“Architecture cannot be totally explained but must be experienced . . . ” - Geoffrey Bawa
Aku bekerja dengan Jimmy Lim untuk mendekatkan diri aku dengan school of thought Geoffrey Bawa. Lama sebelum istilah 'sustainability' menjadi fashionable, sebelum Seksan menjadi hip, sebelum adaptive re-use itu gempak, sebelum Rimbun Dahan, Palate Palette & KLPac itu green, Bawa sudah layan alam sejujurnya terlebih dahulu. In fact, Bawa adalah pioneer kepada sekolah pemikiran senibina vernakular di Asia Selatan dan Tenggara ini.
Seperti mereka – berjiwa besar – yang lain, proses kematangan senibinanya terbahagi kepada beberapa fasa. Dalam kes Bawa, ada empat: 1. Tropical Modernism, 2. Contemporary Vernacular, 3. Regional Modernism, dan 4. Contextual Modernism. Basically, Bawa bertitik tolak daripada gerakan modenisme, begitu juga dengan Jimmy. Kita dapat rasai adanya hubungan arketaipal terhadap senibina Mise van de Rohe, Le Corbusier, Frank Lloyd Wright, Carlo Scarpa dan geng. Jimmy mengembangkan bawaan Bawa dengan apa yang dipanggilnya 'Architecture of Humility', apa yang aku gelar 'Setinggan with Style'.
Baru-baru ini Dewa telah ke Sri Lanka mengalami werk-werk Geoffrey Bawa. Katanya masyarakat setempat di sana meletakkan Bawa di tempat yang tinggi. Mereka beremosi mengalirkan air mata semasa menceritakan kembali kesah kehidupan si Sinhalese ini. Masyarakat setempat di Sri Lanka amat menghormati alam sehinggakan gutter (alat tadahan air hujan) boleh melengkung mengelak pokok kelapa di tengah jalan. Jika ada sebatang pokok, batu atau bukit di dalam rumah, maka kita akan nampak ia terkeluar melalui dinding atau bumbung tidak dialih. Tambahnya lagi, di Sri Lanka ini haiwan 'liar' seperti monyet dan burung hidup sekali bersama manusia.
Conservation alam yang diraikan secara kolektif oleh masyarakat setempat di Sri Lanka ini begitu menyeluruh. Tambah Dewa lagi, walaupun ada sebilangan mereka yang berkereta, mereka lebih gemar berjalan kaki. Dalam konteks dualiti, apa yang berlawanan lagi songsang berlaku dengan meriahnya di negara ini. Masyarakat kita rakus merobek rupa bentuk alam. Daripada sebesar-besar skala sehingga sekecil-kecil renovation rumah. Kita telah putuskan hubungan dengan yang lama dan kita juga putuskan hubungan dengan alam. Sebaliknya kita telah membina biosfera konsumerisme kita sendiri dan hidup di dalamnya—iaini infrastruktur sifar subtance.
Aku pula secara batin hanya pernah ke Sri Lanka melalui filem Dharmasena Pathiraja. Tetapi dalam konteks sinema, aku perasan filem Pathiraja ini ada bertaut dengan French New Wave, terutamanya sentuhan Jean-Luc Godard. Ini lain pula ceritanya, tapi bila fikir kembali, gerakan senibina Modenism tak ubah seperti French New Wave, iaitu satu respon penolakan skala gergasi terhadap dogma lama.
Film cannot be totally explained but must be experienced . . .
Ridhwan Saidi
Film cannot be totally explained but must be experienced . . .
Ridhwan Saidi