Memaparkan catatan dengan label Lat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lat. Papar semua catatan

Jumaat, Disember 05, 2025

Apa yang dibuat untuk tahun 2025

Senarai apa yang saya buat di tahun-tahun sudah: 2017, 2018, 2019, 2020, 2022 dan 2024. Untuk tahun ini saya terjebak dengan pelbagai skala dan disiplin seni (macam biasa). Foto dulu diikuti dengan deskripsinya.

Staged reading HANGUS tulisan Hatta Azad Khan dengan sesi bual bicara bersama penulis dan Imuda di Ilham Gallery sebahagian daripada pameran ‘Boom Boom Bang: Play & Parody in 1990s K.L.’ [selaku CO-CURATOR] 25 January 2025. Performers: Mia Sabrina Mahadir, Roshafiq Roslee, Tharwa Karina, Tarrant Kwok, Grace Ng, Eff Hakim, Hafreez Amminuddin & Nurul Aizam. Direction: Ridhwan Saidi.


World premiere tayangan filem AIR MATA DI KUALA LUMPUR di International Film Festival Rotterdam, dalam kategori Tiger Competition [selaku DIRECTOR] February 2025. Delegasi: Liew Chee Heai, Lee Qi, Nurul Aizam, Lim Paik Yin, Tan Cher Kian, Ridhwan Saidi.

Pembikinan drama mikro CLOSING TIME di Reda Coffee, KL [selaku WRITER/DIRECTOR] 22 May 2025. Performers: Mia Sabrina Mahadir, Mosyuki Borhan, Roshafiq Roslee & Eff Hakim. Audio recordist, behind the scenes: Nurul Aizam. Written, photographed, edited & directed by Ridhwan Saidi.

 

Asian premiere tayangan filem AIR MATA DI KUALA LUMPUR di Shanghai International Film Festival, dalam kategori The Belt and Road Film Week [selaku DIRECTOR] June 2025. Delegasi: Nurul Aizam, Lim Paik Yin, Tan Cher Kian, Ridhwan Saidi.

TIDUR LAMBAK oleh Tapir Studio di Djakarta International Theater Platform [selaku DRAMATURG] August 2025. Performer: Liew Chee Heai, Tina Dewi. Director: Taha Long, Hafreez Amminuddin. Dramaturg: Ridhwan Saidi. Art Director: Dhan Illiani. Sound Artist: Agha Praditya. Production Manager: Nurul Aizam. Movement Consultant: Alisya Razman.

photo: Meg Wonowidjoyo

Southeast Asian Premiere filem AIR MATA DI KUALA LUMPUR di Painting with Light: Festival of International Film on Art, anjuran National Gallery Singapore [selaku DIRECTOR] September 2025. Delegasi: Nurul Aizam, Lim Paik Yin, Tan Cher Kian, Ridhwan Saidi, Lee Qi, Farahin Fadzlishah.

photo: Yve Vonn

Staged radio play SURAT DARI TAWAU tulisan Usman Awang oleh Joni Atari di What The Elders Left Us [selaku PERFORMER] November 2025. Sebuah festival anjuran The Instant CafĂ© Theatre Company. Performed by Nurul Aizam & Ridhwan Saidi with pre-record voices performed by Eff Hakim, Ani Aziz, and Adam Taufiq Suharto.

photo: JKKN Perak

KARYA TEATER SENIMAN NEGARA DATUK LAT KAMPUNG BOY tulisan Saad Omar di JKKN Perak, Ipoh [selaku DIRECTOR] November 2025. Sebuah produksi PESKAP dan JKKN Perak.

Buka Tirai!, Yang Tersurat dan Yang Tersirat serta Writing Sci-Fi in Asian Languages di Singapore Writers Festival 2025 [selaku PANELIST & WORKSHOP FACILITATOR] November 2025. 

The Godown Residency 2025 Open Studio TAK JADI IKUT KELAWAR COLLECTIVE [selaku ARTIST IN RESIDENCE] November 2025. Sebahagian siri residensi anjuran The Godown Arts Centre, Kuala Lumpur. Tak Jadi Ikut Kelawar Collective: Lau Beh Chin, Ridhwan Saidi, Chua Li Cheng, Farahin Fadzlishah.

Stage reading DARI KERTAS KE PENTAS: BALIK tulisan Zulfadli Rashid dengan sesi bual bicara bersama dramatis di DPAC sebahagian acara The Gathering/Pertemuan [selaku CO-DIRECTOR] November 2025. Acara anjuran Cocoon Creative Lab. Dibacakan oleh Hannan Barakbah dan Afi Noor, bersama Nurul Aizam.

Yokohama Performing Arts Meeting [selaku PARTICIPANT] December 2025. Sebahagian YPAM Exchange disokong Japan Foundation Kuala Lumpur.

Rabu, September 17, 2008

Mari Berimaginasi

Saya lahir di era 80an selari dengan evolusi video game. Ketika umur saya 4 tahun saya main Pong, dengan Atari VCS (antara pioneer video game dengan katrij). Kemudian NES, Gameboy, Genesis, N64, PSX, dan akhir sekali PS2.

Saya melalui era 8 bit, 16 bit, 32 bit, 64 bit, dan akhirnya 128 bit. Saya menghargai bit-bit ini kerana estetikanya, kebenaran yang dibawa. Bit resolusi rendah terutamanya.

Ini sama seperti kartun. Saya menghargai Persepolis, Kampung Boy, The Simpsons kerana kekartunan ia, kebenaran yang dibawa. Jika ia kartun, maka kartun lah ia.

Berbalik kepada permainan video zaman sekarang (melangkaui 128 bit), ianya super-realistik, kelihatan super benar tapi sebenarnya satu kepuraan. Samalah jika kita lukis Bart dengan super-realistiknya, hodoh bukan?

Melalui grafik berkotak-kotak, bagaimanana saya nak menghayati permainan tersebut? Mudah sahaja, gunakan imaginasi.

Saya cukup percaya generasi kini pasti benci main Pong, kenapa? Kerana mereka tidak mampu untuk berimaginasi. Kenapa? Kerana mereka telah dibanjiri grafik-grafik ultra-realistik yang pada saya adalah punca kekangan enjin minda untuk berimaginasi.

Apa kaitannya semua ini dengan filem? Ok, di sini saya ingin berbicara tentang teknik CGI. Anda semestinya pernah tonton Transformers (2007) bukan? Ia antara filem yang digembar-gemburkan sangat hebat teknik CGI nya, ultra-realistik.

Hampir semua orang yang saya kenal kata Transformers sangat best sehingga memaksa saya ke pawagam. Keluar pawagam saya hampa, ia begitu teruk bagi saya, malah ada rasa benci. Watak tidak dibina, dan robot-robot ini hanya menjadi alat bagi watak manusia.

Secara peribadi, Transformers the Movie (1986) lebih menarik bagi saya. Ia mengisahkan tentang siapa yang patut mengetuai Autobot selepas kematian Optimus Prime dan janji Galvatron yang perlu ditunaikan terhadap Unicron (suara oleh Orson Welles).

Watak kegemaran saya dalam Transformers adalah Sixshot, yang saya pasti tiada siapa tahu. Semasa kecil saya punya figura aksi Soundwave. Walau bagaimanapun saya tidak berapa minat sangat. Asyik bertukar antara robot dan radio, membosankan.

Saya lebih ketagih bermain Lego hingga terbawa-bawa dalam tidur apa nak dibuat keesokannya. Dengan Lego saya boleh cipta apa-apa yang saya mahu. Lego adalah ruang untuk saya berimaginasi, membawa saya lari keluar dari dunia ini.

Bagi saya permainan video telah mati, tiada lagi ruang untuk berimaginasi, yang ada sekarang ini adalah hiburan semata-mata. Percaya atau tidak, perkara yang sama sedang berlaku pada filem. Mujur evolusi perfileman tidak sepantas permainan video.

Apabila majoriti ingin tonton filem atas nama hiburan (efek dan kesan khas semata-mata), filem akan mati. Filem adalah kondisi minda. Ada dua orang yang akan mewujudkannya, seorang pembikinnya, seorang lagi penontonnya.

Saya tidaklah menentang CGI, tapi biar bertempat dan ada signifikasinya. Contoh yang baik adalah Dark City (1998) bagi saya.

Dalam Cicakman (2006), CGI-nya 'cantik' dan 'kemas'. Tapi masalahnya saya hairan kenapa salji turun di Metrofulus. Memang Metrofulus itu kota ciptaan, tapi adakah semata-mata produksi ini banyak duit maka mereka pun suka- suka buat dunia bersalji? Ini sudah pelik.

Walau apapun, babak-babak yang melekat di dalam kepala otak saya pasti bukan hasil teknik CGI. Yang terbaru, dari The Dark Night (2008) (anda pasti sudah tengok punya). Babak Joker diikat terbalik di penghujung cerita, berdepan dengan Batman. Mereka berdebat buat kali terakhir.

Perasan atau tidak, pada awal perdebatan Joker kelihatan terbalik dan diikat, tapi diakhirnya kamera berputar 180 darjah. Kenapa? Ia memberikan maksud bahawa Joker si anarkis berada di kedudukan yang betul dan Batman serta dunia pula yang terbalik.

Sama seperti kita mengatakan Joker gila, tapi sebaliknya Batman dan dunia ini yang berada di dalam kegilaan. Di sini Joker ditangkap tapi Batman kalah berdebat. Siapa yang menang? Terpulang kepada imaginasi anda.


Ridhwan Saidi