Sabtu, Disember 24, 2011

Filpen-Filpen Binfilem



Sinopsis:

AH LONG (2008)
Seutas tali pinggang bergerak menjerut leher seorang manusia.

CEKIK (2008)
Tangan yang melukis gambar tangan mengejar kaki untuk dicekik.

LINTAS TAK TERPUTUS (2008)
Video roadtrip ke rumah Jimmy.

KAKI LIMA (2009)
Si rabun menjerut leher si celik menggunakan tali leher, kemudian memimpin si buta.

ANAK BUMI (2009)
Dua jasad larut bersatu berputar berlatarkan tanah dan langit.

MAUTOPIA (2009)
Seorang pemandu dilanggar dan dirompak, kemudian merompak dan melanggar, diri sendiri.

PEREMPUAN, HANTU, SKANDAL (2010)
Seorang wartawan menemubual hantu bukit, mambang air, jembalang angin dan jin tanah mengenai kes pembunuhan wartawan tersebut.

CINTA COKELAT (2010)
Kisah perhubungan seorang gadis dengan seorang gadis dengan seorang gadis, di sebuah restoran koboi.

ARKED & KRETEK (2011)
Empat orang pelajar ponteng sekolah menonton filem porno, kemudian mendengar azan berkumandang bersama.

BROGA RENDEZVOUS (2011)
Sepasang kekasih sesat dalam perjalanan kembali ke tempat pertama mereka bercumbu, manakala seorang guru menangisi pemergian skandal pelajar kesayangannya.

KASTURI (2011)
Kisah sebelum tidur seorang ibu kepada tiga anak perempuannya.


Ridhwan Saidi

Selasa, Disember 20, 2011

Semua Itu

Suatu ketika sewaktu saya masih kecil saya menerima sebuah hadiah berbentuk lori simen mainan. Ia diperbuat daripada kayu kecuali gandar—roda—yang, seingat saya ialah batang besi panjang. Saya sembilan puluh peratus yakin ia hadiah hari Natal. Saya suka ia sepertimana seorang budak lelaki baya itu menyukai mainan lori angkat barang, ambulans, traktor-treler, dan apa sahaja. Ada budak lelaki suka keretapi dan ada budak lelaki suka kenderaan—saya jenis yang kemudian.

Ia adalah ('ia' bermaksud lori simen tersebut) sama besar dengan miniatur yang telah dibesarkan sepertimana kenderaan mainan lain—lebih kurang sebesar peti roti. Ia seberat tiga atau empat paun. Ia tidak lebih daripada sekadar mainan—tanpa bateri. Ia mempunyai tali berwarna, dengan pemegang berwarna kuning, dan kamu pegang pemegang itu dan berjalan menarik lori simen itu di belakang kamu—seperti wagon, meski pun saiz ia jauh mendekati saiz wagon sebenar. Untuk hari Natal, saya pasti saya ingat. Ia berlaku ketika usia saya apabila kamu boleh kata, mendengar ‘bisikan’ tanpa perlu risau bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan diri kamu. Saya dengar ‘bisikan’ setiap masa sewaktu kecil. Saya samada lima atau enam tahun, saya rasa. (Saya tidak begitu mahir dengan nombor.)

Saya suka lori simen itu dan bermain dengan ia lebih banyak daripada saya bermain dengan kenderaan mainan lain yang saya miliki. Sehingga satu tahap, beberapa minggu atau bulan selepas hari Natal, bagaimanapun, ibubapa kandung saya membuatkan saya percaya bahawa lori simen itu mempunyai kuasa magik dan/atau luar biasa. Kemungkinan ibu beritahu saya dalam keadaan kedewasaan yang bosan atau bermain-main, dan kemudian abah pulang dari kerja dan turut serta, juga dengan gaya main-main. Magik itu—yang ibu beritahu saya sewaktu dia sedang duduk di atas sofa ruang tamu, ketika sedang melihat saya menarik lori simen tersebut ke sekeliling bilik menggunakan tali, dengan santai bertanya saya jika saya sedar yang ia mempunyai elemen magik, tanpa sangsi menjadikan saya ibarat sukan dengan cara setengah-kejam dan bosan seorang dewasa kadang-kala lakukan terhadap budak kecil, bermain-main beritahu mereka perkara yang mereka turunkan kepada mereka sebagai 'kisah dongeng' atau 'berdayacipta kanak-kanak,' tanpa menyedari kesan yang bakal (sebab magik ialah realiti yang serius untuk kanak-kanak), meski pun, sebaliknya, jikalau ibubapa saya percaya yang magik lori simen itu benar, Saya tidak faham mengapa mereka tunggu berminggu-minggu atau berbulan-bulan sebelum beritahu saya tentang perkara tersebut. Ia sangat menyeronokkan tetapi lebih kerap menjadi tanda tanya kepada saya; saya tidak lagi tahu fikiran dan motif mereka lebih daripada sebatang pensil tahu ia digunakan sebagai apa. Sekarang saya di dalam kesangsian. 'Magik' tersebut iaitu, tanpa pengetahuan saya, ketika saya sedang gembira menarik lori simen itu di belakang, silinder atau dram pembancuh simen itu—benda alah itu, pada sebuah lori simen sebenar, membancuh simen; saya tidak tahu nama sebenar untuk ia—berputar, berpusing dan berpusing pada paksi horizontal, sepertimana dram pada lori simen sebenar lakukan. Ia lakukan ini, kata ibu, hanya apabila lori itu ditarik oleh saya dan hanya itu, dia menekankan, ketika saya tidak melihat. Dia mendesak pada bahagian ini, dan abah kemudian menyokong: magiknya bukan sahaja dram yang diperbuat daripada kayu pejal tanpa bateri itu berputar tetapi ia bergerak hanya apabila tidak dilihat, berhenti apabila dilihat. Jika, ketika ditarik, saya pusing dan lihat, ibubapa saya masih kekal serius, dram itu secara magikalnya akan menghentikan putaran. Bagaimanakah ini? Saya tidak pernah, malah sesaat, sangsi dengan apa yang mereka beritahu saya. Inilah sebab mengapa orang dewasa dan malah ibubapa boleh, tanpa deria humor, menjadi kejam: mereka tidak boleh membayangkan ketidakwujudan rasa sangsi. Mereka telah lupa.

Poinnya adalah bulan-bulan telah berlalu digunakan oleh saya cuba mencari jalan melihat dram berputar itu. Bukti muncul dari apa yang telah mereka beritahu saya: memusingkan kepala saya secara terang-terangan dan tanpa sorok sentiasa menghentikan putaran dram. Saya juga pernah cuba menoleh cepat-cepat. Saya pernah cuba orang lain menarik lori simen tersebut. Saya pernah cuba memusingkan kepala secara inkrimental semasa sedang menarik ('inkrimental' bermaksud memusingkan kepala perlahan-lahan pada kadar jarum minit jam dinding). Saya pernah cuba mengintai melalui lubang kunci tatkala orang lain sedang menarik lori simen tersebut. Malah memusingkan kepala perlahan-lahan pada kadar jarum jam jam dinding. Saya tidak pernah sangsi—ia tidak berlaku kepada saya. Magiknya bahawa dram bancuhan itu sentiasa maha mengetahui. Saya pernah cuba cermin—mula-mula lori simen itu ditarik terus mengadap cermin, kemudian melalui ruang bilik dengan cermin yang mana saya dapat nampak secara nyata, kemudian melalui cermin yang tersorok dengan peluang tipis bahawa lori simen itu akan 'tahu' bahawa terdapat cermin di dalam bilik itu. Saya sangat terlibat dengan strategi-strategi saya. Saya berada di tadika dan di rumah separuh hari. Keseriusan saya mencuba tentu telah menyebabkan ibubapa saya tiada nurani derita. Abah yang masih belum menerima perlantikan tetap; kami tidak begitu kelas menengah, dan hidup di dalam rumah sewa di mana permaidaninya usang dan nipis—lori simen itu berbunyi ketika saya tarik. Saya merayu kepada ibu supaya merakamkan foto-foto tatkala ketika saya sedang menarik lori simen, memandang dengan daya ketekunan tinggi ke hadapan. Saya lekatkan pita pelekat pada bahagian dram dan berfikir bahawa jika pita itu muncul di dalam foto dan berubah tempat di dalam foto lain ini bermakna ia menjadi bukti sahih bahawa dram itu sedang berputar. (Kamera video masih belum dicipta.)

Ketika Sesi Bercakap, sebelum tidur, abah kadang-kala menceritakan saya advencer masa kecilnya. Dia, seorang intelektual, telah, menurut ceritanya, jenis kanak-kanak yang membuat perangkap untuk Pari-Pari Gigi (susunan tin-tin berbentuk piramid di pintu dan tingkap-tingkap biliknya, diikat dengan benang dari jari ke giginya di bawah bantal supaya dia terjaga apabila Pari-Pari itu cuba mengambil gigi) dan lain-lain tokoh—bukan cerita atau lagu—dengan ibubapa ketika saya sedang berselimut di atas katil. Empat malam setiap minggu Sesi Bercakap dengan ibu dan tiga malam bersama abah. Mereka sangat terancang tentang hal itu.) Saya telah, pada usia itu, tidak biasa dengan Matthew 4:7, dan abah, seorang ateis tegar, tidak mungkin merujuk kepada Matthew 4:7 atau menggunakan kisah perangkap sia-sia kanak-kanaknya sebagai perumpamaan atau nasihat melawan percubaan saya cuba untuk 'menguji' atau 'menewaskan' magik lori simen tersebut. Di tinjau kembali, saya percaya abah terpesona dengan percubaan saya untuk 'memerangkap' dram bancuhan itu berputar kerana dia lihat mereka sebagai bukti bahawa saya adalah secubit blok seorang mania intelektual ad-hoc pada pengesahan empirikal. Malah, tiada apa yang lebih jauh daripada kebenaran. Sebagai seorang dewasa, saya sedar mengapa saya menghabiskan masa cuba 'menangkap' putaran dram tersebut adalah kerana saya ingin mengesahkan yang saya tidak mampu. Jika saya berjaya mengakali magik itu, saya tentu telah punah. Saya tahu ini sekarang. Kisah abah tentang jerat buat Arnab Easter atau tipu daya buat Pari-Pari Gigi kerap membuatkan saya sedih, dan bila saya menangis mengingatkan hal tersebut kadang-kala ibubapa saya secara bersalah percaya bahawa saya sedang menangis kerana kekecewaan saya tidak dapat melihat putaran dram lori simen. Saya yakin ini menyebabkan mereka kesal. Malah, saya sedang menangis penuh kesedihan, membayangkan bagaimana hancurnya perasaan abah sebagai kanak-kanak jika dia telah berjaya menangkap Pari-Pari Gigi. Saya tidak, pada ketika itu, sedar bahawa inilah mengapa kisah-kisah Sesi Bercakap membuatkan saya sedih. Apa yang saya ingat perasaan yang membuak-buak untuk bertanya kepada abah satu soalan ketika dia sedang asyik menerangkan kaedah perangkap-perangkap itu, dan dalam masa yang sama suatu ketakutan besar dan menelan diri tetapi berjelaga dan asing menghalang saya daripada bertanya. Konflik di antara godaan dan ketidakupayaan saya untuk bertanya soalan (berhutang dengan ketakutan untuk pernah melihat kesakitan pada wajah merah jambu, ceria, tenang abah) membuatkan saya menangis dengan kuat pasti menyebabkan ibubapa saya—yang melihat saya sebagai esentrik dan halus—tiada sebarang rasa bersalah di atas sifat 'kejam' mereka mereka-reka magik lori simen. Di bawah pelbagai dalih, mereka belikan saya bermacam-macam pilihan mainan dan permainan pada bulan-bulan berikutnya selepas hari Natal, cuba mengalih perhatian saya daripada apa yang mereka lihat sebagai obsesi traumatik terhadap mainan lori simen dan 'magiknya.'

Mainan lori simen itu adalah sumber kepada perasaan beragama yang telah meresap masuk ke dalam hidup dewasa saya. Soalan, yang saya (sedihnya) tidak berani tanya, adalah apa yang abah ingin buat dengan Pari-Pari Gigi andai kata dia berjaya menangkap makhluk tersebut. Kemungkinan, bagaimanapun, punca lain kepada kesedihan yang saya sedari, pada takah tertentu, bahawa ibubapa saya, ketika mereka melihat saya sedang cuba merancang skema untuk melihat putaran dram bancuhan, secara menyeluruh silap tentang apa yang mereka lihat—yang mana dunia yang mereka lihat dan berasa sengsara adalah berbeza dengan dunia kanak-kanak yang saya tinggal. Saya menangis untuk mereka melebihi apa yang kami bertiga tahu pada ketika itu.

Saya, sudah tentu, tidak pernah 'tangkap' dram lori simen itu sedang berputar. (Kerangka dan sisi lori simen itu dicat dengan warna jingga terang seperti kenderaan kerja-binaan sebenar; dram itu dicat berbelang dengan warna jingga dan hijau gelap, dan saya kerap membayangkan putaran hipnotik belang-belang itu tatkala dram itu sedang berputar tanpa saya sedari. Saya patut beritahu tentang ini lebih awal, baru saya sedar.) Saya tarik lori simen itu ke sekeliling begitu banyak membuatkan ibu, selepas berputus asa mencuba dengan perasaan bersalah untuk mengalihkan pandangan saya kepada mainan lain, menghantar saya ke ruang bawah tanah dengan lori simen itu supaya rodanya tidak akan menipiskan lagi permaidani ruang tamu kami. Saya tidak pernah menemui cara untuk melihat putaran dram tanpa menghentikan putaran tersebut. Tidak pernah sekali pun terlintas di fikiran bahawa ibubapa saya hanya bermain-main. Mahu pun ia mengganggu saya yang dram berbelang itu telah digam atau dipaku kepada kerangka jingga lori simen dan tidak boleh berputar (mahu pun bergerak) dengan tangan. Itulah kuasa perkataan bernama 'magik.' Kuasa yang sama menjamin kenapa ‘bisikan’ yang saya dengar ketika kecil tidak merisaukan saya atau menyebabkan saya takut bahawa sesuatu tidak betul dengan diri saya. Dan, malah, putaran bebas daripada sesusatu yang tidak berkuasa dan terlekat dengan kuat bukan 'magik' yang menarik perhatian saya. Magiknya ia tahu untuk berhenti saat saya cuba untuk melihat ia. Magiknya adalah bagaimana ia tidak boleh, tidak pernah sekali, ditangkap atau diakali. Meski pun obsesi saya dengan mainan lori simen itu tamat menjelang hari Natal tahun depan, saya tidak pernah melupakan ia, atau perasaan di dalam dada dan bahagian tengah tubuh bila-bila atau sekali lagi, malah penglibatan dan percubaan untuk menangkap mainan magik itu bertemu dengan kegagalan—satu campuran kekecewaan hancur dan kegembiraan suci. Ini adalah tahun, pada usia lima atau enam, saya pelajari makna 'suci.' yang, seperti saya fahami, adalah sikap alami yang diambil daripada magik, fenomena yang tidak dapat disahkan, sama seperti 'hormat' dan 'taat' menjelaskan sikap yang seseorang ambil terhadap fenomena fizikal yang boleh dilihat, seperti graviti atau duit.

Antara kualiti yang membuatkan ibubapa saya melihat saya sebagai esentrik dan misterius adalah agama, untuk, tanpa apa-apa dorongan atau malah pemahaman, saya adalah anak yang beragama—bermaksud saya berminat dengan agama dan terisi dengan perasaan dan kerisauan yang kita guna perkataan 'agama' untuk gambarkan. (Saya tidak meletakkan semua ini dengan baik. Saya bukan dan tidak akan menjadi seorang intelektual. Saya tidak persis, dan subjek yang saya ingin sampaikan dan bincang melangkaui kebolehan saya. Saya sedang mencuba, walau bagaimanapun, sebaik mungkin, dan akan kembali ke sini bila-bila saya boleh menjumpai jalan untuk menerangkan apa yang saya bincang secara lebih jelas atau lebih menarik tanpa mereka-reka.) Ibubapa saya adalah intelektual dan ateis tegar, tetapi mereka bertoleransi dan berjiwa besar, dan apabila saya mula bertanya tentang soalan-soalan 'agama' dan meluahkan minat terhadap tema-tema 'agama' mereka secara bebas membenarkan saya mencari manusia-manusia beragama dengan siapa saya boleh membincangkan tentang hal tersebut, dan malah menghadiri pagi Ahad di gereja dan Bersama dengan keluarga kanak-kanak lain dari sekolah dan kawasan kejiranan kami yang beragama. Jika kamu mempertimbangkan makna biasa 'ateisme,' yang mana, seperti saya fahami, adalah seperti agama yang anti-agama, yang memuja sebab, skeptikal, intelek, bukti empirikal, anatomi manusia, dan menentukan nasib sendiri, toleransi ibubapa saya terhadap minat agama saya dan kehadiran tetap pagi Ahad dengan keluarga jiran sebelah (pada ketika abah belum mendapat perlantikan tetap, dan kami punya rumah di kawasan kejiranan kelas-menengah dengan sekolah dengan keputusan cemerlang) adalah luar biasa—tanpa sebarang penilaian, penuh rasa hormat bahawa agama itu sendiri (seperti saya lihat) cuba untuk meramaikan umatnya.

Perkara ini tidak datang kepada saya pada ketika itu; mahu pun hubungan di antara perasaan saya kepada 'magik' mainan lori simen dan, kemudian, minat mendalam dan suci saya kepada 'magik' agama menjadi jelas kepada saya sehingga setahun kemudian, apabila saya berada di tahun kedua seminari, ketika saya mengalami krisis pendewasaan pertama tentang keyakinan. Kebanyakan hubungan yang kuat dan penting dalam hidup kita adalah (pada ketika itu) halimunan kepada kita tetapi kelihatan kepada saya satu bentuk hujah menarik terhadap kesucian agama dan bukannya empirisisme skeptikal sebagai tindak balas terhadap makna kehidupan. Adalah sukar untuk berada di atas 'landasan' perasaan mengenai perbincangan ini dalam tertib, yang logikal. Antara orang dewasa ibubapa saya benarkan untuk saya bertemu dengan soalan-soalan dan masalah-masalah agama termasuk guru, seorang profesor agama yang mana abah kenal dan hormat dari jawatankuasa antara jabatan universiti di mana mereka bekerja bersama, dan bapa dan ibu keluarga rumah sebelah, yang kedua-duanya paderi (sejenis elit yang diletakkan menteri) di gereja dua blok dari rumah kami. Saya akan melepaskan deskripsi tentang masalah, persoalan, dan tema yang ibubapa saya benarkan untuk berbincang dengan manusia dewasa beragama tadi; mereka sepenuhnya bukan luar biasa dan sejagat dan biasa, jenis soalan-soalan yang setiap orang akan akhirnya bertemu dalam masa yang tersendiri dan dengan cara yang tersendiri.

Sogokan minat beragama saya ada kaitan dengan kekerapan dan tempoh matang ‘bisikan’ yang saya kerap dengar sewaktu saya kecil (bermaksud hingga usia tiga belas tahun, seperti yang saya ingat). Sebab utama kenapa saya tidak pernah terkejut mendengar bisikan itu atau risau tentang apa 'mendengar bisikan' menunjukkan ia ada kena-mengena dengan kesihatan mental kerana ‘bisikan’ ketika saya kecil dahulu (terdapat dua bisikan berlainan, masing-masing dengan nada dan keperibadian berbeza) tidak pernah bercakap mengenai apa-apa yang tidak bagus, gembira dan meyakinkan. Saya hanya akan sebut tentang bisikan ini sekali lalu, kerana kedua-dua mereka tidak secara terus penting kepada hal ini dan juga amat sukar untuk menggambarkan atau menerangkan dengan jelas kepada orang lain. Saya harus tekankan bahawa, meski pun 'buat-buat' dan 'kawan halimunan' menjadi kebiasaan sebahagian hidup kanak-kanak, bisikan ini telah—atau kedengaran kepada saya sebagai—sesuatu yang benar dan fenomena berautonomi, tidak seperti bisikan 'benar' orang dewasa dalam pengalaman saya, dan dengan adab percakapan dan loghat yang tiada dalam pengalaman waktu kecil saya telah mendedahkan saya atau mempersediakan saya dalam apa cara sekali pun untuk 'buat-buat' atau gabung dan sumber-sumber luar. (Saya sedar sekejap tadi bahawa sebab lain kenapa saya tidak mahu berbincang tentang ‘bisikan’ panjang lebar adalah kerana saya cenderung gagal untuk berhujah yang bisikan itu 'benar,' bila mana ia adalah sikap acuh tidak acuh kepada saya samada mereka benar-benar 'benar' atau tidak atau samada orang lain boleh dipaksa untuk mengaku bahawa ia bukan 'halusinasi' atau 'fantasi.' Semestinya, topik kegemaran salah satu bisikan termasuk memastikan saya bahawa hal itu bukan sesuatu yang penting samada saya percaya mereka 'benar' atau sekadar sebahagian daripada diri sendiri, sejak—seperti salah satu bisikan suka tekankan—tiada perkara di dalam dunia yang 'benar' selain saya. Perlu saya akui kadang-kala saya beranggapan—atau 'mengharapkan'—bisikan itu seperti set ibubapa yang lagi satu (bermaksud, saya fikir, yang saya sayangkan mereka dan percayakan mereka dan masih hormat atau mereka ini 'suci': pendek kata, saya tidak sepadan dengan mereka), dan masih selaku kanak-kanak: bermaksud yang saya tiada rasa sangsi bahawa mereka dan saya tinggal di dalam dunia yang sama dan bahawa mereka 'memahami' saya dalam cara seperti orang dewasa kandung tidak dapat lakukan.) (Mungkin satu sebab kenapa saya gagal untuk 'berhujah dengan' bisikan 'realiti' adalah kerana ibubapa 'benar' saya, meski pun mereka sepenuhnya bertoleransi dengan kepercayaan saya terhadap bisikan, dengan nyata melihat mereka sama seperti fantasi berupa 'kawan halimunan' yang saya sebutkan di atas.)

Apa pun, analogi terbaik untuk pengalaman mendengar 'bisikan' kanak-kanak saya adalah ia seperti berjalan-jalan dengan tukang urut peribadi, yang menghabiskan masanya memberikan kamu urut—di belakang—dan bahu (yang mana ibu kandung saya kerap lakukan setiap kali saya sakit terlentang di atas katil, menggunakan minyak urut dan bedak bayi dan juga menukarkan sarung bantal, supaya ia bersih dan sejuk; pengalaman mendengar bisikan boleh dianalogikan dengan perasaan ketika bantal ditukarkan ke bahagian yang lebih sejuk). Kadang-kala pengalaman mendengar bisikan amat menggembirakan, kadang-kala begitu banyak ia hampir terlalu menakjubkan buat saya—seperti pertama kali kamu gigit sebiji buah epal atau aiskrim yang rasanya amat lazat dan menyebabkan jus meletus di dalam mulut sehingga tiba momen yang amat menyakitkan terasa di dalam mulut dan kelenjar—terutamanya di lewat petang musim bunga dan musim panas, bila cahaya matari di siang hari berada di mana-mana dan bertukar menjadi emas dan adalah dirinya (cahaya itu, seperti jika ia dimakan) sungguh lazat sehingga ia terlalu banyak tidak tertahan, dan saya akan berbaring di atas timbunan bantal-bantal besar di ruang tamu kami dan berguling ke depan dan ke belakang di dalam kesengsaraan nikmat dan saya beritahu ibu, yang sedang membaca di sofa, yang saya berasa sungguh seronok dan penuh dan amat gembira yang saya tidak mampu menanggung ia, dan saya masih ingat dia menguncikan bibirnya, menahan untuk gelak, dan berkata dengan suara yang paling hambar bahawa dia berasa sukar untuk berasa simpati atau risau terhadap masalah ini dan yakin bahawa saya mampu selamat dengan takah kegembiraan ini, dan saya tidak perlu digegaskan ke wad kecemasan, dan pada momen itu rasa kasih dan sayang kepada jenaka kering dan rasa sayang ibu menjadi, bertimbun menimpa kegembiraan asal tadi, menjadi hebat hingga saya terpaksa menahan jeritan kegembiraan tatkala saya berguling di antara bantal-bantal dan buku-buku di atas lantai. Saya tiada idea ibu—seorang luar biasa, wanita yang penyayang—diperbuat daripada apa mempunyai seorang anak yang kadang-kala sengsara kelebihan rasa gembira; dan saya tidak tahu samada dia juga merasa perasaan yang sama. Apa pun, pengalaman benar 'bisikan' tetapi tidak terlihat dan diterangkan dan perasaan kegembiraan ia kerap menyumbang kepada rasa hormat kepada magik dan kepercayaan saya bahawa magik tidak hanya berlaku di dunia setiap hari tetapi ia juga berlaku dengan cara yang nyaman dan altruistik dan mengucapkan saya selamat. Saya bukan jenis budak yang percaya kepada 'raksasa di bawah katil' atau pontianak, atau seseorang yang perlukan lampu di waktu malam ketika tidur; sebaliknya, abah (yang secara nyata 'suka' saya dan kelainan saya) pernah sekali ketawa memberitahu ibu bahawa dia merasakan saya mengalami sejenis psikosis tidak berbahaya yang dipanggil 'antiparanoia,' yang mana membuatkan saya percaya bahawa saya adalah objek utama sebuah konspirasi kompleks dunia untuk membuatkan saya gembira sehingga tidak tertahan.

Punca spesifik yang dikenal pasti sebagai punca minat saya terhadap agama selepas minat kepada lori simen berlalu (membuatkan ibubapa saya senang hati) melibatkan sebuah filem perang tahun sembilan belas lima puluhan yang abah dan saya tonton bersama di kaca tivi di satu petang Ahad dengan langsir tertutup menghalang cahaya matari daripada membuatkan tivi hitam-dan-putih kami sukar ditonton. Menonton tivi bersama adalah salah satu aktiviti kegemaran abah dan saya (ibu benci tivi), dan kebiasaannya berlaku di atas sofa, dengan abah, yang membaca ketika iklan, duduk di hujung dan saya sedang berbaring, dengan kepala saya berbantalkan lutut abah. (Salah satu memori ingatan saya yang paling kuat ketika kecil adalah perasaan ketika lutut abah bertemu kepala saya dan saat dia bergurau meletakkan bukunya ke atas kepala saya ketika iklan ke udara.) Subjek filem yang menjadi persoalan adalah tentang Perang Dunia Pertama dan ia dibintangi seorang pelakon yang kerap dipuji untuk watak-wataknya dalam filem perang. Pada ketika ini memori saya mencapah daripada abah, sebagai bukti dengan gangguan perbualan yang kami alami ketika tahun kedua di seminari. Abah tiba-tiba teringat watak wira filem tersebut, seorang leftenan yang disayangi, mati apabila dia mencampakkan tubuhnya ke bom tangan musuh yang telah dicampak ke dalam parit platunnya ('platun' bermaksud sekumpulan askar infantri menjadi rakan-rakan seperjuangan tetap bersenjata). Menurut abah, sebuah platun kebiasaannya diketuai oleh seorang leftenan. Sebaliknya yang saya ingat wira tersebut, yang dimainkan oleh seorang pelakon yang terkenal dengan paparan konflik dan trauma, sengsara dengan kesedihan peribadi mengenai persoalan moral mengenai pembunuhan di dalam perang dan seluruh konundrum agama 'cuma perang' dan 'kematian bersebab,' dan akhirnya melalui keruntuhan psikologi sepenuhnya apabila askar-askarnya berjaya mencampak masuk sebutir bom tangan ke dalam parit musuh dan menjerit meloncat keluar (wira itu lakukan, agak awal di permulaan filem) masuk ke dalam parit musuh dan jatuh ke atas bom tangan tadi dan mati cuba menyelamatkan platun musuh, dan ia berlangsung sepanjang filem (meski pun kerap diganggu iklan ketika saya tonton) tentang perjuangan platun wira tadi untuk memahami tindakan bekas leftenan kesayangan mereka, dengan kebanyakan mereka menganggap dia sebagai pengkhianat, banyak juga yang lain merasakan keletihan berperang dan surat traumatik dari 'Stateside' yang diterima awal di dalam filem menyebabkan tindak-tanduknya di ambang kegilaan sementara, dan hanya seorang pemalu, rekrut idealistik (dimainkan oleh seorang pelakon yang saya tidak pernah lihat dalam filem-filem lain era itu) secara rahsia percaya bahawa tindakan leftenan itu membunuh diri demi musuh sebenarnya bersifat keperwiraan dan layak untuk direkodkan dan didramakan bagi generasi akan datang (si pemalu, rekrut tidak bernama itu menjadi narator, dalam 'janaan-suara' pada permulaan dan akhir filem), dan saya tidak pernah lupa filem itu (yang mana tajuknya kedua abah dan saya terlepas kerana kami tidak buka tivi awal, yang tidak sama dengan 'terlupa' tajuk, yang abah secara berjenaka merasakan apa yang kami telah lakukan) atau impak tindakan leftenan, yang saya, juga (seperti si pemalu, narator idealistik), menganggap bukan sahaja bersifat 'keperwiraan' tetapi juga indah dalam cara yang mana ia terlalu hebat ditangani, terutamanya ketika saya sedang berbaring di atas lutut abah.


David Foster Wallace
All That
terjemahan Ridhwan Saidi

Ahad, Disember 18, 2011

Berehat seketika dengan filem


Tahun 2011 adalah tahun di mana saya telah banyak menghabiskan masa menulis novel, atau secara segarnya menjadi seorang penulis novel, satu idea yang tak pernah terlintas di dalam kepala saya sewaktu saya ditanya untuk menjadi apa oleh guru sewaktu di sekolah rendah. 

Ingat lagi saya genap setahun yang lalu, di hadapan laptop yang sama, di dalam bilik yang sama, dan di dalam tubuh yang sama, saya sedang terkial-kial menaip dan tersekat di muka surat pertama. Apa yang perlu saya buat? apa kebendanya benda alah novel ini? saya tiada idea, bukan idea untuk menulis apa, tapi apa betul ke tindakan saya itu? berbakatkah saya berkat tiga tahun berblog? ia mustahil, tetapi saya teruskan juga dengan harapan satu masa nanti saya tahu novel itu apa. Buat masa sekarang, bagi saya, novel itu suatu sesuatu dengan enam puluh ribu patah perkataan dan objektif utama saya hanya satu, cecah enam puluh ribu patah dan kemudian kumpulkan kelima-lima jenis bintang di Goodreads.

Kini di dalam tahun yang sama, novel ketiga saya hampir siap. Tak sangka pula saya seagresif itu. Dalam celah-celah masa saya menyibuk ke sana sini bersastra picisan dan berpulp tinggi, secara tak sengaja saya telah menghasilkan tiga buah filem pendek: Arked dan Kretek, Broga Rendezvous, dan Kasturi (tak termasuk Sunat the Musical dan Matari Miami). Saya yang cenderung untuk tidak suka hasil kerja sendiri, jadi syok sendiri lepas beberapa ketika khayal melayan prosa. Mungkin kerana terlalu jenuh merenung tulisan, serta-merta apa-apa visual yang melayang di depan mata, menjadi satu kekaguman (atau mungkin berkat saya pandai pilih filem apa yang mahu saya tonton; filem apa yang saya tonton, biarlah rahsia). 

Ke depan ke depan ke depan, saya bermasalah dengan Kasturi bukan kerana ia tak mampu menampung visi saya meski pun berdana, melebihi itu, saya tidak senang kerana sangsi apakah tujuan utama filem pendek itu wujud, apa kebendanya eksperimen-separa yang cuba ia lakukan? berbulan-bulan saya tidak senang dari abjad pertama yang turun ke dalam skrip, dari garis pertama lakaran papan cerita, kepada saat saya hantar ia ke Finas. Saya menulis menulis dan menulis sehinggalah saya penat, dan pada ketika itu, apabila saya fikirkan kembali Kasturi saya yang tidak lengkap itu, apabila saya lihat kembali dari mula sampai akhir, saya dapati, saya dah dapat!

Kenapa teknik quasi-hologram itu diaplikasikan? apa yang cuba saya sampaikan? ianya tentang apa? semuanya terjawab tetapi bak pesan salah seorang guru saya, tak perlu beritahu dulu, tayang pun belum lagi ha ha ha.

Jadi ya saya sunting kembali Kasturi supaya kena dan padat berdiri sebagai sebuah filem pendek yang molek, sebuah filem pendek yang kenal erti kewujudannya, sesuatu yang membuatkan saya selaku seorang novelis-separa yang duk menyibuk bikin filem (atau sebaliknya) tenang. Dan momen ketenangan ini merupakan detik-detik pasca-kusut yang memberikan jutaan inspirasi, sesuatu yang kalau saya dapat genggam, sebuah novel boleh terhasil dalam sekelip mata, cewah!


Ridhwan Saidi
P/s: Entri asal telah dipadam, bermakna ini adalah entri gantian.

Isnin, Disember 05, 2011

Bedah Buku AMERIKA sempena Pesta Buku Seni Malaysia 2011


Moka Mocha Ink dengan kerjasama Merpati Jingga dan Distrobuku Sempena PESTA BUKU SENI MALAYSIA 2011 mempersembahkan BEDAH BUKU AMERIKA
https://www.facebook.com/events/282046068499717/

Panelis:

Faizah Roslaini
Muslim. Malay. Married with three kids. Love good books. Committed to read but too tired to hold a book. Was an internet addict. Self confessed TV addict. Inspired to save the earth one day but hardly recycle. Love good movies. Appreciate simple pleasures in life - food, friends, children etc.

Nazim Masnawi
I am he as you are he as you are me and we are all together.

Info lanjut novel AMERIKA:

Goodreads:

Suara-suara mereka yang dah baca novel AMERIKA:

Untuk maklumat penganjur utama, sila ke:

Isnin, November 21, 2011

Kitaran Berkat

Magiknya apa yang orang tulis, akan berlaku kemudian, macam label 'tipikal binfilem' pada CEKIK, yang pada saya tersasar, tetapi kemudian ianya semacam satu bentuk keberkatan bagi saya untuk mengerjakan novel seterusnya AMERIKA dengan satu matlamat, iaitu ia sebagai sebuah novel yang 'tipikal binfilem'. Ia seolah satu kenyataan tersirat saya kepada mereka yang konfiden habis, apakah benar kenyataan mereka itu? Ianya okay untuk konfiden bagi orang lain, tetapi saya tidak pernah sesekali konfiden, untuk menyatakan saya seorang... (isikan tempat kosong), kerana saya tidak tahu, dan orang lain juga tidak tahu, bagaimana saya boleh tahu, menjadi setahu itu untuk betul-betul yakin, saya tidak tahu, seperti jika kamu seorang Muslim, membaca kitab Quran sekali baca, kemudian konfiden habis apa yang dibaca tadi, menjadi tahu tentang segalanya, kesimpulannya terjerat pada minda kamu yang tumpul itu. Membaca buku ini,  tidak kira samada ia elok atau pun tidak, dari sastra ke pulp, boleh diagak timbang taranya, berat ringannya, dan untuk tahu berat ringan ini, perlu datang dari pengalaman, perlu rasa yang paling berat, dan perlu rasa yang paling ringan, dan dari situ barulah nikmat itu datang dengan kesedaran, dan dengan kesedaran kita faham bahawa tidak semestinya yang ringan itu tidak best dan sebaliknya, dan novel (malah filem) yang best ini berupaya membuka hal-hal yang tak disedari kewujudannya oleh si pembaca di dalam kehidupan (Malah ada yang menganggap, tanpa elemen ini sebuah novel itu menjadi tidak bermoral). Dan sewaktu saya sedang mengerjakan novel ketiga ini, punca pertama kenapa saya menulis entri ini, kitaran berkat itu berulang; novel AMERIKA banyak dikaitkan dengan sesuatu yang bersifat Kafkaesque dan bukan sahaja dalam bentuk ulasan, tetapi juga tatkala saya bersembang dengan orang. Susuk gergasi sastra moden dari Prague ini, salah seorang perawi triniti sastra moden menurut Milan Kundera, semacam terapung-apung di sekeliling saya dan secara tidak langsung, saya dapati novel ketiga saya ini Kafkaesque dalam erti kata sebenar tanpa saya sedari. Terpulang kepada mereka yang membaca kerana teks itu menjadi milik sementara mereka, tetapi bagi saya ya AMERIKA itu mungkin ada tona eksistential tetapi tidak secara spesifik Kafkaesque. Tetapi menyedari selepas menyedari hal ini, saya fikir apa kejadah dengan label-label kelihatan bijak ini? saya cuma mahu menghasilkan sesuatu yang best bwahaha!


Ridhwan Saidi

Rabu, November 16, 2011

Tentang Typo

Saya telah menghasilkan dua buah novel iaitu CEKIK dan AMERIKA dan dua-dua punya typo tetapi dalam konteks yang berbeza. Dalam CEKIK ia adalah sebahagian daripada naratif (kononnya), tetapi yang lebih menarik ingin saya kongsikan di sini, bagaimana typo-typo dalam AMERIKA muncul. Ia bukan atas lesen kreatif atau buang tabiat, tapi lebih kepada bentuk pengurusan keusahawanan ha ha.

AMERIKA adalah novel pertama yang kami terbitkan, jadi proses yang kami lalui ini pertama kali dilakukan ibarat... Di kilang percetakan, kami beri fail dalam bentuk pdf isi dan kulit dan mereka ada satu skema bacaan pruf, di mana mereka akan buat mockup. Mockup ini kami baca dan semak dan betulkan lalu beri kembali kepada pihak kilang. Kilang cetak mockup sekali lagi, kami baca dan semak dan bila puas hati kami turunkan tandatangan tanda setuju. Waktu itu saya sedari sepatutnya kami dapat copy sekali kalau apa-apa berlaku, tetapi dalam masa yang sama saya berasa terlalu seronok tak sabar nak lihat ia siap, santai dan takkanlah kilang percetakan ni buat silap dah ada pengalaman berpuluh-puluh tahun? ditambah layanan waktu kami buat bayaran pun amat memuaskan, atau mungkin nama saya yang bermaksud keredhaan meredhakan aksi tersebut.

Empat hari selepas itu AMERIKA siap dicetak dan saya dapati yang dicetak itu, fail yang sebelum dibuat pembetulan dipenuhi sengkang silap tempat. Saya redha saja dan ambil iktibar, lepas ni kalau cetak lagi (dan saya mahu cetak lagi) kena bagi fail yang sehabis final ke kilang. Saya lekas cuba baca kembali AMERIKA ingin rasa samada typo-typo itu terlalu kacau, tapi berkat skil langgam dan laras bahasa amatur saya, mujur ia okay ha ha.

Selain itu melalui ulasan-ulasan yang saya hargai, saya perasan ada yang menganggap penggunaan aku-saya itu satu kesilapan. Ianya terlalu konsisten untuk terjadi tanpa kesengajaan. Saya cuba garap stream of collective unconscious atau dalam bahasa Melayu-nya arus kesedaran kolektif bawah sedar; atau bak kata mereka yang dah merasa garam (lol!), ia sesuatu yang bersifat kemimpian, dan ini saya perasan istimewa hanya boleh diaksikan dalam bahasa Melayu—sebab kita banyak kata ganti diri, berpangkat sana sini, alang, tok long, ucu, uteh, cicit, biras, saya, aku, gua, kawe, teman, sedangkan omputih pakai I you saja.

Inspirasi saya untuk penggunaan aku-saya itu barangkali datang dari terjemahan surat Salleh ben Joned kepada Redza Piyadasa perihal 'seni kencing'. Mulanya saya sangkakan apa yang saya buat ini sudah dibuat, tetapi bila saya check balik, rupanya dalam surat itu penggunaan kata ganti nama pertama itu bertukar antara aku dan saya dalam baris ayat yang berbeza. Apa yang saya lakukan lebih extrim di mana ia berlaku dalam satu ayat, dengan bantuan perisian Word, padan lah pelik semacam ha ha ha.

Aku makan sandwich Cuba sebenar saya.

Terdidik dengan budaya kritik, saya secara sedar ambil berat dengan komen-komen yang klik dengan jiwa saya agar tulisan saya menjadi lebih baik, melangkaui karya sastrawan tulen (lol!). Saya bertuah kerana dalam CEKIK ramai komen tentang ending dan dalam AMERIKA ramai komen tentang intro. Saya tak tahu kenapa, tapi ianya jadi simetri dan seimbang dan saya suka, saya rasa macam nak tulis novel lagi.


Ridhwan Saidi

Sabtu, November 12, 2011

Filpen Sunat the Musical by David Sparkle



THE 48 HOUR FILM PROJECT 2011 - KUALA LUMPUR

Genre: MUSICAL
Character: ADI or ADIBAH AZIZ, A FOOTBALLER
Prop: A MIRROR

*This film won the "Audience Choice Award (Group A)"


Ridhwan Saidi

Isnin, Oktober 31, 2011

Sunat the Musical

phew... tiba empat minit sebelum tamat.

Khamis, Oktober 27, 2011

Cara-Cara Beli Novel Amerika

Pelancaran 8 Judul oleh 7 Penerbit
(Novel Amerika akan dilancarkan di sini)
8pm, Rasta TTDI


Selain itu, novel Amerika juga boleh didapati di:

secara online

Bangsar

Subang Jaya

acara-acara seperti Frinjan, Shah Alam

Ipoh

Saudagar Garam
Ipoh

Sabtu, Oktober 15, 2011

Kasturi Stills


Ridhwan Saidi

Rabu, Oktober 12, 2011

Logika Fiksyen

1. Telah beberapa kali saya bertemu dengan situasi dan ulasan yang membincangkan hal logik/tak logik dalam sesebuah kerja seni tak kira filem mahu pun novel/la/let. Kebiasaannya nama Gregor Samsa akan dipetik kerana hujahnya, secara tidak logik si Samsa ini telah berubah menjadi lipas. Contoh: "Ala bro, takpe kot tak logik, sedangkan Franz Kafka tulis novel pasal manusia berubah jadi lipas."

2. Sebelum itu, dalam The Metamorphosis, bukan lipas yang digambarkan tetapi lebih kepada sesuatu berbentuk kumbang koboi mutan (dan barangkali hanya boleh didapati di dalam dunia fiksyen atau sesetengah orang panggil Realiti dengan huruf pertama besar).

3. Kejadian Samsa menjadi kumbang koboi mutan sekali fikir memang tak logik/realistik, tapi rasional untuk dunia novela itu. Bila rasional meresapi zakar sesebuah naratif, secara alaminya wajah lelaki yang menadah mani yang terpancur menjadi logik (saja testis lawak gay di sini). Nah, inilah bezanya. Ini berbeza dengan situasi-situasi yang tidak logik tadi, macam novel Ahadiyat Akashah, ambil contoh Lagenda Budak Setan, tetibe je si Kasyah tu berubah jadi lipas masuk ke dalam air tin minuman untuk pedajal Ayu. Tak rasional bukan? Atau seperti kata Roslan Jomel mengenai novel Amerika, watak Dahlia itu terlalu muda (berumur 16 tahun) untuk membicarakan hal-hal kompleks. Nanti kejap. Kompleks? Umur enam-belas tahun? Tak logik?

4. Hmm... apa kata kita ambil contoh lain. Macam contohnya kisah seorang penjual tisu ni, sehari suntuk dia menjual tisu ke hulu ke hilir, tapi takde siapa beli, berpeluh-peluh di bawah panahan terik sang suria, last-last dia menangis dan guna tisu tu balik buat lap peluh, buat lap air mata, menangis kegembiraan. Erk! logik logik...

5. Kita cuba pula yang ini, seorang penulis wanna-be mahu menjadi seorang published writer, tak tido malam bersengkang mata menaip 50,000 patah perkataan novel masterpiss eh masterpiece, lima kali re-write, dalam masa lima hari, tapi karya agung maha emonya ini ditolak oleh semua syarikat penerbitan, lantas penulis itu mengambil keputusan untuk menerbitkan karya anak-anak jirannya. 

6. Ini mungkin tak logik, tapi boleh dirasionalkan. Kalau watak penulis wanna-be itu seorang yang terpelajar, atau budak skema tipikal novel-novel cinta tempatan, adalah menjadi tak rasional untuk dia tak terbitkan novel dia sendiri. Kecualilah kalau (selain gila), si penulis itu orang susah menulis semata-mata kerana ingin mengorat anak gadis tuan punya syarikat penerbitan, yang telah dikenakan syarat oleh emak bapaknya jikalau hendak masuk meminang, kamu kena jadi published writer terlebih dahulu. Putus harapan dan akhirnya cinta tersayangnya telah pergi menuntut ke United Kingdom atau Universiti Al-Azhar dijaga oleh seorang teman wanita merangkap hijabster lesbian, membuatkan dirinya berazam untuk tidak membenarkan anak-anak muda kawasan kejiranan melalui nasib yang sama, mengusahakan penerbitannya sendiri.

7. Bila fikir balik la kan noks (oh crap), bukan APA yang menjadi hal di sebalik isu logik dan tak logik ini, sebaliknya BAGAIMANA sesebuah fiksyen itu digarap oleh pengarang dalam merasionalkan hal-hal yang berlaku, yang penting.

8. Dan tentang gadis 16 tahun tadi, yang membicarakan hal-hal kompleks? Tentang cita-cita, tentang harapan, tentang politik. Jika kita nilai secara nyatanya (disedut ke dalam realiti dengan huruf pertama kecil ini), hal itu bukan sesuatu yang janggal, ya sulit (jika dikelilingi mereka yang skema), tapi bukan tak logik. Perempuan matang dulu daripada lelaki, dan 16 tahun tu dah besar sangat kot. Come on! 


Ridhwan Saidi
P/s: Kalau logik tapi membosankan tak guna juga.

Selasa, Oktober 04, 2011

Suara-suara mereka yang dah baca novel Amerika

'Ya, kritiknya genius. Tetapi bila membacanya tak semudah seperti menghirup sup brokoli dan meneguk air soya. Sesekali, tersedak dan terCEKIK.' - Farhana Sukre
'Kalaulah Amerika itu adalah mimpi, ironinya penceritaan tentang hidup Murshid di kota Kuala Lumpur itu lebih realiti jika dibandingkan dengan banyak karya-karya berbahasa Melayu yang sedia ada.' - Faizah Roslaini, Goodreads
‎'Amerika bukan novel mengenai Amerika, besar silapnya jika kalian membayangkan sedemikian.' - Khairul Azizi
'The thing about Amerika or any other Ridhwan's work is that, it is like a riddle. You've got to look deeper and relate one piece to another, walaupun dari sumber fiksyen atau dunia realiti. You'd see that he's been really personal with his works, carefully picking up what should be included and what should be fabricated, and to what extent.' - Nadrah Mustafa 
'Klu nk taw pasal government, corruption, sex, architecture, mati, KL, Putrajaya dgn perspektif yang berbeza, silala baca buku ini. Tapi sila bersedia kerana ayat2 di dalam buku ini mostly sukar utk difahami kerana terlalu berfalsafah. Part yang senang nk paham mesti adegan seks je. Haha' - Azam Baizen, Goodreads
"Keterbukaan watak ini amat terserlah dan boleh dinilai dari segi pergaulan Murshid dengan pasangan imigran yang menjaga kediamannya, majikan dan rakan sepejabat yang berlainan bangsa dan pengalaman menghadiri film fest di South Beach." - Roslan Ikubar
"Aku tahu, ini cereka, ini fiksyen, mungkin juga khayal nakal Ridhuan, tapi kan dakwah melalui jalur creative work ni baik. Kalaulah saja Murshid lebih sensitif dan beragama..." - Catatan Seorang Aku
"Klimaks mahupun konflik yang pada nilai normalnya akan berada di pertengahan cerita, tidak terdapat di dalam Amerika ini. Sepanjang cerita adalah klimaks, setiap perenggan adalah konfliknya." - Melihat Buku
"Amerika = Geoffrey Manning Bawa – Vernakular! :)" - Raiha Bahaudin
"Entahlah, aku pun tak tahu aku sibuk dengan apa. Tapi apa yang aku tahu, novel Amerika tulisan Ridhwan Saidi sememangnya menarik." - Wafeexismail
"Kawan saya, seorang pensyarah yang sebelum ni sibuk membaca karya-karya picican-dakwah-cinta islami turut meminjam. Mungkin kerana terpikat dengan covernya yang lain macam (eccentric)." - Mohd, Goodreads
‎"Juga inside jokes yang kalau kau faham, kau tak tau nak gelak ke atau nak nangis. Mungkin dua-dua." - kō (komen blog Obefiend)
"Pelik. Aku hairan dan penuh dengan persoalan mengenai kulit buku ini, sehinggalah apabila selesai membacanya saya faham satu persatu gambar yang tertera di hadapan buku — strawberry, brokoli, lipas." - Topek Ketopekan
"Semalam terlelap membaca #Amerika oleh #binFilem. I have STACKS of book to review but THIS one is the BEST Msian book I read since #KASINO" - Obefiend
"Couldn't agree more. baru abis baca novel ini, cover dia menarik, isi jauh lebih menarik.. good job!" - Roslan Ikubar
"Terbaek, walaupun kadang tu jadi pening. Diskusinya mantop. Gue suka. Ada pro kontra walaupun kontranya kadang tak berapa nak kontra tapi cukup utk memahamkan pembaca (gua rasa la). Kepidap dan gua nantikan lagi novel bentuk diskusi macam ni lagi." - Johny Nepp, Api Dalam Sekam
"Jika ada, setakat ini, sayembara penulisan tema "Kuala Lumpur" (yang pernah dibuat DBKL dan DBP 20 tahun dahulu), saya akan memenangkan novel ini sebagai juaranya." - Fadli Al-Akiti, TontonFilem/KubuBuku
"Antara momen yang saya suka adalah ketika nenek Murshid mengenakan kaca mata Ray Ban wayfarer ketika menyiram pokok bunga." - Fasyali Fadzly, pengarah Teater Juta-Juta
"I have to admit that I admire the main character: Murshid Merican. He takes charge of his life. He throws away his cell phone! (I wish I could do that). He cares a lot about his friends, his city, his people and his country. And he expresses himself well." - Dayang Noor, pengarang novel Jerat
"Pada mulanya aku hairan apa motif strawberi, lipas, dan brokoli yang diletak di depan dan belakang cover novel ni. Tapi setelah baca..... oooo, strawberi ni macam ni, hmmm.. brokoli ni bagus untuk ehem-ehem, lipas ni superhero.. haha..." - Ku Faiz 
“Tak logik dan merapu!” - kenalan Shandye
"...ambil masa untuk hayati bagaimana Murshid menyusuri hidup di kota kotor Kuala Lumpur dengan menara KL yang gemar mengintai, survivability-nya ketika di bumi asing dan kompleksiti perasaan kasih dan sayangnya yang berbaur antara gadis-gadis (dan janda) yang dia temui dan kalian pasti akan bersetuju dengan aku – bahawa novel ini memang lain dari yang lain." - Shandye
"Saya terlalu suka, saya jatuh cinta. Saya suka diskusinya yang tidak ditulis dalam bentuk berat dan membosankan. Saya suka jalan ceritanya yang berserakan, saya tidak peduli, saya cuma mahu menghayati." - SinudaMN, Goodreads
"Ibarat menonton foto-foto pegun di layar putih dengan berlatar belakangkan lagu Strawberry Fields Forever." - Kamalia Ramlan, Goodreads
"Siapa peduli dengan kulit buku bila isinya lebih enak dari makanan yang panas keluar dari dapur? Aku baca Amerika dari dalam kamar segi empat membawa kepada dewan peperiksaan, hatta di lampu isyarat merah. Lipas, brokoli, strawberry dan Murshid Merican." - Shafaza Zara Syed Yusof
"Novel Amerika karangan Ridhwan Saidi baru sampai dan memegangnya sahaja, seolah-olah seperti sedang memegang novel dari Amerika." - Muhammad Daniyal 
‎"Aku tengah makan sebiji pau rendang daging dekat satu kedai cina muslim sambil baca novel baru kau. Aku baru sampai babak 8, tapi setakat ni aku rasa novel kau ni macam pau ni jugak, tak berat tapi masih mengenyangkan." - Fared Ayam 
"Novel terbaik dalam Bahasa Melayu." - Sufian Abas 
"Sebuah khutbah psikedelik. Amerika mengingatkan gua kepada entri-entri awal blog semusim di neraka. Gua tak sabar tunggu novel seterusnya dari saudara Ridhwan ni." - Amar Amir 
"Sampai akhir muka surat, saya merasakan ada idea yang menarik dan sureal apabila melihat bagaimana Ridhwan Saidi membentuk naratifnya menjadi cerita di dalam cerita. Mengabaikan siapakah sebenarnya Dahlia atau Anneta, sama ada mereka berdua ini kekasih kepada Murshid Merican." - Roslan Jomel 
"Ia memang sebuah novel yg menarik kecuali (momen-momen biru dan menu tidak halal—walau pun ia hanya sebuah mimpi)." - Zaharah Muhammad 
‎"One thing you'll notice almost straightaway is how the author took the shock value down a notch or two. So yeah, there won't be a middle-aged Pak Imam jacking off before ejaculating into his son's mouth... Amerika isn't really about characters like Murshid Merican, Aneeta Kaur or even Dahlia. Instead the characters in the story are actually the cities, like Kuala Lumpur and Miami. The people who inhabit both cities are merely projections, or rather reflections of who the cities are." - Mamuvies
"Karya sedara tentang Amerika ingatkan saya pada karya seberang... Ayu Utami... ahaaaa..." - Hamka Kecil
"Kalau ada yang tanya, novel apa yang berpijak pada nyata dalam kehidupan yang semakin menyesak seperti tin sardin pada kita yang sentiasa bergelandangan di jalanan dan bukan mewahan, novel ini lah yang terbaik dalam kelasnya. Bukan kisah-kisah cinta yang memenuhi pasaran mainstream mahu pun indie." - Zine Satu Malam
ayah Agi menarik perca taktun
berirama salakan Ginsberg
dengan dengkuran 'hammerika'
malam ini aku lena
bermimpi tentang Murshid Merican
– Jack Malik, Twitter


Ridhwan Saidi
P/s: Ulasan-ulasan terbaru akan ditambah paling atas.

Isnin, Oktober 03, 2011

Broga Rendezvous Stills 2


Akan ditayangkan di Malaysian Shorts, HELP Institute pada 17 Oktober 2011, bermula 8pm.

Ridhwan Saidi

Isnin, September 19, 2011

AMERIKA di Kedai Fixi dan Silverfish

Novel Amerika kini boleh didapati Kedai Fixi. Pembelian secara pos (dengan tambahan RM5) boleh dilakukan ke pautan berikut:
http://fixi.com.my/kedai/buku/amerika-terbitan-moka-mocha-ink/

Selain itu Amerika juga boleh didapati di Silverfish, Bangsar.
http://www.silverfishbooks.com/buybooks/index.php?main_page=product_book_info&cPath=10&products_id=1247


Ridhwan Saidi

Ahad, September 11, 2011

Moka Mocha Ink dan Amerika II

Untuk mendapat maklumat terkini mengenai novel AMERIKA, lawati laman FB: Moka Mocha Ink, atau emel mokamochaink at gmail dot com, terima kasih!

Ridhwan Saidi

Selasa, September 06, 2011

Broga Rendezvous Bedroom Scene Film Stills

Hi-Matic G + HP5 Plus
© 2011 Ridhwan Saidi

Khamis, September 01, 2011

Pertandingan Filem Pendek Dalam Masa Terdekat

Ada tiga pertandingan filem pendek yang sedang/bakal berlangsung dengan hadiah-hadiah lumayan:

Berjaya Youth 2011
Umur 18-25 tahun sahaja. Hadiah tempat pertama RM40k dengan badan kamera Canon 5D Mark II. Tarikh tutup 29 September 2011 (28 hari dari entri ini ditulis).


KL48 Hour Film Project 2011
Tahun lepas geran tempat pertama bernilai RM30k, kamera-kamera Legria serta menyertai Filmapalooza di Amerika Syarikat (tahun depan di New Mexico). Tahun ini belum pasti apa hadiahnya; sebuah pertandingan dua hari.


BMW Shorties 2011
Tahun lepas geran tempat pertama bernilai RM70k serta hadiah-hadiah kategori. Tahun ini belum pasti apa hadiah dan temanya (pertandingan bermula 6 hari dari entri ini ditulis).

Kepada yang berminat dan memendam hasrat membikin filem pendek, selamat mencuba!


Ridhwan Saidi

Sabtu, Ogos 27, 2011

Kasturi and Broga Rendezvous still images.

Kedua-dua projek filpen dalam proses suntingan pusingan kedua dijangka akan ditayangkan Oktober 2011. Salam 1Aidilfitri!

Ridhwan Saidi

Ahad, Ogos 21, 2011

Rabu, Ogos 03, 2011

Lovin' Ramadan

Tidak, bukan pasar Ramadan atau sahur bersama atau buka bersama yang menjadi ingatan di dalam batok memori saya, sebaliknya satu hari, kami sekeluarga (sepuluh orang kesemuanya) terlepas waktu bersahur; nenek, atuk, emak, ayah, adik, abang, kakak—pasca imsak, masing-masing nyenyak lena dibuai mimpi; pagi itu, tidak seperti pagi Ramadan yang lain, 10 ante meridiem, kami sekeluarga bersarapan bersama, seketul McChicken masing-masing, kentang goreng berserakan, lima cawan kertas Coca-Cola 32 oz.


Ridhwan Saidi

Isnin, Ogos 01, 2011

Moka Mocha Ink dan Amerika

Untuk dapatkan ISBN perlu ada syarikat berdaftar dan siang tadi saya secara legal telah menjadi bos kepada penerbitan Moka Mocha Ink (SA0196484-K). Penerbitan ini lebih kepada syok sendiri memandangkan saya begitu cerewet untuk bernaung di bawah mana-mana penerbitan yang tak berjaya memenuhi selera estetik di samping profit yang lebih telus dan kukuh untuk dikitarsemula menjadi filem. Walau bagaimanapun, kami terbuka menerima prosa atau puisi anda untuk diterbitkan dengan syarat-syarat yang boleh dikatakan ketat. Tapi jangan gusar kerana secara amnya, apa yang kami mahukan tertakluk kepada:

1) Antiadat.
2) Taking the serious humorously and their humor seriously.
3) A lot of parents like to think I'm a villain but I'm just chillin' like Bob Dylan.

Atau kalau diambil daripada nama penerbitan itu sendiri, kami mahukan tulisan yang berperisa mocha—tidak sekelat kopi, tidak semanis cokelat lol.

Bulan September nanti, Moka Mocha Ink akan terbitkan sebuah novel berjudul Amerika. Ramadan ini saya gerakkan Kasturi dan lebih penting, saya sedang memikirkan gaya dan struktur projek feature film 16mm pertama untuk dilaksanakan hujung tahun nanti, yeah!



Ridhwan Saidi
P/s: Segala soalan dan prasangka boleh diajukan ke binfilem at gmail dot com. Terima kasih!

Sabtu, Julai 23, 2011

Ridhwan Saidi Tentang Sebuah Buku Bertajuk Cekik

Saya tak pasti memori saya ni sudah terpesong atau belum, jadi baik saya catatkan saja ia di sini sebelum ia terus hilang—selain tatkala saya sedang merehatkan diri dalam mengharungi pembentukan novel ketiga. 

Untuk ingatan saya dan pengetahuan umum, Cekik siap sebagai sebuah fiksyen ketika ia mencecah 40,000 patah perkataan—tetapi memandangkan penerbit mahu sekatakan ia dengan dua lagi novel lain (Pecah dan Kougar), iaitu sebanyak 60,000 patah (dan 40,000 patah lebih kepada novella remaja), maka dengan itu saya kena cari lagi 20,000 patah. Seperti nasi goreng yang hampir siap, tiba-tiba nasi putih ditambah, kita perlu perbetulkan rencah dan rasa nasi goreng itu dengan skala yang betul supaya ia kembali kepada sesuatu yang layak dihadam (kerana itu efek penamatnya lari proporsi). Pendek kata selepas menyangka novel saya telah siap dan bersedia untuk melakukan proses rewriting, selepas 40,000 patah, niat saya hanya satu iaitu menambah perkataan selagi boleh. Dari situ dengan selamba saya mengaksikan teknik copy paste dengan menyerakkan ayat yang sama ke serata bahagian, diulang dan diulang dan diulang selagi boleh (saya pernah baca Shit oleh Shahnon Ahmad—cuma tidak sekerap itu, dan bukan lagi permainan bahasa, saya ambil secara literal). Selain itu saya juga dengan penuh kesedaran name drop nama-nama penulis, kedai buku, bubuh khutbah, selitkan esei-esei Sue dan entah apa lagi, macam biasa, sebab nak banyakkan patah perkataan.

Cekik dihasilkan dalam tempoh dua bulan (amat singkat bagi sesetengah orang), tapi objektif saya selain wang royalti, ialah memahami bentuk novel itu sendiri. Kali terakhir saya baca novel semasa di sekolah dahulu (secara tegar), pasca sekolah saya lebih cenderung kepada buku-buku non-fiction. Malah saya menghadapi kesukaran memulakan novel ini. Nak tulis 1,000 patah pun tersengguk-sengguk. Apa kebenda yang nak ditulis 60,000 patah perkataan? Tapi selaku seorang yang pragmatik dan rasional, saya hadir dengan strategi. Saya tahu dengan tempoh yang singkat, saya tak boleh memitologikan kehidupan seharian sebab itu bunuh diri namanya. Saya takkan ambil jalan serius (dalam erti kata sebenar), sebaliknya bermain dengan metafora—dan lebih penting saya akan duduk dalam arus kesedaran karakter supaya segalanya mustahil. Untuk membuatkannya lebih 'kacang', saya ambil watak-watak yang menipu, yang sakit, dan yang naif. Serius bila kita menggarap kisah seorang penipu yang sedang menipu, seorang sakit yang sedang sakit, seorang naif yang tak tau apa-apa—apa yang kita perlu lakukan hanyalah menekan-nekan butang keyboard sikit-sikit lama-lama jadi bukit patah perkataan.

Tetapi masih, menulis bukan sekadar menekan-nekan butang keyboard. Dengan sedikit ilmu teori lakonan dalam filem atau teater yang dipanggil method acting, atau the System atau apa kejadah. Melalui pemahaman cetek saya tahu yang lakonan ini adalah jenis dari dalam. (Satu lagi jenis lakonan dari luar). Pendek kata saya cuma layan method writing melalui pengalaman hidup saya yang baru setahun jagung ini. Saya berkebolehan menjadi Syed Warith sebab saya pernah jadi budak, tapi untuk yang lain saya perlukan unsur-unsur external. Memandangkan saya jenis malas nak buat research, suatu ketika secara magikalnya saya mendapat bisikan—bukan wahyu, bukan intuisi, bukan genius, bukan angin, bukan idea, bukan dan dan dan—ianya melangkaui semua itu, iaitu bisikan tivi dari ruang tamu, dan dari situ datang banyak suntikan pop dan hip.

Selain itu saya juga cuba memasukkan perkataan-perkataan seharian yang terpinggir (daripada kamus) ke dalam penulisan. Ada yang mengatakan ianya lucah, tetapi itu terpulang, poin utama saya memasukkan perkataan-perkataan yang tidak digunakan ini sebab saya dapat satu ilham di mana kebiasaannya seorang penulis research-based fiction akan memasukkan istilah-istilah perubatan, nama saintifik bunga, terma-terma akademik, dan hal-hal sedemikian. Dengan semangat yang sama, saya memasukkan entah apa saya pun dah lupa, tetek ada ke? Tapi yang penting saya menggunakan perkataan yang wujud dalam kamus. Kalau benar novel yang mengandungi perkataan-perkataan 'terlarang' ini lucah, bagaimana dengan Kamus Dewan yang mengandungi perkataan tersebut. Adakah kamus itu lucah sebab menerangkan vagina itu apa? Jawapannya ya lol. Di tambah dengan era globalisasi dewasa ini yang mana kalimah shit dan fuck dan cock itu berhamburan, bukankah lebih lemak menggunakan pukimak?

Cukup dengan wacana lucah lagi tak bermoral ish ish ish, sekarang mari kita beralih ke precint lain. Baik—setelah Cekik diterbit, dijual dan dibaca, dengan teknologi yang dipanggil internet, saya berpeluang membaca feedback orang ramai, dan tak dinafikan kadang-kala saya terinspirasi dengan ulasan yang mereka buat. Ada yang brutal, ada yang shocking, ada yang kelakar, ada yang ethereal, ada yang sihat, ada yang profound, ada yang membuatkan mereka masuk ke dalam satu dunia yang tak pernah dialami. Tidak kurang juga yang tak suka, tapi serius saya sebagai penulis yang membaca, tak dinafikan ada beberapa bahagian yang bosan—tapi kalau saya hanya ada buku itu tersangkut di dalam kesesakan jalanraya super, saya akan baca dari mula Warith bersiap-siap nak ke masjid sehingga ke surat-surat Zaid, sebab ianya kelakar nak mampus. Saya sendiri tak rasa macam saya yang tulis benda tu... ah lupa saya ceritakan, dalam menghasilkan Cekik, saya menaip secara automatik sambil berbaring, bukan meniarap dan mengadap skrin, tapi secara literal berbaring dan kedua belah tangan ke sisi kiri tubuh. Laptop terletak atas kotak dan saya menaip dan menaip dan menaip tanpa melihat keyboard pun, kadang-kala saya tak sedar antara tidur dan jaga, tapi semua ni saya tak ambil kisah selagi patah perkataan bertambah. Ianya menarik bila kita sedar-sedar novel tu dah bertambah 2,000 patah perkataan, canggih!

Ada yang merasakan saya terlalu mencuba menulis, tapi jujurnya tidak. Saya tahu tulisan yang mencuba tu macam mana, sebab saya biasa buat dan biasa baca. Cekik ini ketika siap merupakan draf ketiga bertukar-tukar tangan dengan penerbit, tetapi setiap proses sebenarnya penambahnaikan jumlah patah perkataan, jadi secara literal ia adalah draf pertama yang tak terusik. Tak sempat nak rewrite atau lakukan permurnian, tetapi ia berkesan kerana kalau saya murnikan, sia-sialah usaha saya melayari kehidupan method seorang Warith. Dan Warith dan Suria ini dibentuk sebagai hipster, ini penting, ini sangat penting kerana tiada penulis dalam bahasa Melayu lain meraikan budaya hipster yang begitu kontemporari sekarang. Dengan Suria sebagai hipster merangkap pensyarah universiti swasta yang berakademika melalui esei-esei—poin utamanya bukan sebagai wacana akademik, tetapi ia lebih kepada nak berlawak jenaka; siapa ambil literal atau terlalu serius atau merasakan ianya lame terutama golongan skema dan emo yang takde sense of humor, tak dapat den nak nolong.

Ada yang mengaitkan Nora Zain dengan lagu kumpulan Komplot, tapi jujur saya tak pernah dengar muzik-muzik kumpulan itu. Semua orang dengan citarasa yang baik pasti tahu Nora Zain ni agen wanita yang mongel, seperti mana Suria Menado saya gambarkan seperti Maria Menado, bapa Zaid iaitu Tok Jeff saya ambil dari nama Jefri Zain, Nancy dari Nancy Drew, spontan. In fact saya taip, saya copy paste, saya lukis, saya tinggalkan secara spontan tanpa apa-apa daya nak menghasilkan masterpiss... eh masterpiece, oeuvre, magnus opus, apa ke-voodoo—sebab saya tahu dan sedar novel ini tentang apa (lagi pun budak-budak belum akil baligh aja nak hasilkan masterpiece). Malah saya boleh cincai tekan butang-butang keyboard ep[jewsjno aindeioqw aj wodakmw okansd aokdnm akosmdkiow qkdnomw kodmqw lg[rw lh[okae fkefn kewFj joaij ao oifaj pwkf fa[krg[a whra wjikthreok p pro i feioj dif iH rwiur hqiwh aFY e89yro iflwk q3joit sehingga menghasilkan corak abstrak pada beberapa helai muka surat, ya ini menambahnaik jumlah patah perkataan, tetapi saya tidaklah sepoyo itu.

Saifullizam Tahir dalam satu sesi wawancara di Shah Alam ada bertanya kepada saya, berapa banyak hal yang benar daripada kehidupan saya berada di dalam Cekik. Saya jawab sikit iaitu bawah 50%. Apa yang benar berlaku dalam fiksyen ini sesuatu yang saya tak faham, tetapi saya buat pemahaman sendiri. Sebagai contoh saya pernah masak mi Maggi, maka sudah semestinya itu benar bukan? Rumah kampung Warith, dengan sebatang sungai di belakang, berhadapan sebuah surau, itu rumah pensyarah saya di Bota, ia digabungkan dengan tanah perkuburan di Sungai Besi di mana letaknya pusara pakcik saya—maka ia menjadi benar sebab saya pernah mengalaminya dan ianya sesuatu yang saya nampak secara jelas ketika menulis. Pengalaman-pengalaman hidup ini, tak semestinya sesuatu yang berlaku kepada diri sendiri, ia juga boleh berlaku dari apa yang kita lihat, tak kisah kejadian depan mata atau dalam tivi. Saya pernah ponteng sekolah maka ia benar, saya juga pernah... oh ya, menonton filem China Cat merupakan satu-satunya research yang saya lakukan bagi Cekik lol. Jadi apa yang berlaku ini, dari pengalaman melalui memori (tidak kira lurus atau terpesong), ia direnjiskan dengan imaginasi lalu kita bentuk ia menggunakan teks—maka terhasil-lah fiksyen. Jadi bila saya kata bawah 50%, yang selebihnya unsur-unsur luaran seperti bunyi tivi dari ruang tamu tadi. Bila iklan Friskies saya terus tulis pasal kucing, bila iklan mi segera saya terus tulis pasal mi Maggi, bila rancangan bualbicara waktu pagi, saya terus tulis pasal tudung.

Apa pun, saya gembira kerana ada pembaca yang dapat layan Cekik, dengan itu saya layangkan sejambak flying kisses, meski pun saya belum dapat curahkan intensiti penulisan blog ke dalam skala raksasa novel yang babi payah itu ha ha. 


Ridhwan Saidi

Selasa, Jun 28, 2011

Broga Rendezvous Stills


Tiada kata secantik visual.


Ridhwan Saidi

Isnin, Jun 20, 2011

Broga Rendezvous Short Film

Poster Utama

Mini Poster Pelakon A

Script reading / Rehearsal

Projek sukaseronok ini telah digerakkan secara sedar kelmarin bagi hari pertama penggambaran di sempadan Selangor-Negeri Sembilan. Kru yang terdiri daripada lapan orang ini menariknya mempunyai dua orang jurukamera. Hal ini pernah diborakkan bersama Mislina tentang, 'apa yang akan terjadi sekiranya seorang pengarah dengan dua jurukamera berbeza menghasilkan filpen yang sama'. Kita ingin lihat berapa jauh kesan yang ditinggalkan oleh seseorang jurukamera itu di dalam penghasilan sebuah filpen. Walau bagaimanapun dalam projek BROGA RENDEZVOUS, keberadaan dua orang jurukamera ini merupakan satu kolaborasi semata-mata. Minggu pertama seorang di Thailand, minggu kedua pula seorang di Bali. Tetapi masih menarik bagi saya kerana kedua-duanya saya temui di sekolah yang berbeza, seorang sekolah senibina manakala seorang lagi sekolah seni persembahan.

Muzik yang akan terhasil daripada filpen muda ini juga menarik pada saya kerana di kalangan kru terdiri daripada seorang post-rocker, DJ dan pemain rebab. Entah apa yang akan berlaku mendebarkan.

Kamera 1: Muzammil

Kamera 2: Syamil

Krew

Dalam masa yang sama, saya terinspirasi dengan Nina Paley di mana dalam alam open-source yang serba luas dan pantas ini, orang ramai boleh turut serta terlibat atau membantu dengan menyalurkan dana. Jika dahulu seorang seniman dibantu oleh golongan hartawan, kini ia berubah kepada jemaah orang ramai (kerana hartawan hari ini lebih berminat untuk menjadi seniman).

Projek ini akan terus berjalan dengan lagi dua hujung minggu (kru ada yang bekerja siang) proses penggambaran di beberapa lokasi: bilik tidur, kelab malam, tepi jalan dan sekolah. (Babak kelab malam ini penting kerana saya ingin menebus dosa-dosa pembikin filem tempatan yang cenderung merosakkan akhlak kelab malam yang digarap secara hambar.) Dengan bantuan anda, ia akan disalurkan ke petrol dan makan minum. Buat masa sekarang, ia bergerak tanpa apa-apa bajet, malah saya sendiri pun sedikit struggle menunggu royalti pertama daripada Fixi ha ha. Jadi sebarang bantuan dalam bentuk kewangan dapat melancarkan pergerakan produksi BROGA RENDEZVOUS. Diharap dengan kredit di akhir filpen dan poster dapat membuatkan anda sukaseronok sekali.

RM 10 -- Kredit 'Thanks' di akhir filpen.
RM 50 -- Kredit 'Thanks' di akhir filpen berserta mini poster (saiz A3) pelakon A atau B.
RM 100 -- Kredit 'Special Thanks' di akhir filpen berserta poster (saiz A2) utama.
RM 500 -- Kredit 'Executive Producer' di akhir filpen berserta poster utama, mini poster pelakon A dan B.

Emel: binfilem at gmail dot com atau Facebook untuk keterangan lanjut serta sebarang kemusykilan.

Mini Poster Pelakon B

Ridhwan Saidi
P/s: Tarikh akhir menderma ialah 7hb Julai 2011 bersamaan tarikh akhir penyertaan Jogja-Netpac Asian Film Festival. Kami bercadang menghantar filpen ini ke situ. Lepas tu ada projek lain pula ;-)