Selasa, Februari 10, 2015

Novela STEREO GENMAI edisi underground


Saya akan cetak 10-20 naskhah versi kaver baru ini sempena KLAB 2015. Kedua foto saya rakam di Kuala Lumpur, dan kulit depan itu benar di hadapan Pavi. Ada figura wanita, dan lelaki atau mungkin manikin? yang berkait dengan novela ini. Ia masih kekal dengan warna hitam, putih dan merah. Warna-warna ini cocok kerana STEREO GENMAI merupakan karya saya yang paling gelap. Ia juga antara yang paling sinematik.

Pada 2012 saya ada hantar STEREO GENMAI dan MAUTOPIA ke Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2012. Saya hantar sebab Fadz ada iklankan di blog dan kalau tak silap, suruh saya join. Dan saya memang nak join, bukan sebab nak test market, tapi barangkali, nak test competition. Antara isi laporan seperti berikut:

Panel Penilai pada peringkat saringan telah membaca 43 buah novel terbitan pelbagai penerbit  pada tahun 2012. Panel Penilai mendapati sebahagian besar novel ini bersifat ringan atau bercorak novel popular. Persoalan yang tergarap adalah biasa, yang menyentuh subjek percintaan,  kekeluargaan,  pendidikan,  dan keagamaan. Walaupun bernilai moral dan bermakna, kebanyakannya terungkap dalam gaya persembahan atau teknik penulisan yang biasa, tiada percubaan memperagakan teknik baharu yang lebih menarik.

Kedua novel saya tidak terpilih untuk shortlisted. Saya suspek kedua novel saya tewas sebab ringan dan bercorak novel popular meski ia adalah sebaliknya. Malah STEREO GENMAI antara karya paling teknikal yang pernah saya hasilkan (setakat ini?) Saya tertanya jika ada karya fiksyen Malaysia persis STEREO GENMAI sebelum ini?

Semasa mereka kaver baru ini, saya belek STEREO G. untuk ingat kembali ia tentang apa. Dalam keadaan sekarang, saya syak ia sebuah karya gothik pascamoden. Jika dulu kala kita ada watak utama yang ke istana atau rumah agam terpinggir dan usang, di sini saya buat watak utama ke pusat beli-belah Pavillion. Pavi sekilas pandang bukan Transylvania atau Baskerville Hall, tetapi ia masih berhantu (dari segi arsitektur dan sejarah) kerana bertapak di atas Bukit Bintang Girl’s School (sekurangnya dalam dunia saya).

STEREO GENMAI bunyinya enigmatik kata Nazim, dan pada saya pula (semasa saya menulisnya) ia bermaksud ‘bunyi hujan.’ Saya tak akan bubuh judul novela ini BUNYI HUJAN sebab ia kedengaran old-fashioned, atau SEMALAM DI PAVI atau MENCARI D. Mungkin old-fashioned bukan masalah, yang lebih berat kerana sebagai judul ia tidak stylo. Saya juga ada gatal nak tukar judul bagi cetakan ini supaya orang mudah faham tetapi ia mustahil, sebab STEREO G. wujud dalam novela ini.

Novela ini ditulis pada tahun 2012, dan mungkin pembaca bahasa Melayu kurang jelas bagaimana cerita sebegini berfungsi ketika itu, tapi sekarang saya syak ia bukan lagi senggama minda atau apa, ia cuma cerita yang straightfoward—satu kitaran.

Ridhwan Saidi
P/S: Oleh kerana KLAB bakal berlangsung di Dataran Underground maka dengan itu saya namakan edisi ini edisi underground

Sabtu, Februari 07, 2015

Novel AMERIKA cetakan ketiga



“Seorang tabligh cuba menjual kitab ateis berjudul Holy Strawberry kepada saya.”

Ayat pembuka novel ini mulanya saya rasa tak berkait dengan novel ini. Malah tangan saya gatal untuk padam dua bab pertama sebab cerita mula bergerak di bab ketiga yang bermula dengan:

“Melalui celah kaki lima yang gelap melintasi barisan kedai-kedai yang sedang ditutup, dingin malam meresap masuk ke dalam betis.”

Tapi ketika ini baru saya sedar yang kitab ateis Holy Strawberry itu merujuk kepada novel Amerika ini sendiri. Sesuatu yang spiritual (holy!) dan psikedelik (strawberry!). Jadi saya rasa dua bab pertama itu penting dan dibiarkan.

Untuk rekaan kulit novel baru ini, saya cuba dapatkan feel hipster + psikedelik selain mahu ia bersifat peribadi. Inspirasi saya barangkali foto-foto solarize Richard Avedon dan album Cocteau Twins, Heaven or Las Vegas antaranya. Saya ada rakam banyak gambar waktu di Miami, tapi semua dah hilang sebab ipod hilang dan hard disk korup. Saya sangka saya ada upload Instagram tapi rupanya tiada. Jadi yang selamat negatif filem yang saya temui semasa kemas bilik. 

Ada 2 roll. Dalam satu roll ada foto saya pakai wayfarer di mana ia ada dibubuh dalam cetakan pertama Amerika sebagai foto pengarang. Saya guna gambar sama sebagai kulit depan. Foto itu dirakam waktu baru balik Amerika dan dirakam semata-mata untuk bubuh dalam novel Amerika. Kini saya rasa saya sudah detach dengan novel ini, dan lelaki di dalam gambar itu, yang mungkin saya kenal, adalah diri saya yang masih bertaut dengan novel Amerika.

Roll kedua pula lebih lama iaitu foto-foto yang dirakam semasa saya tinggal di garret Pudu Lama. Saya ambil keputusan untuk tidak bubuh sinopsis atau praise dan hanya letak sepotong pantun/puisi (?) dari novel ini, as if ia adalah novel cetakan pertama.

Cadang keluar KLAB 2015.

Ridhwan Saidi