Isnin, November 21, 2011

Kitaran Berkat

Magiknya apa yang orang tulis, akan berlaku kemudian, macam label 'tipikal binfilem' pada CEKIK, yang pada saya tersasar, tetapi kemudian ianya semacam satu bentuk keberkatan bagi saya untuk mengerjakan novel seterusnya AMERIKA dengan satu matlamat, iaitu ia sebagai sebuah novel yang 'tipikal binfilem'. Ia seolah satu kenyataan tersirat saya kepada mereka yang konfiden habis, apakah benar kenyataan mereka itu? Ianya okay untuk konfiden bagi orang lain, tetapi saya tidak pernah sesekali konfiden, untuk menyatakan saya seorang... (isikan tempat kosong), kerana saya tidak tahu, dan orang lain juga tidak tahu, bagaimana saya boleh tahu, menjadi setahu itu untuk betul-betul yakin, saya tidak tahu, seperti jika kamu seorang Muslim, membaca kitab Quran sekali baca, kemudian konfiden habis apa yang dibaca tadi, menjadi tahu tentang segalanya, kesimpulannya terjerat pada minda kamu yang tumpul itu. Membaca buku ini,  tidak kira samada ia elok atau pun tidak, dari sastra ke pulp, boleh diagak timbang taranya, berat ringannya, dan untuk tahu berat ringan ini, perlu datang dari pengalaman, perlu rasa yang paling berat, dan perlu rasa yang paling ringan, dan dari situ barulah nikmat itu datang dengan kesedaran, dan dengan kesedaran kita faham bahawa tidak semestinya yang ringan itu tidak best dan sebaliknya, dan novel (malah filem) yang best ini berupaya membuka hal-hal yang tak disedari kewujudannya oleh si pembaca di dalam kehidupan (Malah ada yang menganggap, tanpa elemen ini sebuah novel itu menjadi tidak bermoral). Dan sewaktu saya sedang mengerjakan novel ketiga ini, punca pertama kenapa saya menulis entri ini, kitaran berkat itu berulang; novel AMERIKA banyak dikaitkan dengan sesuatu yang bersifat Kafkaesque dan bukan sahaja dalam bentuk ulasan, tetapi juga tatkala saya bersembang dengan orang. Susuk gergasi sastra moden dari Prague ini, salah seorang perawi triniti sastra moden menurut Milan Kundera, semacam terapung-apung di sekeliling saya dan secara tidak langsung, saya dapati novel ketiga saya ini Kafkaesque dalam erti kata sebenar tanpa saya sedari. Terpulang kepada mereka yang membaca kerana teks itu menjadi milik sementara mereka, tetapi bagi saya ya AMERIKA itu mungkin ada tona eksistential tetapi tidak secara spesifik Kafkaesque. Tetapi menyedari selepas menyedari hal ini, saya fikir apa kejadah dengan label-label kelihatan bijak ini? saya cuma mahu menghasilkan sesuatu yang best bwahaha!


Ridhwan Saidi

Rabu, November 16, 2011

Tentang Typo

Saya telah menghasilkan dua buah novel iaitu CEKIK dan AMERIKA dan dua-dua punya typo tetapi dalam konteks yang berbeza. Dalam CEKIK ia adalah sebahagian daripada naratif (kononnya), tetapi yang lebih menarik ingin saya kongsikan di sini, bagaimana typo-typo dalam AMERIKA muncul. Ia bukan atas lesen kreatif atau buang tabiat, tapi lebih kepada bentuk pengurusan keusahawanan ha ha.

AMERIKA adalah novel pertama yang kami terbitkan, jadi proses yang kami lalui ini pertama kali dilakukan ibarat... Di kilang percetakan, kami beri fail dalam bentuk pdf isi dan kulit dan mereka ada satu skema bacaan pruf, di mana mereka akan buat mockup. Mockup ini kami baca dan semak dan betulkan lalu beri kembali kepada pihak kilang. Kilang cetak mockup sekali lagi, kami baca dan semak dan bila puas hati kami turunkan tandatangan tanda setuju. Waktu itu saya sedari sepatutnya kami dapat copy sekali kalau apa-apa berlaku, tetapi dalam masa yang sama saya berasa terlalu seronok tak sabar nak lihat ia siap, santai dan takkanlah kilang percetakan ni buat silap dah ada pengalaman berpuluh-puluh tahun? ditambah layanan waktu kami buat bayaran pun amat memuaskan, atau mungkin nama saya yang bermaksud keredhaan meredhakan aksi tersebut.

Empat hari selepas itu AMERIKA siap dicetak dan saya dapati yang dicetak itu, fail yang sebelum dibuat pembetulan dipenuhi sengkang silap tempat. Saya redha saja dan ambil iktibar, lepas ni kalau cetak lagi (dan saya mahu cetak lagi) kena bagi fail yang sehabis final ke kilang. Saya lekas cuba baca kembali AMERIKA ingin rasa samada typo-typo itu terlalu kacau, tapi berkat skil langgam dan laras bahasa amatur saya, mujur ia okay ha ha.

Selain itu melalui ulasan-ulasan yang saya hargai, saya perasan ada yang menganggap penggunaan aku-saya itu satu kesilapan. Ianya terlalu konsisten untuk terjadi tanpa kesengajaan. Saya cuba garap stream of collective unconscious atau dalam bahasa Melayu-nya arus kesedaran kolektif bawah sedar; atau bak kata mereka yang dah merasa garam (lol!), ia sesuatu yang bersifat kemimpian, dan ini saya perasan istimewa hanya boleh diaksikan dalam bahasa Melayu—sebab kita banyak kata ganti diri, berpangkat sana sini, alang, tok long, ucu, uteh, cicit, biras, saya, aku, gua, kawe, teman, sedangkan omputih pakai I you saja.

Inspirasi saya untuk penggunaan aku-saya itu barangkali datang dari terjemahan surat Salleh ben Joned kepada Redza Piyadasa perihal 'seni kencing'. Mulanya saya sangkakan apa yang saya buat ini sudah dibuat, tetapi bila saya check balik, rupanya dalam surat itu penggunaan kata ganti nama pertama itu bertukar antara aku dan saya dalam baris ayat yang berbeza. Apa yang saya lakukan lebih extrim di mana ia berlaku dalam satu ayat, dengan bantuan perisian Word, padan lah pelik semacam ha ha ha.

Aku makan sandwich Cuba sebenar saya.

Terdidik dengan budaya kritik, saya secara sedar ambil berat dengan komen-komen yang klik dengan jiwa saya agar tulisan saya menjadi lebih baik, melangkaui karya sastrawan tulen (lol!). Saya bertuah kerana dalam CEKIK ramai komen tentang ending dan dalam AMERIKA ramai komen tentang intro. Saya tak tahu kenapa, tapi ianya jadi simetri dan seimbang dan saya suka, saya rasa macam nak tulis novel lagi.


Ridhwan Saidi

Sabtu, November 12, 2011

Filpen Sunat the Musical by David Sparkle



THE 48 HOUR FILM PROJECT 2011 - KUALA LUMPUR

Genre: MUSICAL
Character: ADI or ADIBAH AZIZ, A FOOTBALLER
Prop: A MIRROR

*This film won the "Audience Choice Award (Group A)"


Ridhwan Saidi