Penumpang (2010)
Duration: 10 minute
Aspect Ratio: 16:9
Director: Al Hafiz Burhanuddin
Trivia: Versi yang disunting tidak ditayangkan di Malaysian Shorts.
Still (2010)
Duration: 27 minute
Aspect Ratio: 16:9
Director: Mislina Mustafa
Trivia: Versi yang disunting tidak ditayangkan di HerStory Film Project.
Ridhwan Saidi
p/s: Kedua-duanya jadi penyunting, tapi visualnya satu syot long take dari mula sampai habis.
Ahad, Oktober 24, 2010
Sabtu, Oktober 23, 2010
Retrospektif Bin Filem
Setiap yang berakhir pasti bermula; kami dalam proses mempersediakan diri bagi membentuk sebuah kolektif 10 orang yang lebih padu – Rangkaian Bersepadu Ummah (RBU) – dalam menghasilkan filem-filem panjang.
sinema atuk dan nenek
sinema uncle dan auntie
sinema abang dan kakak
sehingga kita bertemu nanti

Ah Long (2008)
Duration: 2.24 minute
Aspect Ratio: 4:3
Camera: Panasonic Lumix DMC FZ-20
Cast: Ridhwan Saidi
Trivia: Pernah ditayangkan di Youtube, EngageMedia, Filmmaker Anonymous 8.
"...point ini secara pelik melepasi tindakan sosial, tetapi lebih bersifat eksistensialis." - Fadli Al-Akiti

Cekik (2008)
Duration: 3.21 minute
Aspect Ratio: 4:3
Camera: Panasonic Lumix DMC FZ-20
Cast: Nurul Aizam dan Ridhwan Saidi
Trivia: Pernah ditayangkan di Youtube, Maskara Shorties 1.
"Yasmin Ahmad selalu menyebut tentang kenikmatan filem tidak terletak pada pemahamannya, tapi kerasaannya. Terus terang cakap, aku tidak pernah memahami kata-kata itu sehinggalah filem ini muncul..." - Nazim Masnawi

Kaki Lima (2009)
Duration: 13 minute
Aspect Ratio: 16:9
Camera: Sony HDR-AX2000E
Cast: Muhammad Hariry, Zahiril Adzim, Amerul Affendi, dan Fared Ayam
Trivia: Pernah ditayangkan di Vimeo, Fringe Film Fest, Malaysian Shorts, Pancha Delima, atas kapal di Jepun.
"Saya rasa filem awak lagi menarik tanpa manusia." - Amir Muhammad
"Tenang aja aku tengok. I like it." - Mislina Mustafa

Anak Bumi (2009)
Duration: 4.14 minute
Aspect Ratio: 3:2
Camera: Sony CCD-TRV128
Cast: Nadrah Mustafa dan Anna Danielle D'Costa
Trivia: Pernah ditayangkan di Facebook.
"macam fando n lis." - Amirul Ariff

Mautopia (2009)
Duration: 11 minute
Aspect Ratio: 16:9
Camera: Sony DSR-PD170 / Sony CCD-TRV128
Cast: Nadrah Mustafa dan Fazleena Hishamuddin
Trivia: Pernah ditayangkan di Pancha Delima.
"...aku rasa wujudnya unsur domestik yang bijak sekaligus menidakkan ruang lain berikutan tidak wujud rasa yang sama di ruang yang berbeza." - Fasyali Fadzly

Perempuan, Hantu dan Skandal (2010)
Duration: 18 minute
Aspect Ratio: 2.39:1
Camera: Sony DSR-PD170 / Sony CCD-TRV128
Cast: Suraya Jermadi, Amerul Affendi, Harith Hamshah, Fared Ayam, Fazleena Hishamuddin dan Fasyali Fadzly
Trivia: Pernah ditayangkan di Youtube, Pancha Delima, Mimpilem.
"Kalau Tuhan boleh jadi hantu & God boleh jadi dog, apa lagi yang tak boleh jadi di Malaysia?" - Hassan Muthalib

Bila Cinta Sudah Melekat, Tahi Kucing Rasa Cokelat (2010)
Duration: 9 minute
Aspect Ratio: 16:9
Camera: Sony HVR-Z1P
Cast: Suraya Jermadi, Fazleena Hishamuddin dan Mama Afzan
Trivia: Pernah ditayangkan di Vimeo. Diharamkan UiTM.
"The symbolism is sublime." - Fez WS
Ridhwan Saidi
Selasa, Oktober 19, 2010
Lucu
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini terutamanya di upacara-upacara kesenian lokal, saya dengan mudah telah dicop sebagai seorang 'leftist'. Ini tidak benar. Ini saya suspek dek kerana saya letak 'Marxist Mobile' pada political views saya di laman sosial Facebook.
Marxist Mobile ini bukan bermakna saya seorang (Karl) Marxist yang berikhtiar dan bergerak dari satu poin ke satu poin yang lain. Marxist Mobile ini sebenarnya adalah Groucho Marxist yang telah divernakularkan (kepada yang tak tahu, Groucho Marx ini merupakan seorang comedian Hollywood/Amerika). Bak kata Jean-Luc Godard, "Aku Marxist, tapi yang Groucho punya..."
Kata asal bagi permainan kata Marxist Mobile ini ialah Maxis Mobile, iaitu sebuah syarikat telekomunikasi gergasi - yang saya topup RM5 sekali setiap tiga bulan. Di negara ini siapa yang tidak tahu Maxis? Maka yang Maxis itu kita tukar jadi Marxist!
It's true kesamarataan di ufuk kiri itu penting (di dunia corpereal ini), tetapi apabila sampai tahap semua rumah, pakaian atau makanan wajib sama (tak boleh jual, beli, pilih) kebebasan expresi dan privasi ekonomi individu dari ufuk kanan itu juga sama pentingnya. Kalau semua sama kan bowink *wink?
Maka dengan itu, istilah Marxist Mobile ini adalah (meminjam kata majmuk Salleh Ben Joned) seriusenda kepada kedua-dua ufuk spektrum sistem ekonomi tadi. Kiri, kanan, atas, bawah malah tengah - komunis, sosialis, kapitalis, liberal, fasis, nasionalis, anarkis, libertarian malah sentris dan lalang; kita harus ada kesedaran bahawa kesemuanya bersifat lucu.
Ridhwan Saidi
Selasa, Oktober 05, 2010
Melaruti Colorless, Satu Journey
Slide presentation bagi kelas Dr. Maszalida Hamzah, pada tahun 2010. Al-fatihah buat beliau yang telah menghembuskan nafas terakhir hari ini (10 Jun 2018):
Khamis, September 30, 2010
Jadi maksud saudara bandar yang dirancang seperti Putrajaya tidak terancang?
- Ridhwan Saidi
Hishamuddin Rais: Bandar ini bukan terancang, ‘terancang’ kau tahu. Kalau you tengok Old Delhi, ia terancang dengan keperluan manusia itu kau tahu. Tiba-tiba ada kedai jual susu, tiba-tiba ada kedai gunting (rambut), ada kedai kasut, ada kedai roti. Ia terancang oleh situasi itu yang merancang. Keperluan manusia yang duduk di dalam kota itu yang merancang. Kalau kau rancang nak buat bank tapi takde orang yang nak guna bank buat apa? Banyak kota-kota yang dirancang semuanya gagal. Brasilia gagal. Kalau kau pergi Canberra, Australia, kau duduk situ 3 malam kau akan bunuh diri, gagal. Ini yang dikatakan ‘terancang’, Islamabad gagal. Ia tidak natural, pembangunannya itu tidak dari hati dan naluri orang yang duduk di dalam kota itu, jadi ia harus berkembang–berkembang–berkembang. Lagi satu yang paling gagal sekali pada zaman Tito di Yugoslavia, dia nak buat kota baru menggantikan Belgrade pun gagal juga. Jadi telah terbukti kota-kota yang dirancang ini ada masalah kerana ia tidak lahir dengan sendiri. Macam kampung kita itu, kamu nampak seolah-olah ia tidak terancang tapi ia terancang, ia natural. Lorong-lorong, denai-denai, makcik-makcik itu tahu mana nak pergi. Takde cityplanner rancang kampung-kampung itu.
Hishamuddin Rais: Bandar ini bukan terancang, ‘terancang’ kau tahu. Kalau you tengok Old Delhi, ia terancang dengan keperluan manusia itu kau tahu. Tiba-tiba ada kedai jual susu, tiba-tiba ada kedai gunting (rambut), ada kedai kasut, ada kedai roti. Ia terancang oleh situasi itu yang merancang. Keperluan manusia yang duduk di dalam kota itu yang merancang. Kalau kau rancang nak buat bank tapi takde orang yang nak guna bank buat apa? Banyak kota-kota yang dirancang semuanya gagal. Brasilia gagal. Kalau kau pergi Canberra, Australia, kau duduk situ 3 malam kau akan bunuh diri, gagal. Ini yang dikatakan ‘terancang’, Islamabad gagal. Ia tidak natural, pembangunannya itu tidak dari hati dan naluri orang yang duduk di dalam kota itu, jadi ia harus berkembang–berkembang–berkembang. Lagi satu yang paling gagal sekali pada zaman Tito di Yugoslavia, dia nak buat kota baru menggantikan Belgrade pun gagal juga. Jadi telah terbukti kota-kota yang dirancang ini ada masalah kerana ia tidak lahir dengan sendiri. Macam kampung kita itu, kamu nampak seolah-olah ia tidak terancang tapi ia terancang, ia natural. Lorong-lorong, denai-denai, makcik-makcik itu tahu mana nak pergi. Takde cityplanner rancang kampung-kampung itu.
Isnin, September 27, 2010
Pendengar Yang Universal
Di kantin sekolah Seafield, Subang Jaya sekitar tahun 1998.
RS: You suka muzik apa?
SW: I pendengar yang universal, semua boleh.
Aku sentuh tangannya di atas meja.
Di bawah, kakinya mengusap betisku.
Ridhwan Saidi
RS: You suka muzik apa?
SW: I pendengar yang universal, semua boleh.
Aku sentuh tangannya di atas meja.
Di bawah, kakinya mengusap betisku.
Ridhwan Saidi
Ahad, September 26, 2010
Dialog Bersama Teman FB Yang Telah Dibuang Kemudian Diterima Kembali
Di dalam kereta menuju ke Sungai Buloh dari Kampung Melayu Subang.
ZE: Apa pendapat kau tentang diorang yang kutuk filem-filem kau?
RS: Secara peribadi, bila aku tengok filem aku sendiri, aku pun menyampah juga. Jadi bila diorang kutuk tu—kira betul la tu.
ZE: Jadi kau tak kisah?
RS: Aku tak peduli. Macam ni—aku tak ada rasa 'protective' terhadap filem-filem aku. Semua kucing-kucing yang aku bela, aku biar lepas. Kalau aku ada anak, aku biar lepas juga. Sesuatu seperti itu.
ZE: (Mendengar)
RS: Ini lain halnya dengan diorang yang fanatik dan protective dengan filem-filem diorang. Tak boleh ditegur selain puji-pujian semata; panas punggung bila ditegur. Rasa ketidakselesaan ini adalah satu bentuk 'insecurity,' dan mereka yang insecure ini adalah dikalangan mereka yang masih bebal—belum ketemu sama itu faith.
ZE: Macam mana pula kalau ada sorang member kau ni, takut-takut nak kritik filem kau? Sedangkan kau tak peduli.
RS: Sekali lagi dia tu sebenarnya dalam kondisi insecure, rasa tak selamat. Tak selamat kepada apa itu aku tak tahu, politik kawan mungkin. Macam kata Schopenhauer, manusia pendam 3/4 daripada dirinya yang sebenar semata-mata kerana mahu conform kepada orang ramai dan kawan-kawan.
ZE: Aku faham—politik kawan tu maksud kau macam mana?
RS: Ada satu penyakit bernama 'Friends Forever-Disorder' ini. Penyakit ini unik dimana setiap anggota kumpulan wajib sekepala sejubo selamanya. Tidak ada singularity dan individualiti. Simptomnya, apa yang benar takut dinyatakan. Takut hubungan politik kawan tadi terjejas—takut hilang kawan.
ZE: Jadi kau tak takut hilang kawan?
RS: Aku ada faith—buat apa aku takut? Kalau aku tak ada kepercayaan terhadap kawan aku, buat apa aku berkawan in the first place?
ZE: Pernah kau alami situasi ni?
RS: Pernah sekali ni, ada seorang budak ni tiba-tiba menegur, "kalau aku cakap kau janji jangan marah tau?" Aku tanya apa dia? "Jangan marah tau," kemudian dia bisik kat telinga kata zip seluar aku terbuka. Aku bingung, kenapa aku perlu marah kalau zip seluar aku terbuka? Adakah keheteroseksualan aku tercabar? Atau adakah ia sesuatu yang tidak bermoral, maka dengan itu aku perlu marah? Ini absurd.
ZE: Kalau aku, aku malu.
RS: Kalau malu pun apa kaitannya dengan marah? Lagi satu, malu tu siapa yang tentukan? Siapa yang menentukan zip seluar terbuka itu sesuatu yang memalukan? Orang ramai? Masyarakat setempat? Kawan-kawan? Kau conform kepada pendapat orang ramai ni. Ini maknanya 3/4 diri kau masih lagi terpendam kau tau tak?
ZE: Kalau aku mencarut kat kau sekarang ni maknanya aku dapat luahkan diri aku yang sebenar la ye?
RS: Kau nak mencarut apa?
ZE: Fuck you!
RS: Lupa aku bagitau kau. Dalam konteks negara ni, F-word tu digunakan oleh mereka yang gila babi insecure, percayalah.
ZE: Fuck me!
Ridhwan Saidi
ZE: Apa pendapat kau tentang diorang yang kutuk filem-filem kau?
RS: Secara peribadi, bila aku tengok filem aku sendiri, aku pun menyampah juga. Jadi bila diorang kutuk tu—kira betul la tu.
ZE: Jadi kau tak kisah?
RS: Aku tak peduli. Macam ni—aku tak ada rasa 'protective' terhadap filem-filem aku. Semua kucing-kucing yang aku bela, aku biar lepas. Kalau aku ada anak, aku biar lepas juga. Sesuatu seperti itu.
ZE: (Mendengar)
RS: Ini lain halnya dengan diorang yang fanatik dan protective dengan filem-filem diorang. Tak boleh ditegur selain puji-pujian semata; panas punggung bila ditegur. Rasa ketidakselesaan ini adalah satu bentuk 'insecurity,' dan mereka yang insecure ini adalah dikalangan mereka yang masih bebal—belum ketemu sama itu faith.
ZE: Macam mana pula kalau ada sorang member kau ni, takut-takut nak kritik filem kau? Sedangkan kau tak peduli.
RS: Sekali lagi dia tu sebenarnya dalam kondisi insecure, rasa tak selamat. Tak selamat kepada apa itu aku tak tahu, politik kawan mungkin. Macam kata Schopenhauer, manusia pendam 3/4 daripada dirinya yang sebenar semata-mata kerana mahu conform kepada orang ramai dan kawan-kawan.
ZE: Aku faham—politik kawan tu maksud kau macam mana?
RS: Ada satu penyakit bernama 'Friends Forever-Disorder' ini. Penyakit ini unik dimana setiap anggota kumpulan wajib sekepala sejubo selamanya. Tidak ada singularity dan individualiti. Simptomnya, apa yang benar takut dinyatakan. Takut hubungan politik kawan tadi terjejas—takut hilang kawan.
ZE: Jadi kau tak takut hilang kawan?
RS: Aku ada faith—buat apa aku takut? Kalau aku tak ada kepercayaan terhadap kawan aku, buat apa aku berkawan in the first place?
ZE: Pernah kau alami situasi ni?
RS: Pernah sekali ni, ada seorang budak ni tiba-tiba menegur, "kalau aku cakap kau janji jangan marah tau?" Aku tanya apa dia? "Jangan marah tau," kemudian dia bisik kat telinga kata zip seluar aku terbuka. Aku bingung, kenapa aku perlu marah kalau zip seluar aku terbuka? Adakah keheteroseksualan aku tercabar? Atau adakah ia sesuatu yang tidak bermoral, maka dengan itu aku perlu marah? Ini absurd.
ZE: Kalau aku, aku malu.
RS: Kalau malu pun apa kaitannya dengan marah? Lagi satu, malu tu siapa yang tentukan? Siapa yang menentukan zip seluar terbuka itu sesuatu yang memalukan? Orang ramai? Masyarakat setempat? Kawan-kawan? Kau conform kepada pendapat orang ramai ni. Ini maknanya 3/4 diri kau masih lagi terpendam kau tau tak?
ZE: Kalau aku mencarut kat kau sekarang ni maknanya aku dapat luahkan diri aku yang sebenar la ye?
RS: Kau nak mencarut apa?
ZE: Fuck you!
RS: Lupa aku bagitau kau. Dalam konteks negara ni, F-word tu digunakan oleh mereka yang gila babi insecure, percayalah.
ZE: Fuck me!
Ridhwan Saidi
Sabtu, September 25, 2010
Evolusi Bin Filem
25 September 2009...
13 Mei 2009 - 25 September 2009
30 April 2009 - 13 Mei 2009
11 Ogos 2008 - 13 Mei 2009
Sabtu, September 18, 2010
Who Wants to Be a Filmmaker?
Dalam proses pembikinan filem, melalui pengalaman bertahun-tahun aku sebagai seorang pseudo-sinefilia, melalui pemerhatian yang aku jalankan di institusi pengajian filem dan industri perfileman tempatan, boleh aku kategorikan proses pembikinan filem ini kepada dua. Pertama, proses yang berteraskan idea yang bersifat amateur, rambang, spontan dan dinamik manakala kedua proses yang berteraskan profesionalisme, terancang, spesifik dan statik.
Pokoknya teras yang membezakan kedua-dua proses pembikinan filem ini adalah kebebasan, dan anehnya ramai filmmaker-wannabe di negara ini cenderung memilih untuk tidak bebas. Instead of merayakan seni dengan bertindakbalas dengan persekitaran, mereka memilih untuk ‘berkerja seperti anjing’—jangan marah, ini lirik lagu The Beatles. Mereka mementingkan produksi melangkaui idea. Ini kita sedari apabila hal-hal yang diwacanakan di kala pra-pembikinan filem kebiasaannya mengenai art direction, pakaian, lighting, sinematografi, make-up dan lain-lain. Ini tidak salah, cuma juling.
Idea-oriented v Production-oriented
Secara peribadi, bagi aku Blade Runner: Final Cut (1982) dan The Godfather Trilogy (1972, 1974 & 1990) merupakan antara filem-filem production-oriented yang sudah berada pada tahap lengkap. Tetapi kita perlu ingat, walaupun produksinya lengkap, ia adalah produksi yang mendukung idea. Yang aku lihat berlaku di negara ini, produksi-produksi jarang mendukung sebarang idea.
Menurut Alfred Hitchcock, sesebuah filem itu siap selepas skrip siap. Inilah fundamental bagi mereka yang merayakan production-oriented. Ini bermakna selepas selesainya pra-produksi (skrip), kerja-kerja selepas itu hanyalah sebuah proses perlaksanaan secara fizikal dimana ia dikerjakan oleh buruh-buruh kasar yang dipanggil kru. Ini adalah satu sistem makan gaji – kapitalisme – dimana kru-kru ini menukarkan keringat mereka kepada duit. Aneh apabila sesebuah projek dengan dana yang kecil cuba meraikan sistem kapitalisme ini.
Idea-oriented pula adalah satu pendekatan di mana ia lebih terbuka. Kita boleh ambil pembikin-pembikin yang berkebolehan untuk merombak skrip (atau tanpa skrip) semasa penggambaran dan suntingan seperti Jean-Luc Godard, Wong Kar Wai, Mansor Puteh dan seumpamanya. Proses berkarya itu tidak tersekat selepas fasa pra-produksi. Ia lebih hidup dan dinamik. Malah perkataan ‘amateur’ itu jika digali asal istilahnya bermakna ‘cinta’. Proses pembikinan yang disemai rasa cinta ini bebas daripada kekangan profesionalisme. Tidaklah bermakna mereka mengabaikan serba-serbi tentang perkara-perkara teknikal produksi. Mengambil kata-kata Garin Nugroho, “Idea hanya muncul selepas teknik tidak lagi menjadi hal.” Bagi aku filmmaker-wannabe tidak perlu berkocoh-kocoh memikirkan soal bagaimana ia dibuat, sebaliknya apa yang dibuat.
Inspirasi v Imitasi
Apabila ‘APA’ (dengan huruf besar) ini diabaikan, secara tidak langsung ia juga memisahkan dualiti tadi kepada inspirasi dan imitasi. Tanpa idea, dengan hal-hal teknikal produksi semata-mata, werk yang dihasilkan ternyata adalah satu imitasi. Samada imitasi itu berjaya atau tidak, pokoknya ia hanya sekadar satu imitasi. Ini berbeza dengan idea-oriented dimana ia terjadi melalui inspirasi. Memang inspirasi ini diserap daripada idea orang lain, bak kata Jim Jarmusch, “Daripada mana kau curi idea itu tak penting, yang penting ke mana kau nak bawa idea tu.” Maka dengan itu sebuah imitasi tidak akan membawa idea itu ke mana-mana. Imitasi terhadap werk-werk P.Ramlee atau Yasmin Ahmad tidak akan menggerakkan (sila rujuk iklan dan rancangan Raya di televisyen), sebaliknya ia perlu terinspirasi. Untuk terinspirasi seseorang perlu gali ke dalam sesebuah werk itu. Di sini pentingnya pemahaman tentang kedalaman (yang tidak diambil pusing oleh majoriti jemaah Malaysia, terutamanya yang menggelarkan diri mereka singer/songwriter boohoo).
Konklusi
Aku mengambil kesempatan ini mendoakan jemaah filmmaker-wannabe yang berimankan production-oriented tadi agar murtad lalu merayakan idea, insya'Allah.
Ridhwan Saidi
Jumaat, September 17, 2010
Sabun di Atas Pinggan
Semalam aku ke rumah Mislina beraya. Mereka gelar tempat ini Republik Desa Pandan. Gaya hidup anti-establishment tulen dirayakan; tiada perabot dilaburkan untuk rumah ini. Yang kelihatan hanya perabot-perabot jiran, rak buku yang diperbuat daripada buku dan basikal-basikal yang dijemur di ampaian. Selain manusia, kucing-kucing juga menginap di rumah ini. Bau BBQ daging dan sosej meresapi udara. Terdapat juga salad kentang putar campur cendawan butang serta coleslaw bagi yang vegetarian. Aku ambil pinggan dan garfu, aku sambar 3 tenderloin steak, 5 batang sosej dan semangkuk sayur-sayuran. Selesai, aku bangkit ke dapur mahu basuh tangan. Aku dapati pili sinki di rumah ini rosak—kelihatan paip getah di tepi sinki. Aku ke balkoni mengikuti alur paip getah itu. Aku jumpa pilinya, aku putar. Aku patah balik ke sinki dan mendapati air tidak keluar. Aku ke balkoni sekali lagi, aku ternampak pili lain di bawahnya, aku putar. Aku patah balik ke sinki, air memancut-mancut keluar. Aku basuh tangan, aku sambar span dan sabun lalu basuh garfu dan pinggan yang aku gunakan. Pinggan kaca ini terasa lebih berat daripada kebiasaan, mungkin di rumah aku sudah biasa menggunakan pinggan Corelle. Selesai basuh aku keliru tidak tahu mahu letakkan pinggan ini di mana—tiada pinggan-pinggan lain kelihatan. Aku terbalikkan dan letak di tepi sinki. “Buat apa tu encik Ridhwan Saidi—ya Allah basuh pinggan ke?” Suara Mislina kedengaran dari ruang tamu. Aku pekakkan telinga. Aku tidak menganggap diri aku sebagai seorang moralis dengan membasuh pinggan ini. Aku basuh kerana ianya berlaku secara spontan. Lagipun apa masalahnya aku selaku tetamu mencuci pinggan yang telah aku gunakan. Niat aku suci kerana ingin meringankan beban tuan rumah yang telah bersusah-payah menyediakan makanan dan minuman. Kucing-kucing bergesel di pergelangan kakiku. Aku kembali ke ruang tamu lalu duduk. Tiba-tiba, aku sedari yang tersusun di atas meja bersebelahan makanan berupa pinggan kertas. Pinggan kaca siapa yang aku basuh tadi?
Ridhwan Saidi
Rabu, September 15, 2010
Malaysia v Melayu
Seperti Garamond dan Helvetica, Malaysia dan Melayu juga adalah satu bentuk dualiti yang berlawanan satah di antara satu sama lain. Secara jemaah bawah sedar, seorang Melayu akan berpaksikan emosi, manakala seorang Malaysia akan berpaksikan rasionaliti. Ini jelas kerana kita sedari mereka yang masih merayakan keMelayuan ini cenderung untuk mengikut perasaan – rawak, rambang dan tidak menentu (dinamik), manakala seseorang yang meraikan keMalaysiaan terdiri daripada mereka yang lebih intelek – bersebab, empirikal, menuruti fungsi (statik).
Sebagai individu, setiap daripada kamu barangkali menghadapi krisis dalam diri ini, dan saya syak kebanyakan daripada kamu akan memilih Malaysia. Saya memahami ini kerana kondisi pentadbiran semasa kita yang lapuk. Sistem pentadbiran yang dilaksanakan secara suka hati (neo-feudal) tidak masuk akal bagi sebuah negara bangsa demokratik moden. Kita semua menyedari hakikat ini. Tetapi jauh di dalam sudut hati saya, sebagai seorang individu – memutuskan hubungan dengan dunia luar dan hidup bermasyarakat – saya lebih selesa menjadi seorang Melayu.
Jangan pula tuduh saya racist kerana ini, usah stereotaip, chill. Jika Melayu itu ras, begitu juga dengan Malaysia iaini satu bentuk ras negara bangsa. Jika seorang Melayu akan prejudis terhadap Cina dan India, ini serupa dengan seorang Malaysia yang akan prejudis terhadap buruh-buruh asing Indonesia dan Bangladesh. Secara amnya kita cuba berubah daripada satu ras kepada satu ras yang lain. Tanpa kepercayaan, diresapi ketidakpercayaan, baik Melayu atau Malaysia ia sama sahaja.
Sekarang berbalik kepada mengapa saya merasakan Melayu lebih menarik berbanding Malaysia (sebagai seorang individu). Ianya jelas sebagai seorang Malaysia saya tidak ada apa-apa yang menarik untuk bersandar. Perkara-perkara fundamental seperti bendera, lagu kebangsaan, bunga kebangsaan, sejarah menuntut kemerdekaan malah perlembagaan serta rukun negara sekalipun, ianya tidak ada kedalaman (‘deep’ bak kata hipster indie), sekadar fakta. Jika saya cuba menghayati dunia pop Malaysia seperti lagu-lagu Yuna misalnya, walaupun arrangment-nya menarik, tetapi ‘cinta’ yang dibawa masih bermain di permukaan. Jika mahu dibuat perbandingan, berani saya kata tidak ada bezanya di antara muzik Yuna dan Eddie Hamid. Ini berbeza dengan pantun atau hikayat-hikayat Melayu lama yang jauh lebih romantik, mistik dan menarik.
Jika dilihat pada pantun, ia adalah gabungan emosi dan rasionaliti. Puisi-puisi lain seperti sajak atau haiku selalunya lebih bebas, tetapi di dalam pantun ianya terikat dengan rasionaliti rima tengah dan rima akhir baris ayat. Keseimbangan ini menerujakan. Malah lebih dalam saya meresap masuk ke dalam alam Melayu ini semakin dekat diri saya kepada kemanusiaan dan seterusnya Tuhan. Ini berlawanan dengan rasionaliti yang secara perlahan-lahan memutuskan hubungan dengan Tuhan dan seterusnya kemanusiaan.
Saya merumuskan ini hasil daripada pemerhatian saya terhadap senibina rasional modenisme yang anti-manusia, ianya keras, kasar dan brutal; and yet ramai Malaysia-Malaysia kini sedang merayakan minimalisme 'less is more' yang membosankan ini. 'Less is bore' darling. Minimalism adalah knock-off kepada kehidupan anti-establishment mereka yang tidak berduit beli perabot IKEA lagipun.
Mitos mengatakan perkataan Melayu asli hanya ada beberapa kerat sahaja iaitu babi, besi, padi, ubi dan paku. Jangan pula paksa saya untuk meraikan nilai-nilai keMelayuan asli dan original ini sahaja, kerana sesungguhnya konsep 'original' bukan mengenai keaslian semata-mata. Malah saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa seorang pengkarya yang mencari keaslian adalah dikalangan mereka yang masih teraba-raba, instead kembali-lah kepada asal-usul, originality consists in returning to the origin. Oleh itu, Melayu yang berkembang, bergerak dan berdinamika ini-lah yang saya raikan – sehinggalah ia ingin berubah kepada Malaysia yang statik.
Kepada Malaysia, selamat hari jadi in advance. Kepada Melayu - ‘Takkan Melayu Hilang di Dunia,’ sebab orang Melayu cepat membiak, that’s for sure darling!
Ridhwan Saidi
p/s: Lagu Cinta Sempurna oleh Yuna jika ditolak lebih dalam, merupakan satu bentuk penolakan terhadap Tuhan. Semestinya ia ditulis secara tidak sengaja kerana seorang Malaysia tidak ambil pot tentang 'kedalaman'.
Sempurnanya sifatMu
Tulusnya hatiMu
Jujurnya niatMu
Tingginya kesabaranMu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu 'tuk menanggung
Sebuah cinta sempurna
DariMu
DariMu ohhh
Kodak ISO 100 (12)
Dalam perjalanan hendak membuang kotak filem yang aku baru isi ke dalam kamera, aku berhenti. Setelah 5 hari terperap di dalam bilik, petang tadi aku keluar menaiki Jobot-ku bagi menghidupkan kembali kamera Hi Matic G aku yang sudah bertahun-tahun terperap. Aku ke kedai hardware beli sebutir bateri LR44 dengan harga RM4, kemudian menyeberang jalan ke kedai gambar yang tak pernah aku sedari kewujudannya selama ini. Aku tidak expect C41 ataupun Portra, cukup sekadar filem konsumer biasa. Dalam hati, aku mahu ISO 100 (12), cukup sekadar aku hidupkan kamera ini dengan 12 keping gambar. Tiba di kaunter, yang kelihatan hanya ada dua jenis filem iaitu Kodak ISO 400 (36) dan ISO 100 (12). Yang 36 sekadar ada 2-3 kotak sahaja manakala yang 12 ada berpuluh-puluh kotak. Tuan kedai, merangkap seorang apek dalam lingkungan usia 50-an yang sedang duduk membaca surat khabar, datang berdiri di hadapan aku. Aku meletakkan jari telunjuk aku ke atas permukaan cermin kaunter. Di bawahnya kelihatan Kodak ISO 100 (12). Apek itu lantas berkata, “Oh yang ni tarak jual, sudah expired la, ini saja ada,” sambil menunjuk ke arah Kodak ISO 400 (36). Aku angguk tanda setuju sambil menunjukkan angka satu dengan jari telunjuk. “Sebelas ringgit sembilan—sebelas saja-lah,” kata apek itu. Sebelum sempat berjalan keluar aku ternampak sebuah rak kaca di belakang apek itu. Di dalamnya tersusun beratus-ratus kotak Kodak ISO 100 (12). Aku pasti semua filem-filem itu sudah expired sekadar dijadikan ornament. Aku tidak expect semua ini. Apek itu sambung duduk membaca surat khabarnya, perasaan aku pula yang tidak nyaman. Apalah nasib kedai gambar ini di dunia serba digital kini. Tiba-tiba bertalu-talu memori-memori lama kedai-kedai gambar yang pernah aku terokai meresapi jiwaku. Saat aku berbedak dan berminyak rambut bagi foto saiz passport untuk I.C aku semasa di darjah enam, foto passport bagi lesen-lesen L, P dan penuh, bagi borang-borang masuk U(-U), bagi borang-borang minta kerja(-kerja), saat aku berpapan selaju, saat aku bersubjek fotografi, saat aku dihadiahi kamera pertama serta dan dan dan. Aku patah balik ke bilik tidak jadi buang kotak filem itu.
Ridhwan Saidi
Ahad, September 12, 2010
Wacana Seorang Meta-Hipster: Konflik Garamond dan Helvetica
Typeface atau lebih senang dikenali sebagai bentuk tulisan terbahagi kepada dua, serif dan sans-serif. Serif ini dimana tulisannya mempunyai 'ekor-ekor hiasan'. Contoh tulisan serif yang selalu kita gunakan adalah Times New Roman, tetapi dalam esei ini saya menggunakan Garamond (yang bentuknya lebih menawan). Sans-serif pula adalah bentuk tulisan dimana 'ekor-ekor hiasan' tadi ditiadakan. Contoh tulisan sans-serif yang biasa kita gunakan adalah Arial, tetapi dalam esei ini saya menggunakan Helvetica (yang bentuknya lebih menarik).
Dualiti Garamond dan Helvetica ini ingin saya analogikan kepada dua bentuk paksi kehidupan manusia iaitu emosi dan rasionaliti. Manusia-manusia yang membenarkan emosi mereka mengawal hidup mereka ini akan kita labelkan mereka sebagai Garamond. Seorang Garamond akan membiarkan perasaan mereka menentukan jalan-jalan kehidupan yang mereka telusuri, ia lebih dinamik, rawak, rambang dan tidak menentu. Kita boleh simpulkan yang Garamond ini merayakan unsur-unsur feminin (jangan keliru dengan feminisme). Berlawanan dengan ini adalah manusia-manusia Helvetica yang bertunjangkan sebab (reason) dan logika empirikal sains dan matematik. Seorang Helvetica akan kembali kepada rasional akal, segalanya wajib bersebab, dan lebih statik merapati fungsi. Kita boleh simpulkan yang Helvetica ini meraikan unsur-unsur maskulin.
Yang membezakan dualiti Garamond dan Helvetica ini adalah ‘ekor-ekor hiasan’ tadi. Hiasan ini yang membezakan citarasa estetika seorang Garamond dan Helvetica. Hiasan ini dianggap indah bagi seorang Garamond dimana lekuk-lekuk ini menampakkan mainan jiwanya manakala bagi seorang Helvetica, hiasan ini tidak berfungsi lantas dianggap sebagai suatu kesalahan.
Apabila konsep ini disandarkan pada konsep kenegaraan; ke dalam negara kita ini, secara kolektif kita tahu majoriti rakyat negara ini masih berpaksikan emosi (sebab utama feudalisme bermaharajalela), cuma ia bukan pada gradien Garamond (yang menawan), tetapi pada keluarga serif yang lebih kaku, iaitu Times New Roman; dan minoriti rakyat negara ini yang bermain dengan logika empirikal, selalunya tewas kepada gradien Arial (walaupun mereka mengaku mereka minat Helvetica!).
Seseorang yang mempertingkatkan daya fikirnya daripada Arial kepada Helvetica akan menguasai intelektualiti, manakala seseorang yang mempertingkatkan daya rasanya daripada Times New Roman kepada Garamond akan menguasai intuisi (satu bentuk refleksi dalaman; jangan keliru dengan naluri). Di garis pemisah ini akan kita samada menemui Tuhan (pencipta kepada pencipta Garamond dan Helvetica) atau tidak. Bagi Garamond, intuisi (realiti sebenar) letaknya lebih tinggi daripada intelektualiti, suatu tempat di mana kita berserah lalu bersemadi bersama keabadian. Bagi seorang Helvetica pula, intuisi adalah satu konsep harapan yang tidak wujud. Maka dengan itu, boleh kita simpulkan di dalam dunia ini hanya terdapat dua typeface, bukan Times New Roman, bukan Arial, bukan Garamond, bukan Helvetica, dan bukan juga Courier New, tetapi typeface kau dan typeface aku.
Ridhwan Saidi
Perempuan, Hantu dan Skandal (2010)
With a shoestring budget of RM50, we did it girls, Alhamdulillah.
Perempuan, Hantu dan Skandal (2010)
Ulasan: Tonton Filem, Hassan Muthalib, Aidi Rahimi
Sabtu, September 04, 2010
Pra-Pemilihan Antologi Surat Cinta Kita
Daripada 30 penyertaan yang kami terima, saya buatkan dua folder, satu namanya 'OK' manakala satu lagi 'KIV.' Dalam folder OK ini, ada 7 teks. Kita boleh consider teks yang sudah berada di dalam folder OK ini sudah terpilih untuk dicetak kelak. Mereka-mereka (err maksud saya mereka) yang bertuah ini adalah:
Mislina Mustafa
Saat Omar
Hajar Aznam
Fared Ayam
Nadrah Mustafa
Aina Atiqah
Sarah Mohammad
Selain itu saya juga memilih diri sendiri dan teks daripada Dewa (yang belum ditulis) menjadikan ia 9. Penyertaan masih terbuka. Oleh kerana overall tone penyertaan yang kami terima banyak bermain dengan arketaipal kesyahduan 'Rindu Serindu Rindunya' Eddie Hamid, potensi untuk teks anda terpilih bermula sekarang adalah teks-teks yang mempunyai perspektif yang selain itu.
Ada beberapa teks yang menarik di dalam folder KIV, cuma kami mahu antologi Surat Cinta Kita ini mempunyai gradien cinta yang pelbagai. Dalam rona warna ada macam-macam warna, ada cinta kuning, ada cinta merah, ada cinta biru, ada cinta putih, dan ada cinta hitam. Mungkin saya boleh color code-kan secara spontan cinta-cinta ini dengan tema-tema tertentu, lalu tag-kan pada setiap teks (atau warna kertas yang akan digunakan nanti).
Cinta Kuning (coming of age/pra cinta)
Cinta Merah (keberahian/cinta)
Cinta Biru (kemurungan/pasca cinta)
Cinta Putih (keabadian/Tuhan)
Cinta Hitam (nothingness/absurd)
Warna-warna ini boleh jadi bercampur. Seperti teks saya, bila saya baca balik, ianya adalah campuran warna kuning dan hitam, lol.
Satu lagi elemen penting yang menentukan pemilihan kami adalah sustainability teks tersebut. Biarpun ia 100 patah perkataan, tetapi kekal syok untuk dibaca dan ditelusuri. Walaupun nampak seolah tak serius, tetapi kami sebenarnya serius ya. And bear in mind that kita cetak atas kertas, kita akan consume kertas. Setiap kewujudan patah perkataan harus bersungguh-sungguh, jika sambil lewa sila pastikan sambil lewa bersungguh-sungguh.
Kepada yang berada di dalam folder KIV, diharap berserah. Tarikh akhir penyertaan adalah pada 31 November 2010. Prosa dan/atau puisi, tiada syarat; saya hanya faham bahasa Melayu, Inggeris dan Itali. Semua dijemput untuk memeriahkan antologi Surat Cinta Kita ini. Sebarkan kepada kenalan-kenalan anda yang lain. Terima kasih.
Emel penyertaan anda ke: binfilem@gmail.com
sebelum 31 November 2010
Layari: Event Facebook
JHBT
p/s: Projek ini dijangka siap awal 2011, terima kasih,
Rabu, September 01, 2010
Dialog Atas Katil
"Without sex, love would be an error," kata lelaki.
"Without love, sex would be an error," kata wanita.
Ridhwan Saidi
"Without love, sex would be an error," kata wanita.
Ridhwan Saidi
Selasa, Ogos 24, 2010
Melacurkan Ilmu Atas Nama Hijau
“Architecture cannot be totally explained but must be experienced . . . ” - Geoffrey Bawa
Aku bekerja dengan Jimmy Lim untuk mendekatkan diri aku dengan school of thought Geoffrey Bawa. Lama sebelum istilah 'sustainability' menjadi fashionable, sebelum Seksan menjadi hip, sebelum adaptive re-use itu gempak, sebelum Rimbun Dahan, Palate Palette & KLPac itu green, Bawa sudah layan alam sejujurnya terlebih dahulu. In fact, Bawa adalah pioneer kepada sekolah pemikiran senibina vernakular di Asia Selatan dan Tenggara ini.
Seperti mereka – berjiwa besar – yang lain, proses kematangan senibinanya terbahagi kepada beberapa fasa. Dalam kes Bawa, ada empat: 1. Tropical Modernism, 2. Contemporary Vernacular, 3. Regional Modernism, dan 4. Contextual Modernism. Basically, Bawa bertitik tolak daripada gerakan modenisme, begitu juga dengan Jimmy. Kita dapat rasai adanya hubungan arketaipal terhadap senibina Mise van de Rohe, Le Corbusier, Frank Lloyd Wright, Carlo Scarpa dan geng. Jimmy mengembangkan bawaan Bawa dengan apa yang dipanggilnya 'Architecture of Humility', apa yang aku gelar 'Setinggan with Style'.
Baru-baru ini Dewa telah ke Sri Lanka mengalami werk-werk Geoffrey Bawa. Katanya masyarakat setempat di sana meletakkan Bawa di tempat yang tinggi. Mereka beremosi mengalirkan air mata semasa menceritakan kembali kesah kehidupan si Sinhalese ini. Masyarakat setempat di Sri Lanka amat menghormati alam sehinggakan gutter (alat tadahan air hujan) boleh melengkung mengelak pokok kelapa di tengah jalan. Jika ada sebatang pokok, batu atau bukit di dalam rumah, maka kita akan nampak ia terkeluar melalui dinding atau bumbung tidak dialih. Tambahnya lagi, di Sri Lanka ini haiwan 'liar' seperti monyet dan burung hidup sekali bersama manusia.
Conservation alam yang diraikan secara kolektif oleh masyarakat setempat di Sri Lanka ini begitu menyeluruh. Tambah Dewa lagi, walaupun ada sebilangan mereka yang berkereta, mereka lebih gemar berjalan kaki. Dalam konteks dualiti, apa yang berlawanan lagi songsang berlaku dengan meriahnya di negara ini. Masyarakat kita rakus merobek rupa bentuk alam. Daripada sebesar-besar skala sehingga sekecil-kecil renovation rumah. Kita telah putuskan hubungan dengan yang lama dan kita juga putuskan hubungan dengan alam. Sebaliknya kita telah membina biosfera konsumerisme kita sendiri dan hidup di dalamnya—iaini infrastruktur sifar subtance.
Aku pula secara batin hanya pernah ke Sri Lanka melalui filem Dharmasena Pathiraja. Tetapi dalam konteks sinema, aku perasan filem Pathiraja ini ada bertaut dengan French New Wave, terutamanya sentuhan Jean-Luc Godard. Ini lain pula ceritanya, tapi bila fikir kembali, gerakan senibina Modenism tak ubah seperti French New Wave, iaitu satu respon penolakan skala gergasi terhadap dogma lama.
Film cannot be totally explained but must be experienced . . .
Ridhwan Saidi
Film cannot be totally explained but must be experienced . . .
Ridhwan Saidi
120 Malay Movies & Geng
Seorang kenalan (yang juga murtad senibina) pernah menceritakan kepada saya bahawa ketika P. Ramlee mula berkarya di negara ini (sebelum ini di kota Singa), filem-filemnya tidak mendapat biayaan pentadbir tempatan. P. Ramlee sedih katanya. Katanya lagi badan-badan seperti stesen penyiaran televisyen tidak mahu membeli filem-filemnya – ini perlu dilihat dalam konteks semangat kenegaraan—selaku sebuah negara baru. Tambahnya lagi, ketika Studio Merdeka ditutup, kesemua seluloid-seluloid itu telah dibuang ke dalam Sungai Gombak. Kita tidak simpan apa-apa (bagi kenalan saya, yang dihumban itu aset negara). Filem-filem P.Ramlee era Studio Merdeka yang kita tonton di televisyen itu adalah salinan daripada simpanan peribadi Sultan Brunei katanya. Kesahihan kisah ini saya tidak pasti.
Saya punya seorang nenek saudara yang menetap dan berkeluarga di U.K. Semasa saya kecil, selang beberapa tahun pasti makcik dan pakcik serta sepupu sepapat kacuk mat salleh saya ini akan melawat ke negara ini. Saya sedari antara banyak-banyak benda yang akan dibawa pulang ke U.K adalah VHS dan VCD filem-filem Melayu klasik. Bukan sedikit tapi betul-betul banyak. Kenapa mereka berbuat demikian, saya tidak pasti.
Hussein Haniff tidak berkebolehan untuk membaca dan menulis. Saya tahu ini entah diberitahu, ataupun terbaca di mana-mana, ataupun saya bermimpi. Mengetahui ini, saya yakin filem-filemnya berjiwa besar (walaupun saya hanya pernah menonton filem pertamanya – sama halnya dengan Orson Welles). Bagaimana babak tarian kelolaan Siput Serawak digarap di dalam filem Hang Jebat amat menggiurkan. Saya syak Hussein Haniff ini bikin filem dengan intuisi sepenuhnya. Bak kata Henri Bergson, "Intuisi letaknya lebih dalam daripada intelektualiti." Andai kata seorang intelektual yang kaki buku menganggap lawak P.Ramlee dan geng sebagai lawak bodoh, itu tidak menghairankan, itu biasa.
Mat Sentol adalah wira Bin Filem, tak perlu cerita banyak. Dengar berita Mat Sentol akan datang melawat dalam masa terdekat ini.
Sebelum 120 Malay Movies, saya pernah terbaca sebuah buku tentang filem-filem Melayu dengan ulasan-ulasan ringkas di rumah Tukar Tiub. Tajuknya saya tidak ingat. Yang saya ingat ianya self-contained. Ianya buku lama lagipun. Satu lagi buku tentang filem yang saya ada bertajuk Sejarah Filem Melayu tahun 1980. Buku ini memuatkan beberapa esei (tentang sejarah bangsawan dan masa depan), senarai filem-filem dari Laila Majnun sehingga filem-filem yang sedang dibikin (mengikut huruf), tiga contoh skrip filem di dekad yang berbeza serta foto-foto lama. Bagi saya ianya sekadar satu himpunan data tanpa pentafsiran (ini berlawanan dengan 120 Malay Movies).
Selalunya buku-buku seperti 120 Malay Movies ini saya terus terjah ke muka surat tengah memilih ulasan-ulasan filem yang saya berkenan. Dan memang saya buat pun. Cuma apabila saya kembali ke pangkal buku, menyelak satu persatu dari mula, mengikut tertib, ianya sebenarnya lebih mengujakan. Sesebuah filem itu bertimbal balik. Pertaliannya ada, ia tidak putus dan bermain-main di antara satu sama lain. Yang membuatkan buku ini seronok, selain pentafsiran dengan diksi penuh humor Amir Muhammad, ia juga bertemankan suara-suara asal filem tersebut yang disampaikan melalui penceritaan semula, petikan dialog, pautan dengan filem lain dan lain-lain.
Pada selakan pertama akan kita nampak warna di-raja memenuhi halaman. Ia adalah pembayang kepada isi buku ini yang 'kadang-kadang' berbicara tentang feudalisme yang masih wujud hingga ke hari ini.
Ridhwan Saidi
Ahad, Ogos 15, 2010
D.I.Y Muslim Meatballs À la Carte
Seperti melakar, menulis, melukis, merakam, dan menjahit, memasak juga adalah salah satu experimen yang menyeronokkan. Aksi amateur bersandarkan nama cinta ini aku lakukan atas ketidakpuashatian aku terhadap bebola-bebola daging yang ada di luar sana.
Aku pernah gigit bebola daging William yang mana terasnya masih terasa sejuk. Tetapi ini tidak mengapa, sehingga akhir-akhir ini setelah aku mencuba bebola daging IKEA yang terkenal itu. Aku dapati ianya tidaklah tidak sedap, ianya tidak juga terlalu sedap. Ianya biasa-biasa saja, setiap gigitan menuju ke arah kebosanan sejujurnya. Aku boleh bayangkan aku berada di Sweden dengan suhu mencecah -20 darjah Celcius, berseorangan, kemurungan, ya mungkin ketika itu bebola daging ini akan menjadi penyelamat diriku. Tetapi tidak sama sekali di Khatulistiwa ini. Aku lebih selesa menjadi seorang yang lurus.
Mula-mula semasa di Central Mart semasa mencari bahan-bahan resepi yang aku dapat daripada internet, aku was-was. Daripada aku beli bahan-bahan yang ternyata bermacam-macam, lebih efisien jika aku beli bebola daging sejuk beku jenama Marina yang berharga RM9, cepat, mudah dan tidak merenyahkan. Ini berlaku setelah aku mengetahui sebungkus keju parmesan berharga RM13. Ini belum termasuk kos daging kisar dan roti biskut yang tiada di rumah. Nekad, bukan rasa kenyang yang penting, tetapi proses perlaksanaannya bisikku.
Di rumah, aku masukkan 400g daging kisar, 5 batang sosej ayam (menggantikan daging babi) yang dihancurkan, sebiji telur, seulas bawang besar yang dipotong, 3 ulas bawang putih yang dicincang halus, 1/3 cawan serbuk roti biskut, 1/3 cawan keju parmesan, garam, lada hitam, daun basil kering, dan sedikit air ke dalam mangkuk besar. Seperti merakam filem-filem pendekku, aku meraikan kespontanan dan estetika kerja tangan. Ketidakpersisan adalah keindahan di abad serba persis ini.
Takkan berbuka dengan bebola daging semata-mata? Lantas aku mencari bahan-bahan lain di ceruk gerobok. Aku jumpa sebungkus spaghetti, kuah tomato Prego, dan kentang. Selalunya adikku yang bekerja sebagai seorang biologis di Cameron Highlands akan membawa pulang sayur-sayuran daripada ladang, terutamanya dua jenis tomato. Satu tomato ceri yang sehalus strawberi, manakala satu lagi tomato besar yang lebih besar daripada buah epal. Hasil penyekan kedua-dua tomato itu aku boleh bikin sos aku sendiri. Tetapi disebabkan tiada tomato, aku pakai saja sos dalam tin Prego ini, tambah bawang, tambah garam, tambah lada sulah, tambah daun parsley.
Spaghetti aku rebus sehingga al dente berlatarkan lagu-lagu Faye Wong dari album Restless (memasak tanpa muzik would be bloody boring isn't it?). Kentang pula aku potong dan goreng dengan kulitnya sekali. Bebola daging pula pada mulanya aku mahu panggang, tetapi mengambil keputusan untuk goreng sahaja kerana waktu berbuka sudah hampir.
Siap sudah juadah berbuka puasa aku, D.I.Y Muslim Meatballs À la Carte bertemankan segelas wain merah. Azan Maghrib berkumandang.
Ridhwan Saidi
Jumaat, Ogos 13, 2010
Ulasan Maskara Shorties 2010
Berbekalkan pengalaman Maskara Shorties 2008 dan 2009, aku paling bersedia pada kali ini. Dua yang pertama itu aku tewas terpaksa pulang awal kebuluran. Yang ini biarpun 5 jam tayangan, masih kekal steady, dah siap makan malam bawa bekal semua. Walau bagaimanapun ianya menjadi satu hal untuk aku ingat kembali satu persatu filem pendek yang telah ditayangkan. Berikut adalah ulasan ringkas dan pandangan peribadi aku terhadap kesemua filem-filem yang telah ditayangkan, berdasarkan aturan poster.
LAWAN oleh Azizulhakim Salleh
Bagaimana filem ini bermain dengan tempo pantas dengan pemilihan syot yang tepat adalah kekuatan Azizulhakim dalam menyampaikan visual karenah Melayu moden yang bersifat kereptiliaan (dewasa ini). Konsistensi ini aku lihat pada Capal juga.
Bagaimana filem ini bermain dengan tempo pantas dengan pemilihan syot yang tepat adalah kekuatan Azizulhakim dalam menyampaikan visual karenah Melayu moden yang bersifat kereptiliaan (dewasa ini). Konsistensi ini aku lihat pada Capal juga.
LOW BUDGET LOVE oleh Bainun Waheeda
Aku hanya sempat tonton bahagian kedua-dua pasangan ini berkira-kira nak membayar sepinggan makanan dan segelas air. Sesudah itu aku tak tahan terpaksa ke tandas. Ia membuaikan imaginasi aku terhadap dunia pra-Rumah Ares.
Aku hanya sempat tonton bahagian kedua-dua pasangan ini berkira-kira nak membayar sepinggan makanan dan segelas air. Sesudah itu aku tak tahan terpaksa ke tandas. Ia membuaikan imaginasi aku terhadap dunia pra-Rumah Ares.
3 HANTU SILAP MATA oleh Alif Firdaus Azis
Aku menyesal tak ke tandas semasa filem pendek ini ditayangkan. Salah sebuah crowd pleaser pada malam itu.
Aku menyesal tak ke tandas semasa filem pendek ini ditayangkan. Salah sebuah crowd pleaser pada malam itu.
SROQ oleh Indra Syaabani
Syot pertama aku rasa seolah-olah filem ini seperti mahu mengambil semangat orang asli secara serius, tetapi hampa selepas ia akhirnya dipermain-mainkan. Filem ini membuatkan aku teringat filem Sifu dan Tongga yang belum pernah aku tengok.
Syot pertama aku rasa seolah-olah filem ini seperti mahu mengambil semangat orang asli secara serius, tetapi hampa selepas ia akhirnya dipermain-mainkan. Filem ini membuatkan aku teringat filem Sifu dan Tongga yang belum pernah aku tengok.
THE COLOR OF IDEAS oleh Low Wei Yan
Di penghujung cerita, cokelat Smarties yang berwarna-warni ini hancur akibat perbalahan dan peperangan. Di dalamnya kita dapati semuanya serupa berwarna coklat iaitu sebagai cokelat. Ia adalah analogi comel kepada manusia yang kulitnya berwarna-warni, berbeza kaum, negara, ideologi dll. yang fundamentalnya serupa iaitu selaku manusia.
Di penghujung cerita, cokelat Smarties yang berwarna-warni ini hancur akibat perbalahan dan peperangan. Di dalamnya kita dapati semuanya serupa berwarna coklat iaitu sebagai cokelat. Ia adalah analogi comel kepada manusia yang kulitnya berwarna-warni, berbeza kaum, negara, ideologi dll. yang fundamentalnya serupa iaitu selaku manusia.
BADUT oleh Rizal Gunx
Ini adalah filem dengan make up terbaik pada malam itu.
Ini adalah filem dengan make up terbaik pada malam itu.
KIAMU oleh Anwari Asyraf
Dengan kebolehan yang sama seperti Azizulhakim, cuma Anwari lebih kemas bermain dengan tempo yang lebih perlahan. Ia tahu bagaimana untuk sustain minat audien. Kesimpulannya ia mengiyakan keganasan yang berlaku di sekolah itu yang lebih nyata sifat kereptiliaannya - survival of the fittest!
Dengan kebolehan yang sama seperti Azizulhakim, cuma Anwari lebih kemas bermain dengan tempo yang lebih perlahan. Ia tahu bagaimana untuk sustain minat audien. Kesimpulannya ia mengiyakan keganasan yang berlaku di sekolah itu yang lebih nyata sifat kereptiliaannya - survival of the fittest!
ENAM LORONG oleh Syed Zahrul Zarizi
Satu luahan emosi tentang kecelaruan dengan montaj-montaj yang bercelaru, secelaru lebuhraya enam lorong.
Satu luahan emosi tentang kecelaruan dengan montaj-montaj yang bercelaru, secelaru lebuhraya enam lorong.
A LA FOLIE oleh Sanif Olek
Filem pilihan aku pada malam itu. Mengenai semangat Melayu Singapura berhawakan old-school French New Wave berlatarkan hutan batu dunia imigran. Kaki lima, kegelapan malam, diselangi awang batil moden iaitu sekumpulan pelacur & transeksual yang bercerita mengenai cinta yang secara tidak langsung berkaitan dengan kesemua watak-watak protagonis dan antagonis yang ada di dalam filem pendek ini. Penghujung filem ini aku mengharapkan visual penutup yang kena dengan muzik a la filem-filem Wong Kar Wai tetapi ia tidak menjadi. Kira ok-lah.
IKAN LANGKA oleh Basil Mironer
Tengok tapi tak ingat.
Tengok tapi tak ingat.
WANT MALAYSIA oleh Mamat Khalid
DVD filem ini tak boleh main kalau tak silap.
DVD filem ini tak boleh main kalau tak silap.
SEPI SEORANG ABDILLAH oleh Vovinski Annuar
Dalam filem pendek ini Pipiyapong ada membelek-belek sebuah blog. Blog itu adalah blog ini, yang menjadikan mini doku ini sebagai filem pendek terbaik pada malam itu. Secara ilmiahnya doku ini membawa pendekatan kontemporari pasca moden, di mana subjek temubual menyuarakan filem ini, manakala subjek utama mengaksikan kehidupan sehariannya. Tiada lagi kaedah narator bersuara yang sudah lapuk. Ianya sebuah doku ringan yang kena dengan skala Maskara ini.
Dalam filem pendek ini Pipiyapong ada membelek-belek sebuah blog. Blog itu adalah blog ini, yang menjadikan mini doku ini sebagai filem pendek terbaik pada malam itu. Secara ilmiahnya doku ini membawa pendekatan kontemporari pasca moden, di mana subjek temubual menyuarakan filem ini, manakala subjek utama mengaksikan kehidupan sehariannya. Tiada lagi kaedah narator bersuara yang sudah lapuk. Ianya sebuah doku ringan yang kena dengan skala Maskara ini.
NASI LEMAK 1.20 SEN YANG MARVELLOUS & FRINGETOWN oleh Rozinor Razali
Aku ke tandas semasa Nasi Lemak 1.20 Sen Yang Marvellous. Bagi Fringetown aku tidak begitu nampak apa yang tertera pada poster yang dibuka oleh koboi-koboi itu, yang aku syak penting kepada penceritaannya.
Aku ke tandas semasa Nasi Lemak 1.20 Sen Yang Marvellous. Bagi Fringetown aku tidak begitu nampak apa yang tertera pada poster yang dibuka oleh koboi-koboi itu, yang aku syak penting kepada penceritaannya.
MR. AND MRS. BBM oleh CST PRODUCTION
Serius aku betul-betul terlupa yang ini.
Serius aku betul-betul terlupa yang ini.
MY FATHER & HIS CELLULOID oleh Daven R.
Yang ini pun.
Yang ini pun.
FIGHTING FIT oleh Sulaiman Salamon
Sebuah filem pendek 'Singapura' yang persis to the point dengan perlaksanaan dialog yang berkesan.
SUNRISE oleh Platon Theodoris
Yang ini pun tak ingat.
PEMANDU PELENCONG oleh Tok Rimau & Jimbo Tiram
Yang ini ingat, tapi tak minat, macam mana tu?
SUJUD oleh Muhammad Rahimi
Persoalannya mudah, siapa yang lebih khusyuk semasa bersujud, yang tidur atau yang sembahyang?
BABI ITU KHINZIR oleh Faiq Khalifa
Sketch komedi a la P.Ramlee, sekurang-kurangnya.
PERT.A.M.A oleh Halimi Hassan
Ini kali yang ke-20 aku layan filem ini, cuma pada Maskara ini, ia adalah yang paling berkesan buat aku. Kepudaran warna pada skrin barangkali membuatkan aku larut ke dalam dunia cinta pertama mereka.
MAMAT oleh Ajami
Ajami harus terus menghasilkan doku-doku penting kecil tapi besar sebegini.
PETRA BOND oleh Chin Yew
Sebuah filem pendek korporat yang sedikit lari daripada konteks acara. Walau bagaimanapun ia ternyata 'menghiburkan' dengan persekitaran pejabat yang begitu asing buat aku.
UNTITLED (Rumah Ares/Racun) oleh Ares Bahar
Racun (Klorok sebenar) merujuk kepada 'perempuan' yang akan mempermainkan lelaki di dalam komedi patriaki santai ini sebagai respon terhadap rancangan-rancangan dan filem-filem feminisme seperti 3R, Pisau Cukur dan seumpamanya.
PENUMPANG oleh Alhafiz Burhanuddin
Ini adalah filem yang paling anti-audien pada malam itu. Dengan filem tidak berdialog ini, ramai audien yang terseksa mula berdikari meletakkan dialog sendiri seperti, "apekebenda ni? tak faham, apa ni? dah agak dah, aik? dll." Mungkin hanya ada beberapa kerat sahaja yang larat larut ke dalam filem ini. Filem ini adalah mengenai keterasingan hubungan anak bapak yang tidak bercakap sepatah walaupun hanya berdua di dalam teksi.
HENNIE oleh Ethan Page
Filem surreal ini seadanya mengujakan dengan bunyi gosokan gigi yang menyeramkan itu.
THE FOREST SPIRITS oleh Ting Tzu Kiong
Pengulangan epik Cina lama dengan produksi yang mantap. Jika mise-en-scene warna pakaian a la Zhang Yimou diterapkan, pasti ia lebih tampak bergaya. Tapi bila fikir balik, yang seadanya pun sudah ok. Tahniah!
Ridhwan Saidi
p/s: Ulasan rajin: Review-Filem
SUNRISE oleh Platon Theodoris
Yang ini pun tak ingat.
PEMANDU PELENCONG oleh Tok Rimau & Jimbo Tiram
Yang ini ingat, tapi tak minat, macam mana tu?
SUJUD oleh Muhammad Rahimi
Persoalannya mudah, siapa yang lebih khusyuk semasa bersujud, yang tidur atau yang sembahyang?
BABI ITU KHINZIR oleh Faiq Khalifa
Sketch komedi a la P.Ramlee, sekurang-kurangnya.
PERT.A.M.A oleh Halimi Hassan
Ini kali yang ke-20 aku layan filem ini, cuma pada Maskara ini, ia adalah yang paling berkesan buat aku. Kepudaran warna pada skrin barangkali membuatkan aku larut ke dalam dunia cinta pertama mereka.
MAMAT oleh Ajami
Ajami harus terus menghasilkan doku-doku penting kecil tapi besar sebegini.
PETRA BOND oleh Chin Yew
Sebuah filem pendek korporat yang sedikit lari daripada konteks acara. Walau bagaimanapun ia ternyata 'menghiburkan' dengan persekitaran pejabat yang begitu asing buat aku.
UNTITLED (Rumah Ares/Racun) oleh Ares Bahar
Racun (Klorok sebenar) merujuk kepada 'perempuan' yang akan mempermainkan lelaki di dalam komedi patriaki santai ini sebagai respon terhadap rancangan-rancangan dan filem-filem feminisme seperti 3R, Pisau Cukur dan seumpamanya.
PENUMPANG oleh Alhafiz Burhanuddin
Ini adalah filem yang paling anti-audien pada malam itu. Dengan filem tidak berdialog ini, ramai audien yang terseksa mula berdikari meletakkan dialog sendiri seperti, "apekebenda ni? tak faham, apa ni? dah agak dah, aik? dll." Mungkin hanya ada beberapa kerat sahaja yang larat larut ke dalam filem ini. Filem ini adalah mengenai keterasingan hubungan anak bapak yang tidak bercakap sepatah walaupun hanya berdua di dalam teksi.
HENNIE oleh Ethan Page
Filem surreal ini seadanya mengujakan dengan bunyi gosokan gigi yang menyeramkan itu.
THE FOREST SPIRITS oleh Ting Tzu Kiong
Pengulangan epik Cina lama dengan produksi yang mantap. Jika mise-en-scene warna pakaian a la Zhang Yimou diterapkan, pasti ia lebih tampak bergaya. Tapi bila fikir balik, yang seadanya pun sudah ok. Tahniah!
Ridhwan Saidi
p/s: Ulasan rajin: Review-Filem
Selasa, Ogos 03, 2010
I, Too, Am Blogger
Ini pula adalah respon spontan kepada entri Mapieceofart yang saya percaya ditujukan kepada saya, yang menganggap saya pathetic selepas "condemn" Dilema Panggung (2010). Katanya kritikan yang baik perlu neutral, balanced and positive. Bukan bias, destructive, ataupun brag.
It is my friends you're talking about, buddy. You have no idea how much they sacrificed and worked hard for it. And that critic, was way far too much to be constructive. Don't think of a compliment, it sucks.
Pertama sekali saya tahu bentuk kritikan ilmiah macam mana, saya ada belajar ini. Kedua ini adalah blog, ia sepatutnya expresif. Bukan sekadar fokus kepada subjek semata-mata, saya bedal semua 1. subjek, 2. penulis dan 3. pembaca sekaligus. Bagi saya lebih baik patah balik kepada fungsi kritikan secara menyeluruh iaitu mencari KEBENARAN.
Contoh mudah, kalau masakan ibu kita tak sedap, kemudian kita cakap sedap, ini bukan kebenaran. Kita sepatutnya cakap tak sedap pasal kurang garam ke apa. Kenapa perlu menipu semata-mata untuk menjaga hubungan politik kekeluargaan? Atau dalam konteks DP, mahu menjaga hubungan politik kawan. Bila politik dimasukkan ke dalam kritikan, semestinya ia korup.
Ketiga, Ada sesuatu yang tidak betul dengan kritikan "baik" Mapieceofart. Bagaimana neutral dan balanced boleh sekali dengan positive? Sedangkan positive, takkan balanced & neutral tanpa negative? Ini bukan nak mencari kesalahan atau berlagak tetapi benda ini bagi saya tidak logik. Atau patutkan saya letakkan smiley di setiap hujung ayat bagi menunjukkan bahawa tulisan saya ini tak perlu diambil serius :-)
Berkenaan tidak boleh bias pula, bak kata Amir Muhammad, "kalau semua orang tak bias, dunia ini pasti membosankan." Semuanya di situ.
Sejujurnya saya sebenarnya tak berminat mengulas DP, tetapi pasal mengenangkan tentang 'suara kedua' Fadz, saya tulis juga (mana tau kot-kot ada orang cari filem ini, secara sedar saya tengah menyokong filem ini). Dan saya percaya ianya bukan sepenuhnya satu bentuk condemnation. Saya menggunakan gaya bahasa Melayu + Inggeris bukan sebab suka-suka, tapi sebab mengajuk perbualan yang ada di dalam filem DP. Selain itu saya banyak mengajuk atau counter tulisan DP di Utusan dan kata-kata pembikinnya. Kalau tulisan saya itu seperti berlagak, maknanya sumbernya juga ada unsur-unsur keberlagakan (semangat intertekstualiti beb!).
Saya rasa saya bukan mencari kesalahan, sebaliknya saya menyatakan dan mengekspreskan apa yang saya rasa tidak betul. Saya tak kuasa nak cari pasal sebab saya tak mahu kawan baru. Kepada yang merasakan esei saya itu berlandaskan perasaan kebencian atau kemarahan, sila baca dan tonton DP terlebih dahulu. Benda-benda yang saya tulis ada di depan muka, bukan perkara-perkara yang deep belaka. Semestinya juga saya tidak akan menulis constructive criticism sebab saya bukan seorang jururawat.
"You have no idea how much they sacrificed and worked hard for it."
Effort adalah di antara perkara yang saya paling pantang sekali. Ini akan diwacanakan di dalam esei lain, lol.
All in all, jika sesiapa yang terasa resah selepas membaca esei saya itu, maknanya saya (kononnya) telah berjaya. Filem thriller sepatutnya meresahkan daripada mula sampai habis, terduduk di hujung kerusi bak kata orang putih, berdebar-debar, baru 'benar' hehe.
Ridhwan Saidi
p/s: :-)
p/s: :-)
Isnin, Ogos 02, 2010
Kenapa Teater Bangsawan Tiada Nilai Komersial?
Ini adalah respon spontan kepada entri Vitamin berkenaan nilai-nilai komersial dalam teater bangsawan. Selaku seorang yang tak pernah melihat teater bangsawan, ini bukan nak melawan, tapi sebagai medan untuk kita sama-sama belajar. Esei panjang Vitamin itu adalah respon kepada sepotong ayat saya iaitu, "teater bangsawan tiada nilai komersial" lol.
Melalui tulisan Vitamin baru saya sedari yang teater bangsawan ini bentuk dan isinya pro-komersial. Tujuannya adalah untuk menghiburkan orang ramai, ya kita faham. Tetapi saya percaya walau telus mana pun kekomersialan teater bangsawan sebagai bentuk dan isi, akhirnya NILAI komersial bergantung kepada penggunanya iaitu audiens.
Biar saya kemukakan dalil-dalil saya pula kenapa teater bangsawan tidak punya nilai komersial pada masa kini. Saya bercakap dalam konteks terkini kerana ia asalnya berkenaan filem Dilema Panggung (2010).
Seperti yang saya tulis tadi, 'nilai' komersial bergantung kepada 'audiens'nya. Siapakah audiens mereka ini? Sebelum merdeka, golongan kelas menengah belum wujud, oleh kerana itu hiburan "berkilau-kilau" diperlukan oleh mereka yang pada ketika itu bertani. Sekali sekala mereka perlukan hiburan eskapis yang dimobilkan oleh Tauke Panggung ke kampung-kampung.
Kini selepas merdeka, golongan kelas menengah mula berfungsi sebagai pengguna/konsumer utama. Golongan kelas menengah tidak sama seperti masyarakat tani. Mereka ada kebebasan untuk memilih hiburan jenis apa yang mereka mahu. Bukan lagi hiburan cari audiens, kini audiens yang cari hiburan. Ia lebih terbuka (lebih-lebih lagi di era globalisasi ini) dan dalam masa yang sama, konsumer (model baru) ini saya sedari tidak lagi ambil peduli tentang teater bangsawan. Saya percaya 99.9% rakyat Malaysia zaman ini tidak tahu tentang teater bangsawan. Logiknya masih adakah orang yang 'terhibur' menonton teater bangsawan, kini? Main Facebook lagi terhibur kot.
Ini ada sedikit kaitan dengan PGL yang diklaim Vitamin sebagai bangsawan versi baharu. Bagi saya PGL tak ubah seperti Laksa Shack, 1901, JusMate5 dll. Ianya adalah satu bentuk PENJENAMAAN. Yang punya nilai komersial adalah jenama "PGL" itu, bukan teater bangsawan sebagai bentuk dan isi. Ini berbeza dengan muzik indie, ia wujud sebagai bentuk dan isi, jenama-jenamanya seperti kugiran Hujan yang berpayung di bawah.
Ridhwan Saidi
Jumaat, Julai 30, 2010
Dilema Panggung (2010)
Satu-satunya perkara baik yang saya perasan daripada filem Dilema Panggung ini adalah look filem ini yang saya rasakan sesuai ditayangkan di kaca televisyen. Saya jarang-jarang tonton televisyen (entahlah) tapi yang pasti, jika filem ini dipancarkan pada layar melalui projektor, it's not worth it. Nilai sinematiknya sifar, unlike Aku, Dia dan Tong Sampah yang sekurang-kurangnya ada dua atau tiga frame imej yang mempunyai kualiti sinema, yang ini tidak.
Masalah terbesar yang dihadapi oleh filem ini adalah susunan bagaimana ia digarap. Serius filem ini nampak seperti ada hujung dan pangkal, tetapi sebenarnya takde hujung dan pangkal pun. Sepanjang filem ini berlangsung, saya (dan saya syak semua audiens kecuali mereka yang terlibat) tak dapat engage dengan filem ini, karakter-karakter diperkenalkan secara semberono, tempo filem 'thriller' ini tidak dikawal, malah filem ini tidak bernafas. Filem genre thriller seharusnya memanipulasi nafas audiens, jika tidak saya hanya mampu gelak setiap kali karakter manusia bertopeng lakonan Sofi Jikan itu muncul, lawak gila.
Dengan susunan yang maha terrible ini, pelakon-pelakon berbakat yang ada potensi untuk pergi jauh for god's sake kelihatan seperti badut. Samada susunan ini berlaku semasa suntingan atau lakonlayar itu saya tidak mahu ambil tahu. Jika TMBF pakar filem genre tengok filem ini, sah kena sumpah seranah, jika Fadz & geng pakar filem seram tengok filem ini sah kena hambur.
Filem ini diklaim oleh pembikinnya sebagai jenis filem pertama di Malaysia ("Belum ada lagi filem macam Dilema Panggung ini kat Malaysia"), filem yang diwar-warkan membawa dimensi baru. I don't get it, tak faham. Filem ini berlandaskan skema Blok 404 dengan sedikit sentuhan Gadoh (Mislina sebagai cikgu beri kata-kata semangat kepada anak murid tu), cuma kedua-dua filem ini (Blok 404 & Gadoh) stay true kepada formula genre. Ia takkan jadi filem yang hebat tapi sekurang-kurangnya ok, ianya mesra audiens. Berbeza dengan filem Dilema Panggung ini yang diklaim oleh Yusof Haslam sebagai filem seni. "This is art film" bak katanya seraya menceritakan hal ehwal Syamsul.
Filem ini adalah sebuah filem yang keliru, sebagai filem seni ianya kantoi, tiada apa yang seninya. Filem ini sebenarnya lebih berkiblatkan genre thriller yang komersial. Cuma mereka tidak faham makna 'nilai'. Komersialisme ada nilai, seni pun ada nilai, semestinya dua-duanya dinilai dalam bentuk yang berbeza. Dalam kes ini, perletakan nilai mereka kepada komersialisme begitu juling. Ketika sesi diskusi mereka labelkan pelakon seperti Mislina, Sofi Jikan dan Aziz Satar sebagai 'komersial'. Kemudian mereka menambah bahawa filem ini juga mempunyai unsur-unsur teater bangsawan yang juga komersial. Err... pelakon-pelakon tersebut dan teater bangsawan tiada nilai komersial dik. Perkara yang fundamental ini pun sudah salah, apatah lagi garapan yang mereka sangka 'komersial' tadi, iaitu satu bentuk kenaifan yang berlarutan.
Reviu: Utusan
Ridhwan Saidi
Filem ini adalah sebuah filem yang keliru, sebagai filem seni ianya kantoi, tiada apa yang seninya. Filem ini sebenarnya lebih berkiblatkan genre thriller yang komersial. Cuma mereka tidak faham makna 'nilai'. Komersialisme ada nilai, seni pun ada nilai, semestinya dua-duanya dinilai dalam bentuk yang berbeza. Dalam kes ini, perletakan nilai mereka kepada komersialisme begitu juling. Ketika sesi diskusi mereka labelkan pelakon seperti Mislina, Sofi Jikan dan Aziz Satar sebagai 'komersial'. Kemudian mereka menambah bahawa filem ini juga mempunyai unsur-unsur teater bangsawan yang juga komersial. Err... pelakon-pelakon tersebut dan teater bangsawan tiada nilai komersial dik. Perkara yang fundamental ini pun sudah salah, apatah lagi garapan yang mereka sangka 'komersial' tadi, iaitu satu bentuk kenaifan yang berlarutan.
Reviu: Utusan
Ridhwan Saidi
Ahad, Julai 25, 2010
Sita Sings the Blues (2008)
Empat lapisan mimpi di dalam filem Inception (2010) amat memalukan jika mahu dibandingkan dengan empat lapisan keadaan yang dipaparkan di dalam Sita Sings the Blues oleh Nina Paley. Gaya dan naratifnya cukup seronok untuk dilayan (walaupun ianya sekadar animasi 2D). Kita diberikan 1. Kisah Ramayana dalam bentuk lukisan Rajput, 2. Wacana tentang Ramayanana (teks lama) oleh patung-patung wayang kulit (yang berfikiran moden), 3. Muzikal Ramayana dengan grafik vektor (dengan suara Sita - Nina Simone - seseksi Betty Boop), dan 4. Kisah kontemporari animator (Nina) dan suaminya dengan teknik Squigglevision. Kebanyakannya menggunakan perisian Flash, dan setiap teknik kena dengan naratif, form = content. Selain itu terdapat satu babak tarian dengan teknik rotoskop yang begitu mengujakan. Semasa filem Wayang (2008) keluar saya mengharapkan permainan naratif yang seperti ini, sebaliknya minah dari US ini yang telah memenuhi nafsu sinema saya. Saya pernah menonton animasi pendek Nina bertajuk 'Fetch' dan saya suspek Nina Paley ada memegang tema yang konsisten – ilusi realiti, bayang dalam bayang. Bagi saya Nina adalah auteur jenis baru yang progresif, bergrada depan, tidak seperti old-fashioned fascist-minded auteur yang dah lapuk ditelan zaman. Pengedar bagi filem ini adalah internet – model bisnes lama sudah gagal, ianya tak lagi relevan di abad ke-21 ini.
Ridhwan Saidi
Jumaat, Julai 23, 2010
Buddha Collapse Out of Shame (2007)
Filem ini mengingatkan saya kepada Taste of Cherry (1998) oleh Abbas Kiarostami yang diklaim Jean-Luc Godard sebagai sinema terakhir (sinema telah mati selepas itu). Ianya pengembaraan sehari seorang budak comel setinggi tombol pintu berjiwa bebas yang mahu belajar dengan buku serta lipstik emaknya sebagai pen, seterusnya bertemu dengan budak-budak lelaki 'Taliban'. Elemen keganasan dalam filem ini sangat true, lebih hebat dari aksi plastik Michael Bay dalam filem Inception (2010). Jikalau mahu dibandingkan dengan siri TV Tower 13 yang diklaim Fadz sebagai awesome pula, betapa kebudak-budakannya siri TV arahan Khabir Bhatia itu jika dibandingkan dengan filem dewasa ini yang diarahkan oleh Hana Makhmalbaf yang berusia 18 tahun (ketika penggambaran). Khusus buat mereka yang sudah muak, lali, bosan dengan filem genre atau kepada yang belum pernah menonton filem-filem Iran, filem ini adalah permulaan yang baik. The Song of Sparrows (2008) oleh Majid Majidi yang telah ditayangkan di Pancha Delima semalam, juga merupakan satu filem permulaan yang baik.
Ridhwan Saidi
Isnin, Julai 19, 2010
Inception dan Sinema Teka-teki
Filem Inception (2010) oleh Christopher Nolan ini bagi saya serupa tahap film Inglourious Basterds (2009) oleh Quentin Tarantino. Selaku auteur, ini werk yang mereka tapai bertahun-tahun lamanya – skrip diolah berkali-kali sehingga sempurna yang sekaligus menjadikannya bersifat peribadi (yang membuatkan filem-filem sebelum ini sebagai sesi latihan semata-mata). Keperibadian ini yang selalunya sukar diakses oleh audiens massa, tetapi dewasa ini, ia turut diraikan oleh warga umum.
Leonardo DiCaprio yang menerajui filem ini anehnya turut menerajui sebuah filem lain dari auteur Amerika dalam tahun yang sama iaitu Shutter Island (2010) oleh Martin Scorsese. Scorsese cuba patah balik kepada Hitchcock dan boleh kita simpulkan bahawa filem Shutter Island ini konservatif sifatnya, manakala mamat London si Nolan ini pula begitu progresif dengan Inception-nya.
Seperkara yang saya perasan, walaupun filem ini berkenaan mimpi dalam mimpi dalam mimpi dan seterusnya (tanpa dasar), tetapi kaitannya dengan realiti/dunia empirikal pelakon-pelakon utama dalam filem ini terpancar jelas. Dan inilah yang membuatkan filem ini menarik. Konteksnya open-ended. Lagu Non, Je Ne Regrette Rien oleh Edith Piaf yang dimainkan dalam filem ini bertaut (secara bawah sedar) dengan Marion Cotillard yang menerajui La Vie en Rose (2007). Ketika Mal mahu bunuh diri terjun daripada bangunan tinggi, dia ajak Cobb (DiCaprio) untuk terjun bersama, serius ini bertaut dengan filem Titanic – babak ‘you jump I jump’. Cuma kali ini DiCaprio tak terjun, lol. Kissing scene dalam filem ini juga antara yang paling comel pernah saya tengok. Mamat dan minah indie-flick Joseph Gordon-Levitt dan Ellen Page tiba-tiba bercumbu tanpa alasan yang kukuh di dalam filem surreal heist thriller ini, karakter serius yang mereka bawa dari mula tiba-tiba secara bawah sedar mengingatkan kita kepada filem ‘budak-budak’ seperti (500) Days of Summer (2009), Juno (2007) dll. lakonan mereka berdua. Nolan bermain dengan collective unconscious audiens, no kidding.
Syot pertama di mana Cobb terdampar di tepi pantai dalam air yang berombak sudah menyimpulkan filem ini tentang apa. Lautan adalah metafora kepada collective unconscious bak kata Carl Jung dan dalam filem ini ia terletak di lapisan ke-empat yang dipanggil limbo (kalau tak silap). Lapisan keempat ini juga saya rasa tidak boleh diambil secara literal, saya suspek struktur naratif filem Chistopher Nolan ini berteka-teki ibarat soalan IQ Mensa. Tapi dalam masa yang sama saya juga syak ia bukanlah satu teka-teki sebab si Nolan ini mamat British – yang secara stereotaip, selalunya lebih straight to the point (walau kompleks mana sekalipun – kalau nak dibandingkan dengan orang Melayu dengan Hikayat Merong Mahawangsa misalnya). Rasionalnya Nolan (dan pemikiran British) ini terbukti dengan pemilihan jalan ‘psikoanalisis’ dan bukannya jalan ‘sufi’ (yang ada empat tahap juga: syariat, tarikat, hakikat, makrifat) atau lain-lain yang lebih free.
Selain pemahaman kita terhadap mimpi, matematik, senibina, Maya Deren, David Lynch, Carl Jung, Sigmund Freud dll., pemahaman kita terhadap werk-werk terdahulu Christopher Nolan seperti Doodlebug (1997) dan Memento (2000) juga memekarkan apresiasi kita terhadap filem Inception ini. Kedua-dua filem yang saya sebut ini ada pertalian terus dengan Inception, bermain dengan thought & sense sekaligus. Senang kata kena fikir dan rasa serentak, ini paling berkesan dalam Memento (yang saya tonton dua hari lepas dalam gelap pakai projektor).
Seperkara yang saya cukup berminat dengan Nolan adalah nilai kesenibinaannya dalam filem. Yang membezakan senibina (architecture) dengan cabang seni lain adalah betapa ia berdiri di antara seni dan sains, di antara skulptor dan kejuruteraan. Ini serius terpancar pada struktur naratifnya, ianya digarap seolah-olah ia seperti sebuah bangunan (bagi saya-lah). Malah kalau dilihat citarasa senibina di dalam filemnya, not bad bagi seorang Inggeris.
Ah ya mimpi Eames itu serius mengingatkan saya kepada permainan video PSX Metal Gear Solid oleh Hideo Kojima. Yang ini, saya tak tahu macam mana nak relate.
Ridhwan Saidi
p/s: Kalau nak layan mimpi/psikoanalisis dalam erti kata sebenar saya syorkan Meshes of the Afternoon (1943).
p/s: Kalau nak layan mimpi/psikoanalisis dalam erti kata sebenar saya syorkan Meshes of the Afternoon (1943).
Langgan:
Catatan (Atom)






















