Ahad, Mei 18, 2014

Banksy on Pengiklanan

Orang mempermainkan kau setiap hari. Mereka liwat kehidupan kau, baling batu sembunyi tangan. Mereka ejek kau dari bangunan tinggi dan buat kau rasa kerdil. Mereka komen semberono dari bas untuk beritahu yang kau tak cukup seksi dan segala keseronokan sedang berlaku di tempat lain. Mereka di dalam tivi dan buat teman wanita kau rasa tak selesa. Mereka ada akses kepada teknologi tercanggih yang pernah dunia lihat dan guna ia untuk buli kau. Mereka ialah Pengiklan dan mereka sedang gelakkan kau.

Kau, walau bagaimanapun, dilarang untuk sentuh mereka. Cap dagang, hak milik intelektual, akta hak cipta, bermaksud mereka boleh kata apa saja di mana saja bebas dari sebarang hukuman.

Persetankan. Sebarang iklan di ruang awam yang tak beri kau pilihan samada kau lihat atau tak milik kau. Ia pilihan kau, susun-semula dan guna-semula. Kau boleh buat apa yang kau suka dengannya. Minta izin ibarat minta izin untuk simpan batu yang dibaling orang ke kepala kau.

Kau tak berhutang apa-apa dengan syarikat-syarikat ini. Kurang dari sifar, kau terutamanya tak terhutang budi. Mereka yang berhutang dengan kau. Mereka telah susun-semula dunia untuk letak diri mereka di depan kau. Mereka tak pernah minta izin dari kau, jangan sesekali minta izin dari mereka.


Banksy
Terjemahan Ridhwan Saidi