1. Telah beberapa kali saya bertemu dengan situasi dan ulasan yang membincangkan hal logik/tak logik dalam sesebuah kerja seni tak kira filem mahu pun novel/la/let. Kebiasaannya nama Gregor Samsa akan dipetik kerana hujahnya, secara tidak logik si Samsa ini telah berubah menjadi lipas. Contoh: "Ala bro, takpe kot tak logik, sedangkan Franz Kafka tulis novel pasal manusia berubah jadi lipas."
2. Sebelum itu, dalam The Metamorphosis, bukan lipas yang digambarkan tetapi lebih kepada sesuatu berbentuk kumbang koboi mutan (dan barangkali hanya boleh didapati di dalam dunia fiksyen atau sesetengah orang panggil Realiti dengan huruf pertama besar).
3. Kejadian Samsa menjadi kumbang koboi mutan sekali fikir memang tak logik/realistik, tapi rasional untuk dunia novela itu. Bila rasional meresapi zakar sesebuah naratif, secara alaminya wajah lelaki yang menadah mani yang terpancur menjadi logik (saja testis lawak gay di sini). Nah, inilah bezanya. Ini berbeza dengan situasi-situasi yang tidak logik tadi, macam novel Ahadiyat Akashah, ambil contoh Lagenda Budak Setan, tetibe je si Kasyah tu berubah jadi lipas masuk ke dalam air tin minuman untuk pedajal Ayu. Tak rasional bukan? Atau seperti kata Roslan Jomel mengenai novel Amerika, watak Dahlia itu terlalu muda (berumur 16 tahun) untuk membicarakan hal-hal kompleks. Nanti kejap. Kompleks? Umur enam-belas tahun? Tak logik?
4. Hmm... apa kata kita ambil contoh lain. Macam contohnya kisah seorang penjual tisu ni, sehari suntuk dia menjual tisu ke hulu ke hilir, tapi takde siapa beli, berpeluh-peluh di bawah panahan terik sang suria, last-last dia menangis dan guna tisu tu balik buat lap peluh, buat lap air mata, menangis kegembiraan. Erk! logik logik...
5. Kita cuba pula yang ini, seorang penulis wanna-be mahu menjadi seorang published writer, tak tido malam bersengkang mata menaip 50,000 patah perkataan novel masterpiss eh masterpiece, lima kali re-write, dalam masa lima hari, tapi karya agung maha emonya ini ditolak oleh semua syarikat penerbitan, lantas penulis itu mengambil keputusan untuk menerbitkan karya anak-anak jirannya.
6. Ini mungkin tak logik, tapi boleh dirasionalkan. Kalau watak penulis wanna-be itu seorang yang terpelajar, atau budak skema tipikal novel-novel cinta tempatan, adalah menjadi tak rasional untuk dia tak terbitkan novel dia sendiri. Kecualilah kalau (selain gila), si penulis itu orang susah menulis semata-mata kerana ingin mengorat anak gadis tuan punya syarikat penerbitan, yang telah dikenakan syarat oleh emak bapaknya jikalau hendak masuk meminang, kamu kena jadi published writer terlebih dahulu. Putus harapan dan akhirnya cinta tersayangnya telah pergi menuntut ke United Kingdom atau Universiti Al-Azhar dijaga oleh seorang teman wanita merangkap hijabster lesbian, membuatkan dirinya berazam untuk tidak membenarkan anak-anak muda kawasan kejiranan melalui nasib yang sama, mengusahakan penerbitannya sendiri.
7. Bila fikir balik la kan noks (oh crap), bukan APA yang menjadi hal di sebalik isu logik dan tak logik ini, sebaliknya BAGAIMANA sesebuah fiksyen itu digarap oleh pengarang dalam merasionalkan hal-hal yang berlaku, yang penting.
8. Dan tentang gadis 16 tahun tadi, yang membicarakan hal-hal kompleks? Tentang cita-cita, tentang harapan, tentang politik. Jika kita nilai secara nyatanya (disedut ke dalam realiti dengan huruf pertama kecil ini), hal itu bukan sesuatu yang janggal, ya sulit (jika dikelilingi mereka yang skema), tapi bukan tak logik. Perempuan matang dulu daripada lelaki, dan 16 tahun tu dah besar sangat kot. Come on!
Ridhwan Saidi
P/s: Kalau logik tapi membosankan tak guna juga.