Hamlet Fansuri istimewa sebab ia bukan saya sudah siap-siap ada teks dan muzik pilihan, dan lalu saya pilih ruang untuk mementaskannya, tetapi sebaliknya saya ditawarkan ruang terlebih dahulu dan dalam masa sama diberi ruang untuk berkolaborasi dengan Kicau Bilau sebelum datang dengan teks.
Oleh kerana saya sudah tahu bunyi dan rentak Kicau Bilau, saya tahu saya tak boleh direct seperti kebiasaan dengan nuansa deadpan dan penuh kelucuan. Melalui Hamlet Fansuri saya perlu lebih serius. Sudah tentu masih ada kelucuan dalam Hamlet Fansuri yang boleh bikin orang geli hati, tetapi saya pastikan ia tidak dominan. Saya perlu lebih menghormati nada dan kegelapan teks sumber. Yang paling serius sudah tentu selingan puisi Hamzah Fansuri, dan di sini saya tiada niat untuk memparodikan atau memperlekehkannya. Di dalam Hamlet atau Maldoror sudah tentu ada sedikit bibit lucu, tetapi ia tersembunyi. Kepedihan, kesengsaraan dan kerinduan lebih ditekan. Dan saya amat peka sewaktu terjemahan, untuk tinggalkan kedinginan Denmark dan bahasa Inggerisnya untuk diserap ke dalam hujan terik khatulistiwa bahasa Melayu.
Di dalam ulasan Ketagih Teater oleh Yusof Bakar, ada dinyatakan bahawa teater ini bukan site-specific. Ia ada site, tetapi tidak specific, hujahnya. Di sini saya terpanggil untuk mengutarakan pendapat saya pula. Meskipun saya tidak kisah label atau bentuk teater yang nak digelar ke Hamlet Fansuri ini, tetapi istilah ‘site-specific’ ini saya yakin sesuai untuk Hamlet Fansuri kerana ruang/site memainkan peranan besar dalam ciptaan dan direction play ini.
Mungkin ada kefahaman lain yang saya tidak belajar dari dunia teater (tentang istilah site-specific ini), kerana saya tiada pendidikan formal dalam teater, tetapi jelas bahawa play ini saya garap setelah mengetahui ruang/site dan muziknya. Ia site-specific dan music-specific pada saya. Ruang dan muzik ini yang membentuk naskah Hamlet Fansuri. Ia datang seiring juga, kerana saya juga cuba setia dengan naskah asal Hamlet oleh Shakespeare. Teks, ruang dan muzik lalu bersatu sebelum performer dan sinografi tiba kemudian.
Hamlet Fansuri ini juga amat site-specific dalam erti kata ia tidak boleh di-restage di tempat lain. Jika ia dipentaskan semula di tempat lain, direction baru diperlukan. Malah untuk restage di tempat yang sama juga menjadi sulit, kerana PORT commune ini sebuah hub kreatif, dengan poket-poket ruang co-working yang organik dan boleh disewa orang pada bila-bila masa. Bilik-bilik dan ruang yang saya pilih, kosong sewaktu tarikh persembahan. Untuk restage, ruang-ruang yang sama perlu kosong. Tak hanya melibatkan ruang, play ini turut bersandar pada bunyi Kicau Bilau jika kita mahu restage ia dalam erti kata sebenar. Jika kita guna rekaan bunyi yang berbeza, feel dan direction-nya tentu akan jadi lain.
Sewaktu persembahan, saya amat peka dengan persembahan di waktu malam dan yang di waktu petang (matinee). Saya mahu kedua-duanya berkesan sesuai dengan situasi dan suasananya. Direction dan kata kunci tertentu saya berikan ke Kicau Bilau dan para performer untuk disesuaikan dengan kondisi teater yang berbeza. Tak cuma site-specific, Hamlet Fansuri ini juga time-specific. Muzik Kicau Bilau tak sama di waktu petang dan malam. Malah setiap performans tidak sepenuhnya sama untuk kelima-lima pementasan. Ia bukan reproduksi kilang, tetapi mengikut kesesuaian cuaca perasaan jemaah mereka yang membikin dan mereka yang hadir. Tiada siapa tahu apa akan berlaku. Ia berlaku bila ia berlaku.
Ia organik seperti kehidupan itu sendiri. Meski ia organik, tetapi fokusnya bertemu. Ia paradoks seperti persembahan Hamlet Fansuri ini sendiri. Setiap karakter, Hamlet, Ophelia, Getrude, Claudius dan Laertes ada dilema, struggle dan masalah masing-masing dengan usaha masing-masing. Meski setiap individu ini seperti sedang berjalan ke arah yang berlawanan, tetapi fokus ceritanya bertemu dan berintegrasi. Ada kesatuan dalam kepelbagaian.
Ridhwan Saidi