Selasa, April 21, 2009

Igauan Paling Ngeri

Tadi tanpa diduga aku telah dirahmati dengan satu visi fantastik, di mana satu malapetaka global telah melenyapkan 99.99% rakyat Bumi. So far so good, akhirnya telah tiba masanya untuk golongan minoriti ini mengalami karma pencerahan. Segala idea-idea libertarian sosialisme akan aku semai kepada umat manusia bertuah ini. Institusi autoriti, karenah birokrasi, konglomerat korporat semuanya tinggal sejarah, salam. Sebaliknya perkongsian, keterbukaan, kebebasan dan desentralisasi diraikan dengan meriah agar dunia menjadi sebagai satu keluarga. Rumah dengan tanah lot untuk tanam pokok buat semua, perubatan percuma buat semua, sekolah percuma buat semua. Ini adalah resolusi agung kepada segala fragmen revolusi yang berlaku di dunia suatu ketika dulu. Aku bersyukur kepada Tuhan kerana telah datangkan hari ini kepada diriku.

Memandang ke arah minoriti yang terselamat tadi, tiba-tiba aku tersentak. Kesemua yang selamat adalah orang Melayu?!


Ridhwan Saidi