Novel Amerika kini boleh didapati Kedai Fixi. Pembelian secara pos (dengan tambahan RM5) boleh dilakukan ke pautan berikut:
http://fixi.com.my/kedai/buku/amerika-terbitan-moka-mocha-ink/
Selain itu Amerika juga boleh didapati di Silverfish, Bangsar.
http://www.silverfishbooks.com/buybooks/index.php?main_page=product_book_info&cPath=10&products_id=1247
Ridhwan Saidi
Isnin, September 19, 2011
Ahad, September 11, 2011
Moka Mocha Ink dan Amerika II
Untuk mendapat maklumat terkini mengenai novel AMERIKA, lawati laman FB: Moka Mocha Ink, atau emel mokamochaink at gmail dot com, terima kasih!
Ridhwan Saidi
Ridhwan Saidi
Selasa, September 06, 2011
Khamis, September 01, 2011
Pertandingan Filem Pendek Dalam Masa Terdekat
Ada tiga pertandingan filem pendek yang sedang/bakal berlangsung dengan hadiah-hadiah lumayan:
Berjaya Youth 2011
Umur 18-25 tahun sahaja. Hadiah tempat pertama RM40k dengan badan kamera Canon 5D Mark II. Tarikh tutup 29 September 2011 (28 hari dari entri ini ditulis).
KL48 Hour Film Project 2011
Tahun lepas geran tempat pertama bernilai RM30k, kamera-kamera Legria serta menyertai Filmapalooza di Amerika Syarikat (tahun depan di New Mexico). Tahun ini belum pasti apa hadiahnya; sebuah pertandingan dua hari.
BMW Shorties 2011
Tahun lepas geran tempat pertama bernilai RM70k serta hadiah-hadiah kategori. Tahun ini belum pasti apa hadiah dan temanya (pertandingan bermula 6 hari dari entri ini ditulis).
Kepada yang berminat dan memendam hasrat membikin filem pendek, selamat mencuba!
Ridhwan Saidi
Sabtu, Ogos 27, 2011
Kasturi and Broga Rendezvous still images.
Kedua-dua projek filpen dalam proses suntingan pusingan kedua dijangka akan ditayangkan Oktober 2011. Salam 1Aidilfitri!
Ridhwan Saidi
Ridhwan Saidi
Ahad, Ogos 21, 2011
Rabu, Ogos 03, 2011
Lovin' Ramadan
Tidak, bukan pasar Ramadan atau sahur bersama atau buka bersama yang menjadi ingatan di dalam batok memori saya, sebaliknya satu hari, kami sekeluarga (sepuluh orang kesemuanya) terlepas waktu bersahur; nenek, atuk, emak, ayah, adik, abang, kakak—pasca imsak, masing-masing nyenyak lena dibuai mimpi; pagi itu, tidak seperti pagi Ramadan yang lain, 10 ante meridiem, kami sekeluarga bersarapan bersama, seketul McChicken masing-masing, kentang goreng berserakan, lima cawan kertas Coca-Cola 32 oz.
Ridhwan Saidi
Isnin, Ogos 01, 2011
Moka Mocha Ink dan Amerika
Untuk dapatkan ISBN perlu ada syarikat berdaftar dan siang tadi saya secara legal telah menjadi bos kepada penerbitan Moka Mocha Ink (SA0196484-K). Penerbitan ini lebih kepada syok sendiri memandangkan saya begitu cerewet untuk bernaung di bawah mana-mana penerbitan yang tak berjaya memenuhi selera estetik di samping profit yang lebih telus dan kukuh untuk dikitarsemula menjadi filem. Walau bagaimanapun, kami terbuka menerima prosa atau puisi anda untuk diterbitkan dengan syarat-syarat yang boleh dikatakan ketat. Tapi jangan gusar kerana secara amnya, apa yang kami mahukan tertakluk kepada:
1) Antiadat.
2) Taking the serious humorously and their humor seriously.
3) A lot of parents like to think I'm a villain but I'm just chillin' like Bob Dylan.
Atau kalau diambil daripada nama penerbitan itu sendiri, kami mahukan tulisan yang berperisa mocha—tidak sekelat kopi, tidak semanis cokelat lol.
Bulan September nanti, Moka Mocha Ink akan terbitkan sebuah novel berjudul Amerika. Ramadan ini saya gerakkan Kasturi dan lebih penting, saya sedang memikirkan gaya dan struktur projek feature film 16mm pertama untuk dilaksanakan hujung tahun nanti, yeah!
Ridhwan Saidi
P/s: Segala soalan dan prasangka boleh diajukan ke binfilem at gmail dot com. Terima kasih!
Sabtu, Julai 23, 2011
Ridhwan Saidi Tentang Sebuah Buku Bertajuk Cekik
Saya tak pasti memori saya ni sudah terpesong atau belum, jadi baik saya catatkan saja ia di sini sebelum ia terus hilang—selain tatkala saya sedang merehatkan diri dalam mengharungi pembentukan novel ketiga.
Untuk ingatan saya dan pengetahuan umum, Cekik siap sebagai sebuah fiksyen ketika ia mencecah 40,000 patah perkataan—tetapi memandangkan penerbit mahu sekatakan ia dengan dua lagi novel lain (Pecah dan Kougar), iaitu sebanyak 60,000 patah (dan 40,000 patah lebih kepada novella remaja), maka dengan itu saya kena cari lagi 20,000 patah. Seperti nasi goreng yang hampir siap, tiba-tiba nasi putih ditambah, kita perlu perbetulkan rencah dan rasa nasi goreng itu dengan skala yang betul supaya ia kembali kepada sesuatu yang layak dihadam (kerana itu efek penamatnya lari proporsi). Pendek kata selepas menyangka novel saya telah siap dan bersedia untuk melakukan proses rewriting, selepas 40,000 patah, niat saya hanya satu iaitu menambah perkataan selagi boleh. Dari situ dengan selamba saya mengaksikan teknik copy paste dengan menyerakkan ayat yang sama ke serata bahagian, diulang dan diulang dan diulang selagi boleh (saya pernah baca Shit oleh Shahnon Ahmad—cuma tidak sekerap itu, dan bukan lagi permainan bahasa, saya ambil secara literal). Selain itu saya juga dengan penuh kesedaran name drop nama-nama penulis, kedai buku, bubuh khutbah, selitkan esei-esei Sue dan entah apa lagi, macam biasa, sebab nak banyakkan patah perkataan.
Cekik dihasilkan dalam tempoh dua bulan (amat singkat bagi sesetengah orang), tapi objektif saya selain wang royalti, ialah memahami bentuk novel itu sendiri. Kali terakhir saya baca novel semasa di sekolah dahulu (secara tegar), pasca sekolah saya lebih cenderung kepada buku-buku non-fiction. Malah saya menghadapi kesukaran memulakan novel ini. Nak tulis 1,000 patah pun tersengguk-sengguk. Apa kebenda yang nak ditulis 60,000 patah perkataan? Tapi selaku seorang yang pragmatik dan rasional, saya hadir dengan strategi. Saya tahu dengan tempoh yang singkat, saya tak boleh memitologikan kehidupan seharian sebab itu bunuh diri namanya. Saya takkan ambil jalan serius (dalam erti kata sebenar), sebaliknya bermain dengan metafora—dan lebih penting saya akan duduk dalam arus kesedaran karakter supaya segalanya mustahil. Untuk membuatkannya lebih 'kacang', saya ambil watak-watak yang menipu, yang sakit, dan yang naif. Serius bila kita menggarap kisah seorang penipu yang sedang menipu, seorang sakit yang sedang sakit, seorang naif yang tak tau apa-apa—apa yang kita perlu lakukan hanyalah menekan-nekan butang keyboard sikit-sikit lama-lama jadi bukit patah perkataan.
Tetapi masih, menulis bukan sekadar menekan-nekan butang keyboard. Dengan sedikit ilmu teori lakonan dalam filem atau teater yang dipanggil method acting, atau the System atau apa kejadah. Melalui pemahaman cetek saya tahu yang lakonan ini adalah jenis dari dalam. (Satu lagi jenis lakonan dari luar). Pendek kata saya cuma layan method writing melalui pengalaman hidup saya yang baru setahun jagung ini. Saya berkebolehan menjadi Syed Warith sebab saya pernah jadi budak, tapi untuk yang lain saya perlukan unsur-unsur external. Memandangkan saya jenis malas nak buat research, suatu ketika secara magikalnya saya mendapat bisikan—bukan wahyu, bukan intuisi, bukan genius, bukan angin, bukan idea, bukan dan dan dan—ianya melangkaui semua itu, iaitu bisikan tivi dari ruang tamu, dan dari situ datang banyak suntikan pop dan hip.
Selain itu saya juga cuba memasukkan perkataan-perkataan seharian yang terpinggir (daripada kamus) ke dalam penulisan. Ada yang mengatakan ianya lucah, tetapi itu terpulang, poin utama saya memasukkan perkataan-perkataan yang tidak digunakan ini sebab saya dapat satu ilham di mana kebiasaannya seorang penulis research-based fiction akan memasukkan istilah-istilah perubatan, nama saintifik bunga, terma-terma akademik, dan hal-hal sedemikian. Dengan semangat yang sama, saya memasukkan entah apa saya pun dah lupa, tetek ada ke? Tapi yang penting saya menggunakan perkataan yang wujud dalam kamus. Kalau benar novel yang mengandungi perkataan-perkataan 'terlarang' ini lucah, bagaimana dengan Kamus Dewan yang mengandungi perkataan tersebut. Adakah kamus itu lucah sebab menerangkan vagina itu apa? Jawapannya ya lol. Di tambah dengan era globalisasi dewasa ini yang mana kalimah shit dan fuck dan cock itu berhamburan, bukankah lebih lemak menggunakan pukimak?
Cukup dengan wacana lucah lagi tak bermoral ish ish ish, sekarang mari kita beralih ke precint lain. Baik—setelah Cekik diterbit, dijual dan dibaca, dengan teknologi yang dipanggil internet, saya berpeluang membaca feedback orang ramai, dan tak dinafikan kadang-kala saya terinspirasi dengan ulasan yang mereka buat. Ada yang brutal, ada yang shocking, ada yang kelakar, ada yang ethereal, ada yang sihat, ada yang profound, ada yang membuatkan mereka masuk ke dalam satu dunia yang tak pernah dialami. Tidak kurang juga yang tak suka, tapi serius saya sebagai penulis yang membaca, tak dinafikan ada beberapa bahagian yang bosan—tapi kalau saya hanya ada buku itu tersangkut di dalam kesesakan jalanraya super, saya akan baca dari mula Warith bersiap-siap nak ke masjid sehingga ke surat-surat Zaid, sebab ianya kelakar nak mampus. Saya sendiri tak rasa macam saya yang tulis benda tu... ah lupa saya ceritakan, dalam menghasilkan Cekik, saya menaip secara automatik sambil berbaring, bukan meniarap dan mengadap skrin, tapi secara literal berbaring dan kedua belah tangan ke sisi kiri tubuh. Laptop terletak atas kotak dan saya menaip dan menaip dan menaip tanpa melihat keyboard pun, kadang-kala saya tak sedar antara tidur dan jaga, tapi semua ni saya tak ambil kisah selagi patah perkataan bertambah. Ianya menarik bila kita sedar-sedar novel tu dah bertambah 2,000 patah perkataan, canggih!
Ada yang merasakan saya terlalu mencuba menulis, tapi jujurnya tidak. Saya tahu tulisan yang mencuba tu macam mana, sebab saya biasa buat dan biasa baca. Cekik ini ketika siap merupakan draf ketiga bertukar-tukar tangan dengan penerbit, tetapi setiap proses sebenarnya penambahnaikan jumlah patah perkataan, jadi secara literal ia adalah draf pertama yang tak terusik. Tak sempat nak rewrite atau lakukan permurnian, tetapi ia berkesan kerana kalau saya murnikan, sia-sialah usaha saya melayari kehidupan method seorang Warith. Dan Warith dan Suria ini dibentuk sebagai hipster, ini penting, ini sangat penting kerana tiada penulis dalam bahasa Melayu lain meraikan budaya hipster yang begitu kontemporari sekarang. Dengan Suria sebagai hipster merangkap pensyarah universiti swasta yang berakademika melalui esei-esei—poin utamanya bukan sebagai wacana akademik, tetapi ia lebih kepada nak berlawak jenaka; siapa ambil literal atau terlalu serius atau merasakan ianya lame terutama golongan skema dan emo yang takde sense of humor, tak dapat den nak nolong.
Ada yang mengaitkan Nora Zain dengan lagu kumpulan Komplot, tapi jujur saya tak pernah dengar muzik-muzik kumpulan itu. Semua orang dengan citarasa yang baik pasti tahu Nora Zain ni agen wanita yang mongel, seperti mana Suria Menado saya gambarkan seperti Maria Menado, bapa Zaid iaitu Tok Jeff saya ambil dari nama Jefri Zain, Nancy dari Nancy Drew, spontan. In fact saya taip, saya copy paste, saya lukis, saya tinggalkan secara spontan tanpa apa-apa daya nak menghasilkan masterpiss... eh masterpiece, oeuvre, magnus opus, apa ke-voodoo—sebab saya tahu dan sedar novel ini tentang apa (lagi pun budak-budak belum akil baligh aja nak hasilkan masterpiece). Malah saya boleh cincai tekan butang-butang keyboard ep[jewsjno aindeioqw aj wodakmw okansd aokdnm akosmdkiow qkdnomw kodmqw lg[rw lh[okae fkefn kewFj joaij ao oifaj pwkf fa[krg[a whra wjikthreok p pro i feioj dif iH rwiur hqiwh aFY e89yro iflwk q3joit sehingga menghasilkan corak abstrak pada beberapa helai muka surat, ya ini menambahnaik jumlah patah perkataan, tetapi saya tidaklah sepoyo itu.
Saifullizam Tahir dalam satu sesi wawancara di Shah Alam ada bertanya kepada saya, berapa banyak hal yang benar daripada kehidupan saya berada di dalam Cekik. Saya jawab sikit iaitu bawah 50%. Apa yang benar berlaku dalam fiksyen ini sesuatu yang saya tak faham, tetapi saya buat pemahaman sendiri. Sebagai contoh saya pernah masak mi Maggi, maka sudah semestinya itu benar bukan? Rumah kampung Warith, dengan sebatang sungai di belakang, berhadapan sebuah surau, itu rumah pensyarah saya di Bota, ia digabungkan dengan tanah perkuburan di Sungai Besi di mana letaknya pusara pakcik saya—maka ia menjadi benar sebab saya pernah mengalaminya dan ianya sesuatu yang saya nampak secara jelas ketika menulis. Pengalaman-pengalaman hidup ini, tak semestinya sesuatu yang berlaku kepada diri sendiri, ia juga boleh berlaku dari apa yang kita lihat, tak kisah kejadian depan mata atau dalam tivi. Saya pernah ponteng sekolah maka ia benar, saya juga pernah... oh ya, menonton filem China Cat merupakan satu-satunya research yang saya lakukan bagi Cekik lol. Jadi apa yang berlaku ini, dari pengalaman melalui memori (tidak kira lurus atau terpesong), ia direnjiskan dengan imaginasi lalu kita bentuk ia menggunakan teks—maka terhasil-lah fiksyen. Jadi bila saya kata bawah 50%, yang selebihnya unsur-unsur luaran seperti bunyi tivi dari ruang tamu tadi. Bila iklan Friskies saya terus tulis pasal kucing, bila iklan mi segera saya terus tulis pasal mi Maggi, bila rancangan bualbicara waktu pagi, saya terus tulis pasal tudung.
Apa pun, saya gembira kerana ada pembaca yang dapat layan Cekik, dengan itu saya layangkan sejambak flying kisses, meski pun saya belum dapat curahkan intensiti penulisan blog ke dalam skala raksasa novel yang babi payah itu ha ha.
Ridhwan Saidi
Selasa, Jun 28, 2011
Isnin, Jun 20, 2011
Broga Rendezvous Short Film
Poster Utama
Mini Poster Pelakon A
Script reading / Rehearsal
Projek sukaseronok ini telah digerakkan secara sedar kelmarin bagi hari pertama penggambaran di sempadan Selangor-Negeri Sembilan. Kru yang terdiri daripada lapan orang ini menariknya mempunyai dua orang jurukamera. Hal ini pernah diborakkan bersama Mislina tentang, 'apa yang akan terjadi sekiranya seorang pengarah dengan dua jurukamera berbeza menghasilkan filpen yang sama'. Kita ingin lihat berapa jauh kesan yang ditinggalkan oleh seseorang jurukamera itu di dalam penghasilan sebuah filpen. Walau bagaimanapun dalam projek BROGA RENDEZVOUS, keberadaan dua orang jurukamera ini merupakan satu kolaborasi semata-mata. Minggu pertama seorang di Thailand, minggu kedua pula seorang di Bali. Tetapi masih menarik bagi saya kerana kedua-duanya saya temui di sekolah yang berbeza, seorang sekolah senibina manakala seorang lagi sekolah seni persembahan.
Muzik yang akan terhasil daripada filpen muda ini juga menarik pada saya kerana di kalangan kru terdiri daripada seorang post-rocker, DJ dan pemain rebab. Entah apa yang akan berlaku mendebarkan.
Kamera 1: Muzammil
Kamera 2: Syamil
Krew
Dalam masa yang sama, saya terinspirasi dengan Nina Paley di mana dalam alam open-source yang serba luas dan pantas ini, orang ramai boleh turut serta terlibat atau membantu dengan menyalurkan dana. Jika dahulu seorang seniman dibantu oleh golongan hartawan, kini ia berubah kepada jemaah orang ramai (kerana hartawan hari ini lebih berminat untuk menjadi seniman).
Projek ini akan terus berjalan dengan lagi dua hujung minggu (kru ada yang bekerja siang) proses penggambaran di beberapa lokasi: bilik tidur, kelab malam, tepi jalan dan sekolah. (Babak kelab malam ini penting kerana saya ingin menebus dosa-dosa pembikin filem tempatan yang cenderung merosakkan akhlak kelab malam yang digarap secara hambar.) Dengan bantuan anda, ia akan disalurkan ke petrol dan makan minum. Buat masa sekarang, ia bergerak tanpa apa-apa bajet, malah saya sendiri pun sedikit struggle menunggu royalti pertama daripada Fixi ha ha. Jadi sebarang bantuan dalam bentuk kewangan dapat melancarkan pergerakan produksi BROGA RENDEZVOUS. Diharap dengan kredit di akhir filpen dan poster dapat membuatkan anda sukaseronok sekali.
RM 10 -- Kredit 'Thanks' di akhir filpen.
RM 50 -- Kredit 'Thanks' di akhir filpen berserta mini poster (saiz A3) pelakon A atau B.
RM 100 -- Kredit 'Special Thanks' di akhir filpen berserta poster (saiz A2) utama.
RM 500 -- Kredit 'Executive Producer' di akhir filpen berserta poster utama, mini poster pelakon A dan B.
Emel: binfilem at gmail dot com atau Facebook untuk keterangan lanjut serta sebarang kemusykilan.
Mini Poster Pelakon B
Ridhwan Saidi
P/s: Tarikh akhir menderma ialah 7hb Julai 2011 bersamaan tarikh akhir penyertaan Jogja-Netpac Asian Film Festival. Kami bercadang menghantar filpen ini ke situ. Lepas tu ada projek lain pula ;-)
Khamis, Jun 09, 2011
Be wise as thou art a ghost!
PHS kini dengan sari kata bahasa Inggeris, akan ditayangkan di Filmmaker Anonymous 15. Tarikh belum pasti. Sinopsis:
A reporter and her crews were assigned to interview witnesses of a murder case. The witnesses are Hantu Bukit, Jembalang Angin, Mambang Air and Jin Tanah. An audaciously satirical and overtly loquacious mockumentary.
Turut ditayangkan SKODENG:
Mat Skodeng, Tok Imam and a few witnesses crash in into a low-cost house involving khalwat between two youngsters. One of them ran away. A satirical take on overzealous enforcement with a dash of golf balls.
Ridhwan Saidi
Selasa, Jun 07, 2011
Filpen Eye Love
Filem pendek ini telah memenangi KKIFF 2011 atau nama panjangnya Kota Kinabalu International Film Festival. Terus terang saya suka filem ini. Shot pertamanya amat berkuasa membuatkan saya terpaku lalu masuk ke dalam dunia dreamlike dan ethereal garapan Bebbra Mailin. Walau pun apa yang dipapar foreground lebih kepada hubungan dua hala pasangan bercinta lelaki dan perempuan, dalam masa yang sama saya terkesan dengan latarnya. Alam kesemulajadian Sabah, tangan yang menyentuh bayu, kabus Kinabalu yang berarak secara majestically, warna-warni bunga-bunga mekar yang harmoni, ia penuh rasa. Kuasa sinemanya terasa dengan mainan suntingan dan efek bunyi dan muzik serta gerak perlahan dan gerak mulus si pemegang kamera. Dalam masa yang sama, ia juga penuh gaya. Gaya yang cuba dicapai oleh kebanyakan pembikin berorientasikan produksi tetapi gagal. Kadang-kala ada perkara yang perlu dilakukan secara rendah diri. Permainan ruang masa di dalam filem ini mendebarkan dengan naratif dan narasi yang berkesan. Bagaimana puncak syahwat filpen ini dengan kamera itu bergerak ke belakang mempunyai sentuhan nostalgia yang kuat. Ia seperti meninggalkan, tetapi dalam masa yang sama mahu kembali patah balik. Bagaimana pohon-pohon lebat bergerak rapat diselangi montaj momen-momen indah – ia... tak tahu nak kata, berkesan, menjadi, bermakna – cantik. Selaku seorang manusia, saya berbangga dengan filem pendek tempatan bertemakan cinta dari Borneo ini.
Ridhwan Saidi
Tafsir Takde Life Holier Than Thou
Pembikin selalu mengecam pengkritik atau pengulas filem dengan taktik klise 'holier than thou'. Benda ini sudah berlaku berulangkali masuk tahap cheesy tapi takpe, kita layankan saja. Saya percaya semua orang yang menonton filem, pasti ada pendapat dan pandangan dan intepretasi dan tafsiran masing-masing mengenai filem tersebut. Jika kita mempersetujui ini, bermakna semua orang adalah pengkritik filem. Tapi hakikatnya ini tidak benar. Yang membezakan pengkritik dan penonton biasa ialah ilmu / knowledge di sebalik diri mereka. Macam kitab al-Quran, bukan sebarang orang boleh tafsir. Manusia yang ada knowledge tafsir, dan umat kebanyakan terima berpandukan tafsiran tadi. Dalam kes filem juga begitu. Tafsiran dan intepretasi pengkritik-pengkritik ini kita terima lalu dijadikan sebagai panduan. Penonton tak seharusnya subscribe kepada satu suara kritikan semata-mata. Penonton bukan feeder yang terima maklumat atau info daripada seeder. Penonton mempunyai potensi yang lebih besar daripada itu. Kalau di Malaysia ini boleh saya namakan beberapa pengkritik / pengulas yang mempunyai suara menjadi panduan saya dalam mengenali filem sejak kecil. Kita ada Hassan Muthalib, A. Wahab Hamzah, arwah Anuar Nor Arai, Hishamuddin Rais, Ku Seman Ku Hussein, Amir Muhammad, Norman Yusoff, Abror Rivai, Nazim Masnawi dan Tonton Filem. Dan setiap daripada mereka ini mempunyai latar ilmu dan jalan yang berbeza daripada semiotik, Gestalt, falsafah, law, film studies, komik, sastra, dan paling penting semangat cineaste yang dirayakan. Ada beberapa orang lagi yang rajin menulis mengenai filem tetapi suara mereka tidak masuk dengan diri saya. Saya cuba baca tapi macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Atau mungkin suara mereka penuh kesangsian atau pun merupakan satu duplikasi atau replikasi kepada suara-suara yang telah saya sebutkan tadi. Atau pun suara mereka belum cukup mapan dan kental – memerlukan sedikit masa. Atau mungkin saya terlupa. Atau mungkin ia terlalu underground sampai saya tak jumpa. Tafsiran yang kita dengar ini bukan sesuatu yang kita percaya seratus peratus atau terima sebulat suara. Apabila ini berlaku, di situ timbulnya konsep holier than thou tadi. Kelihatan pengkritik seperti mempunyai satu kuasa besar, untuk memusnahkan mana-mana filem – walhal ianya sebuah tafsiran / intepretasi / perspektif yang boleh diterima atau ditolak oleh sesiapa. Malah tafsiran itu boleh disanggah secara metakritik.
Kalau diikutkan, teman-teman di sekeliling saya lebih radikal dan jujur pada kebenaran. Cuma mereka tidak menulis. Saya pula suarakan sahaja pendapat saya. Sebab bila kita menonton sesuatu filem itu, kita dapat rasa. Dan rasa ini sesuatu yang jelas. Jadi bagaimana saya boleh menipu perasaan saya itu? Saya tak reti. Kalau hati saya tersentuh dengan satu momen, saya suka, saya tulis saya suka dan puji filem itu. Kalau saya tak rasa apa-apa, filem itu mati dan kaku dan bosan dan menghina intelek (seperti meletak patung pan-asian di depan kamera), saya sindir seadanya – atau paling koman saya tak tulis apa-apa pun. Dan momen tadi penting ya. Momen yang saya maksudkan ini – kamu fikirkan, bagaimana dalam masa beberapa saat, kamu boleh ingat momen itu seumur hidup. Ini benar-benar magikal. Ini bermakna hati kamu telah tersentuh, telah bertaut dengan filem itu, kamu terhibur. Boleh jadi secara intelek, boleh jadi secara jiwa. Kamu berubah selepas itu. Kamu mula hormat kepada ibubapa, guru, teman wanita, teman lelaki, orang lain, haiwan, pokok. Kamu berubah menjadi manusia yang lebih baik. Kamu menjadi sepenuhnya manusia. Itulah filem yang berjaya bagi saya selaku penonton. Dan celakanya kebanyakan filem-filem tempatan yang ditayangkan di pawagam takde sikit pun ciri-ciri ini. Kita masuk, kemudian keluar dalam keadaan lupa. Buang masa. Supaya lebih jelas, filem juga membawa suara. Dan kebanyakan filem-filem tempatan kita tiada suara. Ianya tidak politikal berjejak atau pun sensual menyentuh langit. Ianya terawang-awang di tengah-tengah penuh kesangsian dan kehipsteran. Orang yang tidak faham sentiasa berada di dalam kondisi sangsi dan hipster. Dan beza hipster di Malaysia dengan dekat luar, hipster Malaysia emo. Itu yang kadang-kadang buat kita tergelak tu. Belum apa-apa dah emosi. Grow up! Kill the bloody sifat kebudak-budakan. Musa tengok Khidir bunuh budak depan mata dia – ianya satu metafora supaya kita berubah menjadi matang. Tinggalkan dunia pop MTV yang bersifat kebudak-budakan. Ianya utter crap. Benda itu takde rasa langsung. Bubuh la film look, light leaks atau efek apa pun, sunting lah selaju mana, bokeh lah selagi boleh, benda itu kekal kaku. Bak kata hipster, "takde life."
Ridhwan Saidi
Jumaat, Jun 03, 2011
Cinta Akhir – Kita Tanya, Kita Jawab
Di status FB, ramai yang bertanya ke mana Lisa (Liyana Jasmay) menghilang. Jawapan dia amat mudah, dia masuk hospital oleh sebab kanser paru-paru (atau kanser tekak jika kumuh asap, atau apa-apa yang biasa kamu lihat pada kotak rokok kamu itu – imej-imej yang mengerikan), boleh jadi juga dia meninggal dunia. (Ada yang mengkritik gaya Liyana hisap rokok kerana tidak sedut masuk ke dalam paru-paru, dia sekadar berkumuh. Tetapi kumuh asap ini juga satu proses hisap rokok. Bahaya dia macam yang saya kata tadi, kalau sedut dalam kanser paru-paru, kalau kumuh kanser tekak. Ia berbalik kepada nikmat, kalau hisap sedut dalam menyeksakan, buat apa buat semata-mata nak ikut orang lain. Tidak dinafikan sedut dalam ini status quo perokok, tetapi teknik kumuh yang lebih frinjan tak patut disisihkan atau dikatakan tidak normal). Poin cerita ini, kalau kamu selalu hisap rokok, kamu akan sakit, menderita, menyusahkan orang yang tersayang, lepas tu mati. Jadi janganlah hisap rokok. Ianya sebuah iklan. Tetapi menjadi norma penonton/pembaca kebanyakan menjadi terlalu taksub dengan plot. Mereka mahukan penamat yang best, yang ada twist, yang syok, yang menarik. Itu semua bukannya penting sangat. Yang lebih penting, bagaimana kita mampu bertahan atau sustain momen-momen yang cuba digarap – perjalanannya, journey-nya. Dalam kes CINTA AKHIR ini, secara literal ia ada kena mengena dengan cinta, ia adalah sebuah 'tragedi romantik' (ya ampun) bertitik tolak daripada pertemuan-pertemuan kecil yang digerakkan oleh dialog (yang memegang bentuk filem ini, yang paling utama – dialognya). Dan di dalam dialog filem pendek ini, mahu pun lirik-lirik muzik tempatan yang berleluasa di luar sana, ianya teruk. Dialog-dialognya muncul secara tiba-tiba tanpa hujung pangkal, tapi kita sedar ia sedang meraikan gaya hidup hipster. Semangat hipster-nya tinggi. Dan hipster ini sentiasa terlebih emphasize terhadap hal-hal permukaan, gaya, fizikaliti, gadget savvy, gadget junkie, saya tak peduli dan okay dengan ini, cuma di negara ini ia pergi ke tahap yang menjengkelkan. Percubaan untuk menunjuk-nunjuk itu terlampau. Dalam banyak-banyak perkara dan benda, iPhone menjadi alat pertemuan di antara kedua anak muda tersebut OMG. Apa masalah dia jual iPhone pun membuatkan kita runsing. Dia takde duit ke apa? (tapi ada motor besar). Kemudian hujah Pierre suruh Liyana beli, "sebab phone tu lame, tak sesuai." Hmmm... Kemudian kita ke babak seterusnya, mereka berbicara mengenai muzik. "Tengok gig ke?" tanya Liyana. Pierre kata tak minat, kemudian memberikan headphone memainkan sesuatu. "Cool!" diikuti "You ada band?" tanya Liyana. Rupanya Pierre ini berbakat dalam diam, oh begitu. Di atas bukit tepi jalan pula, "Kau memang pandai, kau memang gempak, aku boleh nampak KLCC" tambah Liyana. Bila ditanya cita-cita, Pierre mahu jadi usahawan jutawan yang menjual handphone – "Kau ni bodoh la," balas Liyana. Supaya tidak kelihatan bodoh, Bob lakonan Pierre menyatakan bahawa dia sedang buat tesis. Tesis apa kita tak tau. Yang penting kedengaran intelektual. Mujur filem pendek ini tak bawa unsur Islamik, silap-silap Bob akan kata dia baru pulang dari Al-Azhar. "Kau ni memang talented kan? Semua benda boleh buat," puji Liyana. Pierre mengatakan ada satu benda yang dia tak boleh buat, iaitu berenang – yang macam biasa takde kena-mengena dengan konteks filem itu. Telah beberapa kali, Liyana hisap rokok menggunakan lighter Pierre. Secara simboliknya boleh la kira cincai kita katakan yang Pierre ini adalah cahaya kepada hidup Liyana (dengan latar malam yang gelap meski pun tak semua), nyawa kepada rokok Liyana – meski pun tak relevan dan pedoman filem ini goyah. Kemudian satu malam, Liyana ghaib, Pierre tercari-cari. Kemudian kita sedari inilah rupanya tugas penyanyi tersebut – memberikan warkah terakhir Liyana kepada Pierre. Bob lakonan Pierre buat muka sedih + terkejut, lantas kita faham sesuatu yang buruk berlaku. Benda-benda cheesy tahap corny ni dah berlaku banyak kali dalam kancah pembikinan filem tempatan, dan akan ada beberapa lagi filem indie berhawa hipster akan menyusul selepas ini. Selagi hipster-hipster ini tidak melakukan penghijrahan, selagi dialog filem-filem itu kosong macam lirik lagu muzik-muzik indie tempatan, dipenuhi 'lame', 'cool', 'gig', 'deep', 'band', 'gempak', 'talented', gadget exhibitionist, benda-benda terawang-awang ini—kaput.
Ridhwan Saidi
Khamis, Mei 26, 2011
Pencetakan BinFilem
Sebelum KBFS atau ASCK yang dibuat sepanjang 3 tahun lepas, saya sudah lupa samada saya pernah menerbitkan apa-apa atau tidak. Yang saya ingat, Dewa sewaktu sekolahnya ada terbitkan zine. Saya tak baca, cuma yang saya baca reviu zine tersebut di dalam sebuah zine dari Brazil atau Amerika Syarikat entah saya dah tak ingat. Komen si bukan Malaysian itu kalau tak silap saya berbunyi: 'Tulisan yang baik tetapi kualiti produksinya boleh ditingkatkan lagi.'
Hal ini sama bunyinya lebih kurang dengan komen seorang Laqman yang mengatakan filpen-filpen saya perlu ditingkatkan lagi kualiti produksinya. Dengan pengalaman berbelas-belas filpen amatur spontan (hampir semua tanpa bajet dan produksi), kini saya ingin tolak kebolehan saya dalam menghasilkan sebuah filem ke takah seterusnya. Asalnya saya nak laksanakan projek zombie vegan saya, tapi beberapa hari lepas Fasyali ada menceritakan satu idea yang jauh lebih menawan. Pendek cerita saya mahu direct idea itu, cuma ia akan dilaksanakan lagi setahun dua – kasi idea itu ranum dulu bak kata hipster.
Kini saya serta beberapa orang rakan sedang menggerakkan novel masing-masing. Tak sanggup lagi menjahit dan gam satu-persatu, kini kami akan cetak pakai mesin kat kedai melalui seorang kabel LOL. Kami sedaya upaya akan menjaga kualiti dan status pencetakan mengatasi hal-hal keuntungan yang sementara. Pertama sekali kami akan guna selain kertas putih seperti kuning, kelabu, coklat, recycle paper atau apa-apa yang dirasakan lebih romantik semasa proses membaca. Dalam pencetakan bahasa Melayu, kertas selain putih ini merupakan sesuatu yang terlarang dalam konteks jualan. Bagi pembaca Melayu, kertas selain putih nampak lama dan kotor. Mereka rasa geli dengan kertas selain putih. Pernah satu ketika dulu sebuah publikasi tak jalan pasal kertas dia warna kuning. Bukan tak minat atau prejudis dengan kertas putih, cuma hawa kertas putih terlalu keras untuk penulisan kami. Nanti feel dia macam buku teks pula. Kami tak mahu itu. Biar tak bestseller asal kita yang sentimental dan bercitarasa tinggi ini puas hati ha ha ha.
Kalau ada keuntungan lebih daripada jualan ini, ia akan disalurkan kembali kepada pembikinan filem idea Fasyali itu. Dengan janaan duit yang serba ada, barulah mungkin dana-dana lain disedut masuk kalau ada rezeki. Dengan itu, saya akan dedikasikan sisa-sisa 2011 ini untuk menyiapkan novel 100,000 saya. CEKIK merupakan percubaan/eksperimentasi saya dalam mengenali 'novel' (yang telah saya tinggalkan waktu sekolah). Dengan pengalaman yang ciput itu, kini saya lebih selesa untuk mengeluarkan momen-momen best dalam hidup ha ha ha, kononnya.
Sewaktu menjual buku yang diusahakan mandiri ini, ramai yang tanya bagaimana ia dibuat. Saya selalunya tersentak tak tau nak jawab macam mana. Sebab waktu pertama kali nak buat, bukan nak mengaku punk ke, rock n' roll ke ape, tapi kita main belasah aja. Tapi sebelum tu kita belek-belek la buku-buku yang sedia ada. Basically bila kita dah tau structure, semua setel – balun aja pakai gam ke, stapler ke, benang ke, selotap ke, semua benda yang mengikat dan melekat kasi taruk. Agak-agak konfiden kita try jual test market. Dan lawaknya sewaktu batch pertama diedarkan, tiada siapa cakap kulit dia tertanggal. Semua senyap macam nak jaga hati. Saya secara peribadi rasa, kalau nak jaga hati pun berpada-pada la. Kita sedang menjaga kualiti, jadi kalau berlaku kegagalan, kita akan cuba lagi sampai jadi. Barulah satu macam punya kualiti pencetakan! ;-)
Ridhwan Saidi
P/s: Mungkin bila ada untung lebih atau ada permintaan, kami akan upah sesiapa menjadi penyunting kepada KBFS dan ASCK untuk dicetak cara kedai. Yang jahit tangan tu kira rare la, dalam 300 naskah gitu (dah habis stok) keh keh keh.
Ahad, Mei 22, 2011
Pengalaman Membaca Masing-Masing
Tidak kira samada membaca novel atau pun menonton filem, pengalaman yang kita alami itu tidak lagi terikat dengan si pembuat atau pengarang atau pengarah tersebut. Ini kerana menurut Foucault, intepretasi sesebuah teks atau karya atau werk itu akan terkongkong dengan intelektualiti, rasa, berahi dan aksi fizikal si pembuat/pengarang/pengarah. Walhal kesemua itu adalah milik mutlak si pembaca. Ia adalah pengalaman peribadi dan intepretasi si pembaca. Macam kata Gibran, guru yang baik tak akan bawa muridnya masuk ke dalam dirinya. Guru yang baik akan bawa murid itu masuk ke dalam diri mereka sendiri. Dalam kes Foucault tadi dia sedang mengkritik author (bagi novel) dan auteur (bagi filem). Secara amnya dia menolak satu jalur kepengarangan mutlak. Hegemoni kepengarangan harus dirobohkan demi sebuah intepretasi yang jauh lebih bebas (atau lebih hip dipanggil demokratik). Lebih ekstrim, 'pengarang sudah mati' ucap Barthes. Sewaktu ditemubual dengan Bissme, serta sesi minum kopi dengan Nazim selepas itu, saya cuba menerapkan hal ehwal pasca-moden ini. Malah saya juga membincangkan hal ini dengan semua orang yang saya jumpa – Dewa, Fasyali dll. Hal ini sama kesnya dengan proses adaptasi. Teks/karya/werk yang diadaptasi bernaung di bawah diri si pengadaptasi. Tetapi selepas itu apabila filem itu ditayang kepada umum, ia menjadi milik si penonton pula. Ia menjadi pengalaman menonton masing-masing. Dan paling penting di dalam pengalaman yang kita alami ini baik menonton mahu pun membaca; adalah momen-momen yang telah berjaya 'sentuh' diri kita (Bayangkan bagaimana suatu momen dalam beberapa saat boleh membuatkan kita ingat seumur hidup). Kadang-kala ia berkesan buat A, tetapi tidak pada B, tetapi momen lain pula yang berkesan pada C. Jadi di dalam kehidupan mahu pun kesenian, kita sedang meraikan momen-momen yang telah berjaya menyentuh dan menggerakkan kita supaya berubah dan berhijrah menjadi insan yang lebih baik. Jika sesebuah filem atau novel itu telah membuatkan kita buang sampah ke dalam tong sampah, itu sudah boleh dikira bagus (bagi kita yang hidup di kota yang serba kotor ini). Sebagai contoh, rasa hormat saya pada guru memuncak selepas saya menonton RED BEARD oleh Kurosawa. Mungkin orang lain tak dapat relate, sentiasa ada filem atau novel yang akan membuatkan kamu lebih menghormati guru (sebagai contoh LASKAR PELANGI misalnya). Memandangkan saya selaku pseudo-afisionado sinema entah bagaimana boleh terjerumus ke dalam lembah penulisan novel. Dan novel saya telah diterbitkan oleh Fixi. Dengan respon yang pelbagai di Goodreads dan internet dan buah mulut. Saya tak kesah samada orang suka atau pun tidak kerana ia adalah pengalaman membaca masing-masing. Boleh jadi saya tidak suka dengan novel sendiri, tetapi jika ada orang suka, saya perlu hormat kerana ia adalah pengalaman membaca mereka. Mungkin ada momen yang sangkut, kita tidak akan tahu. Menjawab pertanyaan Bissme mengenai harapan, saya tidak meletakkan apa-apa harapan terhadap pembaca/pembeli kerana ia sesuatu yang sia-sia. Saya telah putuskan hubungan saya dengan novel itu dari hari pertama ia dilancarkan. Macam seorang bapa yang memiliki seorang anak, apabila anak itu sudah cukup umur – sudah cukup pandai untuk melintas jalan, tak perlulah kita pimpin lagi tangan mereka. Kita biarkan novel itu hidup berdikari di atas rak sambil buat anak baru ha ha ha.
Ridhwan Saidi
Sabtu, Mei 14, 2011
They Must Eat
Mat is a 27 years old sawo matang skin coloured Malay zombie. A typical Romero zombie would walk the earth to feed on human brains. But Mat has a different purpose. He’s here to settle his student loan – PTPTN.
From his grave in Sungai Besi, Mat walk slowly with his rotten calf to the nearest local bank in Salak Selatan. He was laid to rest last week (hence the skin tone). It took him six days to mangle free from his kain kapan and another day to dig out of the grave. It rains heavily thus in a way helps Mat to reach the surface quicker.
As Mat walk along the highway, an empty cab passes by. Mat has no intention of getting the cab. It was around 7:20 PM (Mat knows this from the subdued Maghrib prayer call). Surely out front there will be a traffic jam.
Mat takes a left turn into an abandoned kaki lima. It looks as if it was burned down by some ah longs. There is a sense of coercion. Further up the stairs a local bank come into sight. Mat owed RM20,000. In his bank account there was RM5,000 as he remembered. It was Mat first royalty from his best selling novel entitled Cinta.
“Sorry sir, the bank is closed,” says a handsome Nepalese guard.
Mat tries to say something but his jaw won’t move.
“But you can use the ATM over there.”
Mat nod and walks towards the ATM.
“Thank you sir.”
But Mat did not have his ATM card. What should he do? As Mat tries to think with his decomposed brain, an Aston Martin DB9 appears. A well-dressed Tan Sri walks out from the bank. Tan Sri sees Mat and stops walking. He turns back and says something to the Nepalese guard. The Nepalese guard walks towards Mat. He pushes Mat away from the ATM. Mat tries to stand his ground but his weak calf does not permit him. Poor Mat falls into a drain. He almost passes out.
“What have you done?” Tan Sri says to the Nepalese guard.
“No!”
“No? I asked you to tell this young boy to come to me. Why on earth did you push him?”
“Why do you want to be near him? He’s a stranger.”
“I want to talk to him.”
“Talk? Huh…”
“Are you jealous?”
“What did you just say?”
“You are jealous aren’t you?”
“Say what you want, I’m outta here.”
“What about your OT? You need it.”
Somehow Mat was caught up in the middle of an inter-class, inter-national, same-sex relationship.
“Poor boy… let me help you.”
Tan Sri and his Malay driver help Mat out of the drain. His right calf is broken.
“This doesn’t look good. I’ll bring you to my house and we’ll get a private doctor.”
“But Tan Sri, this car only have two seats.”
“It’s okay, he can take the boot.”
“But Tan Sri, he’s our guest. Let me be in the boot.”
“Are you sure?”
“For you Tan Sri, I’ll do anything.”
“Okay then.”
With the driver locked in the boot, Mat drove Tan Sri to his house in Sri Hartamas. It is an automatic transmission car. Mat uses his healthy left foot to push the acceleration paddle. The Aston Martin moves swiftly in the emergency lane avoiding the law-abiding traffic jam. It took 20 minutes for Mat to reach Tan Sri’s house.
The façade of the house looks like a retaining wall in West Bank. It is artistically layed assymetrical so it has a post-modern sensibility. An Indonesian maid helps Mat enter the house. A red steel spiral staircase becomes the main attraction of the living hall. It has a semi-void quality as of those serambi in a traditional kampung houses.
“Don’t worry son, a doctor will help you in a minute,” said Tan Sri as he walk up the spiral staircase.
Mat was put on a steel table under a heavily ornate chandelier. It feels like a combination of a hospital and a hotel.
Mat feels grateful. He will ask Tan Sri to payoff his student loan with his savings. With Tan Sri’s kind generosity, Mat might as well settle his RM15,000 debt. Mat will do anything as the Malay driver in the boot did.
As Mat dreams on, Tan Sri and Datin sit next to him. On his right side, a young Eurasian couple in love (possibly brothers and sisters) sat. They say their prayer while the Indonesian maid stands in one corner. A grandfather clock chimes at 8 PM. Mat feels itchy.
The boy starts to slice Mat’s knee while Datin slices up his thigh; the girl slices Mat’s shoulder while Tan Sri works on his forehead. As Brahms fills the atmosphere, the Indonesian maid pours a glass of red wine for each of them. Tan Sri talks about his future plan as he slice open Mat’s skull. He uses a straw to suck all the juices from Mat’s brain (the action looks as one working on a ‘gearbox’ soup.) The girl chews Mat’s shoulder as Datin tries a whole piece of Mat’s undead penis. But then the boy stopped eating, as he was busy chatting through his iPad 2.
Ridhwan Saidi
Ridhwan Saidi
Selasa, Mei 10, 2011
Satay Kuang Mahadi
Mat, Wak dan Minah duduk semeja. Di meja sebelah, satay aku tiba. Boy remaja berkacamata yang menghantar makanan mengucapkan, “Selamat makan bang!”
Aku pesan enam cucuk satay. Dua ayam, dua kambing, satu daging (lembu) dan satu perut (babat). Kuah kacangnya kelihatan cair. Aku cuba satay kambing memandang ia yang termahal (80 sen secucuk.) Sensasi dagingnya jelas berjus. Kuahnya walau tidak sepekat kuah kacang (dan sambal) satay Kajang (Samuri) tetapi masih ada rasa. Seterusnya satay ayam yang sedikit keras dan biasa, tiada apa yang istimewa (biasanya aku minat ayam.) Kemudian aku cuba perut/babat pula. Aku tiada idea apa rasanya, sengaja cuba. Teksturnya kenyal seperti mengunyah sotong, tetapi sensasinya hambar. Terakhir sekali daging (lembu) yang rasanya hampir menyerupai kambing. Ia berjus dan mengasyikkan jika kena pada yang lembut. Tapi kadang-kala ada bahagian yang liat – potong stim.
Kedai ini terletak di hadapan Lorong Manggis, bertentangan Lorong Kemuning. Rimbun Dahan terletak 2 minit dari sini. Atmosferanya tipikal tempat makan kampung di tepi jalan. Selain Melayu Jawa yang menduduki kawasan Kuang, terdapat juga keluarga India yang beli bungkus. Mereka tinggal di kawasan estet tidak jauh dari situ. Kelapa sawit merata-rata. Rumah estet mereka ini bukan calang-calang, ianya lapang dan lebih cantik daripada rumah-rumah semi-detached taman perumahan. Aku arkitek, aku tahu ini.
Selain keluarga Melayu dan India, belum nampak batang hidung yang lain. Terdapat sebuah perkampungan Orang Asli di pedalaman Kuang. Aku pernah mandi sungai di situ. Aku tidak pasti jika mereka juga akan makan satay di sini. Mungkin masih awal, jam menunjukkan pukul 6:30 PM. Selepas senja baru kedai ini hidup barangkali. Tidak jauh dari sini, terdapat sebuah lagi kedai satay yang lebih pop – Satay Sri Subang. Di situ mereka turut menjual nasi lemak bungkus daun pisang yang sedap dan comel serta jeli kelapa yang sejuk dan lazat. Walaupun rasa daging satay-nya kurang nyata berbanding di sini. Tetapi makanan sampingannya menarik.
Di meja sebelah, Minah membelanja Mat dan Wak makan. Wak saudara Minah dari Indonesia. Mereka sedang menunggu Wahyudi, anak sulung Minah. Seraya itu Boy menghidangkan mereka satay.
“Wahyudi kat bandar, sekarang ni yang menjadi kesayangan yang ni ha,” kata Minah.
Boy salam dan cium tangan Wak dan Mat. Mahadi bos kedai satay ini bersaudara dengan Minah. Aku tidak pasti apa hubungan mereka tetapi hampir semua yang keluar dari Lorong Manggis ditegur. Boleh jadi Lorong Manggis ini tanah pusaka milik generasi keluarga mereka. Kerana memang menjadi kebiasaan di lorong yang terdalam dibinakan rumah untuk mereka yang baru mendirikan rumahtangga.
Menurut Minah, hanya teman-teman sekolahnya sahaja yang tahu nama Wahyudi. Selepas ke bandar, dia dikenali dengan nama lain. Mat yang menemani Minah agar mereka tak dipandang serong diam hisap rokok. Mereka kemudian disertai seorang anak muda bernama Adik yang menaiki motosikal RX-Z. Minah menceritakan kepada Wak bahawa Adik juga nanti akan jadi seperti abangnya bekerja di bandar. Adik bangkit bermain dengan Boy.
Selesai makan dan minum segelas ais sejuk. Semuanya RM4.40. Azan Maghrib berkumandang terang. Langit gelap. Aku pulang. Mat, Wak dan Minah masih menunggu Wahyudi.
Ridhwan Saidi
P/s: Ditulis untuk Selangorlicious. Klik!
P/s/s: Terletak di daerah Gombak, bukan Selayang.
Isnin, Mei 09, 2011
Asam Pedas Kafe Bawang Merah
Sementara menunggu ibu kami menjalani pembedahan kecil (pada jari) di Subang Jaya Medical Centre. Aku dan adik menapak keluar cari makan tengahari (di dalam, kami tiada selera makan berhawakan bau ubat-ubatan.) Tidak jauh dari situ kelihatan sederet barisan rumah kedai. Kami berjalan di kaki lima sambil telan air liur. Jam menunjukkan pukul 2 pm. Ruang di kawasan ini bersih. Ini tentu ada hubungan terus dengan keberadaan SJMC. Malah kedai mamak di sini amat bersih, ruang interior-nya tak ubah seperti sebuah klinik; sungguh! Kami menggelarnya 'mamak klinik'. Ingin saja kami cuba Maggi goreng di situ, tetapi memandangkan kami masih banyak masa, kami terus mencari.
Hampir di hujung bangunan, terdapat sebuah kafe bernama Bawang Merah. Ianya tersepit di antara sebuah kedai pizza dan farmasi (yang semangatnya seperti kedai runcit). Terdapat satu daya yang menarik kami ke situ - tempat ini ada class. Kesemua meja diduduki, tidak kurang ramai berkongsi meja. Tanpa membuang masa kami masuk ke dalam.
Ruangnya terbahagi sama rata al fresco dan indoor. Walaupun belum cedok lauk, kami suka ruang itu - ada warmth. Kami minta nasi putih, asam pedas (ikan tenggiri) kuah lebih, bok choy, tahu kicap dan segelas air suam. Sementara menunggu air, adik ke rak kuih-muih. Adik ambil tiga biji buah Melaka.
Susunatur ruang di Bawang Merah ini cukup organik - manusia berinteraksi (ingin berkongsi meja, di laluan yang sempit, di pintu yang satu - paling kurang kami bertukar-tukar senyuman.) Terdapat pelbagai lapisan spektrum masyarakat di dalam kafe kecil ini. Bukan kuantiti dan bilangan kepelbagaian kaum, gender, umur atau warna kulit yang menjadi kayu ukur; lebih penting, kami rasa selesa.
Selesa, selesa juga. Perut yang lapar perlu diisi. Dimulai dengan isi ikan tenggiri, jus laut yang meresap ke dalam lidah dan tekak membuatkan aku tersenyum seorang diri. Adik turut serta. Kini sensasi asam pedas itu menjadi nikmat masing-masing. Mungkin agak cheesy untuk claim itulah asam pedas terbaik di Lembah Klang, tetapi bagi aku itulah asam pedas terbaik dunia.
Walaupun aku anak kelahiran Selangor, aku gemar makan asam pedas. Jika turun ke Selatan, aku pasti singgah di mana-mana (terutama di Bukit Katil, Melaka) untuk makan asam pedas. Ibuku orang Muar juga kadang-kala masak asam pedas (ikan pari), tetapi selalunya sensasi kepedasannya yang menyerlah - rasa lautnya kurang (keluarga kami lebih agragrian daripada maritim). Di Bawang Merah, ianya enak sekali. Kami tidaklah kekenyangan, tidak juga kelaparan. Proporsinya cukup-cukup.
Dengan buah Melaka sebagai penutup sajian, sensasi gula Melaka meletus di dalam mulut seperti Choclairs. Kulitnya lembut dan nipis, kelapanya lemak, isinya generous. Oleh kerana terlalu seronok, aku hampir terlupa bayar ketika hendak keluar. Mujur adik ingatkan. Semuanya RM13.
Ridhwan Saidi
Ridhwan Saidi
P/s: Ditulis untuk Selangorlicious: klik!
Khamis, Mei 05, 2011
(Th)eru Part Deux
"SERU memenuhi tuntutan sebuah filem slasher, so what?"
Saya tulis pasal SERU ni lagi, tanpa disedari mungkin akan membuatkan lagi ramai orang nak ke panggung. Tapi takpe, kena tulis juga pasal nak respon apa yang Fadz tulis.
Bila Fadz kata sistem bunyi panggung suck (tontonan kedua). Saya boleh relate dengan itu, sebab ya memang pengalaman menonton saya lebih kurang sama. Bunyinya 2 dimensi datang dari arah depan. Dan satu lagi hal yang membuatkan pengalaman menonton saya kurang kick, hampir semua penonton bersifat pesimis tak bertindakbalas. Malah mereka bersuara menyoal dan mengeluh, "Apa kebenda ni? Kenapa dia tak lari?" dan seumpamanya. Tapi saya tak ambil pot sangat apa reaksi orang ataupun kualiti sistem bunyi panggung yang kurang menyengat itu. Sebab sejujurnya ia boleh jadi best, kalau filem itu benar-benar best.
Fadz juga ada mengatakan bahawa filem ini menarik kerana menggunakan undang-undang filem seram – slasher yang betul. Memang betul kalau nak dibandingkan dengan filem-filem seram tempatan sebelum ini, memang bangang perlaksanaan dan kepatuhan ia pada nikmat seram itu sendiri. Filem SERU ini tentunya lebih baik dan ternyata merupakan antara filem seram terbaik tempatan. Tetapi kalau kita kembali kepada sense, cuba kita tanya diri kita kembali. Apalah sangat undang-undang filem slasher? Apa yang komplikatednya dengan subgenre slasher ini? Di tempat yang terasing, sekumpulan manusia cun dan jambu (rugi takde awek sweet bertudung,) gelabah – sorang mati, gelabah – sorang mati, gelabah – sorang mati dan seterusnya sampai tinggal sorang; akhir sekali ada twist sikit. Ianya bukan susah sampai perlu berfalsafah pun.
Maka dengan itu saya tak rasa kita patut jadikan filem-filem seram tempatan yang lemah sebagai kayu ukur. Kalau saya lihat begitu, sudah tentu saya akan puji filem ini lebih-lebih. Buat apa saya bandingkan filem ini dengan PENUNGGU ISTANA atau SENJAKALA atau DILARANG MASUK? Sewaktu saya tonton filem ini (dengan Fadz mengatakan ia true horror) heck, saya menjadikan CANNIBAL HOLOCAUST sebagai kayu ukur. Betapa malangnya nasib saya. Selepas menonton SERU semestinya saya perlu lupakan hal ini 'atas sebab-sebab tertentu.'
Saya juga turut bersetuju dengan TMBF di mana filem ini sedikit inovatif daripada kebanyakan filem tempatan. Tetapi inovasi itu saya lihat hanya pada permukaannya sahaja. (Di dunia serba konsumer kita ini, semestinya packaging-nya kena menarik, supaya orang tertarik lalu beli.) Ia menarik dengan teknik shaky-cam-nya. Tetapi serius di sebalik teknik shaky-cam ini, yang saya jumpa adalah elemen-elemen filem seram tipikal tempatan yang lain. Saya jumpa kebingitan dan kegelabahan I KNOW WHAT YOU DID LAST RAYA, atau sewaktu momen anak orang asli itu dibangkitkan, tak ubah macam babak filem-filem seram Ahmad Idham.
Tetapi yang lebih penting, ia bukan soal originality pun. Debaran takut-takut dan seram-seram dan bunuh-bunuh dan darah-darah dalam filem ini tak berkesan buat diri saya. Saya juga tak benci filem ini, ia lebih seperti menghirup sup yang tawar. Takde rasa. Nak kupas filem ini meraikan dan memenangkan semangat kesetanan pun takde mood. Atau orang asli sebagai semangat setempat yang jahat membunuh anak-anak muda glokal kita ini pun sama. Tiada daya yang merangsang untuk saya kerjakan filem ini cukup-cukup. Saya cuma larat menghuraikan kenapa saya rasa filem ini tak best buat saya atau filem ini sebenarnya 'biasa' secara jamaknya. Ianya filem yang bosan, membuatkan saya hampir tertidur.
40/100 adalah markah yang tepat bagi SERU. Saya hanya beri lima jenis markah bulat (walaupun per seratus; pasal malas nak bersemangat sangat dengan filem-filem ni) iaitu 10, 40, 60, 80 dan 90. Saya namakan ia sistem 5B.
10/100 untuk filem-filem Bangang.
40/100 untuk filem-filem Belia/Biasa.
60/100 untuk filem-filem Baik.
80/100 untuk filem-filem Bagus.
90/100 untuk filem-filem Binfilem.
Saya tak boleh beri 60/100 pasal GREAT DAY dan ANU DALAM BOTOL berada di situ. Kedua-dua filem ini berjaya menyentuh hati atau perasaan atau akal atau detak atau sanubari (tak kisah apa orang nak panggil) saya. Ia berjaya membuatkan saya sekurang-kurangnya ada usaha untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik. Debaran-debaran SERU tidak nyata, jadi ya, ia tak beri kesan apa-apa. Saya pun dah lupa filem tu pasal apa, hanya beberapa 'imej' yang melekat dalam kepala dan untuk ini saya berterima kasih.
Fadz juga ada mengatakan di ruangan komen TMBF bahawa 'poin filem ini dibuat khusus untuk peminatnya' menarik. Saya pula selaku seorang yang tak mengaku blogger, merasakan perkara ini tak menarik. Bagi mereka yang menulis di arus perdana macam surat khabar atau laman web popular, mungkin ya si pengulasnya perlu memikirkan hal ini. Cuma saya di sini menulis di blog. Blog adalah sebahagian daripada budaya open-source. Ianya adalah kolektif suara-suara peribadi yang terpinggir. Saya tak perlu menulis on behalf of these fans. Saya menulis untuk diri saya. Saya ada pendapat saya, Fadz ada pendapat dia, TMBF pun ada pendapat dia. Pendapat-pendapat ini kita gunakan sebagai input awal, lepas tu kita pergi tonton SERU – lepas tu kita sendiri keluarkan pendapat sendiri. Itu pentingnya budaya pasca-moden yang kita sedang alami sekarang. Pembaca blog tak sepatutnya subscribe pada pendapat para blogger. Jika ini berlaku ia tak ubah seperti kita membaca surat khabar parti-parti politik yang bias. Seorang blogger perlu telus. Seorang pembaca blog juga perlu telus.
Mengenai filem SERU ini yang pening rasa macam nak muntah. Serius, pembikin dan produser perlu fikirkan hal ini. Ini bukan masalah shaky-cam, atau genre found-footage. Malah garapan filem ini pun sebenarnya ok, bukannya seratus peratus bergegar, ada juga momen-momen yang statik. Masalahnya saya rasa berpunca dari permainan depth of field lensa, atau bokeh, atau circle of confusion, atau kekaburan itu yang begitu ketara tahap lensa d-slr. Teknik ini hanya berkesan kalau imej itu tidak bergegar, sebab bila ia bergegar kita mula rasa loya gila. Saya tonton ENTER THE VOID yang berdurasi dekat 3 jam itu tak pula rasa loya (tapi pening-pening lalat tu ada.)
Untuk menutup entri ini, saya sertakan sebuah iklan a la verite yang saya lebih gemar (walaupun iklan!) Manusia-manusia di sini lebih cool dan tak terlalu berusaha untuk berlakon. Suntingan awalnya tak mengada-ngada, gerakan kameranya tak mengada-ngada, budak di awal pembukaan pun tak mengada-ngada. Malah mereka hanya gelabah apabila alien itu menjerit memberikan tanda bahaya. Walaupun ia dilaksanakan secara komedi, ianya berkesan, ingat tu, berkesan!
Ridhwan Saidi
Selasa, Mei 03, 2011
Suara-suara mereka yang dah baca novel Cekik
"a tragic, i love the story. a real fiction. cekik atau leher" —Rina Jainal
"Just finish reading cekik... it's out of this world... phenomenal..." - Razali Khamis, FB
"Cekik is a postmodern, trippy kind of book totally unlike anything I have read by a Malaysian." - Amir Muhammad, via Good Books Guide
"Bacalah untuk tahu siapa tercekik dan siapa mencekik." - Bukan Blog Awek Kedai Buku
"Selepas baca novel ni baru aku tahu porno bukan sekadar romen-romen tapi lebih dari itu. Nampaknya selama ini aku sudah membaca novel-novel porno tanpa aku sedari dan aku sudah bersenggama dengan novel ini tanpa aku sedari juga! Ya, aku sudah menoceng pemikaran aku." - budaknie.blogspot
"Kau bayangkan kau tengok blue sensorang, pastu satu rumah blackout." – M. Faiz Syahmi, mizukiralabmalayversion.blogspot (spoiler)
"cekik mencekik, perlu dikunyah perlahan sebelum ditelan" – Nasyrun Nasyrun Nasyrun, Facebook
"Walau bagaimanapun novel ini sekurang-kurangnya bercerita tentang perkara yang selama ini wujud dalam persekitaran kita tetapi kita tidak sedar atau buat-buat tidak sedar." – Kamalia Ramlan
"Kitaran semula trajedi Oedipus secara pascamoden ala Binfilem." – Shafiq Halim
"melawaskan" – Zhafir, Goodreads
"Ia ibarat menonton Lucia y el sexo, dengan aksi seks tak tentu hala. Membazir masa saya." - Saidatul Madiha, Facebook
"Perghhh. Terbaik dari ladang. Tu je mampu komen." – Suria L'eiqa, Facebook
"surprising indeed. the content i mean." – SinumaMN, Goodreads
"Apabila mee maggi juga boleh dijadikan cerita untuk page yang pertama. apa lagi yang harus dikata: WAJIB BACA." – Sentap Hati Mak Su, Facebook
"just finished the first chapter of cekik, enjoyed it. can't wait to read the rest. its the writer's first novel? shockingly delicious read" – Joline Tang Imm Lee, Facebook
"Novel Cekik hasil karya Ridhwan Saidi pula lebih kepada cerita penyiasatan bagi mencari penyelesaian kes pembunuhan, namun turut diselitkan unsur seks dalam penulisannya." – Muhammad Fairoz Azizan, Hip, Berita Harian
"cekik is something else altogether..luckily I dtg launch party n beli haritu...heh" – Lyla Ibrahim, Facebook
"Very Murakami-esque. Very refreshing to read this style of writing in Malay. And I'll never look at a bowl of instant noodles the same way again. Ever." – Johnny B. Rempit, Goodreads
"saudara Amir, pemilihan cara penulisan sebegini dapat mempersembahkan persoalan kehidupan masyarakat yg secara konvensionalnya dipersembahkan menerusi penulisan berbentuk "literary" kepada pembaca -membuatkan ceritanya dan persoalan itu lebih mudah didekati, segar (tidak terlalu sarat dramanya) dan menarik jiwa pembaca golongan muda...syabas kpd Fixi dan penulis..kagum dan "inspired"..." – Jessie Richard, Facebook
"tahniahlah buat ridhwan, mmg, aku tak tau nak cakap.. speechless, ia terlalu ... ramai penulis aku rasa cuba menulis mcm ni, tapi gagal.. dan dia mencapainya..." – Fadli Al-Akiti, Facebook/Kububuku
"dah dapat tiga2 novel fixi. tengah menCEKIK. obsesi" – Ibn Bakr, Facebook
"pulang dari solat jumaat, gua teringat watak syed warith yang solat jumaat dgn memakai gaun perempuan" – faridfadhly, Twitter
"dh beli buku kau. best." - Ryana AlBakri, Facebook
"Watak Syed Warith yang berumur 16 tahun dan sudah menonton VHS filem lucah sejak usia 14 tahun, bercinta (baca: menjalin hubungan seksual luar tabii) dengan Suria Menado yang berumur 32 tahun dan bekerja sebagai pensyarah Falsafah Senibina di sebuah universiti swasta tempatan." – Uthaya Sankar, Malaysian Insider
"hari jumaat hari tuh i dah beli buku KOUGAR n CEKIK...nak xada rezeki kerta kerna pecah..ngan buku2 sekali dia angkut..huhu terpaksa la kerna beli balik..dah la i kat kb.." – Zul Ammr, Facebook
"What I like the most was the ethereal-like quality to the storytelling. You'll hear the story of Cekik from a bunch of unreliable narrators, so needless to say this might not be for everyone. You'll see how our protagonist jumps from one memory to another, making us wonder if the previous ones even took place to begin with." – Mamuvies.blogspot.com
"spontaniti diraikan sekali lagi oleh Ridhwan Saidi" – Fasyali Fadzly, Facebook
"When asked about his hopes for his book, he says with a laugh: “As a writer I’ve done my job. I don’t know myself whether I’ll read the book or not. Whether the book sells is not the writer’s concern but the publisher’s job." – Bissme, The Sun
"Perkara yang memberi impak dan tersimpan dalam kepala otak aku sampai sekarang adalah; petua orang tua-tua bagaimana nak menghilangkan pedas. Dan aku akan praktikkan satu hari nanti. Pasti." – Tekukurjantan.blogspot.com
"Novel nih sememang 18sx...dari gaya bahasa yang santai, sehingga sekesat yang mungkin digunakan dalam novel CEKIK nih ( so, sapa2 yang ada anak2 tu, pastikan mereka membaca disertakan pengawasan yang secukupnya yer ;-) )" – Luvly-izza.blogspot.com
"Aku tengah baca novel ko ni. Best!" – amirhimself, Twitter
"Walaupun mesej-mesej yang disampaikan tersebut adalah sinis dan pedih, saya suka cara penulis menyampaikannya. CEKIK adalah satu buku yang perlu dibaca menggunakan 'mata hati' dan bukannya secara semberono." – Topek Ketopekan, Goodreads
"I decided to read Cekik first among the 3 Fixi novels. What attracted me was the fact that it takes place in the future, but it's not a science fiction; and its non-stereotypical synopsis. I have to say that the novel offers a good introduction to Fixi's efforts. Cekik is free from boundaries or rules. Its unusual structure (or is it the lack of a structure?) makes it a refreshing read. What seems like 'flaws' throughout actually make sense at the end. There are still some 'question marks' left unanswered though. The Maggi mee story is a bonus, LOL! To sum it up, it's a BEAUTIFULLY IMPERFECT piece of work (borrowing Yasmin Ahmad's TVC). Well done, Ridhwan! I want to read more of your work!" – Rumaizah Bakar, Goodreads
"Keseluruhannya, aku berasakan Cekik ada potensi kalau ia dihasilkan dengan lebih serius. Mana-mana perkataan bahasa asing seeloknya diitalickan (kadang-kadang, memang tidak boleh elak). Dan aku masih berasakan yang adegan di atas katil dan aksi-aksi fetisy perlu digunakan secara ekonomi." – Uculer.blogspot.com
"Ada kenal sesiapa macam Suria ni tak? keh keh keh" – Ayam Fared, sms
"Finish reading Cekik, buku by Ridhwan Saidi yang beri percuma ke aku Selasa lalu. Nice written about isu bahasa and good story fasal AKU aka Warith. But still, the ending bukanlah jenis yang digemari juri Academy :) Tahniah, moga berjaya lagi dengan buku2 seterusnya." – Abror Rivai, Facebook
"The term cekik (strangle) does not just involve the father's murder, but is also incorporated into the sexual activities happening in this book. Really, for a Malay book I am astounded to see such sexual references used, so much so I had to put down the book for a while to stop my head from spinning :)" – Readersravereviews.blogspot.com
"Ridhwan Saidi + FIXI + 'Cekik' = Antoni Gaudi + Sagrada Familia" – Raiha Bahaudin, Facebook
"I dah baca. Tak sangka pengarah short film I boleh tulis macam ni. :)" – Fazleena Hishamuddin, Facebook
"Fixi CEKIK - sebuah novel Ridhwan Saidi tidak akan distok di mana-mana MPH "atas sebab-sebab tertentu"." – Fixi, Facebook
"abis tu cam ner nak beli cekik" – Nurul Fasyeha, Facebook
"Cekik buku 'rare'. Kalau nak beli, kena usaha mencari lebih sikit. (Nasib baik i dah beli kat Pesta Buku haritu)." – Dayang Noor, Facebook
disusun (& akan ditambah)
Ridhwan Saidi
Langgan:
Catatan (Atom)

































