Khamis, Disember 25, 2008

Seniseks 101

“Apa itu cinta?” tanya seorang gadis.

Saya berfikir sejenak, kemudian menjawab,

“cinta itu sensualiti.”

Gadis itu diam seketika.

“Tidak, sensualiti itu hanya luaran, cinta itu spiritual” balas gadis itu tadi (tidak puas hati) sambil berjalan ke arah bertentangan.

Lantas saya mengejar dan mendakap gadis itu dari belakang, menyentuh pinggangnya, membelai perutnya, memicit manja payudaranya, lalu berkata,

“ya, tapi sensualiti adalah konsekuensi kepada cinta.”

Mendengarkan ini, gadis itu tersenyum. Kemudian dia memusingkan badan 180 darjah. Dada bertemu dada, positif bertemu negatif. Kami bertentang mata (dengan tangan masih melekat di pinggang ramping-nya.)

Gadis itu menjengketkan kaki perlahan-lahan, bibir kami bertemu, lidah kami bergusti. Saya merenung gadis itu memejamkan mata, khusyuk melayan sensasi cumbu.

Tangan gadis itu yang pada mulanya di bahu mulai turun perlahan-lahan (si gadis membuat gerakan pertama getus hati; yahoo!) sambil membuka butang kemeja, sekali jalan, cekap. Lalu diselaknya selakan kemeja sambil mengusap tubuh saya dengan tangan lembutnya.

Dengan tenang saya juga buka butang kemeja-nya; dari bawah ke atas. Bibir kami masih lagi terkunci elok, lalu terus saya tanggalkan kemeja itu dari tubuh kecilnya. Kerangka tubuh gadis ini petite, tapi punya curve, pujaan hati. Kini terpampang di hadapan saya sepasang bra berwarna maroon.

Gadis itu kemudian secara sukarela menanggalkan kemeja dan singlet saya. Kami hampir berkeadaan separa telanjang. Memutuskan sentuhan bibir, kini kami berlaga hidung pula sambil tersenyum. 

Dengan perlahan tangan kiri saya merayap ke belakang tubuhnya mahu menanggalkan bra. Tapi nampak gaya ada sedikit masalah (ada safety pin rasa hati). Dalam keadaan ini saya perlu bertenang, tiba-tiba saya menggunakan tangan kanan pula, terkial-kial. Si dia mula tergelak.

“Boleh ke?” katanya dengan nada menyindir.

Sebagai seorang lelaki yang terpelajar dengan ilmu senibina (yakni gabungan sains dan seni), klip yang digunakan sepatutnya mudah dibereskan. Belum pun sempat saya membebel di dalam hati, gadis itu dengan lekas menanggalkan bra-nya. Serta-merta wajah saya disinari cahaya keemasan. Terpacul di depan saya kembar kesayangan-nya, buah dada muda-nya, payudara-nya; perky, setegang ukiran payudara dewi Greek, Aphrodite.

And Cut!” jerit sang sutradara.


Ridhwan Saidi