Selasa, April 29, 2014

Surat terbuka dari Bjork buat Araki

hey Araki ?
akankah sentiasa aku berasa hidup ?
sepenuhnya 500% hidup
terasa seperti aku meletus atau terbuka habis
hidup dengan keberanian sebegitu
takkan pudar
sentiasa ‘on’

hey Nobuyoshi ?
suntikku dengan keindahan galak
penuh berahi
suntik padaku
dengan picagari visualmu
hingga semua sel di dalam tubuhku pengsan
(500 liter cinta, nafsu dan humor)
mengalir deras dalam urat nadiku

hey Nobuyoshi ?
beriku nuansa ‘sempurna’
dan selamatkan aku dari kebosanan
okay ?
masuk ke dalam jiwaku setiap satu per satu juta saat
di dalam ‘ketaklengkapan’ yang datang saban hari
klik dan sambung lagi
beriku stimulasi dalaman
dengan satu gambar
hanya satu peluang
tak dibuat-buat

perangkapku dengan renunganmu, Nobuyoshi
dan bawaku padamu dengan kuasamu
dan kembali pada segala indera
semua yang kulihat—semua yang kufikir—semua yang kudengar
=semua yang kusentuh—semua yang kucinta
semua puas

aku ‘on’ sekarang
(terima kasih Nobuyoshi)

ia persis bergaya semasa
aku masih tidur
perlahan-lahan keluar
dan menyediakan nafasku
tetapi ia semasa kau di dasar diriku
Nobuyoshi
kau berenang di dalamku
kau tenggelam ke dalam sendiku
menyentuh
menghidupkan jiwaku

ubahku Araki, ubahku
meletup
kebosanan meletus
(kau sungguh seorang pengganas visual)
kebenaran mesti dibawa muncul
mengundur tak diampun
sama sekali
‘sepenuh’ syabas
dan kini, hidup, alami.


Bjork
Terjemahan Ridhwan

Jumaat, April 04, 2014

Suara-suara mereka yang dah baca novel Babyrina

“Usai buku ini diletakkan, saya hanya dikelilingi satu entiti misteri. Entah ia adalah satu perasaan kasihan, atau kebencian, atau suka, atau terpesona. Entah. Buku ini saya habiskan 2 hari dengan perasaan yang terbuai. Ridhwan berjaya meletakkan diri saya sebagai Irene Baginda. Remaja nakal, penuh rasa cinta, penuh kasih sayang, penuh rasa ingin mencuba.”
– Anna Rozana via Goodreads

“What an experience. Lepas baca, kepala jadi berat, badan jadi sejuk sejuk macam baru keluar panggung.”
– Aen Lee via Goodreads

“Dengan cerita yang pacy begini, aku rasa RS berjaya jadikannya satu perjalanan merentas kisah dengan lembut.”
– Syahmi Fadzil via Goodreads

“Aku tafsirkan Babyrina adalah satu simbolik zaman kejatuhan akhlak negara ini. Kita cuba merungkai dari mana salahnya sedangkan mungkin sistem kita ini sudah lama korup sebelum masyarakat turut korup.”
– Nazrin Saad via Goodreads

“Dalam masa-masa saya membaca Babyrina, saya diambil kembali kepada suatu masa pertengahan 90-an, dimana Malaysia hanyalah Kuala Lumpur, dimana internet adalah limited access, dimana manusia paling popular adalah Mahathir dan Anwar, dan dimana pornografi itu adalah sesuatu keghairahan yang misteri.”
– Ahmad Arba’in Ali via Goodreads

“Mindblown ceritanya tapi best. Aku bagi 9/10.”
– Alif Idham via Twitter

“Babyrina is indeed a beautiful moral destructive fiction novel.”
– Amir Arif via Twitter

“The story is sprinkled with the necessary periodic references (90s teen sexual awareness, pre millenium scandal/conspiracy riddled political climate, the internet and globalization's threat of a burgeoning new openness (socially and sexually) and even includes genre tropes (trench coat wearing private dick, the dato's perempuan simpanan, the inquisitive - albeit not so pesky as the norm - lady reporter) as a nod to pulp traditions. The writer even unabashedly gave salina and mona gersang cameos, which status amongst seasoned reader is obviously what this book aspires to.”
– Khairul Azwan Sa’adon via Google Plus

“Whole book superb.”
– Bart Ahmad via FB

“A realistic fiction novel that is perfectly satisfying for those who demands portrayal of genuine emotions in a story.”
– Aida Idani via Goodreads

“Aku tersenyum apabila mendarat di muka surat 33. Walaupun Babyrina adalah berkenaan Ops Burung dan Tan Sri Hitam, serangkap ayat di muka surat itu akan aku kenang sampai bila-bila.” 
– Asyraf Bakti via Goodreads

“Lagi-lagi pasal Babyrina, the writer really means ‘have phun!’ Such a funky pulpy fiction yang aku boleh kata, ‘my first time, babe!’”
– @LagejMemori via Twitter

“4.0 seperti terlalu magnificent, tetapi ia magnificent.”
– Sang via Goodreads

“Jalan cerita sempurna dan lembut seperti minum coklat panas sambil menonton filem yang baik ketika hujan.”
– Dayah-sama via Goodreads

“Awalnya, aku ingat (novel) Babyrina ini ala ‘Manhattan Murder Mystery' oleh Woody Allen. Rupanya-rupanya… ia lebih menarik daripada itu. Sungguh, Babyrina sebenarnya sebuah ‘murder mystery’ yang telah menelanjangkan golongan autoriti pada zaman itu!”
– Azrin Fauzi via Goodreads

“Full of pulpish goodness.”
– Sufian Abas via Twitter

“Membaca garapan baru terbit Ridhwan Saidi ini adalah untuk memahami apa yang diertikan sebagai ‘Political Industrial Media Complex’.”
– Zikri Rahman via FB

“Orang yang menonton snuff movie akan mengetap bibir dan bercerau peluh dahi. Orang itu mungkin juga sedang membaca novel Babyrina.”
– Wan Nor Azriq via FB


Ridhwan
P/S: Entri akan dikemaskini bila hmmm... rajin.