Jumaat, Disember 05, 2008

Terhantuk Kepala

Masa saya kecil dulu, saya selalu main kejar-kejar, biasanya main police sentry. Pendek kata banyak berlari ke hulu ke hilir. Dalam lari-lari ini, kadang-kadang berlaku kemalangan, terhantuk kepala, sakit, berpinau. Tapi anehnya selepas terhantuk kepala, kami (di kalangan kawan-kawan) akan hantukkan kepala kami sekali lagi secara perlahan-lahan. Saya sebenarnya sudah lupa kenapa hantukan kedua ini dilakukan. Barangkali tidak mahu kami bertukar badan mungkin, atau tertukar otak.

Hari ini, berbelas tahun kemudian, saya tidak lagi main kejar-kejar, berlari-lari. Sebaliknya bermain 69, wheel barrow, lotus dan seumpamanya bersama kekasih tersayang. Hendak dijadikan cerita, satu hari semasa menggayakan teknik jellyfish, ke hulu ke hilir, kepala kami terhantuk, ouch!

Peliknya secara semulajadi, kami hantukkan sekali lagi kepala kami secara perlahan-lahan bersama. Kemudian, di tengah-tengah gelora asmara itu, kami mula bernostalgia.

Saya: Ingat tak masa kecik dulu kalau kita main kejar-kejar, bila terhantuk kepala, kena hantukkan balik, tapi perlahan-lahan la.

Kekasih: A ah. (sambil bergerak.)

Saya: Kenapa ya? Dah lupa.

Kekasih: Entahlah, dah lama, tak ingat la sayang. (Tersenyum tapi tubuh maseh bergerak secara konsisten.)

(Kemudian saya memalingkan muka termenung memandang ke luar tingkap cuba ingat kembali kenapa hantukan kedua itu dilakukan.)

Tiba-tiba.

Ia hendak tiba, ia semakin dekat, ia hampir sampai. Secara refleks, terus saya tolak tubuhnya jauh. Selamat, syukur, selesai sudah, terbaring terkulai kepenatan. Anehnya dengan lekas, si dia menyarungkan kembali boxernya, singletnya, seluarnya dan kemejanya; lalu berlalu pergi tanpa menghiraukan diri saya ini.

Kekasih: look at me sayang!

Mata saya yang pada ketika itu jauh memandang ke luar, mula perlahan-lahan memalingkan muka kembali pada si dia. Dia kacak, tough, berduit, baik hati dan hebat di ranjang. Siapa yang tidak akan jatuh hati padanya. Hampir sempurna bisik hati, memuji.

Tiba-tiba.

Ia hendak tiba, ia semakin dekat, ia hampir sampai. Terus saya tolak tubuhnya jauh. Tetapi kali ini terlalu jauh, terlalu kuat. Secara gerak perlahan, si dia jatuh terlentang ke belakang, secara gerak perlahan juga tercetusnya klimaks diri saya ini dan sekali lagi secara gerak perlahan pecah berderainya tubuh si dia, kekasihku, sayangku, (di dalam sebuah cermin besar.)

Terkejut dengan situasi ini, anehnya dengan lekas, saya menyarungkan kembali boxer, singlet, seluar dan kemeja; lalu berlalu pergi tanpa menghiraukan cermin yang telah pecah tadi.


Ridhwan Saidi