Dalam entri sebelum ini saya ada cerita tentang bagaimana untuk tamatkan sesebuah play, iaitu dengan kata-kata atau aksi. Dalam konteks skrip Pengantin, Freestyle! ia tamat dengan kata-kata, “Sebab awak buat saya gembira” oleh watak pengantin yang diseksa, setelah melihat watak penyeksa sedang terseksa secara batin. Jika di dalam black box, ia boleh ditamatkan dengan lampu itu terpadam dan segalanya jadi gelap. Itu satu cara, jika seluruh pace performans ini menjurus ke arah ayat terakhir ini (sewaktu Qiu Qatina direct dulu, masih ada gerakan di hujung kisah selepas ayat tadi diucapkan, kerana kita sedang regangkan masa.)
Dengan Pengantin, Freestyle! di YSDAF 2018, ia outdoor dan terbuka, dan kami diberikan slot 30 minit. Saya sebagai pengarah sudah tentu akan memaksimakan penggunaan waktu dengan menetapkan pace yang diperlukan. Play ini boleh dibuat dalam 5 ke 10 minit jika versi laju tapi ia terlalu cepat untuk dibuat secara stand alone sebegini. Lebih-lebih lagi dalam suasana festival, audien perlu terkumpul dalam 5-10 minit terlebih dulu, aliran orang yang berjalan perlu terhenti untuk tengok situasi buka panggung, iaitu seseorang sedang melutut terikat dengan kayu, manakala ada lagi seorang sedang cukur jambang di tepi tasik. Perkahwinan sebagai sebuah peperangan.
Oleh kerana ia outdoor dan petang, saya tak boleh black out-kan pentas untuk beri idea ia sudah habis. Saya kena buat ia rasa habis dalam keadaan terang. Macam yin dan yang, watak yang diseksa separuh masa pertama akhirnya menjadi raja sehari dengan juadah lolipop dan persembahan silat eksklusif untuk dirinya (selain dikipas dan dilapkan peluh), manakala yang menyeksa pula akan terseksa merenung ke dalam tasik sambil beri makan ikan dengan roti.
Idea asal saya mahu ia all male casts, supaya ada suatu nuansa aneh dalam suasana perkahwinan/peperangan ini. Ia hanya kemudian saya dapati ia tidak boleh habis secara tiba-tiba, saya mahu masukkan elemen silat pulut asalnya, saya malah tanya hampir ke semua orang jika mereka boleh buat silat pulut. Ia kebetulan saya temui Nyna Roslan yang ada belajar silat, dan meski ia bukan silat pulut, tetapi silat tari yang dipersembahnya, yang mana buat ia makin lembut dan menarik.
Sewaktu latihan silat ini berlangsung, Nyna tidak dapat bergerak dengan lancar kerana tiada rentak bunyi untuk bertindakbalas. Maka dengan itu saya beli sebuah kompang comel, dan Nurul Aizam masuk untuk main kompang. Idea saya yang asalnya mahu buat all male casts, kini saya sedari ditutupi dengan dua elemen ekstra iaitu silat dan bunyi kompang yang dimainkan oleh dua orang perempuan. Ia entah mengapa terasa lebih tradisional dan etnik kreatif, meski bentuknya kontemporari dan rempit.

Tanpa lampu dan kegelapan, saya menggunakan elemen bunyi (kompang) dan aksi (silat). Pace ini bertaut kembali dengan pace permulaan play ini yang tenang dan makan masa, watak pengantin/askar yang diikat pada kayu itu dibiarkan untuk mengharungi satu durasi. Kesunyian di awal kisah, diimbangkan dengan degup kompang dan gerak silat di akhir kisah.
Ridhwan Saidi