Ahad, Mei 20, 2012

Tayangan Filpen Kasturi di Putrajaya


Bertempat di Menara KBS, Putrajaya.

24 Mei 2012 – Khamis (8 pm - 11 pm)
1. KONTRADIKSI (10 Minit Teaser) oleh Aloy Paradoks dan Nazri M. Annuar
2. KOPI 3 RASA oleh Nazri M. Annuar
3. ESKEP oleh Fasyali Fadzli
4. MIMPI IMAN oleh Aliff Ihsan Rahman
5. PEMBURU BUAYA DARAT oleh Tok Rimau
6. KOTAK oleh Ariff Zulkarnain
7. JIWA SUCI oleh Dean Sham
8. KASTURI oleh Ridhwan Saidi
9. TIKAM oleh Razaisyam Rashid

25 Mei 2012 – Jumaat (8 pm - 11 pm)
1. APA KHABAR SURAT KHABAR oleh Aliff Ihsan Rahman
2. KHILAF oleh Kamarul Arifin Zazali
3. PAGAR oleh Fikri Kacak
4. SIDJI oleh Zulhilmi Zahir
5. NESAN TAK TERUKIR oleh Muz Amer
6. RISALAH UNTUK CINTA oleh Ashroff Nor Shaid
7. EPAL HIJAU DI LUAR PAGAR oleh Syahrul Fitri Musa
8. PILY oleh Faliq Shariff
9. ADIWIRA oleh Peikin Ibrahim

Masuk bebas. Info lanjut klik sini.

Sabtu, Mei 05, 2012

Emet dan Kamera Emet

Emet nak tulis satu cerpen ni pasal sorang peminat fotografi bernama Emet yang instead of bayar PTPTN, dia habiskan duit beli Leica MP .58 + 35mm f2 dari eBay—dengan falsafah minimalis satu kamera satu lens di dada—Emet mula rakam foto secara candid kamera-kamera jurufoto jalanan di sekitar KL (kebanyakannya kamera digital compact, lomo dan dslr atau jika bernasib baik tlr—subjek yang dirasakannya Brechtian) tetapi hari itu tidak seperti hari-hari lain, ramai manusia berpakaian kuning berhimpun dengan pelbagai bangsa kamera: ada Ricoh, ada Contax, ada Fuji, ada Pentax, ada Nikon, ada Holga, ada Konica Minolta, ada Diana, ada Bessa, ada Yashica, ada Canon, ada Polaroid, ada Olympus, ada Sony, ada Panasonic, macam-macam ada. Emet seronok lalu mula merakam kamera-kamera yang tergantung di leher, yang dipegang, yang bercahaya, yang berkecai . . . dihempas ke jalan, oleh seorang pegawai berbaju biru—Emet pasti ia sebuah M2 vintaj dan hanya tuhan tahu lensa apa yang sedang dipijak-pijak. Salah seorang pegawai pandang Emet dengan pandangan yang menakutkan. Emet takut. Kamera Emet diminta tapi Emet degil, Emet tidak beri. Emet lari.

Hujan lebat, siku luka, betis patah dan dahi Emet berdarah. Beberapa pegawai berbaju biru berdiri kaku mengelilingi Emet. Mon-Mon (nama timangan kamera MP .58 Emet) meski calar dan remuk, masih solid dan padu. It was then Emet ketawa seperti Santa Claus, "HO! HO! HO!" Emet lupa isi kodak*, bisik Emet dalam hati. Dan seperti kamera tanpa kodak, kepala Emet dipijak-pijak hingga hilang memori. 


Ridhwan Saidi
* Filem 35mm sepertimana pampers (jenama) digunakan untuk lampin pakai buang.