Pementasan ini memfokuskan kepada showcase pengarah dan ia membuatkan saya terfikir bahawa sesi diskusi dan q&a bersama pengarah selepas show amat penting (yang show ini tiada). Ini kerana ia merupakan satu-satunya ruang untuk pengarah bersuara, lebih-lebih lagi buat pengarah baru yang belum punya body of work untuk kita detect suaranya. Susah untuk kita speculate di mana sentuhan pengarah di dalam skala teater pendek + di dalam ruang yang sempit. Kerana apabila saya menyaksikan pementasan ini, yang paling ketara ialah pelakon dan teksnya.
Poof! naskah dari Amerika oleh Lynn Nottage diarahkan oleh Esther Liew, dilakonkan oleh Anitha Abd Hamid dan Marina Tan. Teks Poof! ini bagus, dan lakonan kedua-dua aktor juga berkesan terutama renungan Anitha. Saya boleh rasa kegilaan stail Amerika, yang boleh jadi berlaku di kawasan suburban macam filem Get Out (2017) atau Texas Chain Saw Massacre (1974), dengan elemen ketagihan Katolik dan witchery and all. Dalam kes ini teksnya sangat kuat, dan kedua pelakon ini membantu menyampaikannya. Selain itu, oleh kerana posisi audien dalam lingkungan berbentuk U, pengarahan (atau lakonannya?) berkesan kerana ia aware kedudukan audien dan cuba connect dengan membenarkan wajah pelakon kelihatan. Ini crucial kerana play selepas ini lemah dari segi ini.
I Didn’t Want a Mastodon oleh Halley Feiffer juga berlatar Amerika, kali ini New York, diarahkan Toby Teh, dilakonkan oleh Lily Jamaluddin dan Meng Kheng Tan. Play ini treat audien seolah ia proscenium, jadi cuma penonton di hadapan dapat nikmati show ini sepenuhnya. Saya tidak boleh connect sangat dengan play ini sebab wajah kedua mereka most of the time terhalang, dan selain itu lifestyle New York City semacam off kalau dibuat dalam konteks Malaysia. Kita rasa macam tengok tivi, rancangan Sex and the City misalnya, ia buat kita rasa ada jarak. Sebab-sebab ini buat saya rasa detach.
One, Two... One naskah oleh Alexis Coward dari UK, arahan Alex Chua, lakonan Tiara Anchant dan Nur Zakuan. First impression saya bila melihat kedua mereka saya sangkakan mereka ini backpackers yang mendaki gunung. Hanya selepas itu saya sedari mereka ini homeless. Pencahayaannya (persis tiang-tiang lampu kota) buat kita tidak nampak wajah mereka secara penuh dan jelas, tetapi sebaliknya kita perlu fokus gerak tubuh mereka. Suara pelakon kadang-kala sedikit tenggelam, tidak sejelas performans lain, tetapi ceritanya agak berkesan. Hubungan kedua karakter ini menjadi (malah paling ada, bak kata pepatah: chemistry, antara semua), kita dapat rasa ada hubungan. Dan kita juga rasa dingin, sedingin penamat play ini.
Allah! naskah oleh Adiwijaya Iskandar, satu-satunya naskah lokal, diarahkan oleh Arief Hamizan, dilakonkan oleh Ariff Kamil dan Jad Hidhir. Bila ia teks lokal saya percaya ia akan resonates dengan lebih mendalam sebab ia rooted dengan konteks di mana ia dipentaskan. Jika dalam Poof! kita dapat kegilaan Amerikana, dalam Allah! kita dapat teroris psychopath Melayu. Dan ini secara tidak langsung buat ia paling engaging antara semua. Dari segi lakonan ada bahagian di mana psychopath ini sekejap cakap loghat Utara, sekejap loghat Kelantan, ia tidak selari dengan semangat realisme yang ia bawa (as if ia beri impresi orang Utara dan Kelantan ini jahat, manakala watak mangsa persis remaja hipster biasa yang hisap rokok atas bumbung, lantas teks ini tidak beri kita ruang untuk mempedulikan nasibnya). Secara keseluruhan play ini bernuansa komedi gelap, tetapi berakhir dengan twist/punchline yang mengubah seluruh tone cerita jadi all-out sinikal.
Selepas pementasan saya dapat tahu latihan yang dijalankan sebulan sebelum show. Saya masih rasa jika ada sesi diskusi/q&a (macam tradisi Revolution Stage) kita akan dapat lebih info dari segi direction, memandangkan ia showcase pengarah. Secara keseluruhan ada niat dan daya untuk buat keempat-empat pengalaman pementasan ini sebagai satu, jadi transisinya buat saya senang hati.
Ridhwan Saidi