1. Mixtape for Maz, a memory play by Adiwijaya Iskandar, directed by Tung Jit Yang. 27 May 2023, KongsiKL—Perasaan sewaktu menonton terasa jumpy dan terasa seperti ada scene yang skip tapi bila saya balik rumah dan baca balik skripnya, semua dialognya kekal. Ia aneh, sebab pengalaman menontonnya terasa seperti ada sesuatu yang tak cukup dan hilang. Ia kemudian saya dapati perasaan tak cukup itu disebabkan direction Jit Yang override stage direction yang tertulis di dalam skrip. Stage direction ini menghalimunankan objek-objek penting yang boleh membantu audiens untuk membayangkan sesuatu scene. Misalnya ada waktu watak adik beradik ini berebut komik Alam Perwira dan majalah Galaxie (atau sesuatu). Jika kita nampak secara literal komik dan majalah spesifik ini, ia berpotensi mengaktifkan memori audiens (buat mereka yang pernah baca komik/majalah ini) selain ia ketara apa yang mereka pegang dan rebutkan. Tetapi di dalam play ini, majalah dan komik ini dihalimunankan, komputer dihalimunankan, dan radio serta kaset iaitu objek terpenting juga dihalimunankan. Dengan approach ini, ia buat apa yang kita nampak di depan mata sebagai present dan tiada ilusi. Ia sesuai kalau ia nak bercakap tentang masa kini, tetapi oleh sebab play ini berlatar tahun 1999 di Penang, approach ini kontradik dengan teksnya. Audiens tak ada sesuatu untuk di-grab sebelum mengaktifkan imaginasi masing-masing.
Selain itu muzik-muzik dari play ini juga dinyanyikan live secara a cappella (jika ada bunyi ketukan ia dari objek sekitar, tanpa sebarang instrumen muzik). Tindakan ini juga sebenarnya menjarakkan dan melambatkan penghadaman audiens. Saya boleh cam Bitter Sweet Symphony dan Tubthumping di awalnya tetapi semakin lama ia jadi semakin kabur. Kekaburan ini tak hanya disebabkan teknik tadi, tapi juga disebabkan ruang KongsiKL yang bergema. Lagu yang familiar boleh jadi tak familiar bila perkataan yang disebut kabur.
Dalam play ini, kaca yang digenggam watak Edi di dalam seluar merupakan detail yang penting, dan hilang (bukan bererti nampak, tapi rasa kewujudannya tak ada) dalam play ini. Kecelaruan bertambah apabila objek-objek penting yang tertulis di dalam skrip setelah dihilangkan, elemen-elemen yang tak bersangkut-paut dengan play pula ditampilkan. Misalnya, elemen foley (teknik dubbing bunyi untuk filem), uniform sekolah yang pelbagai, open wardrobe dengan pakaian yang banyak di mana aktor salin pakaian secara terbuka (ia mungkin sesuai jika ia berkisar tentang fashion show, atau tentang isu aurat atau sesuatu, tetapi dalam kes ini ia kisah remaja bawah umur dengan banyak latar sekolah).
Stage direction yang bukan dari skrip ini defy semangat memori yang nak disampaikan. Memory play biasanya di-frame oleh satu watak yang menceritakan balik pengalaman masa lalunya. Dalam play ini, tiada sesiapa menceritakan kisah lalu ini, ia terus lompat ke masa lalu itu. Tapi bila teknik-teknik dan explorasi pembikin menghalang/interrupt audiens untuk lompat masuk ke dunia itu, ia sans memori. Saya rasa amat berjarak, ada distancing effect terhadap persembahan yang sepatutnya mendekatkan.
Persembahan ini bertenaga jika ia sebuah devised play yang menjadikan para performer sebagai sumber teks/cerita. Para pelakonnya syok bermain dengan meja beroda, bertukar-tukar pakaian sambil menyanyi, tetapi oleh kerana ia berasaskan naskhah play, saya rasa direction, permainan dan segala explorasi patut menyokong dan menguatkan play, dan bukan override dan melemahkan play tersebut. Ini merupakan pementasan debut play ini.
2. Switchblade Operation: The Longing, a visual and dance spectacle reimagining ’94 by choreographer Loke Soh Kim. 8 Jul 2023, KongsiKL—Terdiri daripada dua bahagian, koreografi pertama Gui Qu Lai Xi secara duet manakala koreografi kedua A World in the City secara ensembel 13 orang. Dalam koreografi pertama ia rasa intim, mengingatkan saya kepada filem-filem awal Zhang Yi-Mou, sebab lelaki itu ada rambut panjang yang ditocang seperti Fong Sai-yuk, memberikan kita impresi bahawa ia suatu adegan dari masa lalu. Saya suka persembahan duet ini, ia perlahan tetapi memendam intensiti. Platform yang dipijak lelaki membuatkan gravitinya menjurus ke penari perempuan. Mereka tak bersentuhan (pada awalnya) tetapi terhubung secara visual—sensual.
Dalam koreografi kedua pula ia tentang kesibukan kota. Kota yang digambarkan (pada awalnya) terasa seperti di Jepun dengan pakaian dan beg bimbit mereka. Ia sukar untuk saya situated-kan ia di Penang atau Kuala Lumpur, sebab meskipun ia bandar, tetapi masih ada momen santai. Pekerja kerajaan misalnya jam 10 pagi masih sedang minum pagi. Pekerja swasta pulak kebanyakan waktu buat-buat sibuk main media sosial. Maka gambaran bandar dalam persembahan ini membuatkan saya membayangkan bandar-bandar yang lebih laju dan kaotik seperti di Tokyo atau New York misalnya. Atau ia kota-kota hibrid yang pernah dialami Loke Soh Kim?
Selain itu penggunaan black out di antara adegan membuatkan ia terasa seperti dipentaskan di panggung konvensional yang mempunyai backstage sedangkan ia sedang diaksikan di gudang. Pilihan ini buat saya terfikir kenapa black out digunakan kerana ia beri feel old school. Bila ditanya jawapan yang saya terima berbentuk praktikal iaitu black out ini momen untuk para penari ambil nafas dan berehat selain menukar kostum. Meski saya rasa jika black out ini diganti dengan permainan lampu, atau ada seorang dua dancer kekal kelihatan, atau buat tukar kostum dan ambil nafas as part of performance, atau apa-apa option yang ada yang boleh mengelakkan penggunaan black out itu.
Black out ini jadi isu untuk saya sebab black out akan beri dua jenis efek, yang pertama ia sebagai scene break, dan yang kedua ia black out penamat. Dalam kes ini, ada momen di mana kita rasa black out itu black out penamat, audiens tepuk tangan (ingat show dah habis), dan kemudian performer sambung perform balik. Yang ini mungkin okay dan ada silap faham, tetapi kemudian di hujung persembahan apabila ia ditamatkan secara black out, kita rasa macam akan ada lagi (show belum habis), tapi rupanya ia dah habis! Kekeliruan dari segi flow ini sedikit mengganggu pengalaman saya. Dan bila ditanya ke teman-teman lain yang menonton, mereka juga ada perasaan yang sama.
Energi para performer tak dinafikan tinggi dan sepenuh hati. Dari segi gerakan kekaguman terakhirnya berbentuk akrobatik, pantas dan amat performatif. Setiap segmen in between black outs terasa seperti vignet, tapi secara keseluruhan, saya kurang tangkap apa perasaan saya sebagai audiens. Saya sentiasa lebih ingat sesuatu yang ada feel dalaman berbanding gerakan luaran. Saya gemar Gui Qu Lai Xi atas simplicity dan ketepatannya, tetapi untuk A World in the City saya fikir ia perlu ada konteks yang lebih kuat, ia perlu ada suatu perasaan yang dalam. Adakah ia tentang Penang atau Taiwan, atau hibrid di antaranya? Yang pasti ia sedikit gila-gila dan liar. Adakah kelajuan yang saya lihat ini kelajuan minda Loke Soh Kim sewaktu 1994? Mungkin kelajuan ini di tahun 1994 menarik tetapi dewasa ini di mana dunia sudah menjadi terlalu laju, untuk alami sesuatu yang lebih perlahan lebih menarik untuk saya. Saya menggemari video Memori Seketul Jasad yang memaparkan Soh Kim buat roti sewaktu pandemik yang merupakan koreografi sehari-harian.
3. Anak Raja Gondang, directed by Kamrul Hussin & Arifwaran Shahadruddin, music by Kamrul Hussin, choreography by Arifwaran Shaharuddin. 30 July 2023, Stage 1 theatre, PJPAC—Anak Raja Gondang merupakan salah satu cerita dalam korpus Mak Yong yang mengisahkan pasal puteri raja yang telah melahirkan anak berbentuk siput gondang. Rajanya murka lalu buang isteri dan anaknya. Siput itu sewaktu terbuang akan pecah dan menetas seorang anak lelaki remaja. Anak ini akan minta izin ibunya untuk mengembara dan berlakulah acara-acara seterusnya.
Versi yang ditonton ini lebih experimental sifatnya kerana ia fragmen dan tinggalan daripada produksi penuh yang terbatal. Tanpa linear comprehension, ia raw atas dasar urgency untuk ‘the show must go on’. Boleh kita anggap juga persembahan ini terbuang sepertimana anak raja gondang terbuang.
Kita dengar suara temubual Chandralekha, kemudian pengarah/performer keluar menceritakan hubungannya dengan Chandralekha sebelum satu anekdot di Pulau Pinang tentang ruang performance yang diugut dengan bom. Persembahan mereka dibatalkan, tetapi mereka tetap mempersembahkan ia kawasan di luar. Kisah-kisah ini mengikat kembali kenapa persembahan serba tak lengkap ini diaksikan.
Setiap adegan cuma seorang performer beraksi (jika ada yang berkongsi pentas, ia cuma dengan live musician di sudut kanan). Oleh sebab ia tarian solo atau lakonan solo, maka kita selaku audiens perlu isi ruang-ruang kosong ini dengan watak-watak lain (naga yang asalnya lima kini tinggal satu misalnya). Saya boleh appreciate ini sebab teater tradisional bila ramai performer kadang-kadang boleh terasa seperti sitcom. Dengan menafikan keramaian di atas pentas, ia rasa lebih berfokus. Kita masuk ke dalam fikiran satu-satu karakter.
Dalam rawness dan bareness pementasan ini kebanyakan waktu, keramaian cuma terjadi di waktu penutup bersama audiens di samping lipatan kostum. Ia closure dengan suatu sikap/statement yang ketara, juga barangkali sebentuk katarsis untuk tak buat kerja separuh jalan, selain ia secara visually cantik—jasad yang hilang diisi jasad audiens.
4. Malam Takdir, an opera in Bahasa Melayu by Johan Othman, director Chee Sek Thim, music director Johan Othman. 5 Aug 2023, Nero Event Space, PJPAC—Ia berfokus ke adegan Dhritarashtra si raja buta bersama penasihatnya Sanjaya yang boleh melihat masa depan dan ada kebolehan divya drishti (live-telecasts) peperangan Kurukshetra. Watak raja dipegang satu orang tetapi watak Sanjaya menjadi ensembel lima orang. Dengan tindakan ini, kita akan lebih berpaut ke watak raja. Untuk Sanjaya pula, buat yang tak familiar dengan Mahabharata akan anggap ensembel ini sekumpulan pembesar-pembesar dan bukannya satu watak. Ia mengelirukan.
Sanjaya punya mukjizat dan boleh digambarkan secara ensembel di atas pentas, cuma sejak dari awal kita sudah nampak keenam-enam ensembel ini. Ia boleh dimulakan dengan dua sosok tubuh, agar audiens jelas sebenarnya cuma dua watak sedang berdialog iaitu Dhritarashtra dan Sanjaya, hubungan antara raja dan penasihatnya (perbualan dua orang teman seperti yang dinyatakan penulis sewaktu sesi q&a). Kuasa istimewa Sanjaya via tubuh-tubuh lain boleh terzahir kemudian.
Raja sedang diceritakan apa yang bakal (dalam Mahabharata ia sedang) berlaku oleh Sanjaya dan tak berupaya untuk buat apa-apa. Kita tidak jelas untuk root kepada siapa? Ia tiada dramatic arc. Patutkah kita sedih bila seratus anak lelaki Dhritarashtra mati satu persatu? One hundred sons and none shall inherit the throne! merupakan tagline persembahan ini. Ia sekadar perihal menurunkan harta pusaka dan takhta? Kenapa perlu kita peduli dengan proses penurunan takhta diraja ini?
Perasaan yang saya dapat rasa daripada performance ini ialah grief (melalui teknik garapan opera yang minimal dan unconventional), cuma saya rasa kalau kita lebih jelas dengan situasi Raja, mungkin kita boleh berempati lebih.
Dalam Mahabharata selain 100 anak lelaki, Dhritarashtra turut mempunyai anak perempuan yang selamat bernama Dushala (ada versi yang mana seorang anak lelaki bernama Yuyutsu selamat dari peperangan). Watak perempuan dengan kisah-kisah yang kuat dan menarik dihalimunankan dalam versi Malam Takdir ini. Tiada Gandhari, tiada Dushala. Adegan dadu ada digambarkan tetapi tiada Draupadi? Ia seolah ceritanya telah di-simplified dengan setting perbualan dua manusia, tetapi teknik dan gerakan tubuh serta permainan suara dan bunyi a cappella yang beri ia dinamik naik turun.
Tidak dinafikan suara soprano (Tan Jin Yin) di pembukaan boleh buat bulu roma kita meremang, di kalangan ensembel juga ada yang perform dengan baik (kelancaran suara dan kestabilan tubuh Hilyati Ramli dan Kabilan), tetapi tanpa cerita/drama untuk escalate, perasaan audiens tak boleh meluncur pergi.
5. True Love Waits: Tribute to Radiohead, led by directors and music directors Ian Chow and Mak Chi Hoe, co-director and choreographer Kenny Shim. 20 Aug 2023, Pentas 2, KLPAC—Ada momen di dalam persembahan ini, rendisi lagu Radiohead terasa seperti untuk filem Disney, yang bawa maksud ia sudah jinak dan bernuansa kekeluargaan. Ia selari dengan 30 orang The Young KL Singers yang menyanyikan lagu secara koir dengan suara yang jelas dan merdu (jika bukan secara solo di lagu-lagu tertentu). Saya okay dengan rendisi ini, cuma dua penari yang memberi impresi seksi terasa janggal buat saya. Kedua penari ini berada di depan musician (kesemuanya lelaki) membingkaikan mereka, sementara 30 orang koir yang lebih diverse dengan pelbagai saiz tubuh dan pakaian berada di seberang. Ia ada rasa tak balance. Impresi kedua penari ini persis Bond girls atau penari untuk kugiran Aerosmith atau sesuatu. Rasanya tak pernah dalam videoklip atau secara live, sewaktu Radiohead perform, ada penari perempuan seksi mengapit mereka (jika ada silap saya, tapi yang pasti bukan tak boleh, tapi ada rasa tak kena—sebab liriknya tentang keterasingan, kemurungan dan rasa terperangkap).
Kontradiksi antara sound yang tame, clean dan family friendly ini dengan visual skrin, lampu led dan penari persis dari kelab malam buat saya rasa tersepit. Ia ada melodi, ada bunyi, permainannya bersih, malah saya hati saya bergetar ketika lagu pertama muncul (untuk biasakan diri dengan sistem bunyi dan bass yang mantap di dalam ruang itu), tapi lama-kelamaan perasaannya jadi terbiasa dan tak terasa.
6. Le Jeu La Julia written by Hariry Jalil, directed by Azizi Nazril. 2 September, Dramatis Studio—Ia sebuah persembahan yang cute, dan bila saya sebut cute ia bermaksud saya tak nak kata ia mudah dan ringan dan selamat, sebab semua orang perlu mula dengan sesuatu, jadi saya kata ia cute.
7. Sisyphus No. 9 conceived and directed by Tung Jit Yang. 5 September, Rooftop Theatre, Sunway College—Melalui judul dan sinopsis ia tentang Sisyphus dan Beethoven tetapi berakhir dengan sebiji epal, yang mengingatkan saya kepada Isaac Newton (tetapi apabila ditanya Chee Heai, katanya ia dari painting RenĂ© Magritte—epal di hadapan wajah lelaki bertopi).
Sebelum datang saksikan saya buat bacaan sikit tentang Sisyphus dan mendapati kisah hidupnya menarik. Sisyphus rupanya seorang raja yang zalim, dan merupakan seorang ‘escape artist’ di mana dia dua kali telah berjaya cheat death (hukuman dewa-dewi Yunani) dengan meloloskan diri dari kematian untuk kembali hidup. Ia buat kali ketiga, Zeus dan konco-konconya keluar dengan idea untuk Sisyphus tolak batu naik bukit, dan ulang selama-lamanya untuk perangkap dia agar dia tak lagi dapat menipu kematian. Kisah ini menarik dan tiada di dalam persembahan ini.
Persembahan ini terlalu random untuk saya. Satu adegan yang menarik pada saya, setelah seluruh isi black box itu diteroka dan tiada jalan keluar, tanpa rehat atau momen termenung, apabila Chee Heai buka pintu mengadap loteng hanya dengan berseluar dalam (ini momen dia paling terdedah), diiringi muzik dengan bunyi-bunyian alam (burung tak silap saya) seolah beri allusion kepada Ode To Joy. Ia beri sedikit hope kerana kita tahu watak Chee Heai sedang confront dengan kuasa Tuhan/Kehidupan, sebelum pintu itu ditutup menjadikan ia bleak, dan lalu house light terbuka. Saya fikir jika ia tamat di sini, ia boleh jadi persembahan yang baik, kerana ia merupakan momen di mana satu-satunya perasaan Sisyphus dan Beethoven bertemu, tetapi rupanya ini merupakan titik tengah persembahan.
Boleh disimpulkan apa yang berlaku di separuh masa kedua terasa redundant kerana segala ruang, scafolding dan dinding sudah diteroka Chee Heai. Motif kepada bahagian kedua ini adalah untuk Chee Heai ulang kembali semua perkara (dengan sedikit variasi berbeza) yang sudah dilakukan di bahagian pertama. Tindakan ini pada saya redundant, kerana saya tahu play ini tentang Sisyphus, dan ia tak perlu elemen repetition kerana imaginasi saya boleh isi repetition itu sewaktu pulang ke rumah.
Chee Heai kembali memakai pakaian, dan kemudian membuka bajunya kembali, yang kini tak beri apa-apa makna baru. Seksaan-seksaan terhadap dirinya juga tiada apa yang istimewa dan tidak transgress dari separuh bahagian pertama.
Yang paling melemahkan bahagian separuh masa kedua ini adalah apabila watak Chee Heai ada momen berehat dan termenung. Ia mungkin berkesan jika ada kata-kata atau monolog yang menyimpulkan perasaannya, tetapi tanpa kata-kata (malah diiringi dengan muzik ala post-rock yang mellow), ia melawan segala struggle-nya untuk keluar. Ia seperti dia sudah redha neraka itu rumahnya, dan batu itu akan ditolak sebagai rutin seksaan esok hari. Dan lalu sebiji epal jatuh berguling.
8. Anggota 2: Re-Member, director & choreographer Lee Ren Xin. 22 Sept 2023, Five Arts Centre, GMBB, KL—Sewaktu mengalami persembahan ini, power dynamic jadi ketara ke saya. Di separuh bahagian pertama, ia rasa balance dan simetri di mana, kita lihat dua tubuh performer (Lee Ren Xin dan Tan Bee Hung) memakai baju sekolah dari belakang. Dari identiti nasional dan apa yang diajar secara seragam di sekolah buat kedua-dua performer ini, kemudian akan beransur menjadi interviu yang peribadi berbentuk video oleh Chloe Yap Mun Ee. Dalam video temubual ini kedua-dua performer ini diberi ruang yang seimbang untuk menyatakan pengalaman dan perasaan masing-masing. Ia tiba pada satu momen di mana mereka ditanya tentang mimpi (tak silap saya), dan Ren Xin kata dia tak bermimpi dan sentiasa berada dalam keadaaan sekarang (present), manakala Bee Hung kerap bermimpi. Ia lebih kurang begitu. Di momen ini kita sedar individualiti dan perbezaan antara dua orang ini (yang pada awalnya kita lihat mereka seolah sama dan seragam).
Tapi perbezaan ini tak diteroka lebih jauh selepas kita masuk ke separuh bahagian kedua, di mana video works Chloe menjadi lebih abstrak tanpa suara interviu, berbentuk closeup tubuh. Kini dua tubuh ini lebih mengambil dan bermain dengan ruang yang turut dikongsi audiens.
Ren Xin ada satu solo piece di hadapan dinding, dengan lampu seperti di kelab malam, kalau ia teater boleh diandaikan ia seperti sebuah monolog, tentang seni tari yang dipelajarinya ketika di New York. Seperkara yang saya ingat, di dalam solo piece ini ada dinyatakan dia menggemari ‘Western music’. Western music ini terlalu umum dan generic, dan saya fikir jika ia spesifik, tentu lebih mudah untuk kita relate muzik kegemarannya dengan bunyi-bunyi yang keluar dari perut dan mulut yang dibuat mereka. Saya kurang ingat jika Bee Hung ada momen solo piece yang sama, yang bikin saya rasa ia sudah ada tanda-tanda tak seimbang.
Ia menjadi paling tak seimbang apabila Ren Xin dapat memanjat seluruh dinding black box dengan limpahan lampu yang terang, sementara Bee Hung terbaring di dalam gelap tak bergerak. Bee Hung seolah tiada suara di separuh bahagian kedua ini.
9. Cerita Cinta written by Noor Effendy Ibrahim, artistic director Christopher Ling, directed by Aish Mirza & Gloria Mujan. 24 Sept 2023, Lot’ng—Saya rasa persembahan ini kemas, cuma watak atuk jika dapat aktor orang tua sebenar ia tentu lebih disturbing dan menakutkan, kerana gambaran atuk itu, dengan uban palsu, mengingatkan saya kepada watak dari cerita komedi. Tiada masalah untuk guna approach ini, cuma dalam kes ini, watak ini terasa sedikit offbeat. Dalam fikiran saya, lebih besar watak atuk ini, lebih fizikal dan berat tubuh yang perlu ditanggung watak ayah (yang abusive) lakonan Akmal Asyraf.
Pilihan momen pengakhiran boleh lebih padu, misalnya teman pengarah dari Singapura, Fared Jainal mengatakan, untuk dia, dia prefer untuk ia habis sewaktu semua performer berdiri mengadap televisyen (dengan muzik Terang Bulan). Saya juga rasa ia boleh tamat di situ, dan andai ia perlu tamat dengan penamat sedia ada, saya rasa lontarannya perlu berbeza.
Penamat persembahan ini berbentuk, watak ayah (yang abusive tadi) tanya kepada isterinya, “Awak sihat?” yang bermaksud dia mahukan seks, dan isterinya biasanya akan mengelak dan beri suaminya makan nasi dan lauk rendang. Ini diaksikan tak silap lebih kurang tiga kali ia diulang di sepanjang persembahan. Jadi saya fikir untuk kali terakhir, selepas watak ayah ini mengalirkan air mata menguburkan saka atuk yang dipikulnya, yang selalu bermain atas meja makan, ia sebentuk release untuk watak ayah yang abusive. Kita tak tau apa sejarahnya, tapi kita tau dia sayangkan ayahnya (yang mungkin abusive kepada dirinya). Apabila watak atuk ini hilang, watak ayah sepatutnya sedikit berubah. Ayat “Awak sihat?” mungkin boleh ditanya secara sincere, tentang kesihatan umum isterinya memberi sedikit harapan.
Tindakan untuk tamatkan dengan kitaran yang sama ini saya faham, cuma saya tidak nampak watak yang sudah lalui perubahan itu untuk ulang hal yang sama.
Overall ini merupakan antara persembahan teater terbaik yang saya tonton untuk tahun ini. Ia boleh jadi lebih gelap dan horrifiying, tetapi dengan apa yang ada, ia memadai.
10. Muzikal Lantai T. Pinkie sebuah karya A. Samad Said, olahan skrip & arahan Rosminah Tahir. 6 Okt 2023, Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP, KL—Selepas persembahan saya dapatkan buku naskah Lantai T. Pinkie, dan selepas membacanya, saya dapati versi muzikal potong banyak dialog (terutama bahagian monolog) daripada naskah asal demi menggantikan ia dengan adegan muzikal. Ia tindakan praktikal, cuma apa yang bikin ia kurang adalah kerana watak-wataknya semakin hilang sifat. Kedalaman karakter naik ke permukaan sebab ia tak dapat melafazkan dialog masing-masing, dan sebaliknya ia digantikan dengan lirik muzikal yang mudah, menggembirakan, dan menghiburkan.
Saya amat jelas versi muzikal ini merupakan versi komersial untuk Istana Budaya yang membuatkan ia shallow dengan cerita yang simplistik (meski pada saya muzikal tak sepatutnya shallow dan simplistik).
Ia bertambah janggal kerana T. Pinkie watak yang dimangsai, dan apabila dia tiba-tiba turut menyanyi dan bergembira secara muzikal, kita terasa ia bipolar sebab pertukaran emosinya mendadak. Ia tak in sync dengan situasi dirinya (sebelum adegan menyanyi itu). Dia sedang mengeluh tentang kesusahan hidup, kemudian tiba-tiba menyanyi dan mengoda (audiens), ia aneh.
Cuma watak Nyai Suryati lakonan Nabila Huda paling selamat dalam versi muzikal ini, kerana ceritanya konsisten, kita mengerti kerinduan dan kegilaannya terhadap tuan kolonialnya. Ada kompleksiti meski ia tidak dileraikan. Kerinduannya itu merupakan suatu racun pada saya (saya tak pasti apa yang ingin dinyatakan di dalam teks asal). Watak Nyai tiba-tiba jadi kosong bersama ensembel lain di diakhir persembahan ini, yang membuatkan sekali lagi ada potensi terlepas.
Lantai T. Pinkie merupakan sebuah memory play di mana ia dibingkai Jongkidin yang diinterviu Loiran untuk gali kisah neneknya. Dua watak penting ini juga sudah dipendekkan kisah mereka, kerana di dalam naskah asal, Loiran ambil masa untuk persuade Jongkidin untuk buka kisah lamanya. Ia tak mudah untuk buka kisah lama.
11. The Amok of Mat Solo written by Salleh Ben Joned, directed by Syafiq Syazim. 22 Okt 2023, Experimental Theatre, Aswara, KL—Selepas persembahan, saya menyimpulkannya sebagai ‘The Bebel of Mat Solo’ sebab apa yang saya dapat dari persembahan itu merupakan bebelan Mat Solo. Tapi selepas saya baca naskahnya, saya terkejut sebab dapati bahagian akhir play ini tidak diaksikan.
Play ini menggambarkan Mat Solo yang akan menemukannya dengan orang-orang kampung, isterinya, kekasih lamanya, kekasih barunya, pelajar-pelajarnya, antaranya. Di bahagian kedua ini, di dalam teks asal, Mat Solo akan tikam isterinya sebelum amok bermula dengan dia menyerang meeting orang-orang kampung bersama orang-orang kenamaan. Dia akhirnya akan panjat tiang letrik di mana dia pada awal cerita nampak tiang letrik ini sebelum polis tiba, ada bunyi tembakan, azan dan lagu Janis Joplin tak silap, sesuatu seperti itu.
Tapi apa yang saya saksikan di dalam persembahan di Aswara ini terhenti dan malah berubah di penghujungnya. Mat Solo akan bertemu dengan isterinya (di dalam teks asal, Mat Solo akan tikam dan mulakan amoknya di sini) menghunuskan kerisnya. Isterinya takut. Mat Solo kemudian pandang ke arah salah seorang audiens, berjalan ke arah audiens itu dan lalu menghunus kerisnya sekali lagi. Isterinya datang dari belakang dan menarik Mat Solo ke belakang pentas, dan persembahan tamat.
Jika tak silap saya ia berakhir macam ini, yang pasti ia tak sama macam apa yang saya baca dalam teks asal. Aksi amok itu tidak terjadi dan kerana itu saya simpulkan ia sebagai bebelen Mat Solo. Dalam naskah asal bebelan merupakan bahagian pertama, dan aksi/tindakan merupakan bahagian kedua. Kedua-dua elemen ini saling berpaut macam pembayang dan maksud, yang terletak duduk di dalam kepala seorang Mat Solo. Ini merupakan pementasan debut play ini.
12. Itself Terjadi stories written and delivered by Marion D’Cruz. 8 Dec 2023, Five Arts Centre, GMBB, KL—Ia nota-nota personal yang ditulis Marion sewaktu pandemik dan dibaca semula untuk menjadi sebuah persembahan. Nota-notanya pendek (ada 30 lebih tak silap) membuatkan setiap adegan kebanyakan pendek-pendek. Hubungan antara Marion dan ibunya, Marion buka laci meja dan keluarkan minyak wangi dan lalu menari bersama suami imaginari yang telah tiada, serta kisah menghalau katak (atau kodok) keluar dari rumah sewaktu berseorangan merupakan adegan-adegan yang paling beri kesan mendalam ke saya.
Secara teknik, saya kurang gemar penggunaan multimedia dan sinografi dalam persembahan ini. Teks yang bergerak-gerak itu… Ia terasa seperti kebudak-budakan atau remaja, dan lukisan-lukisannya terlalu bright dan childlike (seolah masih ada jalan yang panjang di depan). Saya boleh appreciate jika Marion sendiri lukis dan lakar buah dada, berbanding guna imej-imej buah dada yang dikutip dari internet. Atau jika ia dikutip dari internet, ia lebih menarik untuk lihat aksi carian itu secara langsung.
Ada chapters bernombor yang muncul sekali imbas. Misalnya ada satu adegan Marion duduk dan lihat teks yang seperti sudah di-censor atau black out, seolah untuk persembahan ini ia tak boleh dicakap. Dan ada satu chapter di mana Marion kongsikan kegembiraannya untuk sambut hari jadi bersama anak buahnya di luar negara. Ia random dan sekali imbas membuatkan saya terfikir antara cara untuk mengikat keragaman ini adalah dengan konsistenkan proses bercerita.
Sewaktu Marion kongsikan video bersama ibunya, Marion ada beri komentari selingan, misalnya ibunya memanggilnya dengan satu nama, dan Marion beritahu audiens bahawa itu nama yang dipanggil ibunya. Komentari ini menarik pada saya sebab ia Marion yang sekarang (present). Teks yang dibaca Marion merupakan Marion dari masa lalu (past). Permainan past dan present ini menarik, cuma ia tak ketara dan dijadikan metod penceritaan di sepanjang perkongsian. Tiga adegan yang saya gemar tadi benar-benar engage dengan dualiti ini. Saya dapat rasa Marion yang present sewaktu dia menari diringi bau minyak wangi. Saya juga dapat rasa Marion yang present sewaktu dia mengaksikan semula tindakan menghalau katak/kodok itu (yang merupakan sebentuk koreografi pada saya).
Jika ia sebuah persembahan saya fikir ia boleh lebih koheren, tetapi pada saya Itself Terjadi lebih berupa sebuah perkongsian, maka saya rasa penting untuk saya berada di dalam ruang yang sama mengalaminya.
Ridhwan Saidi