Khamis, Jun 28, 2012

Stereo Genmai dan Novel Kelima


Besok malam novel keempat saya akan dilancarkan dan dijual di Pesta Buku Selangor. Ia tidak setebal KELABU, tetapi saya rasa pengisiannya cukup untuk dihadam bagi mereka dengan selera jiwang alternatif. Seperti kamera point and shoot, ia kompak dan padat. Saya merasakan ia sebuah novella sepertimana seekor kuda padi bukan anak kuda, tetapi untuk memudahkan sebutan (saya lebih menyenangi tatabahasa Inggeris US berbanding UK, kerana ia lebih ikut kesenangan berbanding logik), dan selain Buku Fixi yang mengiklankan buku terbaru saya sebagai sebuah novel, jadi dengan itu bila sudah diberi 'label', maka novel lah ia.

Ini novel pertama saya yang teman wanita saya suka, selain sinopsis novel kelima. Novel kelima adalah novel terbaik saya setakat ini (ideanya telah ada selepas CEKIK siap dan ikut pelan asal ia sepatutnya novel kedua saya). Tetapi saya peram dulu buat jeruk. Saya sentiasa rasa semua benda yang sedang saya hasilkan sebagai terbaik. Saya sedar ini semenjak saya hasilkan filem pendek lagi (yang sebenarnya bila sudah siap tak terbaik pun), tapi kali ni bukan lagi macam tu. Ia memang semakin baik, saya yakin.

Saya bersyukur di Goodreads saya dapat kumpul purata 4, 3 dan 2 bintang bagi tiga novel terawal saya, jadi saya rasa saya tahu (lebih kurang) jenis bacaan bagaimana yang pembaca gemar dan lebih penting saya sendiri tahu apa yang saya gemar. Saya juga cuba ambil pot dengan reviu-reviu negatif (bukan negatif dalam erti kata tak suka—suka atau tidak itu pilihan masing-masing, saya suka tempoyak awak suka cincalok tiada masalah—tetapi lebih kepada reviu-reviu yang bawa tenaga negatif) tapi tak boleh. Saya tak berminat dengan masalah peribadi orang lain. Jika saya masuk campur ia ibarat menyelesaikan masalah rumah tangga orang. Masalah pembaca yang bersuamikan buku atau beristerikan buku atau berskandalkan buku. Atau masalah break up bilamana seseorang pembaca itu tak dapat menghabiskan sesebuah buku, sepertimana seorang kekasih tidak dapat beri komitmen. Saya tak berminat dengan hal-hal sebegini, tetapi kekadang menjeling dan tersenyum acap kali bertemu dengan pasangan kekasih yang bertengkar di tengah-tengah pusat membeli-belah. Saya percaya reviu-reviu negatif dengan hawa masalah peribadi ini rupanya begitu. Chillax, tak perlu berdrama sangat ya. Kecuali kalau awak seorang pelakon, barulah saya akan duduk dan tonton dan nikmati persembahan awak. Teruk atau baik itu kita letak tepi ya awak. Awak tak marah kat kitew cunt? Kita tak marah, kita neutral jew nie kot(e). LOL.

Jadi berbalik kepada tujuan entri blog ini ditulis iaitu untuk melacurkan novel keempat saya yang mana ideanya saya ada berkongsi dengan beberapa orang kenalan. Salah seorang, Sufian Abas lekas menyebut nama Haruki Murakami yang membuatkan saya panas hati sebab saya tidak begitu mengikuti sosok penulis kegemaran ramai ini. Selain pastiche dalam CEKIK saya rasa itu sahaja hubungan yang ada di antara saya dengan Encik Murakami. Amir Hafizi juga pernah mengatakan tulisan saya seperti Chuck Palahniuk satu lagi nama yang saya tak biasa. Nama Nami pula merasakan tulisan saya seperti Neil Gaiman (melaui MAUTOPIA), pun sama. Pada mulanya saya tidak jelas tetapi kemudian pelan-pelan saya sedari ada di antara temanya serupa dengan apa yang saya cuba dekati, mungkin, dan dengan itu tidak lebih dan tidak kurang saya terima semua ini sebagai satu doa. Moga dengan adanya jenama Haruki Murakami dan Chuck Palahniuk dan Neil Gaiman dapat membuatkan novel terbaru saya ini hip sepertimana penjenamaan semula label-label fesyen ahli falsafah e.g. kemeja Jean-Paul Sarte, seluar dalam Nietzsche dan trucker hat Ibnu Sina mendapat tempat di kalangan muda-mudi. Syukur.


Ridhwan
P/s: Pesta Buku Selangor akan berlangsung selama seminggu bermula Jumaat ini hingga Ahad depan 10 am hingga 9 pm (Sabtu dan Ahad hingga jam 10.30 pm) bertempat di SACC, Shah Alam.

Rabu, Jun 13, 2012

Certot Stereo Genmai


STEREO GENMAI adalah fiksyen terbaru saya yang terinspirasi selepas modem saya dipanah petir. Mujur petir itu tidak panah saya kerana jika petir itu panah saya, tentu saya tak dapat menyiapkan novel  / novella / novel pendek (?) ini dan seterusnya mengiklankan entri blog ini.

Ridhwan Saidi

Ahad, Jun 03, 2012

Tayangan Filpen Kasturi di Malaysian Shorts

Bertempat di HELP University, 8 pm, 4 June 2012.
Filem-filem pendek yang akan ditayangkan:

1. PASAK (director: Amanda Eu) 20 minutes. 2012
2. KASTURI (director: Ridhwan Saidi). 7 minit 2012
3. DEAR RIDHWAN (director: Aidil Rusli). 5 minit. 2012
4. DREAMS ON FIRE (Director: Satpal Kaler) 2012
5. LIGHTBULB (Director: Nik Amir Mustapha). 2011
6. COLOURS (director: Ibtisem Ben Nassib) 2 minutes. 2012
7. GUANG (director: Quek Shio Chuan) 14 minutes. 2011
8. THE APPRENTICE (director: John W J Cho ) 5 minutes. 2012
9. KOPI, DONAT & BAYANGAN GADIS BERAMBUT HIJAU (Pengarah: Bebbra Charles Mailin). 14 minit. 2012
10. HAJAT (director: Ng Ken Kin). 15 minit. 2012

Klik untuk info lanjut.