentuk hiburan kelas bangsawan Melayu pada zaman dahulu. Mungkin kerana itu namanya teater Bangsawan, bukan teater marhaen..haha!

Nama-nama seperti M. Suki, Sharif Medan, Fatimah Jasmin, S, Kadarisman ini antara para pelakon yang mempunyai latar belakang sebagai pendukung teater Bangsawan. Apabila seni filem mula masuk ke Tanah Melayu, negara ini tidak memiliki para pelakon filem yang sebenar-benarnya. Seni lakon teater Bangsawan dengan seni lakon filem adalah berbeza sama sekali. Saya tak tahu secara teorinya bagaimana, tapi secara peribadi, saya mempunyai pengalaman menonton teater Bangsawan, iaitu melalui stesen TV Singapura, sewaktu zaman saya belum bersekolah lagi. Gaya penyampaian dialognya tak banyak beza dengan gaya percakapan para pelakon dalam filem-filem Melayu klasik.

Dunia perfileman Melayu pada awalnya boleh membawa masuk pengarah dari India, pekerja teknikal dari India atau England, di samping sokongan pemodal Cina, tetapi nak tak nak, dalam konteks tempatan, filem Melayu sebenarnya tetap memerlukan barisan pelakon Melayu. Ini yang menjadi masalah pada ketika itu. Ini kerana filem yang dihasilkan perlu berkomunikasi melalui lakonan, selain kerja kamera, dengan audiens yang paling dekat dalam lingkungannya yakni golongan penonton tempatan, yang majoritinya adalah orang Melayu itu sendiri. Jadi dengan kata mudah, produksi filem waktu itu ‘terpaksa’ menggunakan apa yang ada, iaitu khidmat pelakon-pelakon Bangsawan ini.

Secara tak sedar, saya rasa gaya lakonan para pelakon teater Bangsawan ini telah membentuk gaya ekspresi lakonan bagi filem-filem Melayu, terutamanya dari segi penyampaian dialog, ditambah dengan tiadanya asas seni lakon filem yang sebenar.

Jadi datangnya Mat Sentol sepatutnya dianggap ‘rahmat’ buat filem Melayu. Beliau pada saya telah membuka jalan ke arah bentuk lakonan yang lebih natural dan gaya penceritaan yang lebih kreatif. Namun malangnya tiada siapa yang betul-betul berani melalui jalan tersebut. Kesudahannya, pelakon tempatan terus hanyut dengan ‘dunia Bangsawan’, di mana dengan bantuan skrip yang teruk, dialog-dialog terus-menerus dilontarkan dengan gaya penuh syahdu-syahduan, melankolis, dan adakalanya meleweh-leweh seakan membawa kita terbang ke alam kayangan. Dan penyakit ini berterusan ke era 90-an. Kamu boleh tonton filem-filem lakonan Awie di era 90-an sebagai contoh rujukan.

Saya kira penyakit ini beransur pulih di era 90-an juga. Dengan kewujudan beberapa institusi pengajian tinggi seperti Akademi Seni Kebangsaan (sekarang ASWARA), yang memberi sedikit sebanyak pendedahan dan ilmu asas lakonan, ia umpama menjadi penyelamat daripada penyakit ini (gaya lakonan) terus membarah. Paling tidak, ia memberi pendedahan kepada penuntut seni lakonan, bagaimana caranya untuk berlakon dengan teknik lakonan yang betul, walaupun sebarang institusi tak memberi jaminan akan menghasilkan pelakon bermutu. Hasilnya kita boleh kongsikan dengan menonton beberapa filem yang saya fikir agak bagus, yang melibatkan lakonan beberapa pelakon yang lebih terdidik, seperti dalam filem Jogho dan Paloh.

Saya tak nafikan, ada beberapa aktor dari dunia teater yang sememangnya bagus seperti Khalid Salleh, yang bukan keluaran institusi keilmuan, tapi seingat saya beliau bukan dari ‘dunia bangsawan.’ Beliau datang dari kaki lima, membawa ‘watak’ penjual ubat, yang bererti, beliau datang dari dunia nyata, bukannya ‘alam kayangan.’

Ini bermakna, selain dari keilmuan yang mencukupi dalam sesuatu bidang itu, seperti lakonan, seseorang itu juga perlu menguatkan ketrampilan individualiti dengan bekal pengalaman hidup. Mudah kata, selain dari kampus institusi, kampus kehidupan juga amatlah penting kiranya. Dan, sekiranya arena filem tempatan mula berjaya melupuskan ‘golongan Bangsawan’ dari dunia filem, bila lagi kita mahu menghilangkan kelas ‘bangsawan’ di dunia nyata?

Berbalik semula kepada Mat Sentol. Saya rasa ramai antara kita yang tak mengenali atau melupai satu susuk penting dalam perkembangan sinema dunia. Dengan menonton siri filem-filem Mat Sentol, saya telah dibawa bertemu dengan individu penting yang memiliki nama Georges Méliès.

Susuk Georges Méliès ini merupakan antara pembikin auteur terawal dan juga pencipta filem bernaratif pertama di dunia. Malah beliau juga orang yang mula-mula menemukan rakaman sinematografi tak statik, iaitu olahan kamera yang boleh di-close-in, close-out. Beliau muncul sesudah kemunculan adik-beradik Lumiere dengan rakaman sinematografi ‘sekumpulan pekerja kilang pulang kerja’ mereka.

Berlatarbelakangkan seorang ahli silap mata, Georges Méliès merasakan kelebihan teknologi baru gambar bergerak ini perlu dimanipulasikan sebaik mungkin. Beliau berjaya mengesan akan kelebihan seni filem untuk kerja-kerja silap mata-nya apabila ‘rahsia’ Lumiere bersaudara terbongkar. Dengan kelebihan teknologi filem, ternyata beliau dapat memperkemas dan menambah takjub penonton terhadap kerja-kerja kelentongnya itu. Dari seorang illusionist tipikal, beliau berganjak menjadikan siri filem-filem pendeknya sebagai ‘hobi suci’nya yang lebih mencabar dan mengasyikkan.

Jadi apa kena-mengenanya Georges Méliès ini dengan Mat Sentol? Dari beberapa filem Mat Sentol yang saya tonton baru-baru ini, saya merasakan Mat Sentol seakan terpengaruh dengan Georges Méliès, terutamanya dari segi eksperimentasi kamera trick bagi menghasilkan babak-babak tak masuk akal, termasuk teknik super impose, double exposure dan dissolves. Tambahan pula secara kebetulan atau memang dirancang, Mat Sentol dalam filem-filem arahannya semacam mempunyai habit menyelitkan babak-babak silap mata.

Dengan menguasai pelbagai trick kamera, seseorang pembikin mempunyai lebih banyak pilihan dan ruang yang lebih luas untuk meneroka pelbagai bentuk penceritaan, agar lebih kreatif dan menarik. Namun agak ironi, filem bikinan Mat Sentol secara teknikal boleh dikatakan setaraf jika dibandingkan dengan himpunan filem-filem pendek Méliès, meskipun filem-filem si Méliès ini secara relatif jauh lebih ‘kuno’ jika perbezaan zaman diambil kira.

Namun begitu, pada saya filem Mat Sentol pantas saja untuk diiktiraf sebagai kerja seni avant-garde, setidak-tidaknya dalam konteks filem Melayu. Jika dunia menggelar Georges Méliès sebagai ‘Cinemagician’ atas sumbangan-sumbangannya magisnya terhadap perkembangan perfileman dunia, kita juga tak silap untuk mengangkat Mat Sentol sebagai ‘Cinemagician’ lokal!

Satu hal lagi yang cukup menarik tentang filem-filem Mat Sentol ialah kegemaran beliau menghimpunkan para pelakon dari pelbagai lapisan masyarakat. Kita boleh temui bukan sahaja Melayu, Cina dan India. Dalam filem Mat Bond contohnya, seorang amoi memainkan watak tak kurang pentingnya. Ini bukti yang Mat Sentol juga sudah mendahului idea majmuk dalam filem-filem tempatan, bukannya pembikin-pembikin ‘liberal’ hari ini, tanpa heboh-heboh tentang agenda masyarakat plural atau liberal. Bahkan Singh dan Mat Salleh turut sama ‘dipaksa’ memegang watak-watak sampingan. Ini amat jarang sekali dilakukan oleh mana-mana pembikin tempatan pada waktu itu. Pada saya ini juga antara aspek penting dalam karya filem arahan Mat Sentol, atau nama sebenarnya, Mat Raship bin Yahya.

Andai diperhatikan sekali lagi, Mat Sentol juga boleh disifatkan sebagai berjiwa internasionalis lagi universal apabila dalam filem Mat Bond terselit adegan mesyuarat ketua-ketua negara dari seluruh dunia! Hahaha!

Sebelum saya berhenti menaip, terimalah lirik lagu lari tune dendangan Mat Sentol, ‘Spy Spy’ dari filem Mat Bond untuk ‘hiburan seisi keluarga’...

Spy spy spy...
Bang bang!!


Ku ingin jadi spy..O spy

Mengintip semua rahsia
Pistol ku panjang melempai
Aku tembak siapa salah..

Bang bang!!


Ku bukan spy sebarang

Pandai silat dan karate
Kalaulah musuh datang menyerang

Ku cucuk macam sate...kepoww!


O Batman..O Superman

Ku buat kawan main-main (saja)
‘Banjerman’..O ‘Oltroman’

They are all my friends..yea!


Biar jadi spy Bond..O Bond!

Aku jadi spy Mat Bond

Orang panggil aku Bond Bond

Aku jawab Bond Bond Bond...

Kepoww!


Bang bang!!


Mohd Ikhwan Abu Bakar

Isnin, Februari 23, 2009

The Malay Anals

Semalam saya ke SJMC di Subang Jaya buat pemeriksaan usus. Doktor wanita india lawa macam Shriya Sharan datang suruh saya baring mengiring ke kiri. Kaki kiri tegak, kaki kanan bengkok.

"Longgarkan seluar," tambah dia lagi.

Mencuri jeling tubuh badan doktor itu, kelihatan dia sedang memakai sarung tangan getah lalu menyapu sedikit gel pada jarinya. "Relax," ucap dia sambil memasukkan jari telunjuknya ke dalam pintu belakang saya. Saya tersenyum kegembiraan sambil mengalirkan air mata di hari persandingan saya. Selaku pseudo-pluberal (liberal+plural, atau sebaliknya,) saya rasa benda ini bukanlah sesuatu yang taboo, kan?

Esoknya saya ke rumah teman wanita saya melakukan 'the old in-out in-out thingy' (untuk meneutralkan unsur-unsur separa gay yang telah berlaku pada diri saya). Dia sedang meniarap di atas katil sambil membelek-belek Italian Vogue, sedang saya terkial-kial mengemudinya dari belakang. Bosan dengan posisi sama, curiga, lalu saya cuba menggunakan pintu belakang-nya. Tiba-tiba si dia menahan abdomen saya dengan tangan lembutnya seraya berkata,

"wait, it hurts."

Cuba menenangkan dirinya, saya rapatkan mulut saya pada telinganya, lalu berbisik,

"don't worry sayang, i know how it feels."


Ridhwan Saidi

Sabtu, Februari 21, 2009

Pseudo-polymath

AKU adalah seorang penulis, pemuisi, pemuzik, jurugambar, blogger, sutradara, produser, seniman, pelakon, feminis, aktivis hak asasi manusia, pencinta flora dan fauna, pereka grafik sambilan, pensyarah sambilan dan model sambilan yang bermastautin di Kuala Lumpur.


Ridhwan Saidi

Rabu, Februari 18, 2009

Zombie Teknologi

Waktu saya menulis ini, saya baru mula ‘bertugas.’ Hmm…lebih tepat lagi, baru dua jam lebih. Namun saya mahu cerita sikit perihal manusia-manusia bahlul yang bertuhankan teknologi.

Pagi tadi, seawal jam 7.45 saya dikejutkan dengan bunyi isyarat teks mesej. Memekak tet..tet..tet…

“As of 7.45am I have not receive your e-mail. What happen? Tq.”

Hanya seperti yang saya baca sambil menggosok mata. Sejurus kemudian, saya matikan telefon tangan dan tarik balik selimut. Malas nak layan. Puncanya: saya tak mahu lagi diganggu bunyi telefon di pagi-pagi buta. Saya malah tak suka. Padan muka.

Jadi ceritanya, semalam dalam jam 3.52 petang saya telah menghantar kiriman elektronik ke seorang mangkuk ayun yang terpaksa dipanggil sebagai client. Tentang beberapa lukisan pindaan yang dipinta.

Zupp…message sent. Seperti yang terpapar di skrin monitor rata milik majikan. Ertinya, saya percaya kiriman telah diterima oleh client saya ini. Dan siap saya beritahu lagi, permintaannnya telah dipenuhi – melalui telefon. Tup tup, pagi tadi dia kata masih belum terima apa-apa. Aik, macam mana belum terima? Apa cerita?

Untuk pengetahuan, ini kali kedua kejadian yang hampir sama saya hadapi. Kedua-dua kejadian ini melibatkan telefon bijak bernama ‘BlackBerry.’ Kejadian pertama, pihak lain hantar e-mail, pun guna binatang ‘BlackBerry’ ni, saya tak terus dapat. Sampai berkali-kali hantar. Dapatnya, keesokkan harinya.

Apa yang saya bengang, mengapa si mamat ini baru pagi tadi beritahu kepada saya yang dia masih belum terima sebarang e-mail? Walhal bukan ke semalam petang, hampir pukul empat, saya telah hantarkan e-mail tersebut? Mengapa si mamat ini tak follow-up, sejam atau paling celaka pun dua jam kemudiannya jika dia tahu belum terima apa-apa? Mengapa tunggu esok? Entah-entah memang dia baru periksa kotak e-mail-nya pagi tadi.

Setahu saya, kalau kiriman elektronik mestilah cepat sampai. Kirim sekarang, kebiasaannya mungkin beberapa minit kemudian kiriman diterima oleh si penerima. Boleh jadi lima, sepuluh minit, setengah jam atau satu jam berikutnya. Kalau lebih-lebih, saya faham mungkin talian sedang sibuk yang amat. Tapi sekiranya makhluk yang bergelar client ini benar-benar ambil berat, saya percaya dia akan membuat susulan sebaik saja saya khabarkan kepadanya: I already sent the e-mail! Jadi, jika dia tak terima, bolehlah saya lakukan tindakan susulan di pihak saya pula dengan menghantar e-mail sekali lagi, misalnya.

Logika teknologi e-mail ini ialah tentang kecepatan. Tapi jika hari ini hantar, guna e-mail, dan baru esok sampai, ini maknanya teknologi e-mail ini tak jauh bezanya dengan kiriman pos laju dengan slogan; dijamin sampai esok. Dalam kes saya ini, ia ibarat hantar guna pos laju, konon dijamin sampai esok, tapi akhirnya kiriman sampai ke tangan seminggu kemudian.

Tambah pelik, kejadian seperti ini melibatkan telefon bijak, dilengkapi teknologi antara yang paling terkini. Semua nak canggih dan terkini konon. Jika mahukan gaya, yes, memang ada gaya. Tapi hakikatnya jika lembab macam siput, nak buat apa? Jadi lepas ini jikalau saya dengar orang bersoh-seh soh-seh pasal BlackBerry, saya akan kata, apa? BlackBerry? Poodah!


Mohd Ikhwan Abu Bakar

p/s: Akhirnya, saya hantarkan sekali lagi e-mail kepadanya, pagi tadi, jam 10. Tapi, memang lewat lah. Dan sekali lagi - padan muka.

Isnin, Februari 16, 2009

Poser…

Boleh jadi sesuatu yang merimaskan, barangkali, jika kita dicap sebagai poser. Akan kita hadapi nanti, jika timbul rasa malu, selain rimas tadi, situasi untuk meloloskan diri dari kelongsong kepura-puraan ala poser. Tapi ini tak mungkin timbul jika kita melalui situasi sebaliknya, iaitu situasi yang melekakan kita.

Setiap dari kita, saya percaya, tak bebas dari melalui fasa poser atau kata tempatan yang saya kira lebih cocok iaitu poyo. Kita lalui fasa ini dengan 1001 ironi yang kita mahu menjadi true, atau sejati. Fasa ini seakan wajib kita lalui dalam meniti adolescent young, kejuvanaan mentah, penuh ghairah dan berahi menakluki dunia, jika kita rasakan kita masih muda. Hanya perlu pilih, lapangan apa yang diminati, boleh jadi seni dan sastera, sains, sukan atau politik. Lalu kita terjun.

Terjun punya terjun, kita termasuk, sedar atau tidak, ke dalam kawah kelompok lapangan yang dipilih. Di peringkat ini sebenarnya benteng kekebalan kita sebagai individu diuji, sama ada kita secara melulu terus menerima apa adanya yang dihidang di depan mata, atau dengan bijak menyerap apa yang perlu, dan membuang apa yang difikirkan sampah.

Malangnya, ada di antara kita kantoi di peringkat ini, bila termasuk atau sekadar tersinggah ke dalam kelompok yang telah dipilih tadi. Lalu kemudiannya terus-terusan menelurkan diri menjadi poser sepenuh masa. Ini terjadi bila mana kita merasakan telah memasuki zon kenyang atau selamat, burrpp atau alhamdulillah. Dan bila sudah rasa keselesaan itu, kita berkemungkinan tak akan punya ikhtiar langsung untuk keluar. Ya la, dah selamat katakan…

Berada dalam zon selesa memang seronok. Apatah lagi penuh dengan hibur-hiburan malam minggu, atas bukit atau dalam auditorium mahupun studio sewaan di pinggiran kota. Kita ronggeng ramai-ramai, nyanyi sambil baca puisi. Apabila kita lalui atau singgahi walau sebentar, kerana sudah mula asyik dan terpana dengan keselesaan dan keseronokan tadi, kita sudah tak peduli lagi untuk meneroka ruang yang lebih luas. Dan kita lupa juga, yang di dalam kelompok pilihan tadi ada yang sudah ‘khatam’ eksplorasi peribadi mereka. Yang kita mentah-mentah ini pula rasa, oh tak mengapa, malam masih muda!

Proses eksplorasi lapangan peribadi dan potensi diri kita jadi terbantut kerana kita ‘redha’ dengan keamanan situasi tadi. Pada saya, ini tak mungkin terjadi jika kita memilih untuk bergerak bebas di luar lingkaran kelompok. Berada di luar lingkaran kelompok, kita pasti terlihat realiti. Dari situ, kita buat pertimbangan sendiri, tanyakan kebenaran yang dilihat tadi, berdasarkan prinsip peribadi, apakah pantas dijulang dan didewakan atau harus saja dinyahkan. Kalau tidak, kita tanpa sedar selesa bergelar poser.

Ya, mungkin saja saya akan jenguk, rasa, tempuh atau beronggeng sama dalam kelompok pilihan hati, tapi bila sampai waktunya untuk pergi, saya pergi. Sambil itu, saya simpan, belai dan peluk apa saja yang saya rasakan menawan di hati. Selainnya, saya pilih jalan yang lagi adventure, merewang-rewang sambil cuba merasa apa yang mahu dirasa untuk mencabar upaya peribadi. Akan saya soal diri, adakah sudah cukup memadai dengan apa yang dimiliki, atau sudah sampaikah saya pada jalan mati, titik terakhir? Atau akan terus poser, seterusnya jatuh loser?

Saya ingat, jika saya rasakan masih muda dan masih mentah, jalan yang akan saya lalui masih panjang dan berliku. Itu pun, kalau panjang umur la…haha!


Mohd Ikhwan Abu Bakar

Sabtu, Februari 14, 2009

Leteran Di Pagi Valentine

Hari ini, hari Valentine. Secara teknikal, saya tak sambut apa-apa hari ini. Nak sambut buat apa? Untuk yang konon sedang bercinta, mereka mungkin teruja akan kedatangan hari ni, mungkin. Sungguhpun saya tak merayakan hari Valentine, saya tak iri langsung, dan juga tak bermakna saya menentang perayaan ini. Jadi, ini hari saya ingin berleter, macam Mak Cik Bedah. Boleh kan?

Pernah sekali saya lontarkan soalan pendek kepada seorang rakan, yang konon sedang bercinta. “Eh, esok hari Valentine. Kau tak sambut ke?”

Ini soalan umpan. Saja-saja. Sebenaranya saya tak peduli sama ada dia dan kekasihnya sambut Valentine atau tidak keesokan harinya. Tak penting. Cuma saya cukup berminat untuk dengar respon dari rakan saya ini. Lagipun, saya memang berminat melihat reaksi manusia. Dan katanya, dia tak sambut. Buat apa sambut, itu hari orang Kristian. Dang!

Pada saya, hari Valentine juga seperti kebanyakan hari-hari perayaan lain, sebagai penambah seri, seri dalam perjalanan ketamadunan manusia. Lebih banyak perayaan, lebih meriah kehidupan, lebih berwarna, lebih bermakna. Hampir kesemua perayaan perlukan mitos atau kisah lagenda, selain dari faktor-faktor fundamental lainnya seperti keagamaan, ideologi atau budaya. Mitos dan legenda inilah yang selalunya membentuk naratif sesebuah perayaan menjadi lebih indah. Perayaan Krismas misalnya, telah disulam dengan mitos kedatangan Santa Claus, padahal si Santa Claus ini logiknya tiada kena mengena dengan hari kelahiran al-Maseh Jesus, kerana orang tua berjanggut putih melebat ini hanya sebahagian naratif kepercayaan Pagan milik orang asal Eropah, lama sebelum agama Kristian bertapak di sana. Pendek kata, perayaan tanpa elemen mitos dan legenda mungkin akan jadi perayaan yang kurang seri laksana malam Aidilfitri tanpa diterangi pelita Tujuh Likur. Atau kalau masak nasi lemak, nasi itu tak cukup santan. Apa barang! Sama juga halnya dengan hari Valentine ini, tak terlepas dari mitosnya sendiri. Tapi mungkin kamu semua, pembaca, sudah tahu kan kisah di sebalik hari Valentine yang terselit dalam lagenda Aurea, jadi tak perlu saya ceritakan lagi. Bagi yang tak tahu, kamu boleh google.

Dan bila becakap tentang Valentine, ini bukan soal agama, tapi soalan cinta, soal kasih sayang, ah, senang cerita, soal kemanusiaan. Apa yang dilakukan oleh si paderi bukan atas dakwah agama semata-mata, tapi ekspresi fitrah manusia yang tak mampu dibendung oleh sang penguasa. Membaca naratif Valentine, kita dibawa semula ke dasar kemanusiaan hakiki, tentang betapa rasa sayang (bukan restoran) itu adalah fitrah manusia semua bangsa, tanpa agama, atau belenggu kuasa. Kuasa ‘cinta’ (huh!) itu sentiasa merentasi sempadan bangsa, sempadan kepercayaan, sempadan usia, malah, sempadan geografi. Magis cinta nyata tak mampu dihalang oleh tebalan tembok Jericho, jerisi besi Carandiru, sepasukan FRU mahupun ‘tangki’ Abrams, Lautan Hindi atau Pasifik atau apapun. Magis cinta mungkin berkemampuan membuatkan si penghayal cinta sanggup menyeberangi Selat Inggeris bertarung dengan gelora ombak. Tak percaya, tanyakan saja pada si Malik Maidin.

Kalau ya dakwah sekalipun, apa salahnya. Adakah orang Kristian saja yang boleh bercakap soal cinta dalam dakwah? Adakah untuk bercinta, seseorang itu perlu menjadi bongok hingga timbul rasa mahu memeluk pegangan Kristian, hanya kerana pengaruh kisah St. Valentine? Alahai, lembiknya iman kamu! Jikalau sesama manusia kita ditakut-takutkan untuk berkasih sayang, seperti cerita dalam lagenda Auden tentang larangan bagi pria untuk berkahwin, atas alasan askar yang sudah berkahwin tak perform di medan perang, hanya kerana para pria mahu dijadikan alat buat pengukuh kekuasaan, apa perlunya kita bermimpi tentang cinta kepada Tuhan? Satu hal yang agak menarik juga, hari Valentine ini tak dibalut oleh doktrin-doktrin karut. Ia masih suci sebagai hari untuk berkasih bagi manusia-manusia bebas yang mahu berkasih sesama manusia, suka sama suka, konon. Cuma ya lah, di akhirnya, terpulang kepada kamu nak sambut atau tidak...

Apa? Maksiat? Come on...adakah kamu perlu menunggu setahun sekali, tanggal 14 Februari, hanya untuk ‘membuat cinta’, yang sekali itu sahaja? Maksiat bahkan berlaku setiap masa!

Dan jangan juga terlalu sempit fikiran. Hari Valentine bukan hak milik mutlak pasangan yang tak diikat tali pernikahan. Ini kerana, di Filipina, hari Valentine sebenarnya lebih menjadi keutamaan bagi pasangan suami isteri, bukan pasangan yang belum atau yang tak mahu menikah. Ertinya, tak mustahil di sana ada pasangan laki-bini usia lanjut yang mungkin melangkaui angka 100 yang masih bernafsu untuk meraikan hari indah mereka.

Tapi, apabila saya bercerita tentang cinta, saya juga tak mahu terlalu beromantik dengan konsep cinta mulus bagai Romeo dan Juliet. Seorang pemusik/penyanyi pujaan saya, Nick Cave, seorang yang handal dalam bab-bab menulis lagu cinta. Beliau katakan, lagu-lagu cintanya dibuat buat isterinya. Tapi dalam masa yang sama, apabila dibawa masuk ke ruang yang lagi kudus, nyata, katanya, lagu-lagunya itu adalah sebagai penyampai prahara cintanya terhadap Yang Maha Esa. Ya, beliau bercakap tentang Tuhan, bukan bininya, bukan kekasih gelapnya atau siapapun, sesungguhnya. Bingo!

Patah balik pada jawapan rakan saya tadi. Bagi saya yang tinggal di negara bertuah ini, ia bukanlah jawapan yang pelik. Saya, seperti yang telah saya katakan di awal tadi, hanya ingin menduga. Tapi, jawapan sebegitu memberikan saya satu persoalan menarik. St. Valentine ini kebetulan saja beragama Kristian. Kalau tak, bagaimana? Apakah jika St. Valentine ini seorang Sami Buddha, maka ia akan jadi perayaan Buddha? Dan kalaulah si Valentine diketahui hari ini sebenarnya seorang Tok Imam? Mungkinkah rakan saya dan kekasihnya tadi akan mula menyambut hari Valentine? Wow!


Mohd Ikhwan Abu Bakar

p/s: Esok, tanggal 15 Februari lagi penting buat saya...lupakan cinta bila dua gergasi Milan akan bergaduh sesama sendiri. Forza Rossoneri!

Surat Cinta

Pagi tadi saya terjumpa sepucuk surat di bawah pintu bilik saya. Ia berbunyi begini:

“Sayang, you are first and foremost my favourite person in the world, and I tend to keep it that way for as long as possible. I like you because of the decent amount of humour you have. I like moderation. You don’t speak much nor do you speak a lot, just enough. You didn't try too hard to impress or whatever, unlike some people. I really like you and my liking towards you grows each and everyday. Truthfully..”

Selepas itu saya memandang wajah comelnya yang sedang nyenyak tidur di atas katil.


Ridhwan Saidi

Rabu, Februari 11, 2009

Cermin Pandang Belakang

Satu malam, selepas menonton tayangan filem Meshes of the Afternoon di studio Pancha Delima, saya memandu pulang sambil sembang borak sama kawan baru saya. Syok sangat bersembang, tak sedar hari dah lewat malam. Dari tempat tayangan ini ke rumah saya yakni sejauh lebih kurang 5 km, jalannya gelap gelita dikelilingi hutan belukar dan paya, ini bukan dibuat-buat, ini cerita betul. Katanya, di sepanjang jalan ini bahaya fizikal dan mental menanti.

Dulu, mengikut kata kawan baru saya ini, kes rompakan pasti berlaku setiap malam di sepanjang jalan ini. Modus operandi-nya adalah dengan melanggar kenderaan mangsa. Ambil contoh, kalau saya sedang membonceng vespa, mereka akan langgar saya sampai terbabas ke tepi jalan. Selepas itu mereka akan rompak ambil wallet atau apa-apa barang berharga. Jika saya pandu kereta pula, mereka juga akan langgar bahagian belakang kereta. Kebiasaannya, sesiapa yang berhenti selepas itu untuk melihat kerosakan kereta juga akan dirompak. Ini bahaya-bahaya fizikal yang sedang menanti saya.

Dari segi bahaya mental pula, ini tempat orang bunuh orang, mayat dicampak ke dalam hutan, manusia dibom. Hendak dijadikan satu cerita, satu malam, selepas tayangan filem Meshes of the Afternoon, saya terus pulang memandu. Tiada kenderaan lain, hanya kereta saya saja yang berada di atas jalan pada ketika itu. Saya buka tingkap, biar angin masuk, sebab tidak pakai penghawa dingin. Anehnya, saya terdengar bunyi guruh (walhal langitnya elok saja.) Tiba-tiba semasa naik bukit, saya memandu masuk ke dalam debu tebal. Saya cukup pasti ia bukan kabus atau asap. Debu tanah ini masuk dalam ruang kereta, dan takutnya saya tidak nampak apa yang ada di depan sana. Visual penglihatan saya ini berani saya katakan hanya sejauh 1-2 meter saja sedangkan saya sedang memandu pada kadar 120 km/j. Jika ada bas, kereta, motosikal atau orang yang tengah berhenti di tengah jalan ketika itu, pasti saya sudah langgar. Dan secara jujurnya di sini, saya mengaku saya telah terlanggar sesuatu. Atau sebenarnya seseorang. Ia terpelanting melambung naik ke atas kereta. Kaget, saya hanya terpaku meneruskan perjalanan (siapa yang nak berhenti tengah-tengah hutan gelita berdebu-kan?)

Spekulasi awal saya berupa unsur-unsur supernatural pada saat itu. Saya perlu fikir yang saya langgar itu hantu, kerana jika saya terlanggar manusia, ini lebih menakutkan. Secara realistik pula, pabila rasional tiba, saya sebenarnya memang telah terlanggar seorang lelaki, tidak mampu untuk menipu, sebelum ia terpelanting, tubuh itu melekat sementara di cermin depan. Wajahnya, matanya merenung tepat ke mata saya. Atau mungkin ini semua hanya sekadar imaginasi terlampau semata-mata. Aahh!

Kawan baru saya ini, yang telah lama menetap di sini, juga ada menceritakan dulu, ketika kawasan ini masih baru dibuka, santau telur berwarna-warni berterbangan menuju mencari mangsa di langit malam. Katanya juga, jika objek itu ditunjuk dengan jari telunjuk, ia akan pecah berderai (seolah spell itu tidak menjadi.)

Cerita punya cerita, anehnya baru saya sedar yang kawan baru saya ini hanya dapat dilihat melalui cermin pandang belakang. Lihat, dia sedang tersenyum kepada saya. Bila saya toleh ke belakang, tiada sesiapa pun kelihatan, hairan. Tiba-tiba, semasa saya ingin pandang ke depan kembali, tanpa disangka, tidak perasan, saya telah terlanggar hentam punggung kereta seseorang. Gedegang! Kereta itu lalu terbabas ke kanan jalan masuk ke kawasan hutan belukar.

Saya berhentikan kereta di sebelah kiri jalan, lalu keluar melintas ke seberang sana. Suasana cukup gelita, sumber cahaya yang ada hanya samar-samar dari lampu kereta yang telah terbabas itu tadi. Pemandu kereta itu kelihatan berseorangan dibasahi darah. Saya perhatikan dalam jarak dekat, kepalanya pecah berlumuran darah. Lepas itu saya angkat tubuhnya keluar lalu dibaringkan di atas rumput. Disebabkan tiada orang berdekatan, lalu saya pun ambil wallet-nya, keluarkan duit, ambil RM 500 buat wang saku perbelanjaan pelajaran. Untuk menyembunyikan bukti, iaitu tubuh lelaki yang sedang bertarung nyawa cedera parah itu. Saya lalu sumbat sebutir bom ke dalam mulutnya. Menjauhkan diri, (bunyi seakan guruh berkumandang) berkecai derai tubuh jejaka itu bersepai. Tanah dan debu berterbangan ke angkasa.

Ingin kembali ke kereta di seberang jalan sana, di dalam debu itu tiba-tiba saya telah dilanggar oleh sebuah kereta, celaka! Terpelanting tubuh ini ke atas lalu bergolek-golek di atas jalan raya, kepala saya pecah berlumuran darah. Tapi masih tabah benyawa, saya merangkak perlahan-lahan masuk ke dalam kereta. Perlahan-lahan memandu, tapi ironinya ingin pulang ke rumah cepat-cepat. Walaupun kepala pedih berpinau, mata kabur dimasuki darah, tapi saya masih ingat, tetap ingat. Semasa dilanggar tadi, saya merenung tepat ke mata pemandu durjana itu. Tapi pelik cukup pelik, pemandu itu sedang khusyuk bercakap seorang diri sambil memandang cermin pandang belakang. Memandang cermin pandang belakang, kelihatan cahaya terang benderang lagi silau. Gedegang!


Ridhwan Saidi

Rabu, Februari 04, 2009

Orang Atas dan Orang Bawah

Jika kamu bekerja, pernahkan kamu dimarahi oleh bos kamu? Jika pernah, bravo!

Ok, saya setakat ini tak pernah. Bukan kerana saya hebat atau apa, tapi..ya, tak pernah. Cuma bagi sesetengah kenalan saya, pengalaman dimarahi bos, lebih-lebih lagi bos itu berbangsa Cina, dan kerap kali pula dimarahi tanpa sebab yang jelas, selalunya jadi pengalaman yang memilukan. Dan akhirnya, mereka akan mudah terlanjur menuduh yang si majikannya ini barangkali seorang yang racist.

“Cilaka punya apek, mentang-mentang la dia Cina, aku Melayu…” – contohnya la.

Walaupun saya sendiri belum lagi memiliki pengalaman sebegini, setakat ini, namun saya agak berminat untuk membawa topik ke satu sisi yang lain. Daripada sekadar dimarahi kerana banyak kesilapan, lama-lama ia merebak pula kepada perkara lain – sentimen perkauman. Rasa macam asyik kena marah tu kerana ada sikit prejudis bagi mereka yang memarahi yakni si bos, yang mungkin berlainan bangsa. Ya, kerana sedikit prejudis.

Tuduhan bahawa si majikan ini seorang yang bersikap perkauman mungkin betul. Dan mungkin saja betul, si majikan memang tak suka orang Melayu, jika si majikan ini orang Cina, atau India atau ‘lain-lain.’ Mungkin. Dia ambil kamu bekerja pun mungkin kerana terpaksa. Sekali lagi, mungkin.

Tapi kalau dia bersikap sebaliknya pula bagaimana? Maksud saya, tak bersikap racist. Kamu, jika dimarahi sesiapa pun, pasti mencari punca kamu dimarahi, kan? Apatah lagi jika kamu dimarahi hanya kesilapan remeh-temeh. Macam sengaja cari pasal. Jadi kamu akan cuba buat justifikasi, yang selalunya disusuli dengan sentimen kemarahan. Sentimen kemarahan ini pula selalunya bersifat terburu-buru.

Bagi saya, jika saya dimarahi, terutama jika majikan saya seorang Cina, India atau ‘lain-lain’ sekalipun, ia belum tentu atas sentimen perkauman semata-mata. Alasannya mudah, ia bukan susulan faktor beza warna kulit atau keturunan atau ideologi politik atau kepercayaan agama, tapi ia adalah faktor hubungkait antara pihak yang memiliki kuasa dan yang tak berkuasa.

Pihak yang memiliki kuasa, dalam kes ini, pihak majikan, mereka mempraktikkan kekuasaan yang dipunyai, yang merupakan satu kelebihan buat mereka. Majikan merasakan yang mereka membayar gaji pekerja, maka kuasa yang dimiliki memberi kelebihan dan alasan jitu untuk mereka mengawal si pekerja. Ini seakan sudah menjadi resmi alam pekerjaan yang sukar, teramat sukar untuk dielakkan.

Mengawal ini banyak caranya, seperti melalui jadual kerja, waktu pergi-pulang kerja, kedudukan pekerja di tempat kerja dsb. Namun ada satu lagi kawalan yang bukan fizikal, iaitu kawalan mental, seperti memberi tekanan psikologi dalam bentuk arahan, teguran, atau makian yang berterusan walau tanpa sebarang alasan kukuh supaya si pekerja tunduk patuh dan takut. Ia nyata tiada kena mengena sama ada warna kulit pihak yang dikuasai (pekerja) itu coklat, hitam, putih atau hijau. Ia adalah tentang kelebihan kuasa yang dimiliki oleh majikan, yang dalam kes ini, mungkin berbangsa Cina.

Namun jika situasinya diterbalikkan, anggap yang kamu pula bos, dan si Cina itu menjadi orang bawah kamu, situasinya tetap sama. Si Cina tidak akan berani memarahi kamu sewenang-wenang, bukan kerana dia takut yang kamu ini seorang Melayu, tapi kerana sedar bahawa dia tak mempunyai kelebihan kuasa sebagai majikan seperti kamu, sedangkan nanti bila cukup bulan, kamu yang akan membayar gajinya pula.

Seandainya pihak yang dikuasai itu beranggapan ada unsur perkauman, sebab dia sering dimarahi oleh majikan yang bukan sebangsa dengannya, ia sebenarnya satu ransangan sentimen yang dikonstruk kerana ia akan dijadikan sumber alasan bagi menzahirkan ekspresi marah atau rasa tak puas hati secara efektif. Mata sepet, kulit cerah, atau mata lebam, kulit gelap, ini semua melahirkan tindak balas visual yang bersifat segera. Perbezaan fizikal ini akan digunakan oleh orang yang dimarahi atau ditekan sebagai modal ampuh untuk bertindak balas atau melepaskan geram.

Misalnya, secara relatif, ramai majikan di negara ini terdiri dari orang Cina. Jadi, jika pihak yang dikuasai itu bukan Cina (pekerja), mereka akan mensasarkan ketidakpuasan hati mereka atas faktor fizikal si Cina yang berkuasa (majikan), dengan mengambil kira kulit putih, mata sepet, termasuk juga dialek percakapan. (Selain visual, faktor bunyi juga perlu diambil kira.) Jadi sebagai respon, pekerja tadi akan menyatakan rasa tak puas hati dan marah terhadap majikan, si Cina, dengan menuduh majikannya ini memarahinya bukan sekadar kesilapan yang dilakukan, tapi juga disertakan sekali unsur perkauman yang jelas diransang dari aspek fizikal si majikan tadi. Contoh ayat; "Oh, Cina bos kau, patut la.."

Tambahan pula, justifikasi berdasarkan faktor fizikal seperti warna kulit biasanya lebih ‘mujarab’ kerana ia tak perlu mengambil masa yang lama untuk bertindak balas dan diproses, dan kerana unsur lahiriah ini jelas di mata dan telinga, terutamanya bagi mereka yang mahu melepaskan geram sahaja. (Sedangkan untuk membaca fikiran sebenar seseorang itu akan mengambil sedikit masa.)

Ekspresi marah atau rasa tak puas hati sebagai tindakbalas berdasarkan faktor fizikal ini mungkin pada zahirnya memuaskan hati pihak yang dikuasai (pekerja), namun hakikatnya mereka lupa, atau tak sedar bahawa dengan berbuat demikian, ia telah mengalihkan pandangan mereka terhadap situasi sebenar, iaitu kesan langsung praktis kuasa oleh pihak berkuasa ke atas mereka yang tak memiliki kuasa, antara orang di atas terhadap orang yang di bawah, tak semestinya atas sebab prejudis perkauman sahaja.


Mohd Ikhwan Abu Bakar

Selasa, Februari 03, 2009

Black Mastika

‘Makan dulu, moral kemudian’ – Bertolt Brecht

Saya mempunyai tawarikh yang berliku-liku dalam pengalaman mendengar musik. Bermacam-macam musik telah saya cuba dengar. Antara kriteria utama pilihan musik saya sebelum ini, musik itu mesti ekstrim, mencabar dan complicated. Saya tak tahu kenapa, serius. Asalnya, saya tak mendengar ‘isi’ musik itu, asalkan saya rasa best, belasah! Dan saya akan sentiasa cuba meneroka rimba musik baru, jika musik yang telah saya dengar sebelumnya itu mula saya rasakan melemau. Ini bukan atas paksaan sesiapa, atau dorongan, atau pengaruh mana-mana individu atau kumpulan, melainkan pilihan isi hati seratus percen, atas dasar ‘cinta.’ (saya sangat percaya pada ‘kata hati’ Haha!) Dalam ‘liku-liku’ perjalanan musik saya ini, saya berpendapat, antara musik yang cukup berjaya menawan hati saya ialah ‘metal ekstrim’ dan, jangan tanya kenapa. Mungkin rempahnya adunannya mencukupi buat telinga saya.

Saya mula mendengar ‘Black Metal’ sejak di tingkatan tiga. Entah kenapa, saya suka. Namun sebelum itu, ketika di darjah lima, sewaktu umur 11 tahun, saya sudah pun memiliki kaset Motorhead, album ‘Iron Fist’ a.k.a Penumbuk Besi, selain dari kaset beberapa kumpulan Thrash Metal ‘sekolah lama’ seperti Slayer, Metallica, Destruction, Kreator, Sepultura, Exodus, dsb. Ironinya waktu itu, saya haram tak tahu pun yang Motorhead ini kumpulan yang sangat penting dalam arena ‘Rock and Roll’, sebagai sebuah kumpulan proto Heavy Metal, sama pentingnya The Ramones terhadap penularan virus Punk Rock. Cerita panjang dipendekkan, jiwa saya sudah sebati dan masak dengan musik yang bernuasakan ‘Rock and Roll’ termasuk juga Black Metal ini.

Justeru, apabila ada pembikin filem yang mahu ‘berdakwah’ melalui filem, dengan sedikit bermodalkan ‘Black Metal’, saya rasa sedikit cengeng, atau kata orang putih pula: annoying. Sampai saat ini, saya belum lagi menonton ‘Maut’, filem terbaru suami Erma Fatima, sejujurnya. Entah kenapa, saya agak berat hati untuk menonton filem ini. Jalan untuk saya ke panggung semacam dihadang oleh sepohon balak ratusan tahun yang rebah ditengah-tengah. Menyulitkan lagi keadaan, wajah dan gaya beberapa pendukung filem ini telah dengan tak sengaja, terpandang oleh saya dalam sebuah majalah hiburan tempatan, sekadar menambahkan lagi kejengkelan saya. Mulanya saya mengetahui filem ini dari Jhebat. Tapi tak pasal-pasal pula, kemudiannya saya teringat pula akan cerita kawan saya yang bukan Jhebat, yang juga penggemar musik Metal, yang menceritakan kepada saya perihal filem Maut ini. Kesahnya, si pengarah pernah cuba ‘merapati’ kawan-kawannya untuk diajak terlibat dalam menjayakan filem Maut. Dan respon balas dari mereka, tak perlulah cerita panjang, saya hanya tergelak sakan.

Seingat saya, ini masuk kali kedua ‘Black Metal’ dibawa singgah ke pawagam tempatan. Yang pertama, ia singgah menggunakan pasport Gerak Khas, pasport yang tersangat ‘khas’ itu. Saya mengaku, atas dasar ingin tahu, saya tonton juga cebisan filem ini di kaca TV, waktu Hari Raya. Seperti yang saya jangkakan, saya menyampah.

Jadi, adakah mungkin saya akan menyampah buat kali kedua? Inilah yang memusykilkan saya.

Saya fikir, hampir kesemua pembuat filem ingin atau paling tidak, boleh berdakwah melalui filem. Lagipun, berdakwah ini senang saja. Konsepnya, asal saja kamu berbuat sesuatu demi kebaikan, itu dah kira dakwah. Tak semestinya kita wajib menenggekkan ‘kopiah’ atas kepala untuk berdakwah. Jadi, kalau ada pembikin filem yang kata dia mahu menyampaikan mesej dakwah melalui filemnya, saya hanya mampu bersyukur, dan macam nyanyian Raihan, ‘disudahi dengan alhamdulillah..’

Disebabkan yang saya ingin masih belum menonton ‘Maut’, mungkin tak patut saya huraikan ulasan saya. Eh, bukan tak patut, tapi mustahil dan, tak nak. Tambahan pula, ada banyak lagi blog lain yang sudah mengulas tentang filem Maut ini, jadi mustahil tiada satu pun ulasan yang positif. Cuma di sini, di ruangan tak seberapa dakwah ini, saya begitu teruja untuk mencubit beberapa hal, tentang Black Metal dalam Maut dan habit filem tempatan dari satu segi.

Semenjak dua menjak ini, saya perhatikan filem-filem tempatan sudah ‘berani’ bercakap soal ‘isi’ dalam filem mereka. Sampaikan Tuan Professor pun sudah bercakap soal ‘isi’ dalam Sifu dan Tongong...opss, maaf Prof, tersasul...Tongga. Ini sudah bagus. Jadi, kesnya ini tentang ‘isi.’ Saya, apabila menonton filem, bukan isi yang saya dapat dahulu. Ini mustahil bagi saya. Yang itu, ‘isi’, boleh hold on dulu. Apabila menonton filem, mata saya dihadapkan dengan imej bergerak. Pendek kata, saya kena deal dahulu dengan ‘gambar’ sebelum membedah maksudnya. Jika gambar pun dah pelik atau rabak semacam, yang terhasil dari gaya solekan yang pelik semacam contohnya, saya akan rasa jengkel atau macam yang orang putih kata tadi: annoying. Bila tengok gambar pun dah jengkel, ‘isi’ mungkin akan terus saya abaikan. Maknanya, saya telah gagal melintasi lapisan pertama, saya berkemungkinan besar hilang selera untuk merasa lapisan kedua atau ketiga.

Ini kerana, saya percaya bahawa imej dalam bingkai yang diprojekkan mampu mengkonstruk persepsi orang yang melihatnya. Orang yang melihat pula terpecah kepada pelbagai kategori, dari yang kritis jatuh kepada yang lebih ecehan saja, dari yang lebih berpendidikan kepada yang agak kurang pendidikan. Ini realiti yang harus kita terima. Bila golongan penonton ini terpecah, kita wajib bersedia dengan pelbagai respon dan karenah pula. Kerana itu, imej yang ingin kita konstruk di layar lebar itu, perlukan ketepatan dan keterincian fakta. Kita wajib tahu, apakah gambar yang mahu dibikin atau diletakkan itu, sebelum pergi menyulam perihal maknanya pula. Jika tidak, masalah pasti timbul. Imej bergerak yang telah ditonton, diserap ke dalam otak sebelum persepsi dikonstruk. Andai imej itu tak tepat, persepsi tak mustahil menyerong. Ia akan menyebabkan, mereka yang kebanyakannya tak tahu menahu tentang sub-budaya seperti Black Metal di negara ini berfikiran, walhal yang sebenarnya, bukan. Tanggapan ini akan lahir sebaik saja imej tertayang di depan mata, dan belum tentu mereka akan mencari kesahihan imej yang telah dilihat apabila filem usai ditonton. Jadi, tanggapan ini mungkin berkekalan membentuk persepsi serong.

Pihak media, tanpa mengira apa bentuk media, telah banyak kali mencorak persepsi-persepsi serong lagi tongong, terutamanya jika persepsi atau pandangan itu tidak senada dengan arus perdana. Ini mungkin sudah jadi lumrah. Black Metal juga pastinya tak terkecuali. Di negara ini, penggemar Black Metal sering menjadi kambing hitam demi kepentingan ‘orang baik-baik.’ Persepsi buruk terus ditampal di dahi. Kerja konstruktif ini pernah beberapa kali dilakukan oleh akhbar vernakular, termasuk tabloid seperti Harian Metro dan majalah kaki lima; Mastika (zaman sekarang.) Jangan salah faham, saya kata begini bukan semata-mata saya sukakan musik Metal, tapi kerana saya boleh jangkakan yang filem ini tak cukup jujur. Paling tidak, untuk bahagian yang ada ’Black Metal.’

Black Metal dalam ‘Maut’ terus-terusan digambarkan sebagai berunsur jahat, dan fitnahnya, ‘pengikut Black Metal ini adalah golongan ‘pemuja syaitan’ atau ‘anti agama.’ Ini seratus peratus, nonsense! Jika persepsi serong yang dilemparkan kepada ‘Mat Black Metal’ di sini diterima ramai, maka kolektif metallers ini juga patut mendapat hak yang sama untuk menyatakan apa yang sebetulnya, selain ruang bebas untuk bereskpresi mengikut acuan mereka sendiri tak diganggu. Bukan acuan yang ditentukan oleh kelompok masyarakat banyak atau pemerintah semata-mata.

Jadi, kalau ada sesiapa yang mengatakan filem ini wajar diangkat kerana niat suci pembikinnya, melebihi kualiti penceritaan filem itu sendiri, alasan ini pada saya boleh diragui. Pada dasarnya, saya menghormati niat besar/baik mana-mana pembikin filem, tapi hairan juga, bagaimana adanya pembikin yang mahu ‘berdakwah’ melalui filem, sedangkan pada dasarnya beliau tak jujur? Ini sangat kontradik. Saya katakannya tak jujur kerana sesetengah pembikin ini lebih ghairah menonjolkan sisi negatif sesuatu perkara itu tanpa benar-benar memahami subjek yang mahu difilemkannya. Ironi, beliau berniat dakwah, tapi dakwahnya itu menempel di sebalik kepalsuan. Pembikin seperti ini pada saya merbahaya, lebih merbahaya dari Tuan Profesor. Jika pembikin yang betul jujur dan sensitif, beliau akan sensitif dan jujur dalam semua perkara. Jika pembikin yang teliti dan kritikal, beliau pastinya amat menitikberatkan aspek keterincian (detail). Pembikin filem yang cermat dan bijak, kalau mahu menipu sekalipun, beliau akan ‘menipu’ dengan bijak dan cermat. Maksud saya, misalnya, pembikin bijak dan cermat akan ‘menipu’ berdasarkan fakta sebenar yang telah diubah, ditokok atau ditoreh. Mereka cukup arif akan fakta sebenar, tapi atas alasan karya, fakta itu ingin dicabar kesahihannya, mungkin agar lebih menarik, atau mahu menjentik polemik, lalu kerja ‘penyelewengan’ pun dijalankan dengan berhati-hati. Contohnya, naskah teater U-Wei Shaari; ‘Wangi Jadi Saksi.’ Bezanya dengan sesetengah pembikin di negara ini, mereka bercerita hal yang mereka tak tahu, hanya kerana terlalu obses dengan niat suci konon mahu menyampaikan dakwah. Mereka bukan sekadar memperbodohkan penonton, tapi menipu diri sendiri, kerana bercerita hal yang mereka tak tahu dan kesudahannya, mereka merapu. Saya percaya, filem yang dibikin dengan jujur serta terperinci, walau faktanya diseleweng secara sengaja, yang berasaskan fakta sebenar, pasti hasilnya menakjubkan hingga kita tak perasan akan ‘penyelewengan’ yang telah dilakukan. Pepatah kata Ludwig Mies van der Rohe, “God is in the details.”

Apa yang saya nyatakan tidak semestinya ada kena mengena sama ada lakonan, dialog, atau keseluruhan jalan cerita filem itu bagus atau teruk. Mungkin saja filem itu mempunyai kekuatan jalan cerita, atau semangat pengarahnya yang berkobar-kobar untuk ‘berdakwah.’. Dan saya juga cukup faham dengan niat si pembikin yang cuba bercakap dalam lingkungan budaya sekelilingnya. Tapi yang peliknya, dalam konteks ‘Black Metal’ filem ini, kerana terlalu ‘ganas’ mahu menonjolkan kesyirikan Black Metal, maka yang dibawa itu ialah teras keras Black Metal dari bumi Eropah dan Amerika, terutamanya dari segi tingkah laku, seperti mempertikai kitab suci sesebuah agama secara terang-terangan, dan bukannya tempatan, yang kebanyakannya mengambil musik ini sebagai wadah hiburan alternatif, dan sebahagian lagi lebih serius menggunakannya sebagai pelantar ekspresi musikal semata-mata, tanpa lolongan falsafah yang gelap. Ini seakan bererti, untuk menyedarkan masyarakat sekelilingnya, ‘Maut’ mengambil jalan pintas yang jauh sampai ‘terpaksa’ menyeberang ke seberang laut.

Orang ramai yang menengok filem pada asasnya bukan kerana mahu membaca ‘niat’ pembikin filem. Mereka juga tak mungkin peduli, pada awalnya, apakah si pembikin ini seorang Tok Sheikh atau Tok Kadi ataupun Lebai Malang. Mereka, penonton ini, pada dasarnya hanya bersemuka dengan visual bergerak selama kurang lebih, dua jam, untuk menikmati cerita bervisual. Dalam jangka masa ini, pelbagai tanggapan kasar akan dibentuk, jika sempat, dan jika tidak, gerakan-gerakan visual ini akan terus berlalu pergi. Berahinya hanya pada lapis pertama, iaitu visual di layar putih itu. Yang kata ‘insaf’ selepas menonton, itu hanya immediate effect, kesan langsung dari berahi paparan visual lapis pertama, yang mana kemungkinan besar setelah beberapa jam atau hari atau bulan filem itu ditonton, moraliti filem itu akan kita lupakan, lalu kita kembali terjunam ke dunia nyata yang akan sentiasa berbau wangi dan busuk. Sebab itu, jika sudah beribu-ribu filem di dunia ini dihasilkan, yang konon mahu memberi pelajaran moral, dunia tetap berputar dalam putaran yang sama, tak pernah berubah dek kerana filem.

Sebagai fakta tambahan, ‘pengikut’ Black Metal di mana-mana ceruk dunia pun, adalah golongan yang sangat minoriti dan terpencil. Black Metal ini bukan sekadar ‘sub’, tapi ianya juga adalah close-culture atau ‘budaya gelap.’ Budaya semacam ini lebih baik ‘menyorok’ di dalam hutan salji. Bukan ke hulu ke hilir dengan girlfriend sambil berlagak ‘macho.’ Kerana itu, agak tak munasabah Black Metal boleh jadi wabak tak sihat di kalangan remaja di negara ini khususnya, melainkan yang gelap itu disuluhi secara ‘pop’ melalui media, tak kira apa bentuk media pun, secara gopoh dan bodoh. Sebab itu, kebanyakan poser juga adalah produk yang ditetas dari media yang kurang bijak kerana ada nilai komersial, bersekongkol bersama para towkey pakaian dan aksesori fesyen jalanan. Oh ya, kumpulan Cradle of Filth itu pun tidak patut dianggap ‘Black Metal’ lagi. Ia kumpulan ‘pop’ sekarang ni. Sama macam Michael Learns To Rock ataupun Good Charlotte – sampah MTV.

Bagi saya, apabila imej yang tertera di atas layar lebar itu pada dasarnya telah menjahanamkan intelektualiti saya, maka saya tak akan peduli sama sekali dengan ‘isi’ filem terbabit. Misalnya, dengan meletakkan Good Charlotte itu sebagai kumpulan Black Metal. Ini serius, bodoh habis. Kalau katakan yang ia sengaja dibuat begitu, ini double ngok. Come on la, yang kamu buat inikan filem! Filem bukannya sarkis. Bila lagi pembikin seperti ini mahu berhenti memperbodohkan penonton, dengan alasan moral? Lagipun, apa yang perlu dikecohkan sangat dengan ‘isi’, sedangkan dalam kehidupan yang nyata (real life), sebenarnya kita sudah boleh selongkar misteri atau jumpa ‘isi’ itu, kalau mahu, dengan merenung atau membaca buku, misalnya. Tak semestinya perlu susah-susah cari filem semata-mata nak menemui ‘isi’ dalam kehidupan. Cuma, medium filem ini boleh memberi pilihan, sama ada mahu menyoal atau mencadangkan kepada kita perihal tertentu yang bersangkut-paut dengan sisi kehidupan, yang mungkin kita terlepas pandang, selain dari memaparkan unsur estetika dan ceritanya agar kita terhibur. Apa yang pasti, ia bukan semata-mata soal ‘isi’, walaupun saya tak akan kata ‘isi’ itu tak penting sama sekali. Kamu tahu, Nora Barnacle, bini penulis besar Ireland, James Joyce, yang menghasilkan magnum opus ‘Ulysses’, sendiri mengaku bahawa beliau tak ambil pot dengan karangan suaminya, sedangkan pencinta sastera dunia mengagung-agungkan novel tersebut. Katanya, apa yang beliau kesahkan, kerana banyak kesah dalam ‘Ulysses’ adalah sebahagian kesah tentang dirinya sendiri, dan semestinya tiada siapa yang lebih arif untuk menilai ‘isi’ kehidupannya dalam novel itu melainkan dirinya sendiri, tanpa perlu membacanya terlebih dahulu.

Dalam masa yang sama, orang yang mula bercerita soal ‘isi’ filem ini (baca: bukan filmmaker) pada saya, ramai yang berpura-pura mengambil berat soal moraliti, tapi dengan sebelah mata memandang keabsahan nilai yang lain, yang belum tentu benar atau salahnya, kerana tak diukur dengan tepat, semata-mata mahu ‘bersetuju’ dengan yang nilai moral yang dipersetujui ramai, atau tradisi, dan dengan selamba menelan bulat-bulat gambaran serong yang dihidang, demi perjuangan ‘amal makruf, nahi mungkar’ yang tiada kesudahan.

Satu lagi, masalah yang sering diulang-tayang kepada kita, penonton filem lokal, ialah soal solekan yang macam haram. Sebagai contoh, seorang lelaki yang ‘nerd’ akan secara remeh dicitrakan dengan berkaca mata bingkai gajah, baju tuck-in dalam seluar. Seolah-olah, kalau tuck-in saja, itu ‘Mat Skema’ atau nerd. Padahal bersepah saja di luar sana ‘Mat Belia’ yang tak tuck-in baju. Kalau pensyarah perempuan, khususnya yang tak berkahwin, selalunya digambarkan dengan solekan berlebih-lebih, spek besar, pakaian yang berwarna-warni dengan corak yang bukan-bukan, dan perangai yang macam perempuan tak sihat. (Berdasarkan pengalaman saya semasa bergelar pelajar di Perak, ada seorang pensyarah perempuan yang tak kahwin tapi perwatakannya sangat cool.) Inilah antara klise bosan yang diulang tayang berkurun lamanya dalam filem-filem tempatan yang secara tak sedar memperbodoh-bodohkan penonton.

Solekan yang dikenakan ke atas pelakon Black Metal ‘Maut’ adalah imej ‘Gothic MTV.’ Imej mata bercelak hitam tebal seperti yang ditayang dalam ‘Maut’ saya rasa, hanya Black Metallers pening saja yang bergaya sebegitu sepanjang masa. Gaahl, vokalis Gorgoroth, yang mengaku ‘Satanist’ pun tak bergaya semacam itu. Beliau disifatkan ekstrim oleh media sampaikan pernah dituduh sebagai peminum darah, walhal beliau hanya seorang pencinta wine sejati dan juga vegetarian. Gayanya yang tersangat ekstrim hanya ketika mengadakan persembahan, yang jarang-jarang dilakukan. Bukan saja di negara ini, malah metallers di Barat pun tak ingin meniru gaya tak senonoh si Gaahl ini. Bukannya hensem pun. Contoh lain, Fenriz, dari kugiran Darkthrone, seperti yang diceritakan dalam sebuah fanzine dari Portugal, hanya mengenakan baju-T berwarna pink tatkala sekumpulan peminat bertemu beliau di rumah, dalam keadaan biasa. Tak ganas, tiada celak hitam tebal menebal dibibir mata sepanjang masa. Amat berlainan dengan situasi di sini, Black Metal digambarkan dengan fesyen yang sangat palat, walhal ‘metalhead’ tempatan yang sebenar, gaya dressingnya adalah cool, malah ramai juga yang langsung tak bergaya. Falsafah mereka, yang penting hati, bukan baju-T.

Rasanya, ragu-ragu saya bertempat. Sudahnya, saya masih tak tahu sama ada mahu tonton atau tidak. Bukannya apa, cuma saya risau sekiranya saya tonton juga ini filem, saya bakal diserang sakit kepala yang tak dapat dilegakan dengan panadol. Apapun, kepada sesiapa yang sudah menonton Maut, alhamdulillah, dan saya berdoa agar kamu semua sudah bertaubat nasuha.


Mohd Ikhwan Abu Bakar

p/s: Secara peribadi, ‘Budak Kelantan’ lebih jujur. Lepas tonton preview, terus rasa nak tengok filemnya. Tak macam yang ‘ini’, cerita ketiga bikin kacau.

Isnin, Februari 02, 2009

Konservatif Orthodoks/Liberal Moden

Semasa menaip entri ini, saya baru saja terjumpa dengan sesuatu yang hebat di ruang siber. Ia berupa sebuah video porno amatur tempatan yang menarik, sungguh menarik. Mahu saja saya sisipkan hyperlink-nya di sini. Tapi apakan daya, saya lebih gemar berahsia (rahsia adalah kunci kepada kreativiti.)

Beberapa bulan lepas, saya bergegas ke stesen komuter Kuang dengan menaiki teksi. Di dalam teksi, saya hanya diam termenung panjang. 

Beberapa minit sebelum itu saya turun di stesen komuter Sg. Buloh dari stesen komuter Serdang. Sekarang, persoalannya, kenapa saya menaiki teksi ke Kuang? Dan bukannya naik tren terus ke Kuang? (Walhal satu stesen saja jaraknya.) Begini, beg yang berisi kamera digital Panasonic Lumix DMC FZ20 dan beberapa batang curut Cohiba Siglo nombor IV dan VI saya tertinggal di dalam tren. Jumlah kos keseluruhan adalah sebanyak RM 2500, tapi ini bukan soal kos.

Di stesen komuter Kuang, saya terpinga-pinga menunggu kedatangan tren. Dalam hati berbisik, “harap-harap tren belum terlepas.”

Pagi itu, hari yang sama di Serdang, saya menghabiskan masa lapang saya di rumah teman wanita saya (yang semestinya tidak liberal lagi tidak moden, dan tidak juga konservatif lagi tidak orthodoks.) Kami sedang bercumbuan di atas sebuah kerusi gajah dan tanpa disedari sedang mula terlanjur ke tahap seterusnya. Lalu saya dukungnya naik masuk ke dalam bilik tidurnya. Nakal, saya ikat matanya dengan seutas tali leher, blindfolded. Lebih nakal, sambil berdiri bercumbu saya gapai kamera digital saya dari dalam beg, kemudian buka ia dalam mode video. Sambil rakam pada kadar 30fps, saya tolaknya jatuh ke atas katil. Kamera itu lalu saya letakkan pada satu sudut tanpa diketahuinya.

Boxer merah dengan simbol sabit dan tukul (milik saya) yang dipakainya saya tanggalkan perlahan-lahan, sikit-sikit. Sambil itu saya cium perutnya, kemudian saya cium paha kirinya, diikuti ciuman pada paha kanannya. Separa telanjang berkemeja oversize, kini ianya tersergam indah, kemas dan bersih menunggu masa untuk dilakukan eksplorasi. Dipendekkan cerita, pabila saya lakukan err urutan sensual lidah ke atas sayangnya, nona comel ini lalu selepas itu membalasnya kembali kepada saya. Keadilan dan kesamarataan ditegakkan! Demokrasi cinta dirai.

Sekarang, tidak lagi bermain-main, keadaan menjadi semakin tegang (dan tegang,) rancak lagi bertenaga. Saya sedang berdiri sambil dukung tubuhnya rapat, kamera masih lagi merakamkan adegan-adegan aksi kami. Matanya masih tertutup terikat rapi. Melihat riak wajahnya (yang selalu mendongak ke atas) seraya berkata, “oh God!” berulangkali, saya senyum gembira. Hukum alam, lelaki lakukan apa yang lelaki lakukan, perempuan lakukan apa yang perempuan lakukan. Golongan yang kononnya menyahut seruan luar tabii? Anda buat saya menguap. Plastik kelakar yang dipanggil kondom? Tidak sama sekali, nikmat saya hanya kepada sensasi semulajadi, (siapa perlu kondom jika saya boleh kawal otot pelvik?) 

Sibuk cukup sibuk, ia berakhir dengan kami bersama-sama di dalam bilik air. Saya bersihkan tubuhnya, dia bersihkan tubuh saya. Gotong-royong asas perpaduan! Saya keluar dahulu untuk sembunyikan dan mengalihkan kedudukan kamera ke tempat lain pula, ia diletakkan di atas sebuah meja solek yang sarat dengan barang agar tidak begitu menyerlah. Saya tidak mahu teman wanita saya tahu. Bagi saya seks melibatkan kemaluan dan rasa malu. Tanpa gabungan kedua-dua ini, misteri seks akan hilang lalu ghaib. (Ironinya…)

Gadis bertubuh petite itu kemudian keluar dari bilik air sambil mengukir sebuah senyuman buat saya (tanda terima kasih.) Saya membalas senyumannya kembali, juga sebagai tanda terima kasih. Dia duduk di atas pangku saya, kemudian puji-pujian dilontarkan sesama kami. 

"Hi handsome," katanya. 

“Hi kakak comel,” balas saya kepadanya. 

Sebelum, semasa dan selepas. kami asyik, khusyuk dilamun cinta. Tapi awas, ini tidaklah bermakna kami berkepit 24/7. Disebabkan saya berlatarkan bidang senibina, biar saya terangkan begini. Bagi saya cinta ibarat dua tiang yang menyokong beban struktur bumbung. Jika kedua tiang ini bersandar (rapat) di antara satu sama lain, apa jadi? Struktur bumbung itu roboh. (Ini golongan konservatif lagi orthodoks.) Jika kedua tiang ini telalu jauh (bebas) pula di antara satu sama lain, apa jadi? Struktur bumbung itu juga roboh. (Ini golongan liberal lagi moden.) Oleh itu, kedua tiang ini perlu berdiri pada jarak yang berkadar, tidak terlalu jauh, tidak terlalu dekat.

Saya percaya bahawa golongan konservatif lagi orthodoks biasanya terikat dengan perkahwinan, manakala golongan liberal lagi moden pula hanya sekadar ‘bergeser-geseran’  sesama mereka. Apapun, kasihan, mereka tidak akan jumpa cinta selagi mereka tidak nampak benang halus yang memisahkan lama dan baru, konservatif dan liberal, orthodoks dan moden. 

Yang konservatif lagi orthodoks ibarat manusia buta di dalam dunia yang terang, yang liberal lagi moden pula ibarat manusia celik di dalam dunia yang gelita. Elok! Tu dia tuan-tuan dan puan-puan! (Dalam slanga Kedah, pengaruh Tambat Kaki arahan Khairil Ridzuan, Teater Kompilasi Vol. 1.)


Ridhwan Saidi