Tajuk sengaja ditulis sedemikian, pun intended. Seorang hipster – baik fixter, filmster mahupun hijabster (bear in mind, tiada hipster yang mengaku dirinya hipster, kecuali jikalau mereka ada kesedaran ironi) – dirinya akan sentiasa dibelenggu ketidakyakinan. For example, seorang fixie rider akan menganggap sesiapa yang menggunakan istilah ‘fixie’ (seperti yang baru saya gunakan) sebagai seorang newbie, budak baru, noob etc. Basically ini semua B.S. Apabila ada ‘budak baru’ bermakna ada ‘budak lama’ yang kononnya sudah merasa garam terlebih dahulu, koya-pioneer. Menariknya apabila kita lihat ia secara menyeluruh, tindakan melabel sesiapa yang menggunakan istilah ‘fixie’ ini sebagai noob (second-class), menyerlahkan insecurity jemaah yang lebih ‘pro’ itu. Ini kerana mereka yang tidak yakin dengan diri mereka (rujuk pathetic) sahaja akan downgrade orang lain. Wacana intelektual ini sengaja saya ketengahkan kerana ada suatu perkara yang menarik berlaku di alam blogosfera ini. 2009 saya cuba mock blog Aku Tak Peduli melalui Gua Tak Peduli (ianya blog syok sendiri mengasah skil menulis). 2010 encik Melayu Minimalis meninggalkan komen berunsur nasihat pada salah satu esei tersebut, “dan ingat, hanya noobs yang memanggil fixed gear bikes sebagai fixie.” Baiklah abang pro!
Ridhwan Saidi