Binfilem kubaca berulang
Hati-hati
Agar tak luka
Walau benangnya makin longgar
(Jangan gusar, sakitnya aku punya)
Jimmy!
Puaka apa merasuk tulisanmu?
Dua tahun aku gagal menulis
Acap kali "backspace"
Kau terlalu suka mengacah
Buat aku isim isi kitab merah
Jimmy
Tulisanmu
Menggagalkan kelangsunganku..
Namun aku tak marah
Walau impianku parah
Jimmy
Jika hero novelku punya hidup
Sumpahnya mungkin cukup syarat
Dia sendat-sendat mahu popular
Tapi tak bisa keluar!
Jimmy
Dua tahun
Aku mendiri konkrit hipokrit
Tapi runtuh gagal
Sakamu kuat
Dan aku tenat!
Jimmy
Hari ini jika kau baca tulisanku
Bisakah kau melepaskan aku?
"A reply will do"
Dedikasi buat Jimmy : Kitab Bin Filem
Kuntum Kenyalang
P/s: Sebuah puisi yang didedikasi buat arwah Jimmy (1984-2008) yang kami terima melalui emel, terima kasih!