Khamis, Oktober 09, 2014

Prosa dan Foto yang Sinematik

NYC, foto dari flickr Kevin Xu

Nama blog ini Binfilem sebab saya suka filem. Salah satu perasaan yang buat saya tertarik dengan filem ialah rasa sinematik. Ia tiada kaitan dengan intelek. Kita cuma tahu.

Baru-baru ini saya dapati fotografi juga boleh sinematik. Prosa juga boleh sinematik. Saya percaya Stereo Genmai sinematik. Begitu juga Mautopia. Prosa-prosa dan foto-foto orang yang saya gemar kadang-kala sinematik. Ia tiada kaitan samada ia bagus atau tidak. Boleh jadi kita resah kerana ia pinjam alami medium lain. Tapi takpe kot.

Ridhwan Saidi
P/S: Antara filem terakhir saya tonton dan super duper sinematik berjudul Upstream Color.