Rabu, Ogos 24, 2011

Puisi Tak Puasa

Selaku seorang yang jahat
di bulan Ramadan
aku makan dan minum
persis seekor khinzir ternakan
yang berpuasa enam
di tempat terbuka
di dalam kereta
park-n-ride Putrajaya
senyap-senyap
dalam hawa dingin yang meresap
ke dalam inti shepards pie,
berkocak-kacik
gusi rahang dan gigi bergesel
mengunyah
renyah
aneka kuih dalam polisterin putih
membasahi hot-pants hijau
dilimpahi kuah kari dan
serdak vadei menari-nari di atas gegaran dashboard
tetapi syukur mujur
tiada sesiapa nampak dan perasan
seraya azan Maghrib tamat.


Ridhwan Saidi