Jumaat, Julai 26, 2013

Ada Apa Dengan Leica

Seperti cinta, kita boleh jatuh angau pada Leica dengan keinginan untuk memiliki kamera dan lensa terbaiknya, iaitu Leica MP (Mechanical Perfection) dan 35mm Summilux ASPH, bersesuaian dengan bentuk yang sedap dipandang dengan kejituan f1.4-nya. Selepas mengkaji dan membaca, dan kenapa saya sendiri ingin rakam foto, lama-kelamaan rasa teruja dan angau ini hilang (barangkali diganti dengan daya merakam camera porn; mohon tidak ke tahap patologikal, atau seterusnya merakam diri sendiri di dalam cermin dengan dot merah terpapar).

Kerap saya bertemu sesiapa yang mengetahui saya punya M, mengesyorkan agar saya upgrade ke M6, atau MP (dalam konteks analog) dan ada juga M3 (tetapi saya berkaca mata! malah kini menggemari 35mm), atau lensa Summicron atau Summilux atau lebih gila suruh beli Noctilux. Ini membuatkan saya terfikir apa yang saya mahukan, dan apa itu analog pada saya. 

Semestinya ini saya ketahui apabila telah saya punyai dual-wield kombinasi oldskool (M2-X + C Sonnar 50mm + Ilford HP5 Plus) dan newskool (M4-P + UC Hexanon 35mm + Neopan 400). Saya tidak berkenan dengan M6 (terutamanya, meski ia paling accessible) dan M ‘moden’ lelain kerana memerlukan bateri. Analog pada saya perlu bebas dari itu (seperti mesin taip dan laptop). Ini ditambah dengan adanya gangguan bacaan meter pada viewfinder yang pada saya persis sari kata pada wayang gambar. Mungkin ia diperlukan tetapi ia sesuatu yang amat saya jauhi, yang hanya saya perasan selepas M4-P (iaitu M paling pragmatik) dan seterusnya M2 (X merujuk kepada tanpa self-timer) sekadar untuk merasa kamera buatan tangan, tetapi M2 yang lebih padu ini saya perasan lebih memberangsangkan untuk shoot 1/15 (atau 1/8) daripada M4-P yang biasanya saya henti di takah 1/30 dalam genggaman tangan. Samada exposure itu betul atau tepat sangat trivial, telah beberapa kali sejak awal tahun ini, saya main bedal dan imej masih elok. Saya hanya baca meter guna iPhone kawasan tergelap dan terterang, dan bermain dalam lingkungan itu. Ia membebaskan. Saya cukup terkial-kial apabila menggunakan manual mode pada kamera DSLR, yang tak boleh saya bayangkan apabila menggunakan M dan turut terkial-kial. Saya mahu pengalaman merakam yang terus dan telus.

Ada juga yang menasihatkan saya bahawa UC Hex 35 ini adalah hasil plagiat daripada Summicron yang saya tahu ia dibaca dari Ken Rockwell, dan maka dengan itu saya perlu dapatkan Summicron. Malangnya saya bukan fanboy Leica. UC Hex ini struktur dan diagramnya dari tradisi W-Nikkor 35mm 1.8, dengan coating dan rendisi moden. Saya pernah cuba-cuba M9 + Summicron 35mm version IV dan saya tak teruja. UC Hexanon amat seronok digunakan, barangkali jari Asia saya cocok berada di celah tab loyangnya, ia creamy. Dan C Sonnar pula tidak lain selain kerana bokehnya yang lemak berkrim.

Dari pilihan lensa M/LTM, baru saya fikir body. Dan sebenarnya saya tiada pilihan. Zeiss Ikon dan Hexar RF, dua-dua tak berfungsi tanpa bateri. M5 terlalu besar dan berat, meski ok tanpa bateri. Leica LTM terlalu vintaj dan merenyahkan. Canon P tak cukup (mustahil selepas menggunakan viewfinder dan dengar shutter M4-P). M6 kalau guna tanpa bateri dan meter jadi M4. Maka tinggal M4-P dan M2 dan ini juga dalam masa yang sama, baru saya perasan betapa saya tidak perlukan self-timer. Nikmat kombinasi M4-P + UC Hex amat terasa selepas memegang M2 + C Sonnar. Ia terasa ringan dan cocok buat tangkapan-tangkapan zone focus + hip shot dan tersirat manakala M2 + 50mm pula, cocok untuk saya bermeditasi: compose dan rakam.

Jika saya perlu beli satu kamera yang menggunakan bateri, pilihan saya bukan M tetapi Hasselblad XPan dengan lensa 45mm. Tangkapan panoramic-nya sesuai untuk saya hasilkan filpen-filpen berasaskan fotografi dengan ratio yang telah ditetapkan awal-awal (bukan crop kemudian). Dan jika saya perlu beli satu lensa Leica M untuk buat syarat, saya sendiri kurang pasti yang mana saya akan beli. Saya berminat dengan Elmarit 28mm, barangkali versi ASPH kerana ia paling comel, tetapi saya lebih gemar rendisi version III cuma saiznya agak besar. Ia bukan satu pilihan, meninggalkan saya dengan seketul Hassie dan lensa Fuji-nya untuk didekati.


Ridhwan