Sabtu, Februari 22, 2020

Filem-filem kegemaran Ridhwan Saidi

Berikut merupakan 20 filem kegemaran yang digrupkan kepada skala nusantara dan skala dunia. Untuk pilih filem-filem dalam skala dunia saya rasa semua orang boleh buat, tetapi untuk pilih dalam skala nusantara yang ini sukar kerana filem-filemnya lebih langka dan sukar didapati, lebih-lebih lagi jika ia tiada sari kata kita barangkali saling tidak begitu memahami. Senarai ini sudah tentu boleh berubah kerana pilihan ini tiba sekarang, di waktu lain ia boleh jadi lain kerana filem-filem yang berkuasa sentiasa ada di luar sana untuk dicari, ditonton dan diulangtonton. Saya boleh petik seratus atau seribu filem yang saya gemar tetapi dengan had yang ada, ia membuka sedikit situasi dan perasaan saya hari ini. Kenapa filem-filem ini menjadi pilihan saya sekarang? Adakah saya semakin sentimental dan mellow? Tidak dinafikan jika ada di antara filem-filem ini ditayangkan di layar lebar, saya tanpa sangsi mahu ulangtonton ia kembali secara beramai-ramai.

Saya yakin ada di antara pembaca yang boleh jadi tidak pernah tonton beberapa filem-filem yang disenaraikan (jika pernah syukur!), maka dengan itu saya kepilkan sekali satu imej buat setiap filem untuk beri sedikit dimensi.


SKALA NUSANTARA

Batch ’81 (1982) Mike De Leon, 100 minit
Lingkaran fasisme dalam skala frateniti universiti.

Scorpio Nights (1985) Peque Gallaga, 126 minit
Melangkaui porno, sebuah kisah tragik di sebuah kediaman tertutup dan terpendam.

Insiang (1976) Lino Brocka, 95 minit
Hubungan dendam sayang di antara seorang ibu dan anak.

Chuchu Datok Merah (1963) M. Amin, 98 minit
Tragedi yang menjerumus ke dalam lubuk puaka.

Manila in the Claws of Light (1975) Lino Brocka, 125 minit
Liku-liku kehidupan seorang pencinta di tengah kota Manila yang keras dan menekan.

Himala (1982) Ishmael Bernal, 124 minit
Syurga neraka sebuah perkampungan yang direstui dan dilaknat.

Chinta Kaseh Sayang (1965) Hussain Haniff, 106 minit
Advencer seorang isteri dalam mencari erti cinta, kasih dan sayang.

Sister Stella L. (1984) Mike De Leon, 104 minit
Gerak tindak politikal seorang biarawati yang melawan.

Lewat Djam Malam (1954) Usmar Ismail, 101 minit
Trauma sesudah perang disela malam-malam perintah berkurung.

Bunga Tanjong (1963) Ramon A. Estella, 100 minit
Kegelapan sebuah rumah, takdir dan kota Singapura.



SKALA DUNIA

A Man Escaped (1956) Robert Bresson, 101 minit

Spring in a Small Town (1948) Fei Mu, 98 minit

The Battle of Algiers (1966) Gillo Pontecorvo, 121 minit

Black Girl (1966) Ousmane Sembène, 65 minit

A Whole Night (1982) Chantal Akerman, 90 minit

Casablanca (1942) Michael Curtiz, 102 minit

Katzelmacher (1969) Rainer Werner Fassbinder, 88 minit

They Live By Night (1948) Nicholas Ray, 95 minit

Ugetsu (1953) Kenji Mizoguchi, 96 minit

Where Is the Friend's House? (1987) Abbas Kiarostami, 83 minit


Ridhwan Saidi