Villa Nabila filem ketiga Syafiq Yusof dan yang pertama saya tonton. Saya tertarik dengan trailer-nya yang punya semangat Mastika yang kuat di samping ceritanya jelas. Biasanya filem-filem Malaysia, trailer kalau tak spoil filem, ia hilang arah dan tak pasti untuk cerita apa.
Ulasan ini ada spoiler.
Ulasan ini ada spoiler.
Sebelum tayangan, trailer Puaka Balai Gombak ditayangkan. Selain itu saya ada tertonton trailer filem Bangunan. Kedua-dua filem ini guna pendekatan yang lebih kurang sama dengan Villa Nabila iaitu elemen dokumentari + found footage + horror (poinnya banyak syot-syot handheld), tapi jelas melalui trailer saja, Villa Nabila paling menarik perhatian saya sebab Puaka Balai Gombak dan Bangunan ada nuansa sinikal.
Villa Nabila bukan filem horror yang cukup (saya akan kupas permasalahannya sebentar lagi) tapi ia pada saya lebih berkesan daripada Seru yang semacam diterima ramai sebagai antara filem seram terbaik Malaysia. Seru tak menjadi sebab karakter-karakternya gelabah dulu sebelum audien. Dan karakter-karakternya menjengkelkan dengan pekikan-pekikan juvenil (ia okay kalau saya turut sama gelabah di hujung kerusi tapi masalahnya saya duduk dan sedar saya berada di pawagam). Di dalam Villa Nabila tiada pekikan juvenil ini, dan Syafiq pandai garap unsur suspens untuk dapatkan efek jump scare, cuma ia banyak dan repetitif.
Kalau sarcasm is the lowest form of wit, barangkali jump scare is the lowest form of horror.
Selain itu, saya rasa efek bunyinya terlalu kuat dan kasar, meski saya faham energi muda Syafiq tapi saya percaya ia akan jadi lebih baik jika ia lebih subtle dan halus. Villa Nabila ada sedikit masalah di sini dan sana, momen-momen corny, tapi kedua elemen jump scare dan efek bunyi tadi isu paling utama.
Momen paling menarik barangkali syot pokok dengan rakaman lakon semula diselang-seli dengan syot pokok ‘rakaman sebenar.’ Ia puitis. Kontraktor itu ada daya untuk bikin sinema (siap pacak tripod depan villa untuk syot tambahan).
Momen paling menarik barangkali syot pokok dengan rakaman lakon semula diselang-seli dengan syot pokok ‘rakaman sebenar.’ Ia puitis. Kontraktor itu ada daya untuk bikin sinema (siap pacak tripod depan villa untuk syot tambahan).
Syafiq Yusof tahu bagaimana untuk bercerita (meski ini basic gila, tapi rata-rata pembikin filem Malaysia tiada sensibility ini!) Naratif dokumentari + lakon semula ini bukan baru, tapi perlaksaannya kemas. Premisnya berjejak dengan realiti iaitu Villa Nabila, dan bagaimana ia bergerak menuju domain fiksyen tanpa kita sedar, menarik.
Waktu MBJB tiba, ia terasa lucu. Watak MBJB ini paling sinikal dalam filem ini tapi ia kena sebab watak ini cuma menjalankan tugas kerajaan. Alasan gangguan dan unsur tahyul tidak rasional dalam konteks tender gomen. Pada momen ini, rumah yang di-established sebagai berhantu itu terasa seperti rumah kosong biasa yang perlu dirobohkan bagi tujuan pembangunan. Ia satu momen relief.
Satu hal yang saya perasan, Syafiq sentiasa beri suara kepada karakter-karakternya untuk mempertahankan kepercayaan masing-masing. Hukuman tidak dijatuhkan. Jika ia dijatuhkan, ia lebih kepada watak yang digarap jahat iaitu Ishak, lawan kepada watak Asyraf. Hitam putih kehidupan ini barangkali dari susur galur tradisi sinema Yusof Haslam.
Meski hantu Villa Nabila itu tiada suara, atau mitos yang dapat buat karakter hantu itu kuat. Kadang-kala imej yang lekat bukan sekadar rupa hantu yang menakutkan tapi bagaimana hantu itu jadi begitu, kisah di sebalik itu yang buat kita ingat.
Meski hantu Villa Nabila itu tiada suara, atau mitos yang dapat buat karakter hantu itu kuat. Kadang-kala imej yang lekat bukan sekadar rupa hantu yang menakutkan tapi bagaimana hantu itu jadi begitu, kisah di sebalik itu yang buat kita ingat.
Pengakhirannya kita dipaparkan dengan imej skrin telefon bimbit, di mana suara seorang lelaki kedengaran. Kelihatan jari sentiasa menekan paparan skrin supaya ia tidak jadi gelap. Ia syot panjang dan meditatif. Babak terakhir ini merupakan poin filem ini. Ia dialog di antara seorang pembikin filem muda yang rasional dengan boss kontraktor yang terlibat sama dengan kejadian di Villa Nabila. Boss itu tidak mahu terlibat dan minta namanya dirahsiakan. Dia tidak mahu ditimpa masalah. Dalam hal ini, kebenaran jadi mangsa. Dan di Malaysia kebenaran selalu jadi mangsa.
Ridhwan Saidi