I
Devised theatre merupakan trend dan fesyen semasa yang perlu diikuti ramai penggiat teater dan perlu dinyatakan prosesnya secara terang-terangan di dalam sinopsis, ini saya faham. Tetapi ada sesuatu yang membingungkan berlaku dalam pemerhatian saya terhadap hasil karya-karya devised ini. Salah satu yang saya perasan, hasil akhirnya berupa monolog peribadi aktor yang tidak masak. Majoriti devised theatre yang saya tonton di Malaysia ada elemen ini, iaitu untuk seorang aktor mencurahkan perasaan sebenarnya ke lantai teater tanpa sebarang tapisan dan garapan. Jika seorang saja yang curahkan, ia masih dalam kawalan, tetapi rata-rata yang saya tonton, semua performer melakukan hal ini.
Ada beberapa perkara yang boleh kita kupas dari tindakan yang secara kuantitatif berleluasa ini. Yang pertama, bila buat ‘devised theatre’ pembikinnya punya idea bahawa ia tidak lagi perlu berlakon sangat, malah pelakonnya tak dianggap pelakon, tetapi dianggap sebagai para deviser atau performer. Ini label pertama. Langkah seterusnya dalam melawan idea ‘lakonan’ ini, adalah untuk deviser/performer ini meluahkan kisah sebenar diri mereka. Dengan idea bahawa kisah hidup mereka bukan lakonan, tetapi sesuatu yang ‘real’ dan benar. Kebenaran ini walau bagaimanapun cuma permukaan, dan cenderung artificial, kerana ia biasanya cuma sekadar sketsa dan tidak masuk betul-betul ke dalam suatu emosi atau isu tersebut. Kedalaman cerita tidak diteroka.
Selain itu, setiap deviser/performer ini juga saya perhatikan cenderung memposisikan ego mereka di tengah diri mereka. Poin utama lakonan adalah untuk seorang aktor mendisiplinkan diri, dengan memegang peranan orang lain, agar akhirnya ia bertemu dengan dirinya di dalam diri orang lain. Lakonan ialah salah satu seni mengenal diri. Tapi para deviser/performer dalam kefahaman ‘devised theatre’ yang sedang kita bincangkan ini, meletakkan diri/ego setiap dari mereka sebagai titik fokus secara stagnant. Ia tidak ada dinamik dan pergeseran antara diri kita dengan watak yang sedang kita peran. Untuk menjadi diri sendiri sebenarnya amat sukar, lebih-lebih lagi bila kita secara conscious mahu mendedahkan diri kita sebagai diri kita di dalam sebuah performance.
II
SKETSA PENDEK TENTANG SEGMEN PERSONAL STORY DALAM DEVISED THEATRE
PENGARAH: I nak you cerita personal story you kat sini. Yang powerful ya? Kasi vulnerable sikit diri you tu. Kasi gugup jantung dan meleleh air mata audiens.
DEVISER: Tapi untuk apa? Macam tiba-tiba je saya kena cerita personal story saya kat sini. Tadi bukan ke kita tengah buat scene lain?
PENGARAH: You just buat je, ini teater postmodern. Coherence semua ni dah tak penting dah. You just buat aja. Dengar apa I cakap. Lagi pun ini ‘devised theatre’. Kita kan sama-sama tengah devise play ni? Kita perlu ada persefahaman. You kena dengar cakap I.
DEVISER: Kalau saya tak nak?
PENGARAH: Kalau macam tu you cuba menari, atau buat gerak-gerak fizikal sikit macam Butoh dance. Melolong macam haiwan reptilia purba. You adalah seekor dinosaur. Atau you pakai seluar... Randai tau, Randai?
DEVISER: Tak reti dan tak tahu.
Pengarah: Habis tu takkan you nak berlakon ‘berlakon’? Itu old-fashion-lah, tak up to date. Teater kontemporari orang dah tak berlakon dah. Jangan kata you ni kuno? Menyesal I ambik you masa casting hari tu.
DEVISER: Saya okay dengan lakonan.
PENGARAH: Kalau macam tu you just jadi diri you aja. Cuba you berlakon jadi diri you.
DEVISER: Berlakon jadi diri sendiri?
PENGARAH: Ya. Ceritakan pengalaman peribadi you. Ceritakan masalah hidup you. Ceritakan fasal keturunan dan asal usul diri you. Ceritakan fasal cita-cita dan ketakutan paling tersembunyi dalam diri you. Ceritakan benda yang intim macam kepercayaan dan keimanan diri you. Bogelkan diri you agar menjadi santapan para audiens. Jangan takut, kita akan melihat dengan mata yang menikam dan penuh judgement holier-than-thou.
DEVISER: Ini exploitasi ni.
PENGARAH: Eh, banyak bunyi pula you ni ya?
DEVISER: Saya ada hak untuk tak share cerita hidup saya!
PENGARAH: Ish budak ni, aku tangan karang!
Deviser ghaib. Pengarah tampar udara.
III
Aspek seterusnya yang menjadi masalah apabila saya mendepani hasil karya-karya ‘devised theatre’ ini ialah hubungan ensembel para deviser/performer itu sendiri. Poin utama devised theatre adalah untuk idea dan teks dicipta secara bersama dan beramai-ramai untuk mencari jalan kesatuan dan kesepakatan teknik, tapi kenapa hasil akhir yang jadi berupa monolog individu yang berpecah-pecah dan tiada kaitan antara satu sama lain?
Ini songsang dan berlawanan dengan poin devised theatre itu sendiri. Faham tak? Devised theatre merupakan suatu usaha ciptaan secara beramai-ramai, persis physical theatre atau tarian (yang secara alami memang perlu di-devise dari gerakan), yang memerlukan setiap tubuh untuk cari jalan percakapan di antara tubuh-tubuh serta alam sekelilingnya. Teater konvensional biasa tak hanya bermain dengan ‘tubuh’, tetapi juga ‘kata’. Kata atau bunyian yang keluar dari peti suara manusia ini perlu diteroka, dan dicari, suara apa dan bagaimana yang mahu digunakan. Ini yang perlu diusahakan oleh sekumpulan deviser/performer tadi, dan bukannya terpisah-pisah dengan monolog peribadi. Apa yang membuatkan ‘kata’ ini istimewa dan mustahil terbit dari proses playwriting misalnya? Ini yang akan membuatkan devised theatre ini unik dan istimewa. Tetapi setakat ini, segalanya merupakan playwriting tak masak, sebentuk pencemaran bunyi bila ia dilafazkan, eksperimen student project yang belum jelas hala tujunya.
Displin monolog peribadi ini jika kita lihat betul-betul, merupakan sejenis oral storytelling dan lebih dekat dengan disiplin playwriting. Lebih masuk akal untuk antologi monolog yang dipersembahkan, melalui proses playwriting bagi setiap performer. Silap-silap, monolog personal story yang dipersembahkan menjadi lebih padu dan jitu. Ini tidak. Antologi monolog ini diwar-warkan sebagai devised theatre. Ia terlalu ketara untuk yakinkan kita audiens bahawa ia telah dicipta bersama. Terang-terang setiap monolog itu dibikin dan di-improvise secara berasingan. Apa poin sebuah karya devised ini dicipta bersama jika ia tidak melibatkan dialog? Dialog di sini dalam erti kata sebenar yang akan terpancar pada hasil akhir, dan bukan cakap-cakap kosong atas angin.
Saya berani kata ia tiada kesepakatan dan tak melibatkan dialog kerana piece setiap monolog-monolog ini sedang bertanding dan berlawan di antara satu sama lain. Ia perebutan kuasa ego/diri deviser/performer mana paling berkesan. Dan kebanyakan waktu, setiap performer sendiri agak lengai, tak hanya sebagai performer, tetapi sebagai manusia. Diri, pembacaan, pengamatan, pengalaman dan pemerhatian para deviser/performer yang mendedahkan diri mereka di atas pentas, cenderung picik akal dan masih benih di dalam tanah. Tak ada dahan yang meredup.
Ridhwan Saidi

p/s: Saya sentiasa merasakan mekanik di bengkel, peniaga di warung lempeng tepi jalan, atau penjaga stesen minyak warga asing lebih telus dan raw percakapan mereka berbanding majoriti bunyi lafaz suara aktor atau performer yang ditonton dalam teater, lebih-lebih ketika segmen ‘personal story’ dalam devised theatre yang memerlukan emotional truth.