Hari ini, 1 Ogos. Saat saya menaip ini, ada perhimpunan yang bakal berlangsung tak lama lagi. Perhimpunan menentang undang-undang warisan penjajah British. Ya, jangan pelik, kita memang dasar tak malu mengaku ‘merdeka.’
Tapi dalam pada itu, saya tertanya-tanya akan satu hal ini, berkenaan orang-orang yang mungkin tak akan turun terlibat sama. Saya tanya, dan saya sendiri jawab. Orang itu adalah orang yang merasakan punya banyak kepentingan duniawi. Orang yang cinta dunia yang tak rela keselesaan hidupnya diganggu-gugat, tapi dalam masa yang sama merelakan kekejaman berlaku di sana-sini. Tapi ini langsung tak menjengkelkan kalau nak dibandingkan dengan orang yang konon anti Israel, pro Palestin.
Saya amat percaya, ada dikangan orang anti Israel pro Palestin ini yang memang sengaja tak mahu turut serta membantah. Yang hairannya, suara mereka mungkin cukup lantang mengutuk ‘kekejaman Israel’ di bumi Gaza, lewat tahun lalu. Selama ini mereka hanya berpura-pura ‘anti.’ Masa mengutuk Israel bukan main lagi. Tak cukup kutuk, beli pelekat anti Israel, atau simpati pada Gaza, lalu ditampalkan di kereta dan motosikal. Mereka hanya berani menjadi pejuang pelekat. Tapi, setakat tampal pelekat siapa pun boleh! Tapi dari segi manifestasinya, bagaimana? Apa buktinya kamu betul-betul marah sama Israel?
Sebab itu, selaku manusia skeptik, saya memang memandang sinis dengan sesetengah manusia seperti ini. Paling sinis, kalau dia datang dari golongan bangsawan atau borjusi nasional. Ya, jika sekadar bersimpati itu selalunya dirasakan tak mencukupi. Lalu mereka bertransformasi menjadi pejuang penipu, berpura-pura jadi hero di bumi sendiri, tapi yang berani diperjuangkan adalah bumi orang lain kerana rasa ‘lebih selamat berjuang dari jauh.’ Masa bumi Gaza ditabur dengan bom, mereka ini mungkin orang paling lantang mengutuk keras. Kemudian buat kutip derma, buat pelekat, jual.
Malangnya, mereka hanya nampak kekejaman yang nun jauh di sana. Kekejaman depan mata buat-buat buta tak nampak. Soalnya, apa bezanya undang-undang kejam dengan kekejaman Israel? Apakah kekejaman itu punya darjat, punya tingkat-tingkat, sampai ada kekejaman yang boleh dan ada yang tidak? Kekejaman bolehkah dihalalkan?
Mengutuk dan membenci Israel, bagi saya, sama hal dengan mengutuk dan membenci undang-undang drakonian ISA. Apa pasal? Pasalnya, dua-dua ini adalah manifestasi kekejaman manusia. Jadi, memang pelik-lah kalau golongan anti-Israel di negara ini yang pergi bersantai di pusat membeli-belah, berkelah depan tasik, atau enak mengunyah snek di depan kaca TV, pada hari ini, melainkan memang dia punya komitmen lain seperti kerja, atau tiada kemampuan fizikal dan material. Kalau seseorang itu benar-benar tak suka Israel, logik saya, mereka juga mesti menyampah dengan ISA. Sebab dua-dua ini sama kejam, sama-sama tak berhati perut. Israel dan ISA ini adalah simbol kuasa yang digila-gilakan oleh manusia gila kuasa untuk menguasai orang yang ingin dikuasai. Senang cerita, menolak ISA sama erti dengan menolak Israel.
Kalau tidak, jangan sibuk berlakon, berpura-pura. Kalau dah memang tak peduli dengan Israel/ Palestin itu, lainlah. Bahkan itu lagi baik dari berpura-pura. Saya mengaku memang tak berani pergi ke Gaza. Tapi kalau tak pergi ke Gaza sekali pun, paling tidak saya rasa saya masih lagi berani dan punya kudrat untuk menghalau kekejaman manusia di bumi sendiri. Apa maknanya mulut terkumat-kamit mengutuk Israel tapi membiarkan ISA ini terus mengebom kekebasan manusia tanpa sebarang bicara? Jadi, jika benar-benar menolak Israel, maknakannya dulu dengan menolak ISA di jalanan pada hari ini.
Mohd Ikhwan Abu Bakar
p/s: Ditujukan khas buat mereka yang anti Israel dan pro Palestin.