Selasa, Jun 30, 2009

Anak Wayang

Rancangan ini pelik sampai kadang-kadang saya keliru beza rancangan ini dengan Raja Lawak. Paling kelakar, peserta-peserta ini diturunkan dari kereta mewah untuk berjalan di atas hamparan merah, (siap ada temuramah lagi tu) sebelum masuk ke dalam studio. Ini mengecewakan, serius. Atas nama bakat, rasanya program Bintang RTM lagi bagus walaupun koleksi pakaian RTM ‘semacam’ ditambah semua peserta dipaksa pakai contact lens berwarna.

Bagi saya, program mencari bakat lakonan tidak relevan langsung. Malah ada pelakon-pelakon drama yang bagus tapi tidak diberi peluang atau digilap melalui medium filem. Pokoknya yang lebih penting adalah idea, mencari seorang pemikir, seorang sutradara dan bukannya ‘bakat’ lakonan. Malah saya rasa penjual ubat kuat di Loken, Ipoh lagi berkarisma.

Tambah aneh, penaja utama rancangan ini adalah Canon! Bercakap tentang konsumerasi, rancangan ini tidak mengiklankan langsung produk-produk Canon. Daripada buat rancangan cari bakat lakonan ala-ala Akademi Fantasia, adalah lebih afdal jika rancangan ini digunakan untuk mencari sutradara muda. Jadikan Project Runway sebagai contoh. Hey Canon penaja utama, paling cikai beri saja mereka kamera D-SLR (model baru boleh rekod video) untuk selesaikan cabaran mereka, yakni video pendek, iklan, PSA, dokumentari atau apa-apa bentuk nikmat visual. Dalam masa yang sama, di bawah sedar pihak penaja sedang mengiklankan kualiti produk mereka. Apapun tiada teknologi yang boleh selesaikan masalah artistik.

Semestinya ke’selebriti’an (ala-ala Anak Wayang) perlu dihumban jauh-jauh. Rekaan setnya ringkas dan kosong, minimal, moden, takde bunga-bunga. Kalau rekaan setnya sarat berhias, macam mana filem nak maju bukan? Bercakap tentang mise en scène. 

Pastikan juri boleh baca filem. Di Malaysia ada lebih daripada tiga orang yang boleh baca filem, oleh itu ini bukan masalah. Cuma ia akan menjadi masalah besar jika yang tak reti baca filem dipilih menjadi juri. Ini sama macam mengaji Quran, ustaz/ah yang ajar mesti tahu tajwid, makna serta paling penting mesti boleh membaca! Kalau tak boleh baca, macam mana nak ajar budak?

Dan paling penting sekali, pengarah kreatif program ini perlu kreatif (dalam erti kata sebenar). Dulu cabaran-cabaran Project Runway Malaysia membosankan, pastikan ia tidak berulang. Walaupun cabarannya bertopengkan nilai-nilai komersial, tapi idea dan pemikiran (selain just duit) disebaliknya perlu ada. Sebab itu perlunya juri-juri yang boleh baca filem. Malah cabaran terakhir adalah ‘filem pendek’, jangan keliru dengan video pendek (ini bukan soal medium seluloid v digital tapi lebih dari itu,) tak semestinya yang dirakam dengan 35mm itu ‘filem’.

Juara dapat apa? Well bukankah David Teo nak 10 pengarah muda? Sediakan salah satu ruang untuk si juara. Daripada lawan dari luar, sekali sekala suntik racun ke dalam sistem ok apa? Pastikan juara muda ini faham filem (degil; agar tidak dipijak,) dan dalam masa yang sama strategi pemasaran berfungsi. Bila filem bagus laku, filem tak bagus laku akan goyang.

Tapi kalau semua yang terpilih dalam program ini tak faham-faham filem juga, alamat ia akan menjadi sumber hiburan lawak saya-lah.


Ridhwan Saidi

Ahad, Jun 28, 2009

RUMI

Kepada yang poyo sufi, tolong jangan perasan. Untuk peminat Asas ‘50, ini bukan agenda tulisan rumi, tau. ‘Rumi’ yang cuba saya khutbahkan ini tiada kena mengena langsung dengan itu semua, baik Rumi Sang Maulana mahupun rumi pengganti tulisan jawi.

Saya di sini ingin mencuit barang sekali dua akan sebuah event yang telah berlangsung beberapa minggu lalu di UiTM Shah Alam. Seperti biasa, saya datang sebagai pemerhati bebas yang memang sah, tak diundang. Dengan muka tak malu, saya rasa agak syok juga kalau saya titipkan beberapa komentar saya terhadap event ini, lebih-lebih lagi ini merupakan pengalaman kali pertama menghadirinya. Komentar saya pasti kasar (raw) berdasarkan first impression.

Sebelum itu, saya nak beritahu bahawa ulasan saya tak menyeluruh sepanjang empat hari (betul ke?) program berjalan. Saya hanya sempat mengikuti sesi sebelah malam, sekadar mengikuti acara persembahan dari setiap IPT awam dan swasta yang terlibat. Sebagai pengalaman kali pertama melihat acara sebegini, saya sungguh tak sangka mutu persembahan yang diberikan amat mengecewakan, apatah lagi jika difikirkan bahawa event ini melibat hampir kesemua IPT dari serata negara yang menyediakan kursus senibina. Kebanyakan peserta seolah-olah mengambil sikap sambil lewa, main-main dan tak nampak bersedia untuk membuat persembahan. Saya mendapat tahu penganjur sudah memberi surat jemputan lebih awal. Saya fikir, jika kebanyakan peserta mengambil serius, mereka seharusnya sudah membuat persediaan lebih awal dan memikirkan corak persembahan yang ada sangkut-paut dengan tema event, iaitu ‘RUMI.’ Tapi rupa-rupanya saya yang naif, itu tak berlaku.

Saya perasan, hanya ada beberapa IPT yang membuat persembahan yang sesuai dengan tema. Malangnya, saya tak ingat IPT yang mana kerana tak membuat sebarang catitan. Yang lainnya hampeh belaka, semuanya pakat-pakat merapu sampaikan ada sebuah IPT yang wakilnya menyanyikan lagu Yuna. Memang gila, beb! Bayangkan, apa relevannya tema RUMI dengan lagu ‘Yang Sebenarnya?’ Apa ‘yang sebenarnya’ tu?

Penekanan terhadap tema sangat penting untuk program sebegini, kerana selain berfungsi sebagai guide bagi setiap acara, tema juga akan menjadi sebab mengapa event ini perlu dikenang kerana keistimewaannya. Tapi tema tak semestinya diekspresikan sekelepuk bagai merenjis tepung tawar ke tangan pengantin. Setiap tema yang dipilih semestinya punya maksudnya yang tersendiri. Maksud ini seterusnya mencipta ‘roh’ yang tulus, yang mulus. Roh atau semangat tema inilah yang gagal ditarik keluar oleh para peserta workshop kali ini. Saya mendapat tahu, ada peserta yang merungut kerana tak faham tema, yang katanya terlalu puitis. Malah saya sendiri pun berpendapat tema RUMI bunyinya agak umum dan sukar dicerap hujung pangkalnya, terutama untuk mementaskan sebuah persembahan, dengan konsep persembahan yang relatif bebas. Mungkin ini juga menjadi punca rata-rata persembahan bagaikan orang rabun yang kehilangan cermin mata. Jadi, boleh dikatakan yang gagal di sini adalah dari segi pengisian tema itu sendiri.

Mungkin di lain masa, penganjuran workshop seperti ini memerlukan pemilihan tema yang lebih ‘catchy’ dan ringan sebagai daya tarikan, apatah lagi jika dilihat orang kita, tak kira elit ke, profesional ke, akademia ke, sampailah ke orang biasa secara amnya tak suka didera untuk berfikir. Lagipun, tiada beza pun di negara ini antara yang bergelar ‘mahasiswa’ dengan seorang petani, atau tukang gunting rambut, misalnya, dari segi keupayaan intelek, kerana kita di sini lebih berminat mengejar status sosial dan tangga gaji semata.

Dari segi penganjuran, bagi saya tidak gagal. Tiada istilah penganjuran yang gagal selagi ada acara pembukaan dan penutup. Cacat cela pengajuran, tak kira apa-apa penganjuran bukanlah perkara baru. Cuma bila ramai yang merungut tentang kualiti makanan yang disediakan tak mencapai tahap yang diingini, kelemahan sebegini perlu diambil pengajaran yang serius. Namun yang sebenarnya, pihak penganjur sendiri difahamkan kekurangan dana sokongan bagi menjayakan acara ini dengan lebih sempurna. Pihak universiti yang sepatutnya turut sama memberi bantuan tak datang membantu. Sebaliknya, mereka, pihak penganjur yakni pelajar senibina UiTM, seolah-olah dikencing oleh universiti sendiri apabila bantuan kewangan yang mereka terima dari pihak universiti, yang sepatutnya digunakan sebagai biaya kos penganjuran terpaksa ‘dipulangkan kembali’, disebabkan pihak universiti meminta bayaran untuk kos penginapan di asrama bagi para peserta. Inilah dia konsep ‘benteng terakhir orang Melayu’, sudah beri, minta semula. Dasar buruk siku.

Kadang-kadang saya terfikir juga, sampai bila kita perlu tengok universiti awam kita jadi hak milik para pegawai atasan dan para dekan fakulti? Bukankah kuasa autonomi universiti itu seharusnya jadi kepunyaan pelajar? Jangan hujahkan kepada saya bahawa pelajar UiTM mesti bersyukur kepada kerajaan kerana kos yurannya yang murah. Sebab, ini hujah murah untuk memesongkan pemahaman kita terhadap institusi ilmu, yang seharusnya bukan sekadar murah, tetapi kalau percuma lagi baik, untuk mereka yang layak. Pendidikan, sama seperti air, elektrik, perubatan dan perumahan adalah termasuk dalam hak asasi manusia yang TIDAK sepatutnya diniagakan sesuka hati.

Adakah jika yuran mahal itu tandanya kualiti ilmu yang ditimba lebih baik dari yang murah atau percuma? Di negara ini ada sebuah IPT swasta yang yurannya untuk satu semesta mencecah puluhan ribu ringgit. Ini contoh perniagaan mencari laba atas nama keilmuan yang sesuai untuk anak-anak orang kaya yang malas baca buku, atau memang semulajadi bebal. Perniagaan jenis ini bukan atas tujuan pendidikan, tapi atas urusan jual beli kertas sijil. Tapi lawaknya, disebabkan harga kertas sijil yang dibelinya mahal, maka sijil sebegini ini diiktiraf untuk mendapatkan kerja.

Jangan takut untuk mengkritik universiti kamu, wahai pelajar UiTM. Jangan peduli dengan hujah ‘tak mengenang budi.’ Universiti yang kamu duduki adalah universiti awam, yang bersumberkan dana awam, yakni wang saku kita semua sebagai warganegara yang membayar pelbagai jenis cukai setiap tahun. Kamu perlu tahu, yang sebenarnya (bukan tajuk lagu) kamu kritik bukanlah ‘universiti’, kerana universiti adalah entiti yang tak bernyawa, tak berfikir, tak berperasaan. Mengkritik sesuatu yang tak bernyawa, tak berfikir, tak berperasaan adalah kerja bangang. Yang kamu kritik – kamu harus sedar, kerana ada hak – adalah pembuat dasar dan pentadbir universiti yang berlagak seolah-olah universiti ini adalah warisan nenek moyang mereka, turun-temurun.


Mohd Ikhwan Abu Bakar

Selasa, Jun 23, 2009

Ilustrasi Sastera

‘Filem bukan ilustrasi sastera’ – Reygadas.

Melalui Wan Azli, saya telah diperkenalkan kepada Carlos Reygadas iaitu seorang sutradara muda dari Mexico. Beliau ini saya kira satu batch sama itu Michel Rojkind yakni arkitek kontemporari kegemaran saya juga dari Mexico.

Ilustrasi sastera ini bermaksud imej-imej bernaratif atau gambar-gambar yang bercerita (seperti komik/novel grafik.) Jadi, jika filem bukan ilustrasi sastera, habis itu apa? Ini membawa kita kembali mencari makna filem. Adakah 'cerita' itu filem? Adakah 'storytelling' itu filem? Jika kita kembali kepada Pure Cinema, sejujurnya kita sepatutnya sudah faham filem (sesucinya) pada dasarnya apa. Stan Brakhage, Koyaanisqatsi & Baraka, antaranya pada dasarnya menolak esensi teater dan sastera. Menolak ‘lakonan’ dari teater dan ‘naratif’ dari sastera. Filem seolah lebih dekat dengan muzik iaitu ‘feel’, cuma ianya secara visual.

Sebab itu, berbekalkan penghayatan Pure Cinema, kita berkebolehan untuk menilai atau menguji kredibiliti sesebuah filem itu. Bogelkan saja filem itu daripada lakonan (kepura-puraan) dan naratif, apa yang tinggal? 

Ini bagaimanapun tidaklah bermakna saya menolak naratif dan lakonan secara fanatik membuta tuli. Cuma kenyataan tersebut tanpa disedari telah membuatkan saya sedar lalu insaf. Ini kerana saban hari, acap kali saya menonton filem di multiplex, apa yang dipaparkan hanya sekadar sebuah ilustrasi sastera semata-mata.


Ridhwan Saidi

Ahad, Jun 21, 2009

Arteri

Saya ada periksa laman web ‘Arteri’ baru tadi. Ini laman yang ‘seni’ gitulah, saya pun tak pandai sangat. Sambil saya turunkan skrol tetikus, sambil tu juga saya baca sepintas lalu topik-topik yang dikarang oleh penulis-penulis di situ. Dan saya tak baca tajuknya saja, tapi saya berminat untuk tahu siapakah pengarang di sebalik tulisan-tulisan ini.

Jujur, sebahagian besarnya saya tak kenal, baik kenal tahap ‘pernah dengar nama’ mahupun kenal peringkat pernah bersua muka atau sudah bersembang teh tarik semeja. Ada di kalangan penulis ini orang Cina. Menariknya, mereka, walau tak semua dan tak ramai, menulis dalam bahasa Melayu dan saya tak fikir tulisan itu diterjemahkan oleh sesiapa dari bahasa Inggeris. Dan peduli lantak sama ada tulisan mereka itu bagus atau tidak, sebab persoalan sedemikian tak berapa penting sangat jika dibandingkan dengan masalah tak tahu, atau rasa malu (lagi celaka!) untuk menulis dalam bahasa Melayu.

Saya juga terperasan ada penulis orang Melayu di situ, tapi memilih untuk menulis dalam tulisan bahasa Inggeris. Saya tiada masalah dalam hal itu, yang kerap dikatakan hak masing-masing untuk bebas ‘berekspresi.’ Saya tak fikir, untuk berbahasa seperti bercakap atau menulis, perlu dibuat satu aturan yang wajib pula dipatuhi. Cuma dalam situasi semacam ini, saya memilih untuk bersikap sinikal saja, kerana ia penuh dengan ironi. Memang tak perlu dipaksa-paksa, untuk berbahasa apa pun, tapi pokoknya: attitude!

Setahu saya, saya punya pengetahuan yang maha cetek bila dilayangkan soalan tentang penulis-penulis Cina yang menulis dalam bahasa Melayu, yang saya ‘kenal’. Saya saat ini hanya mampu mengingati satu nama: Pauline Fan. Beliau saya ‘kenal’ kerana pernah menulis dalam majalah politik, seni dan budaya, Siasah beberapa tahun lalu. Sayang seribu kali sayang, majalah sebagus itu begitu cepat pula pupusnya.

Jadi dipendekkan cerita, saya sangat suka dan senang hati bila melihat ada orang Cina yang suka menulis dalam bahasa Melayu. Sepatutnya, lagipun, ini menjadi hal yang biasa yang mana saya tak perlu melahirkan perasaan ‘suka sangat’ andainya dasar kebudayaan kita dibentuk dalam satu dasar yang jelas, yang saya percaya, hanya dapat dilaksanakan dengan mengangkat bahasa Melayu. Sebab, kita sudah lebih 50 tahun ‘merdeka’ tapi dasar bahasa kebangsaan kita sangatlah memalukan, hinggakan bila ada orang Cina atau India yang bercakap atau menulis dalam bahasa Melayu, orang Melayu perlu berasa ‘suka’ atau ‘bangga’. Contohnya, saya pernah berasa suka bila terpandang seorang India membaca Harian Metro. Apa kejadah?

Alasan saya remeh, kerana bahasa-lah yang menjadi tunjang kekuatan dalam mana-mana kebudayaan di dunia ini. Kalau kita kecut dan tak yakin akan hal ini (bahasa), dan memilih untuk lebih percaya kepada yang bukan bahasa kita sendiri, alamatnya kita akan jadi satu negara bangsa yang cacamarba kerana tiada asas kebudayaan yang tersendiri dan kuat.

Tiada apa yang paling menyeronokkan bilamana melihat di Youtube, video sesi temuramah Jean Luc Godard. Situasinya begini, penemuramah bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris. Beliau pula dengan muka selamba menjawab soalan itu dalam bahasa Perancis tanpa was-was. Padahal sebenarnya Godard ini boleh bercakap dalam bahasa Inggeris. Saya tak nampak sebarang kerumitan di sini, kerana ada sari kata. Tapi yang lagi menarik, bukan-lah apa yang beliau jawab, sebaliknya tindakan beliau itu yang pada saya sangat cool. Kalau beliau ini perempuan, sudah lama saya copnya sebagai wanita seksi.

Kesah yang lain pula, lihat pada Carlo Ancelotti. Beliau bekas jurulatih kelab bolasepak AC Milan, kelab Serie A, Itali. Beliau sendiri adalah warga Itali. Tapi, baru-baru ini, beliau mengumumkan perceraiannya dengan kelab yang dibimbingnya selama lapan musim berturut-turut, kerana mahu melatih kelab dari London, Chelsea. Lalu, media mengheboh-hebohkan masalah utama Ancelotti untuk melatih Chelsea ialah kerana beliau tak begitu pandai speaking London. Hinggakan menjadi lawak, beberapa minggu sebelum perpindahan itu, beliau ‘terpaksa’ mengaku memang sudah lama belajar sikit-sikit bahasa Inggeris, bukan sebab ingin mengikat kontrak dengan Chelsea, tapi semata-mata mahu meredakan kehangatan spekulasi media dan peminat AC Milan serta Chelsea khususnya.

Namun jika dilihat semula, ada sebabnya mengapa Carletto perlu menguasai bahasa itu. Apa lagi kalau bukan kerana beliau mahu melatih pemain-pemain yang majoritinya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Secara teknikal, ini tindakan yang pragmatik berdasarkan keperluan, bukan mengada-ngada. Takkan nak cakap bahasa Itali? Sepatah haram pun budak-budak Chelsea itu tak faham. Bagaimana nak bina pasukan yang kuat kalau hubungan antara jurulatih dan pemain macam celaka akibat dibayangi oleh masalah komunikasi? Pun begitu, semasa di Milan, Ancelotti, saya tak fikir akan terhegeh-hegeh berbahasa Inggeris kerana sangat tak bermotif.

Ini contoh nyata individu-individu yang berjiwa merdeka, dalam erti kata yang sebenar. Mereka, baik Godard ataupun Ancelotti, tak segan apatah lagi gentar untuk bercakap bahasa sendiri di bumi sendiri. Apa yang tersembul keluar dari mulut itu sebenarnya hasil dari apa yang tertanam dalam tengkorak, yakni otak. Ini soal mentaliti, sama ada sudah betul-betul bersedia untuk mengaku bebas merdeheka, atau sikit-sikit masih lagi terjajah. Orang yang terjajah memiliki mentaliti pengecut, tak yakin, takut, dan sangat malu kalau dimarahi oleh tuannya, iaitu penjajah.


Mohd Ikhwan Abu Bakar

Selasa, Jun 16, 2009

Teknologi, Saintis dan Kapitalis

Technology is political – David Noble

(Tulisan ini mungkin tak cukup politikal atau memang tak politikal langsung. Tapi, harapan saya agar kamu sudahi bacaan yang ini.)

Sudah lama saya perhatikan, antara tabiat pelik di kalangan sesetengah manusia yang saya kenali ialah kegilaan mereka mengemaskini pakaian teknologi mereka. Teknologi di sini, saya maksudkan dengan peralatan/gajet elektronik/komunikasi seperti komputer, I-pod, telefon tangan dan sebagainya. Hari minggu pantang menjelma, mereka berkemungkinan besar akan menyerang Plaza Low Yatt. Saya pula, suatu masa pernah diperlekeh oleh kenalan gara-gara sikap saya yang buat tak endah dengan hal-ehwal komputer terkini, gajet tercanggih, telefon tangan termahal, dll. Saya mengaku, saya kurang ambil pot. Namun, jangan silap baca. Saya bukannya anti teknologi. Saya bahkan meraikan teknologi yang bagus dan menarik. Akan tetapi, saya fikir kita juga perlu melihat teknologi dari sisi yang lain. Begitu juga saya menulis ini atas dasar mengemukakan satu cermin pandang yang lain.

Jadi saya terfikir, mengapa hidup kita, manusia meta-moden ini, semakin karap dihambat teknologi? Semakin kita kejar, makin laju ia berlari. Ini seolah-olah mengejar sesuatu yang tak akan dapat kita kecapi. Kita hanya mampu berlari hampir dengannya, tapi bila sudah mendekat, ia rupa-rupanya terus memecut laju meninggalkan kita dalam keadaan terpinga-pinga. Misalnya, katakan ada seorang Mamat membeli gajet yang paling mutakhir di pasaran, dia sebenarnya hanya mampu berasa, atau lebih afdal lagi, berilusi, bahawa dia-lah yang paling best atau cool kerana memiliki barangan tercanggih yang boleh ditayang di depan rakan atau teman wanitanya. Inilah ilusi kononnya hidupnya sudah hampir sempurna dan lebih hebat dari orang lain. Kalau dia tayang depan saya, memang mampus saya tak pandang. Silap hari bulan, saya lempang saja si Mamat ni.

Tapi dalam masa yang sama juga, dia terlelap perasan bahawa tak sampai seminggu, malah mungkin keesokan harinya saja sudah keluar lagi model yang paling baru. Selang sebulan dua, gajet yang dibelinya itu sudah kotai. Kemudian tergerak lagi hatinya untuk membeli gajet yang paling paling terkini, konon tak mahu kalah atau takut dilabel ‘ketinggalan zaman’ oleh manusia-manusia bahlul di sekelilingnya. Ini serupa kerja orang bingai. Dan kerja bingai ini akan berterusan. Hakikatnya, hidup Mamat ini tiada apa-apa makna, kalau pun dia sibuk memperagakan barangan tercanggih setiap hari. Apa yang pasti, towkey kedai dan syarikat pengeluar barangan tadi yang melipat untung.

Tak pernahkah mereka terfikir, apa maknanya semua ini? Mana hujung pangkalnya semua ini, kerja mengemaskini teknologi setiap hari? Bagi saya, semua teknologi ini berpunca dan digerak-pantaskan oleh kaum pemodal alias kapitalis. Contoh senang, Microsoft itu syarikat multinasional. Sony Corporation yang handal dalam pengeluaran barangan elektrik dan elektronik itu juga pastinya syarikat kapitalis. Orientasi syarikat-syarikat besar ini pastilah keuntungan maksima. Jadi, bagaimana nak memaksimakan keuntungan? Sangat mudah. Jemputlah para saintis dan pakar-pakar teknologi yang hebat untuk melakukan segala macam pembaharuan dan penciptaan terkini. Semua kajian lazimnya akan melalui proses R&D (research and development). Proses ini akan ditanggung oleh majikan iaitu para pemodal tadi kerana ia melibatkan modal yang besar.

Tujuannya adalah bagi memastikan bahawa penjualan berterusan dan pasaran tidak akan mati. Jika pasaran mati atau lembab, mereka, para kapitalis tadi akan dianggap gagal memaksimakan keuntungan. Oleh itu, proses konsumerasi perlu dipastikan agar terus berjalan pantas. Kita, para konsumer, wajib dilambakkan dengan alatan/gajet paling canggih, dengan pelbagai pilihan. Dengan banyaknya pilihan pula, kita boleh membanding-bandingkan barangan yang kita miliki dengan orang lain. Bila timbul perbandingan, akan timbul persaingan. Lalu, akan timbul pula peraduan untuk saling kalah-mengalah sesama sendiri. Peraduan ini sial mudahnya, hanya perlu tunggu keluaran apa yang paling baru, cukupkan wang kemudian sambar apa saja yang terkini! Komputer siapa paling lengkap serba-serbi, atau paling laju, dia menang. Hahahha...mamposss lah!

Sebelum itu, ilusi wajib dicipta melalui iklan agar pembeli berasa puas dan hebat. Dalam hal ini, pengiklanan juga memainkan peranan yang amat penting. Sesiapa yang memiliki barangan paling canggih, akan dijual mimpi-mimpi yang ‘wow.’ Anda akan kelihatan cool jika memiliki barangan ini! Syarikat-syarikat pengeluar tahap gergasi akan meyelinap di sebalik apa yang hot, apa yang cool, apa yang kelihatan megah hebat di mata orang ramai. Selalunya, sasaran utama pastilah golongan muda yang masih kemaruk untuk bergaya dan hidup indah dibuai ilusi. Kalau tidak, masakan dalam klip video kumpulan Meet Uncle Hussain untuk filem KAMI itu, di bahagian akhir klip video, ketika budak-budak KAMI memandang ke arah billboard yang tertera logo ‘K.A.M.I’, sempat juga diselitkan logo Nokia selaku penaja di bawahnya? Imej ini cuba menegaskan bahawa jenama Nokia itu cool serupa macam budak-budak KAMI. Maka gunalah telefon Nokia kalau nak cool, serupa macam saya. Tapi dengan adanya tulisan ‘Nokia’ tersebut ‘kehormatan’ visual itu sudah dicabul.

Oh, perasan atau tak, kebelakangan ini juga banyak syarikat telekomunikasi atau elektronik yang beria-ia benar mahu menaja aktiviti muzik ‘indie’, konon mahu menyokong ‘kemajuan scene independent tempatan.’ Pelik, kalau dah ‘indie’, sepatutnya pandai-pandai-lah bergerak secara mandiri. Ini tidak, kena pula bergayut kepada kaum pemodal walaupun sebenarnya mereka, kaum pemodal ini tak ikhlas kerana bermotifkan keuntungan semata-mata. Yang dikatakan scene ‘indie’ itu hanya dijadikan modal melipat untung. Jadi, indie? Pooodahh!

Mungkin kita tak sedar bahawa ini semua adalah permainan dunia kapitalis. Kita sepatutnya sebagai pengguna wajib waspada dari membiarkan diri kita ditipu sewenang-wenangnya dengan membeli sesuatu yang bukan keperluan secara rakus. Bayangkan, jikalau kita semua berbelanja secara berhemah, dan menggunakan teknologi atas dasar keperluan, dan bukan keinginan membabi buta, saya yakin syarikat-syarikat gergasi ini pasti menggelupur macam cacing kepanasan di dalam neraka. Saya tak nafikan yang saya juga salah seorang pengguna teknologi. Manakan tidak, saya menulis menggunakan laptop dan perlu membuka gerbang maya untuk mengirimkan tulisan ini. Cuma pada saya, biarlah apa yang dibeli itu beralaskan keperluan. Paling penting kena ingat, pilihan adalah di tangan kita, sama ada mahu MEnguasai teknologi, atau membiarkan saja diri DIkuasai olehnya.

Teringat pula kata Albert Einstein, “Our much-praised technological progress and civilization generally, could be compared to an axe in the hands of a pathological criminal.”

Hairan juga saya dengan golongan gila teknologi ini. Mungkin mereka orang yang sama yang melagukan nyanyian benci ke atas kekejaman Amerika ke atas Iraq, barangkali mereka jua yang paling beremosi melihat kanak-kanak di Gaza seusia lima tahun yang kehilangan sebelah kakinya akibat dibedil peluru berpandu tercanggih. Kena tahu, teknologi bom berangkai yang terbukti hebat juga pernah digunakan oleh Israel untuk membunuh seramai mungkin warga Palestin. Namun amatlah ironis, di kalangan mereka yang gila teknologi ini juga gagal membaca tabiat mereka yang kemaruk menjadi konsumer teknologi, pada hakikatnya, menyayikan lagu seirama merdunya dengan perangai Zionis Amerika dan Israel, yang gilakan teknologi peperangan tercanggih demi agenda penguasaan di planet bumi.


Mohd Ikhwan Abu Bakar

Jumaat, Jun 12, 2009

Murtad

Saya tak berapa pasti apakah yang akan dicoret ini sepatutnya menjadi sebuah resensi filem ataupun hanya mengarut yang bukan-bukan, hanya kerana bermodalkan sebuah filem pendek yang durasinya sekitar dua minit lebih, hasilan saudara Faiq Khalifa.

Jadi, siapa dia-nya si Faiq ini? Nama haram tak pernah dengar pun?

Seperti Jhebat, Faiq juga sama, bak kata Zahiril Adzim, telah murtad dari lapangan senibina. Apakah benar? Dari sisi sempit senibina sebagai ‘profesion’, mungkin ada benarnya. Bahkan, si penulis juga mengakui kebosanan yang amat parah, andainya senibina itu hanya tinggal susunan beton-beton konkrit-pasir separa pejal. Itu belum masuk lagi soal kesibukan firma-firma yang hanya tahu mengejar projek, tapi di sisi lain kebanyakan para ‘arkitek’ ini, terutamanya yang lokal, tak punya sebarang attitude yang boleh dibanggakan. (nak cerita lebih-lebih pun tak guna, buat malu je) Seterusnya, saya bertanya, mungkinkah ini yang mendorong mereka ‘murtad?’

Ustaz, jangan gubra. Murtad ini asalnya perkataan Arab. Ertinya: berpaling, atau mundur ke belakang. Maka secara harfiah, kita boleh mengandaikan yang mereka ini telah ‘murtad.’ Dalam konteks tulisan ini, mereka telah berpaling dari senibina. Namun, dinilai sekali lagi, manusia yang telah sekali jatuh cinta dengan senibina takkan terus murtad se-murtad-murtad-nya. Mustahil, kerana senibina membibitkan ‘cinta mati.’

Yang sebenarnya, jika diluaskan lagi pengertian senibina dalam kehidupan, kita mustahil bercerai dengannya. Kecuali-lah kamu memilih untuk menjadi Tarzan si Raja Rimba. Apatah lagi jika kecintaan terhadap senibina itu disokong oleh ilmu dan aspirasi untuk mendambakan kecantikan yang sesungguhnya. Walaupun sudah bikin filem, mereka, saya pasti tak akan menjatuhkan talak tiga ke atas senibina. Senibina yang menawan adalah manifestasi kehidupan kita yang juga indah menawan, umumnya, jika itulah mimpi-mimpi indah yang kita kongsi bersama di dunia fana ini. Makanya, mereka bukan-lah sejati murtad. Yang sebenarnya, mereka cuba meneroka demensi baru, bukan seremeh mengalihkan siaran televisyen, atau menukar lampin pakai-buang, sebaliknya yang cukup menarik, ia dijolok oleh semangat lamina memperjuangkan idealisme bawaan mereka sendiri. Dan bagi saya, ini penting kerana saya benci dengan kitaran semula slogan Nike: Just DO IT a.k.a DUIT.

Diikutkan pandangan peribadi, walau mungkin ada yang melulu menuduh saya bias, atau mengamalkan kronisme, setelah melihat hasil kerja mereka, saya berani mengangkat topi. Oh, rupa-rupanya, saya betul mengarut. Sampai akhir saya masih tak menyentuh pun, filem Faiq dalam entri kali ini. Betul, entri ini bukan tentang resensi filem.

Apapun, saya tak optimis, mereka berdua akan ‘kembali ke pangkal jalan.’


Mohd Ikhwan Abu Bakar

Sabtu, Jun 06, 2009

Tak Ada Apa-apa Pun!

Dalam banyak babak filem Seman yang menarik, saya masih lagi cukup terkesan dengan satu babak ini yang pada saya, dalam konteks filem tempatan, klasik. Tapi sebelum itu juga, saya mahu simpulkan di awal lagi bahawa Mansor Puteh benar-benar seorang pembikin yang memahami medium yang ingin dimainkannya, bukan sekadar ‘buat.’ Jika ‘buat’ ini yang dijual, kita juga perlu sedar bahawa kita perlu ‘bermain’ dengan beribu malah mungkin berjuta-juta lagi umat di luar sana yang juga mem‘buat’, tapi di akhirnya tetap tak jadi apa.

Babak yang saya maksudkan ialah ketika watak Seman berada dalam kapal terbang untuk pulang entah ke mana kerana saya pun sudah lupa. Ah, lupakan saja ke mana destinasi impian Seman. Apa yang penting di sini ialah moment dalam bingkai, saat di mana terjadinya babak lucu antara Seman dengan gadis di sebelahnya yang mana gara-gara kejadian ini, muncul bibit-bibit hubungan mesra antara mereka berdua. Cewah!

Dalam babak ini, romantisnya, si gadis dengan tak sengaja telah tertumpah air ke atas peha Seman yang tentunya dibaluti sehelai seluar. Dengan spontan, si gadis meminta maaf. Tapi aneh bahkan lucu, Seman hanya sekadar berkata, “Oh, tak mengapa. Takde apa-apa. Sikit je ni.” Si gadis seakan tak berpuas hati dengan respon Seman, lalu beliau ‘menduga keikhlasan’ Seman yang mengaku ‘tak apa-apa’ sedangkan seluarnya telah dilencuni air. Tapi sebelum itu, Seman malah mencabar si gadis supaya menuangkan sekali lagi air ke atas seluarnya. Si gadis tanpa ragu-ragu terus saja menuangkan air, dan dengan selamba juga Seman masih berkata, “tengok, takde apa-apa pun. Takde apa-apa pun” sambil tersengih-sengih. Si gadis pula langsung tersipu-sipu dibuatnya dek telatah selamba nak mampus si Seman ini.

Apa yang ditunjukkan di skrin adalah ‘realiti’ filem. ‘Realiti’ adegan ini menunjukkan bahawa Seman tak terkesan dengan air yang telah dicurahkan ke atas seluarnya. Beliau sekadar menunjukkan reaksi lucu, nampak tak terganggu dek seluarnya yang basah itu. Sedangkan dalam realiti, lazimnya kita, apabila seluar basah, pasti berasa tak selesa. Jika seluar kita basah, kita selalunya mahu ia cepat kering, kerana mahu kembali berada dalam situasi ‘selesa’. Sebab itu apabila kita membasuh pakaian, kita wajib mengeringkan pakaian yang basah selepas dibasuh itu, agar nanti boleh dipakai semula. Bayangkan, kalau konsep basah tapi tak akan kering, saya percaya kita semula akan berhenti membasuh baju, atau paling tidak kita akan menukar modus-operandi kepada cara basuhan kering.

Kembali semula kepada Seman. Berdasarkan pandangan peribadi sebagai seorang penonton, pengadeganan ini secara halus telah menghancur-leburkan pra-konsep kepada sesuatu realiti. Tanpa merujuk pada apa-apa teori, saya selalu percaya apa saja realiti di hadapan kita sebenarnya telah di-design untuk kita terima-pakai. Kita sering percaya kepada sesuatu itu atas dasar persepsi rekaan yang telah di-set dalam sel otak. Dan persepsi ini pula terbentuk hasil dari pengumpulan pengalaman kita yang lepas, ditambah dengan ilmu pengetahuan yang bersifat saintifik yang diperoleh dari sumber bercetak seperti buku atau elektronik seperti internet. Tapi dalam masa yang sama kita lupa, bahawa realiti itu tak wujud sehingga ianya benar-benar ‘wujud’ – sama ada ‘ada’ ataupun ‘berlaku’. Apa yang telah ‘ada’ atau ‘berlaku’ tadi akan disusuli oleh respon yang mempunyai caj berlawanan, positif atau negatif, baik-buruk, suka-benci, dll. Namun kita kerap tersasar percaya akan konsekuensi terhadap sesuatu kejadian sebelum ianya benar-benar terjadi.

Sebagai contoh renungan, andaikan kamu keseorangan di rumah. Tiba-tiba, perut kamu memulas. Oh, tidak. Jijiknya. Ok, saya tukar. Andaikan pula badan kamu melengas dan melekit akibat suhu di rumah terlalu membahang, kononnya akibat kesan pemanasan global. Lalu kamu mengambil keputusan nekad untuk mandi. Ya, kamu di kala ini keseorangan di rumah. Tak ada sesiapa walau hantu galah sekalipun. Tapi, perasan atau tidak, waktu kamu masuk ke kamar mandi, kamu secara spontan akan terus menutup pintu kamar mandi kamu. Mengapa pula? Bukan kah kamu tinggal seorang saja? Hai, dah lupa ke? Atau otak dah mereng? Mengapa perlu menutup pintu, sedangkan kamu saja di rumah? Takut orang mengendap? Soalnya siapa?

Nah, kamu lihat bagaimana pra-realiti tadi telah mengaburi fikrah kamu akan konsekuensi terhadap sesuatu bentuk kejadian. Tiada sesiapa yang akan menonton kamu berbogel tapi kamu masih lagi paranoid takut diintai orang. Inilah yang kita lakukan sehari-hari. Kita telah melangkaui hakikat sebenar kepada sesuatu kewujudan atau kejadian. Tapi dalam Seman, sama ada sengaja atau tak, konsep ini dipersoalkan. Realiti tak akan kita kecap selagi ia belum benar-benar terjadi. Dan hakikatnya, konsekuensi kepada sesuatu wujudiah/kejadian itu masih lagi terbuka luas untuk sebarang andaian atau kemungkinan. Dalam kes bilik mandi tadi, kamu boleh saja membiarkan pintu bilik mandi itu terbuka luas, andai realitinya saat kamu mandi tiada mata-mata horny yang memerhatikan kamu. Nak tahu lebih lanjut, sila bertanya kepada Kak Nasha Aziz kita, sebab beliau pasti lebih arif dalam bab-bab sebegini.

Dan dalam Seman pula, Mansor Puteh telah menggunakan medium filem untuk mencipta hakikat lain, bahawa Seman tetap ‘tak apa-apa’ walau seluarnya telah basah. Ini amat-amat bertentangan dengan pra-realiti yang kita semua pegang di alam nyata di mana kita pasti setuju pabila seluar kita basah, kita pun naik menyampah. Kerana itu, waktu adegan ini berputar, ramai audien telah ketawa terbahak-bahak, termasuklah saya, walhal hakikatnya kami semua sedang mentertawakan diri sendiri. Hahahaha!


Mohd Ikhwan Abu Bakar

p/s: Selamat Hari 'Slayer' Sedunia. Kalau tak tahu yang ini, ha kantoi! Nampak sangat yang kamu ini masih Mat Belia=)

Isnin, Jun 01, 2009

Wacana Bahasa di Youtube

yasminthestoryteller
awak pernah tak pergi ke negeri cina atau jepun? saya dah. alhamdulillah saya dijemput untuk membuat ceramah di beberapa bandaraya di sana. anak-anak muda di sana, terutamanya penuntut-penuntut di sekolah dan universiti, bertungkus lumus untuk belajar bahasa inggeris kerana mereka tidak mahu ketinggalan. english, along with mandarin, are absolutely compulsory in china's education system now, and the better your english, the better your chances of getting a job.

presa1200
ye mmg btol. memartabatkan bhs dan budaya sendiri tak bermaksud kita meninggalkan BI secara total. bahkan kedua2 bhs tersebut sama penting. kita tak pernah mempertikaikan pangkat kedua2 bhs tersebut. tujuan kita sbnarnye adalah utk mengingati kpd diri kita supaya sayang kpd bhs dan budaya sendiri dan pada masa yg sama tidak ketinggalan utk meluaskan ilmu dgn memperlajari BI. sesungguhnya dlm Islam tak pernah suruh kita tinggalkan sesuatu ilmu. lebih2 lg BI itu bhs antarabangsa.

presa1200
utk pengetahuan kak Yasmin kami tidak mempunyai masalah utk berkawan ataupun berkomunikasi dgn pelangan2 kita yg kebanyakannye terdiri drpd warga asing. namun kami lebih gembira melihat rakyat m'sia terutamanya muda mudi sebaya kami cintai kpd bhs dan budaya sendiri. sy org cina pasti bangga dgn bhs cina tapi sbg rakyat m'sia sy mesti menyanjungi bhs rasmi kita.

yasminthestoryteller
tahukah awak bahawa perkataan "bahasa" dan "budaya" asalnya dari negeri india??

presa1200
hampir semua bhs dlm dunia nih saling mempengaruhi antara satu sama lain. biarpun BI adapun istilah yg dipinjam drpd Yunani purba & Latin. cth bhs Jepun byk menggunakan perkataan Kanji yg dipinjam drpd bhs Cina tapi sebutan mungkin hampir sama, ataupun berbeza.

dan seterusnya dalam proses penterjemahan ilmu kebanyakan istilah homofonik masih dikekalkan dalam bahasa lain.

jd sy rase takde masalah kalo bhs saling meminjam. yg penting kita tau sape diri kita dan mcm mane org hormat kita.

yasminthestoryteller
ma'af, saya ingin tahu. siapakah diri kita dan bagaimanakah orang boleh menghormati kita?

presa1200
Jauhari jualah yg mengenal manikam. Apabila kite menghormati diri kite sendiri, orang lain insyaAllah akan menghormati kite.

yasminthestoryteller
pada tahun yang lepas, lebih dari 30 ribu anak melayu tak dapat kerja kerana mereka tak fasih menulis atau bertutur dalam bahasa inggeris. bagaimana agaknya perasaan mereka. they say it's hard to respect yourself when you are unable to get a job. ma'af, saya bukan nak mempertikaikan apa-apa. cuma saya kurang faham kenapa kita boleh hilang budaya atau bangsa jika kita mempelajari ilmu matematik dan sains dalam bahasa inggeris. maklumlah, saya ni bukannya jauhari macam awak.

presa1200
Kami tak pernah mengatakan kite tak perlu menguasai BI. Tidak pernah. Apabile kite merasakan BM tak mampu menjadi bhs ilmu, dgn sendirinya kite mengetepikan kemampuan bhs kite. Kami juga tidak mendakwa kite hilang budaya dan bangsa dgn mempelajari sains&math dlm BI. Ape yg menjadi perhatian kami adalah peminggiran BM dlm bidang Sains dan Teknologi. Saya ingin bertanya, adakah 30 ribu anak melayu yg tak fasih BI itu disebabkan mereka belajar sains & math dlm BM??

yasminthestoryteller
the simple answer to that is, YES.

presa1200
oh WOW! seems like you are now acting like Jauhari already...hmmm...

yasminthestoryteller
snide remarks aside, for some reason i think there are parties who want to fuel malay paranoia over the english language. i sedih bila i jumpa malay undergrads yang jumpa i for career guidance, expressing their deep-seated insecurities sebab tak boleh cakap atau tulis bahasa inggeris respectably. and there are so many of them out there! i care for them. that's all.

presa1200
yeah, i agree that there're parties tryin to gain support or whateva over this issue, but we can't always say that those who are against PPSMI are simply being paranoid. Saya sendiri dah terangkan sebhg sebab saya tidak bersetuju dgn PPSMI. malangnya sesetgh org suka menganggap pihak yg mpunyai pandangan berbeza sbg tidak realistik, terpengaruh dgn sentimen, etc etc... for me i believe that PPSMI is not the way to help Malay kids or others to improve their English skills.

MalaysianTiger2007
yasminthestoryteller,

kalau mahu orang lain hormat pada kita,
usaha kita mesti lebih keras,
tindakan kita mesti lebih waras,
pelaksanaan kita mesti lebih tegas,
alasan-alasan kita mesti lebih berasas.

percayalah kepada kebolehan diri sendiri, semua bangsa di dunia ni telah berjaya dengan semangat juang mereka yang amat tinggi.

MalaysianTiger2007
yasminthestoryteller,

negara mana yang awak kata pernah pergi belajar tu?

negara seperti Jepun dan China, kerajaan mereka amat tegas dalam mempertahankan bahasa kebangsaan mereka seperti negara China mengamalkan polisi satu china (tulisan dalam bahasa china), berbeza dengan Malaysia amalkan polisi one Malaysia (bahasa inggeris).

negara China dan Jepun mereka bukan hanya mengatakan bahasa inggeris sahaja penting malahan semua bahasa di dunia ini, mereka mahu hasilkan pakar dalam semua bahasa.

PeaceF0rc3s
sape lah si bodoh MalaysianTiger2007 ni..ada hati nk debat dgn yasmin ahmad? cuba pandang cermin tu dulu..usia pon blom cecah separuh usia kak yasmin..cakap tak lebey hanya tin kosong..how much do you earn each month? what working exp do you hav to strengthen your bullshit statements? go get the records from MOHE bout fresh grads nowaday..how many of them dont get any job because of the language barrier.

p/s: talking bout respect?!!! sighhhhh.

Ahad, Mei 31, 2009

Teori Filem

1. TEORI FILEM KLASIK
(a) Montajis (Rudolf Arnheim, Sergei Einsenstein, dll.)
(b) Realis (André Bazin, Siegfried Kracauer, dll.)

2. TEORI FILEM MODEN (teori filem 'kontemporari')
(a) Semiotik filem (Christian Metz—Film Language, Language and Cinema)
(b) Teori filem pasca-struktural (semiotik kedua, psiko-semiotik): teori filem Marxist dan psikoanalisis Stephen Heath, Colin MacCabe, Metz—The Imaginary Signifier, Jean-Louis Comolli, Jean-Louis Baudry, Raymond Bellour, dll. (perubahan daripada 2a ke 2b akibat kesan teori sebutan berdasarkan linguistik Émile Benveniste)

3. TEORI FILEM KOGNITIF
(a) David Bordwell, Noël Carroll, Edward Branigan, Joseph Anderson, Torben Grodal, Ed Tan, Murray Smith

4. SEMIOTIK FILEM KOGNITIF
(a) Teori baru sebutan (Francessco Cassetti, Metz—The Impersonal Enunciation)
(b) Semio-pragmatik filem (Roger Odin)
(c) Chomskyan generative grammar dan semantik kognitif filem (Michael Colin, Dominic Chateau)


Ridhwan Saidi

p/s: Mahu hancurkan teori mesti tahu teori dulu.

Selasa, Mei 26, 2009

Percubaan Menjadi Mazidul Akmal 360 (bahagian I)

Pierre Loke (Hong Kong) wrote
at 8:29pm
I not agreed to gv them an place for race, is nothing difference due to human psychology, they just wana to make ppl think they r real & available in this world. is nothing difference, believe me!! and if doing operation must make some nail to stop those running fr road block, b4 that must announce to them, if they get accident, goverment will not be responsibility abt it, like HK police doing in roadblock. Even, Im beat them when they run alway fr roadblock is nothing change to them. I have joining to this operation, I knew it cannot stop them!! I just try my best get them stop, with beating him down.

Ezuan Sulaiman wrote
at 6:16pm
hello. new here. anyway, just want to share my 2 cents.

these mat rempits are the ones who should be thrown into ISA.
if someone gets killed because of their actions, rotan/sebat 10 kali and jail should be enforced, especially if it involves a pregnent lady and/or a child.

i think putera umno did a horrible job.(you may continue with your train...)

the safety of ALL the people in Malaysia should be number 1 priority, regardless of race, religion, colour, sect, status.

but of course the above are my personal view, a rakyat.

Mack Hydra wrote
at 4:50pm
Should chop them off into 18 pieces... Maybe more...

Nazrul Mizwar Yaziz wrote
at 1:24pm
anyway,sepatutnya org org melayu yang merupakan bumiputera Malaysia malu ngan bangsa lain...nama jer melayu tp wat benda xberfaedah...ntah2 sok melayu mundur sebab nie...filem pun bukan bg impak pun tp lebih 'mendidik' tuk wat lagi...malula sikit melayu pada bangsa lain..bila lagi nak insaf!!!

Lai Kit wrote
at 7:52am
Mat rempit is actually an outdated Jap culture.. Why cant these ppl do something more original like "Mat Saving the Environment" LOL

Vince Loh wrote
at 3:26am
it's not bout race track or events. when they're in a bunch, they'll do gang rapes, robberies, fights, etc. so next time when you're driving, u run over a mat rempit.. it's a jackpot~

Mickey Yee wrote
at 8:55pm yesterday
they dunnoe how to love their life,,,

Isaac Leong wrote
at 6:43pm yesterday
SOHAI dog rempit go bang wall and die la!

Pradeesh Parameswaran wrote
at 4:43pm yesterday
Well personally la I think that in order to stop mat rempit. The government should give them a race track and orgainse an event. Do it legally , it would encourage youths to take the good path rather then well causing havoc. What do you guys think. Personally , it would be great. I mean , we could have our own motor sport championship and such

Pierre Loke (Hong Kong) wrote
at 4:36pm yesterday
Just join RELA, then u can teach them some lesson, when doin d operation with PDRM. Im sure every one will enjoy to beat them up rite? hehe... this is the way to revenge lol!! Some M.R also kacau us (Superbikers), but I already beat some of them Gau Gau!! Hooray!!!!!!!!!

Aku Rafique Baslie wrote
at 4:09pm yesterday
rempit sucks....

Wong Hon Mun wrote
at 1:35pm yesterday
Dear All Mat Rempits,

I hope what goes around comes around, I believe in Karma, one day, u will fall, and I sincerely hope that will be the end of you and your pathetic race...!!!

Best wishes

Tiffany Tan Bee Yen wrote
at 11:43am yesterday
May all REMPITS GO TO HELL A.S.A.P

YOU GUYS DESERVE IT! FUCK OFF

Nizam Zuhry wrote
at 7:00am yesterday
fuck mat rempit

Dayang Nurdahya wrote
at 9:27pm on May 24th, 2009
rempit...rempit...rempit...do they had anything else to do? such as drawing ka, writing ka, berjual ka? ni bazir minyak petrol...dahla ekonomi downturn...apara....

Xiang Hui wrote
at 9:07pm on May 24th, 2009
aiya..they rempit go mosque pray la.....

Adrian Chang wrote
at 8:45pm on May 24th, 2009
what to do UmmNO! call them mat cemerlang they lagi bangga. niama rempits shud have public strip + caning and burn their bicycle with motor

Belle Lim Wai Bee wrote
at 8:18pm on May 24th, 2009
kill them with FIRE!

Dennis Chua Eow Seong wrote
at 5:47pm on May 24th, 2009
The army and police should slaughter all rempits and dump them into our rivers. They are all monsters who do not deserve to live. They are worse than Osama!

And all parents who have rempits in their family should be stripped of citizenship for life!

Yuong Wee wrote
at 1:35pm on May 24th, 2009
Hate those idiotic Rempits. They deserve to be gunned down even if they don't commit robbery or assault.. its illegal gathering to begin with. WHAT is PDRM doing about it? " oh..they just want to relieve stress..." they say.

Aidil Firdauz wrote
at 12:26pm on May 24th, 2009
don't judge a book by it's cover.we need to guide em'.but if they don't listen,so smash n fucked them up!

Danny Chan wrote
at 12:13am on May 24th, 2009
I agree with you Mr.Hadi. Those bodoh Mat Rempit so stupid dun even know how to use computer, we should buy big car but not Mercedes or BMW, we buy big car like Toyota Hilux or Land Rover . If we see them we just langgar them gao gao ...... Mat Rempit go to hell .....!! Don't disturb us ....!!

Hadi Mohd Sukor wrote
at 11:38pm on May 23rd, 2009
i dunt think mat rempit hv ********... coz they are so stupid no time to use the internet(if they know what it is), so bodo they dont go to school.. if they are educate ENOUGH they will not rempit and hurt or kaco others.

Seriusly, go study and buy BIG car.. at least we know you are well educate!!


Mohd Ikhwan Abu Bakar

sumber: pergi buat homework "gao gao" la:)

Sabtu, Mei 16, 2009

KAMI, Sebuah Filem

Ini hanya sedikit godaan saya tentang KAMI, filem yang berputar di panggung tahun lalu. Memang lambat, tapi filem tak seharusnya dijerat oleh masa. Jujur, saya tak meletakkan harapan tinggi menggunung terhadap filem ini, bila dikenang semula pengalaman menonton KAMI lewat siri televisyen walaupun sekadar satu dua episod yang tak pernah ditonton sampai habis. Apapun, saya sebelumnya tetap berharap yang filem ini mampu berdiri sebagai filem seadanya, tanpa ditambat kenangan silam drama bersiri. Pun begitu, saya juga tak mahu bermimpi untuk menghadiahkan jambakan sanjungan yang berbunga-bunga, walaupun salah seorang pengarahnya itu pemain bass Carburator Dung.

Oleh kerana hantu polong drama KAMI menghantui fikiran saya sebelum menonton filem ini, yang kelihatan cuba meminjam roh musik ‘indie’, lewat beberapa gambaran pemeran wataknya yang kelihatan ‘into music’, terus memburu saya, maka saya amat pasti bahawa gebang ini akan nampak berat sebelah, bias tak tentu pasal. Atau mungkin saja kerana saya memang terlalu skeptikal dengan label ‘indie’ sejak beberapa tahun kebelakangan ini? Siapa tahu, kan?

Pertama, saya tak mahu memenatkan jari-jemari halus saya menaip tentang sinopsis filem ini. Walaupun saya slim, tetapi percayalah yang saya ini memang ‘berat tulang.’ Maka itu, saya lebih senang bermimpi yang kamu semua yang sedang membaca sudah pun menontonnya.

Secara kasar, ia sebuah filem yang sederhana dari segala segi. Baik dari segi lakonan, sinematografi mahupun kepengarahan. Slanga bahasa dalam filem ini yang menggaulkan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris, masih bersesuaian dengan ruang lingkup budaya sekelilingnya, iaitu di bandar. Ditinjau pula aspek lakonan, saya rasa hampir semua pelakon filem ini sekadar memberikan lakonan yang biasa-biasa saja. Mediocre, senang cerita. Kecuali yang seorang ini, yang namanya Zahiril Adzim. Saya kira, beliau semacam jadi pembunuh kebosanan dek lakonan mediocre pemuda-pemudi yang lainnya. Melalui intonasi suara, beliau berjaya memercikkan sedikit elemen kekerasan dalam filem ini, yang majoriti audiens-nya saya pasti adalah anak muda. Keras dan kemudaan adalah sama baya. Itulah sedikit harapan saya pada awalnya terhadap filem ini. Berbeza dengan pemain-pemain watak utama yang kelihatan lembik dalam perjalanan cerita yang mendatar. Ia hanya acahan konon bermain dengan emosi dalaman tapi sayang, tak jadi langsung. Saya tak pasti adakah kerana kelemahan skrip, maka emosi dalaman yang tegang itu tak wujud, atau kerana memang pelakonnya yang masih berkarat? Entah.

Umumnya, filem ini cuba memaparkan satu gambaran sebilangan remaja bandar yang kononnya ‘jiwa kacau’, tak cukup gembira, walaupun salah seorang dari mereka yang paling tak gembira itu anak kepada seorang tua yang bergelar ‘Datuk’, dan walaupun mereka sering terkinja-kinja dalam gig. Selain itu, ia berupa gambaran budak-budak bandar yang cuba-cuba sukakan musik, diselangi oleh beberapa konflik peribadi, seperti perceraian ibu bapa, perseteruan antara hero dan seorang pengedar dadah cabuk dll. Tapi pada hakikatnya mereka kontang idealisme dalam hidup. Mereka adalah gambaran telur yang ditetas hasil dari proses pengeraman dalam sistem persekolahan yang tak punya idealisme, baik untuk diri sendiri mahupun yang bersifat kenegaraan. Tiada apa yang dibawa oleh budak-budak ini, (atau saya yang tak nampak?) melainkan berhu-ha hu-ha sambil cuba bermain dengan konflik dalaman yang cenderung bersifat peribadi. Jadi, untuk mengisi kekontangan itu, mereka pun tak habis-habis ber-enjoy di gig. Pantang ada gig saja, mereka pasti turun. (Tapi, mereka macam tak suka clubbing la pulak.) Sebenarnya saya ada satu cadangan ideal untuk remaja sebegini di luar sana: pergi mandi bunga.

(Dan nasib baik juga sampai saat ini saya belum lagi berpeluang menonton Laskar Pelangi. Kalau tidak, saya pasti akan membanding-bandingkan ‘remaja indie’ ini dengan idealisme anak-anak kecil dalam Laskar Pelangi yang mungkin kemudian, membuatkan ‘remaja indie’ di negara ini mula memakai kain pelikat dan bercapal lalu pergi ke surau.)

Namun mungkin inilah gambaran sebenar rata-rata anak muda di bandar-bandar besar, yang tak habis-habis dengan konflik dalaman yang deep belaka. Hidup ini memang palat, bak kata tagline KAMI, apa yang palat saya pun tak tahu. Apa yang saya nampak, mereka semua adalah cerminan remaja yang masih kabur dengan masa depan mereka di negara pembangunan ini. Untuk remaja yang kurang ‘bertuah’ yang datang dari pedalaman, desa, pekan atau ceruk kota, mereka pula perlu survive untuk terus hidup, perlu keluar cari makan yang membuatkan mereka tak sempat untuk memalatkan diri dengan konflik hidup yang maha deep seperti gambaran remaja dalam KAMI yang rata-rata makan pakai cukup, malah terkesan mewah. Mereka, remaja seperti dalam filem ini, memang banyak masa terluang untuk ‘berpalat-palatan.’ Mungkin memalat itu satu hobi.

Di awal babak terdapat adegan Abu mencopet buku Utopia Trauma, Rahmat Haron. Saat itu saya cuba ‘menaruh harapan’, bak kata mak cik Zaiton Sameon. Saya berminat untuk melihat sejauh mana roh Rahmat Haron diusung dalam filem ini. Oh, rupanya sekadar bacaan santai atas batang kelapa, dan akhir sekali dijumpai terperosok dalam kereta! Memang ‘sampah’ betul si Rahmat ini rupanya. Sayang sekali, idea buku ini tak dicungkil sebaiknya, tak disedut keluar rohnya, sekadar jadi cuitan manja, acah-acah lepas itu kabur. Seharusnya pengarah bijak mencuri kesempatan dari semangat puisi Rahmat Haron ini secara jelas, maksudnya ada kemungkinan bait-bait puisi Rahmat mempengaruhi jalan cerita filem ini. Namun ia cukup sekadar salah seorang awek dalam filem ini menyifatkan puisi Rahmat bacaan Abu sebagai: “wow, deep!” Tapi, apa yang deep-nya cik kak, oi? Rasanya, budak belum bersunat pun boleh sebut lagi dalam daripada tu: “deeepppp…” Saya sebagai penonton pula tak rasa apa-apa pun. Ada juga kesan langsungnya kemunculan Utopia Trauma dalam KAMI ini, iaitu jualan bukunya kembali bergerak kerana hantu hipster tempatan yang sudah menonton filem tak mahu ketinggalan nak jadi deep, walaupun hakikatnya buku Rahmat itu telah keluar dua tahun sebelum filem ini ditayangkan.

Babak ibu Ali yang suka berendut di merata KL turut melemaskan. Bayangkan, ke mana saja Ali merayap, pasti terlihat kelibat ibunya yang sedang ingin bercinta dengan balaknya. Contoh, sewaktu babak Ali baru lepas berselisih faham dengan Lynn, Ali meninggalkan Lynn lalu memandu kereta entah ke mana. Tup tup, sesudah berhenti entah di mana, beliau ternampak lagi ibunya yang asyik miang nak kahwin tapi tak kahwin-kahwin. Oleh kerana sub-plot ini kerap diada-adakan, maka ia akhirnya tak membantu jalan cerita, sebaliknya ia jadi kelakar la pulak.

Ada ketikanya musik dan visual dalam filem ini tak kena. Misalannya waktu babak Abu berlari setelah dikejar oleh Pak Din, tak semena-mena muncul pula lagu kumpulan Hujan, yang didengari liriknya: berlari dan berlari… Lucunya di sini, visual dan melodi lagu itu memang betul-betul ‘lari’ jauh. Bagi saya, andai gelojoh berfikir, yang jika perkataan dalam lirik lagu sama dengan visual/imej, maka ia terus dianggap ‘kena’, itu silap. Hakikatnya tidak. Belum tentu. Ini kerana musik diikat oleh melodi. Mood yang terhasil dari melodi belum tentu sama dengan mood yang dicipta melalui gambar. Pendek kata, mood lagu dan mood visual belum tentu sewenang-wenangnya bernikah. Bahkan filem Sembilu jika ditonton semula adegan Awie ke hulur-ke hilir dengan Virago-nya setelah putus cinta sambil diiringi lagu itu lebih baik kerana ada keselarian mood antara irama lagu dan visual, tanpa perlukan lirik seperti, oh, lihatlah machonya aku ke hulur-ke hilir dengan Virago-ku...o hoo...

Sepatutnya, bagi saya, musik band si Ali ini-lah yang dijadikan enjin terbaik untuk memacu filem ini ke depan. Misalnya dengan menggubah satu dua lagu ‘tema’ yang mengangkat semangat atau idealisme filem ini, kalau ada. Jadikannya soundtrack khas untuk filem ini. Tak payah sibuk nak berjumpa dengan Pak Cik Hussein. Kalau nak layan stim baru boleh jumpa. Tak perlu sekadar merewang dan berayun-ayun dengan selingan musik kumpulan-kumpulan indie yang deep nak mampus lepas itu terkinja-kinja di gig kalau ada masa. Tak payah juga sibuk nak tolong promote band. Myspace kan ada? Tambahan pula, kugiran-kugiran sebegini sekarang rasa saya sudah boleh survive jika dihitung bilangan budak sekolah atau lepasan SPM yang berpura-pura meminati gerakan musik bebas, disokong pula dengan pertandingan Anugerah Juara Lagu di TV3.

Setelah ditonton sampai habis, saya berani menyimpulkan bahawa filem KAMI ini tak lebih sekadar drama TV yang berpindah rumah ke layar perak. Tak banyak beza pun dengan versi drama TV. Namun dengan sedikit rasa menyesal, saya tetap menganggap filem ini sebuah filem yang tak muntah untuk ditonton. Macam orang putih selalu sebut, “not bad, but not good either.” Masih bagus jika sentimen sentuhan pertama diambil kira. Dan setidak-tidaknya, ia bukanlah filem cinta bodoh salinan dari Korea Selatan yang kebanyakannya nyaris jijik, seperti Selamat Pagi Malaysia, eh, Cinta.


Mohd Ikhwan Abu Bakar

p/s: Selamat Hari Guru, cikgu!

Selasa, Mei 12, 2009

Fungsi Struktur Estetika.

Lu sedia maklum bahawa pemikiran moden lebih terus. Ini boleh lu perhatikan melalui tindak-tanduk, percakapan, penulisan, layout blog (kah kah kah), fesyen (pakaian,) architecture (tempat tinggal) dan macam-macam lagi. Ianya berbalik kepada fundamental—function, structure, aesthetic. “Ornament is a crime,” bak kata Loos. Bagaimana untuk tahu ini? Dalam skala kecil, jika lu perhatikan layout rumah di bandar, ia lebih straight to the point. Tapi ini cukup berbeza dengan senibina vernakular di desa. Ianya cukup puitis, bayangkan ini, sebelum lu jejakkan kaki ke dalam ruang tamu, lu perlu melalui ruang semi-void – sensasi di antara luar dan dalam – yang bernama serambi. Hierarki ruang berbunga. Secara literal, bezakan saja ukiran kerawang tradisional dengan tingkap louvre moden—keduanya dengan fungsi yang serupa. Dalam skala yang lebih besar pula, urban planning mereka (barat) direct bergrid seperti NY atau jika kota tua seperti Paris, axis serta skyline masih terkawal/dihormati. Sekali lagi kerana mereka berpaksikan fungsi, struktur dan estetika. Di KL mahupun Putrajaya, inspite of mahu jadi moden, saki-baki mentaliti kuno masih kuat. Ini kerana mereka tidak endahkan atau mahu memahami fungsi, struktur dan estetika. Akhirnya mereka taksub dengan satu benda yang asing iaitu the will to showoff. Sifat ingin menunjuk-nunjuk ini yang akhirnya akan memakan diri lalu berubah menjadi hipokrasi; ikon-ikon lompong tumbuh bagai cendawan; penuh kepuraan.


Ridhwan Saidi

Amateur Counter-auteur.

Gua seronok memutuskan sebarang idea atau konsep dengan si pengeluar idea atau konsep. Craft dahulu, artisan kemudian. Untuk menyelami pemikiran individu, gua perlu pastikan yang individu tersebut selayaknya menepati ciri-ciri seorang seniman. Setakat bloggerempit, buat apa gua nak ambil kesah atau peduli. Ambil contoh, jika sesebuah filem itu macam gampang, buat apa gua nak sibuk-sibuk hal ehwal si sutradaranya. Ini sama juga macam blog, jika content sesebuah blog itu macam gampang, buat apa gua nak sibuk-sibuk pasal blogger-nya. Daripada penulisan atau filem-lah baru kemudian gua perlahan-lahan ambil kisah dan peduli pasal individu tersebut. Setakat ini, di dalam dunia ini, gua rasa diri gua seorang saja yang berbaloi untuk difahami. Sebab neraka lain umpama zombie.


Ridhwan Saidi

Isnin, Mei 11, 2009

Jilat Kain Sejadah.

Sejak jatuhnya Sang Sapurba di Bukit Siguntang, masyarakat kita cukup suka mengumpat, atau panggilan famous-nya jaga tepi kain orang. 1600 tahun kemudian, hairan, masyarakat kita masih lagi mengumpat, tapi lawaknya dengan menggunakan blog. Statik, rigid, tiada apa yang berubah. Ini seolah serupa macam jumpcut dalam 2001. Lumrah alam Melayu, mereka cukup suka ambil kesah dan pedulikan ciri-ciri ekstrinsik seseorang individu itu (walaupun di alam maya.) Ini cukup kelakar, seperti yang pernah gua tuliskan sebelum ini, inilah spesis manusia berjiwa ortodoks berkulitkan modeniti. Sastra dihina lalu dijadikan bahan untuk bersosial—memang sial. Semestinya mereka tidak akan faham selagi ada benih kejahilan dan kebencian di dalam hati mereka. Lu kena lekas sedar bahawa blog ini adalah ruang sempit gua untuk deal dengan diri gua sendiri. Pembaca hanya wujud sebagai voyeur. Kitaran karma penulisan di sini bermula dengan gua dan habis dengan gua. Sebab itu gua tidak menggunakan penulisan tahap tadika untuk lu orang yang belum matang semua. In fact, penulisan gua sederhana saja, lu sendiri yang bengap. Moden bunuh klasik, pasca-moden bunuh moden, eklektika itu rojak, apa yang susah sangat? Malah ada yang cuba mempersoalkan kesufian gua walhal agama adalah hubungan dua hala diantara gua dengan Tuhan. Lu sibuk jilat tepi kain sejadah gua apahal? Apapun, ini hakikat yang gua telah sedari sejak awal-awal lagi (semestinya,) dan dengan itu pasca-egois-lah satu-satunya jalan terindah buat gua. Sebab itu gua berlagak nak mampus, supaya lu pergi main jauh-jauh. Malah, nama blog ini ‘gua tak peduli’, (ia dalam erti kata sebenar-lah ngok!) “Tak faham tak mengapa, salah faham itu bahaya,” – Uwei.


Ridhwan Saidi

As I Please.

Gua tidak akan berkompromi dengan mana-mana bloggerempit ataupun khilap bebal yang reti menggunakan komputer baik dari segi bahasa mahupun intelektualiti. Ironisnya lu minat Pulp Fiction yang pop, tapi tidak mengerti bahawa ia adalah homaj dan pastiche kepada filem-filem terdahulu. Macam Paul’s Boutique, sampel dan rujukan bersepah-sepah. Kasihan, kejahilan maksima membutakan mata lu umpama Oedipus yang tertakluk dengan dogma dan format Loh Mahfuz. Duh, 'kenapa mesti tiru?' Menghina intelektualiti gua huh? Can you at least hina intelektualiti gua dengan kaedah yang lebih original? Please…


Ridhwan Saidi

Ahad, Mei 10, 2009

As It Is.

Bagi gua blog adalah satu bentuk anarki kolektif pendapat. Semestinya akan wujud pelbagai sudut pandang, dan tugas seorang pembaca adalah untuk sintesis-kan tesis dan antitesis yang di-baca/fikir/rasa-kan dengan kebolehan fikirasa. Paling penting, blog ini tiada cita-cita untuk mengubah persepsi seseorang individu itu, nak layan layan, tak nak sudah. Dan dalam blog ini, parodi paling brutal adalah ke atas diri gua sendiri. Walaupun ia bersifat pop (mengambil semangat ATP,) tapi ia penuh dengan unsur-unsur eksperimental, avant-garde bak kata lu (heck mana ada orang lain buat homaj/pastiche/parodi, tulis tanpa perenggan, yet dalam skala yang betul). Kepada yang sibuk mempersoalkan originality layout blog ini, zaman itu – selari dengan hilangnya syahwat gua ke atas gadis-gadis (kecuali gadis kacuk berkemban kain batik,) – ianya sudah lepas. Gua sudah puas bersetubuh dengan HTML semasa era Geocities dulu. Ini sama kesnya dengan fotografi, gua sudah puas bersetubuh dengan macam-macam gadis kamera, oops silap kamera. D-SLR, compact, SLR, RF, Polaroid, Lomo, instant, vintage dan paling agung pin-hole camera. Kecuali pin-hole, yang lain-lain bersifat konsumerasi, lu beli pakai duit, pokai lalu pakai. Jika ada perseteruan diantara mereka (analog vs digital mungkin,) gua gelak kuat-kuat. Sebab mereka sebenarnya sama, mangsa konsumer. Berbeza dengan pin-hole camera, nikmat d.i.y diraikan. Ketagihan nikmat gua ke atas kebebasan mutlak etika d.i.y berlaku dalam konteks gua selaku anti-social. Therefore gua tiada rujukan, semestinya ini lama dulu sebelum gua pakai Internet. Semua pakai bedal, buku dan filem pendek terbaru gua pun main bedal bikin ikut imaginasi. Kalau nampak agak-agak lain macam sikit, pelik, unik, eccentric, gua kata-lah ia eksperimental, formalis, avant-garde, abstract expressionist atau surrealis gitu. punk my ass, please.


Ridhwan Saidi

Jumaat, Mei 08, 2009

Bencana Cauvinis Bahasa.

Dalam bahasa Itali, setiap perkataan berjantina. Ini boleh kita ketahui melalui huruf terakhir setiap perkataan. O (singular) dan I (plural) untuk lelaki, A dan E pula untuk perempuan. Sebagai contoh, bravo Valentino Rossi (maskulin) dan brava Monica Belluci (feminin.) Tapi alhamdulillah, mamat dan minah kafir Itali ini punya kesedaran mental yang tinggi. Despite bahasa yang mereka gunakan sehari-harian amatlah membezatara. In fact, sigaro (curut) itu maskulin, dan sigaretta (rokok) itu feminin. Berbeza dengan bahasa Melayu yang tidak prejudis terhadap wanita. Malah jika dibandingkan dengan bahasa Inggeris sekalipun, seperti he atau she, kita punya 'dia'. Tiada unsur jantina dalam bersembang, berborak, bergosip, mengumpat atau memfitnah orang ketiga (iaitu aktiviti kegemaran masa lapang masyarakat kita,) semua sama, satu, uno, one, sebagai 'dia', utopia liberal. Tapi hakikatnya masyaallah, mentaliti lelaki-lelaki Melayu ini gila babi cauvinis jantina. Gua rasa mereka ini hanya ada satu telur, yang satu lagi ada dalam kaca televisyen disepak-tendang oleh 22 lelaki gasar.


Ridhwan Saidi

Rabu, Mei 06, 2009

Hang Jebat, Overrated.

Bagi gua masyarakat Melayu tipikal kini perasan kononnya mereka terbahagi kepada dua, golongan Tuah yang patuh dan Jebat yang rebellious. Dalam erti kata moden, conformist (Tuah) dan non-conformist (Jebat). Tapi bila lu study betul-betul konflik Tuah-Jebat ini, ia tidaklah begitu menyucuk lagi menyentap jiwa. Kerana lu tahu Jebat hanya sekadar memberontak dan melakukan rampasan kuasa – coup d’tat – kerana member-nya Tuah telah dihukum bunuh oleh Sultan Mansur tanpa usul periksa. Seterusnya klimaks tragedi Melayu ini berlaku di perkarangan istana dengan Tuah dan Jebat beradu tenaga, yang akhirnya Jebat kalah, cedera, mengamuk lalu mati. Rebellious dan pemberontakan ini, jika ditolak kepada skala yang lebih besar, ia menjadi revolusi. Dan dalam skala revolusi, gua lebih berminat dengan tragedi Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dalam Tuhfat al-Nafis. Tragedi Melayu par excellence yang melibatkan dua penjuru ini cukup hebat, borjuis—proletariat, elit—marhaen, dewa—manusia, cukup asam garam social struggle Marxist (konon.) Ia mengisahkan pasal Dang Anum yang mengandung kempunankan seulas buah nangka yang ditanam oleh Sultan Mahmud. Kantoi, Dang Anum ditangkap lalu dirobek/belah isi perut pregnant-nya. Absurd, kelihatan fetus bayinya itu sedang memeluk buah nangka itu tadi. Sekembalinya Megat Sri Rama daripada tugasan luar negeri untuk bertemu isterinya, aneh semua orang tiba-tiba diam membisu. Sehinggalah rahsia pembunuhan itu terbongkar, lalu klimaks tragedi Melayu ini pun berlaku. Megat Sri Rama telah tikam/tusuk tubuh Sultan Mahmud yang sedang dijulang dengan menggunakan lembing. Now, situasi ini bagi gua cukup simbolik; satu di bawah, satu lagi di atas. Dan yang di atas itu jatuh, gedebuk! Bagi gua ini simbol revolusi sejati. Hey, anak bini telah diperlakukan dengan kejam oleh tampuk kuasa pemerintah. “Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah,” kata Nordin Ahmad. Sedangkan Jebat lebih berkisarkan tentang persahabatan, sebab Jebat tidak deal secara direct dengan Sultan Mansur, sebaliknya dengan sahabatnya Tuah. Oleh itu, kepada lu semua yang mengaku Hang Jebat, come on la, tak rebel mana pun kalau nak dibandingkan dengan Megat Sri Rama. Dan kepada lu orang yang mengaku Megat Sri Rama pula, fuck you! Gua chop dulu.


Ridhwan Saidi

Tanya Kakak Mulut Manis.

Gua bikin entri ni bukan pasal gua kering idea. Falsafah dalam kepala otak gua mencurah-curah—boleh tenggelam satu dunia. Cuma gua mahu rehatkan fikirasa gua sebentar dengan melayan karenah lu orang. Soalan-soalan bersifat peribadi ala-ala Melodi seperti "apakah ciri-ciri gadis/jejaka idaman Melayu Mulut Manis?" sangat dialu-alukan. Manakala soalan-soalan pening lagi mengelirukan seperti "Cristiano Ronaldo lelaki atau perempuan?" diharamkan. Peti soalan dibuka sekarang.


Ridhwan Saidi

Isnin, Mei 04, 2009

Bar Kopi Mamak.

Di negara lain, mereka ada amalkan konsep bar — di sini gua maksudkan dari segi susunatur ruang yakni kerusi tinggi (stools) sebaris duduk mengadap peniaga (dengan counter tinggi menjadi perantara.) Di negara ini, kita lebih kepada meja makan — bukan tidak ada bar, tapi masyarakat kita tidak into it — masing-masing akan minum mengadap/sebelah kenalan masing-masing. Di sini, ingin gua cungkil beza budaya lepak/minum tersirat yang wujud hasil daripada perbezaan orientation tempat duduk. Mereka yang duduk di bar (Irish pub atau kedai kopi Amerika, dll) tidak perlu risau untuk minum sorang-sorang. Sebab, secara teknikalnya mereka akan dilayan oleh peniaga/bartender/coffeegirl/dll. Tapi ini berbeza dengan penggunaan meja makan di sini. Lu duduk sorang-sorang di kedai kopi ataupun kedai mamak end lot yang hip (lebih teruk jika perlawanan bola sepak liga barbarian EPL sedang berlangsung,) lu akan serta merta dianggap pelik. Sebab secara automatis, meja makan untuk 4 orang — untuk bersosial. Lalu akibat goyah tidak mahu dianggap anti-sosial (rujuk pelik,) lu akan bergayut dengan handphone sambil makan pakai satu sudu, atau mungkin bertemankan laptop barangkali. Kononnya wujud ilusi bahawa makwe/pakwe ataupun kenalan Internet sedang duduk semeja sekali dengan lu. Dalam kes bola sepak tadi, lu juga mungkin akan dituduh 'membazirkan ruang'. Dan dengan rasa segan/malu/takut untuk berseorangan ini, akhirnya masyarakat kita perlu bayar hutang yang maha besar. Orang-orang kita tidak reti berdikari serta bertegur sapa dengan orang asing, sentiasa perlu dikelilingi kenalan, setiap masa... rimas gua. Berbalik kepada mereka yang lepak di ruang bar, dua orang yang tidak kenal antara satu sama lain tidak dihadang secara spiritual daripada bertegur sapa. Ini kerana meja bar (raised counter) itu tidak putus. Berbeza dengan meja makan, lu ada berani nak tegur/berkenalan dengan orang asing di meja lain? Sukar, kerana sudah wujud konsep territory dalam meja makan. Ni kawasan gua, sana kawasan lu. Secara semulajadi masyarakat kita telah dibentuk untuk berkelompok (rujuk groupies) dalam meja masing-masing, lalu dengan itu mula bergosip, mengumpat dan memfitnah mereka yang sedang lepak di meja-meja lain. Tiada ruang untuk beramalgamasi, antara ciri-ciri zaman Kesultanan Melayu Melaka.


Ridhwan Saidi

Ahad, Mei 03, 2009

Mat/Minah Bloggerempit.

Dari kacamata gua yang sudah sampai tahap Sufi, Buddha, Gandhi, Gaudi atau Theresa ini, gua lihat mat/minah rempit dan mat/minah blogger serupa saja — gua gelar bloggerempit. Dua-dua Melayu dan dua-dua bebal. Satu ligat di atas jalan manakala satu lagi ligat dalam dunia siber. Tambah teruk, dua-dua groupies. Bila ramai kecoh, berlagak kuat/pandai, tapi bila sorang-sorang melilau macam ayam baru lepas kena sembelih. Pemikiran? Kosong macam tong kosong. By nature, attention seeker. Sebab itu bunyi motosikal bising & keluar layout/design blog yang pelik-pelik, tapi ini semua gua tak peduli. Gua terima ia sebagai pencemaran bunyi/visual. Yang gua kelakar, kedua-dua bloggerempit ini hidup berteraskan teknologi moden. Tapi gua pecah perut bila perangai dan mentaliti mat/minah rempit dan terutamanya mat/minah blogger ini sama saja macam zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tak berganjak sikit pun. Patuh mengikut acuan yang telah dibentuk. Pabila kulit moden, isi ortodoks mulalah mereka melalut. Sama ada mereka boleh pull it off atau tidak bukan persoalan. Itu hanya sekadar ciri-ciri harfiah. Ok, walaupun gua reject idea strata/kelas/kasta sosial, tapi realitinya biar gua terang begini. Ambil contoh seorang mat/minah rempit ini minat Fasha Sandha. Sekarang mat/minah blogger ini pula — disebabkan konon punya taste yang lebih tinggi dan terutamanya mahu berbeza daripada citarasa ‘rendah’ mat/minah rempit — mereka minat Keira Knightley. Masalahnya adalah, hakikatnya Fasha Sandha dan Keira Knightley ini sama saja kayu bila berlakon. Sama. Tiada beza. Kayu. Kedua-dua kelompok ini telah alami apa yang gua panggil simptom ‘gerhana pencerahan’ akibat ‘radiasi feudal’. Feudal yang maha bahaya inilah yang telah merosakkan jiwa-jiwa orang Melayu daripada menerima wahyu/bisikan Homer Simpsons. Walaupun gua pakai capal, t-shirt pagoda, jaket batik jawa, takde handphone, takde iPod, takde gajet-gajet canggih terkini, tulis blog kat CC, tapi gua rasa gua antara manusia paling moden (dalam erti kata sebenar) di dunia kini. Gua tak perlu pergi ke negara-negara moden untuk menjadi moden, ini picisan, kucing pun boleh buat. Gua moden atas daya fikirasa gua sendiri dikelilingi oleh masyarakat ultra-ortodoks pseudo-moden. Ini meletakkan gua di tahap kesedaran yang lain, selain IQ gua yang maha tinggi. Lu orang nak jadi moden? Huh modeniti yang Za'ba sulam lu bakar, moden konon. Pigi dah!


Ridhwan Saidi

Hyper-cinta Agung.

Deep down dalam lubuk hati gua, seakan terasa ada naluri bawah sedar yang bersifat feminin/keperempuanan. Jung kata ini Anima. Sebab dulu masa gua masih ada mojo gua, masa gua sedang khusyuk baca rokok sambil hisap buku dalam bilik gua, gua ternampak ada seorang mamat ini sedang berdiri di tepi tingkap, sedang pandang gua. Dia agak tampan (dari sudut pandang seorang perempuan-lah.) Gua selaku seorang lelaki sejati yang berpaksikan alam, buat apa gua nak tertarik dengan lelaki bukan? Gua Melayu Mulut Manis ok. Tapi tiba-tiba satu perasaan yang unik muncul dalam tummy gua. Gua terasa seolah-olah ada kesan rama-rama yang sedang berterbangan dalam perut gua. Setahu gua, hanya perempuan yang rasa kesan rama-rama ini. Adakah ini yang dipanggil cinta pandang pertama? Girls? Gua musykil, lalu gua pun bangkit pergi ke arah tingkap. Jejaka itu pun anehnya datang juga mendekati tingkap, — mahu berkenalan agaknya — kami berdiri rapat bertentang mata. Keadaan menjadi sunyi seperti malaikat baru saja lalu di situ. Selepas beberapa ketika, (sehingga gua yakin malaikat sudahpun berada jauh dari bilik gua,) gua pun menyentuh tangan jejaka tampan itu. Tangan kami bersentuhan. Dia merapatkan bibir… gua pun. Lalu kedua-dua bibir kami pun bertaut membentuk kucupan cinta pertama yang maha suci. Kemas dalam comot atau comot dalam kemas, gua tak pasti, yang pasti ia mengasyikkan. Gua tanggalkan baju… dia pun. Dia tanggalkan seluar… gua pun. Kami sama-sama bertelanjang bogel sedang bersedia untuk ke ‘fasa’ seterusnya. Gua kata, “come in, we'll do it on my bed.” Tapi dia kata, “no, you get out here, we'll do it on my bed.” Gua jeling nampak katil dia sama macam katil gua. Pasal tak sabar, gua mengalah, gua nak keluar melalui tingkap itu, tapi tak boleh, sial! Ada pembaca-pembaca kat sini tahu tak macam mana nak masuk ke dalam cermin?


Ridhwan Saidi

Sabtu, Mei 02, 2009

Semalam Di Pasar Malam.

Kelab malam atau pasar malam? Hmm pilihan yang maha sukar. Teringat kenangan erotis gua masa sekolah dulu, gua menjadi rebutan teman-teman sedarjah. Angela si gadis hot Cindian (kacukan Cina + India) yang selalu berbaju kurung suka menyentuh punggung gua, main-main katanya. Tidak lupa juga Boy, jejaka kacak yang asyik bermain mata dengan gua. Well one night, gua bawa Angela ke rumah Boy, study group sebelum PMR. Diorang main strip chess, gua perhati. Mula-mula pawn Angela kena makan yabedabedoo, gadis berwajah innocent ini perlahan-lahan tanggalkan baju kurungnya, merah mukanya, lantas terpacul kembar muda tegangnya disaluti bra haute couture hitam dengan lace putih. Boy tanya, “Agent Provocateur?” Nah, gua kata, “Kiki De Montparnasse,” yakin. Tapi Angela yang tersipu-sipu itu berkata dengan sweet, “comfort first, Pleasure State.” Duh, perempuan (gua mengeluh). Lepas tu pawn Boy pula kena makan. Dia tanggalkan t-shirt d.i.y yang terpapar wajah quasi-Yorke-nya, kat atas tertera ‘Dikehendaki Mati’, gua jeling tubuh kurus dia, (gua basahkan bibir guna lidah.) Hmm pilihan yang maha sukar, kacuk atau kacak? Gua kena buat pilihan. Dan... gua... pilih... pasar malam! Gua pun dah lama tak hang out kat pasar malam. Oleh sebab itu, malam itu Angela terpaksa pulang seorang diri. Kacak over kacuk, pasar malam over kelab malam. Gua tengah tunggu hari apa pasar malam area gua on. Sementara itu, gua nak layan Sulalatus Salatin (Shellabear), Ranjau Sepanjang Jalan (Shahnon), Oedipus the King (Sophocles) dan Hang Jebat (Hussein Haniff). Sementara itu juga, lu boleh mandi safar dengan falsafah-falsafah yang telah gua hamburkan, selamat!


Ridhwan Saidi

Hahamahafuck!

Setiap perkara di dunia ini dijadikan berpasangan untuk saling lengkap melengkapi. Nietzsche bila ditanya “kenapa menulis?” Dia sahut “I must!” (dalam bahasa Jerman). Kalau diikutkan, gua pun tak mahu menulis, tapi gua perlu! Mengapa? Sebab gua shell-shock apabila bebalisasi eh silap, globalisasi dihalalkan dengan cara yang begitu goblok. Come on la, ‘gua kelihatan bodoh bila bercakap dalam bahasa Inggeris’ bak kata Amani. Nak pandang Amerika, atau lebih teruk Bri’friggin’tish? Fuck you! Lihat sekeliling la bai, Indonesia, Thailand, Filipina, apa yang mereka pertahankan? Bahasa! Dengan bahasa, baru wujud jati diri. Bila ada jati diri, barulah boleh sahut cabaran globalisasi (kalau mahu.) Logiknya, jika lu jual rendang daging kat mat salleh, mesti diorang belikan, sebab unik. Tapi dalam kes ini, lu orang cuba jual Big Mac kepada diorang. Ini kerja bodoh. Berpaksikan Singapura yang lu halau dulu. Memang dungu, maha dungu. Globalisasi ini bermakna lu bersaing dengan pasaran antarabangsa. Sedangkan liga bola sepak lu sendiri terkinja-kinja tengah padang, nak bersaing dengan orang luar? Terang benderang atas tiket ‘globalisasi’ kuasa pemodal dari luar datang dan tanam janin mereka ke dalam rahim negara lu. Lu ada apa? Quid pro quo, kalau lu takde benda nak jual kat luar buat apa lu pergi buka peluang buat pelabur–penjajah ini. Apabila mereka buka kedai atas tanah lu, lu pun lalai lalu menjadi hamba konsumerasi beli kasut Kris Van Assche atau sut Dior Homme. Yang kerja kilang pula peliknya bukan lu, tapi pendatang asing. Tambah teruk, tidak perlu pergi sejauh Perancis, lu sendiri bertungkus-lumus mengimport produk-produk dari Indonesia (muzik, sinetron), Thailand (tekstil) & Filipina (drama). Tapi hairannya, apa fenomena konglomerat lu pula yang nak dijual kepada dunia atau paling koman Indonesia, Thailand & Filipina? Nak harapkan McDaud’s? Bersaing dengan McDonald’s? Hahamahafuck! Apa? Dengan globalisasi kita boleh jadi kaya? Jika McDaud's ini menjadi fenomena dunia sekalipun, siapa yang kaya? Semua orang kongsi kekayaan ke? Huh, talk to my hand. "Kau dengar tu Maha!" – Ben Joned, dalam The Big Durian.


Ridhwan Saidi

Jumaat, Mei 01, 2009

Ethos Fesyen Minimalis

Ethos atau dengan bahasa yang lebih mudah, karakter moral dibina selari dengan perjalanan masa. Dalam blogosfera, gua panggil ia ‘blog popular’ dengan trafik yang padat lagi lancar. Kredibiliti sesebuah blog kebiasaannya terletak pada nama, kadang-kadang habis semua yang pelik-pelik keluar. mereka fikir mereka original, disokong oleh nama yang original. Bullshit. Satu lagi tabiat am orang-orang Melayu khususnya ‘blogger’, mereka tidak tahu apa yang mereka mahukan. Mereka hidup sekadar mengikut ketetapan yang telah ditentukan oleh sudut pandang sub-umum mahzab masing-masing. Salah betul halal haram ditentukan, yang salah lagi haram dihukum. Fesyen contohnya, di kota yang serba eclectic ini, eclectism dalam fesyen cocok dengan Kuala Lumpur. Hey kita ada bangunan kolonial dengan tingkap moden (clean & sleek), kenapa tidak kita pakai misai dengan jambang serentak? Usah bandingkan sini dengan Bangkok ataupun Singapura ataupun Manila ataupun Bandung. Jangan sesekali fikir New York, Milan, Paris. Jauh panggang dari api, paling teruk, negara kita bukan beriklim empat musim. In fact, mereka yang kononnya polis fesyen ini yang menghukum cara pemakaian orang tidakkah mereka sedar. Fesyen berubah dan berputar, malah fesyen yang dibangkang, dihenyak, dikutuk, dilempar, dipenyek, dipijak, diludah itu tadi pasti akan menjadi trend di masa akan datang. Dan bila masa itu tiba nanti mulalah si polis fesyen ini terhegeh-hegeh ikut sama, dah masih lagi ditakuk dungu menghukum fesyen-fesyen yang tidak ‘in’ sebagai salah. Ironisnya mereka yang kononnya sangat liberal ini bebas untuk beragama (atau tidak,) seks rambang atas dasar mutual, sayangkan alam sekitar (poodah!), tapi dalam masa yang sama tidak berkebolehan untuk percaya kepada perkara yang lebih simple iaitu, kebebasan berpakaian. Agama yang menetapkan halal haram mereka langgar, konon atas dasar kebebasan (rujuk sangat liberal), ok meta-moden gua faham, tapi aik, tiba-tiba mereka pula yang menetapkan halal haram cara berpakaian, ingin jadi Tuhan ke? Ya ya, atas dasar aesthetic, but what is aesthetic? Bagi gua estetika agung adalah truth yakni mencapai kebenaran mutlak. Selagi seseorang individu itu sedar dan percaya apa yang dibuatnya betul (boleh sampai tahap sufi macam gua,) selagi itu individu bertuah itu dapat menghayati apa yang gua panggil sacred aesthetic. Mies telah war-warkan minimalism, 'less is more', ya, whatever, modenity, gaya internasional. Tapi lu tahu tak minimalism adalah knock-off kepada gerakan counter-culture anti-establishment. Lumrah alam, kelompok elit akan gunapakai (menggunakan kuasa dan harta mereka) apa yang kelompok marhaen fikirkan. Mujur Kerouac kuat minum. Lu tulis pasal replicas, rejects, fakes & knock-offs tapi dalam masa yang sama – ironinya – meraikan minimalism! Therefore di sini bagi majoriti pembaca yang ber-IQ rendah, mereka akan fikir blog ini hanya sekadar rip-off (macam kasut yang gua pakai,) semata-mata tapi dalam masa yang sama, gua percaya ada minoriti pembaca ber-IQ tinggi yang sedar semua ini adalah rip-off kepada rip-off yang menjadikannya, err... keterbalikan psikologi? OT, this perenggan-less kind of entry kelihatan 'macam pernah lihat'.


Ridhwan Saidi

X Y

Disebabkan akan/sedang/sudah wujud suara-suara sumbang yang mempersoalkan jantina blog ini, (despite sepatutnya blog tiada jantina.) Dengan itu, gua secara direct mahu jolok sarang karenah masyarakat kita, khususnya yang berbangsa Melayu. Gua tahu dan lu tahu bangsa Melayu ini semangat chauvinist-nya kuat. Lelaki kuat, perempuan lemah habis cerita. Ini gua tak kisah, sebab hakikatnya secara fizikal ia memang begitu. Tapi gua cukup bermasalah dengan lelaki-lelaki Melayu – gua lain, gua Melayu Mulut Manis okay. Now, satu perangai yang tidak hanya tertakluk kepada hubungan di antara jantina, yang menular di kalangan orang Melayu adalah, mereka suka menjatuhkan antara satu sama lain. Ambil contoh peniaga restoran Melayu, bukan bersaing, sebaliknya mereka menjatuhkan peniaga lain. Ini sama halnya dengan lelaki sesama lelaki Melayu. Jika ada yang lain macam sikit, pantang, mereka terus dilabel sebagai dayus, gay, lembik, pondan, bapok dan lain-lain. Why? Agar kelelakian mereka terjamin! Apabila wujud mangsa-mangsa minoriti untuk dijatuhkan, secara tidak langsung mereka rasa mereka lebih tinggi. Bayangkan mereka ini semua pada kedudukan par, untuk menjadi lebih bagus, bukan memajukan diri untuk melebihi paras par, sebaliknya mereka menjatuhkan orang lain, supaya mereka kononnya berada di atas, walhal sebenarnya tidak. Mereka-mereka ini akan senantiasa berada di takuk yang sama, tidak berganjak. Sebab itu orang-orang Melayu tidak maju baik dari segi perniagaan mahupun membuktikan kelelakian, kerana sesungguhnya lelaki-lelaki pseudo-macho ini, hakikatnya dayus. Macam mana gua kenal diorang ini? Mudah saja, lu provoke sikit kelelakian diorang, terus diorang gubra melalut tak tentu pasal. Tak perlu susah-susah buat praktikal, cuba lu bayangkan mat rempit/blogger saja, diorang pantang dicabar kelelakian lantas terus berlumba/menaip untuk membuktikan kelelakian masing-masing, pelik bukan. Bagi gua lelaki sejati akan sentiasa rileks (sebab mereka kenal diri mereka,) hanya budak-budak mentah baru akil baligh saja yang terhegeh-hegeh ingin membuktikan kelelakian mereka, atau lebih teruk, mereka yang tidak mengenali diri mereka sendiri.


Ridhwan Saidi

Khamis, April 30, 2009

Jalan Ke-kayaan

Kesah ini mungkin fiksyen juga. Seorang menteri yang majlis perkahwinan anaknya diraikan di hotel lima bintang, mahu pamerkan betapa kayanya beliau, maka dijemputlah semua hadirin, dari kalangan pembesar negara termasuk ketuanya sekali. Belanja puluh-puluh ribu atau mungkin lebih. Si mempelai mesti bangga gila. Yang hadir mesti takjub. Sialan, bertuahnya dia!

Ini strategi serampang dua mata. Sambil menyelam minum air. Selain ‘walimatul-urus’, boleh juga congak-congak projek yang bakal masuk – masyuk. Ramai orang yang mahu jadi kaya. Tak kesah lah. Biasa la tu. Kalau kamu percaya kekayaan boleh beli, boleh dapat kebahagian hidup di dunia, nah, itu hak kamu untuk percaya yang itu.

Saya tak menolak kekayaan. Tapi saya juga cukup percaya pada jalan keseimbangan hidup. Dalaman, luaran. Rohani, jasmani. Jalan ini sebenarnya jalan yang mencabar, meletihkan dan kadang-kadang, cukup mengelirukan. Tapi untuk mencabar keupayaan sendiri, bagi saya amat menyeronokkan. Harap-harap, biar nanti jadi insan yang cerah akal, baik budi pekerti, bersih hati nurani. Bukan pembohong.

Itu belum masuk cerita orang yang mengajak saya masuk Multi Level Marketing (MLM) Macam dah takde kerja lain. Bukan tak percaya, tapi saya pun ada agenda lain dalam hidup. Dan, macam la takdir hidup saya di dunia ini hanya cari duit banyak-banyak saja! Kalau ini macam, nampaknya kucing emak saya di rumah tu jauh lagi mulia, lagi cool. Habis tu, sibuk nak jadi kaya, benda lain tak payah buat, tak payah fikir. Kemudian meremehkan mereka yang bekerja ‘betul.’ Paling celaka bila mereka secara halus memperlekeh orang yang cuba jadi berilmu. Katanya, “ala, belajar tinggi-tinggi, penat-penat, belum tentu kau jadi kaya!” Semacam belajar itu semata-mata untuk jadi kaya, bukan untuk tahu dan jadi manusia berguna dan ilmu sudah tak bernilai lagi. Lalu ilmu itu boleh tukar dengan duit yang dicetak dengan helaian kertas. Fuck you.

Balik semula kepada menteri tadi, perkahwinan anak perempuannya itu memang gah. Kalau muka menteri ini keluar TV, lagaknya bukan main warak, membebel perihal agama, sambil gebang tengah siapkan tesis agama. Kemudian pegang pula macam-macam jawatan. Kalah Karl Marx. Tapi boleh jadi ini orang yang sama terkait dengan pelbagai skandal rasuah, dan kes penyeludupan pun ada juga. Bukan la nak pelik sangat, memang bertaburan manusia-manusia berlagak kaya macam ini, yang mengumpul kekayaan dari hasil memijak kepala orang lain. Gunakan lesen V.I.P atau V.V.I.P.

Misalnya, kerana dia – si menteri – yang memegang tampuk kuasa, maka segala peruntukan akan disalurkan ke dalam ‘genggaman tangannya’ terlebih dahulu. Tapi lepas itu, wang untuk penduduk miskin tegar misalnya, dikebas untuk kasi anak bini makan. Bila anak kahwin, buat pula tu majlis besar-besaran. Celaka, tak malu! Bila kantoi mula la merepek-repek, ‘saya ada bini ramai la, banyak tanggungan la, saya banyak penyakit la’ dan macam-macam rayuan kedengaran. Sedangkan gara-gara si bangsat ini, yang miskin pula hidupnya makin melarat. Jika ada anak si miskin yang punya potensi untuk maju, hidupnya tersekat akibat kekangan dana.

Pasal wang ‘ehsan’ ini pun satu hal juga. Bagaimana boleh timbulnya istilah wang ‘ehsan’? Wang ini dari siapa kalau bukan dari kita semua? Bagaimana boleh jadi ‘ehsan’? Saya secara peribadi menolak istilah wang ‘ehsan’ ini. Saya sentiasa menghalalkan secara suka rela jika sebahagian wang saya sebagai rakyat dikutip untuk disalurkan kepada mereka yang serba kekurangan. Itu tanggung jawab sosial sebagai manusia yang sangat kecil dari saya.

Masalahnya, istilah wang ‘ehsan’ ini cuba mengelirukan orang ramai. Wang ini datangnya dari kerajaan. Di negara ini, kerajaan merujuk kepada parti yang pemerintah semata-mata. Maka sekonyong-konyong muncullah muka-muka penguasa politik sebagai ‘orang kerajaan itu.’ Inilah sasaran sebenarnya. Ia ingin dibaca sebagai: wang ini hasil pemberian kami, penguasa politik. Kami berjasa kepada rakyat. Maka itu, undilah kami di pilihanraya nanti.

Sepatutnya istilah wang ‘ehsan’ ini tak wujud langsung. Istilah ini seolah-olah kerajaan tak ikhlas, atau ‘terpaksa’ menolong golongan susah. Macam, “Ok la, aku beri duit ni sikit kat kau. Daif betul kau ni. Kesian pulak aku menengoknya. Nasib baik ada orang macam aku lagi kat dunia ni.”

Tapi, bukan ke memang menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan miskin? Ia bukan satu hal yang pelik dan perlu digembar-gemburkan. Melainkan sumbangan wang itu memang datangnya dari mak bapak pak menteri atau politikus itu sendiri, maka sebab itu dia mahu menunjuk-nunjuk.

Kalau dalam agama Islam itu ada konsep zakat. Konsep ini sebenarnya cukup menarik kerana salah satu cara untuk mengimbangi jurang ekonomi antara golongan kaya dan miskin. Ideanya pun cukup mudah. Andai kamu seorang hartawan, sebahagian harta-harta kamu itu wajib disumbangkan dalam bentuk zakat kepada mereka yang memerlukan, sebagai tanda bantu-membantu dan setia kawan sesama insan, sambil membendung diri dari jadi rakus dan tamak haloba, selain beringat yang harta melimpah ruah itu semua hanya sekadar ‘pinjaman’ dari Yang Maha Esa.

Tapi pelik lagi, penduduk di sini masih ramai yang miskin tegar. Mana perginya sumbangan zakat semua itu? Macam tiada hasil. Kena songlap ke? Saya percaya, jika duit zakat itu diurus-takbir dengan sempurna, yang daif tak semestinya perlu bergantung harap kepada ‘bantuan ehsan dari kerajaan.’ Kalau tak dapat menghapuskan kemiskinan secara total sekalipun, saya rasa setidak-tidaknya duit zakat itu boleh mengurangi kadar kemiskinan tegar. Inilah sebenarnya tujuan pungutan zakat. Tambah ajaib, di banyak negara barat yang maju, yang kita sibuk tuduh ‘kafir’, konsep ini secara tanpa sedar diaplikasi dalam sistem kehidupan mereka.

Contohnya di Jerman, ada peruntukan khas untuk kebajikan warga tua yang terpinggir, bukan sekadar kewangan atau membina rumah orang tua. Tapi, di sana terdapat sekumpulan warga prihatin yang menjalankan kerja sosial/kebajikan disokong oleh dana kerajaan dengan memberi pertolongan kepada warga tua yang tak berkemampuan bukan saja dari segi kewangan, tapi fizikal. Maka, golongan prihatin ini yang kebanyakannya wanita akan datang pada waktu-waktu tertentu menjenguk ke rumah warga tua yang uzur untuk menguruskan rutin harian seperti menyediakan sarapan, mengemas rumah, memakaikan lampin, memandikan hatta sampai ke peringkat menyikatkan rambut pun ada. So sweet!

Di negara konon bertuah ini, wang kutipan zakat itu sepatutnya boleh diperuntukkan untuk tujuan social welfare. Sama macam di Jerman tadi. Tapi malangnya, ini tak berlaku. Kita masih tiada sistem yang jelas, bagaimana wang zakat ini diurus-takbir, bagaimana dana ini boleh dilaburkan juga untuk tujuan jangka panjang seperti pelaburan dalam bidang pendidikan, bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar miskin dan sebagainya. Bantuan ehsan sekampit beras, sehelai kain batik/pelikat, sebotol minyak masak cap ayam, dua tiga kampit tepung, gula, tiga empat botol sos, kicap, memang langsung tak memadai. Ini hanya lawak bodoh orang politik belaka.

Macam saya sebut tadi, tak kesah kalau siapa-siapa nak jadi kaya. Zaman Muhammad dulu pun, ada sahabat yang namanya Abdul Rahman Auf, seorang hartawan yang tak lokek. Bahkan, Siti Khadijah isteri pertama Nabi yang terakhir ini juga, seorang wanita terkaya pada masa itu. Dan hakikatnya tiada agama yang melarang kekayaan, dan dalam masa yang sama menggesa golongan miskin supaya keluar dari kancah kemiskinan. Tapi menjadi kaya atas kesengsaraan orang lain, itu sial namanya!

Dulu ada seorang rakan yang berhujah kepada saya, katanya, sistem selain kapitalis seperti sosialis itu hanya sekadar membuatkan orang jadi malas. Saya rasa hujah itu sangat enteng, dihujah oleh orang yang malas berfikir. Tapi, yang ini lain kali boleh cerita.


Mohd Ikhwan Abu Bakar

p/s: Selamat Hari Buruh!